Anda di halaman 1dari 9

Kenapa mohom JPA? Senang ke?

Pada ketika itu dikatakan kuota Bumiputera yang akan ditawarkan biasiswa JPA sebanyak 55% manakala kuota bukan bumiputera sebanyak 45%. Manakala MARA 100% semua Melayu. Lebih mudah dan senang, kata sesetengah orang. Kalau mohon kedua-dua biasiswa tidak boleh sebab syaratnya wajib pilih salah satu sahaja. Kenapa saya masih mohon JPA walaupun mempunyai persaingan dengan bangsa lain yang diwar-warkan lebih hebat dan cemerlang? Ini merupakan pemikiran saya pada ketika itu. Saya merupakan pelajar lelaki, keturunan melayu, memohon biasiswa ke Timur Tengah dan merupakan first batch. Fikirkan. Ini semua kunci. Pada saya, memohon JPA lebih mudah atas alasan saya berbangsa Melayu. Jangan salah faham bahawa melayu akan dapat biasiswa daripada JPA dengan semudah itu. Hal ini kerana saya menyangka ramai Melayu yang akan memohon MARA pada tahun tersebut disebabkan beberapa perkara: 1. Tahun sebelumnya kuota untuk Melayu lebih banyak dalam tajaan biasiswa JPA ke luar negara. Tahun 2008 berlaku sedikit perubahan dasar kerajaan berkaitan kuota untuk bangsa Melayu. 2. Saya menjangkakan pelajar Melayu akan lebih ramai memohon MARA disebabkan berlaku persaingan dengan bangsa lain jika memohon JPA. Jadi, Pelajar Melayu yang memohon JPA akan berkurangan dan seterusnya peratusan saya untuk berjaya akan semakin meningkat. Yang kedua, saya seorang lelaki. Kenapa lelaki pun menjadi "important point" bagi saya? Sebabnya, dikatakan ramai lelaki ditawarkan ke Pusat Serenti dan ramai yang menerima tawaran tersebut. Fikirfikirkanlah wahai kaumku... Semasa hari temu duga pun saya lihat memang agak sedikit lelaki Melayu. Jadi peluang agak terbuka luas. Seterusnya, jurusan yang saya mohon Ekonomi dan Perbankan Islam. Kos ini merupakan kos pertama yang ditawarkan biasiswa oleh kerajaan, jadi ramai pelajar yang tidak sangka wujudnya kos ini semasa mengisi borang online. Realitinya, hanya sedikit sahaja yang memohon kos ini.Tapi saya teliti semasa mengisi borang. Dari segi kewangan juga saya beranggapan JPA lebih kukuh jika hendak dibandingkan dengan MARA. Mungkin betul, mungkin salah. Tambahan pula negara mengalami kemelesatan ekonomi pada tahun 2008. Jadi saya memohon JPA. Bagi saya, point yang paling penting sekali ialah keputusan SPM yg meletup. Kalau tak mampu mendapat semua A1 atau A+ pun tidak mengapa asalkan masih semua A. Itu seafdhalnya. Sebab yang memohon biasiswa merupakan pelajar-pelajar terbaik, tercemerlang dan terbilang. Saya tidak nafikan itu. Semasa pembahagian kumpulan saya telah ditakdirkan 1 kumpulan dengan 4 orang wanita. Wow!!! betul atau tidak apa yang saya cakap tadi? Lelaki Melayu Islam memang sedikit. Saya bukan berniat hendak menimbulkan kontroversi mahupun memperlekehkan bangsa sendiri tetapi ini adalah hahikat yang perlu kita sedari. 2 daripadanya Melayu dan yang lainnya masing-masing berbangsa Cina dan India. Yang paling penting sekali saya seorang sahaja lelaki. Lelaki Melayu terakhir la katakan... Perlu diigatkan juga bahawa temu duga dijalankan dalam Bahasa Ibunda yakni Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris yakni bahasa perantaraan dunia kini. Jadi, pemohon biasiswa perlu mahir kedua-dua bahasa ini. Antara nilai tambah yang perlu ada ialah sesuatu yang kita ada tetapi pelajar lain tiada. Contohnya, resume. Dalam temu duga JPA tidak disyaratkan membawa resume tetapi saya rasa kita kena bersikap profesional. Saya buat dan membawa resume. Sampaikan pemohon JPA yang lain cuak dengan saya dan mereka jadi gelabah. "Ehh, kena bawak resume ke? Tak kena kan?" bukan seorang sahaja yang tanya begitu kepada saya bahkan ramai. nampak sangat mereka kurang bersedia dan tidak didedahkan dengan perkara-perkara penting sebegini. Selain itu, kalau anda sertai NGO atau aktiviti selepas SPM yang menunjukkan anda seorang yang aktif sila lampirkan sekali dalam fail dan resume. Contohnya, aktiviti saya selepas SPM adalah dengan menyertai praktikal di Bank Rakyat di Ipoh selama 3 bulan. Hal ini kerana, sekolah saya, Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) ada membuat perjanjian dengan Bank Rakyat bahawa pelajar yang cemerlang dalam subjek akaun diberi pilihan untuk membuat praktikal di Bank Rakyat selama 3 bulan. Selama 3 bulan tersebut, saya telah mempelajari prosedur membuat, melulus dan menganalisis pinjaman. Saya

