Anda di halaman 1dari 15

View metadata, citation and similar papers at core.ac.

uk brought to you by CORE


provided by UUM Repository

RASUAH ….? KATAKAN TIDAK

Nur Syakiran Akmal Bt Ismail


Fakulti Pengurusan Awam dan Undang-Undang
Md Zawawi Abu Bakar
Fakulti Pembangunan Sumber Manusia
Universiti Utara Malaysia
04-9284234/3843, nsai@uum.edi.my/zawawi@uum.edu.my

ABSTRAK

Rasuah merupakan isu yang hangat diper katakan dewasa ini samada
dalam bidang politik, perniagaan, personel awam, penguat kuasaan dan
sebagainya. Pihak ker aj aan memandang seri us per masalahan ini. Justeru
itu, Pelan Integrasi Nasional dilancar kan oleh Perdana Menteri antara
lain sebagai usaha unt uk menangani rasuah. Rasuah antara gej ala sosial
atau j enayah yang sukar di atasi selain daripada gej ala dadah di negara
kita. Malaysia telah mempunyai undang -u ndang yang tegas iait u Akta
Pencegahan Rasuah 1997 dalam usaha menanganinya. Begitu j uga dari
segi penguat kuasaan melalui Badan Pencegah Rasuah atau BPR.
Persoalannya, kenapa dan mengapa gej ala ini masih lagi berleluasa? Ia
bukan sahaj a melibat kan pegawai rendah seba liknya melibatkan orang -
orang kenamaan yang berstatus dalam masyarakat. Justeru itu, kertas
kerj a ini akan membi ncangkan tentang faktor -faktor yang berpunca dari
sikap indi vidu itu sendiri. Faktor rasuah sering di kait kan dengan gaj i,
peluang dan dasar. T api, faktor indi vidu yang terj ebak dengan masalah
tersebut difokus sebagai punca utama untuk kertas kerj a ini. Oleh itu,
kertas kerj a ini akan memberi cadangan bagai mana seseorang individu
cuba melindungi dirinya daripada gej ala rasuah dan apakah cara t er baik
untuk mengatakan t idak terhadap rasuah . Kertas kerj a ini cuba
menj elaskan kaedah pendidikan dalaman ( psikologi) indi vidu dan ibu
bapa sebagai benteng utama membanteras rasuah.

PENDAH ULUAN

Rasuah adalah sinoni m dengan hadiah. Bezanya, hadiah mungk i n diberi kan
kepada seseorang atas rasa kei khlasan yang sebenarnya. Manakal a rasuah dilihat
sebagai ganj aran sesuatu ataupun mengharapkan ganj aran tertentu daripada sesuatu
pemberian. Ada j uga yang beranggapan rasuah ialah wang sogokan atau duit kopi.
Ada j uga rasuah yang berbentuk material atau lebih mudah disebut sebagai hadiah,
tetapi hadiah yang ber maksud ada hasil pulangannya.

Eti mologi per kataan rasuah berasal daripada bahasa Arab „al -riswah‟. Istilah
rasuah telah di gunapakai dalam bahasa Mel ayu ya ng ber maksud pemberian untuk
menumbuk rusuk iaitu menyogok, menyuap. Menurut undang -undang Malaysia yang
terkandung dalam Seksyen 3(a), (b) dan 4(a)(b), Akta Pencegahan Rasuah 1961
(Pindaan 1971) telah mentafsirkan rasuah ialah;

1
“menerima atau memberi apa -apa suapan sebagai dorongan, upah atau galakkan
kepada seseorang unt uk melakukansesuatu perbuatan atau untuk tidak melakukan
sesuatu perbuatan yang ada hubungan dengan prinsipalnya .”

Manakala suapan pula, menurut Seksyen 2, Akta Pencegahan Rasuah 1997


ialah;

“wang, derma, pinjaman, hadiah, cagaran beharga, harta


atau kepentingan mengenai harta, iaitu apa - apa jenis harta sama
ada alih atau tidak ali h atau apa -apa manfaat seumpamanya.”

Secara keseluruhannya, rasuah boleh didefinisikan dengan pel baga i cara.


Tetapi maksudnya tetap sama iaitu pemberian atau peneri maan sesuatu yang
bertuj uan melakukan perkara yang tidak digalakkan sama ada oleh undang -undang
atau peraturan harian tertentu yang ber kaitan dengan tugas. Amalan rasuah
sebenarnya telah wuj ud sekian lama kerana ianya merupakan satu amalan yang
universal. Menurut Syed Husin Al Attas (1980), rasuah muncul sej ak masyarakat
tradisional lagi. Ini ber maksud masyarakat tradisional dahulu telah mengamal kan
budaya memberi hadiah kepada seseorang sebaga i penghor matan. Tetapi kini
budaya tersebut yang pada asalnya bertuj uan mulia telah digunakan sebagai rasuah
dalam memenuhi haj at secara cepat. Justeru itu, walaupun isu ini t elah dibahaskan
diperingkat gl obal dan domesti k. Persoalannya, adakah rasuah dapa t dihapuskan?

Tiga dekad yang lalu, Gunnar Myrdal (1996) melihat per kataan rasuah adalah
suatu per kataan yang sukar disebut atau menj adi agak sensitif untuk sesuatu kaj ian
di negara -negara Asia. Walaupun begitu, kaj ian mengenai rasuah agak menari k di
negara Asia kerana negara Asia adalah ant ara negara -negara yang terlibat dengan
rasuah di tahap yang agak kriti kal. Menurut laporan Gosh (1997), dalam
“Economic Review” menyatakan negara Asia terlibat dengan rasuah secara besar -
besaran pada tahun 1996. Kea daan kian meruncing apabila tahun berikutnya telah
berlaku krisis ekonomi di Thailand, Korea Selatan, Malaysia dan Indonesia. Pada
tahun tersebut bukan sahaj a isu rasuah yang dibangkit kan, malahan isu kr onisme,
nepotisme, tanggungj awab dan akauntibiliti t erhadap pentadbiran awam j uga telah
dibangkitkan. Isu ter sebut menj adi satu cabaran yang besar terhadap pentabiran
awam seperti Malaysia kerana sedang berusaha mengatasi krisis kewangan dan pada
masa yang sama perlu menghadapi isu -isu rasuah di kalangan ma syarakat.

Mengi kut Corruption Rangking Index yang dikeluar kan oleh Transparency
International, negara yang mendapat 10 mar kah iaitu mar kah penuh dianggap
negara yang bersih dar i rasuah. Secara bandi ngan, mar kah yang dicapai oleh negara
dari tahun 1995 hingga tahun 1997, terdapat penurunan daripada 5.28 pada tahun
1995 kepada 5.01 pada tahun 1997 ( Zul kifli Idris, 1998). Masalah rasuah
bukanlah suatu per kara yang boleh dipandang remeh kerana kesan per masalahan
tersebut adalah besar khususnya terhadap p embangunan sesebuah negara.
Signifi kasi rasuah sebenarnya boleh mengganggu pertumbuhan ekonomi negara
biarpun masalahnya berkaitan dengan masalah sosial. Tetapi, apabila seseorang
yang terj ebak dengan rasuah, ia boleh bertindak menyembunyi kan pelbagai per k ara,
termasuklah per kara -perkara penting yang mampu mempengaruhi ekonomi negara.
Sebagai contoh, memberi tender kepada kontraktor yang tidak sepatutnya, mungki n
menghasil kan kualiti aset yang rendah. Set erusnya, akan berlaku peningkatan kos
seandainya aset tersebut perlu diperbaiki, terutamanya aset kekal keraj aan.

