Anda di halaman 1dari 25

SEJARAH PEMBANGUNAN ISLAM

ISEU 2306

RASUAH
PENSYARAH:
DR. AIZAN BINTI ALI @ MAT ZIN

Disediakan Oleh:
MOHAMAD WALIY BOLKINI BIN HAJI AHMAD
NEI 110213
MOHD FARHAN BIN MD ARIFFIN
IEJ 090021

UNIVERSITI MALAYA
KUALA LUMPUR
SESI 2011/2012
ISI KANDUNGAN

Tajuk Halaman

Pendahuluan 3

Definisi Rasuah 4

Rasuah dari perspektif Melayu Islam Beraja Brunei (MIB) 6

Kes-Kes Rasuah Di Brunei Darussalam 8

Rasuah Menurut Perspektif Islam 11

Ciri-Ciri Rasuah 13

Sebab-Sebab Berlakunya Rasuah 13

Kesan-Kesan Amalan Rasuah 15

Kaedah Menangani Gejala Rasuah 17

Kesimpulan 23

BIBLIOGRAFI 24

2
PENDAHULUAN

‫بسم هللا الرحمن الرحيم‬


‫الحمد هلل رب العالمين والصالة والسالم على أشرف األنبياء والمرسلين سيدنا محمد وعلى آله‬
.‫وصحبه أجمعين‬
Pelbagai kenikmatan yang telah dikurniakan oleh Allah s.w.t. pada seluruh manusia di dunia ini,
sama ada berbentuk nikmat yang sementara mahupun yang berkekalan. Akan tetapi, ketika mana
manusia dikuasai oleh hawa nafsu dan tidak mampu mengawal dirinya dari membuat
kemaksiatan, maka akan timbullah sifat lupa, lalai, dan takabbur terhadap nikmat yang telah
dianugerahkan.

Di antara nikmat yang dikurniakan oleh Allah s.w.t. adalah asal kejadian manusia dengan penuh
sempurna dan sebaik-baik makhluk di dunia. Dengan itu, anugerah tersebut hendaklah dipelihara
dengan sebaik mungkin dari bertuhankan nafsu syahwat dan syaitan. Justeru itu, Islam telah
mendidik diri manusia agar tetap teguh pada landasan tauhid kepada Allah s.w.t, tidak
bergantung pada selain-Nya serta menahan diri dari terjerumus pada perbuatan maksiat.

Melangkah ke alam teknologi penuh canggih, masalah berhubung dengan rasuah di kalangan
rakyat Malaysia memang tidak dapat dinafikan. Kerap kali perkara ini dipapaprkan di media-
media seluruh negara. Kesalahan ini tidak hanya terjadi di kalangan penjawat jawatan sahaja
akan tetapi ia turut meliputi pelbagai golongan masyarakat.

Rasuah juga tidak dapat dipisahkan dengan pecah amanah di mana rasuah banyak didorong oleh
pecah amanah. Hal ini kerana rasuah turut melibatkan elemen pecah amanah di mana pemberian
dan penerimaan rasuah adalah disebabkan seseorang itu tidak memegang teguh amanah yang
diberikan kepadanya.

Jadi, kertas kerja ini akan membicarakan dengan lebih lanjut tentang rasuah, ciri-ciri, punca,
kesan dan cara mengatasinya menurut perspektif pembangunan secara menyeluruh menurut
syariat yang telah digariskan Islam.

DEFINISI RASUAH
3
Dalam masyarakat Melayu Brunei, ada peribahasa yang boleh dikaitkan bagi orang-orang yang
terlibat dengan rasuah seperti duit kopi, tumbuk rusuk, belanja kopi, pembasah leher, pekaras,
minyak pelincir, wang bawah meja, boleh runding, faham-faham saja, kantau, sunglau dan lain-
lain lagi. Berdasarkan peribahasa dan terma tersebut jelas mengatakan bahawa ianya memang
wujud tetapi sering disebut dengan bahasa kiasan sahaja.

Bahasa

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, rasuah bermakna pemberian untuk menumbuk rusuk.
Dalam erti kata lain, rasuah juga disebut sebagai sogokan dan suapan.1 Di dalam bahasa Arab
pula, rasuah disebut sebagai ‫الرشوة‬. Ia bermakna sesuatu penyambung yang dapat
menghantarkan tujuan dengan harta sogokan.2

Di dalam istilah bahasa Inggeris, ia disebut sebagai “Bribe” and “Thing offered to influence a
person to act in favour of the giver”.3 Memberi rasuah juga disebut sebagai “Bribery” dan
menerima rasuah disebut “Corruption”.

Istilah

Organisasi Pembangunan Kerjasama Ekonomi (Organisation Economic Co-operation


Development), mendefinisikan rasuah sebagai “Penyalahgunaan kuasa untuk kepentingan
peribadi.”

Program Pembangunan Bangsa-bangsa Bersatu (United Nations Development Program)


mendefinisikan rasuah: “The misuse of public power, office or authority for private benefit-
through bribery, extortion, influence peddling, nepotism, fraud, speed money or
embezzlement.”4

1
Terdapat banyak lagi istilah tentang amalan rasuah ini selain di atas seperti “Duit kopi, belanja kopi, pembasah
leher, Kaw tim, minyak pelincir, wang bawah meja, boleh runding, faham-faham saja, Kantau, Sunglau dan banyak
lagi. Hajah Noresah Baharom (2005), Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Keempat, Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia, h. 1292.
2
Abd. Rauf Dato’ Haji Hassan, Abdul Halim Salleh, Khairul Amin Mohd Zain (2006), Kamus Bahasa Melayu-
Bahasa Arab, Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd, Cet. 6, h. 215. Lihat juga Abu Abdul Halim Ahmad S (1998),
Bahaya Rasuah Kepada Masyarakat Menurut Islam, Kuala Lumpur: Pustaka Syuhada, 5-7.
3
Joyce. M. Hawkins (2007), Kamus Dwibahasa Oxford Fajar, Edisi 4, Cet. 5, Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd,
h. 239.
4
Rujuk United Nations Development Program (1999), Fighting Corruption to Improve Governance, New York:
United Nations Development Programme. Dalam Jon ST Quah, “Comparing Anti-Corruption Measures in Asian

4
Seterusnya, Mc Kee M. H (1996) telah menyatakan bahawa rasuah sebagai “Involves behavior
on the part of officials in the public sector, whether politicians or civil servants, in which they
improperly and unlawfully enrich themselves, or those close to them, by the misuse of power
entrusted to them.”5

Rasuah dari sudut istilahnya juga ialah sesuatu yang disogokkan kepada penzalim untuk
mengambil hak yang bukan miliknya atau untuk menghilangkan hak dari yang empunya sama
ada atas motif dendam atau penipuan dan untuk mendapatkan satu kedudukan yang tidak
sepetutnya atau pekerjaan yang tidak berkelayakan.

