Anda di halaman 1dari 7

LAPORAN TUGASAN BAHAGIAN A

KRP3013: Kurikulum dan Pengajaran Sekolah Rendah

Nama : HASNIDAH BINTI JAMIL Kump. E-Learning : UPSI05 (A131PJJ)

No. ID : D20121061341 Pensyarah E-learning : DR. IKHSAN OTHMAN

PERANCANGAN PENGAJARAN

1. Topik/subtopik yang terdapat dalam Dokumen Standard Kandungan (DSK) dan Dokumen Standard Pembelajaran (DSP) bagi mata pelajaran dalam KSSR.

Rajah 1 : Dokumen Standard Prestasi Dunia Sains & Teknologi Tahun 3

Rajah 2 : Dokumen Standard Prestasi Dunia Sains & Teknologi Tahun 3

2. Objektif/hasil pembelajaran topik/subtopik. Di akhir sesi pengajaran dan pembelajaran, murid-murid dapat : 1. Mengenal pasti objek yang boleh menyerap air dan kalis air dengan menjalankan aktiviti. 2. Mengelaskan objek yang boleh menyerap air dan kalis air dengan menjalankan aktiviti. 3. Menyatakan objek yang boleh menyerap air dan kalis air dengan menjalankan aktiviti. 4. Mengenal pasti bahan yang boleh menyerap air dan kalis air dengan menjalankan aktiviti 5. Menyenaraikan bahan yang boleh menyerap air dan kalis air.

3. Aktiviti P&P yang akan dilakukan bagi mencapai objektif/hasil pembelajaran topik/subtopik.

a) Menyampai pengetahuan Aktiviti : Eksperimen

Penjelasan : Dalam pelajaran sains, eksperimen adalah satu kaedah yang lazim dijalankan. Murid menguji hipotesis secara penyiasatan untuk menemui konsep atau, idea sains yang tertentu. Murid perlu menguji objek yang telah disediakan oleh guru seperti pembaris plastik, kertas, penyedut minuman, pensil, pemadam dan tisu muka. Murid mengikut langkah-langkah ketika menjalankan eksperimen dengan menjalankan eksperimen ke atas objek yang hendak diuji dengan menitis air berwarna ke atas objek tersebut. Setiap pemerhatian hendaklah direkodkan di dalam jadual pengelasan yang telah disediakan. Eksperimen turut dijalankan ke atas bahan yang telah dipilih iaitu saputangan dan payung. Murid memerhatikan dan mencatat keputusan hasil eksperimen. Dalam menjalankan eksperimen ini, murid akan menguji hipotesis yang dibuat awal sebelum eksperimen dijalankan. Setelah menjalankan eksperimen, murid akan mendapat hasil keputusan sama ada bercanggah atau tidak dengan hipotesis yang dibuat. Murid akan membuat inferens semakin banyak air dititiskan, semakin banyak air yang dapat diserap oleh objek tersebut.

b) Memberi.melatih kemahiran. Aktiviti : Jadual pengelasan

Penjelasan : Dalam topik penyerapan ini, murid akan menjalankan kaedah P&P eksperimen dengan dibantu oleh guru. Untuk mengguatkan lagi hasil keputusan yang diperolehi akan dimasukkan di dalam jadual yang disediakan. Murid akan mengelaskan objek-objek yang telah diuji melalui kaedah eksperimen dikelaskan ke dalam jadual tersebut. Dalam jadual tersebut terdapat 2 kategori iaitu bahan yang boleh diserap dan bahan yang tidak boleh diserap. Murid perlu memasukkan data tersebut ke dalam jadual mengikut hasil keputusan. Contoh, pembaris plastik, pemadam dan penyedut minuman boleh dikelaskan sebagai bahan yang tidak boleh diserap. Manakala kertas, tisu muka dan pensil kayu boleh dikelaskan sebagai bahan yang boleh diserap. Secara tidak langsung murid dapat mengaplikasikan apa yang telah dipelajarinya dalam P&P.