2
Akibatnya belanj awan akan meningkat. Selain itu, masalah rasuah boleh
mengakibat kan pelabur -pelabur luar tidak ber minat untuk melabur di negara yang
terlibat dengan masal ah tersebut terutamanya negara sedang membangun seperti
Malaysia. Akibatnya, peluang pelaburan akan terlepas ke negar a lain dan secara
tidak langsung mambantutkan per kembangan ekonomi negara.

Sesungguhnya kesan amalan rasuah sangat besar kepada negara. Lantaran itu
ianya perlu diatasi dengan apa cara sekal ipun. Sebenarnya per kara yang perlu
dititik berat kan ialah mengenalpasti apakah faktor utama yang menj urus wuj udnya
gej ala rasuah secara besar -besaran, seterusnya mengenalpasti cara dan strategi yang
terbaik untuk memini maka n masalah tersebut.

PUNCA-PUNCA RASUAH.

Menurut beberapa kaj ian yang telah dilakukan ke atas negara -negara Asia
termasuk Malaysia, penyelidi k telah mengenalpasti beberapa punca masalah ini
wuj ud. Menurut Quah (1995), di Asia terdapat dua faktor wuj udny a masalah ini
iaitu keadaan semul aj adi negara -negara tersebut dan keber kesanan kecekapan
pemi mpin politik untuk mengenalpasti cara membanteras masalah tersebut.
Manakala menurut Pal mier (1985), terdapat tiga faktor penting yang mempengaruhi
wuj udnya masala h rasuah iaitu gaj i, peluang, dan dasar.

Secara keseluruhan kaj ian yang dibuat oleh Quah (1995), gaj i merupakan
faktor utama yang menyumbang ke arah wujudnya masalah rasuah. Gaj i yang rendah
telah menj adi satu galakkan kepada petugas awam untuk melibat kan diri mereka
dengan gej ala rasuah. Seringkali pekerj a -pekerj a awam beranggapan gaj i yang
disediakan oleh keraj aan di sektor -sektor awam tidak mencukupi. Apatah lagi
apabila mereka membuat perbandingan dengan gaj i yang disedi akan oleh sektor
swasta. Masalah gaj i awam yang dianggap rendah merupakan anggapan tradisional
yang masih dipegang hingga kini. Daripada kaj ian Quah, beliau menyatakan
masalah rasuah di Indonesia ber mula sej ak zaman kolonial Belanda lagi. Punca
rasuah pada keti ka itu j uga disebabkan oleh gaj i yang rendah. Begitu j uga dengan
negara China di mana rasuah ber mula di sana disebabkan gaj i pekerj a awam yang
rendah. Keadaan ini juga merupakan punca atau masalah kepada negara -negara lain
yang sering berhadapan dengan isu ini. Oleh sebab itul ah seringkal i masalah rasuah
maj oritinya melibat kan pekerj a -pekerj a awam. Begitu j uga dengan negara Malaysia
yang mengait kan rasuah dengan masalah gaj i pekerj a yang rendah.

Sebenarnya gaj i rendah bukanlah faktor utama berlakunya rasuah. Ini kerana
rasuah j uga berlaku dikalangan personel awam dalam kategori kolar biru, ahli
korporat, ahli politik dan sebagainya yang sememangnya ber gaj i lumayan. Beberapa
kes rasuah yang melibatkan golongan elit boleh dij adikan contoh samada
diperingkat perbicaraan mahkamah a tau masih dalam siasatan BPR. Kes Tan Sri
Eric Chia, Tan Sri Kasitah Gadam, Abdul Kudus Ahmad dan lain -lain. Ini
membukti kan bahawa gaj i bukanlah faktor utama berlakunya rasuah. Selain itu, j ika
gaj i rendah di katakan sebagai alasan ber lakunya rasuah mengap a tidak semua
pekerj a berj awatan rendah terlibat rasuah. Kenapa rasuah tidak melibatkan anggota
tentera tetapi melibat kan anggota penguat kuasaan seperti polis, kastam, JPJ dan
sebagainya? Padahal gaj i bagi semua personel tersebut adalah rendah. Justeru itu ,

3
j enis profesion j uga boleh menj urus kepada amalan tersebut dan menggambar kan
profesion tersebut lebih terdedah kepada amalan rasuah.

Faktor yang ke dua ialah peluang. Peluang j uga menj adi penyumbang
terhadap masalah ini apabila orang yang terlibat den gan masalah ini dikatakan
mempunyai peluang ataupun kesempatan melakukan per kara t ersebut. Untuk
melakukan rasuah, keadaan yang bersesuai an adalah perlu. Sekiranya seseorang
menuntut sesuatu yang dianggap penting daripada pihak kedua, maka pihak kedua
yang mengetahui tunt utan tersebut adalah penting untuk orang yang meminta, maka
ini telah memberi peluang terhadap pihak ke dua meneri ma sesuatu ganj aran
daripada orang tersebut untuk memasti kan pihak kedua memberi apa yang diingini
oleh orang tersebut. Pel uang yang dianggap terbuka luas apabila kedua -dua pihak
saling bekerj asama memenuhi kehendak masing -masing dengan mempertaruhkan
amalan rasuah sebagai kaedah bagi menj ayakan segala keinginan masing -masing.
Selain itu, peluang j uga boleh di kait kan dengan c ontoh di atas di mana j enis
profesion boleh menyebabkan peluang terj adinya rasuah.

Selain daripada itu, birokrasi j uga di katakan sebagai suatu peluang wuj udnya
masalah rasuah di dalam sektor awam. Seringkali karenah birokrati k dianggap
perkara yang melamb atkan sesuatu per kara dalam urusan pengurusan awam.
Keadaan menj adi kritikal apabila melalui birokrati k, kehendak -kehendak seseorang
sering terbatas ataupun lambat. Oleh itu, keadaan ini telah mewuj udkan peluang
rasuah bagi memasti kan kehendak seseorang da lam khidmat awam menj adi lebih
cepat. Sehinggakan perkara -per kara yang remeh temeh j uga di kaitkan dengan rasuah
bagi memasti kan seseorang yang ber kehendakan sesuatu mendapat kehendaknya
dengan segera . Contohnya rasuah dikatakan banyak berlaku di Pej abat Ta nah bagi
mempercepat kan urusan, bahkan ia sudah menj adi amalan biasa di kalangan mereka
yang kerap ber urusan di j abatan itu.

