Anda di halaman 1dari 8

A06401

PENDIDIKAN ISLAM
KAJIAN KES
(RASUAH: KESAN KEPADA NEGARA)

NAMA PELAJAR : Nur Fahira Azleen binti Suhimeh

NO. K/P : 050529120594

KURSUS : Kesetiausahaan Pentadbiran

NAMA PENSYARAH : Jalisah


Pengenalan
Rasuah merupakan penerimaan atau pemberian suapan sebagai upah atau dorongan
untuk seseorang individu kerana melakukan atau tidak melakukan sesuatu perbuatan yang
berikaitan dengan tugas rasmi. Suapan terdiri daripada wang, hadiah, bonus, undi,
perkhidmatan, jawatan, upah dan diskaun.

Selain itu, rasuah adalah tindakan tidak jujur atau penipuan oleh mereka yang berkuasa.
Rasuah menawarkan, memberi atau menerima apa-apa yang bernilai dengan tujuan untuk
bertindak atau memberi penghargaan kepada seseorang kerana telah betindak.

Seterusnya, rasuah juga perbuatan menyonggok atau menyuap wang atau barang agar
orang yang disogok dapat menggunakan kuasa atau kemampuannya untuk menyelesaikan
tugas secara tidak amanah.

Di samping itu, rasuah juga merupakan suatu jenayah atau kesalahan undang-undang
dimana seseorang mendapat kebebasan, kontrak atau keistimewaan dari pihak berkuasa
atau sesebuah syarikat selepas memberi wang atau hadiah keraian kepada pihak-pihak
tersebut.

Pentakrifan menurut Transparency International rasuah adalah perilaku di jabatan-jabatan


atau pejabat-pejabat awam, termasuklah para politikus dan pegawai-pegawai, yang secara
tidak wajar dan tidak sah menurut undang-undang, mengayakan diri atau memperkaya
kerabatnya dengan menyalahgunakan kuasa dan kepercayaan awam yang diberi kepada
mereka.

Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat mentakfikan bahawa rasuah adalah pemberian untuk
menumbuk rusuk.

Syeikh Abdul Aziz mendefinisikan jenayah rasuah sebagai “Memberi harta kepada
seseorang sebagai imbalan atau upah kerana perlaksanaan maslahat iaitu tugas itu harus
dilaksanakan tanpa menunggu imbalan atau wang komisen”.

Manakala Yusof Al-Qardawi mendefinisikan jenayah rasuah sebagai “Sesuatu yang


deberikan kepada seseorang yang mempunyai kekuasaan atau jawatan untuk memenagkan
kesnya dengan apa yang ia inginkan atau memberikan peluang kepadanya atau
menyingkirkan saingannya”.

Mengikut undang-undang di bawah Akta Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia telah


mendefinisikan pengertian ‘suapan’ merangkumi apa-apa balasan berharga, apa-apa
diskaun, komisen, rebat, potongan atau peratusan, apa-apa tawaran, aku janji atau janji
sama ada bersyarat atau tidak bersyarat.

Secara keseluruhannya jenayah rasuah adalah suatu bentuk penyalahgunaan kuasa atau
jawatan yang diamanakan untuk kepentingan peribadi, saudaranya atau sekutunya. Rasuah
juga merangkumi kesalahan mengemukakan dokumen.
Laporan Kes

KUALA LUMPUR – Seorang bekas ketua unit kereta terpakai sebuah syarikat automotif
tempatan dipenjara tujuh hari dan denda RM148,200 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas
12 pertuduhan menerima rasuah RM21,940 berhubung penjualan kereta.

Hakim Azura Alwi menjatuhkan hukuman penjara dan denda itu selepas tertuduh Cheah Kuang
Meng ,39, mengaku bersalah atas kesemua pertuduhan yang disabitkan ke atasnya.

Mahkamah turut memerintahkan hukuman penjara itu berjalan serentak dan penjara 53 bulan
lagi sekiranya tertuduh gagal membayar jumlah denda itu. Tertuduh membayar jumlah denda
berkenaan.

Mengikut pertuduhan pertama hingga kesembilan, tertuduh sebagai ketua unit kereta terpakai
sebuah syarikat automotif didakwa telah menerima rasuah RM10,440 ke dalam akaun bank
miliknya daripada beberapa individu sebagai balasan untuk memastikan supaya 10 buah
kenderaan dijual kepada empat buah syarikat automotif lain.

Bagi pertuduhan ke-10 tertuduh didakwa secara rasuah menerima suapan deposit tunai
berjumlah RM5,500 daripada sebuah syarikat automotif ke dalam akaun miliknya sebagai upah
kerana memilih syarikat tersebut bagi membeli 11 buah kenderaan.

