Anda di halaman 1dari 14

Panduan Temuduga

NURHIDAYA BINTI AHMAD


GURU BIMBINGAN KAUNSELING SMA AL IRSYADIAH
Tips Temuduga Kerja SPA –
Cara Susun Fail Dengan Betul
Berikut adalah cara untuk menyusun fail temuduga
dengan betul:
Selepas resume, salinan IC dan sijil kelahiran. Salinan ini perlu
mendapat cop akuan sah oleh pemegang jawatan Gred 41 dan ke atas.

Sertakan resume bergambar bersama salinan yang telah


disahkan.Dalam turutan, resume akan diiringi oleh salinan IC, sijil
kelahiran, sijil PMR, sijil SPM, sijil STPM, transkrip diploma, transkrip
ijazah serta transkrip MUET.
Do’s and Don’t dalam temuduga
Berikut adalah tips temuduga:
Baca Bismillah terlebih dahulu bagi pemohon Muslim

Ketuk pintu sekurang-kurangnya 3 kali

Tunggu sehingga arahan masuk diberi

Serahkan fail yang mempunyai dokumen sokongan kepada panel


temuduga

Duduk dengan tegak

Luruskan kaki serta tangan di atas riba

Jawab dengan yakin soalan yang diberi

Suara harus jelas, dan pastikan perbualan antara anda dan panel
temuduga berterusan
SUSUNAN FAIL

Maklumat diri

Kad pengenalan dan sijil kelahiran

Sijil SPM (bukan slip SPM)

Penilaian Menengah Rendah (kalau nak letak boleh)

Sijil berhenti sekolah (wajib)

Transkrip pengajian tinggi

Pengiktirafan kelayakan

Sijil Anugerah

Sijil Penyertaan
TIPS MEMILIH PAKAIAN TEMUDUGA BAGI LELAKI
1.Untuk lelaki sesuai pakai baju kemeja tidak terlalu mengikut potongan badan,
jangan terlalu longgar dan jangan terlalu ketat. Warna kemeja juga hendaklah
warna yang cerah dan lembut.
2.Calon perlu memilih jaket yang berwarna gelap contohnya hitam dan biru gelap
yang sesuai untuk sesi temuduga.
3.Bagi lelaki perlu memakai seluar slack yang sesuai digayakan mengikut berat
badan anda. Warna yang disarankan adalah warna gelap dan berpadanan dengan
kemeja anda.
4.Pemilihan tali leher juga perlu diambil kira dengan warnanya yang perlu
dipadankan bersama baju yang dipakai. Sebaiknya warna tali leher lebih gelap
daripada baju kemeja yang dipakai ketika anda hadir ke sesi temuduga.
5.Kasut yang dipakai perlu dipadankan dengan seluar dan pastikan warna gelap.
TIPS MEMILIH PAKAIAN TEMUDUGA BAGI WANITA
1.Bagi wanita muslim disyorkan memakai Baju Kurung yang tidak ketat, tetapi
anggun dan menutup aurat. Untuk tudung, pakailah tudung yang formal dengan
warna yang tidak terlalu menonjol.
2.Untuk warna baju, pastikan untuk memilih warna yang tidak kelihatan terlalu
menonjol dan terang. Contoh warna baju yang sesuai misalnya adalah ungu gelap,
kelabu, coklat, putih dan biru gelap.
3.Sekiranya hendak memakai pewangi, gunakanlah yang berbau sederhana dan
tidak terlalu menyucuk.
4.Biasanya penemuduga tidak memandang makeup anda. Pakailah sekadar untuk
menampakkan seri wajah dan penampilan diri yang anggun.
5.Untuk kasut pula, pastikan anda memakai jenis yang menutup jari kaki. Warna
hitam adalah yang paling sesuai untuk dipakai ketika temuduga.
1. Penampilan diri perlu dijaga semasa menghadiri interview kerajaan. Anda perlu
SKEMA pada hari temuduga kerajaan tersebut.  Yang penting nampak kemas,
profesional dan menarik.
2. Datang dalam keadaan tenang dan jangan kelam-kabut (masa itulah nak cari
lokasi dan tempat temuduga. ELAKKAN YE). Macam mana nak tenang?
Persiapkan diri anda daripada segi :

