Anda di halaman 1dari 8

TIADA KOMPROMI GURU BESAR RASUAH

1.0 PENGENALAN
Rasuah

adalah

merupakan

suatu

perbuatan

keji

yang

lebih

banyak

mendatangkan mudarat daripada manfaat. Ianya adalah merupakan antara penyebab


kemunduran sesebuah negara. Berdasarkan Indeks Korupsi yang dikeluarkan oleh
Tranperancy International, Malaysia berada di tangga ke 60 daripada 183 buah negara
dengan skor sebanyak 4.3 berbanding Singapura yang menduduki tempat kelima
dengan skor sebanyak 9.2. Berdasarkan unjuran yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) penjawat awam merupakan kalangan golongan
tertinggi yang terlibat di dalam gejala rasuah. Gejala rasuah juga berlaku dalam
profesion perguruan di Malaysia. Masalah yang berlaku ini mencemarkan profesion
yang mulia ini. Walaupun jumlah kes yang dilaporkan mengenai kesalahan rasuah
dalam kalangan guru tidaklah seramai pesalah daripada profesion lain tetapi oleh sebab
jumlah yang sedikit itulah yang telah menyebabkan profesion perguruan terpalit dengan
noda-noda yang sedikit ini.
Umum mengetahui, apabila ada sesebuah isu mengenai profesion perguruan
maka ianya akan diheboh dan dibesarkan oleh media massa. Seolahnya apabila
kesalahan tersebut dilakukan oleh orang lain selain daripada guru ianya tidak
mengapa dan tidak dihebohkan sepertimana kesalahan yang dilakukan oleh guru.
Oleh itu, perkara sebegini akan menjatuhkan air muka profesion perguruan yang
sekian lama dilihat sebagai profesion yang mulia.
Memerangai rasuah memerlukan penglibatan semua pihak, Memetik kenyataan Tan Sri
Azmi Kamaruddin ( mantan hakim wilayah persekutuan) di dalam buku Abdullah
Ahmad Badawi Tiga Tahun Di Putrajaya, beliau mengatakan :
rakyat tidak boleh lagi pejam sebelah mata dalam hal rasuah ini. Setiap orang harus
mulai hari ini mengambil pendirian untuk bersama sama menyelesaikannya, tidak boleh
lagi duduk di tepi pagar hanya melihat dari luar sahaja.
Oleh itu, seorang guru yang bijak akan menghindari rasuah dan berusaha
menghalang orang lain dari terlibat dengan gejala tersebut. Maka penulisan ini akan

mengupas sedikit sebanyak beberapa perkara yang menyentuh isu rasuah di dalam
perkhidmatan perguruan dan menyentuh mengenai akta-akta yang berkaitan dengan
rasuah untuk panduan kita bersama.
1.1 DEFINISI RASUAH
Terdapat pelbagai definisi yang boleh dirujuk mengenai rasuah . Menurut kamus
Dewan Edisi Keempat,rasuah ialah pemberian untuk menumbuk rusuk (menyogok,
menyuap) ataupun (wang) tumbuk rusuk (sogok, suap). Manakala sogokan pula
didefiniskan sebagai; menerima wang rasuah atau makan suap. Selain itu menurut
Tranparency International, rasuah adalah perilaku di jabatan-jabatan atau pejabatpejabat awam, termasuklah para politikus dan pegawai-pegawai yang secara tidak
wajar dan tidak sah menurut undang-undang.
Akta Pencegahan Rasuah 1961( Pindaan 1971) seksyen 3 dan 4 mendefinisikan
rasuah sebagai:
menerima apa-apa suapan sebagai dorongan, upah atau tidak melakukan apa-apa
perbuatan.
Mengikut seksyen 2 (2) ordinan No 222 (kuasa-kuasa perlu) Darurat 1970
mendefinisikan rasuah sebagai berikut;
Apa-apa perbuatan yang dilakukan oleh anggota-anggota pentadbiran.Ahli Perlimen
atau ahli Dewan Undangan Negeri atau mana-mana pegawai awam iaitu dengan
perbuatan itu menggunakan kedudukan dan jawatannya untuk faedah kewangan atau
untuk apa-apa faedah yang lain.
2.0 GURU DAN RASUAH
Ramai yang terkejut apabila mengetahui berita-berita mengenai penglibatan
guru dalam gejala rasuah. Masyarakat secara umumnya melihat guru sebagai golongan
yang mulia yang bebas daripada perlakuan-perlakuan yang tidak baik. Namun terdapat
juga guru-guru yang terlibat dalam gejala rasuah sebagaimana kes-kes yang pernah
dilaporkan di dalam akhbar tempatan mahupun di dalam rekod Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Berikut adalah antara kes-kes yang pernah
berlaku;

