Temuduga
Apa Perlu Buat Sebelum, Semasa
& Selepas Temuduga
Edisi 2019
DISCLAIMER
E-book ini ditulis berdasarkan pengalaman, pengetahuan dan
kajian Tim Infokerjaya. Anda dilarang sama sekali untuk mengeluar
ulang mana-mana bahagian e-book ini dengan apa cara sekalipun.
E-book ini ditulis sebagai panduan persediaan kepada anda yang
bakal menghadapi temuduga di sektor kerajaan sepenuhnya. Panduan
di dalam ebook ini tiada kena mengena dengan maklumat sulit atau
pendedahan rasmi daripada pihak tertentu. Isi kandungan dikumpul,
disusun dan ditulis semula bertujuan untuk memudahkan calon
temuduga dalam persediaan mereka menghadapi temuduga
di sektor kerajaan. Panduan lengkap “Rahsia Lulus Temuduga
Kerja Kerajaan” ini telah terbukti membantu mereka yang
menghadiri temuduga kerja kerajaan..
AMARAN
• Ebook ini adalah hakmilik penuh dan diterbitkan sepenuhnya
oleh Infokerjaya PLT (LLP0003706-LGN).
• Sebarang aktiviti pengedaran semula atau menjual semula
naskhah ini adalah DILARANG sama sekali dan ianya
menyalahi Akta Hak Cipta.
• Jika anda memperolehi Ebook ini bukan dari laman web
www.Kerja-Kerajaan.com, sila laporkan kepada kami melalui
email support@rujukankerjaya.com dan ganjaran sewajarnya
akan diberikan kepada anda.
• Sebagai pembeli yang sah, anda layak menerima tip-tip
penting untuk kemasukan kerja kerajaan daripada kami yang
akan disalurkan melalui EMAIL yang anda daftarkan dengan
kami.
ISI KANDUNGAN
PENGENALAN 6
TINDAKAN PERTAMA 25
Baca dan fahami surat temuduga 25
Buat salinan fotokopi 27
Dapatkan Pengesahan bagi Setiap Salinan Fotokopi 27
Susun Dokumen Mengikut Turutan 27
Simpan Dokumen Di Tempat Yang Selamat 27
Menyediakan ‘Resume’ 28
TINDAKAN KEDUA 29
Kenali Dan Fahami Jawatan Yang DiPohon 29
Minat ? 30
Perancangan dan Persediaan 31
TINDAKAN KETIGA 33
Jadikan Diri Sebagai Orang Berilmu 33
Mengenali dan Memahami Diri Sendiri 35
Ketahui Soalan-Soalan Jangkaan 37
Tingkatkan Penguasaan Dalam Bahasa Inggeris (Short Technique) 40
Menguruskan Nota 42
Belajar Dengan Menulis 43
TINDAKAN KEEMPAT 46
Interview Test 46
Menjaga Keselamatan dan Kesihatan Diri 48
Ketahui Lokasi Temuduga 49
Persediaan Sehari Dua Sebelum Temuduga 50
SEMASA HARI TEMUDUGA 57
SEWAKTU BERSIAP 57
Bangun Tidur 58
Wangian 58
Lihat Beg Anda 59
Bertolak Awal 59
AKHIR TEMUDUGA 72
SELEPAS TEMUDUGA 73
PENUTUP 83
PENGENALAN
Kebanyakan ibu bapa amat berbangga jika anak mereka menjawat jawatan
di sektor awam. Tidak kiralah di jabatan mana pun, ataupun di kementerian
mana pun anak mereka bertugas. Anak mereka telah memberikan
kebanggaan kepada mereka. Ada yang menjadi pegawai, staf sokongan dan
ada juga yang menjadi pegawai-pegawai tinggi kerajaan.
Selain itu juga, pekerja sektor awam juga mempunyai kesatuannya sendiri
yang lantang memperjuangkan hak-hak penjawat awam di Malaysia.
Contohnya CUEPACs, kesatuan ini amat lantang memperjuangkan hal-hal
kebajikan penjawat awam terutamanya dari segi kenaikan gaji, elaun, kenaikan
pangkat dan macam-macam lagi.
1. Elaun Perumahan,
2. Cost Of Living Allowance (Cola),
3. Imbuhan Tetap Khidmat Awam (ITKA),
4. Kenaikkan Gaji Setiap Tahun,
5. Kemudahan Pinjaman Komputer Dan Kenderaan,
6. Cuti Tahunan Mengikut Kelayakan,
7. Cuti Bersalin,
8. Pinjaman Perumahan,
9. Caruman KWSP ataupun Pencen,
10. Bersara pada umur 58 tahun,
11. Peluang Kenaikan Pangkat,
12. Peluang Melanjutkan Pelajaran,
13. Peluang Untuk Berkursus dari masa ke semasa,
14. Bekerja dalam jangkasamasa yang sesuai bagi manusia 8 jam
sehari (kadang-kadang lebih masa juga),
15. Lebih mepunyai masa bersama keluarga dan dapat mewujudkan
keluarga yang lebih bahagia.
ANDA TIDAK TERUJA KE? Dan bermacam-macam lagi kebaikan yang boleh
anda fikirkan sendiri. Dan disebab itulah juga dilaporkan permohonan untuk
jawatan awam yang dianjurkan oleh sektor awam semakin meningkat pada
setiap tahun.
Ramai bukan? Anda mungkin telah beberapa kali dipanggil temuduga oleh
sektor awam bukan? Dan tahukah anda hanya berapa ramai sahaja yang akan
terpilih dan lulus dalam temuduga tersebut. Pada tahun 2016, hanya 57,686
orang sahaja manakala pada tahun 2015, seramai 45,293 orang yang terpilih
dan dilantik untuk berkhidmat di sektor awam.
Pada tahun 2015, mengikut carta di atas hanya 28.8% sahaja yang berjaya
dilantik menjawat jawatan manakala bagi tahun 2016, 56.8% calon berjaya
dilantik. Ini menunjukkan seramai 71.2% (tahun 2015) dan 43.2% (tahun 2016)
orang calon telah gagal pada peringkat tapisan temuduga.
