Anda di halaman 1dari 7

BIDANG 7

1.
 Kehilangan nyawa. Kanak-kanak, wanita dan orang tua yang tidak
berdosa menjadi mangsa dan institusi kekeluargaan di negara
berkenaan musnah.

 Kemusnahan harta awam dan harta peribadi seperti tempat tinggal dan
perkakasan rumah. Sumber kekayaan penduduk terjejas dan mereka
terpaksa menjalani kehidupan yang dihimpit dengan kemiskinan.

 Pencemaran alam sekitar. Penggunaan senjata dan letupan bom


membebaskan debu, habuk, abestos dan pelbagai gas beracun yang
mengancam kehidupan manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan.

 Wabak penyakit merebak dan berlaku kebuluran. Bekalan makanan dan


ubat-ubatan yang terputus akibat peperangan menyebabkan mereka
yang cedera gagal mendapatkan rawatan segera dan tidak mendapat
makanan yang cukup. Akibatnya penduduk mengalami kebuluran dan
penyakit merebak.

 Keadaan ekonomi terjejas. Kegiatan ekonomi tempatan dan


antarabangsa terpaksa diberhentikan. Keadaan menjadi lebih teruk jika
sistem perhubungan dan pengangkutan musnah akibat peperangan dan
akan mengambil masa yang amat panjang untuk memulihkan keadaan
ekonomi mereka seperti sediakala.
BIDANG 4

1. Pengenalan

 Rakyat bebas menganut dan mengamalkan agama masing-masing


 Perlu mengambil tahu tentang amalan agama lain

Perkembangan

Menghuraikan cara menyokong kebebasan beragama di Malaysia

F1 – Tidak mencampuri urusan agama lain


F2 – Menghormati aktiviti agama kaum lain
F3 – Tidak memburuk-burukkan agama lain
F4 – Sentiasa bertolak ansur / bertoleransi dengan agama lain
F5 – Tidak buruk sangka terhadap agama lain

Kesimpulan

 Bertoleransi dengan penganut agama lain


 Berusaha untuk mengekalkan keharmonian yang telah dibina
BIDANG 5

 Mengamalkan sikap berhati-hati dalam pergaulan sosial. Tidak


memberikan maklumat peribadi seperti nombor telefon dan nombor
akaun bank kepada individu yang tidak atau baru dikenali.

 Tidak melayan orang tidak dikenali yang berkunjung / menelefon ke


rumah atau pejabat. Pintu rumah harus sentiasa dikunci dan talian
telefon dimatikan segera sekiranya terdengar suara atau bunyi yang
asing atau mencurigakan.

 Sentiasa mengikuti perkembangan isu kepenggunaan melalui buletin


pengguna dan berita dalam televisyen untuk mengetahui taktik dan
strategi terkini yang digunakan oleh sindiket berkenaan untuk
memperdaya pengguna.

 Mengamalkan gaya kehidupan yang sederhana dan berbelanja


mengikut keperluan dan kemampuan. Ini dapat mengelakkan kita
daripada terpengaruh dengan skim cepat kaya atau tawaran menarik
yang ditawarkan melalui sms, email dan sebagainya.

 Melaporkan kepada pihak berkuasa dengan segera sekiranya terdapat


kegiatan yang mencurigakan. Ini dapat mengelakkan orang lain
menjadi mangsa penipuan pihak yang tidak bertanggungjawab.
BIDANG 6

2. Pengenalan

 Menghulurkan bantuan dan khidmat selagi terdaya


 Melibatkan diri dalam badan sukarela

Perkembangan

Menghuraikan cara yang perlu diamalkan oleh petugas semasa bertugas

F1 – bertanggungjawab
F2 – bersikap amanah
F3 – percaya kepada Tuhan
F4 – memberi pertolongan dengan ikhlas
F5 – tidak mengharapkan ganjaran
F6 – mengutamakan kerja berpasukan

Kesimpulan

 Dapat memupuk nilai-nilai murni dan semangat kerjasama


Meringankan beban golongan yang memerlukan
BIDANG 3

- Menyayangi dan menghargai alam sekitar / Melindungi alam sekitar [1


m]
 Mengurangkan kegiatan pembalakan dan pencerobohan oleh pihak
yang tidak bertanggungjawab [1 m] Mengheret pembalak yang terlibat
dalam aktiviti pembalakan yang tidak berlesen ke mahkamah [1 m]
 Menjaga dan membawa haiwan yang mengalami kepupusan ke zoo /
pusat perlindungan haiwan [1 m] contoh seperti memelihara dan
membiakkan orang utan yang hampir pupus [1 m]

- Mengekalkan keharmonian antara manusia dengan alam sekitar [1 m]


 Mengurangkan kegiatan penerokaan yang tidak terkawal [1 m] Segala
aktiviti pembalakan telah mendapat kelulusan dari Jabatan Alam
Sekitar [1 m]
 Melaksanakan projek pembangunan secara tersusun serta
mementingkan alam sekitar [1 m] Sentiasa peka terhadap habitat flora
dan fauna tidak dirosakkan semasa melaksanakan sebarang projek [1
m]
BIDANG 1

1. Pengenalan
 Sentiasa menghargai diri sendiri
 Menentukan hala tuju dalam kehidupan

Perkembangan
Menjelaskan pengajaran atau teladan daripada kisah yang diberikan.

F1 - Sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang


F2 - Setiap perbuatan ada kesan dan akibatnya
F3 - Berfikir sebelum bertindak
F4 - Mesti ada kekuatan diri
F5 - Percaya kepada Tuhan
F6 - Baik dibalas baik, jahat dibalas jahat

Kesimpulan
 Berfikirlah sebelum melakukan sesuatu perkara
 Menjaga maruah dan meningkatkan harga diri
BIDANG 2

1. Pengenalan

Pengorbanan dan jasa ibu bapa tidak ternilai harganya


Anak wajib berbakti kepada ibu bapa

Perkembangan
Menentukan kewajaran tindakan anak-anak Puan Tan dan menjelaskan alasan
berdasarkan pernyataan yang diberi.

F1 - Tidak wajar
H1 – Anak patut mengenang budi orang tua
H2 – Anak bertanggungjawab terhadap kebajikan ibu bapa
H3 – Ibu telah menjaga kita ketika kecil
H4 – Ibu banyak berkorban untuk anaknya
H5 – Anak perlu menjaga ibu bapa yang sudah tua
H6 – Anak perlu menyenangkan hati ibu bapa
H7 – Anak wajib menjaga dan menitikberatkan kebajikan ibu bapa
H8 – Ibu telah banyak berjasa kepada kita
H9 – Ibu bapa yang memberi pendidikan kepada anak-anak sehingga berjaya

Kesimpulan

 Ibu bapa tiada pengganti


 Kasih sayang mereka adalah sepanjang hayat

Anda mungkin juga menyukai