Anda di halaman 1dari 12

Tajuk: Gejala Rasuah Dalam Kalangan

Masyarakat Islam Di Malaysia

Nama: FARAH ATIQAH BINTI MOHD YUNOS


Kumpulan: 2SVM ETN2
No ic: 040227080292
Nama pensyarah: PUAN NORHAYATI BINTI HAMZAH
PENGENALAN

Rasuah merupakan suatu jenayah atau kesalahan undang-undang dimana


seseorang mendapat kebebasan, kontrak atau keistimewaan dari pihak berkuasa
atau sesebuah syarikat selepas memberi wang, hadiah, keraian kepada pihak-pihak
tersebut.Pentakrifannya menurut Transparency International pula ialah perilaku di
jabatan-jabatan atau pejabat-pejabat awam, termasuklah para politik dan pegawai-
pegawai, yang secara tidak wajar dan tidak sah/menurut undang-undang,
mengayakan diri atau memperkaya kerabatnya (keluarga dan sahabat handai),
dengan menyalahgunakan kuasa dan kepercayaan awam yang diberi kepada
mereka.

Menurut Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia terdapat empat kesalahan


rasuah yang utama:

1)meminta atau menerima rasuah

2)menawar atau memberi rasuah

3)membuat tuntutan palsu

4)menyalahgunakan jawatan atau kedudukan

Pemberian rasuah jika tidak dibendung akan mengakibatkan banyak masalah sosial
kerana undang-undang tidak akan dipatuhi dengan sepenuhnya. Maka kegiatan
jenayah dan ketidakadilan akan berleluasa. Rasuah di kalangan penguatkuasa
adalah perkara biasa di kebanyakan negara pengeluar petroleum dan negara miskin
terutamanya di Amerika Latin.

Rasuah yang wujud dalam bidang politik dan pentadbiran/birokrasi mungkin


berbentuk sama ada ringan atau berat, terancang atau tidak. Rasuah tidak sekadar
memudahkan atau menggalakkan jenayah seperti pelacuran, pemalsuan wang,
cetak rompak, dan penyeludupan. Kesannya lebih meluas lagi. Untuk memahami
masalah ini dan mencari rumusannya, sangat penting untuk membezakan antara
rasuah dengan perilaku jenayah (dalam erti kata yang lebih luas).
Sama ada sesuatu hal/perilaku dianggap rasuah atau tidak bergantung pada praktik
undang-undang di negara/wilayah berkenaan. Contohnya, pendanaan parti politik
untuk pilihan raya dianggap satu bentuk rasuah di negara/wilayah tertentu tapi
dianggap legal di tempat tertentu lain.

Dalam skop yang luas, rasuah atau "politik" bermaksud penyalahgunaan jawatan
awam untuk kepentingan peribadi. Semua bentuk pemerintahan dan organisasi pasti
terdapat perilaku rasuah, sama ada sedar atau tidak. Cuma berat (kes) berbeza-
beza: daripada yang paling ringan dalam bentuk penggunaan pengaruh dan
sokongan untuk memberi dan menerima pertolongan, hingga kepada rasuah yang
sudah dianggap satu "prosedur rasmi", dan sebagainya.
LATAR BELAKANG KAJIAN

Latar belakang kajian ini adalah untuk:

1.1 Mengenal pasti punca-punca yang menyebabkan terjerumusnya


seseorang itu di dalam gejala rasuah.

1.2 Mengenal pasti keadaan yang boleh menjadi pencetus kepada


gejala rasuah.

1.3 Mengenal pasti kesan-kesan gejala rasuah.

1.4 Mengenal pasti bentuk-bentuk rasuah dan salah laku.

1.5 Mengenal pasti kelemahan-kelemahan yang wujud di dalam


memerangi gejala rasuah.

1.6 Mengenal pasti langkah-langkah dan tindakan yang perlu diambil


bagi membasmi gejala rasuah.
LAPORAN KAJIAN

Shah Alam- “Orang yang beri dan terima rasuah akan dibakar ke dalam api neraka,
jadi sentiasalah beringat dan saya juga ingatkan diri saya, kamu dan semua di
dalam mahkmah ini,”demikian peringatan diberikan seorang Hakim Mahkamah
Seksyen di sini semalam. Hakim Rozilah Salleh telah menjatuhkan hukum penjara
30 hari dan denda sebanyak RM20,000 atau 4 bulan penjara terhadap pegawai
imigresen Zalizi Ismail,26 yang mengaku bersalah menerima wang tunai sebanyak
RM12,000 daripada seorang lelaki pada minggu lepas. Hakim itu turut menegur
perbuatan tertuduh yang gagal menjalankan amanah dan tanggungjawab diberikan
oleh jabatan imigresen untuk menjaga pintu masuk negara dengan melepaskan
warga asing yang ditahan di KLIA Sepang. Sejurus prosiding berakhir Zalizi melihat
menangis teresak-esak ketika dipeluk ahli keluarganya yang hadir di mahkamah.
Tertuduh mengaku bersalah menerima wang tunai sebanyak RM12,000 daripada
Chu Wing Kong yang mempunyai hubungan dengan tugas rasminya sebagai
Penolong Pegawai Penyiasat Imigresen iaitu mempercepatkan proses dua tahanan
reman Jabatan Imigresen Zhou Guifang dan Zhu Xiangliang dilepaskan pulang ke
negara China. Zalizi dituduh melakukan kesalahan itu di dalam kafe di sebuah
stesen minyak di KLIA 2,Jalan KLIA kira-kira jam 7.37 malam pada 2 Disember lalu
dan dituduh mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan
hukuman penjara maksima 2 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
STATISTIK AMALAN RASUAH DI MALAYSIA
CONTOH AMALAN RASUAH DI MALAYSIA

1. Contoh pemberi rasuah: Apabila ditahan oleh polis, maka yang bersalah ingin
melepaskan diri dengan memberi sedikit wang untuk tujuan itu.