c) Menerapkan nilai Aktiviti : Prosedur menjalankan eksperimen

Penjelasan : Menjalankan kaedah eksperimen dalam P&P dapat menerapkan nilai-nilai ke atas murid. Dalam sains, murid ditekankan dengan kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif. Murid akan mengikuti setiap prosedur-prosedur seperti mengendalikan alatan sains dengan betul, membersihkan dan menyimpan alatan sains selepas digunakan ke tempat yang betul, dan sebagainya. Murid bekerjasama ketika menjalankan eksperimen sama ada sebelum atau selepas eksperimen tersebut dijalankan. Murid juga bertanggungjawab ke atas alatan-alatan sains yang digunakan dengan membersihkan selepas digunakan dan menyimpan semula ke tempat yang telah ditetapkan di makmal sains.

4. Aktiviti PBS Penjelasan

: Lembaran kertas kerja : Murid diberikan lembaran kertas kerja untuk mengukuhkan lagi

pengetahuan murid. Lembaran kertas diberikan kepada murid untuk menilai tahap BAND murid sama ada P&P ini berjaya ke atas murid atau tidak. Murid diukur dengan penilaian BAND yang telah ditetapkan iaitu B2 DS5 E1 dan guru membantu murid. Jika masih ada terdapat murid yang tidak dapat menguasai penilaian BAND ini, maka guru perlu memberikan lembaran kertas kerja berdasarkan BAND iaitu B2 DS5 E2. Guru akan membantu murid sehingga berjaya menguasai topik ini. Rujuk lampiran untuk lembaran kertas kerja. 5. BBM Penjelasan : Bahan Maujud (Baju Hujan) :

Bagaimana BBM dapat menyampaikan pengetahuan/ melatih kemahiran/ menerapkan nilai? Pada awal P&P guru memakai baju hujan, sambil diperhatikan oleh murid. Guru memakai baju hujan sehingga ada salah seorang murid yang akan bertanya kenapa cikgu pakai baju hujan di dalam kelas. Pada ketika itu, guru akan menerangkan fungsi dan tujuan baju hujan. Murid juga turut menyatakan pendapat dan pengetahuan sedia ada murid. Secara tidak langsung guru dapat mengukur tahap pengetahuan murid tentang topik yang dipelajari itu. Apa yang perlu, guru hendaklah membetulkan sekiranya terdapat miskonsepsi ke atas penyataan yang berkaitan dengan topik. Selain itu, guru juga perlu menerapkan nilai-nilai murni ke atas murid melalui kaedah P&P yang dibuat. Dalam eksperimen, banyak nilai-nilai murni yang boleh diterapkan dalam diri murid antaranya mematuhi peraturan makmal sains, member kerjasama ketika menjalankan eksperimen, mengendalikan alatan sains dengan cermat dan sebagainya.

RAJAH 3 : Baju hujan (ponco)

6. Intergrasi EMK Nyatakan semua EMK yang diintegrasikan : Teknolgi maklumat dan komunikasi Penjelasan proses integrasi secara spesifik : Di sebalik penggunaan aplikasi pemprosesan perkataan yang amat meluas, terdapat impak yang signifikan dalam penggunaan aplikasi persembahan dalam bilik darjah dan penggunaan aplikasi ini adalah dalam trend meningkat khususnya dalam komunikasi dan penyampaian. Ini disebabkan perisian persembahan elektronik adalah versatil kerana ia boleh digunakan untuk semua subjek dan kurikulum Ia boleh membina dan menyampaikan persembahan slaid untuk isi pengajaran, peta, projek, carta, nota kelas, kuiz, peperiksaan dan sebagainya. Microsoft Powerpoint (contoh perisian persembahan elektronik) adalah aplikasi yang amat bermanfaat dalam menyampaikan maklumat. Aplikasi ini amat memudahkan pengguna kerana terdapat banyak templat dan pakej persembahan yang boleh digunakan oleh pengguna sebagai permulaan. Bahawa keupayaan Microsoft PowerPoint yang boleh diintegrasikan dengan media lain seperti audio dan video amat membantu dalam penyampaian maklumat.

7. Lampiran

Anda mungkin juga menyukai