Daripada takrif ini, rasuah dapat dikategorikan kepada tiga jenis iaitu:

1. Mengambil sesuatu yang bukan hak seperti memberi sogokan kepada orang yang
mempunyai jawatan dan kuasa untuk mendapatkan sesuatu. Misalnya, orang asing
(PATI) yang memberi suapan kepada pihak imigresen untuk mendapatkan visa menetap
di negara ini.

2. Sogokan yang dapat menghilangkan hak dari pemilik sebagai tindakan balas dendam.
Contohnya seperti iri hati dan cemburu dengan pesaingnya dalam perniagaan. Akram
telah memberi sogokan kepada pihak tertentu supaya mengenepikan projek yang
sepatutnya diperolehi oleh pihak Budianto.

3. Sogokan yang diberikan untuk mendapatkan sesuatu sama ada tender, projek, pekerjaan,
kontrak, dan jawatan tertentu.

RASUAH DALAM PERSPEKTIF MELAYU ISLAM BERAJA BRUNEI (MIB)

Konsep Melayu Islam Beraja (MIB) telah lama wujud di Negara Brunei Darussalam, namun ada
yang masih tidak mengenali sejauh mana konsep MIB boleh meningkatkan moral dan perbuatan

Countries: Lessons to be Learnt‟, Asian Review of Public Administration, Vol XI, no. 2, Julai-Disember 1999, h.
71.
5
Mc Kee M.H (1996), The Transparency International Source Book dalam Akhbar Utusan Malaysia keluaran 16
Februari 1996, m.s 19-20.

5
seseorang. Wujudnya konsep MIB adalah untuk menegakkan prinsip-prinsip dan nilai-nilai Islam
yang berlandaskan Al-Quran dan hadis Nabi Muhammad s.a.w sebagai kepentingan bangsa,
bahasa dan kebudayaan melayu serta keutamaan institusi beraja untuk sistem pemerintahan dan
pentadbiran Negara Brunei Darussalam. Dengan adanya pegangan konsep MIB pada seseorang,
ianya boleh menjauhkan seseorang itu terlibat dengan kegiatan rasuah.

Negara Brunei Darussalam adalah sebuah negara beraja di mana sejak turun temurun telah
diperintah oleh sultan-sultan Islam. Kita sebagai rakyat hendaklah wajib taat kepada sultan
sebagai pemimpin negara kita. Di antara cara kita mentaati raja kita ialah dengan mendukung
apa jua titah baginda.

Mengenai hal rasuah, Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang
Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam menegaskan kepada rakyat baginda untuk tidak terjebak
dengan kegiatan rasuah. Rasuah boleh menghancurkan negara dan boleh menghancurkan
kehidupan manusia walaupun penglibatan seseorang dalam rasuah agak kecil, perkara ini
dinyatakan baginda dalam titahnya sempena sambutan Tahun Baru 2008 Masihi yang lalu:6

“... Jangan anggap “rasuah kecil‟ tidak mengapa, tetapi ingatlah akan risikonya. Kecil atau
besar, sedikit atau banyak, adalah sama-sama bernama penyakit, yang boleh menjejaskan
negara. Negara yang karam dengan rasuah adalah negara yang malang.”Oleh itu, dalam
perutusan ini, beta ingin menekankan supaya kita menutup pintu rapat-rapat kepada rasuah.
Apabila kita bersih daripada rasuah, Allah pasti memberkati kita dan negara, kerana bukankah
Allah telah mengisytiharkan perang terhadap rasuah itu, sehingga barang siapa yang memberi
atau menerimanya, orang itu akan dicampak ke neraka ?”

Sempena majlis pelancaran kempen Anti rasuah dan pembukaan rasmi ibu Pejabat Biro
Mencegah Rasuah pada 12 Mei 1992, Baginda bertitah: “…Rasuah adalah merupakan penyakit
masyarakat antarabangsa yang telah lama wujud meracuni kehidupan manusia. Ia berlaku
dengan tidak memilih tempat, waktu dan peringkat orang. Pendek kata, di mana-mana dan
kepada siapa sahaja ia boleh berlaku atau terjadi.”

6
Mengenai dengan rasuah, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan
Negara Brunei Darussalam menegaskan kepada rakyat Baginda untuk tidak terjebak dengan kegiatan rasuah. Rasuah
boleh menghancurkan negara dan boleh menghancurkan kehidupan manusia walaupun penglibatan seseorang dalam
rasuah agak kecil, perkara ini dinyatakan baginda dalam titahnya sempena Majlis Menyambut Tahun Baru 2008
Masihi yang lalu.

6
“Apabila rasuah adalah sudah berleluasa dan menulari masyarakat, maka masyarakat itu akan
kehilangan imej yang baik dan tidak dihormati lagi.” “Sebagai negara yang ternama lagi
bermaruah, maka Brunei Darussalam patutlah mengekalkan ciri-ciri kesedaran menentang
rasuah itu hingga ke akar-akar umbinya. Kita tidaklah boleh lalai dari melakukan usaha-usaha
pencegahan, walau dengan apa carapun, terutamanya melalui proses undang-undang yang
ada...”

Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara
Brunei Darussalam juga menekankan kepada rakyat untuk meningkatkan nilai-nilai murni dan
etika yang berkualiti dalam menjalankan tugas harian. Perkara ini telah dinyatakan di dalam
titah Baginda di majlis pembukaan rasmi Persidangan Majlis Mesyuarat Negeri kali ke 19 pada
21 Disember 1981:

“…Beta sebutkan tadi, maka Beta dengan setegas-tegasnya menekankan bahawa sikap jujur dan
amanah itu hendaklah dipupuk berlandaskan ajaran-ajaran Ugama Islam, (ya’ani), Beta sama
sekali menegah pegawai-pegawai di-dalam Kerajaan Beta mengamalkan apa jua bentuk
corruption atau rasuah. Insya Allah, Beta akan mengambil tindakan tegas pada mencegah
sebarang rupa dan bentuk rasuah di kalangan pegawai-pegawai dalam Kerajaan Beta...”

Daripada titah-titah Baginda jelas menunjukkan bahawa Baginda amat perihatin dengan gejala
perbuatan rasuah yang boleh merosakkan negara, kehormatan dan masyarakat. Baginda juga
menitikberatkan agar rakyat bersikap jujur, amanah dan bertanggungjawab bagi mengelakkan
perbuatan rasuah tersebut.

