Anda di halaman 1dari 5

egiatan rasuah tidak harus dipandang ringan oleh rakyat Malaysia.

Jika isu rasuah


ini tidak ditangani, ditakuti ia akan memberi kesan kepada pembangunan dan
ekonomi negara pada jangka masa panjang. Kajian yang telah dijalankan
menyatakan bahawa terdapat beberapa sebab atau punca yang telah mendorong
kepada perlakuan rasuah.

Kurang Didikan Agama Dan Moral


Individu yang selalu terlibat dengan rasuah adalah individu yang kurang
didikan agama dan moral. Kesan daripada masalah asas ini membawa kepada
anggapan bahawa tidak salah jika mereka melakukan rasuah sama ada meminta
rasuah atau memberi rasuah. Hal ini ditambah dengan suasana tempat kerja yang
telah lama wujudnya budaya rasuah. Bagi pekerja yang mengamalkan rasuah,
cepat atau lambat sesuatu kerja yang dilakukan itu bergantung kepada nilai
rasuah yang diterima. Oleh itu, perbuatan memberi dan menerima rasuah oleh
individu tertentu harus dibanteras agar tidak menjadi barah dalam masyarakat.

Sikap Tidak Bertanggungjawab Masyarakat


Sikap masyarakat yang kurang prihatin terhadap masalah rasuah yang berlaku di
sekeliling mereka juga menyumbang kepada perlakuan rasuah. Kebanyakan ahli
masyarakat terutama di bandar lebih bersikap individualistik dan kurang mengambil
berat tentang peristiwa yang berlaku di luar rumah. Jika mereka mengetahui
berlakunya pelakuan rasuah, maka mereka akan menganggap bahawa perkara
tersebut sebagai sesuatu yang biasa dalam situasi kehidupan masa kini yang
semuanya memerlukan wang. Tambahan pula, mereka sendiri pun terlibat dalam
gejala rasuah. Sesungguhnya, sikap kurang ambil berat masyarakat ini akan
merugikan negara pada masa akan datang.
Karenah Birokrasi
Sebahagian masalah rasuah pula berpunca daripada sistem pentadbiran yang
tidak sistematik dan tidak telus. Kerenah birokrasi dalam pentadbiran yang
begitu banyak telah menyebabkan banyak urusan tidak dapat diselesaikan
dengan cepat. Hal ini akan membuka ruang kepada pelakuan rasuah yang
kadang-kadang terpaksa dilakukan untuk membolehkan sesuatu permohonan
diluluskan dengan kadar segera. Sebahagian permohonan untuk mendapatkan
sesuatu, kadangkadang terpaksa mengambil masa yang lama sehingga setahun.
Oleh itu, kajian harus dibuat bagi mengurangkan kerenah birokrasi di sesetengah
jabatan kerajaan bagi mengurangkan ruang untuk melakukan rasuah.
Gaji Pekerja Yang Terlalu Rendah
Gaji pekerja yang rendah sama ada di sektor awam atau swasta juga turut mendorong
kepada perlakuan rasuah. Bagi pegawai yang bergaji rendah dan bekerja di bandar,
mereka kerap menghadapi masalah kewangan. Sebagai contohnya, gaji pekerja
sokongan kerajaan adalah sekitar lapan ratus hingga seribu ringgit sebulan,
sedangkan kos hidup di bandar terus meningkat. Oleh itu, apablia ada ruang untuk
melakukan rasuah, mereka tidak berfikir panjang lagi untuk melakukan perbuatan
tersebut. Adalah sesuatu yang baik jika pihak kerajaan atau majikan melakukan
kajian tentang jumlah gaji yang patut dibayar kepada pekerja dalam zaman yang
serba moden.

Anda mungkin juga menyukai