Anda di halaman 1dari 18

PENTAKSIRAN BERTERUSAN (PB)

PENDIDIKAN ISLAM SVM2

SEMESTER 4 (A06400)

KAJIAN KES

NAMA AHLI KUMPULAN :

 WAN QISTINA QURRATU ‘AIN BINTI WAN MOHD

FADLIL

 NUR FAIQAH DAYANA BINTI SAHRULIZAL

 NURUL AZLIN BINTI AMRAN


ISI KANDUNGAN

BIL ISI KANDUNGAN M/S

1 PENGENALAN 3

2 LAPORAN KAJIAN 4-6

3 FAKTOR/PUNCA KES 7-9

4 KESAN DAN AKIBAT 10-11

5 CADANGAN PENYELESAIAN 12-14

6 RUMUSAN 14

7 RUJUKAN 15
2
PENGENALAN
Rasuah ditakrifkan sebagai memberi sesuatu kepada orang-orang yang tertentu dengan niat

untuk mendapatkan sesuatu yang bukan menjadi haknya. Memberi sesuatu itu samada dalam

bentuk wang ringgit, harta benda, jawatan, perkhidmatan, janji manis dan sebagainya. Ianya

diberikan kepada orang yang tertentu yang tidak layak menerimanya. Mungkin orang yang

diberi rasuah itu mempunyai gaji dan upah yang tertentu, lebih kaya dan berjawatan dan

bukan pula kaum keluarga si pemberi. Pemberian yang diberi dengan niat agar suatu masa

mendapat balasan dan imbalan yang lebih besar dari orang-orang tertentu tadi. Sedangkan

pada hakikat orang lain yang sepatutnya memiliki hak itu. Perkataan rasuah berasal daripada

perkataan Arab yang berbunyi al-risywah. Dalam Al-Quran rasuah digolongkan dalam kata

umum batil, iaitu meliputi juga perbuatan jenayah lain seperti merompak, memeras ugut dan

menipu. rasuah ataupun ‘corruption’ dalam Bahasa Inggeris, tidak diberi definisi yang khusus

di dalam undang-undang Malaysia. Tetapi ditakrikan sebagai suapan.

Ertinya : " Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain di antara

kamu dengan jalan yang batil (tidak halal) dan (janganlah) kamu membawa (urusan) harta itu

kepada hakim, supaya kamu dapat memakan sebahagian daripada harta benda orang lain itu

dengan (jalan berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui." ( Al-Baqarah : 188 )

3
LAPORAN KAJIAN

Kedudukan Malaysia bertambah baik bermula pada 2012 hingga 2014, tetapi mula jatuh

sejak 2015. kedudukan Malaysia mula jatuh sebaik selepas timbulnya isu 1MDB dan

diburukkan lagi apabila kes itu tidak diselesaikan.Ia menimbulkan tanggapan bahawa pihak

yang mencuri dana awam terlepas daripada hukuman. Oleh itu, tangkapan SPRM sejak tiga

tahun lalu menunjukkan 54 peratus daripada kira-kira 2,000 yang ditahan adalah mereka yang

berusia antara 20 hingga 40 tahun. ". Pada CPI 2017, Singapura dan Brunei mendapat

kedudukan paling baik di kalangan negara Asean, masing-masing pada tangga keenam (84

mata) dan ke-32 (62 mata). Malaysia berada di hadapan Indonesia dan Thailand, yang

berkongsi kedudukan ke-96 dengan 37 mata. Kemboja pula pada tempat tercorot dengan

kedudukan ke-161 dengan 21 mata. Di samping itu, rasuah juga dilihat dekat dengan politik

negara Malaysia. Kerajaan yang tidak mengambil tindakan yang secukupnya dalam

membendung aktiviti rasuah politik. Sebagai contoh, Rang Undang-Undang (RUU)

pembiayaan politik yang dijadualkan dan dibentang di Parlimen juga belum dilaksanakan

walaupun sudah bertukar kerajaan.


