Anda di halaman 1dari 6

4 PERINGKAT PROSIDUR DALAM PERLANTIKAN PTD

.
Ramai yang mahu bekerja sebagai Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD). Ia merupakan
salah satu daripada ribuan kerja yang ditawarkan dalam sektor awam, malah kerjaya
PTD menjadi antara pilihan utama ramai pencari kerja terutama graduan dan lepasan
IPT.
.
Kerjaya sebagai seorang PTD sememangnya ada banyak kelebihan, malah kerjaya ini
dianggap paling berprestij dalam sektor awam. Selain tangga gaji yang menarik,
kerjaya PTD menawarkan penjawatnya untuk maju dalam sektor awam.
.
Pun begitu, bukan mudah untuk masuk kerja kerajaan dan menjawat jawatan PTD ini.
Ada beberapa peringkat pemilihan calon, bermula dari penyisihan pengkalan data
dalam Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), sehinggalah ke peperiksaan online
PTD, temuduga dan seterusnya peringkat penilaian sebagai seorang Kadet PTD.
4 Peringkat Prosedur Untuk Jadi Pegawai Tadbir Diplomatik Dalam Sektor Awam
.
Mari sama-sama faham peringkat-peringkat atau prosedur dalam pengambilan untuk
kerjaya PTD ini. Ianya telah dikongsikan oleh seseorang yang kini sedang menjawat
jawatan ini dalam kerajaan, iaitu saudara Rashdan Wong.
.
Nak jadi PTD kena melalui 4 peringkat ujian, PSIKOMETRIK, PAC, TEMUDUGA dan
DPPA.
(1) PROSIDUR PERTAMA : PEPERIKSAAN ONLINE
Untuk exam ni tiada tips sangat. Yang penting anda ada kabel kuat. Maksud saya, kabel
internet yang stabil supaya anda dapat menjawab dengan tenang dan yakin. Jangan lupa
bayar bil WiFi, dan kalau nak jawab kat kafe siber pilihlah yang ada strong connection,
contohnya CC yang ada ramai orang main DOTA. Kalau kabel tak kuat, naya wey kang jawab
separuh terputus line.
.
Exam online ni ada 2 seksyen. Soalannya umum saja, tak perlu membazir duit beli panduan
dan pakej rujukan exam online PTD yang harganya cecah RM40 tu.
.
Seksyen A adalah pengetahuan am, kena jawab 50 soalan dalam 40 minit. Soalannya lebih
kurang macam subjek Pengajian Am atau Pengajian Malaysia. Kena tahu serba sedikit
tentang dasar dan program kerajaan (NEM, TN50, RMK11, DSTIN, Dasar Teknologi Hijau,
Pelan Pembangunan Pendidikan, Visit Malaysia Year, NBOS, DFTZ dan lain-lain), fungsi dan
peranan komponen kerajaan (bidang kuasa kerajaan persekutuan, kerajaan negeri, jenis dan
fungsi mahkamah, fungsi parlimen dan lain-lain), pengetahuan hubungan antarabangsa
(negara mana pengerusi ASEAN tahun ni, bila Malaysia menganjurkan CHOGM dan APEC,
apa itu CEDAW, apa itu UNFCCC dan lain-lain) dan isu-isu semasa.
.
Jangan ingat nak Google nanti, anda tak akan ada masa punya. Kalau anda jenis rajin
membaca berita nasional, insya Allah selamat.
.
Seksyen 2 pasal penyelesaian masalah, atau soalan logik dan matematik. Jangan risau, tak
ada soalan pasal algebra atau trigonometric functions. Soalannya lebih kepada "Faysal ada
10,000 buku, beliau jual 5,000 buku dan beli balik 1/4 daripada 1/50 buku-buku tersebut,
berapa banyak buku yang beliau miliki sekarang?"
.
Soalan tak susah, tapi masa nak jawab suntuk, kena jawab 40 soalan dalam 45 minit. Kalau
rasa soalan susah, skip dulu, lepas selesaikan yang lain baru patah balik.
(2) PROSIDUR KE-2 : PROGRAMME ASSESSMENT CENTRE
(PAC)
Sekiranya berjaya dalam exam, dalam masa 2-3 bulan anda akan dipanggil untuk menghadiri
PAC selama 2 hari. Anda akan disaring berdasarkan kebolehan pengucapan awam, debat,
