Anda di halaman 1dari 15

BAHAGIAN C : KARANGAN

DALAM karangan Pengajian Am Bahagian C

dipertuntukkan 25 markah.
sukar menemui karangan pelajar yang dikira mantap.
Kebanyakan karangan sama ada lemah atau
sederhana dengan purata markah antara 10 hingga 17
sahaja.

punca utama kelemahan karangan


pelajar
kegagalan memberi huraian yang mantap.
kurangnya pembacaan yang mencabar minda
gagal membezakan antara idea utama dan huraian

mengenainya.

contoh penulisan karangan pelajar


di bawah
Punca rasuah di kalangan masyarakat

kerana masalah birokrasi. Orang ramai


tidak mengetahui cara-cara berurusan
dengan kerajaan dan membayar wang
rasuah. Selain itu sikap tamak
kakitangan kerajaan menyebabkan
berlakunya amalan rasuah. Oleh itu,
patut jika gaji mereka dinaikkan untuk
mengelakkan amalan rasuah.

Ulasan
Pertama: Idea utama ialah birokrasi punca rasuah.

Bagaimanapun lihat pula huraian kepada idea utama


ini, berlaku kecelaruan yang menyebabkan keciciran
markah. Sepatutnya, semua huraian mestilah terus
menerangkan masalah birokrasi yang menjadi punca
kegiatan rasuah.

Kedua
Ayat huraian 1: orang ramai tidak mengetahui cara-cara

berurusan dengan kerajaan dan membayar wang rasuah


boleh diterima sebagai huraian.

Ayat huraian 2: Selain itu sikap tamak kakitangan kerajaan

menyebabkan berlakunya amalan rasuah jelas tidak ada


kaitan dengan masalah birokrasi. Huraian ini tidak relevan
(TR).

Ayat huraian 3: Oleh itu, patut jika gaji mereka dinaikkan

untuk mengelakkan amalan rasuah juga tidak berkaitan


dengan masalah birokrasi. Huraian ini membawa maksud
cara-cara mengatasi masalah rasuah.

Akhirnya pelajar dapat mengesan mengapa perenggan

jawaban pelajar hanya mendapat dua markah, bukan


empat markah yang sepatutnya. Kalaulah pelajar
mengetahui maksud dan falsafah birokrasi, pasti
pelajar itu dapat berfikir huraian yang relevan dengan
idea utamanya.

Birokrasi adalah satu proses berperingkat-peringkat

yang dilalui untuk menyelesaikan sesuatu urusan.


Tujuan birokrasi ialah mengelakkan penyelewengan
dengan adanya pemantauan beberapa peringkat.

Punca rasuah dalam kalangan masyarakat ialah

kerenah birokrasi. Orang yang merasa terganggu


dengan birokrasi akan merasuah pegawai untuk
mempercepatkan urusannya. Semakin rumit
urusan birokrasi itu, semakin banyaklah wang
rasuah dibayar untuk melepasinya. Sebagai
contoh, untuk mendapatkan lesen memandu,
seseorang yang merasakan sukar melepasi ujian
literasi dan praktikal tetapi sangat memerlukan
lesen berkenaan, akan merasuah pegawai
berkenaan asalkan dirinya memperoleh lesen
memandu yang sah.

Pelajar boleh mengkaji tiga ayat huraian di atas,

semuanya berkaitan dengan idea utama (kerenah


birokrasi). Untuk mendapatkan satu perenggan yang
mantap memang memerlukan saya fikir yang agak luar
daripada kebiasaan. Namun itulah hasilnya!

Cara kerajaan boleh membantu petani menjayakan

slogan pertanian adalah perniagaan.

Idea utamanya ialah: Kerajaan boleh

memperluaskan jaringan pemasaran hasil


pertanian.

Huraian-huraiannya:
Peranan FAMA diperkukuhkan dalam pemasaran.
FAMA boleh bekerjasama dengan pejabat kedutaan di

luar negara - program promosi.


Buah-buah seperti durian dan rambutan boleh
dieksport ke luar negara.

Kerajaan boleh memperluaskan lagi jaringan

pemasaran hasil pertanian. Agensi kerajaan


seperti FAMA tentu akan digerakkan dengan lebih
berkesan dalam membantu memasarkan hasil
pertanian. Jika selama ini FAMA sudah berjaya
memasarkan banyak hasil pertanian ke seluruh
negara, agensi itu boleh bekerjasama dengan
pejabat-pejabat kedutaaan Malaysia di luar
negara, khasnya Eropah, Amerika Syarikat, China
dan India. Baru-baru ini pun FAMA sudah berjaya
mengeksport buah durian ke negara-negara Arab.

Tambahan pula, Dasar Pendidikan Negara turut

berperanan dalam melahirkan masyarakat yang


bersatu padu melalui pendidikan. Kemudahan
pendidikan disediakan kepada semua rakyat Malaysia
tanpa pengiraan kaum, bangsa dan agama. Rakyat
negara ini berhak mendapat pendidikan asas dari usia
6 tahun hingga 17 tahun. Penggunaan bahasa
pengantar, iaitu Bahasa Melayu yang merupkan
bahasa Kebangsaan dan satu sistem peperiksaan yang
seragam dan sama di sekolah mewujudkan perpaduan
antara pelajar sekaligus dapat merealisasikan wawasan
2020

Anda mungkin juga menyukai