4

CONTOH AMALAN RASUAH


 SPRM tahan 2 individu menyamar pegawai kastam minta rasuah RM3,000

 Pada 7 april 2023 tiga individu termasuk seorang ketua pegawai eksekutif (CEO)

sebuah perbadanan berkaitan kerajaan ditahan reman Suruhanjaya Pencegahan

Rasuah (SPRM) kerana disyaki meminta dan menerima suapan berjumlah kira-kira

RM600,000

 Pada 8 Mac 2023Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pahang

menahan tiga individu bagi membantu siasatan berhubung kes salah guna jawatan dan

menerima rasuah.
5
Kes – Kes Rasuah Yang Berlaku Dan Hukuman Dari

Sudut Undang – Undang Malaysia

 Jika sesiapa gagal melaporkan permintaan rasuah, jika sabit kesalahan boleh dipenjara

dua tahun atau denda tidak lebih RM10,000 atau kedua dua sekali

 Undang-undang di Malaysia hanya mengenakan hukuman denda lima kali ganda

berbanding nilai suapan (minimum RM 10,000) dan penjara kepada pesalah rasuah

mengikut Akta SPRM 2009

 Seksyen 17 (b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta SPRM

2009) menetapkan perbuatan memberi atau menawarkan rasuah sama beratnya dengan

kesalahan menerima rasuah. Jika sabit kesalahan boleh dihukum sama berat dengan

kesalahan Seksyen 17(a) iaitu menerima rasuah dengan penjara maksimum 20 tahun

dan didenda tidak kurang lima kali nilai suapan jika suapan dapat dinilai atau

RM10,000 mana yang lebih tinggi.

 satu kes melibatkan pecah amanah bernilai RM40 juta, tertuduh dijatuhkan hukuman
sekitar 10 tahun.

6
FAKTOR/ PUNCA KES AMALAN RASUAH DI MALAYSIA

Berbagai faktor dikaitkan mengapa seseorang itu melakukan perbuatan jenayah rasuah.

Walaupun begitu Islam melihat kelakuan rasuah adalah disebabkan beberapa sikap buruk dari

jiwa seseorang manusia dan didorong oleh kekuatan syaitan, kerana lemahnya iman bahkan

tidak beriman kepada qadha’ dan qadar Allah s.w.t. Secara terperinci amalan rasuah

disebabkan oleh sikap :

 Tamak dan haloba.

 Dengki dan khianat.

 Sombong dan Takabbur.

 Suka berbuat yang haram.

 Tiada keberkatan Hidup

 Nafsu serakah.

 Gila Kuasa.

 Menafikan hak orang lain.

 Ingin menunjuk-nunjuk.

 Zalim dan kasar.

Walau bagaimanapun secara ringkasnya, berdasarkan pengalaman Badan Pencegah Rasuah di

Malaysia, perbuatan jenayah rasuah berlaku disebabkan oleh:

Di mana seseorang ingin hidup mewah dan cepat kaya dan sentiasa mengejar kebendaan

tanpa mengira halal haram. Apa yang dipentingkannya hanyalah nilai-nilai material, dengan

membuang jauh tanggungjawabnya sebagai seorang penjawat awam yang diamanahkan

dengan kuasa dan pertanggungjawaban. Individu seperti ini tidak mahu mengambil kira
7

langsung bahawa dengan melakukan perbuatan rasuah, penyelewengan dan penyalahgunaan

kuasa, sebenarnya dia telah melakukan kezaliman, penganiayaan dan menafikan hak-hak

orang lain atau memberikan hak sesuatu itu bukan kepada orang yang sepatutnya mendapat

hak itu. Sebagai contoh, oleh kerana seorang pegawai di Bahagian Bekalan menerima suapan

secara rasuah, kontraktor yang sepatutnya dan layak membekalkan peralatan ketenteraan,

atau membekalkan makanan telah tidak dipilih. Perbuatan pegawai ini menyebabkan

Kementerian Pertahanan atau Angkatan Tentera telah dinafikan yang terbaik yang boleh

dibekalkan oleh kontraktor berkenaan. Allah swt telah berfirman: "dan janganlah kamu

makan (atau mengambil) harta (orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan

jangan pula kamu menghulurkan harta kamu ( memberi rasuah ) kepada hakim-hakim kerana

hendak memakan ( atau mengambil ) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa,

padahal kamu mengetahuinya." (Surah Al-Baqarah: ayat 188)

Di samping itu, sikap hidup yang suka bermegah-megah menjadi amalan. Menyara hidup

pula melebihi pendapatan hinggakan terpaksa berhutang di sana sini. Akhirnya, akibat

bebanan hutang jenayah rasuah dilakukan..