Mungkin ada yang tidak pernah mendengar bahkan mungkin juga tidak
mengetahui dengan terma yang dipanggil “MyRecruitment”. Apakah yang
dimaksudkan dengan terma ini sebenarnya? MyRecruitment sebenarnya
merujuk kepada Kaedah Pengambilan Secara Profiling iaitu merupakan
kaedah pengambilan kakitangan awam yang dijalankan oleh Suruhanjaya
Perkhidmatan Awam (SPA) untuk mengisi kekosongan ataupun keperluan
sumber manusia di dalam sektor kerajaan ataupun juga dikenali sebagai
sektor awam di Malaysia.
1
Tapisan Awal merupakan proses saringan yang pertama dalam
MyRecruitment. Proses ini mengkehendaki para calon untuk mendaftar
secara atas talian (Online) dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
(SPA). Permohonan yang telah dilakukan oleh para calon akan di tapis
terlebih dahulu dengan meneliti samada calon yang memohon memenuhi
syarat skim perkhidmatan bagi jawatan yang dipoho oleh mereka.
3
Seterusnya ia proses Penilaian kompetensi (Competency Assessment)
dimana calon yang berjaya melepasi tapisan peperiksaan akan melalui
sesi ini. Sesi ini bertujuan mengukur kompetensi calon dari aspek
Attitude-Skill-Knowledge (ASK) dengan tugas dan jawatan yang
dipohon. Calon-calon akan dinilai dari segi kemahiran berkomunikasi
dalam bahasa Melayu dan juga bahasa Inggeris atau pun bahasa
bahasa lain yang diperlukan, serta penilaian kompetensi yang diperlukan
seperti komitmen, disiplin, teamwork dan lain-lain.
4
Temuduga merupakan proses yang terakhir dimana Suruhanjaya
Perkhidmatan Awam sendiri yang memainkan peranan untuk
menjalankannya. Ianya diadakan dengan tujuan untuk menilai
kesesuaian dan perwatakan calon dengan keperluan sesuatu
jawatan di agensi tertentu. Sesi ini akan menentu sahkan penilaian
yang dibuat di peringkat sesi penilaian kompetensi.
Diantara kriteria-kriteria yang dilihat ialah sahsiah dan minat yang berkaitan,
kelayakan akademik yang sesuai, keterampilan, dan kesesuaian dengan
bidang tugas yang dikehendaki. Setelah selesai urusan temu duga, calon
terbaik di kalangan calon-calon berkualiti ini akan diperakukan untuk lan-
tikan sebagai salah seorang pegawai ideal.
Kami percaya anda yang sedang membaca ebook ini pasti tahu untuk mengisi
borang permohonan online bagi sektor awam bukan, betul tak? Semua orang
tahu mengisi borang tersebut. Sekarang ni kita berada dalam zaman IT.
Sebagai rakyat Malaysia, anda semua pasti sering menggunakan komputer
dan internet.
Baca, fahamkan dan kemudian isikan borang online tersebut berhati-hati. Baca
apa-apa informasi yang ada dalam laman web tersebut untuk menambahkan
pengetahuan anda mengenai permohonan bagi jawatan kerajaan. Elakkan
daripada membuat kesalahan. Sebelum mengesahkan pendaftaran tersebut,
semak 2 ke 3 kali kemudian sahkannya setelah anda benar-benar berpuas
hati. Jadi, anda telah berjaya mengisi borang dan memohon jawatan yang
anda inginkan dalam laman web tersebut!
Borang permohonan dah diisi banyak kali, tapi masih tidak dipanggil – pangil
temuduga. Apa sebabnya ye? Sebab – sebabnya adalah:
Dah daftar lama dah, tapi bila tak dipanggil temuduga dalam setahun
anda tak ‘update’nnya. Dan masih menunggu panggilan temuduga.
Ianya adalah mustahil. Apabila habis tempoh setahun, terus saja
update pendaftaran/permohonan anda. Lebih baik ianya diupdate
setiap 6 bulan jika masih tidak dipanggil temuduga (ni berdasarkan
pemerhatian kami). Dan satu lagi, jika anda baru saja habis
menghadiri temuduga atau mendapat keputusan sebagai calon
simpanan, seeloknya anda terus saja update pendaftaran/permohonan
anda.
Jika sijil anda tidak diiktiraf oleh JPA, memang anda tidak akan dipanggil
temuduga. Jadi, pastikan kelayakan anda diiktiraf untuk memasuki sektor
awam. Tak tahu samada ianya diiktiraf atau tidak? Semak di link ini
http://www.interactive.jpa.gov.my/webinteraktif/frmMainIktiraf.asp
Itulah antara sebab – sebab utama yang kami kaji kenapa ramai tidak
dipanggil temuduga kerja kerajaan. Mungkin ada beberapa sebab lagi, tapi ini
sudah cukup untuk menerangkannya.
Dari dulu sejak ebook RLTKK dikeluarkan, kami sering terima email yang
bertanya sebegini:
“Saya ni ada ijazah, boleh tak jika saya mohon jawatan yang memerlukan
SPM?
Ya..Inilah soalan – soalan yang sering bermain – main di dalam fikiran mereka..
Nasib baik tiada yang tanya “Saya ni ada SPM, boleh tak saya apply jawatan
yang memerlukan Ijazah?...
Untuk jawatan tetap biasanya memang boleh, tapi ada syaratnya. Anda boleh
memohon jawatan yang lebih rendah dari kelayakan anda dengan syarat : -
Maknanya, jika anda ada degree, anda boleh apply untuk jawatan
diploma. Tapi tidak boleh apply untuk jawatan berkelayakan SPM. Hanya
satu level di bawah saja dibenarkan! Begitu juga halnya jika anda ada
diploma/STPM, anda boleh apply jawatan yang berkelayakan SPM. Tiada
masalah…
Anda ada degree, tapi tiada diploma (ada sijil matrikulasi saja), maka
anda tidak layak apply jawatan bagi diploma. Maknanya, jika anda apply
bagi jawatan berkelayakan Diploma, anda perlu miliki sijil diploma. Jika
apply jawatan yang berkelayakan STPM, perlu ada sijil STPM.
(AMARAN : kelayakan di peringkat matrikulasi tidak dinilai setaraf
dengan kelayakan Diploma/STPM)
Ada kes seorang calon yang memiliki ijazah, tapi apply jawatan yang
perlukan SPM. (dia isi borang online dengan gunakan SPM saja, tak bagitau
ada ijazah). Bila dia dipanggil temuduga, apabila panel semak dokumen –
dokumennya, didapati dia memiliki ijazah. Apa kata panel tersebut?
“ Awak ni tak tahu ke yang jawatan ni untuk SPM, tapi awak ni ada ijazah..