Dasar sesebuah negar a j uga di kenalpasti sebagai punca terj adinya rasuah.
Sesetengah negara kurang meniti kberat kan undang -undang berkaitan rasuah.
Sesetengahnya pula mungkin hanya menyediakan undang -undang tetapi, tidak
setimpal dengan kesal ahan tersebut. Akibat undang -undang yang t idak begitu ketat
menj adi penggalak kepada kewuj udan masalah ini. Singapura adalah sebuah negara
di Asia yang di kenal pasti sebagai negara yang paling rendah masalah rasuahnya.
Singapura yang tidak mampu menai kkan gaj i perkerj a awam, telah mengatasi
masalah tersebut dengan menai kkan j umlah penalti bagi kesalahan rasuah.
Walaubagai manapun sekitar 80 -an apabila ekonomi Singapura semakin ber kembang,
gaj i pekerj a awam tel ah dinai kkan bagi memastikan gaj i tersebut memuaskan hati
pekerj a awam dan seterusnya dapat mengatasi masalah rasuah.

Tindakan keraj aan Malaysia selepas Dato‟ Seri Abdullah Ahmad Badawi
menj adi Perdana Menteri dilihat sebagai perang secara besar -besaran terhadap
masalah rasuah. Dasar pembasmian rasuah secara drasti k ini menunj ukkan pada
kita bahawa Perdana Menteri amat prihatin tentang masalah ini. Seorang demi
seorang V IP yang terl ibat dengan rasuah dit ahan. Penahanan tanpa memilih pihak
yang terlibat menggambar kan dasar negara kita kian tegas dalam menangani
masalah ini. Cadangan menai kkan elaun wakil rakyat sehingga 100% mungkin
boleh dij adikan alasan sebagai menj adi salah satu cara membasm i masalah ini
dalam keraj aan Malaysia.

4
Sebenarnya, rasuah bukanlah fenomena baru di Malaysia. Ianya wuj ud
bersama wuj udnya Malaysia. Kewuj udan rasuah telah ber mula sej ak sej arah
peradaban manusia dinodai oleh sifat -sif at tamak dan haloba lagi. Rasuah
merupakan satu j enayah yang berat dan ianya mudah menular ke dal am sistem hidup
masyarakat kita. Di Malaysia, masyarakat seolah -olah telah lupa bahawa selain
dari gaj i atau lain -lain ganj aran yang dit erima dari pihak maj ikan j uga adalah
berunsur j enayah r asuah. Sekiranya mereka ini meminta atau meneri ma daripada
seorang, apa -apa diskaun, komisyen, pemberian, pinj aman, bayaran, hadiah,
pelepasan hutang atau perkhidmatan sebagai balasan atas pertolongan yang diberi
secara terang telah di anggap rasuah. (Utus an Malaysia, 2000: Rasuah, Sifat Tamak
dan Bukan Kerana Bergaj i Rendah). Perbuatan meminta i mbuhan selain gaj i dan
elaun yang diberi kan maj ikan adalah berunsur amalan rasuah. Pendapat ini j elas
mengambar kan bahawa gaj i rendah bukanlah faktor utama terj adin ya rasuah, tetapi
lebih kepada si kap i ndividu sendiri. Sebahagian penj enayah r asuah sebenarnya
telah memili ki segala -galanya dalam kehidupan mereka ter masuk rumah dan kereta
besar, tanah yang berekar -ekar serta hidup yang begitu mewah, tetapi masih
meneri ma rasuah. Adakah peneri maan rasuah tersebut merupakan suatu kemestiaan
yang dianggap hobi atau sememangnya ia memerlukannya sebagai menambah
kekayaan yang sedia ada? Hanya pembentukan si kap seseorang sahaj a yang mampu
menj adi j awapan terhadap persoalan tersebut. Justeru gaj i rendah, peluang,
birokrasi, penguat kuasaan yang lemah bukan lagi alasan berlakunya rasuah
sekiranya terbinanya sikap menolak rasuah dari dalam diri setiap i ndividu.

USAH A MENANGANI RASUAH DI MALAYSIA DAN REALITI MASA KINI

Jenayah rasuah telah wuj ud sej ak zaman berzaman. Pelbagai usaha dilakukan untuk
menangani gej ala rasuah samada dalam aspek agama, undang -undang, pencegahan
dan hukuman. Namun realitinya usaha tersebut belum menampakkan hasil ianya
dapat dihapuskan. Antara usaha t ersebut ialah:

i. Agama

Hukum Islam terhadap pemberi rasuah dan peneri ma rasuah adalah j elas iaitu
haram. Ini berdasar kan dalil -dalil beri kut:

Hadis Rasulullah saw “ Pemberi rasuah dan penerima rasuah masuk neraka”

Hadis riwayat Abu Daud “ Sesiapa sahaja yang telah kami lantik untuk memegang
sesuatu jawatan atau kerja dan kami telah t etapkan pendapatannya atau gaji maka
apabila ia mengambil lebih dari apa yang ditetapkan itu diki ra sebagai satu
penipuan dan rasuah .”

Dan janganlah kamu makan (atau mengamb il) harta (orang -orang lain) di antara
kamu dengan jalan yang salah, dan jangan kamu pula menghul urkan harta kamu
(memberi rasuah) kepada hakim -hakim kerana hendak memakan (atau mengambil)
sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu m engetahui
(salahnya) (al Baqarah: 188)

Ini menunj ukkan bahawa rasuah bukanlah kesalahan dekad ini sahaj a sebaliknya
adalah j enayah yang t elah wuj ud sej ak zaman Baginda saw lagi. Meskipun hukum

5
pengharaman rasuah t elah j elas di dalam al Quran dan al Sunnah . Namun masih
terdapat perlakuan j enayah tersebut terutamanya di kalangan umat Islam.

ii. Akta Mencegah Rasuah

Ia di kenali sebagai Akta Mencegah Rasuah 1961, Akta 57. Hukuman bagi pesalah
rasuah yang disabit kan ialah denda tidak lebih RM 10 000 atau penj ara tidak lebih 5
tahun atau kedua -duanya.(AMR 1961, Disemak 1971) Walaubagai manapun
hukuman tersebut dipertingkat kan kepada penj ara tidak kurang dar ipada 14 hari dan
maksi mum 20 tahun penj ara; dan denda lima kali ganda nilai suapan yang diteri ma
atau RM 10 000 yang mana lebih tinggi . (AMR 1997)

Hukuman j enayah rasuah dipertingkat kan dar i tahun 1961 hingga yang terbaru tahun
1997. Namun pertambahan kes -kes rasuah masih lagi berlaku termasuklah kes -kes
yang di gelar “ikan besar” oleh media.

iii. Badan Pencegah Rasuah

Agensi yang bertanggungj awab sepenuhnya untuk membendung dan menangani


rasuah. Usaha awal di mulakan sej ak 1958 lagi oleh Shah Nazir Alam iaitu Ketua
Polis Pakistan sehinggalah BPR akhirnya ditubuhkan pada 1967. Shah Nazir telah
ditangkap di negara nya atas kesalahan rasuah j uga (Ahmad Zaki Hj Husin: 2001)
Pada 1973 BPR ditukar kepada BSN (Biro Siasatan Negara) bagi memberi kuasa
yang lebih luas kepada Biro. Akhirnya ia ditukar kembali kepada BPR sehinggalah
kini. Oleh itu, usia BPR telah melebihi 4 0 tahun dalam usaha membendung dan
menangani rasuah di negara ini.