Pertama, kes yang melibatkan seorang guru besar di sebuah sekolah di Kajang,
Selangor. Beliau telah meminta suapan daripada pengusaha kantin untuk memudahkan
urusan pemilihan tender kantin. Kes ini telah dilaporkan di dalam akhbar sinar harian
yang bertarikh 17 Nov 2011.
Kes kedua adalah sepertimana yang terdapat di dalam pengkalan data SPRM dengan
no kes R-06B-38-06-2011 yang melibatkan seorang guru lelaki yang berkhidmat di
negeri Perlis. Tertuduh telah disabitkan dengan 3 pertuduhan rasuah dan telah
disabitkan bersalah dengan dikenakan hukuman penjara 18 bulan bagi setiap
pertuduhan tersebut.

2.1 KENAPA BERLAKU RASUAH DALAM KALANGAN GURU


Berdasarkan artikel yang telah dipilih, kes tersebut adalah kes yang berlaku
melibatkan seorang guru besar di sebuah sekolah di Kajang yang meminta suapan
daripada pengusaha kantin bagi meluluskan tender kantin tersebut.Persoalannya
mengapakah ada terdapat kalangan guru yang terlibat di dalam jenayah ini? Berikut
adalah antara sebab-sebab yang menyumbang kepada keterlibatan guru khususnya
dan penjawat awam umumnya di dalam gejala rasuah.
Pertamanya ianya adalah berpunca daripada perbelanjaan melebihi pendapatan
yang diperoleh. Terdapat sesetengah penjawat awam yang melakukan perbelanjaan
melebihi pendapatan yang diperolehi menyebabkan tekanan hidup dan berusaha
mencari jalan keluar bagi masalah kewangan yang dihadapi .Ibnu Khaldun (Terjemahan
Ahmadie Toha 1986) menyatakan, keinginan untuk mengecap kemewahan mendorong
manusia untuk terlibat dengan amalan rasuah. Selain itu, Jutawan Internet, Dr Irfan
Khairi menyatakan Konsep untuk tidak terjerumus dalam masalah kewangan
sememangnya mudah. Iaitu, jangan biarkan perbelanjaan lebih daripada pendapatan.
Muhammad Hisyam (2006) menyatakan, sering kali ketidakcukupan pendapatan untuk
menyara kehidupan, menyebabkan ada kakitangan kerajaan terpaksa membuat
beberapa pekerjaan lain dalam satu masa bagi memenuhi tuntutan keperluan harian
mereka. Ini sebenarnya boleh mengakibatkan tumpuan kepada tugas hakiki mereka
terabai atau gagal untuk dilaksanakan dengan sempurna.