Kenapa awak datang juga ye…Lebih baik awak balik saja..
Belum apa – apa dah disuruh balik. Mengapa? Sebabnya dia telah gagal
patuhi syarat yang telah diberikan. Ada ijazah tapi apply jawatan SPM.
Sebenarnya nak sorokkan ijazah tu boleh, tapi jangan sampai terkantoi.
Apapun, bersikap jujur adalah lebih baik dalam menghadapi situasi
sebegini. Sikap jujur akan lebih memberikan seribu ketenangan kepada
anda semasa temuduga nanti.
DIPANGGIL TEMUDUGA
Anda telah dipanggil untuk menghadiri temuduga oleh sektor awam melalui
surat? Jika ya, anda adalah seorang yang amat bertuah! Bukannya senang
untuk seseorang dipanggil temuduga. Tahniah diucapkan kepada anda!
Kenapa kami berkata sedemikian ? Sebenarnya, meskipun anda hanya baru
saja dipanggil untuk ditemuduga, sebenarnya anda sudah melangkah sebelah
kaki ke alam kerjaya sebagai penjawat awam. Anda sudah memiliki peluang
terbaik!
Tetapkan bahawa:
“Jika tiada kejayaan anda di peringkat pertama ini, tidak mungkin akan
wujud peringkat kedua. Oleh itu, perjalanan mesti diteruskan. Anggap
ianya adalah yang pertama dan yang terkhir dalam hidup anda.”
Tidur lewat, sudah pasti tak cukup tidur. Di hari temuduga mulalah
pening-pening kepala dan juga ’mata panda’ akan terserlah.
Dan apabila tidak cukup tidur, ianya akan membawa kesan pada
prestasi semasa temuduga. Gagal memahami soalan, gagal
memberikan jawapan, nampak tak bermaya – itulah biasanya yang
terjadi. Nak minta kerja tapi tak cergas, bagaimana tu?
SATU CERITA...
2. Status Calon
p/s: Semasa menaip ayat ini, ada dapat satu email dari seorang
akak yang mengandung 7 bulan bagitau dia dapat kerja tetap
di sektor awam. Rezeki anak dalam kandungan..
p/s: Ada akak tu bagitahu yang umur dia dah 40 tahun bila dapat
masuk kerajaan.
Apapun, rahsia-rahsia di atas kami katakan tadi adalah tidak 100% tepat.
Ini telah dibuktikan oleh pemberi – pemberi testimonial pembeli ebook ini
yang terdahulu. Yang kami sampaikan Itu adalah berdasarkan keterangan dari
pakcik yang pernah jadi panel penemuduga tersebut. Apa yang kami
perhatikan ramai juga yang tidak menepati ciri-ciri di atas yang terpilih dalam
temuduga kerja kerajaan ini.
Apapun kami berpegang teguh kepada prestasi seorang calon itu juga yang
menentukan kejayaan temuduga tersebut. Kami syorkan kepada mereka yang
bakal ditemuduga ini ”buatlah persediaan yang terbaik semasa temuduga”
dan tips-tips di atas boleh dipergunakan dan diperalatkan untuk menguatkan
kejayaan semasa temuduga kelak.
1
TINDAKAN PERTAMA
Ini adalah bahagian yang terpenting yang sering dipandang ringan oleh
kebanyakan calon yang bakal menghadiri temuduga. Tahukah anda
apakah tindakan pertama yang patut anda ambil setelah menerima
surat panggilan temuduga?
Ya! Baca dan fahami surat panggilan temuduga sehingga selesai ke helaian
terakhirnya….Ini sememangnya kerja mudah bukan? Tetapi inilah yang sering
diabaikan oleh kebanyakan kita.
Sering terjadi kes di mana sijil-sijil penting ini tidak dibawa oleh calon-calon
semasa hari temuduga. Kesudahannya proses pertama pada hari temuduga
tersebut berlaku kecacatan kerana setiap dokumen yang anda bawa akan
disemak dan ditandakan terlebih dahulu semasa pendaftaran pada senarai
yang ada pada tangan pendaftar. Lagi banyak anda tertinggal dokumen yang
diperlukan, lagi banyak tanda (X) yang akan ditulis pada ‘list’ tersebut.
1. Kad Pengenalan;
2. Sijil Kelahiran;
Setiap salinan dokumen yang telah anda fotokopi tadi perlu disahkan oleh
pihak yang berkenaan seperti ketua kampung, Pegawai Kerajaan, atau
mana-mana yang dinyatakan dalam surat panggilan temuduga. Jangan
menipu sudah! Dengan mengesahkannya sendiri!!!
Anda perlu menyusun setiap dokumen asal dan juga salinannya mengikut
turutan yang dinyatakan dalam surat panggilan temuduga. Salinan fotokopi
dokumen asal kemudiannya dikepilkan dengan kemas dan kemudian
dimasukkan dalam sampul surat yang bersesuaian saiznya. Manakala salinan
asal (original) dokumen hendaklah dimasukkan dalam ‘fail holder’.
Anda perlu gunakan ‘fail holder’ yang baru..lagi bersih, kemas dan sedap mata
memandang. Fail holder juga amat penting peranannya. Jika fail holder anda
kotor dan buruk, apakah persepsi daripada panel penemuduga nanti? Takut
anda dianggap sebagai seorang yang pengotor pula...
Ini ciri-ciri yang disyorkan oleh kami. Anda mungkin boleh membuat lebih baik
dari apa yang dinyatakan ini. Seperkara lagi, kami cadangkan gambar untuk
resume hendaklah berbentuk pasport dengan gambar anda memakai kot dan
tali leher bagi lelaki dan bertudung/rambut diikat dan juga memakai kot bagi
wanita. Ini menunjukkan betapa professionalnya anda.
Contoh resume ada dilampirkan bersama dalam pakej ebook ini. Sila rujuk
fail yang bertulis Template Resume. Anda boleh mengambilnya sebagai
panduan untuk meyediakan resume anda sendiri. Apa yang kami sediakan
hanyalah contoh. Anda mampu untuk menyediakan resume yang lebih baik
dari apa yang kami berikan.
Ya, itulah yang perlu anda ketahui terlebih dahulu. Jika anda tidak mengenal
dan memahami jawatan yang anda pohon dengan sebenar-benarnya, kami
meramalkan masalah besar akan melanda anda semasa hari temuduga nanti.