kualiti kepimpinan dan kecerdasan fizikal. Banyak kerja kumpulan, tapi jangan sebab nak
tunjuk leader punya pasal anda jadi kiasu. Selalunya penilai lebih suka orang yang matang
dan moderate, bukan jenis pandai tapi gila kuasa dan poyo.
.
Ujian fizikal termasuk larian 2.4 km dalam 12-15 minit. Kalau anda fit boleh je habiskan dalam
5 minit. Jaga BMI, kalau anda jenis overweight silalah berdiet dan workout mulai sekarang.
(3) PROSIDUR KE-3 : TEMUDUGA
Kalau anda melepasi PAC, maka sampailah peringkat interview. Interview untuk apa-apa
kerja prinsipnya sama saja, jadi pandai-pandailah nak jawab dan impress. Soalan tak lari
daripada pengalaman kerja dan kenapa nak jadi PTD. Cara duduk, cara letak beg, cara bagi
resume, gaya masuk bilik temu duga semua dia orang tengok. Jadi silalah belajar cara
menutup pintu tanpa sebarang bunyi dan cara duduk yang tegak dan segak.
.
Kekadang dia test knowledge juga. Waktu saya ditemu duga (awal 2013) panel tanya
pandangan saya pasal pelantikan semula Obama dan kesannya terhadap Malaysia. Apa lagi,
saya kasi tapau lah.
.
Nak tahu rahsia lulus temuduga kerja kerajaan? Guna pakej rujukan ini - Pakej Rahsia Lulus
Temuduga Kerja Kerajaan 2023, ia dah bantu puluhan ribu calon sebelum ini. Rujukan terbaik
dalam bentuk pdf, dan boleh digunakan untuk menghadapi sesi temuduga jawatan PEGAWAI
TADBIR!
(4) PROSIDUR KE-4 : KADET PTD, KURSUS DPPA
Kalau berjaya dalam temu duga, maka anda akan diterima sebagai kadet PTD, belum jadi
PTD lagi. Anda perlu mengikuti kursus Diploma Pascasiswazah Pengurusan Awam (DPPA)
selama 10-12 bulan di satu tempat misteri bernama Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN).
.
Di INTAN anda akan didedahkan kepada selok-belok perkhidmatan awam, dari kewangan,
sumber manusia, ekonomi, diplomasi, keselamatan, pembangunan, pengurusan projek
hingga ke pengurusan majlis dan protokol, anda akan diajar dan diuji.
.
Dan ada juga modul luar seperti polis, tentera, bomba, program anak angkat, Outward Bound
School dan lain-lain. Tentera? Polis? Kenapa dahsyat sangat? Tujuannya memang adalah
untuk torture anda, supaya anda boleh buang ego diri tu jauh-jauh dan juga untuk buat anda
tahan lasak dan tahan stress, dan pada masa yang sama untuk membentuk disiplin anda dan
membina empati anda terhadap pasukan beruniform, orang kampung dan lain-lain lapisan
masyarakat.
.
Dan kalau anda tak perform sepanjang kursus, kebarangkalian besar anda tidak akan dilantik
sebagai PTD. Namun begitu, janganlah anggap batchmate anda tu sebagai pesaing dan
musuh. Penting untuk menjaga silaturrahim sesama lain kerana batchmate ni akan jadi aset
penting anda semasa berkhidmat nanti.
(5) PROSIDUR KE-5 : PERLANTIKAN SEBAGAI PTD
Selepas tamat DPPA, barulah anda akan menerima watikah pelantikan dan digelar sebagai
seorang PTD. Tak semestinya anda akan ditempatkan di kementerian yang diidamkan. Tak
perlu memilih sangat, kerana semua kementerian ada pros and cons dia, dan anda boleh
minta tukar kelak.
.
Itu baru permulaan. Kalau anda masuk perkhidmatan pada umur 25 macam saya ni, jauh lagi
perjalanan, ada 35 tahun sebelum bersara. Tapi itu pun kalau anda masih kekal passion dan
patience sebagai penjawat awam. Sentiasa ingat apa tujuan asal anda nak jadi PTD agar
tidak lost separuh jalan.
.
Akhir kata, kunci kepada kejayaan ialah virtù dan fortuna. Bertawakal je lah kalau anda dah
berusaha. Semoga berjaya.

Anda mungkin juga menyukai