Anda di halaman 1dari 1

Carta di bawah menunjukkan sebahagian punca aktiviti lumba haram dalam kalangan remaja

di Negara ini. Huraikan pendapat anda tentang punca-punca penglibatan remaja dalam


lumba haram. Panjang huraian handaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

1.    Sikap diri remaja


·     Ingin mencuba
·     Tidak bertanggungjawab
·     Melanggar peraturan jalan raya
·     Ingin berseronok-seronok / suka membuang masa

2.    Pengaruh rakan sebaya


·       Taksub kepada rakan
·       Meniru apa saja yang rakan lakukan
·       Lemah jati diri

3.    Pengaruh media massa


·       Menyiarkan filem-filem lumba haram
·       Menonton aksi hero (hanya lakonan sahaja)
·       Meniru aksi dalam filem
·       Terdidik dengan memuja kehebatan hero

CONTOH KARANGAN LENGKAP

Belakangan ini, isu lumba haram semakin heboh diperkatakan oleh masyarakat
dalam media massa di seluruh pelosok negara.Sehubungan dengan itu, para remaja mestilah
menunjukkan keiltizaman yang tinggi untuk megatasi masalah dengan segera. Hal ini sangat
bersesuaian dengan peribahasa kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat
sagunya. Persoalannya, apakah punca-punca penglibatan remaja dalam lumba haram?

Pada pandangan saya, antara punca penglibatan remaja dalam lumba haram ialah
sikap diri remaja. Hal ini demikian kerana, para remaja mempunyai perasaan ingin
mencuba dan suka berseronok-seronok yang sangat tinggi walaupu aktiviti itu
berbahaya. Tegasnya, sikap diri remaja itu telah menyebabkab berlakunya lumba haram di
negara ini.

Selain itu, pengaruh rakan sebaya juga merupakan salah satu punca pengibatan
remaja dalam lumba haram di seluruh negara. Hal ini dikatakan demikian kerana, remaja
kini terlalu taksub kepada rakan dan lemah jati diri sehingga mereka berani melakukan
aktiviti itu.  Jelaslah bahawa, penglibatan remaja dalam lumba haram adalah disebabkan
pengaruh rakan sebaya.

Di samping itu, punca lain penglibatan remaja dalam lumba haram di seluruh negara
ialah pengaruh media massa. Hal ini demikian kerana, ramai remaja telah meniru aksi hero
dalam filem mat rempit yang mereka tonton di kaca televisyen seperti filem Bohsia dan KL
Menjerit..Saya optimis, pengaruh media massa telah menyebabkan penglibatan remaja dalam
lumba haram semakin meningkat.

Tuntasnya, terdapat pelbagai punca penglibatan remaja dalam lumba


haram. Sehubungan dengan itu, para remaja mestilah berusaha untuk mengelak diri
daripada terlibat dalam kegiatan lumba haram ini.Perkara ini sangat bertepatan dengan
peribahasa sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna lagi. Oleh itu, lumba
haram sifar hendaklah menjadi satu agenda negara sebelum menjelangnya tahun 2020 nanti.

Anda mungkin juga menyukai