• Tugas-tugas jawatan
• Gred jawatan
• Jabatan jawatan yang dipohon
• Tangga Gaji/Elaun
• Sejarah jabatan/jawatan
Nota : maklumat ini anda boleh rujuk semasa anda melihat iklan permohonan.
Contohnya, laman web SPA, anda boleh rujuk kelayakan/info jawatan. Atau
anda juga boleh tahu dengan melawat laman web jabatan/kementerian
berkenaan.
Jika boleh, cuba anda lihat berapa banyak kekosongan yang ditawarkan
bagi jawatan tersebut serta berapa ramai calon yang bakal dipanggil untuk
temuduga bagi jawatan tersebut. Maklumat ini anda boleh
memperolehinya di laman web kementerian/jabatan tersebut ataupun
anda boleh menghubungi kementerian/jabatan tersebut secara langsung
untuk bertanya.
Anda juga perlu mengkaji juga sejauh mana kesesuaian kelayakan anda
dengan jawatan yang dipohon. Adakah sijil anda sesuai dengan jawatan yang
dipohon? Adakah jawatan yang dipohon memerlukan sijil kelayakan anda?
Apakah syarat – syaratnya? Jadi, anda kaji dahulu.
MINAT ?
Oleh sebab itulah kami pernah katakan sebelum ini bahawa anda perlu
mengisi borang permohonan online dengan berhati-hati. Sebagai contoh,
sekiranya anda memohon 5 jawatan yang berbeza dalam borang tersebut,
pastikan anda memilih jawatan yang paling anda minati sebagai pilihan
pertama dan diikuti dengan pilihan yang seterusnya.
Jika anda 100% mempunyai minat dengan jawatan yang dipohon, maka
semakin tinggilah kebarangkalian anda untuk berjaya dalam temuduga itu
nanti. Jadi, kenali dan fahami minat anda. Kalau ada minat, semua kerja pun
akan menjadi...
Cuba anda fikir, untuk temuduga nanti, apa yang perlu dan akan anda
lakukan sebagai persediaan. “List” kan kesemuanya terlebih dahu-
lu di atas kertas. Kemudian, susun kesemuanya mengikut turutan dan
kepentingannya.
Kami syorkan, satu jadual senarai tindakan yang patut anda lakukan disediakan
seperti di bawah. Dan anda perlu berdisiplin dalam mematuhi jadual yang
telah disediakan. Tanpa disiplin, apa yang dirancang tidak akan menjadi
kenyataan.
“Setelah perancangan
dibuat, kini bermulalah
proses persediaan anda. Apa
yang patut anda lakukan?
Senang saja, lihat jadual yang
telah anda bina tadi. Patuhi
dan laksanakan tindakan
yang telah dirancang
mengikut turutannya!”
Dari sabda tersebut kita dapat menyedari betapa perlunya kita menuntut
ilmu pengetahuan tidak kira di mana-mana jua kita berada pun. Jadi, dalam
menghadapi temuduga nanti, anda perlu melengkapkan diri anda dengan
ilmu temuduga terlebih dahulu. Tanpa ilmu temuduga yang secukupnya,
tempanglah langkah anda sewaktu sessi temuduga nanti.
Jadi, apa yang patut anda lakukan bagi persediaan mencari ilmu temuduga
ini? Mari kita ikuti langkah-langkah yang kami syorkan pada anda semua...
Satu tips mudah : Anda perlu baca tajuk yang penting saja. Jangan baca
kesemuanya. Kami risau tidak mempunyai masa yang cukup saja! Yang perlu
anda baca adalah:
Berita sukan, kes bunuh ke, dan yang lain-lain tu tidak perlu anda baca.
Ini akan menjimatkan masa anda. Tapi jika anda ada masa yang lebih tiada
masalah untuk anda membacanya..
Kenapa kami suruh anda duduk di depan TV pada jam 8.00 malam? Hahaha...
Tahukah anda pada masa tersebut hampir semua siaran TV menyiarkan berita.
Berita-berita tersebut adalah berita terkini. Tonton TV3 ke, TV1 ke, TV9 ke,
Astro Awani ke...mana-mana yang anda minat.
Anda akan mendapat banyak informasi terkini dan penting hanya dengan
duduk di depan TV saja. Tapi jangan tengok aje, dengar dan faham betul-
betul! Dari jam 8.00 malam sehinggalah jam 8.45 malam..Berita sukan tu tak
perlu tengok pun takpe…(kecuali ada sukan besar seperti bola, badminton).
Pernah calon ditanya soalan sebegini semasa temuduga ” Siapakah penjaring
terbanyak dalam kejohanan bolas sepak piala AFF 2010?)
Langkah ini senang…Apa-apa yang anda tidak tahu atau musykil, anda boleh
menanyakannya kepada orang yang lebih mengetahuinya. Cuba bertanya
kepada rakan-rakan, ayah dan ibu ke, sesiapa sahaja yang anda boleh tanya..
Mungkin mereka dapat membantu anda.
Teringat satu lirik lagu ”Malu bertanya kawan, nanti sesat jalan pulang”- XPDC
Internet adalah lombong segala sumber informasi! Segala informasi yang ada
anda boleh perolehi melaluinya. Jadi, apabila anda ingin mengetahui apa-apa
maklumat yang anda inginkan, dapatkan bantuan internet. Kalau di rumah
tiada sambungan internet, anda boleh pergi cyber cafe yang menyediakan
perkhidmatan internet. Ataupun pergi mana-mana tempat yang ada WIFI!
Proses ini tidak kurang pentingnya. Cuba kenali dan fahami kelebihan dan
kelemahan diri kita sendiri terlebih dulu sebelum hari temuduga. Kenali
samada anda jenis orang yang banyak cakap ke, pendiam ke, penipu ke, jujur
ke, bercita-cita tinggi atau lain-lain lagi. Jika anda seorang:
1. Fikirkan soalan apa yang sering ditanya oleh panel temuduga.. Setelah
anda dapat menjangkakan soalan-soalan tersebut, anda senaraikan
kesemuanya.