KES-KES RASUAH DI BRUNEI DARUSSALAM

7
8
9
10
RASUAH MENURUT PERSPEKTIF ISLAM

• Rasuah menurut Ibrahim An-Nakha’i dalam Mausu’ah Fiqhiyah:

“Sesuatu yang diberikan kepada seseorang untuk menghidupkan kebatilan atau untuk
menghancurkan kebenaran.”

• Rasuah menurut Syeikh Abdul Aziz Bin Abdullah bin Baz:

“Memberikan harta kepada seseorang sebagai imbalan pelaksanaan maslahat (tugas, kewajipan)
yang mana tugas itu harus dilaksanakan tanpa menunggu imbalan atau wang komisen.”

• Manakala, Dr. Yusuf Qardawi mendefinisikan rasuah seperti berikut:

“Suatu yang diberikan kepada seseorang yang mempunyai kekuasaan atau jawatan (apa sahaja)
untuk memenangkan kesnya dengan menewaskan lawan-lawannya sesuai dengan apa yang ia
inginkan, atau untuk memberikan peluang kepadanya atau menyingkirkan saingannya.”7

Sebagai negara yang berteraskan Islam sebagai agama rasmi negara, maka adalah bertepatan
bagi Negara Brunei Darussalam mendukung hasrat negara untuk sama-sama membanteras rasuah
sejajar dengan hukum Islam yang mengharamkan amalan rasuah. Rasuah dikategorikan dalam
amalan dosa besar kerana terdapat unsur kezaliman dan mengambil hak orang lain dengan tidak
jujur. Rasuah adalah jelas haram di sisi Islam dan ini bertepatan dengan firman Allah s.w.t,

‫اإلثْ ِم َوأ َ ْنت ُ ْم‬ ِ َّ‫اط ِل َوت ُ ْدلُوا ِب َها ِإلَى ْال ُح َّك ِام ِلتَأ ْ ُكلُوا فَ ِريقا ً ِم ْن أ َ ْم َوا ِل الن‬
ِ ‫اس ِب‬ ِ َ‫َوال تَأ ْ ُكلُوا أ َ ْم َوالَ ُك ْم َب ْينَ ُك ْم ِب ْالب‬
َ‫ت َ ْعلَ ُمون‬
Maksudnya: “Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara
kamu dengan jalan yang salah, dan janganlah kamu menghulurkan hasrat kamu (memberi
rasuah) kepada hakim untuk memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia
dengan berbuat dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya).”8

Di dalam tafsir Jalalayn karya Jalaluddin al-Mahalli dan Jalaluddin al-Suyuti, mereka juga
menafsirkan ayat ini sebagai dalil haram mengambil harta orang lain tanpa hak dan juga larangan

7
Abu Abdul Halim Ahmad S (1998), Bahaya Rasuah Kepada Masyarakat Menurut Islam, Kuala Lumpur: Pustaka
Syuhada, h. 5-6.
8
Ust. Saif Abidurraby, Mushaf al-Masar, Al-Quran Terjemahan dan Terjemah Perkataan, Selangor: Masar
Enterprise, Surah al-Baqarah (2) : 188, h. 29.

11
menghulurkan harta kita (rasuah) untuk kepentingan peribadi dan memperolehi faedah dan harta
melalui jalan yang batil.9

Seterusnya, Nabi s.a.w menjelaskan dengan lebih terang lagi bahawa rasuah adalah haram dan
dilaknat oleh Allah s.w.t dan Rasul-Nya dengan sabdanya,

10
‫الرا ِشي َو ْال ُم ْرتَشِي‬ ُ ‫ " لَعَنَ َر‬: ‫ قَا َل‬، ‫َّللاِ ب ِْن َع ْم ٍرو‬
ِ َّ ‫سو ُل‬
َّ ‫َّللا‬ َّ ‫ع ْن َع ْب ِد‬
َ
Maksudnya: Diriwayatkan dari ‘Abdullah bin ‘Amru r.a, dia berkata: “Rasullullah s.a.w
melaknat orang yang memberi rasuah dan yang menerima rasuah.”
11
َ ‫ش َي َوا ْل ُم ْرتَش‬
" ‫ِي‬ ِ ‫الرا‬
‫َّللا ه‬ ُ ‫ " لَعَ َن َر‬: ‫ قَا َل‬، ‫َّللاِ ْب ِن ع َْم ٍرو‬
ِ ‫سو ُل ه‬ َ ‫ع َْن‬
‫ع ْب ِد ه‬
Maksudnya: Diriwayatkan daripada Abdullah bin ‘Amru r.a, dia berkata: “Rasullullah s.a.w
melaknat orang yang memberi rasuah dan yang menerima rasuah.

Kaedah Fiqh yang diterima pakai di dalam persoalan rasuah ialah:

‫ما حرم أخذه حرم إعطاؤه‬


Maksudnya, “Apa yang haram pengambilannya, maka haram juga pemberiannya”.12

Hal ini membawa maksud apa sahaja yang haram diambil atau mengambilnya, haram juga
diberikan kepada orang lain atau memberikannya. ‘Illah atau sebabnya ialah kerana ia akan
membantu dan menolong kepada perbuatan yang diharamkan. Contohnya, ialah seperti
pemberian rasuah.13 Ini berdasarkan firman Allah s.w.t,

ِ ‫اإلثْ ِم َو ْالعُد َْو‬


‫ان‬ ِ ‫علَى‬
َ ‫َوال تَعَ َاونُوا‬

9
Jalaluddin al-Mahalli, Jalaluddin al-Suyuti, Al-Qur’an al-Karim wa Bihamisyah Tafsir Jalalayn, Dar Ibnu Kathir,
h. 29.
10
Abu Dawud al-Sajistani, Sunan Abi Dawud, Kitab al-Qada’, Bab fi Karahiyyah al-Risywah, Riyadh: Maktabah al-
Ma’arif li al-Nasyar wa al-Tauzi’, h. 642, no. 3580.
11
Muhammad bin Isa Al-Tirmidzi, Sunan al-Tirmidhi, Kitab al-Ahkam, Bab Ma Ja’a fi al-Rasyi wa al-Murtasyi fi
al-Hukm, Riyadh: Maktabah al-Ma’arif li al-Nasyar wa al-Tauzi’, h. 315, no. 1337.
12
Rujuk Mohd Nidzam Abdul Kadir (2007), Soal Remeh Temeh Tentang Muamalat, Tapi Anda Malu Bertanya,
Kuala Lumpur: Telaga Biru Sdn. Bhd, Cet. 1, h. 206.
13
Abd. Latif Muda, Rosmawati Ali @ Mat Zin (2000), Perbahasan Kaedah-Kaedah Fiqh, Kuala Lumpur: Pustaka
Salam Sdn. Bhd, h. 444.