Selain itu, kurangnya penghayatan nilai-nilai murni. Selain dari itu, kedangkalan ilmu-ilmu

keagamaan, kurangnya penghayatan nilai-nilai murni dan hilangnya nilai-nilai akhlak yang

baik juga menjadi antara faktor yang menyebabkan seseorang itu bergelumang dalam jenayah

rasuah. Menurut seorang penulis, "nilai" ialah "beliefs about right and wrong". Manakala

"etika" pula ditakrifkan sebagai "thinking systematically about morals and conduct and

making judgments about right and wrong".

Seterusnya, Kerendahan moral ditambah dengan nafsu yang tidak lagi dapat membezakan

8
antara nilai-nilai yang baik dan buruk, hingga mengenepikan nilai-nilai suci dalam agama

mendorong seseorang itu melakukan pelbagai kemaksiatan dan jenayah. Justeru itu, individu

seperti ini akan memperhambakan dirinya kepada nafsu yang mengongkong kehidupannya.

Kemudian, kurangnya penyeliaan oleh pegawai atasan. Berdasarkan pengalaman BPR juga.

kurangnya penyeliaan pegawai atasan akan menyebabkan mana-mana individu yang

didorong oleh unsur-unsur yang tidak sihat akan mengambil kesempatan dari keadaan itu

untuk melakukan penyelewengan, penyalahgunaan kuasa dan rasuah dan juga kurangnya

komitmen kepimpinan untuk mengenalpasti ruang-ruang yang boleh menyebabkan

berlakunya perbuatan rasuah, dan ditambah pula wujudnya pemimpin yang takut untuk

menjadi tidak popular, menyebabkan keadaan akan tidak terkawal.

Akhir sekali, Kelemahan Peraturan atau Sistem Pelaksanaan Kerja. Selain dari itu,

longgarnya tatacara dan peraturan kerja atau kelemahan dalam sistem pelaksanaan kerja itu

sendiri, boleh menyebabkan sesebuah Jabatan / Agensi itu sentiasa terdedah dengan

perlakuan - perlakuan seperti jenayah rasuah, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa oleh

pegawai dan kakitangannya. Sekali lagi, komitmen kepimpinan khususnya, dan sikap serta

perasaan pertanggungjawaban semua kakitangan bagi mempastikan ketelusan tatacara kerja

dan sistem pelaksanaan kerja adalah sangat penting.

9
KESAN DAN AKIBAT AMALAN RASUAH DI MALAYSIA

Rasuah mampu melumpuhkan fungsi perjalanan sesuatu organisasi kerana timbul unsur

penipuan dalam urusan. Sebagai contoh, Pegawai kastam yang bertugas di persempadanan

negara menerima wang sogokan untuk melepaskan seludupan rokok murah. Situasi ini

berlaku kerana mereka inginkan imbuhan yang lebih dek kerana gaji yang rendah serta

mereka juga pembeli rokok murah. Maka kita boleh lihat bahawa organisasi yang sepatutnya

menghalang seludupan rokok ini telah merugikan negara sebenarnya kerana ia terlepas dari

terkena cukai yang menjadi sumber pendapatan negara. Bak kata peribahasa Melayu,

harapkan pegar, pegar yang memakan padi di mana seseorang yang kita berikan amanah telah

mengkhianati tanggungjawabnya dalam melaksanakan amanah tersebut.

Selain itu, sekiranya gejala rasuah semakin berleluasa, pentadbiran negara secara

keseluruhannya akan terjejas. Segala dasar atau penguatkuasaan menjadi lemah.

Pelaksaanaan undang-undang tidak dapat dijalankan secara adil dan boleh menumbangkan

ekonomi negara secara amnya. Misalnya, industri pembekalan elektrik negara yang hanya

dimonopoli oleh satu entiti separa kerajaan dimana tiada rasuah terlibat tetapi berlaku

kepentingan yang kurang baik. Setiap industri hendaklah dibuka kepada semua pemain

industri agar berlaku daya saing yang kompetitif sekaligus melahirkan peluang pekerjaan dan

merancakkan ekonomi negara. Oleh itu, pembuat polisi negara seharusnya melihat pelaksaan

bebas rasuah bukan sahaja di peringkat bawahan malahan di peringkat pemain industri dan

syarikat-syarikat multinasional agar pentadbiran negara dapat diuruskan dengan adil dan

saksama.