Selain itu, kos sara hidup yang tinggi juga turut menyumbang kepada berlakunya
gejala rasuah ini. Bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew dalam ucapan
beliau di World Ethics and Integrity Forum 2005 anjuran Institut Integriti Malaysia ada
menyatakan bahawa unsur yang terpenting untuk memerangi rasuah di kalangan
penjawat awam ialah menerusi gaji yang selaras dengan taraf kehidupan mereka. Jika
dibayar gaji yang rendah berbanding rakan-rakan mereka di sektor swasta, para
penjawat awam ini mempunyai kecenderungan untuk menerima pemberian atau
suapan. Untuk itu, sejak 40 tahun yang lepas, kerajaan Singapura telah mengambil
langkah membayar gaji ahli politik dan penjawat awam yang lain pada kadar 70- 80
peratus gaji purata 6 bidang kerjaya kakitangan yang berjawatan setaraf di sektor
swasta . Menurut Muhammad Hisyam (2006), Dalam usaha untuk memastikan para
pegawai agar tidak terjebak dengan amalan rasuah, Khalifah Umar (r.a) memerintahkan
agar mereka diberi gaji yang tinggi. Begitu juga dengan para qadi. Mereka diberi gaji
yang sangat berpatutan supaya tiada ruang bagi mereka untuk menerima atau
melakukan rasuah. Qadi seperti Salman, Rabi'ah dan Shuraih (r.a) diberi gaji sebanyak
500 dirham sebulan. Mua'wiyah (r.a) pula menerima 1000 dirham sebulan.
Seterusnya, beban hutang juga merupakan antara punca berlakunya gejala
rasuah. Hal ini dibuktikan dengan Laporan Pelan Integriti Nasional dalam skop
Penilaian dan Hala Tuju (Tekad 2008) mendedahkan hampir 74 peratus kakitangan
awam yang cenderung menerima suapan berpunca daripada terlalu banyak beban
hutang dan gagal mengawal perasaan kerana mempunyai lebih ruang serta peluang
melakukannya.Laporan itu juga menyatakan amalan rasuah berleluasa di kalangan
penjawat awam kerana ramai masih keliru dengan skop perbuatan yang dianggap
rasuah atau sebaliknya.
Selain itu, kelemahan dalam pentadbiran juga adalah merupakan punca
berlakunya gejala rasuah dalam kalangan penjawat awam. Laporan Ketua Audit Negara
2008 mendedahkan mengenai sistem penyeliaan yang lemah, penyelenggaraan yang
tidak dilakukan secara tetap dan berkala, pemantauan dan penelitian terhadap pelbagai
aspek kerja yang dijalankan tetapi gagal dilakukan oleh sesetengah ketua jabatan atau
mereka yang dipertanggungjawabkan, misalnya pembelian satu komputer riba dengan
harga RM42,32. Norhafifi Yahya (2006) menyatakan, Kelemahan kepimpinan dan

pengurusan organisasi menyebabkan kurangnya penyeliaan, tiada pemantauan,


lembap menjalankan tugas dan terbuka kepada penyelewengan khususnya rasuah.
Muhammad Ali Embi (2008) menyatakan, faktor-faktor organisasi yang menggalakkan
rasuah pula adalah termasuk kepimpinan yang lemah, kurang mekanisme pemantauan,
tiadanya ketelusan, kurangnya maklumat dan garis panduan yang terperinci mengenai
bidang tugas dan tiada saluran untuk menyalurkan aktiviti rasuah.
3.0 MENGATASI RASUAH DALAM KALANGAN GURU
Pemantauan