Walaubagai manapun, wuj ud persepsi negatif terhadap BPR meskipun telah cuba
melaksanakan tanggungj awab sebai knya. Contohnya, penguat kuasaan secara pilihan
(selective enforcement) iaitu hany a ikan bi lis ditangkap atau dikenakan tindakan
tetapi ikan jerung t erlepas. (Ahmad Zaki Hj Hussien: 2001) Persoalannya,
pencegahan j enayah rasuah tidak boleh disandarkan kepada BPR semata -mata
kerana j enayah tersebut masih berleluasa di dalam masyarakat. J usteru pendidikan
awal dan budaya anti r asuah di kalangan rakyat mesti diwuj udkan.

iv. Peraturan-peraturan Pegaw ai Aw am (Kelakuan dan Tatatertib)

Ia bertuj uan mendidi k dan membenteng diri penj awat awam daripada j enayah
rasuah. Melaluinya int egriti dan akaun tabilit i personel awam cuba diwuj udkan dan
secara tidak langsung dapat menghindari amalan rasuah.

MEWUJUDKAN BUDAYA “ KATAKAN TIDAK KEPADA RASUAH ”

Persepsi sebeginilah yang mesti diwuj udkan dalam diri setiap masyarakat bagi
membudayakan “ Katakan Tidak Ke pada Rasuah”. Meskipun aj aran agama telah
mengharamkan rasuah, undang -undang yang tegas dan badan khas ditubuhkan untuk
membanteras rasuah. Namun perlakuan j enayah ini kian meningkat. Persoalannya,
kenapa?

6
Berbalik kepada j enayah rasuah ianya bukan sesua tu yang mudah untuk di atasi
meskipun hukuman berat dilaksanakan. Mengambil contoh masalah lain seperti
dadah, walaupun hukuman mati mandatori dikenakan ia tetap berleluasa. Bahkan
pengisytiharan Datuk Seri Abdullah Badawi keti ka menj awat j awatan Timbala n
Perdana Menteri bahawa 2003 sebagai tahun sifar dadah hanya tinggal slogan
sahaj a.

Justeru itu, kertas kerj a ini cuba mencadangkan ke arah mewuj udkan budaya
“Katakan Ti dak Kepada Rasuah” antaranya ialah melalui:

i. Indi vidu
ii. Ibu bapa

i. Individu

Faktor dalaman indi vi du adalah penyebab utama berlakunya j enayah rasuah.


Sesuatu masalah tidak akan terj adi seandainya seseorang boleh berfikir dan
bertindak secara rasional. Faktor utama ialah nilai dalam diri individu itu sendiri.
Setiap perbuatan yang kita l akukan akan di dahului dengan niat. Sama ada sedar
atau tidak, perbuatan harian kita semuanya ber mula dengan niat. Daripada Umar
bin Al -Khatab, Rasull ah pernah bersabda, yang ber maksud, Amal an itu mesti ada
niat, dan bahawasanya bagi setiap orang apa yang diniatkannya. (Syed Ahmad,
1994). Syed Ahmad ( 1994) j uga telah menegaskan, niat yang bai k adalah asas bagi
setiap amalan kepada Allah, sebab amalan tanpa niat yang baik, tidak akan diteri ma
oleh Allah. Manakal a amalan dengan niat yang j ahat akan di murk ai oleh Allah.
Itulah pokok lintasan hati yang terbit daripadanya segala gerak -geri dan kelakuan
manusia. Jelasnya di sini penulis menyatakan niat adalah amalan penting dalam
kehidupan harian manusia. Melalui niat yang bai k dan tulus, segala sogokan
rasuah tidak dapat mengaburi individu unt uk melakukan rasuah. Selain itu, niat
j uga dilihat menentukan gerak -geri manusi a dalam akti viti harian mereka. Syed
Ahmad (1994), j uga menyatakan dalam menerangkan maksud niat yang bai k,
karektor indi vidu dan sifat manusia akan menunj ukan sesuatu yang menakj ubkan
sama ada dalam amalan terhadap Tuhan ataupun hubungan sesama manusia bahkan
terhadap diri sendiri. Oleh itu, sebagai manusia kita perlulah merenung, memberi
perhatian dan mengambil teladan ke atas setiap ni at dan tindakan yang dilakukan
seharian kerana niatlah yang membentuk akt iviti harian kita sama ada yang disedari
ataupun tidak. Sebagai contoh, jika kita berniat mencari rezeki yang halal, nescaya
kita tidak akan terj erumus ke dalam sumber -sumber rezeki yang haram seperti
rasuah.

Apabila kita merancang sesuatu untuk dilakukan pada hari tersebut, maka
ianya merupakan niat . Cuma, sama ada kita tercapai apa yang diniat bergantung
kepada tindakan kita. Ada masanya, niat atau perancangan ki ta tidak tercapai
disebabkan faktor -fakt or persekitaran. Mungkin ada tugas lain yang lebih penting
untuk dilakukan. Walaupun tugas tersebut bukan di bawah niat asal, tetapi apabila
kita melakukan tugas tersebut, ianya menunj ukkan kita menurut niat dan gerak hati
kita. Kita akan melakukan sesuatu sekir anya gerak hati kita memerintah agar
berbuat demi kian walaupun dalam keadaan t erpaksa. Secara j elasnya, niat ataupun
gerak hati adalah pendorong utama dalam kit a melakukan aktiviti harian kita. Oleh
itu, untuk melakukan ses uatu, kita perlulah menyedari akan niat kita terlebih

7
dahulu. Justeru sebelum memulakan niat, individu perlu menilai apakah niat dan
pekerj aan mendorong kepada perbuatan negatif atau positif.