12
Maksudnya: “Dan janganlah kamu tolong menolong di dalam perkara dosa (maksiat) dan
permusuhan.”14

CIRI-CIRI RASUAH

Suapan mengikut Syeksen 2 Akta Pencegahan Rasuah ialah,

1. Wang derma, along, pinjaman, fee, hadiah dan cagaran.


2. Apa-apa jawatan, kebesaran, kontrak pekerjaan atau perkhidmatan, dan apa-apa
perjanjian untuk memberikan pekerjaan.
3. Apa-apa bayaran, pelepasan, penyelesaian apa-apa pinjaman.
4. Apa-apa jenis balasan berharga dan diskaun.
5. Apa-apa jenis perkhidmatan atau pertolongan lain.
6. Apa-apa tawaran, akujanji atau janji.

Antara ciri-ciri rasuah yang lain ialah, ia dilakukan secara sulit, melibatkan pecah amanah,
memperoleh keuntungan, kepentingan peribadi, penyalahgunaan kuasa, dan
penyelewengan.15

Daripada sini, dapat disimpulkan bahawa rasuah semestinya mempunyai sang pemberi dan sang
penerima, atau orang tengah dan perantaranya, atas dasar suka sama suka, tiada paksaan, dan
mempunyai unsur keuntungan dan kepentingan sendiri (Mutual Benefit), penuh kerahsiaan dan
akhirnya turut melibatkan elemen penyalahgunaan kuasa.

SEBAB-SEBAB BERLAKUNYA RASUAH

Beberapa kajian telah dijalankan bagi mengenalpasti sebab-sebab berleluasanya amalan rasuah.
Salah satu daripadanya ialah kajian yang dilakukan oleh Leslie Palmier, yang mana beliau telah

14
Ust. Saif Abidurraby, Mushaf al-Masar, Al-Quran Terjemahan dan Terjemah Perkataan, Selangor: Masar
Enterprise, Surah al-Ma’idah (5) : 2, h. 106.
15
Asiah Bidin, Sharifah Nuridah Aishah Syed Nong Mohamad, Jenayah Rasuah dan Pecah Amanah Di kalangan
Pengarah Syarikat: Mengenalpasti Masalah dan Cadangan Penyelesaian Menurut Islam, Terengganu: Kampus
Kusza Gong Badak, Universiti Darul Iman Malaysia (UDM). Kertas Kerja ini telah dibentangkan sempena Seminar
Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan, h. 10-11.

13
membuat kajian rasuah dalam pentadbiran kerajaan di Hong Kong, India dan Indonesia. Dalam
kajian tersebut, beliau telah menyatakan beberapa faktor penting yang menyebabkan berlakunya
rasuah iaitu: “Peluang, Gaji dan Dasar.”

Menurut beliau jika dasar pembabitan pegawai dan kakitangan kerajaan dalam pentadbiran
dikurangkan, gaji pegawai dan kakitangan dinaikkan dan dasar yang dapat mengurangkan
penglibatan pegawai kerajaan yang meluas, ianya akan boleh mengurangkan perlakuan rasuah.16

Mauro juga ada membincangkan bahawa jika gaji pegawai dan kakitangan kerajaan terlalu
rendah maka mereka akan menggunakan kuasa dan jawatan sebagai peluang untuk mengambil,
meminta dan menerima rasuah.17

Walau bagaimanapun, punca sebab rasuah boleh dikatakan terpulang kepada sikap individu itu
sendiri. Ini kerana walaupun ada segelintir masyarakat yang berpendapatan tinggi, tetapi masih
juga melibatkan diri dengan najis rasuah. Jadi, kemiskinan atau berpendapatan rendah bukanlah
faktor utama sebab berlakunya rasuah.

Punca berlakunya rasuah boleh diberikan kepada dua bahagian iaitu: dorongan dalam dan tarikan
luaran. Sifat tamak, keinginan hidup mewah lebih dari kemampuan, kecintaan pada maksiat,
gaya hidup yang suka berpoya-poya dan iman yang lemah serta tidak takutkan Allah s.w.t adalah
faktor dalaman berlakunya rasuah. Manakala unsur luaran seperti desakan hidup, adanya peluang
yang terbuka menjadi faktor utama bagi dorongan luaran untuk berlakunya gejala rasuah ini.18

Kesimpulannya, punca terjadinya rasuah dapat dibahagikan kepada dua faktor iaitu,

I. Faktor individu.

II. Faktor kepimpinan, sistem pentadbiran dan dasar.

Dari aspek individu, antara punca terjadinya rasuah ialah,

16
Palmier, Leslie (1985), The Control of Bureaucratic Corruption Case Studies in Asia, New Delhi: Allied
Publishers. Dalam Jon ST Quah, “Comparing Anti-Corruption Measures in Asian Countries: Lessons to be
Learnt”, Asian Review of Public Administration, Vol XI, no. 2, Julai-Disember 1999, h. 73.
17
Mauro, Paulo (1997), Why Worry about Corruption?, Washington DC: International Monetary Fund. Dalam Jon
ST Quah, “Comparing Anti-Corruption Measures in Asian countries: Lessons to be Learnt‟, Asian Review of
Public Administration, Vol XI, no. 2, Julai-Disember 1999, m.s 73.
18
Rujuk Hajah Dewi Maslehah Haji Md. Yusop (2001), Rasuah Dari Perspektif Agama dan Implikasinya
Terhadap Pembangunan Negara, h. 14- 20.

14
- Kurang penghayatan agama Islam.

- Sikap tidak bermoral dan beretika.

- Sikap tamak dan cintakan kebendaan (materialistik).

- Mempunyai keinginan dan peluang terbuka luas.

- Sikap suka hidup dengan mewah.

- Berbelanja melebihi kemampuan diri.

- Hilang sifat amanah dan kawalan terhadap diri sendiri.

Seterusnya, faktor kepimpinan, sistem pentadbiran dan dasar juga memainkan peranan di dalam
berleluasanya gejala rasuah ini, antara sebabnya ialah,

- Kelemahan pemimpin dalam pentadbiran sebuah organisasi.

- Sistem pentadbiran yang tidak efektif dan lemah.

- Proses dan prosedur kerja yang memberikan ruang luas untuk rasuah.

- Kelemahan pemantauan dan penyelenggaraan daripada pihak pengurusan dalam sektor

awam mahupun swasta.

- Perlaksanaan projek-projek yang tidak mempunyai asas dan kawalan rapi.

- Konsep penurunan kuasa dan jawatan yang terlalu banyak hingga memungkinkan

kawalan terhadap anggota dan penjawat susah dilakukan.