Adakah anda boleh meramalkan apakah soalan yang bakal ditanya oleh
panel penemuduga kelak? Tidak boleh! Salah tu, anda sebenarnya boleh
meramalkan soalan yang bakal ditanya semasa temuduga nanti. Di sini kami
Tips 1 – Ketahui dan fahami apakah bidang kerja anda sekarang dengan
sebenar-benarnya. Tahukah anda bahawa kebanyakan penemuduga sering
bertanya mengenai pengalaman kerja anda. Jika boleh, mereka akan
menyoal anda habis-habisan mengenai hal kerjaya semasa anda. Kadang-kala
soalan-soalan yang ditanyakan tersebut memakan masa lebih dari 15 minit
untuk selesai. Jadi inilah peluang yang perlu anda ambil untuk menambah
markah penilaian temuduga dengan mudahnya. Contoh soalan yang mungkin
ditanya:
• Sejak bila anda bekerja, dan adakah anda gembira dengan kerja
semasa anda?
• Kenapa anda minta kerja kerajaan, padahal gaji anda sudah besar?
Tips 2 – Peka terhadap isu semasa dan pengetahuan am. Ini adalah
merupakan antara yang paling digemari oleh panel semasa sesi temuduga.
Biasanya, isu-isu hangat yang diperkatakan dalam media massa sering
menjadi topik soalan utama dari penemuduga. Jadi, anda dapat mengetahui
bahawa penemuduga ini sebenarnya ingin mengetahui bahawa anda
sentiasa peka terhadap isu semasa atau tidak. Siapa yang rajin membaca
akhbar atau menonton berita, tentu tiada masalah apabila untuk
menjangka dan seterusnya dapat menjawab soalan yang dikemukakan oleh
penemuduga. Contoh soalan yang ditanya:
Disini kami tuliskan beberapa soalan utama yang sering ditanya oleh
penemuduga:
• Apakah pekerjaan anda sebelum ini dan sila terangkan secara ringkas..
Dewasa ini, tidak dapat kita nafikan bahawa penguasaan Bahasa Inggeris
amat penting. Anda memang lemah dalam bahasa Inggeris? Jangan risau…
Biasanya panel penemuduga tidak akan menanyakan 100% dalam bahasa
Inggeris . Apa yang perlu anda buat adalah:
P/s: Kami syor dengar lagu Maher Zain ke, Celine Dion ke :)
6. Bercakap dalam BI depan cermin…ni pun cara belajar juga ni. Akan
tetapi, pastikan anda bercakap dalam bilik anda sendiri yang bertutup.
Bukan apa, takut jika dilihat orang. Takut dikatakan anda ‘tidak sihat’
pula. Dengan cara ini, anda boleh melihat gaya, mimik muka, dan juga
mendengar sebutan Inggeris anda dengan teliti, kemas dan efektif.
Jika anda rasa kurang berpuas hati dengan penyampaian anda, anda
boleh memperbaikinya lagi. Sehari dilakukan 15 – 30 minit pun sudah
cukup.
MENGURUSKAN NOTA
3. Jika boleh, buat cover muka depan bagi setiap bab/bahagian yang
anda tulis. Supaya senang anda mencarinya nanti lebih-lebih lagi jika
nota yang anda tulis memang banyak!
4. Sub tajuk bagi setiap bab juga perlu dihighlight dengan warna
yang berbeza bagi memudahkan kerja anda nanti.
Kebanyakan orang suka membaca, tetapi belum tentu suka menulis. Tahukah
anda bahawa orang berjaya adalah orang yang banyak membaca dan
menulis? Mengapa kita perlu menulis? Apa yang patut anda tulis bagi
membuat persediaan untuk pergi temuduga nanti :
2. Tulis Short Note – apa-apa yang anda belajar atau anda baca,
buat satu nota pendek. Catatkan apa-apa yang penting saja. Ini
perlu dilakukan bagi menjimatkan masa anda di waktu yang lain
kelak. Short note ini sudah memadai sekiranya anda menulisnya
dalam buku 555 je… supaya senang anda membawanya ke
mana-manapun. Apabila ada nota pendek ni, anda boleh
membacanya di manapun anda berada. Ketika tunggu bas ke,
dalam bas ke, kat kedai kopi ke, semuanya tidak menjadi masalah
bagi anda.
Kepentingan Peta Minda tidak perlu dinafikan lagi. 15-20% tahap ingatan
dapat ditingkatkan melalui penggunaan Peta Minda. Peta Minda yang menarik
menggabungkan warna-warna dan juga cabang-cabang yang sesuai, hasil dari
percambahan fikiran.
Peta Minda membantu anda menyalurkan idea secara lebih terancang dan
tersusun. Bermula dari idea utama, idea-idea sampingan dikembangkan
melalui percambahan cabang-cabang dan juga perwakilan melalui warna.
INTERVIEW TEST
4. Menjadikan anda sebagai “pelakon yang hebat”. Tapi bukan artis ye...
Untuk melakukan ujian simulasi ini, beberpa teknik kami syorkan. Terpulang
pada anda untuk mencuba mana satu. Mahu cuba semuapun lagi bagus!
Tak boleh pula anda menghadiri temuduga..Satu lagi buat mereka yang suka
merempit tu, buanglah tabiat buruk tu. Tak kemana perginya bakat
merempit tu. Menyusahkan orang je. Kalau setakat menyusahkan diri
sendiri tidak mengapalah kan…Ini menyusahkan bangsa dan Negara.
Lagipun, memang tak layak bagi mereka yang suka merempit
menyertai sektor awam.
Adalah penting bagi anda untuk mengetahui lebih awal sebelum hari
temuduga lagi lokasi di mana anda akan ditemuduga. Sila lihat alamat
yang diberikan dalam surat panggilan temuduga dengan teliti. Kemudian,
beberapa hari sebelum hari temuduga, anda perlu pergi ke alamat tersebut.
Ini adalah supaya anda dapat menaksir atau “survey” terlebih dahulu samada
senang atau susah bagi anda untuk ke sana.
Jika anda bercadang menaiki kereta, anda perlu mengkaji tahap kesibukan
jalan, parking, dan laluan yang akan dilalui. Jika anda menaiki motosikal pula,
anda juga perlu mengkaji seperti anda menaiki kereta dan juga keadaan
cuaca. Jika hujan, bermasalah lah anda nanti.