juga mempelajari berkenaan dengan CCRIS, CTOS, FIS, pelaburan mata wang dan banyak lagi. Program ini merupakan program pertama di Malaysia yang meluluskan pelajar lepasan SPM membuat praktikal di Bank yang diiktiraf. maklumat ini saya masukkan dalam resume. Penting. Cuba fikirkan, apa yang kita ada tetapi dalam masa yang sama orang lain tiada. Itulah nilai tambah kita. Itulah alter terahsia kita. Jika saya berjalan kaki untuk temu duga hingga berpeluh pun dapat menghadapi temu duga dengan baik, apatah lagi anda? Mesti lagi dahsyatkan. Ini cabar supaya anda sahut cabaran ini.

Perbincangan Dalam Temu Duga... Kita sambung cerita, selalunya kalau kita servey senior-senior atau dalam internet apa yang dibincangkan dalam temu duga ialah berkenaan dengan isu-isu semasa dan pengetahuan am. Sentuh mengenai isu semasa, temu duga JPA saya dijalankan pada awal tahun 2009. Pada tahun 2008 berlaku krisis ekonomi dunia. Secara tidak sedar Malaysia tercinta turut terkena tempiasnya. Antara isu yang diketangahkan ialah: 1. JPA sudah kekurangan dana, jadi kita batalkan sahaja penghantaran anda semua ke luar negara. 2. Petronas, minyak galian negara dan tenaga pakar Malaysia. 3. Adakah anda ingin menjadi "Bagai kacang lupakan kulit" kerana tidak pulang ke tanah air untuk berbakti setelah kerajaan menaja anda ke luar negara sehingga anda berjaya? 4. Kenapa anda memilih untuk belajar dinegara tersebut? Keempat-empat soalan diatas ditanya dalam bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Jika panel bertanya dalam Bahasa Inggeris maka hendaklah jawab dalam Bahasa Inggeris. Begitu juga sebaliknya. Sepanjang pemerhatian saya, saya lihat para pelajar kurang arif berkenaan isu semasa dan pengetahuan am. Hal ini kerana kurangnya sikap membaca dan mengkaji. Misalnya, semasa soalan 1 diajukan, rakan sekumpulan saya tidak dapat menjawab dengan baik. Seolah-olah sembang kosong dengan rakan-rakan. Kenapa saya kata tidak dapat menjawab dengan baik? Pada saya, jika soalan fakta hendaklah kita menjawab dengan fakta. Soalan 1 lebih tertumpu kepada ekonomi, antara hujah saya: 1. Untuk mengelakkan kekurangan dana kerajaan perlu membuat pelaburan. 2. Jangan kecilkan skop pelaburan hanya untuk wang semata-mata. Kemudian saya huraikan pelaburan terbahagi kepada 2. Pertama, perlaburan kewangan dan yang kedua pelaburan kemanusiaan. Ya, pelaburan kemanusiaan. kesimpulan, JPA wajar menghantar pelajar ke luar negara kerana ia merupakan pelaburan kemanusiaan yang penting walaupun memerlukan jangka masa yang panjang. Secara automatik hujah saya diterima. Tambah markah. Seterusnya, antara soalan yang famous saya kira. Kenapa anda memilih untuk belajar di negara tersebut? Kepada pemohon biasiswa, saya nasihatkan agar mengkaji negara yang kita mohon sebelum hari temu duga. Kalau anda bersekolah agama, mungkin anda akan menyatakan: 1. Hendak mantapkan Bahasa Arab. Jadi saya pilih Timur Tengah. 2. Saya dah ada basic ekonomi jadi saya pilih bidang ini.