Selain daripada itu, tanpa kita sedari selalunya niat akan din ilai di fikiran
kita sebelum kita mel aksanakan niat tersebut. Selalunya apabila kita berniat untuk
melakukan sesuatu, maka otak kita akan memainkan peranan di mana cuba berfikir
sama ada niat yang ki ta lakukankan perlu dilaksanakan atau tidak. Pemi kiran kita
akan menj alankan fungsi penilaian. Fi kiran j uga memainkan peranan penting dalam
membentuk akti viti harian kita. Menurut Ainon dan Abdullah (1996), umumnya
orang percaya kepintaran dan daya berfikir adalah dua per kara yang serupa. Jadi
orang pintar dipercayai ialah orang yang berfikir. Kekeliruan ini menyebabkan
sistem pendidi kan kita melakukan kesilapan serius. Pertama guru -guru percaya
para pelaj ar mempunyai IQ tinggi secara aut omati k pandai berfikir , oleh itu mereka
tidak perlu diaj ar berfikir . Akibatnya walaupun seseorang itu pintar, tetapi tidak
dapat berfikir dengan sebaik -bai knya apabila fikiran mereka tidak dibi mbing.
Kurangnya bi mbingan terhadap fikiran menj adi salah satu faktor kenapa masyarakat
mudah terlibat dengan rasuah. Dewasa ini, ramainya yang terlibat dengan gej ala ini
terdiri daripada golongan cerdi k pandai di mana mereka terdiri daripada golongan
orang yang ber kepentingan ataupun elit poli tik dalam negara. Contohnya, Tan Sri
Kasitah Kadam dan Tan Sri Eric Chia. Mereka boleh dia nggap seorang yang pintar.
Malangnya mungkin fikiran yang pintar tersebut tidak dibi mbing ke arah nilai -nilai
murni, maka kepintar an fikiran mereka di gunakan bagi memanipulasikan pangkat
dan kuasa mereka untuk kesenangan peribadi. Secara tak langsung seb enarnya
mereka tidak bij ak walaupun mereka pintar. Kepintaran tanpa bi mbingan
menyebabkan kebij aksanaan mereka tidak terserlah. Sebab itulah, pemi kiran perlu
dibi mbing untuk mengasah kebij aksanaan seseorang, Menurut Ai non dan Abdullah
(1996) lagi , Seringkali kita menyangka kebij aksanaan tidak boleh diaj ar dan
dipupuk. Ia hanya boleh dinanti. Sangkaan bahawa kepintaran boleh dipelaj ari
manakala kebij aksanaan tidak boleh dipel aj ari adalah salah. Belaj ar berfikir,
bukanlah belaj ar logi k, seperti yang sela l u disalah sangkakan. Belaj ar berfikir
ialah belaj ar persepsi, kerana kebij aksanaan ialah kesan daya per sepsi, atau daya
tanggapan. Belaj ar logi k tidak dapat menghasil kan kebij aksanaan, hanya
kepintaran. Pendapat ini menunj ukkan sesiapa sahaj a boleh men j adi bij ak
seandainya fikiran mereka dibi mbing. Sebab itu, seorang petani j uga boleh berj aya
dalam pertaniannya kerana menggunakan kebij aksanaan yang ada padanya walaupun
ia tidak ber pelaj aran tinggi .

Oleh itu cara yang terbaik ialah kita perlu menj ag a diri kita dahulu. Cara
terbaik menj aga diri kita ialah mengenali diri kita sendiri dan menj aga hubungan
diri kita sendiri. Menurut Abdul Rahman (1986), keinginan yang sama bagi setiap
manusia ialah dirinya dihargai. Sebagai “aku”, sepatutnya manusia m emili ki sifat
rendah hati. Itulah satu -satunya yang layak dipunyai, atas kesedaran bahawa
manusia dengan “aku” nya sebenarnya fana, rapuh, dan tidak punya apa -apa.

Justeru itu setiap individu perlu menanamkan dalam diri beberapa konsep yang
dapat menghindari per buatan rasuah. Terdapat lima konsep yang diperkenal kan oleh
Abdullah Nasih Ul wan yang boleh membentuk budaya katakan ti dak di dalam diri
individu terhadap rasuah (Syamsul Bahri Andi Gali go 2000);

1. Konsep Mu‟ahadah, iaitu mengingati perj anjian denga n Allah.

8
Sebagai hamba, manusia telah terikat perj anjian dengan Allah swt iaitu tuhan yang
menciptakannya. Ibadat solat umpamanya mampu menegah manusi a dari melakukan
maksiat. Ia bertepat an dengan maksud ayat al Quran yang ber maksud ;
“Sesungguhnya sembah yang itu mencegah manusia daripada dosa dan kemunkaran ”
(al -Ankabut 45). Unt uk itu setiap indi vidu mestilah mengamal kan ibadah yang
dituntut oleh agama. Ayat 5 daripada sur ah al -Fatihah yang berbunyi „ bahawa
engkaulah sahaja yang kami sembah dan daripada engkaulah sahaja kami memohon
pertolongan” membebaskan manusia daripada menyembah selain Allah, mencintai
sesuatu secara berlebi han dan menj adi hamba kebendaan.

Konsep ini amat bertepatan j ika dikait kan pelakuan rasuah. Ini kerana konsep
mu‟ahadah dapat mengingat kan diri manusi a bahawa tempat memi nta pertolongan
j ika menghadapi masalah kewangan umpamanya adalah Allah semata -mata dan
bukannya menyelesai kannya melalui j alan rasuah. Begitu j uga keinginan terhadap
kehidupan mewah atau menj adi hamba kebendaan m endorong perbuatan rasuah.
Justeru, keinginan t ersebut perlulah disusuli dengan usaha gi gih disamping
memohon pertolongan dari Allah swt melalui doa contohnya. Sekiranya manusia
mengingati perj anj ian dengan pencipta nescaya mereka tidak melakukan rasuah. I ni
kerana kehidupan dunia ini hanyalah kehidupan sementara sahaj a manakala
kehidupan akhirat kekal abadi. Sehubungan itu, konsep mu‟ahadah mestilah
diamal kan oleh setiap individu khususnya umat Islam agar ti dakmencari j alan
singkat untuk hidup mewah.

2. Konsep Muraqabah, iaitu berasa selalu di awasi dan disertai oleh Allah.

Sesungguhnya Allah sentiasa melihat dan mengetahui apa j ua yang dilakukan oleh
hambanya. Semua amalan dan perbuatan manusia samada bai k atau buruk akan
diperlihatkan di hari akhirat kela k. Dalil al Quran yang ber maksud “ Barangsiapa
mengerjakan kebaikan, meskipun seberat zarah, akan dilihatnya (balasan) kebaikan
itu. Barangsiapa yang mengerjakan kejahatan, meskipun seberat zarah, akan
dilihatnya (balasan) kejahatan itu” (az Zi lzaal 7 -8). J usteru melalui konsep ini
manusia akan terdorong untuk mengerj akan kebai kan dan meninggal kan kej ahatan
atau „amar makruf nahi munkar‟. Ini kerana setiap perbuatan walau sekecil zarah
sekalipun tidak akan terlepas dari pandangan dan pengawasan All ah swt. In i kerana
pada setiap diri manusia Allah telah mel etakkan malai kat unt uk mengawas dan
mencatat apa j ua yang dilakukannya. Fir man Allah swt ; Tidak ada sebarang
perkataan yang dilafazkannya (atau perbuatan yang dilakukannya) melainkan ada
di sisinya malaikat pengawas yang sentiasa sedia (meneri ma dan menulisnya” (al
Qaaf: 18)

Sehubungan itu, konsep ini boleh dipraktikkan oleh setiap pekerj a sebagai benteng
dari terlibat dengan amalan rasuah. Ini kerana jika individu merasakan bahawa
tingkah lakunya diper hati kan maka beliau ti dak akan berani memberi atau meneri ma
rasuah. Sesungguhnya benteng ini suatu yang amat prakti kal j ika dapat disemai
dalam setiap diri kerana ia terhasil dari sanubari setiap indi vidu. Sebagai contoh,
seseorang yang mengerj akan ibadat puas a tidak akan berbohong ( makan secara
senyap) kerana dia t ahu Allah melihat apa yang dilakukannya. Begitulah j uga
amalan rasuah tidak akan berlaku j ika mereka sedar perbuatan mereka adalah suatu
dosa dan sedang di lihat oleh Allah swt. Seandainya setiap indi vidu dapat
mengi mpli mentasi kan konsep ini dalam hidup nescaya j enayah rasuah dapat
dikurangkan dalam masyarakat.