KESAN-KESAN GEJALA RASUAH

Rasuah sememangnya tidak membawa kesan yang baik serta membawa kesan-kesan buruk
kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak, iaitu kepada individu,
keluarga, masyarakat serta negara. Antara kesan-kesan rasuah yang selalu dibincangkan ialah,

15
Selanjutnya, antara kesan-kesan negatif yang akan diterima oleh individu yang melakukan
amalan rasuah, pertamanya ialah pasti akan mendapat laknat dan ancaman dari Allah s.w.t dan
Rasul-Nya, tidak akan mendapat rahmat, taufiq serta hidayah Allah s.w.t serta akhirnya akan
dimasukkan ke dalam neraka di akhirat kelak.

Manakala kehidupannya di dunia akan menjadi kucar-kacir, hina maruahnya dalam masyarakat,
kehilangan pekerjaan dan pendapatan, akan didakwa di mahkamah, serta mungkin akan dijatuhi
hukuman berat penjara dan denda yang tinggi.

Selain itu, kesan rasuah terhadap institusi kekeluargaan juga tidak kurang teruknya, iaitu ia akan
menghancurkan dan mengganggu gugat keharmonian rumah tangga, seterusnya ahli keluarga
seperti isteri dan anak-anak akan terabai, nama baik keluarga akan tercalar teruk serta akhirnya
akan hilangnya kepercayaan dari keluarga sendiri dan sanak saudara terdekat.

Seterusnya, impak negatif rasuah kepada masyarakat tidak kurang hebatnya iaitu ianya akan
merosakkan keadilan sosial dan kesaksamaan sistem ekonomi, seterusnya menunjukkan
kelemahan penguatkuasaan undang-undang, serta membebankan golongan masyarakat fakir
miskin, memburukkan lagi taraf kemiskinan kerana sumber-sumber yang telah ditetapkan bagi
membantu rakyat miskin diselewengkan pihak berkepentingan dan akhirnya akan melahirkan
masyarakat yang tiada kemahiran dan skil serta bersikap tidak bermoral dan etika yang tinggi
dan akhirnya akan hilang amanah di dalam sesuatu urusan dan nilai jati diri sebagai masyarakat
yang bertamadun.

Akhirnya, impak tidak baik rasuah kepada sesebuah negara pula ialah akan hilangnya nilai
integriti negara, nama negara akan tercalar di mata dunia, banyaknya amalan korupsi dan
penyelewengan, seterusnya banyak projek-projek pembangunan tergendala dan ekonomi Negara
akan hancur, serta yang miskin akan terus ditindas yang kaya. Negara juga akan diperintah oleh
orang yang tidak amanah dan korup oleh kerana pemimpin tersebut mendapat jawatan dengan
merasuah kerajaan sedia ada dan akhirnya negara tidak akan membangun, mundur oleh kerana
kurangnya pelaburan asing ke dalam negara dan aktiviti perdagangan dengan negara lain tidak
berjalan dengan baik.

16
KAEDAH MENANGANI GEJALA RASUAH

Selanjutnya, adalah penting untuk setiap anggota masyarakat untuk menangani dan membanteras
amalan rasuah ini, antara peranan individu di dalam permasalahan ini ialah, mendekatkan diri
kepada Allah s.w.t, berfikiran positif, berusaha untuk memajukan diri serta seimbangkan antara
pendapatan dan perbelanjaan seharian.

Selain itu, antara peranan institusi kekeluargaan terutamanya ibu dan bapa ialah mesti
menunjukkan teladan yang baik kepada anak-anak, tidak cepat berputus asa, memberi
pendedahan awal kepada anak-anak tentang bahaya rasuah dan juga memberi pendidikan terbaik
dan seimbang kepada anak-anak dari aspek pendidikan agama dan duniawi.

Anggota masyarakat dan pertubuhan-pertubuhan NGO juga perlu memainkan peranan dengan
membantu mencegah dan membanteras rasuah seperti melakukan kerjasama dengan setiap
agensi bebas untuk membanteras rasuah, dan golongan yang kaya hendaklah prihatin terhadap
golongan yang miskin agar mereka yang miskin tidak merasa terpinggir.

Akhirnya, kerajaan juga perlu menyediakan lebih banyak perkhidmatan sosial terhadap para
pelaku rasuah, menyediakan peluang pekerjaan dan gaji yang bersesuaian, dan akhirnya
menguatkuasakan undang-undang rasuah yang lebih ketat.

Selanjutnya, pembanterasan najis rasuah melaui pembangunan menurut pandangan Islam ialah
seperti berikut,

Pembangunan Rohani (SQ)

Dari sudut Islam, pembangunan kerohanian adalah pembangunan paling asas dalam Islam dan
pembangunan kerohanian yang utuh perlu didasari oleh 3 prinsip utama iaitu islam (berserah diri
pada Allah s.w.t), iman (tauhid dan akui keEsaan-Nya) dan ihsan (Allah s.w.t sentiasa
memerhatikan setiap perlakuan) dilihat mampu menjadi benteng daripada perlakuan sebarang
tindakan yang menyalahi ketetapan syariat Islam. Penyemaian prinsip-prinsip ini di dalam diri
seseorang boleh mengurangkan dan mengekang kes-kes penyalahgunaan kuasa, rasuah dan
pecah amanah.

17
Namun, ianya perlu disertai dengan gabungan penuh ketiga-tiga kekuatan prinsip ini beserta
dengan taqwa hanya kepada Rabbul Jalil bagi membentuk pembangunan kendiri dan masyarakat
yang seimbang serta bebas dari unsur yang bertentangan syariat. Maka dengan adanya peranan
ketiga-tiga unsur ini, ke mana pun kita pergi dan lakukan, maka akan lahirlah satu bentuk
kewaspadaan, kebergantungan hanya semata-mata pada Allah s.w.t dan berusaha mengelak dari
elemen-elemen yang boleh merosakkan akidah dan syariat Islam yang mulia.

Membanteras rasuah melibatkan reaksi dan kerjasama pelbagai lapisan masyarakat. Ini hanya
dapat dilakukan dengan cara memantapkan iman dan mengukuhkan jati diri Muslim. Dengan itu,
barulah setiap Muslim merasakan penting bagi memainkan peranan bagi mencegah dan menjauhi
kegiatan rasuah serta berusaha untuk membanterasnya kerana ia adalah suruhan agama Islam.
Melaporkan kegiatan rasuah kepada pihak yang berkenaan juga merupakan tanggungjawab
semua.