3. Segala dugaan yang mendatang saya akan hadapinya sebagai cabaran dan bukannya sebagai masalah. Saya secara peribadi sokong fakta diatas, cuma bergantung kepada cara huraian sahaja supaya panel yakin. Itu sahaja. Tetapi, saya ada membuat perbandingan belajar di Jordan dengan di Mesir. Kalau boleh, kita sentuh sesuatu fakta yang mungkin panel tidak mengetahuinya. Misalnya, saya ada menyentuh mengenai bahasa fushah dan ammi di Jordan. Saya katakan ammi Jordan lebih mudah difahami dan lebih dekat dengan bahasa fushah. Point yang saya gunakan ini membuatkan panel terpaku dan terpana. Tambah markah. Saya tersenyum dan ketawa kegirangan dalam hati apabila salah seorang panel berbisik kepada panel disebelahnya dan berkata "Fushah dan Ammi itu bahasa apa?". Memang seronok. Setelah panel disebelahnya menerangkan maksud 2 perkataan tersebut, panel yang tidak memahami perkataan yang saya gunakan tadi mencatat sesuatu atas kertas laporannya. Cayalah... Tambah markah.

Sekadar Perkongsian. Tujuan saya menulis berkenaan dengan temu duga ini hanya menjalankan amanah sahaja. Saya terfikir apakah sumbangan saya selaku senior "first batch" pelajar tajaan JPA dalam bidang Ekonomi dan Perbankan Islam di Jordan. Dalam masa sama, sekurang-kurangnya saya tidak menghampakan harapan Abang Abd Rahman. Junior-junior saya yang berada di sekolah lama pun sering bertanya cara-cara untuk temu duga khususnya dalam bidang ini. Segala kebaikan yang kita peroleh sama-sama kita kongsikan. Untuk manfaat bersama. Penulisan saya kali ini seperti mana yang saya katakan sebelum ini merupakan khusus untuk temu duga JPA dalam bi

PERDANA MENTERI PERTAMA

NAMA: Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj TARIKH LAHIR: 8 Februari 1903 GELARAN: Bapa Kemerdekaan TEMPOH BERKHIDMAT: 31 Ogos 1957 hingga 21 September 1970

PERDANA MENTERI KEDUA

NAMA: Tun Abdul Razak Datuk Hussein TARIKH LAHIR: 11 Mac 1922 GELARAN: Bapa Pembangunan TEMPOH BERKHIDMAT: 22 September 1970 hingga 14 Januari 1976

PERDANA MENTERI KETIGA

NAMA: Tun Hussein Onn TARIKH LAHIR: 1922 GELARAN: Bapa Perpaduan TEMPOH BERKHIDMAT: 15 Januari 1976 hingga 16 Julai 1981

PERDANA MENTERI KEEMPAT

NAMA: Tun Dr Mahathir Mohamad TARIKH LAHIR: 20 Disember 1925 GELARAN: Bapa Pemodenan TEMPOH BERKHIDMAT: 16 Julai 1981 hingga 31 Oktober 2003

PERDANA MENTERI KELIMA

NAMA: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi UMUR: 64 tahun TARIKH LAHIR: 26 November 1939 TEMPAT LAHIR: Kepala Batas, Pulau Pinang

PERDANA MENTERI KEENAM

Mohd Najib bin Abdul Razak YAB Datuk Seri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak[1] (lahir 23 Julai, 1953) Perdana Menteri Malaysia terkini sejak 3 April 2009,