9
3. Konsep Muhasabah, i aitu tahu dirinya, kemampuan yang ada padanya, tahu
perhitungan, tahu posisi dan peribadinya dalam berinteraksi dalam
persekitarannya.

Manusia diciptakan Allah swt sesuai dengan kemampuannya. Inilah yang perlu
disedari oleh setiap individu melalui muhasabah diri. Fir man Allah swt yang
ber maksud “Allah tidak membebankan manusia melainkan sekadar kemampuannya ”
(al -Baqarah 286) . Seti ap manusia ada tahap dan kemampuan masing -masing samada
dari segi il mu, kepandaian, kekayaan, fi zi kal dan sebagainya. Haki kat ini perlu
diterima bersesuai dengan qada dan qadar yang ditentukan sej ak azali lagi.
Meskipun manusia di gesa berusaha dan bo leh merubah kepada suatu yang lebih
baik. Namun demi kian ia mestilah dengan j alan dan saluran yang diredhai oleh
Allah swt. Justeru melalui muhasabah diri, individu akan menyedari haki kat diri
dan mengelakkan dar ipada mengubah dengan cara yang menyalahi ag ama dan
undang-undang.

Amalan rasuah berlaku apabila individu tidak kenal dirinya, tetapi ingin menj adi
seperti orang lain. Justeru apabila melihat orang lain hidup mewah maka dia j uga
ingin hidup mewah walaupun pada dasar nya ia di luar kemampuan dirinya.
Sehubungan itu, ia mendorong kepada perbuatan rasuah bagi memenuhi keingi nan
yang ingin dicapai dan memenuhi kehendaknya. Selain itu tindakan yang dilakukan
untuk mengubah kepada kehidupan yang l ebih baik adalah suat u yang dituntut.
Namun demi kian cara ti ndakan yang diambil menyalahi syariat. Justeru itu tiada
j alan pantas yang dapat memenuhi kehendak setiap manusia. Muhasabah diri j uga
dapat membantu indi vidu j ika segala usaha baik yang dilakukan tidak berj aya. Ini
kerana setiap per kar a yang berlaku ada s ebab musababnya atau ada hikmah
disebaliknya. Secara tidak langsung tidak akan berlaku kekecewaan di atas apa yang
berlaku.

4. Konsep Mu‟aqabah, iaitu memberi hukuman terhadap diri sendiri.

Seorang insan yang baik dan terpuj i ialah yang berani mengaku kesa lahannya.
Justeru jalan untuk kembali ialah dengan bertaubat untuk tidak melakukannya lagi .
Selain itu bertindak memulangkan kembali hak sekiranya ia membabit kan sesama
manusia. Sebagai hamba yang lemah, manusia tidak dapat lari dari melakukan
kesilapan. Namun demikian Allah swt memberi peluang menebus kembali kesilapan
tersebut. Setiap manusia mempunyai kesalahan samada kecil atau besar kecuali para
nabi yang bersifat maksum iaitu bebas daripada dosa kecil dan besar. Oleh itu,
amalan bertaubat perl u di ama l kan oleh setiap manusia kerana setiap hari kita
melakukan dosa. Ant ara seringan -ringan t aubat ialah selalu beristighfar kepada
Allah swt. Semoga di ampunkan dosa yang dilakukan dan dihindari dari dosa -dosa
mendatang.

Bagi indi vidu yang pernah terlibat ras uah, konsep mu‟aqabah dapat menebus dan
menj adi benteng dari melakukan rasuah sekali lagi. Pelaku rasuah akan terdorong
untuk melakukannya berulang kali. Ini kerana habuan atau ganj aran yang diterima
adalah berbaloi untuk memenuhi kehendak nafsu. Melalui k onsep i ni pelaku rasuah
akan menginsafi diri dan seterusnya bertaubat dengan taubat nasuha iaitu tidak akan
mengulanginya lagi. Ini secara tidak langsung dapat mengekang daripada
berleluasanya gej ala rasuah di dalam masyarakat. Sehubungan itu, ia j uga dapa t

10
membentuk personaliti diri yang kuat untuk mengelakkan rasuah bahkan j uga boleh
menj adi benteng pembasmi rasuah di dalam masyarakat umumnya dan di dalam
keluar ga khususnya.

5. Konsep Muj ahada. Iaitu bersungguh -sungguh dalam kehidupan, optimis dalam
bekerj a dan berj uang.

Umat Islam disaran berusaha bersungguh -sungguh dalam mengej ar apa j ua yang
dikehendaki. Sesungguhnya kehendak manusia tidak terbatas tetapi ianya dapat
diatasi melalui keyaki nan dan ketekunan. Jika setiap indi vidu optimis dalam kerj aya
atau usaha, kej ayaan pasti menj adi miliknya. Ini dapat mengelakkan indi vidu
daripada mengharapkan sesuatu habuan secara mudah seperti rasuah. Jika konsep
muj ahada tertanam dalam diri setiap insane maka rasuah tidak akan berlaku. Ini
kerana setiap pekerj aan sud ah ditetapkan ganj aran atau upahnya. Jadi apa -apa
habuan selain yang sepatutnya tidak waj ar diterima apatah lagi i anya rasuah yang
nyata haram dalam Isl am. Bahkan ianya j uga salah dari segi undang -undang.

Penulis menekankan di sini bahawa manusi a sebenar nya amat menghar gai dirinya
dan seboleh -bolehnya mengharapkan dirinya agar dihar gai oleh orang lain j uga.
Walaupun begitu, manusia seringkali melakukan kesilapan. Oleh itu, hanya niat
yang bai k dan fi kiran yang bij aksana sahaj a yang mampu mengawal manusi a
daripada melakukan at au mengulangai kesilapan yang sama. Jadi cara yang terbai k
bagi manusia ialah mengenali diri sendiri dan seterusnya menilai diri melalui
muhasabah diri. Kehidupan kita seringkali dianggap tidak lengkap apabila
dibandingkan dengan o rang lain. Tetapi, seandainya, kita merasa cukup senang
dangan diri kita sekarang, maka kita akan menghar gai setakat mana kemampuan
yang kita ada, dan hat i kita tidak akan terbuka untuk mendapat kan sesuatu ganj aran
melalui j alan yang sal ah.

ii. Ibu Bapa

Seterusnya penulis menyarankan agar budaya menolak rasuah perlu di asuh


dan ditanam kepada anak -anak sej ak kecil lagi. Di sini peranan ibu dan bapa
amatlah penting bagi mewuj udkan budaya “Katakan Tidak Kepada Rasuah”. Anak
yang baru dilahir kan ibarat kain putih dan ibu bapalah yang bertanggungj awab
mencorakkan perilaku anak mereka. Oleh sebab itu, selain benteng diri setiap
individu dapat mengelakkan perbuatan r asuah. Didikan ibu bapa j uga antara
langkah yang ber kesan dapat diterapkan di kalangan masya rakat bagi mengurangkan
masalah ini.