Malam sebelum hari temuduga, apa anda buat? Adakah anda pergi melepak
dengan kawan-kawan di kedai kopi? Sebenarnya pada malam ini anda perlu
berkurung di rumah..Satu malam je. Selepas temuduga nanti ikut suka anda
nak pergi kemana pun. Apakah yang patut anda lakukan bagi menjamin
kejayaan temuduga anda keesokkan harinya? Ikuti langkah-langkah di bawah:
1. Ambil Cuti – Jika anda bekerja, anda perlu mengambil cuti rehat!
Mohon cuti awal-awal lagi, bukan tunggu sehari dua sebelum
temuduga baru memohon cuti. Kenapa anda perlu ambil cuti? Ini
adalah untuk membebaskan fikiran anda daripada bebanan tugas
di pejabat ataupun di tempat kerja anda. Anda hanya perlu
fikirkan soal persiapan terakhir temuduga anda sahaja. Jika anda
masih memikirkan soal kerja atau tugas anda lagi, serabut otak
anda pula. Jadi, tenang-tenangkan diri anda, relakskan minda anda,
rehatkan badan anda...
Tali leher (tie) – wajib ada ni! Jangan tidak memakai tie pula semasa
temuduga nanti. Kepada sesiapa tidak pakai tie, adalah %
kebarangkalian anda untuk gagal dalam temuduga tersebut
terutamanya bagi anda yang memohon jawatan yang memerlukan
kelayakan diploma ataupun ijazah. Inilah yang diberitahu oleh
seorang rakan kami yang menjadi panel penemuduga di sebuah
jabatan kerajaan.
Dan satu lagi, pastikan warna baju yang anda pakai tu berwarna
cerah dan tidak berjalur/ berbelang - seeloknya putih kosong.
Kenapa? Cuba anda lihat orang-orang hebat seperti PM kita, Dato
Sri Najib yang biasanya memakai kemeja berwarna putih.
5. Baca Nota – Anda perlu membuat review dan baca semula nota
yang telah disusun tadi. Bacanya mengikut turutan dari mula
hinggalah ke tulisan yang terakhir. Dengan membuat sebegini,
fikiran anda akan melayang kembali ke masa anda menulis nota
tersebut (flashback). Ianya akan memudahkan lagi anda mengingati
semula apa yang anda tulis sebelum ini. Bacanya berulang kali jika
anda mahu. Biasanya tempoh masa yang diambil untuk membaca
semula nota ringkas ini adalah jauh lebih menjimatkan berbanding
semasa anda mula-mula membaca nota yang lengkap (informasi /
nota yang anda mula-mula baca sebelum menulis nota ringkas ini).
Sambil baring pun boleh baca..
10. Tidur Awal – setelah berdoa kepada Tuhan, tidurlah awal. Jangan
fikir apa-apa dah. Yang penting - TIDUR. Kami syorkan anda boleh
mula berbaring di kamar anda untuk tidur selewat-lewatnya pada
jam 10.00 malam. Kenapa awal sangat? Kita ni apabila baring-baring
nak tidur tak semestinya kita boleh tidur dengan cepat bukan?
Mungkin anda perlu ambil masa untuk melelapkan mata, lagi-lagi
bagi mereka yang jenis susah nak tidur awal. Tidur yang cukup amat
diperlukan supaya anda lebih bertenaga dan cergas lagi cerdas pada
hari esoknya. Pada jam 6.00 pagi atau lebih awal anda perlu bangun
dah daripada tidur. Ok la, pergilah tidur. oooppppssss terlupa
pulak kami nak ingatkan. Setkan “alarm” atau jam loceng untuk
menggerakkan anda keesokkan paginya. Pesan juga kepada rakan-
rakan anda, ataupun keluarga anda supaya mengejutkan anda.
Selamat malam...
Persediaan Semasa
Selepas
Sebelum Hari Hari
Temuduga
Temuduga Temuduga
K
ini, sampai juga saat yang ditunggu-tunggu oleh anda. Saat
yang begitu mendebarkan, menakutkan dan macam-macam
lagi. Rasa seperti mahu meletup-letup dada anda bukan? Rileks..
Bukankah anda sudah membaca ebook ini. Keyakinan anda akan
naik lebih 100% semasa melangkah ke dalam bilik temuduga
nanti. Apapun, kami akan berikan panduan berguna untuk anda mengenai
apakah yang patut anda buat dan apakah yang patutanda elakkan semasa hari
temuduga nanti. Jadi, tanpa berlengah lagi, kita mulakan dengan bangun dari
tidur dulu. Yela kan, setiap hari kita semua bermula dengan bangun tidur.
SEWAKTU BERSIAP
BANGUN TIDUR
Pukul berapa anda bangun dari tidur? Adakah anda biasanya bangun pada
pukul 6.30 pagi? Kami sudah ingatkan anda untuk setkan alarm sebelum
tidur. Seeloknya bangunlah sebelum azan Subuh lagi. Ketika ini suasana
sangat nyaman, anda boleh menghilangkan “kemamaian/blur” anda dengan
udara yang bersih dan nyaman ini. Tak percaya? Cubalah anda lakukan!
Anda boleh melakukan sedikit senaman ringan sebelum mandi. Gerakkan leher
secara perlahan-lahan, goyang pinggang, lari setempat ke… paling malas pun
anda boleh menggeliat. Menggeliat pun satu senaman juga.
Sesudah mandi, solat subuh (bagi yang muslim) dan berdoa minta
ditunjukkan jalan oleh Allah dan diberikan kejayaan dalam temuduga nanti.
Kemudian sesudah memakai pakaian yang disediakan awal sehari sebelum
ini, bersarapanlah. Sarapan adalah WAJIB bagi mereka yang bakal
menghadiri temuduga supaya anda rasa bertenaga dan lebih cergas bila
berhadapan dengan panel penemuduga nanti. MAKAN JANGAN BANYAK,
dan minumlah air suam segelas dua. Ini akan lebih menyegarkan anda.
WANGIAN
Mengapa kami suruh anda melihat beg anda? Ya anda perlu melihatnya.
Beg itulah yang akan anda bawa ke tempat temuduga nanti. Segala
dokumen penting terkandung di dalam beg itu. Bukankah anda telah isikan file
holder anda dalam sehari sebelum hari temuduga… Buatkan satu ‘check-list‘
ringkas supaya tiada dokumen yang tertinggal melainkan yang tertinggal
adalah tapak kaki anda saja. Hehehehehe...
Sebelum ini, pernah terjadi kes di mana calon temuduga tertinggal beg
miliknya yang mengandungi dokumen-dokumen yang diperlukan oleh
pegawai pendaftar yang bertugas. Kesudahannya, calon tersebut terus pulang
hampa kerana dia adalah orang pertama yang akan ditemuduga! Tanpa
dokumen-dokumen yang diperlukan, macamana pula beliau akan
ditemuduga kan? Jadi, isikan apa-apa yang penting dalam beg anda. Isikan
gula-gula pun “ok” juga. Untuk menghilangkan rasa mengantuk sementara
menunggu giliran anda untuk ditemuduga.