Sementara pertuduhan ke-11 dan ke-12, tertuduh didakwa secara rasuah menerima suapan
RM6,000 sebagai upah untuk memastikan dan mengekalkan sebuah syarikat pembangunan
perisian (software developer) sebagai pembekal modul sistem utama.

Kesemua kesalahan itu dilakukan di Maybank Cawangan Bukit Bintang, Jalan Sultan Ismail di
sini antara 16 Julai 2019 hingga 22 Julai lalu (2021) yang didakwa mengikut Seksyen 16(a)(A)
Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (ASPRM) 2009 dan boleh dihukum dibawah
Seksyen 24(1) akta sama.

Hukuman bagi seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda
tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 atau mana-mana yang lebih
tinggi.

Terdahulu, peguam Datuk Mohamad Hanafiah Zakaria memohon mahkamah mengenakan


hukuman ringan dengan alasan pengakuan salah tertuduh pada peringkat prosiding pertama
pertuduhan telah menjimatkan masa mahkamah.

“Tertuduh menyesal dengan perbuatannya, dalam kes ini wang yang diterima adalah satu
komisen atau ‘tips’ namun tertuduh tidak menyangka ia adalah satu rasuah. Jadi pohon
mahkamah mengenakan hukuman pemenjaraan yang singkat,” kata peguam itu.

Bagaimanapun Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin yang mewakili
pendakwaan memohon mahkamah mengenakan hukuman pemenjaraan lebih daripada tempoh
seminggu kerana kesalahan yang dilakukan tertuduh bertentangan dengan polisi kerjanya.

“Tertuduh tidak boleh menerima komisen kerana ia bertentangan dengan kontrak kerja,”
katanya. 

Sumber : K! ONLINE
Faktor-faktor berlakunya rasuah
Rasuah adalah tindakan tidak jujur atau penipuan oleh mereka yang berkuasa. Rasuah
menawarkan, memberi atau menerima apa-apa yang bernilai dengan tujuan untuk bertindak
atau memberi penghargaan kepada seseorang kerana telah betindak. Terdapat beberapa
faktor berlakunya rasuah di negara kita.

Berikut merupakan faktor-faktor berlakunya rasuah:

 Kelemahan peribadi seperti kurang iman dan takwa.


Seseorang itu tahu bahawa rasuah dilarang oleh agama dan undang-undang, tetapi
dilakukan juga dengan seribu satu alasan peribadi. Hal ini dikatakan demikian kerana
individu tersebut tidak mempunyai didikan agama yang cukup dan kerap melakukannya.
Sikap tamak, mahu hidup mewah dan ingin cepat kaya menjadi pendorong berlakunya
rasuah bagi mereka yang lemah keperibadiannya.

 Kelemahan kepimpinan dan pengurusan organisasi.


Kepimpinan yang lemah menyebabkan kurangnya penyeliaan, tiada pemantauan,
lembap menjalankan tugas dan terbuka kepada penyelewengan khususnya rasuah.

 Sosial dan budaya.


Masyarakat majmuk di Malaysia mengamalkan tradisi memberi hadiah dalam bentuk
wang dan benda sempena menyambut hari-hari kebesaran hari perayaan, majlis hari jadi
dan hari perkahwinan. Hari yang baik ini memberi kesempatan kepada perasuah dan
penerima rasuah melakukan rasuah sama ada diminta, digosok atau diumpan tanpa
disedari.

 Modenasi.
Pembangunan sosial ekonomi yang tidak diseimbangkan dengan pembangunan
kerohanian akan memudakhan terjadinya rasuah. Projek pembangunan bercambah
seperti mengambil kesempatan untuk mengaut untung sebanyak-banyaknya.
Perlumbaan moden memperlihatkan para kontraktor berlumba-lumbah mendapatkan
tender. Mereka juga akan berusaha untuk memenangi hati pegawai pengurusan atau
pembuat keputusan. Rasuah akan diberikan sebagai jalan pintas untuk mendapatkan
tender, mempercepatkan bayaran, melepaskan hukuman atau tindakan jika gagal atau
lambat menyiapkan projek.

 Politik.
Sesetengah ahli politik menggunakan kesempatan untuk berbakti kepada masyarakat
denagan menerima dan memberi rasuah untuk mendapatkan kuasa, memenangi
pemilihan jawatan politik dang mengumpul populariti.