Dari segi konsepnya, ibu bapa selalu diruj uk sebagai manusia yang
mempunyai anak. Walaupun secara keseluruhannya, per kataan ini digunapakai
sej ak zaman Adam a.s dan Hawa a.s lagi, tetapi maksudnya secara tepat mungkin
masih kabur sehingga kini. Tetapi, menur ut Hamner (2001), ibu bapa ber maksud
seseorang yang bertanggungj awab terhadap anak biologinya. Manakala menurut
kamus dewan edisi tiga (2002) , ibu bapa bermaksud orang tua yakni emak dan
ayah. Selain itu menurut Hammer and Turner, (2001), The term “parent” comes
from the words parens, meaning “give birth”. Oleh itu, secara j elasnya, ibu bapa
merupakan indi vidu yang bertanggungj awab terhadap anak -anak mereka.

11
Tanggunggung j awab terhadap anak bukan sahaj a terhada p anak kandung malahan
terhadap anak angkat selagi anak tersebut di bawah j agaan kedua ibu bapa.

Kehidupan manusia akan berubah dari semasa ke semasa. Mengi kut putaran
hidup, setiap insan akan berubah daripada seorang bayi kepada kanak -kanak,
seterusnya kepada remaj a, dewasa, ibu -bapa, datuk, nenek dan akhirnya mati.
Sesebuah kehidupan tidak akan sama setelah kelahiran anak yang pertama. Menurut
kaj ian oleh Hammer and Turner (1994), sel epas pasangan suami i steri menj adi ibu
dan bapa, mereka akan me nghadapi krisis. Tetapi, kebanyakan kaj ian terbaru pula
menunj ukkan pertambahan anak dalam sesebuah keluar ga akan mengurangkan krisis
seterusnya mewuj udkan perubahan dalam keluarga tersebut.

Oleh itu, ibu bapa perlulah menyedari perubahan yang perlu diwu j udkan
dalam kehidupannya setelah memili ki anak. Ini ber maksud, tanggungj awab dalam
kehidupan mereka ki an bertambah. Di samping bertanggungj awab ke atas diri
sendiri dan pasangan, sebagai ibu bapa pul a tanggungj awab adal ah penting untuk
anak-anak. Menurut Dra dan Singgih (1982), sebenarnya fungsi keluar ga tidaklah
terbatas hanya untuk meneruskan keturunan sahaj a. Dalam bidang pendidi kan,
keluar ga merupakan sumber pendidi kan utama, kerana segala pengetahuan dan
kecerdasan intelektual manusia diperolehi oleh kanak-kanak dari orang tua dan
anggota keluar ganya sendiri. Tetapi malangnya, keluar ga masa ki ni sudah banyak
kehilangan fungsi dan ertinya . Fugsi pendidikan sudah diserahkan pada lembaga
pendidikan seperti sekolah . Walaupun pendidikan sekolah tid ak dapat dinafikan
kepentingannya dalam pembentukan anak -anak seperti saranan oleh Hilmi Yahya,
2002, budaya anti rasuah perlu diterapkan secara berterusan di kalangan pelaj ar
ber mula daripada sekolah rendah kerana mer eka mudah meneri ma aj aran pada usia
muda, tetapi peranan ibu bapa lebih penting dalam mananam sifat antirasuah ini.
Selain itu, kesibukan ibu bapa dengan karier menyebabkan tanggungj awab terhadap
anak-anak j uga mula dipindahkan kepada pembantu rumah. Sebenarnya anak -anak
amat memerlukan ibu b apa sebagai sumber ruj ukan. Menurut kaj ian Hanafiah,
1997, Secara umumnya , interaksi antara ibu bapa dengan remaj a kurang
memuaskan. Didapati 23.9% langsung tidak berintraksi dengan anak mereka. Di
kalangan yang berinteraksi, 51.8% kurang daripada dua j am. Selain itu, persepsi
ibu bapa menunj ukka bahawa 79.2% daripada remaj a boleh menyelesaikan masalah
mereka, sedangkan remaj a menganggap 69.2% daripada ibu bapa dapat
menyelesai kan masalah mereka dengan bai k dan sangat bai k.

Dari sudut rekreasi pula, anak-anak moden masa kini lebih selesa berintekrasi
dengan teknologi dari pada ber kongsi akti viti riadah bersama ibu bapa. Video game
dij adikan per mainan utama. Keadaan bertambah rumit apabila mereka lebih selesa
ber main video game diluar rumah daripada yang disediakan oleh ibu bapa. Jadi,
secara tidak langsung pembentukan peribadi anak -anak langsung di abaikan oleh ibu
bapa. Seterusnya, anak -anak tidak dibi mbing fikiran mereka sendiri tanpa tunj uk
aj ar yang lebih ber kesan oleh ibu bapa.

Sebenarnya, untuk membentuk masyarakat yang berj iwa murni ianya ber mula
daripada rumah. Peranan ibu bapa adalah penting dalam membent uk sahsiah anak -
anak agar mereka menj adi manusia yang ber guna untuk agama, bangsa dan negara.
Pendekatan ibu bapa yang mengaj ar tenta ng yang mana bai k dan buruk ter masuk
amalan rasuah adalah penting memandangkan amalan rasuah masa kini telah
dianggap sebagai barah yang kian membengkak dan merebak dalam masyarakat kita.

12
Walaupun kita tidak menggunakan kata rasuah tetapi kita perlu menga j ar anak-anak
bahawa meneri ma ganj aran atas perbuatan yang salah pada eti ka moral dan undang -
undang adalah salah. Amalan memberi ganj aran pada anak -anak untuk perbuatan
yang salah seperti membeli rokok untuk bapa perlulah dielakan sama sekali. Selain
itu, ibu bapa j uga per lu menj adi model kepada anak -anak dalam mentadbir rumah
tangga. Suatu hari nanti mereka j uga akan menj adi pentadbir pada masa hadapan
sama ada dalam rumah tangga mereka ataupun mungki n sebuah organisasi. Ibu
bapa masa kini seringkali me nganggap anak-anak tidak memerhati akan tindakan
kita. Haki katnya mereka memerhati serta menilai segala tindak tanduk kita.
Seterusnya mereka akan mengumpul makl umat sendiri dan mentafsirkan sendiri
tentang kita sebagai i bu bapa mereka. Seki ranya kita m enyedari akan hal itu, dan
cuba membantu dan membi mbing fi kiran mereka walaupun tentang persepsi mereka
pada kita, maka kita mampu membentuk mereka agar lebih bijak berfi kir untuk
masa hadapan.. Tetapi seandainya, kita membiar kan mereka menilai sendiri tan pa
bi mbingan, maka pelbagai spekulasi dil akukan oleh mereka, dan seterunya
membentuk gaya hidup mereka tanpa kita sedari. Oleh itu, sebagai ibu dan bapa,
peranan kita adalah penting dalam membimbing anak -anak ki ta agar menj adi
masyarakat yang ber guna untu k agama, bangsa dan negara.

