Anda di halaman 1dari 4

ISU RASUAH DI MALAYSIA

Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain


di antara kamu dan jalan yang batil dan (janganlah) kamu membawa
(urusan) harta itu kepada hakim, supaya kamu dapat memakan
senahagian daripada harta benda orang lain itu dengan (jalan berbuat)
dosa, padahal kamu mengetahuinya.
(Al-Baqarah : 188)






PENGENALAN

Isu rasuah adalah suatu topik yang menjadi tumpuan di seluruh dunia. Ini kerana
implikasinya adalah sangat besar kepada sesebuah negara jika dibiarkan
berleluasa. Ramai pemimpin dan individu tersohor terjejas reputasinya akibat terlibat
dan didakwa atas isu rasuah. Negara Malaysia juga turut memberi perhatian utama
menangani gejala rasuah ini agar tidak menjadi barah. Berdasarkan laporan rasuah
oleh Transparency International 2012, Malaysia masih lagi berada di tangga 49 pada
Indeks Persepsi Rasuah. Situasi ini sudah tentu sangat menakutkan dan jika amalan
ini terus meningkat, maka amat dikhuatiri akan mengancam kestabilan politik,
ekonomi dan negara.

Mengapakah gejala rasuah ini kian sukar dibendung ? Adakah masyarakat hari ini
semakin mengejar materialistik berbanding mengamalkan norma keagamaan lantas
melupakan etika kerja profesionalisme yang harus diamalkan. Dalam apa jua tindak
tanduk, jika prinsip etika kerja diabaikan, ia akan mendorong seseorang itu
melakukan kesalahan di sisi undang-undang negara mahupun statusnya sebagai
profesionalisma. Rasuah adalah salah satu kesalahan yang menyalahi etika kerja
profesionalisma, agama dan sangat memalukan dari sudut moral seseorang. Selain
itu, ia turut memberi implikasi dari segi penguatkuasaan undang-undang dan kesan
kosnya kepada pentadbiran pengurusan negara.






DEFINISI RASUAH

Memberi sesuatu kepada orang-orang tertentu dengan niat untuk mendapatkan
sesuatu yang bukan menjadi haknya merupakan takrifan rasuah. Takrifan ini sinonim
juga dengan perkataan suapan atau makan suap . Suapan atau makan suap ini
boleh dalam pelbagai bentuk contohnya, pinjaman, hadiah, fee, cagaran berharga,
harta, wang derma atau apa sahaja perolehan atau manfaat lain. Menurut Badan
Pencegah Rasuah Malaysia pula, terdapat empat kesalahan jenayah rasuah yang
utama iaitu :
Sebarang perbuatan meminta atau menerima rasuah.
Sebarang perbuatan menawar atau memberi rasuah
Sebarang perbuatan membuat tuntutan palsu
Sebarang perbuatan menyalahguna jawatan atau kedudukan.

Transparency International merujuk makna rasuah sebagai perilaku di jabatan-
jabatan atau penjawat-penjawat awam, para politikus dan pengawai-pegawai secara
tidak wajar dan tidak sah menurut undang-undang untuk memperkayakan dirinya
dan kaum kerabatnya (keluarga dan sahabat handai). Mereka ini menyalahgunakan
kuasa dan kepercayaan awam yang diberikan kepada mereka.

Kamus Dewan Edisi Ke-3 pula, merujuk rasuah atau corruption (korup atau korupsi)
dalam bahasa Latin sebagai kata kerja yang melibatkan perbuatan menyogok atau
memberi suapan untuk tujuan kepentingan individu atau bertujuan mendapatkan
kekayaan atau kejayaan dengan mudah dan segera.Nama lain bagi rasuah ialah
tumbuk rusuk atau duit kopi.

Perkataan rasuah sebenarnya berasal dari perkataan Arab iaitu rishwah atau
rashwah yang membawa maksud sesuatu penyambung yang dapat menghantar
tujuan dengan harta sogokan . Perkataan ini berasal daripada rasha yang merujuk
kepada tali timba yang dipergunakan untuk mengambil air di perigi.

Anda mungkin juga menyukai