2. Contoh penerima rasuah: Apabila mereka ini meluluskan sesuatu projek,


maka mereka meminta rasuah atau rela diberi sesuatu imbuhan daripada
pemohon.
KES-KES RASUAH BERLAKU DAN HUKUMAN DARI SUDUT
UNDANG-UNDANG DI MALAYSIA

Berdasarkan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta SPRM


2009) (Akta 694) :

 Meminta/Menerima rasuah [seksyen 16 & 17(a) Akta SPRM 2009]


 Menawar/Memberi suapan [seksyen 17(b) Akta SPRM 2009]
 Mengemukakan tuntutan palsu [Seksyen 18 Akta SPRM 2009]
 Menggunakan jawatan/kedudukan untuk suapan pegawai badan awam
[Seksyen 23 Akta SPRM 2009]

Gagal Melapor

Gagal melapor pemberian, janji atau tawaran rasuah di bawah Seksyen 25 (1) dan
(2) Akta SPRM 2009

 DENDA : Tidak lebih RM100,000


 PENJARA : Tidak lebih 10 tahun atau kedua-duanya sekali

Gagal melapor permintaan atau memperoleh suapan di bawah Seksyen 25 (3) dan
(4) Akta SPRM 2009

 DENDA : Tidak lebih RM10,000


 PENJARA : Tidak lebih 2 tahun atau kedua-duanya sekali

Skandal Hartanah FELDA:

Ini antara kes rasuah yang berprofil tinggi sebab ia melibatkan ahli politik Malaysia,
Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad yang merupakan bekas Menteri Wilayah
Persekutuan dan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan.

DENDA: denda 5 kali jumlah suapan bagi setiap pertuduhan yang berjumlah
RM15.45 Juta.

PENJARA: penjara 6 tahun bagi setiap pertuduhan


FAKTOR BERLAKU RASUAH DI MALAYSIA

(i) Lemah pendidikan agama dan etika.

(ii) Tamak.

(iii) Banyak berhutang.

(iv) Ada keinginan dan ada peluang.

(v) Kepimpinan dan pentadbiran yang lemah.

(vi) Faktor sosial yang menganggap rasuah sebagai cara hidup.

(vii) Untuk mencapai cita-cita.

(viii) Belanja hidup yang semakin meningkat.


KESAN RASUAH KEPADA INDIVIDU,MASYARAKAT DAN NEGARA

Kesan-Kesan Rasuah Terhadap Individu:

(i) Kehilangan pekerjaan.

(ii) Kejatuhan moral atau maruah.

(iii) Menerima hukuman.

(iv) Menghancurkan keharmonian hidup berumahtangga.

(iv) Keluarga terabai.

Kesan-Kesan Rasuah Terhadap Masyarakat:

(i) Mengakibatkan ketidakadilan disebabkan mengenepikan hak-hak orang tertentu.

(ii) Menggalakkan jenayah dan melindungi penjenayah.

(iii) Membebankan golongan orang susah.

(iv) Memburukkan lagi taraf kemiskinan kerana sumber-sumber yang telah


ditetapkan bagi membantu rakyat miskin diselewengkan.

Kesan-Kesan Rasuah Terhadap Negara:

(i) Menjejaskan kecekapan dan integriti pentadbiran.

(ii) Menjejaskan sosial serta kestabilan politik dan keselamatan.

(iii) Tumpuan pembangunan yang tidak seimbang.

(iv) Kenaikan kos barang dan perkhidmatan.

(v) Mengurangkan pendapatan negara.

(vi) Menurunkan mutu dan kualiti kerja atau produk yang dihasilkan.
CADANGAN PENYELESAIAN

Bagi memastikan masyarakat negara ini bebas daripada gejala rasuah, dengan ini
saya cadangkan bahawa langkah-langkah perlu diambil dalam usaha memerangi
gejala ini adalah seperti berikut:

1.1 Memantapkan iman dan mengukuhkan jati diri.


Keimanan dan keperibadian yang tinggi adalah benteng yang paling ampuh
untuk membanteras gejala rasuah. Apabila setiap individu bencikan rasuah
sama ada rakyat biasa, pemimpin atau penjawat awam maka amalan rasuah
dapat diatasi. Kekuatan iman dan jati diri dapat menghakis habuan rasuah dalam
diri kita.

1.2 Memasukkan bahayanya rasuah dalam sistem pendidikan.


Benci kepada rasuah akan dapat dihayati dalam diri sekiranya diajar dan dididik
sejak zaman persekolahan lagi. Generasi yang dididik benci rasuah akan
membesar menjadi individu yang lebih bertanggungjawab, amanah dan ikhlas.

1.3 Meningkatkan penguatkuasaan undang-undang dan hukuman.


Dan penguatkuasaan undang-undang perlu dipergiatkan lagi agar masyarakat
sedar betapa bahaya dan serius masalah rasuah jika tidak dibanteras dan
dibendung untuk keselamatan negara.
SUMBER RUJUKAN

1. https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Rasuah

2. https://www.scribd.com/doc/60183524/kajian-kes-mengenai-rasuah

3. https://www.sprm.gov.my/index.php?id=21&page_id=75&articleid=478

4. https://www.propertyguru.com.my/property-guides/kes-rasuah-
hartanah-malaysia-48315

5. https://tingkatanenam.blogspot.com/2013/06/rasuah-faktor-kesan-
dan-langkah.html?m=1

6. http://tunjanglangit.blogspot.com/2009/08/bahaya-rasuah-ke-atas-diri-
sendiri-dan.html?m=1

Anda mungkin juga menyukai