dan

kepimpinan

Berkesan

Ketua

Jabatan

dilihat

mampu

mengurangkan berlakunya kes rasuah dalam kalangan guru. Guru besar atau pengetua
sebagai ketua jabatan di sekolah seharusnya lebih cakna terhadap tingkahlaku anak
buah masing-masing. Sebagaimana yang terkandung di dalam perintah Am Bab D ,
seseorang penjawat awam boleh diambil tindakan jika sekiranya didapati bersalah oleh
pihak berkuasa tatatertib.
Selain itu antara saranan lain untuk mengatasi gejala ini adalah dengan
berbelanja mengikut kemampuan. Ramai dalam kalangan golongan yang terlibat adalah
dalam kalangan kakitangan kerajaan di peringkat profesional dan sokongan yang ratarata adalah terdiri daripada kalangan golongan yang berpendapatan sederhana.
Keupayaan setiap penjawat awam khususnya para guru mengurus kewangan mengikut
pendapatan yang diperolehi mampu mengelakkan gejala ini daripada berlaku. Presiden
Cuepacs, Omar Osman dalam wawancara bersama berita harian bertarikh 10/10/2010
menyatakan, rasuah berlaku dimana sahaja, punca utamanya keinginan berbelanja
melebihi kemampuan, pendapatan kecil tetapi berlagak seperti orang mampu, apabila
tidak mapu dan tidak boleh kawal nafsu, mula lupa diri dan bertindak di bawah kawalan
akal, pada masa itu timbul peluang kerana kita tahu sindiket rasuah sentiasa menunggu
peluang terbuka.
Antara kaedah lain yang boleh dilakukan bagi mengatasi masalah ini adalah dengan
melaporkan mengenai penyelewengan yang dilakukan, jika sekiranya ianya melibatkan
sesiapa sekalipun sewajarnya sebagai seorang guru dan penjawat awam yang
bertanggungjawab setiap penyelewengan yang berlaku mestilah dilaporkan kepada
pihak berkuasa supaya tindakan penguatkuasaan dapat diambil. Kebanyakan daripada

penjawat awam takut untuk melaporkan penyelewengan yang berlaku, namun tiada apa
yang perlu dirisaukan kerana setiap individu yang melaporkan kes rasuah akan
dilindungi di bawah Akta 711 iaitu Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010. Di dalam
suatu klausa yang terdapat di dalam akta ini ada menyebutkan bahawa akta ini adalah;
suatu Akta untuk memerangi rasuah dan salah laku lain dengan menggalakkan dan
memudahkan pendedahan kelakuan tidak wajar dalam sektor awam dan swasta, untuk
melindungi

orang

yang

membuat

pendedahan

itu

daripada

tindakan

yang

memudaratkan. Oleh itu sewajarnya tidak lagi menjadi kerisauan untuk melaporkan
kes-kes rasuah kepada pihak berkuasa.
3.1 KESAN KEPADA GURU YANG TERLIBAT.
Berdasarkan Akta 694, Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah. Mana-mana individu
yang terlibat dengan sebarang pertuduhan rasuah dan disabitkan bersalah boleh
dihukum denda tidak melebihi sepuluh ribu dan penjara tidak melebihi 2 tahun atau
keduanya-duanya sekali.
Selain dikenakan tindakan mahkamah seorang guru yang terlibat dalam mana-mana
prosiding jenayah dan disabitkan sebagai bersalah juga akan menerima tindakan
tatatertib daripada pihak berkuasa tatatertib berdasarkan apa yang termaktub di dalam
perintah Am bab D. Menurut Perintah Am Bab D, Peraturan 45 telah menetapkan
bahawa ;
Jika pegawai disabitkan oleh Mahkamah, pihak berkuasa tatatertib yang berkuasa
untuk mengenakan hukuman buang kerja atau turun pangkat hendaklah sama ada atau
tidak pegawai itu merayu terhadap sabitan itu, menggantung pegawai itu daripada
menejalankan tugasnya berkuatkuasa mula dari tarikh sebitanya sementara menunggu
keputusan Pihak Berkuasa Tatatertib di bawah Peraturan 29 Pegawai tidak berhak
menerima apa-apa emolumen sepanjang penggantungan kerja.
Selain itu, di bawah peraturan yang sama juga, penamatan daripada
perkhidmatan awam juga boleh dilakukan terhadap mana-mana kakitangan awam yang
terlibat dalam mana-mana kes yang dilihat wajar demi kepentingan awam. Dalam hal
ini, ketua jabatan hendaklah mengemukakan laporan lengkap yang menyentuh
mengenai kelakuan pegawai yang terlibat untuk dikemukakan kepada kerajaan.