Akhir sekali, pihak kerajaan tidak melaksanakan undang-undang yang ketat hingga
menyebabkan ramai orang semakin berani mengambil dan memberi rasuah. Selain itu,
tindakan undang-undang yang longgar juga boleh menyebabkan kepada pelakuan
rasuah. MEME SAYA
Kesan dan akibat rasuah
Rasuah memberi kesan kepada negara. Negara yang mengamalkan rasuah tidak dapat
melahirkan masyarakat yang cemerlang dan terbilang kerana sudah dicemari rasuah.
Persoalannya, apakah kesan atau akibat pengamalan rasuah di negara kita.

Antara kesan pengamalan rasuah di negara kita adalah:

 Kewujudan ekonomi bayangan. Sebagai contohnya, perniagaan yang dijalankan dalam


sesebuah negara yang tidak didaftarkan secara rasmi bagi mengelak pembayaran cukai.
Bukan sahaja cukai tidak dapat dikutip, perniagaan sebegini juga cenderung menawarkan
gaji yang rendah kepada perkerja dan tidak menyedikan persekitaran pekerjaan yang
wajar untuk pekerjaan.
 harga tinggi, kualiti rendah. Rasuah menyebabkan wujudnya situasi monopoli dalam
ekonomi. Pemilik perniagaan yang mempunyai orang dalam seperti pegawai atau
pemimpin kerajaan boleh memanipulasi dasar dan mekanisme pasaran untuk meraih
kuasa. Dengan kuasa monopoli, persaingan harga atau kualiti tidak lagi wujud. Pengguna
akhirnya terkesan kerana terpaksa membayar lebih untuk kualiti yang rendah.
 agihan kekayaan yang tidak seimbang. Ekonomi yang korup ialah jumlah rakyat dalam
kelas pendapatan pertengahansangat sedikit, manakala jurang antara kelas pendapatan
tinggi dengan rendah pula sangat besar. Ekonomi korup juga tidak mesra perniagaan kecil
kerana tekanan yang diterima oleh syarikat-syarikat yang lebih besar yang mempunyai
kaitan dengan kerajaan. Akhirnya kekayaan hanya diagih kepada golongan tersebut,
meluaslagi jurang pendapatan rakyat.
 rangsangan rendah terhadap inovasi yang tidak menggalakkan inovasi dalam kalangan
pencipta kerana kurangnya keyakinan kepada sistem undang-undang yang ada. Inovasi
pencipta tidak mendapat perlindungan paten dan berisiko diciplak. Disebabkan kekurangan
inovasi, negara dengan ekkoknomi yangkorup akan kekalsebagai pengimport berbainding
pengeksport, menyebabkan ekonomi mereka sukar berkembang pesat.

Akhir sekali, kualiti pendidikan rendah dan kesihatan yang rendah. Rasuah memberi
kesan kepada kualiti pendidikan dan kesihatan sesebuah negara. Negara yang
mengamalkan rasuah tidak dapat melahirkan guru-guru yang cermerlang kerana
prosespelantikan dan pemilihan guru dalam jawatan tinggi juga sudah dicemari. Begitu juga
dalam sektor kesihatan apabila pelantikan kakitangan dan pemerolehan dan bekalan ubat
serta peralatan turut terpalit rasuah. Kualiti penjagaan dan rawatan kesihatan juga menurun.
Cadangan penyelesaian
Kegiatan rasuah semakin berleluasa di kalangan negara kita dan menjadi ancaman kepada
imej negara kita. Terdapat beberapa langkah-langkah drastik yang perlu dilakukan untuk
mencegah kegiatan rasuah ini. Berikut merupakan cadangan penyelesaian rasuah:

 memperkuatkuasakan undang-undang dan hukuman. Hal ini dikatakan demikian untuk


memastikan pengamal rasuah akan berfikir dua kali sebelum melakukan rasuah. Hukuman
yang berat perlu dijatuhi kepada pesalah rasuah agar mereka serik untuk melakukan
gejala rasuah di kemudian hari. Melalui langkah ini, masyarakat akan sedar betapa
bahayanya aktiviti rasuah ini.

 pendedahan awal tentang bahayanya gejala rasuah sejak di bangku sekolah lagi
menangani gejala rasuah. Generasi yang dididik agar membenci gejala rasuah ini akan
lebih bersikap telus, jujur dan amanah semasa menjalankan tugas mereka. Pendedahan
awal tentang gejala rasuah ini boleh diterapkan dalam sukatan pelajaran sekolah dalam
mata pelajaran Pendidikan Moral, Pendidikan Agama Islam dan Pendidikan Sivik dan
Kewarganegaraan.

 mempermudahkan urusan menggunakan kemudahan teknologi maklumat (ICT). Proses


yang penjangdan sukar semasa melakukan urusan harus dipermudahkan menggunakan
kelebihan ICT. Melalui cara ini, seseorang individu lebih cenderung berurusan dengan
menggunakan perkhimatan yang lebih cepat dan cekap sekaligus membendung gejala
rasuah yang mudah berlaku seperti sogokan semata-mata untuk mempercepatkan proses
urusan.

