Anda di halaman 1dari 2

RASUAH PEMUSNAH NEGARA

Sekalung apresiasi buat pengacara majlis, kombinasi para juri yang arif lagi
bijaksana, penjaga masa yang budiman, seterusnya, saudara saudari pemangkin
revolusi ummah.

Assalamualaikum, salam perpaduan dan salam Malaysia Madani.

Rasuah Pemusnah Negara. Begitulah mauduk pidato yang bakal meniti di


bibir saya. Sebelum madah bersulam indah, sebelum fakta menyusur
kata, izinkan saya, mendefinisikan frasa yang membina mauduk pidato
saya pada hari ini, agar yang kabur dijelaskan dan yang gelap diterangkan.

Definisi rasuah secara literalnya, bermaksud sogokan atau secara


konseptualnya, bermaksud wang yang diberikan oleh orang tertentu kepada
pihak lain, untuk menyembunyikan sesuatu perkara, atau mendapatkan sesuatu
dengan cara yang mudah tetapi salah mengikut undang-undang negara.

Warga dewan sekalian,

Dalam era modenisasi kini, isu rasuah kepada negara kerap kali terpampang di
dada akhbar atau di kaca televisyen. Isu rasuah kepada negara juga, turut
menjadi bualan, pelbagai lapisan masyarakat. Perkara ini, perlu diberi perhatian,
oleh semua anggota masyarakat, dan tindakan yang sewajarnya, harus dicari
untuk merungkaikan kebimbangan masyarakat, terhadap isu ini. Kesan-kesan
rasuah kepada negara, akan saya jelaskan dalam huraian saya yang berikutnya.

Hadirin yang saya kasihi,

Indikator saya yang pertama, pemerintahan sesebuah negara akan menjadi


lemah. Hal ini kerana, setiap kali rasuah berlaku, maka negara akan kehilangan
hasil atau tergelincir daripada tindakan-tindakan yang sepatutnya. Umpamanya,
jika cukai terhadap sesuatu, yang telah ditentukan, maka pemberian rasuah,
telah menggantikan wang cukai, yang sepatutnya dikutip, dan manfaatnya hanya
dinikmati, oleh segelintir pemberi rasuah.
Hadirin yang bervisi,

Indikator saya yang kedua, kesan yang paling besar ialah pentadbiran sesebuah
negara menjadi kucar-kacir. Akhirnya, ia menimbulkan masalah lain, seperti
kemerosotan ekonomi, pengabaian kepentingan masyarakat dan sebagainya.
Budaya rasuah juga, boleh menghancurkan pentadbiran dan pemerintahan
sesebuah negara, seperti yang berlaku di Filipina, yang mencatatkan sejarah
kejatuhan kerajaan Presiden Marcos, dari tampuk kepimpinannya, disebabkan
amalan rasuah yang tidak dibendung.

Hadirin sekalian,

Daripada penjelasan yang saya utarakan, ternyatalah, rasuah memberi kesan


besar, dan amat berbahaya kepada negara. Justeru, ia perlu ditangani secara
bijaksana. Peribahasa ada berbunyi, hendak seribu daya,tidak hendak seribu
dalih. Oleh itu, semua pihak perlulah seia sekata, dan sederap melangkah dalam
menangani isu ini. Mereka yang terlibat, dalam aktiviti rasuah, harus dikenakan
hukuman yang seberat-beratnya, agar ia bukan sahaja menjadi noktah, kepada
keruntuhan moral golongan yang berkuasa, tetapi juga menjadi detik permulaan,
kepada kesejahteraan negara yang kita cintai.

Sekian wabila hitaufik walhidayah assalamualaikum warahmatullahi wabarakatu.

Anda mungkin juga menyukai