Seterusnya, adalah sah disisi undang-undang bagi Pihak Berkuasa Tatatertib yang
berkenaan untuk mengesyorkan kepada Kerajaan bahawa perkhidmatan seseorang
pegawai itu di tamatkan demi kepentingan awam walaupun prosiding tatatertib belum
dijalankan di bawah mana-mana peruntukan peraturan-peraturan ini.
Maka sebagai seorang guru yang juga merupakan penjawat awam, sentiasalah
berusaha mengawal diri daripada terlibat dengan apa jua kesalahan tatatertib yang
boleh

mengakibatkan

tindakan

tegas

daripada

kerajaan.

Jangan

disebabkan

keseronokan yang sekejap, kita merana seumur hidup akibat tindakan-tindakan yang
menyalahi undang-undang negara dan etika keguruan.

4.0 CADANGAN DAN RUMUSAN


Seorang guru yang baik haruslah sentiasa mempunyai intergriti dalam
menjalankan tugas seharian. Tidak kira walaupun disogok dengan apa sekalipun,
hendaklah seorang guru dan penjawat awam yang berintergriti sentiasa teguh dengan
pendirian dan tidak terpedaya dengan habuan yang hanya memberikan keseronokan
sementara. Kerana sabda Rasulullah s.a.w ;
Kebaikan itu menenangkan jiwa, sementara kejahatan itu keraguan dalam jantung hati,
teragak-agak di dada sekalipun manusia manusia memberikan fatwa kepadamu (ianya
baik).
HR Ahmad & Ad-darimi
Maka jadikanlah intergriti sebagai amalan hidup, supaya setiap daripada rezeki yang
kita perolehi datang daripada sumber yang baik dan tidak memudaratkan.
Selain itu, sebagai penjawat awam dan rakyat yang cintakan negara seharusnya
kita mengutamakan kepentingan negara melebihi kepentingan diri sendiri, mahukah kita
melihat negara kita hancur dengan malan rasuah? Lihat sahaja negara yang tinggi

indeks rasuah seperti Afghanistan dan Somalia, adakah kita mahu negara kita mundur
kerana rasuah yang berleluasa di sana-sini? Negara telah kerugian berbillion ringgit
setiap tahun akibat gejala rasuah ini, pada tahun 2010 sahaja, Malaysia telah
mengalami kerugian sebanyak 10 billion, jika dilihat daripada RM 1 billon sahaja kita
sudah boleh membina 99 buah sekolah rendah. Bayangkan betapa besarnya kerugian
yang ditanggung negara akibat gejala rasuah ini.
Oleh itu, seluruh rakyat Malaysia harus bersatu padu dan berganding bahu
dalam memerangi gejala rasuah ini, setiap pihak di setiap lapisan masyarakat
mempunyai peranan dan tanggungjawab yang baik. Sebagai seorang guru, seharusnya
kita memainkan peranan dengan menyampaikan pendidikan mengenai keburukan
amalan rasuah dan berusaha menjauhi gejala tersebut serta menjadi role model kepada
masyarakat. Hal ini terkandung di dalam Surat pekeliling Ikhtisas bilangan 17 tahun
1997 yang menggesa kepada guru untuk memasukkan elemen pencegahan rasuah di
dalam sukatan pelajaran dan menyarankan kepada para guru untuk menjadi role model
yang baik bagi diikuti oleh pelajar. Sangat tidak wajar bagi seorang guru untuk terlibat di
dalam amalan rasuah kerana guru adalah harapan bagi masyarakat, guru adalah
golongan yang dipercayai oleh masyarakat dan guru adalah rujukan masyarakat.
Jika sekiranya seorang guru menunjukkan tauladan yang tidak baik, ianya akan
menjejaskan sistem kepercayaan orang ramai terhadap nilai dan kualiti guru yang ada
di negara kita ini. Maka para guru harus membina imej yang baik dalam masyarakat
dan memastikan profesion perguruan tidak lagi tercemar dengan tindakan yang
dilakukan oleh guru sendiri.
http://murabbiumat.blogspot.com/2012/09/isu-tiada-kompromi-guru-besar-rasuah.html

Anda mungkin juga menyukai