Islam telah menyeru agar mewujudkan keadilan mutlak dengan apa pun bentuknya meskipun hal
itu menyentuh perkara–perkara yang sangat berat. Allah s.w.t berfirman:

"Wahai orang–orang yang beriman, jadilah kamu orang–orang yang benar–benar menegakkan
keadilan, menjadi saksi kerana Allah sekalipun terhadap diri kamu sendiri atau ibubapa kamu
dan kaum kerabat kamu"19

Walaupun agensi membanteras rasuah ditubuhkan seperti Biro Mencegah Rasuah Brunei
(BMR), akan tetapi strategi agensi tersebut untuk menghapuskan rasuah ke akar umbi tidak akan
dapat dicapai jikalau tidak ada sokongan daripada orang ramai. Masyarakat hendaklah
berkerjasama dan berganding bahu untuk sama-sama mendukung hasrat negara dalam
membanteras gejala perbuatan rasuah ini dengan cara tidak melakukan rasuah, tidak cuba untuk
berjinak-jinak dengan perbuatan rasuah, mengamalkan nilai-nilai murni seperti jujur, amanah,
ikhlas dan bertanggungjawab divdalam apa jua pekerjaan yang kita lakukan.

19
Ust.Saif Abidurrabby, Mushaf al-Masar, Al-Quran Terjemahan dan Terjemah Perkataan, Selangor: Masar
Enterprise, Surah al-Nisa’ (4) :135, h. 100.

18
Oleh yang demikian, perubahan ini hanya akan berjaya jika seseorang yang mengamalkan rasuah
itu berusaha mengubah dirinya sendiri beserta dengan kerjasama semua anggota masyarakat. Ini
jelas sebagaimana firman Allah s.w.t,

‫َّللا ال يُغ َِي ُر َما ِب َق ْو ٍم َحتَّى يُغ َِي ُروا َما‬ ِ َّ ‫ظونَهُ ِم ْن أ َ ْم ِر‬
َ َّ ‫َّللا ِإ َّن‬ ُ َ‫لَهُ ُم َع ِق َباتٌ ِم ْن َبي ِْن َيدَ ْي ِه َو ِم ْن خ َْل ِف ِه َي ْحف‬
‫سوءا ً فَال َم َردَّ لَهُ َو َما َل ُه ْم ِم ْن دُو ِن ِه ِم ْن َوا ٍل‬ َّ َ‫ِبأَنفُ ِس ِه ْم َو ِإذَا أ َ َراد‬
ُ ‫َّللاُ ِب َق ْو ٍم‬
Maksudnya, “Bagi manusia ada malaikat-malaikat yang selalu mengikutinya (secara) bergiliran,
di muka dan di belakangnya, mereka menjaganya atas perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak
(akan) merubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merubah keadaan yang ada pada diri
mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap sesuatu kaum, maka tidak
ada yang dapat menolaknya, dan sekali-kali tidak ada pelindung bagi mereka selain Dia.20

Pembangunan Akal Fikiran (IQ)

Akal ialah satu keistimewaan yang diberikan Allah s.w.t kepada manusia sahaja. Dengannya,
kita dapat mengenal, beramal dan bertanggungjawab di atas sesuatu tindakan. Akal juga
berupaya mengintegrasikan antara aspek keimanan dan aspek kehidupan. Akal dan jiwa manusia
adalah benda asas yang perlu dibangunkan dahulu sebelum sesuatu pembangunan fizikal
dijalankan.

Dalam usaha mencegah, mengindari dan membanteras rasuah juga, kita mesti berusaha untuk
melengkapkan ilmu pengetahuan. Dari ilmu pengetahuan, kita akan beriman dan beramal
dengannya. Kita mesti terlebih dahulu perlu melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan yang
mencukupi agar dakwah kita kepada pembanterasan rasuah berjaya.

Selain itu, kita juga boleh memudahkan urusan menggunakan ICT sedia ada. Kita tidak perlu lagi
berurusan di dalam bentuk wang tunai lagi. Seterusnya, akal yang dianugerahkan Allah s.w.t
perlu digunakan dengan sebaiknya menyokong ilmu naqli dan mematuhi peraturan sosial sejajar
dengan landasan budaya dan agama.

Islam juga mewajibkan amar makruf nahi mungkar untuk menjaga keseimbangan masyarakat
dan menjauhkannya dari kesesatan dan kejatuhan. Allah s.w.t berfirman:

20
Ibid, Surah al-Ra’d (13) : 11, h. 250.

19
"Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan,
menyuruh kepada yang makruf dan mencegah daripada yang mungkar, merekalah orang–orang
yang beruntung"21

Rasuah juga adalah perkara sia-sia dan sebagai Muslim yang sejati, pastinya perlu menghindari
segala perbuatan yang tidak mendatangkan faedah kerana ia merendahkan martabat manusia
sebagai manusia yang berakal dan mulia di sisi Allah s.w.t. Sabda Nabi,

22
" ‫ " ِم ْن ُحس ِْن ِإس َْال ِم ْال َم ْر ِء ت َ ْر ُكهُ َما َال َي ْعنِي ِه‬: ِ‫َّللا‬ ُ ‫ قَا َل َر‬: ‫ قَا َل‬، َ ‫ع ْن أ َ ِبي ُه َري َْرة‬
َّ ‫سو ُل‬ َ
Maksudnya: Dari Abi Hurairah r.a berkata: Nabi s.a.w bersabda: “Sebahagian dari (kemuliaan)
keelokan peribadi Muslim ialah meninggalkan apa yang tidak berfaedah.”

Pembangunan Emosi dan Akhlak (EQ)

Memberi hadiah atau buah tangan adalah antara budaya masyarakat Melayu Brunei mahupun
Malaysia yang telah diamalkan sejak berkurun lama terutama sekali pada musim perayaan dan
majlis-majlis keramaian. Amalan memberi hadiah atau buah tangan selalu diibaratkan sebagai
“sedekah‟ atau “tanda penghargaan‟ daripada pemberi. Amalan ini memanglah dianggap baik
jika pemberian itu mempunyai niat yang ikhlas, jujur dan bertujuan untuk mengeratkan dan
mengukuhkan lagi ikatan persahabatan yang terjalin di antara pemberi dan penerima.

Namun, pemberian hadiah itu boleh menjadi rasuah apabila hadiah itu diberi dengan ada tujuan
untuk mendapatkan sesuatu istimewa, keuntungan, perkhidmatan daripada pihak yang berkaitan
dengan tugas atau urusan rasminya. Terutama sekali jika perkara ini berleluasa di antara sektor
awam dan sektor kerajaan, maka pemberian hadiah itu boleh berkembang menjadi satu bentuk
rasuah. Ini adalah kerana kebiasaan menerima sesuatu dan meminta sesuatu pemberian yang
mulanya merupakan hadiah, namun kini menjadi satu kemestian dalam segala urusan.