•Resume telah pun disiapkan. Pastikan semua dokumen yang diperlukan sudah
berada dalam fail holder berdasarkan permintaan dalam surat panggilan temuduga
yang anda terima sebelum ini. Susunkannya ikut urutan. (Elakkan buat kerja last
minute).
•Tahu lokasi temuduga
•Tidur awal dan cukup (disiplin diri iaitu datang awal
2. Tahu tugas dan peranan bagi jawatan yang  anda dipohon dan kerja yang anda lakukan sebelumnya.
Dalam pada masa yang sama selidik struktur dan organisasi kerajaan. Buat sedikit kajian mengenai
beberapa jabatan atau kementerian terutamanya tugas-tugas yang dipikul oleh jabatan yang berlainan.
Buat perbandingan dengan pentadbiran negeri (dan sebagainya) untuk memahami perbezaan dari segi
struktur dan fungsi. Ini terutamanya penting untuk mereka yang bakal menghadiri temuduga PTD
(Pegawai Tadbir dan Diplomatik).
3. Buat homework dan latih tubi berulang kali. Jangan menghafal tetapi memahami
Contoh soalan temuduga SPA
1.Sila perkenalkan diri anda?
2.Apa yang anda tahu tentang Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)? Apakah peranan yang
dimainkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA8)?
3.Kenapa anda yang harus kami pilih, dan bukan calon lain? Apa kelebihan anda??
4.Apa yang menarik minat kami untuk anda diambil bekerja dengan kerajaan? Mengapakah kami
patut mengambil anda bekerja dengan kerajaan?
5.Setakat yang anda tahu, apakah tugas tugas yang bakal dipikul oleh anda jika nanti? Peranan Jabatan
dan Kementerian ini? (bergantung kepada jawatan yang anda pohon ketika itu)
6.Semasa projek akhir disemester anda, apa yang anda lakukan? Minta ceritakan…
7.Pada  pendapat  anda,  mengapakah  Barrack  Obama  berjaya diangkat  menjadi  Presiden  Amerika
Syarikat?
8.Apakah kelemahan anda yang harus kami ketahui? Adakah anda melakukan sebarang perkara yang
akan membantu anda mengatasi kelemahan tersebut??
9.Apakah matlamat dan perancangan anda untuk jangka masa pendek dan panjang?
10.Sebagai seorang jurutera, selain daripada kepakaran teknikal, apa lagi kemahiran lain yang perlu
ada pada diri anda untuk membina sebuah kerjaya yang cemerlang dan membolehkan anda menjadi
seorang jurutera yang serba boleh? Apa inisiatif yang anda ingin lakukan?
1.Soalan Temuduga SPA : Siapakah Perdana Menteri Britain? Boleh terangkan kepada secara ringkas bagaimana
terbentuknya kerajaan Britain hari ini selepas keputusan pilihanraya Britain diumumkan tempoh hari?
2.Bagaimana pendekatan yang anda gunakan bagi menyelesaikan konflik atau perselisihan pendapat dengan rakan
sekerja anda?
3.Soalan Temuduga SPA : Sila ambil tahu senarai nama menteri Malaysia dan juga timbalannya
4.Soalan lazim Temuduga SPA : Siapakah Siapakah Ketua/ Menteri Besar anda?
5.Soalan lazim Temuduga SPA : Sila dapatkan maklumat setiap Perdana menteri Malaysia dan sumbangan mereka
kepada negara
6.Soalan Temuduga SPA : Aung San Suu Kyi adalah pejuang demokrasi yang dinafikan hak hak kemanusiaan oleh
negaranya Myanmar. Sebagai sebuah negara yang berada di kerantauan yang sama, apa yang boleh dilakukan oleh
Malaysia untuk menyuarakan kerisauan antarabangsa dan dalam masa yang sama mengekalkan hubungan
diplomatik kedua dua hala??
7.Soalan lazim Temuduga SPA : Jika anda keluar dari sektor swasta dan masuk ke jabatan kerajaan, bagaimana
anda boleh meyakinkan kami bahawa anda tidak akan keluar dan masuk semula ke sektor swasta?
1.Soalan lazim Temuduga SPA : Seorang pegawai kerajaan akan sentiasa menghadapi kemungkinan
untuk dipindah lokasi dan tempat bekerja. Terangkan respons anda terhadap komitmen sebegini.
Bagaimana anda akan menyelesaikan segala cabaran yang muncul dalam proses perpindahan ini?
2.Soalan lazim Temuduga SPA : Nyatakan satu contoh di mana anda telah menonjolkan bakat
kepemimpinan semulajadi dalam melaksanakan sesuatu aktivit atau program yang besar dan
berjaya.
3.Soalan Temuduga SPA : Senarai dasar-dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia?
4.Soalan temuduga SPA : Adakah anda bekerja sebelum ini? Jika ya, sila ceritakan bidang pekerjaan
sebelum ini. Kenapa berpindah?
5.Soalan temuduga SPA : Wajarkah kerajaan menghapuskan memotong subsidi kerajaan. Mengapa?
Ambil tahu isu semasa dan terkini di Malaysia. Dengan cara membaca Berita Semasa
contohnya. Rajin-rajin semak media massa di Malaysia.
•Contoh? Contohnya……seorang calon temuduga kerajaan perlu sentiasa peka dengan
perkembangan politik, sosial dan ekonomi yang berlaku di dalam dan luar negara.
•Sebagai contoh, panel penemuduga berkemungkinan bertanyakan pendapat anda tentang
dasar luar Amerika yang diamalkan oleh Presiden barunya Barrack Obama. Manakala,
dari konteks dalam negeri, anda mungkin diminta menghuraikan pandangan anda tentang
konsep Satu Malaysia yang diperkenal oleh Perdana Menteri Ke-6, Datuk Seri Najib
Razak.