 menawarkan gaji yang bertepatan dan bermaruah untuk semua ahli masyarakat. Hal ini
dikatakan demikian kerana jika kita mempunyai sumber kewangan yang cukup untuk
menampung keperluan dan kehendak diri serta keluarga, keinginan untuk menerima
rasuah pasrti dapat dielakkan. Sebagai individu dan keluarga pasti kita berasa gembira
kerana keperluan dan kemahuan kita dipenuhi tanpa perlu melakukan perkara yang
terlarang. Sebagai contoh, anggota polis yang ditugaskan menjaga keselamatan
masyarakat awam hanya dibayar gaji yang cukup untuk diri dan keluarga kecil serta
menetap di kuarters yang kecil dan uzur. Mereka mudah untuk disogok oleh pihak lain
yang tidak bertanggungjawab demi mendapatkan wang lebihan. Kesannya, jenayah boleh
disembunyikan dan aktiviti terlarang boleh berleluasa. Tegasnya, dengan membayar gaji
yang bertepatan dan bermaruah, gejala rasuah dapat dielakkan.

Kesimpulannya, semua lapisan masyrakat perlu mengembleng bagai aur dengan


tebing bagi membanteras gejala rasuah ini agar imej negara bersih dair gejala rasuah. Hal
ini dikatakan demikian akan mennjadi ekonomi negara kita bertambah maju.
Rumusan
Secara keseluruhan kesan rasuah membawa impak yang besar kepada negara kita.
Perbuatan rasuah adalah suatu perbuatan yang ternyata salah dan batil. Jiak dilihat dari
sudut maknanya sendiri sudah cukup untuk menggambarkan ia merupakan suatu perbuatan
yang salah. Pelbagai keburukan jika negara kita melakukan rasuah dari segi diri,
masyarakat dan negara.

Antara keburukan rasuah pada diri adalah mendapatlaknat dari allah SWT. Selain itu,
mendapat azab di akhirat, dibenci dan dipaandang hina oleh masyarakat. Keburukkan
rasuah kepada masyarakat pada masyarakat pula, kes jenayah semakin meningkat dalam
kalangan masyarakat dan masyarakat hidup dalam keadaan mundur, tertindas dan dizalimi.
Seterusnya, masyrakat menjadi huru hara dan tidak bermoral dan masyarakat hidup dalam
ketakutan.

Di samping itu, keburukan rasuah kepada negara adalah maruah negara runtuh di mata
dunia dan dipandang rendah oleh negara lain dan ekonomi negara jadi mundur. Tambahan
pula, pelabur luar tidak akan bernminat untuk melabur ke dalam negara kita kerana
dianggap kita tidak bertanggujawab terhadap rasuah. Contohnya rasuah boleh meletakkan
negara kita ke status yang berbahaya dan menyebabkan keselamatan negara tidak terjaga.
Pembangunan negara yang terbantut karena projek-projek yang dijalankan tidak berkualiti.

Akhir sekali, kita hendaklah sentiasa berakhlak dengan akhlak mahmudah setiap masa dan
bertanggungjawab dalam melaksanakan tugasan sekolah atau rumah serta menepati masa
menghadiri kelas atau aktiviti sekolah dan mematuhi undang-undang dan peraturan sekolah.

Kesimpulannya, umat islam wajiblah mengetahui bahawa amalan rasuah adalah perbuatan
yang dilaknat oleh Allah SWT. Kita hendaklah menjauhi amalan rasuah karena pemberi dan
penerima rasuah akan diazab oleh Allah SWT di akhirat kelak sekiranya tidak bertaubat dan
masyarakat islam hendaklah menyedari bahawa amalan rasuah akan mendatangkan kesan
buruk kepada diri, masyarakat dan negara.
Sumber rujukan
1. https://cikgukumuzz.blogspot.com/2021/09/jawapan-rumusan-spm-kssm-rasuah.html
2. https://www.ipendidikan.my/kesan-rasuah-kepada-negara.html
3. https://tingkatanenam.blogspot.com/2013/06/rasuah-faktor-kesan-dan-langkah.html?
m=1
4. https://www.ipendidikan.my/mengatasi-amalan-rasuah.html#:~:text=Amalan
%20rasuah%20juga%20boleh%20diatasi,menerima%20rasuah%20pasti%20dapat
%20dielakkan.
5. https://www.principal.com.my/ms/bribery-and-corruption#:~:text=Apa%20itu
%20Rasuah%3F,kepada%20seseorang%20kerana%20telah%20bertindak.

Anda mungkin juga menyukai