Bangsa Melayu adalah bangsa yang menitik-beratkan nilai moral dan akhlak yang tinggi seperti
jujur, amanah, ikhlas dan bertanggungjawab. Didikan moral ini sudah diterapkan semasa masih

Ibid, Surah Ali-‘Imran (3) :104, h. 63.


21
22
Ibnu Majah al-Qazwini, Sunan Ibnu Majah, Kitab al-Fitn, Bab Kuf al-Lisan fi al-Fitnah, Riyadh: Maktabah al-
Ma’arif lil Nasyar wa al-Tauzi’, Cet. 1, h. 655, no. 3967.

20
kanak-kanak lagi seperti tidak boleh bercakap bohong, jangan mengambil barang orang tanpa
kebenaran, berbuat baik sesama kawan dan sebagainya.

Nilai-nilai ini jika sentiasa disemai sehingga dewasa akan melahirkan individu-individu yang
mempunyai nilai akhlak yang tinggi kerana mereka sudah biasa mempraktikkan nilai-nilai murni
sedari kecil lagi. Nilai-nilai murni seperti ini memang sudah menjadi budaya dalam masyarakat
Melayu, apatah lagi dipandu oleh kepercayaan berlandaskan Islam. Oleh yang demikian, nilai-
nilai murni yang kita warisi ini hendaklah kita amalkan dan praktikkan sebagai cara hidup kita
seharian.

Antara lain, kita mesti menjauhkan diri daripada akhlak atau kelakuan yang tidak baik, terlalu
cintakan duniawi, dan bertanggungjawab dalam menjaga kesucian diri, membina akhlak dan
melatih jiwa dengan menanamkan sikap, nilai-nilai murni dan budi pekerti yang mulia. Selain
itu, kita mesti berani dan tegas menolak tawaran rasuah dengan tegas serta memilih sahabat
hanya dengan berkawan dengan orang yang boleh dipercayai.

Selain itu, kita hendaklah jangan cuba meminta balasan atas kerja yang dibuat, menjalankan
tugas harian berlandaskan ajaran agama Islam, menanamkan sifat bertanggungjawab, bertimbang
rasa menjalankan amanah yang diberikan mematuhi apa yang disuruh dan akhirnya memberikan
perkhidmatan yang terbaik dan bermanfaat.

Pembangunan Fizikal

Pembangunan fizikal ialah pembangunan yang berkaitan dengan aspek jasmani dan persekitaran
kehidupan menggunakan ilmu aqli dan naqli yang berkaitan. Jadi, di sini dimasukkan mengenai
kepentingan penguatkuasaan undang-undang di dalam situasi Negara kita sekarang untuk
membanteras rasuah ini.

Undang-undang sememangnya wujud untuk gejala rasuah ini. Dilihat dari sudut undang-undang
jenayah, perlakuan rasuah boleh dikategorikan di bawah Kanun Keseksaan dan akta tertentu, dan
akan dihadapkan ke mahkamah keadilan. Kes-kes yang dibawa ke mahkamah, walaupun tidak
begitu banyak, akan tetapi melibatkan jumlah wang yang besar.

21
Rasuah atau suapan adalah satu kelakuan jenayah mengikut undang-undang Malaysia. Satu akta
telah digubal khusus bagi jenayah ini iaitu Akta Pencegahan Rasuah 1997 (APR 1997). Tujuan
akta ini ialah bagi menyediakan peruntukan-peruntukan berkaitan dengan pencegahan rasuah dan
perkara-perkara yang berkaitan dengannya.

Rasuah boleh dilakukan samada secara pujukan, paksaan atau ugutan. Penalti bagi kesalahan
rasuah ialah hukuman bagi perbuatan menerima dan memberi suapan jika disabitkan kesalahan
boleh dipenjarakan minimum 14 hari dan maksimum 20 tahun dan denda dengan jumlah lima
kali ganda jumlah suapan atau 10,000 (Syeksen 16).23

Antara kaedah lain yang boleh dilakukan ialah dengan kaedah pengisytiharan harta benda.
Seterusnya, bagi yang telah melakukan jenayah rasuah ini, perlu dikenakan hukuman penurunan
pangkat dan penahanan gaji.

Hukuman bagi perlakuan jenayah rasuah mungkin boleh diberatkan lagi dan penjenayah perlu
dihukum dengan sekeras-kerasnya kerana hal mengkhianati amanah (penyelewengan) bukan
perkara main-main. Sabda Nabi s.a.w maksudnya,

“Antara tanda-tanda orang munafik ialah tiga jenis, apabila dia bercakap, dia berbohong,
apabila berjanji dia mungkiri dan apabila diberi amanah dia khianati.”24

KESIMPULAN

Allah s.w.t telah berfirman di dalam Surah al-An’am (6): Ayat 153,

23
Asiah Bidin, Sharifah Nuridah Aishah Syed Nong Mohamad, Jenayah Rasuah dan Pecah Amanah Di kalangan
Pengarah Syarikat: Mengenalpasti Masalah dan Cadangan Penyelesaian Menurut Islam, Terengganu: Kampus
Kusza Gong Badak, Universiti Darul Iman Malaysia (UDM). Kertas Kerja ini telah dibentangkan sempena Seminar
Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan, h. 12.
24
Abi ‘Abdullah Muhammad bin Ismail al-Bukhari, Al-Jami’ al-Sahih al-Musnad Min Hadith Rasullillah s.a.w
wa Sunanihi wa Ayyamihi, Kitab al-Iman, Bab ‘Alamat al-Munafiq, Kaherah: al-Mathba’ah al-Salafiyyah wa
Maktabatuha, j. 1, h. 27, no. 33.

22
‫صا ُكم ِب ِه َل َعلَّ ُك ْم‬
َّ ‫س ِبي ِل ِه ذَ ِل ُك ْم َو‬ ُّ ‫اطي ُم ْست َ ِقي ًما فَات َّ ِبعُوهُ َوالَ تَت َّ ِبعُواْ ال‬
َ ‫سبُ َل فَتَفَ َّرقَ ِب ُك ْم‬
َ ‫عن‬ ِ ‫َوأ َ َّن هَـذَا‬
ِ ‫ص َر‬
َ‫تَتَّقُون‬
Maksudnya: “Dan bahawa (yang Kami perintahkan) ini adalah jalan-Ku yang lurus, maka
ikutilah dia, dan janganlah kamu mengikuti jalan-jalan (yang lain), kerana jalan-jalan itu akan
mencerai-beraikan kamu dari jalan-Nya. Yang demikian itu diperintahkan Allah kepadamu agar
kamu bertakwa.”