Pada waktu yang sama, rasuah akan menjathkan imej negara di mata dunia. Kemajuan media

massa dalam mendapatkan maklumat mengenai segala perkara atau isu yang berlaku dalam
10

sesebuah negara mampu menjadi punca kejatuhan ekonomi negara tersebut. Maka, kita

hendaklah sentiasa memastikan tiada kes-kes rasuah agar tidak menjadi bahan berita kepada

media internasional dalam melaporkan berita kepada penonton mereka di seluruh dunia.

Sekiranya kita terpalit dengan isu rasuah, negara akan kehilangan minat daripada pelabur-

pelabur asing kerana mereka tidak percaya akan sistem pentadbiran kita. Apabila kehilangan

pelabur maka ekonomi negara akan merosot dan lembap. Dengan itu, pihak kerajaan bersama

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu memastikan setiap anggota kerja

kerajaan menjalankan tigas Di samping itu, amalan rasuah yang mengaburi mata hati

seseorang ini akan membawa kepada kualiti satu infrastruktur atau program terjejas.

Contohnya, dalam projek pembinaan jalan raya di mana berlaku rasuah yang melibatkan

kontraktor. Mereka hanya mengejar keuntungan dengan menerima projek daripada kerajaan

pada nilai pelaksanaan tertinggi tetapi hakikatnya mereka membina jalan raya pada kos yang

paling minima demi mengaut keuntungan. Perkara seperti ini yang menyebabkan jalan raya

rosak hanya setahun atau kurang daripada tarikh ia dibina dan menjejaskan pengguna serta

berlaku pembaziran diperingkat pihak berkuasa tempatan keran terpaksa membaik pulih jalan

raya. Hal seperti ini hendaklah di elakkan oleh semua pihak kerana ketulusan dalam

pekerjaan kita akan memberi keuntungan bukan pada kita tetapi kepada orang lain yang

memanfaatkannya.

Akhir kalam, pelbagai kesan negatif yang bakal dihadapi oleh negara yang kita cintai

sekiranya gejala rasuah tidak dibendung. Rasuah diibaratkan sebagai anai-anai yang boleh

menumbangkan sebuah kerana kerjanya tidak nyata tetapi mampu melumpuhkan sebuah

negara. Rakyat yang sejahtera dalam ekonomi negara yang sihat akan melahirkan negara

yang berdaya saing dan terjaga imejnya di mata dunia.


11

CADANGAN PENYELESAIAN AMALAN RASUAH DI


MALAYSIA

Langkah pertama untuk menghalang salah laku rasuah berlaku di negara ini adalah dengan

memberikan pendidikan kepada masyarakat umum tentang amalan rasuah. Menurut Kamus

Dewan Bahasa Dan Pustaka, rasuah bermaksud pemberian atau sogokan. Secara definisi,

Seseorang akan memberi rasuah kepada individu yang berkuasa atau bertanggungjawab

dengan harapan untuk mendapat balasan dalam bentuk kerja atau projek. Pemberian hadiah

yang bernilai tinggi kepada seseorang yang di luar kemampuannya tetapi mempunyai

kelebihan untuk menolong pemberi hadiah tersebut juga dianggap sebagai merasuah. Budaya

ini perlu dijelaskan dan diingatkan kepada setiap anggota masyarakat khususnya golongan

muda. Walaupun mereka baru berumur setahun jagung, darah setampuk pinang tetapi mereka

merupakan generasi yang akan mewarisi kepimpinan negara ini. Sekiranya setiap rakyat

mampu menilai sama ada sesuatu tindakan itu dianggap sebagai rasuah atau tidak, barulah

budaya atau amalan rasuah dinegara ini dapat ditindas sehingga ke akar umbi. Selain itu,

amalan rasuah dapat dibanteras dengan pelaksanaan undang-undang dan hukuman yang

tegas. Umum mengetahui kita mempunyai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia

(SPRM) sebagai penguatkuasa yang memantau dan bertindak ke atas salah laku yang

melibatkan rasuah. Namun, keterbatasan jumlah pegawai dan sumber untuk mereka

menguatkuasakan undang-undang adalah terhad maka kita sebagai orang awam juga

bertanggungjawab menjadi mata-mata kepada pihak berkuasa.