Question sometime ask during JPA Scholarships Interview 1.Yang Dipertuan Agong's name 2.What is JPA 3.prime minister name 4.Prime ministers fathers name 5.Minister's/Menteri Besar/Chief Minister's/JPA DG Name 6.What do you see yourself doing in 10 years time. What would you contribute to the country 7.Which country would you choose to study oversea? Why? 8.Why do you think you deserve the scholarship? 9.What strength do you have to go study overseas 10.What income do you expect when you graduated 11.what would you do if JPA does not offer you a scholarship 12.name two lines from Rukun Negara 13.Talk about a mistake you made and what you learnt from it 14.Singing of patriotic song (Keranamu Malaysia, Khidmat Negara) Questions asked during 2008 JPA Scholarships Interview The topics are:1.What is Vision 2020 to you? What are the challenges in reaching Vision 2020? 2.Which movie do you like the most and why? 3.why education is important 4.Steven Hawking's "The Brief History of Time" 5.How Malaysians students can do better abroad 6.Malaysia's younger generation prefer to watch entertainment program than to watch serious programs such as news and current affairs 7.Belajar di luar negara memberi kelebihan berbanding belajar di dalam negara. 8.Healthy Lifestyle. Way of promoting healthy lifestyle while studying abroad 9.Rising oil prices is a threat to our country's economy 10.Major achievements and developments of Malaysia from the past 50 over years since independence 11.What is the best sports achievement in Malaysia 12.PhD Scholars: do they serve purpose for the development of community and country or it is for namesake? 13.Ko-kurikulum sedikit-sebanyak menjejaskan pelajaran. Setuju atau tidak? 14.China and India are rising stars of economy in Asia. Do u agree with that? will this growth help Malaysian economy or pose a threat to the economy? In your opinion, what should be done to improve malaysia's economy to compete with them? 15.Reality TV programme 16.why local graduates can't find job? 17.One thing you wish to change about your school life; what would it be and why

18.Patriotism / How and what should you do to show patriotism 19.Telefon mudah alih-keperluan atau kemewahan / Is mobile phones a necessity or luxury 20.Do you agree that there's been a decline in reading among the young? 21.banyak palajar yang telah dihantar overseas tidak mahu balik ke malaysia untuk kerja selepas graduate. apa langkah yang boleh JPA ambil untuk tarik mereka balik ke msia. 22.How can Malaysian students studying abroad promote Malaysia 23.Do u agree that our education system is too exam-orientated 24.Housewife as the first line in the development of human capital resources. 25.The recent cases of child abduction have increased public awareness on the lack of security in the country. 26.visit malaysia year 2007 27.sekolah kluster / cluster school 28.NAM/ PBB /OIC / ASEAN 29.how to be a good leader 30.Who aspires &inspires you 31.Why government still send students abroad when we Malaysia intend to be an education hub in our region? 32.The secret of success 33.What are your proudest achievements in life to this date 34.Do you think those who got 10 a1 and above should automatically granted a scholarship 35.RMK9 - 9th Malaysia Plan 36.Dewan Rakyat 37.Constitution/Perlembagaan 34. Is money everything? 35. Disadvantage of internet 37. should we have limitation on freedom of expression 38. Suruhanjaya REID 39. How do you describe a developed country? What should be used as an indicator to a developed nation? 40. Proton is our locally produced cars. However, efforts by the government to promote Proton have been deemed a burden to the people. In your opinion, should or should not Proton be manufactured? 41. Children nowadays are spoiled, unruly and indiscipline. Is it true. 42. Palestine-Israel Issue 43. GE 2008 44. Pelan Integriti Nasional 45. Pirated cds affect entertainment industry 46. Benifits of participation of cocuriculum-based activities? 47. Technology is a Double-edged Sword 48. AFTA 49. IMF 50. What type of person do you think JPA is looking for? 51. pada pendapat anda, apakah bidang yang memberi impak terbesar kepada negara?

52. Rules are mend to be broken, Give your opinion 53. Unemployment among graduates.

Anda mungkin juga menyukai