BERTOLAK AWAL
Adalah penting untuk anda tiba di tempat temuduga awal sejam dari
masa yang dinyatakan di surat panggilan temuduga. Pandai-pandailah
bagaimana untuk hadir awal di tempat temuduga tersebut. Jika anda menaiki
kereta sendiri, bertolaklah awal mengikut perancangan awal yang dinyatakan
sebelum ini (rujuk bab awal ye). Jika anda tiba awal, ada kemungkinan anda
untuk menjadi orang pertama yang akan ditemuduga.
p.s: dulu kami dan beberapa rakan yang lain pun merupakan orang
pertama yang ditemuduga, dan juga orang pertama keluar dari tempat
temuduga. Syok….Tengok orang lain belum mula lagi kami dah boleh
pulang awal...
TENANGKAN DIRI
Biasanya, anda akan dipanggil oleh pegawai tersebut, seorang demi seorang.
Selepas itu, anda akan diberikan semula dokumen yang telah disemak dan
dicop/disahkan itu untuk dibawa ke bilik temuduga. Nombor bilik temuduga
akan dimaklumkan kepada anda selepas proses pendaftaran ini selesai.
Dan anda juga akan diberi nombor giliran untuk ditemuduga samada anda
mungkin orang pertama, kedua ataupun yang seterusnya.
Dan tidak lupa, pastikan keadaan pakaian anda berkeadaan baik di mana tali
leher diikat dengan kemas, butang kot anda dipastikan betul. Bahaya jika
tersilap pasang butang, butang yang atas anda pasang di bahagian bawahnya.
Jika anda orang yang kedua ataupun seterusnya yang akan ditemuduga,
cubalah curi-curi tanya pada mereka yang telah ditemuduga sebelum anda.
Tanyalah siapa nama panel penemuduga tersebut, soalan-soalan yang
ditanya.
Apabila loceng dibunyikan, baru anda boleh melangkah masuk ke dalam bilik
temuduga tersebut. Akan tetapi sebelum itu, pastikan anda mengetuk pintu
terlebih dahulu. Ketuk lebih kurang 2 – 3 kali. Apabila melangkah masuk,
berjalan dengan tegak dan kemas. Jangan terlalu cepat ataupun terlalu
lambat. Steady jer…Dan ingat! Apa yang dilihat oleh panel pada pertama kali
anda memasuki bilik temuduga adalah, pakaian anda dan perlakuan anda.
Jadi berhati-hatilah. Tanggapan Pertama Akan Menjadi Tanggapan Yang
Berkekalan.
Ini akan memberi perasaan mesra di antara anda dan penemuduga. Semasa
berhadapan dengan mereka, anda perlu pandang mata mereka dan senyum.
Senyum tu kan satu sedekah. Dengan berbuat begini, penemuduga anda
akan menjadi “cair” semasa sesi temuduga nanti. Tambahan lagi jika anda
memang memiliki senyuman menawan seperti Lisa Surihani ataupun Pretty
Zinta (heroin cerita Hindustan). Dan seterusnya, berikan fail anda kepada panel
penemuduga, satu file holder anda dan satu lagi dokumen fotokopi yang
telah disahkan pada awal pendaftaran tadi. Biasanya, panel penemuduga yang
akan meminta terlebih dahulu dokumen – dokumen ini daripada anda.
APABILA DUDUK
Selepas itu, jangan sesekali duduk di atas kerusi yang sediakan jika tidak
diminta duduk oleh panel penemuduga. Berdiri tegak di hadapan kerusi
tersebut sehinggalah disuruh duduk oleh mereka. Nak duduk pun ada
caranya. Jika di depan anda tiada meja, pergerakan anggota badan lebih
perlu kita awasi kerana selalunya, panel akan melihat keseluruhan tingkah laku
anda. Ikuti tips-tips di bawah:
4. Anda dilarang sama sekali untuk menyilangkan kaki anda. Ini adalah
bertujuan untuk menunjukkan rasa hormat anda kepada panel
penemuduga.
5. Pastikan butang kot di bahagian bawah (butang ketiga tak silap kami)
dibuka semasa anda duduk. Semasa berjalan butang ini perlu
dikacipkan.
6. Jika di depan anda ada meja, elakkan daripada meletakkan beg atau
tangan di atas meja itu. Beg seeloknya letak di bawah. Hanya fail atau
dokumen tertentu sahaja yang diletakkan di atas meja.
APABILA BERKATA-KATA
PERKENALKAN DIRI
Ini merupakan soalan yang wajib akan ditanya oleh panel. Mereka ingin tahu
apa kerja anda dan bagaimana anda bekerja. Mereka akan bertanya secara
detail mengenai kerja anda tersebut. Mungkin mereka akan bertanya
lebih mendalam ataupun cuba mengaitkan kerja anda dengan isu semasa.
Ataupun mereka mencadangkan satu masalah melibatkan kerja anda, dan
anda diminta memberi pandangan ataupun penyelesaiannya. Jadi, anda perlu
bijak menjawab soalan tersebut dengan pengalaman dan pengetahuan yang
anda miliki.
Kami beri satu contoh: katakanlah anda seorang jurutera awam yang
bekerja di Syarikat A di tapak projek di di Ipoh. Dalam berita baru-baru ini
melaporkan satu kejadian tanah runtuh berlaku di kawasan berhampiran
kawasan projek anda dan telah meranapkan beberapa buah rumah. Panel
akan menanya bagaimanakah anda akan memastikan yang projek anda tidak
berisiko berdasarkan kejadian tersebut. Gunakanlah kerbijaksanaan dengan
kreatif untuk menjawab soalan tersebut.
Satu tips dari kami, jika boleh, anda perlu ceritakan bidang tugas anda lebih
dari 10 minit sehinggalah diminta berhenti oleh panel. Senaraikan tugas
anda terlebih dahulu, dari yang sebesar-besarnya sehinggalah yang sekecil-
kecilnya. Ini akan membuatkan panel kagum dengan anda kerana anda
mampu melakukan berbagai tugas yang diamanahkan. Selain itu juga,
dengan penerangan panjang lebar sebegini, ianya akan mengurangkan
soalan yang akan ditanya oleh panel dan sekaligus mempercepatkan sesi
temuduga selesai.