Selain itu, Badan Kehakiman Negara juga perlu memastikan perbicaraan yang melibatkan

rasuah dilaksanakan dengan pantas dan adil supaya pelaku rasuah tidak bebas untuk
memutar-belitkan kenyataan dan mengubah salah laku mereka. Jika pelaku rasuah

dibicarakan dengan

12

pantas dan dihukum untuk menjalani hukuman penjara tanpa sebarang prejudis, nescaya

ramai yang akan menjauhi amalan buruk ini. Persis kata peribahasa, menyeluk pekasam, biar

sampai ke pangkal lengan. Jelas bahawa dengan melaksanakan undang-undang dan hukuman

yang tegas, amalan rasuah dapat dibanteras secara menyeluruh.

Kemudian, kaedah lain untuk membendung gejala rasuah di negara kita adalah dengan

memastikan sektor awam beroperasi secara jujur, telus dan bertanggungjawab. Dalam

sesebuah organisasi, pengurus merupakan jawatan yang paling penting untuk menguruskan

tugas organisasi tersebut dan menjadi contoh kepada pekerja yang lain. Begitu juga dengan

sektor awam di negara kita di mana jika pentadbiran negara dilaksanakan dengan baik dan

menyingkirkan mereka yang parasit seperti mengamalkan gejala rasuah, pasti sektor lain akan

turut serta. Tamsilnya, kes yang berlaku dalam kalangan kakitangan kerajaan, menyerahkan

projek kepada mereka yang melobi harga yang paling tinggi dan bukan berdasarkan

kemampuan sebuah syarikat tersebut. Hasilnya, projek disiapkan pada kos yang minima

kerana berlaku banyak serahan kerja dan orang awam hanya mendapat infrastruktur yang ala

kadar. Situasi ini sepatutnya boleh dielakkan jika kakitangan awam terutamanya pemimpin

negara melantik syarikat yang mempunyai merit serta rekod yang baik. Bak kata pepatah,

hanya jauhari yang mengenal manikam.

Seterusnya, Amalan rasuah juga boleh diatasi dengan menawarkan gaji yang bertepatan dan

bermaruah untuk semua ahli masyarakat. Hal ini demikian kerana jika kita mempunyai

sumber kewangan yang cukup untuk menampung keperluan dan kehendak diri serta keluarga,

keinginan untuk menerima rasuah pasti dapat dielakkan. Sebagai individu dan keluarga, kita
akan berasa gembira kerana keperluan dan kemahuan kita dipenuhi tanpa perlu melakukan

perkara yang terlarang. Sebagai contoh, anggota polis yang ditugaskan menjaga keselamatan

13

masyarakat awam hanya dibayar gaji yang cukup untuk diri dan keluarga kecil serta menetap

di kuarters yang kecil dan uzur. Mereka mudah untuk disogok oleh pihak lain yang tidak

bertangungjawab demi mendapatkan wang lebihan.

RUMUSAN

Kesimpulannya, rasuah merupakan suatu jenayah atau kesalahan mengikut Akta Pencegahan

Rasuah 1997. Rasuah dianggap jenayah kerana perbuatan ini melanggar etika sesuatu bidang

pekerjaan malah secara tidak langsung si pelakunya mengambil atau ‘mencuri’ hak orang

lain. Justeru seharusnya langkah kerajaan dalam membendung gejala rasuah ini wajar

disokong oleh semua pihak memandangkan rasuah mampu meninggalkan implikasi terhadap

semua pihak. Sesungguhnya, tanpa rasuah segala urusan pembangunan dapat berjalan dengan

lancar. Keadilan dan kesaksamaan dalam masyarakat juga akan dapat dipertahankan dan

semua rakyat tanpa mengira kedudukan dan bangsa akan hidup dengan aman.
14

RUJUKAN

 https://malaysiabersuara.com/artikel/semak-fakta/adakah-ramai-penjawat-

awam-terlibat-dalam-kes-rasuah/

 https://www.google.com/search?

q=statistik+rasuah+di+malaysia&source=lnms&tbm=isch&sa=X&ved=2ahUKEwixr7

SGsq3-

AhVo8zgGHUCMABQQ_AUoAXoECAEQAw&biw=1366&bih=657&dpr=1#imgrc=XH6

l3vysdtBy3M

 Search?q=rasuah&source=lnms&tbm=isch&sa=X&ved=2ahUKEwjaic2ctK3-AhX4-

jgGHc2fASAQ_AUoAXoECAEQAw&biw=1366&bih=657&dpr=1#imgrc=Fb_opDSWU

ZyZEM&imgdii
15

Anda mungkin juga menyukai