Anda di halaman 1dari 2

20 contoh soalan temuduga SPA:

1. Apa yang anda tahu tentang Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)? Apakah peranan
peranan yang dimainkan oleh SPA?

2. Kerajaan memperkenalkan konsep KPI (Key Performance Indicator) untuk mengukur


kecekapan dan keberkesanan menteri menteri yang dilantik di dalam kabinet. Boleh anda ulas
sedikit tentang ini?

3. Selain daripada KPI, apa lagi langkah langkah atau mekanisme yang membolehkan sesebuah
majikan mengukur kemampuan seseorang pekerja?

4. Anda baru dilantik ke sebuah jabatan kerajaan. Anda mendapati, terdapat beberapa
kepincangan dalam beberapa proses dan prosedur perkhidmatan yang diberikan oleh jabatan
anda. Sebagai orang bawah yang baru sahaja bekerja, bagaimana anda boleh mengutarakan
pendapat anda kepada pegawai lain yang lebih tinggi pangkatnya?

5. Aung San Suu Kyi adalah pejuang demokrasi yang dinafikan hak hak kemanusiaan oleh
negaranya Myanmar. Sebagai sebuah negara yang berada di kerantauan yang sama, apa yang
boleh dilakukan oleh Malaysia untuk menyuarakan kerisauan antarabangsa dan dalam masa yang
sama mengekalkan hubungan diplomatik kedua dua hala?

6. Bagaimana anda boleh menyelesaikan konflik atau perselisihan pendapat dengan rakan sekerja
anda?

7. Setakat yang anda tahu, apakah tugas tugas yang bakal dipikul oleh Juruukur (atau jawatan
yang dipohon) di jabatan ini?

8. Kenapa anda yang harus kami pilih, dan bukan calon lain? Apa kelebihan anda?

9. Apakah kelemahan anda yang harus kami ketahui? Adakah anda melakukan sebarang perkara
yang akan membantu anda mengatasi kelemahan tersebut?

10. Sebagai seorang jurutera, selain daripada kepakaran teknikal, apa lagi kemahiran lain yang
perlu ada pada beliau untuk membina sebuah kerjaya yang cemerlang dan membolehkan beliau
menjadi seorang jurutera yang serba boleh?

11. Di manakah anda 5 tahun dari sekarang?

12. Sebagai seorang pegawai sumber manusia, apakah strategi yang boleh anda lakukan untuk
memastikan tahap motivasi pekerja di semua jabatan atau unit berada pada tahap yang tertinggi?

13. Mengapa anda memohon jawatan ini?

14. Kenapa jawatan dalam kerajaan yang dipilih. Kenapa tidak swasta? Apa kelebihan dan
kekurangan bekerja dengan kerajaan berbanding dalam sektor swasta?
15. Pada pendapat anda, adakah sistem pendidikan di negara ini berada pada landasan yang
betul? Apa yang anda mahu lihat pada sistem pendidikan yang masih belum ada buat masa ini?

16. Sebagai pereka lanskap, apakah langkah langkah yang perlu diambil, serta faktor faktor yang
mesti diambil kira sebelum anda melakukan sebarang rekaan di atas kertas?

17. Nyatakan sebarang pencapaian atau keterlibatan anda dalam membangunkan sistem
teknologi maklumat, samaada di tempat kerja sebelum ini, di universiti atau di tempat tempat
lain.

18. Jika anda keluar dari sektor swasta dan masuk ke jabatan kerajaan, bagaimana anda boleh
meyakinkan kami bahawa anda tidak akan keluar dan masuk semula ke sektor swasta?

19. Seorang pegawai kerajaan akan sentiasa menghadapi kemungkinan untuk dipindah lokasi dan
tempat bekerja. Terangkan respons anda terhadap komitmen sebegini. Bagaimana anda akan
menyelesaikan segala cabaran yang muncul dalam proses perpindahan ini?

20. Nyatakan satu contoh di mana anda telah menonjolkan bakat kepemimpinan semulajadi
dalam melaksanakan sesuatu aktivit atau program yang besar dan berjaya.

Anda mungkin juga menyukai