Kami ada menerangkan dalam bab sebelum ini supaya anda peka dengan
isu semasa tidak terkecuali isu politik. Sekiranya anda ditanya mengenai
politik di Malaysia, maka jawapan anda perlulah memihak kepada pihak
kerajaan yang memerintah. Senang jawab begini “kami menyokong
kerajaan yang memerintah sekarang”.
Ini merupakan soalan yang popular yang sering ditanya oleh panel
penemuduga . Masa inilah anda perlu “market”kan diri anda sendiri. Ambil
peluang terbaik ini. Ceritakan:
• Kelayakan anda
• Kebolehan bekerjasama anda
• Senang berurusan dengan anda
Dan lain-lain lagi yang bagus tentang anda yang boleh me”market”kan diri
anda berbanding dengan orang lain.
Kelihatan macam mudah saja untuk kita nak menjawab soalan sebegini
bukan? Tapi, cuba anda menjawabnya sekarang. Jawab, jawab,…Pasti anda
teragak-agak untuk menjawabnya bukan? Anda pasti terfikir seperti ini:-
“ “Apalah aku nak jawab ni ye? Takkan nak puji diri sendiri,
nanti orang kata masuk bakul angkat sendiri”.
”Saya memiliki CGPA tinggi, atas 3.5, memang saya rasa saya layak.
Bukannya senang nak dapat CGPA tinggi ni di universiti”
” Mak ayah saya bekerja di jawatan yang sama juga seperti saya minta ni,
jadi saya memang dah tahu macamana kerjanya”
” Saya dari dulu memang minat sangat jawatan ini, dari zaman saya
sekolah lagi”
dan bermacam-macam lagi jawapan yang kurang tepat yang diberikan oleh
calon. Sebenarnya, anda perlu melihat soalan ini dalam dimensi yang lain
seperti ini:
Ya, benar! anda memang perlu berfikir seperti ini. Berfikir mengenai apa yang
tersirat di sebalik soalan yang ditanya oleh panel. Kesesuaian anda untuk
jawatan tersebut sebenarnya amat diambil berat oleh penemuduga.
“Saya rasakan diri saya sesuai untuk menerima jawatan ini kerana...” :
Soalan ini memang biasa ditanya kerana sebagai seorang penjawat awam
anda boleh ditempatkan di mana-mana daerah, negeri sekalipun yang mana
diperlukan. Apa yang perlu anda buat adalah, jawab saja anda sanggup!
Tidak semestinya anda dihantar jauh-jauh. Manatahu jika ada rezeki anda
boleh ditempatkan di tempat anda sendiri. Sesiapa yang mengatakan tidak
sanggup atau berkata ”boleh kot”, maka bolehlah dia mengucapkan selamat
tinggal kepada kerjaya dalam sektor awam.
Ini soalan yang amat sering ditanya dalam mana-mana temuduga. Setiap
alasan yang anda berikan adalah amat penting untuk panel menilai cara
pemikiran anda dan perancangan kerjaya anda. Kematangan dalam jawapan
pastinya banyak membantu. Seorang bekas panel penemuduga pernah
memaklumkan bahawa banyak calon bumiputra gagal memberikan jawapan
yang baik dalam soalan ini. Malah ada calon pernah memberikan jawapan ini:
SESSI SETERUSNYA
Soalan seperti ini memang dianggap mudah oleh sesetengah calon yang
menghadiri temuduga bagi sektor awam.
” Saya minat kerja kerajaan ini sebab ianya terjamin berbanding kerja
swasta.”
” Saya minat kerja kerajaan ini sebab ayah saya juga kerja di sektor awam”
” Tak tahulah, sebab dah puas saya minta kerja swasta tak dapat, ni saya
cuba la pula di sektor awam”
Mahukah anda tahu jawapan yang sesuai bagi soalan yang ditanyakan ini?
Sebenarnya, untuk soalan ini, bermacam-macam jawapan boleh diberikan
oleh anda. Contoh – contoh jawapan yang disyorkan adalah seperti berikut:
“Awak sebenarnya tidak layak dan belum bersedia untuk jawatan ini”
• Tidak Relaks & Kelihatan Tertekan. Calon perlu relaks dan kelihatan
selesa semasa temuduga. Tenangkan diri dan jangan rasakan anda
dalam sebuah temuduga. Anggap anda sedang berbual dengan
rakan-rakan atau keluarga anda saja. Dengan beranggapan seperti
itu, anda akan lebih tenang semasa temuduga tersebut.
AKHIR TEMUDUGA
Anda telah mencuba yang terbaik, hasilnya serahkan sahaja kepada Tuhan
yang menentukannya. Berdoalah semoga anda memperoleh kejayaan dan
seterusnya memperolehi kerja yang diidam-idamkan. Dengan ini juga, ianya
akan memberikan lebih ketenangan dalam jiwa anda.
2. Menghubungi Jabatan/Kementerian
Inilah masa yang memang paling ditunggu – tunggu oleh calon yang telah
hadir temuduga kerja kerajaan. Di sinilah penentuannya. Biasanya, keputusan
temuduga dari kerajaan persekutuan akan terbahagi kepada 3 keputusan iaitu:
Dan ada juga yang memang tak dapat – dapat juga walaupun dah
lebih setahun menjadi calon simpanan. Memang tiada rezeki untuk
mereka. Pada pandangan kami, peluang calon simpanan ini untuk
diserap ke dalam sektor awam adalah kurang dari 50%.
Akan tetapi, kita tidak boleh pula terlalu yakin..Kelak jika keputusan yang
keluar adalah mengecewakan!! Frust menonggeng pula kita kan..Jadi
walau apapun, kita hendaklah membuat yang terbaik untuk sesi temuduga
tersebut dan jangan lupa berdoa kepada tuhan semoga kita akan
memperoleh kejayaan dalam temuduga tersebut.
4. Bagi yang beragama Islam, kami syorkan anda untuk membaca ayat
Seribu Dinar di dalam hati semoga Allah menenangkan hati anda
setelah anda bertaqwa kepadanya.
Bagi anda yang membaca ebook ini, fikirkanlah hala tuju dan masa depan
anda. Ke manakah akan anda pergi? Jangan memikirkan kerjaya di sektor
swasta sebagai pilihan utama. Yang penting anda berminat bekerja dengan
kerajaan, dan keuntungan yang bakal anda perolehi daripadanya.
- Tim Infokerjaya