Selain itu aspek yang sering dilupakan ialah mengenai pemakanan seharian
bagi sekeluar ga. Mencari nafkah keluar ga adalah tanggungj awab bapa, dan kini
kaum ibu turut ter libat dalam menambah naf kah keluar ga. Justeru Islam
menekankan ibu bapa mencari rezeki yang halal lagi suci. Suruhan ini sering
dianggap mudah oleh umat Islam hari ini. Buktinya adalah berleluasanya amalan
rasuah di dalam negara khususnya di kalangan umat Islam. Hukum pengharaman
rasuah telah j elas dalam al Quran dan Hadis. Namun demi kian masi h ramai ibu bapa
yang sanggup menyuap makanan haram kepada anak -anak mereka. Ini bertentangan
dengan saranan Islam yang ber maksud:
Hai orang yang beriman, makanlah rezeki yang baik -baik yang Kami berikan
kepadamu dan bersyuku rlah kepada Allah, jika benar -benar kepada-Nya sahaja
kamu sembah (al Baqarah 172)

Dalam ayat yang lain pula Allah berfir man;

Hai sekelian manusia, makanlah yang hal al lagi baik daripada apa yang
terdapat di bumi dan janganlah kamu mengikut langkah syai tan kerana
sesungguhnya syaitan musuh yang nyata bagimu. (al Baqarah 168)

Dalam mencari rezeki seharian, ibu bapa perlu sedar bahawa makanan yang
di makan seharian akan menj adi darah dagi ng dan membina tubuh badan. Sebab
itulah, antara didikan awal dalam I slam ialah memberi makan yang halal dan bai k -
baik kepada anak-anak. Ini kerana melalui makan j ua ia akan membentuk peribadi
dan akhlak anak-anak. Ia bertepatan dengan mafhum sebuah hadis Rasulullah SAW
bahawa dalam tubuh manusia ada segumpal darah, j ika ba i k ia baiklah seluruhnya
(tubuh), j ika rosak ia maka rosaklah seluruhnya (tubuh), ia adalah hati. Maka sebab
itulah, ibu bapa mesti waspada dan prihatin terhadap sumber rezeki yang diteri ma.
Amalan rasuah umpamanya, adalah salah satu sumber rezeki yang har am dalam
Islam bahkan disisi undang -undang negara.

Sehubungan itu, kesedaran ibu bapa adalah perlu dalam menghakis amalan
rasuah dalam masyarakat. Salah satu yang boleh dilakukan ialah:

13
i. Berusaha mencari rezeki dari sumber halal untuk keluar ga dan mengela kkan
daripada amalan rasuah.

ii. Makanan dari sumber haram yang di makan anak -anak akan menj adi darah
daging (hati). Akhirnya melahir kan anak -anak dan keturunan yang rendah
akhlak, peribadi dan sebagainya.
Kesimpulan

Jenayah rasuah telah wuj ud sej ak zaman Ra sulullah SAW lagi sehingga hari
ini. Namun demi kian, bukan bererti rasuah tidak dapat diatasi oleh masyarakat.
Hukum pengharaman telah j elas di dalam al Quran dan al Sunnah, agen pencegahan
telah ditubuhkan dan undang -undang yang tegas telah pun di kuat kuas akan. Namun
untuk menghapuskan amalan rasuah sama sekali bukanlah suatu yang mudah untuk
dilakukan. Justeru itu, penulis mengesyor kan agar budaya “Katakan Tidak” kepada
rasuah dilaksanakan dalam masyarakat. Sehubungan itu, peranan setiap individu dan
ibu bapa dilihat suatu yang amat ber kesan dalam mewuj udkan budaya menolak
rasuah dalam kehidupan masyarakat. Wallahualam Bi Sawab.

Bibliograf i

Abdul Kari m ali dan Raihanah Hj Azahari, 1999, Hukum Islam Sem asa Bagi
Masyarakat Malaysia Yang Mem bangun, Khairom Il mu Enterprise, Selangor.

Abdur Rahman I. Doi. (1995). Undang-undang Syariah . Rohani Abdul Rahi m


(ter). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ahmad Sarj i abdul Hami d (1994) , Perkhidmatan Awam Malaysia Satu Peralihan
Paradigm a, Percetakan Nasiona l Berhad, Kuala Lumpur.

Ainon Mohd dan Abdullah hassan, 1996, Belajar Berfikir, Teknik Menajam kan
Daya Fikir, Utusan Publications & Distribut ors Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.

Al Quran dan Terj emahan.

Belkin, G.S, 1982, Psychology of Adjustm ent, Stanley Nass, US.

Dan, J, 2002, Progress Against Corruption, Futurist, Vol. 36 Issue 2.

DBP, Kam us Dewan Edisi Ketiga, 2002, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala
Lumpur .

Fariza Md Sham, Sulaiman Ibrahi m, Ideris Endot (2000 ). Dakw ah dan Perubahan
Sosial. Kuala Lumpur: Ut usan Publication & Distributors Sdn Bhd.

Hammer, T.J and Turner, P.H, 2001, Parenti ng In Contem porary Society, Fourth
Edition, Allyn and Bacon, Singapura.

14
Iman Ahmad Ar -Rifa‟ I, terj emahan Syed Ahmad Semait, 1994, Benting Diri
Hakikat Dalam Makrifat Kepad a Allah, Pustaka Nasional PTE LTD, Singapura.

K.H. Abdurrahman Ar roisi, 1986, Keberadaan Manusia di Muka Bum i, CV Rosda,


Bandung.

Mingguan Malaysia, 29 Disember 2002, Tekan Pendidikan Cegah Rasuah di


Peringkat Awal, Norli zah Abas.

Ny. Gurnasa, Y.S dan G unarsaS.D, 1982, Psi kologi Unt uk Kel uarga, Dewan
Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Osman ali, Hanafiah Mohd Salleh dan rakan -rakan, 1997, Isu-isu Kesihatan
Masyarakat, UKM, Bangi.

Quah, Jon S.T, 1999, Corruption in Asian Countries: Can It Be Minimized?


Public Adm inistration Review, Vol. 59 Issues 6.

Syed Hussein Alatas, 1980, The Sociology of Corruption, Ti mes Book


Int yernational, Singapura.

Toameh, Khaled Abu, Defner and Larr y, A State of Corruption. U.S. News & world
Report, Vol. 133 Issue 1.

Utuasan Malaysia, 26 Ogos 2000, Rasuah: Sifat Tam ak dan Bukan Kerana Bergaji
Rendah.

Webb, R. and Tossell, 1999, Social Issues For Carers, Towards Positive Practice,
Arnold, London.

Zulkifli Idris, Kertas Kerja:Sem inar Kebangsaan Kerajaan Tem patan 98’ Ke arah
Pem antapan Keutuhan Pengurusan PBT, Anj uran bersama INT AN dengan
kerj asama Kementerian Perumahan dan Keraj aan Tempatan.

15

Anda mungkin juga menyukai