Rasuah, walau apa pun jua pengertian yang diberikan oleh berbagai pihak, ianya tetap salah di
sisi Islam. Sebagai sebuah negara Brunei yang berlandaskan konsep Melayu Islam Beraja, adalah
wajar dan patut kita sama-sama memikul tanggungjawab untuk membanteras rasuah. Kita
hendaklah juga mengukuhkan dan meningkatkan nilai-nilai murni serta menghayati ajaran Islam
sebagai peggangan hidup. Ini kerana gejala rasuah ini, walau sebesar atau sekecil manapun ianya
dilihat tetapi kesan-kesannya adalah amat buruk yang mana pasti menjejaskan imej negara
keseluruhannya.

Dalam aspek pembangunan diri dan masyarakat menurut Islam, segalanya mestilah mengikut
landasan yang telah digariskan oleh al-Qur’an dan al-Sunnah. Boleh bagi kita untuk
membangunkan dan memajukan aspek material, namun ianya perlu disertai gabungan kekuatan
prinsip islam, iman, tauhid, ihsan dan taqwa hanya kepada Rabbul Jalil bagi membentuk
pembangunan diri dan masyarakat yang seimbang serta bebas dari unsur yang bertentangan
syariat. Maka dengan adanya peranan ketiga-tiga unsur ini, ke mana pun kita pergi dan lakukan,
maka akan lahirlah satu bentuk kewaspadaan, kebergantungan hanya semata-mata pada Allah
s.w.t dan berusaha mengelak dari elemen-elemen yang boleh merosakkan syariat Islam yang
mulia.

Akhirnya, sentiasalah muhasabah diri kita di atas segala perbuatan maksiat yang dilakukan
menggunakan tubuh badan yang dianugerahi Allah S.W.T. Ingatlah, segala perbuatan dan
amalan kita akan disoal oleh Allah S.W.T di padang Mahsyar nanti dan ketahuilah bahawa
seluruh anggota badan kita adalah hamba Allah S.W.T dan setiap hamba pasti akan patuh kepada
Rabbnya.

BIBLIOGRAFI

23
Rujukan Kamus

Hajah Noresah Baharom (2005), Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Keempat, Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Abd. Rauf Dato’ Haji Hassan, Abdul Halim Salleh, Khairul Amin Mohd Zain (2006), Kamus
Bahasa Melayu-Bahasa Arab, Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd

Joyce. M. Hawkins (2007), Kamus Dwibahasa Oxford Fajar, Edisi 4, Cet. 5, Shah Alam:
Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Rujukan al-Qur’an dan Tafsirnya

Ust.Saif Abidurrabby, Mushaf al-Masar, Al-Quran Terjemahan dan Terjemah Perkataan,


Selangor: Masar Enterprise.

Jalaluddin al-Mahalli, Jalaluddin al-Suyuti, Al-Qur’an al-Karim wa Bihamisyah Tafsir


Jalalayn, Dar Ibnu Kathir.

Rujukan al-Hadith

Abi ‘Abdullah Muhammad bin Ismail al-Bukhari, Al-Jami’ al-Sahih al-Musnad Min Hadith
Rasullillah s.a.w wa Sunanihi wa Ayyamihi, Kaherah: al-Mathba’ah al-Salafiyyah wa
Maktabatuha.

Ibnu Majah al-Qazwini, Sunan Ibnu Majah, Kitab al-Fitn, Bab Kuf al-Lisan fi al-Fitnah,
Riyadh: Maktabah al-Ma’arif lil Nasyar wa al-Tauzi’

Abu Dawud al-Sajistani, Sunan Abi Dawud, Kitab al-Qada’, Bab fi Karahiyyah al-Risywah,
Riyadh: Maktabah al-Ma’arif li al-Nasyar wa al-Tauzi’

Muhammad bin Isa Al-Tirmidzi, Sunan al-Tirmidhi, Kitab al-Ahkam, Bab Ma Ja’a fi al-Rasyi
wa al-Murtasyi fi al-Hukm, Riyadh: Maktabah al-Ma’arif li al-Nasyar wa al-Tauzi’.

Rujukan Bahasa Melayu

Hajah Dewi Maslehah Haji Md. Yusop (2001), Rasuah Dari Perspektif Agama dan
Implikasinya Terhadap Pembangunan Negara.

Mohd Nidzam Abdul Kadir (2007), Soal Remeh Temeh Tentang Muamalat, Tapi Anda Malu
Bertanya, Kuala Lumpur: Telaga Biru Sdn. Bhd.

24
Abd. Latif Muda, Rosmawati Ali @ Mat Zin (2000), Perbahasan Kaedah-Kaedah Fiqh, Kuala
Lumpur: Pustaka Salam Sdn. Bhd.

Abu Abdul Halim Ahmad S (1998), Bahaya Rasuah Kepada Masyarakat Menurut Islam,
Kuala Lumpur: Pustaka Syuhada.

Asiah Bidin, Sharifah Nuridah Aishah Syed Nong Mohamad, Jenayah Rasuah dan Pecah
Amanah Di kalangan Pengarah Syarikat: Mengenalpasti Masalah dan Cadangan
Penyelesaian Menurut Islam, Terengganu: Kampus Kusza Gong Badak, Universiti Darul Iman
Malaysia (UDM). Kertas Kerja ini telah dibentangkan sempena Seminar Keusahawanan Islam II
Peringkat Kebangsaan.

Rujukan Bahasa Inggeris

Palmier, Leslie (1985), The Control of Bureaucratic Corruption Case Studies in Asia, New
Delhi: Allied Publishers. Dalam Jon ST Quah, “Comparing Anti-Corruption Measures in Asian
Countries: Lessons to be Learnt”, Asian Review of Public Administration, Vol XI, no. 2, Julai-
Disember 1999.

Mauro, Paulo (1997), Why Worry about Corruption?, Washington DC: International Monetary
Fund. Dalam Jon ST Quah, “Comparing Anti-Corruption Measures in Asian countries: Lessons
to be Learnt‟, Asian Review of Public Administration, Vol XI, no. 2, Julai-Disember 1999.

United Nations Development Program (1999), Fighting Corruption to Improve Governance,


New York: United Nations Development Programme. Dalam Jon ST Quah, “Comparing Anti-
Corruption Measures in Asian Countries: Lessons to be Learnt‟, Asian Review of Public
Administration, Vol XI, no. 2, Julai-Disember 1999.

Mc Kee M.H (1996), The Transparency International Source Book dalam Akhbar Utusan
Malaysia keluaran 16 Februari 1996.

25

Anda mungkin juga menyukai