 Tips temuduga kerajaan yang seterusnya adalah panel penemuduga sangat sukakan calon
yang bersemangat dan bercita-cita tinggi. Sebenarnya, selain daripada menguji
pengetahuan, penemuduga ingin mengetahui sejauh mana usaha atau inisiatif
anda mencuba. Mereka juga ingin bersemuka dengan calon pekerja yang
mempunyai kemahiran berkomunikasi dan mereka yang boleh membuat analisa
kepada sesuatu persoalan dan isu.
Kalau dah sampai panel penemuduga pun tercengang melihat anda
berkomunikasi dan menjawab soalan, anda di landasan yang tepat untuk lulus
 Nak berjaya contohnya dalam temuduga kerajaan mesti rajin bertanya. Nak bertanya pun mesti
daripada individu yang ada pengalaman dalam temuduga SPA

8. Anda sendiri boleh buat dan mengadakan siri sesi temuduga kerajaan versi anda sendiri. Dengan
harapan anda familiar dan membiasakan diri apabila menghadapi situasi sebenar temuduga kerajaan
nanti, begitu juga soalan-soalan yang diajukan. Hilang rasa gugup dan berkeyakinan apabila
berhadapan dengan panel penemuduga.

9. Jika anda seorang kurang bergaul, bermasyarakat, bersosial. Anda masih belum terlambat. Biar
malu sekarang, biar susah sekarang, biar gagal sekarang. Jangan gagal selamanya. Ingat pergaulan
yang luas dapat meningkatkan daya dan kemahiran komunikasi antara satu sama lain mahupun dalam
satu-satu komuniti. Samada formal ataupun tidak formal.

Apa yang perlu anda ikuti semasa berada dalam bilik temuduga :
•Duduk apabila disuruh duduk oleh panel ditemuduga
•Jangan menyilang kaki dan juga mengalihkan kerusi
PANDUAN TEMUDUGA

Anda mungkin juga menyukai