Anda di halaman 1dari 4

BIDANG 7

1. Gambar di bawah menunjukkan serangan yang telah


dilakukan oleh tentera Israel ke atas Semenanjung Gaza.

Huraikan lima kesan peperangan ini terhadap


Semenanjung Gaza, iaitu negara yang terlibat dalam
peperangan tersebut.

[10 markah]

BIDANG 4
1. Rajah di bawah menunjukkan rakyat Malaysia bebas
mengamalkan kepercayaan agama dan adat resam
masing-masing.

Jelaskan lima cara anda boleh menyokong pernyataan di


atas.

[10 markah]
BIDANG 6
2. Salah satu cara untuk melibatkan diri dalam pembangunan
negara adalah dengan menyertai badan-badan sukarela yang
terdapat di negara kita seperti Persatuan Bulan Sabit Merah,
MERCY dan sebagainya.

Jelaskan lima cara yang perlu diamalkan oleh peserta-peserta


badan sukarela ini semasa bertugas.

[10 markah]

BIDANG 5
2. Baca dan fahami keratan akhbar di bawah.

KUALA LUMPUR - Satu sindiket skim cepat kaya yang


berselindung di sebalik sebuah syarikat jualan langsung
berdaftar didakwa memperdaya lebih daripada 10 individu
sehingga menyebabkan mereka kerugian kira-kira RM30,000.

Presiden Lembaga Kesedaran Pencegahan Jenayah Malaysia


(LKPJM) Datuk Seri Dr Saharuddin Awang Yahya berkata
pihaknya mendapat aduan daripada 10 individu berkenaan
yang mendakwa mereka telah ditipu setelah dipelawa untuk
menyertai skim yang disifatkan sebagai mengaut keuntungan
luar biasa itu.

"Skim yang dikendalikan oleh seorang lelaki warga China


berusia 26 tahun itu mengehendaki mereka menjadi ahli
dengan bayaran pendaftaran sebanyak RM300 dan kemudian
dijanjikan dengan pulangan berupa deretan kereta mewah,
termasuk BMW dan Mercedes-Benz yang dimiliki barisan
upline selepas menyertai skim itu.

Sumber: Sinar Harian

Berdasarkan keratan akhbar di atas, bincangkan lima langkah


yang perlu dilakukan oleh pengguna untuk tidak terjebak dengan
penipuan seperti di atas.

[10 markah]
BIDANG 3

2.
Aminah dan rakan-rakannya telah ditugaskan oleh
guru mereka untuk mendapatkan maklumat tentang
kualiti alam sekitar melalui beberapa agensi
kerajaan. Mereka telah memilih untuk pergi ke
Jabatan Perlindungan Liar dan Taman Negara

Huraikan dua peranan agensi yang telah dipilih oleh


Aminah di atas.

[10 markah]

BIDANG 2
1. Berikut merupakan luahan perasaan Puan Tan kepada kawan-
kawannya di Pusat Penjagaan Orang-Orang Tua.

Sudah lama anak-anak tidak


menjenguk saya di sini. Saya amat
merindukan anak-anak serta cucu-
cucu saya.

Wajarkah tindakan anak-anak Puan Tan? Berikan tiga alasan


anda.
[10 markah]
BIDANG 1

1. Baca dan fahami cerita di bawah.

Hairul yang merupakan seorang Pegawai Tanah yang


bertugas dengan jabatan kerajaan telah banyak terlibat
dengan gejala rasuah serta kegiatan membocorkan
rahsia kerajaan. Selepas didapati bersalah oleh pihak
SPRM, dia telah dibuang kerja. Kini dia amat
menyesal.

Jelaskan tiga pengajaran daripada cerita di atas.

[10 markah]

Anda mungkin juga menyukai