Anda di halaman 1dari 11

TAJUK:

ISU KERUNTUHAN AKHLAK DAN MORAL DI KALANGAN REMAJA


(SAMSENG JALANAN, BULI, SEKS BEBAS).
1.0
Pengenalan
Zaman beredar terlalu cepat. Kadangkala kita alpa tentang persekitaran sekeliling yang
telah mengalami banyak perubahan ke arah kemajuan seiring dengan kemajuan di
negara-negara maju. Bagi negara membangun seperti Malaysia perubahan-perubahan
yang besar ini telah memberi banyak impak positif dari segi ekonomi, pembangunan,
perindustrian, pelaburan, perbankan, pertanian dan sebagainya. Tetapi bagaimana pula
dengan tahap sosial masyarakat negara terutama remaja di mana mereka inilah yang akan
memacu pembangunan negara pada masa akan datang. Kebelakangan ini terlalu banyak
diperkatakan isu yang berkaitan dengan masalah sosial yang melibatkan remaja. Pelbagai
andaian, hujah, cadangan, program dan aktiviti bagi menangani masalah sosial ini
diutarakan. Perlakuan sosial yang negatif dalam bentuk devian sosial tidak seharusnya
merupakan satu petunjuk ke atas kelemahan masyarakat untuk membudayakan
pembangunan secara positif yang berteraskan prinsip dan nilai-nilai murni kemanusiaan
serta agama.

2.0
Pengertian keruntuhan akhlak dan moral, remaja
Secara umumnya keruntuhan akhlak dan moral merangkumi pelbagai perlakuan negatif
anggota masyarakat yang tidak membawa sokongan dan keuntungan kepada kekuatan
sistem dan struktur ekonomi yang diamalkan dalam sesuatu masyarakat ataupun negara.
Secara perundangan tidak terdapat definisi yang khusus bagi mengkategorikan remaja.
Akta Pekerjaan Kanak-Kanak dan Orang Muda 1996 mentakrifkan seorang kanak-kanak
adalah mereka yang berada dalam lingkungan umur 10 hingga 14 tahun. Dalam Akta
Pengangkatan 1952, kanak-kanak didefinisikan mereka yang berumur 21 tahun ke bawah.
Walaupun setiap akta ini tidak menjelaskan peringkat umur tertentu, secara umumnya
dalam membicarakan masalah remaja, golongan remaja yang perlu ditumpukan adalah
yang berumur di bawah 21 tahun dan sebahagian besar daripada mereka masih dalam
alam persekolahan.
Di antara tajuk yang dikupas di bawah keruntuhan akhlak dan moral remaja pada masa
ini adalah isu-isu yang berkaitan dengan isu samseng jalanan, isu buli dan juga isu seks
bebas. Isu ini sudah menjadi isu yang hangat diperkatakan di media-media masa dan
media elektronik. Isu berkaitan remaja ini juga perlu diberi penekanan kerana bangun dan
jatuhnya sesebuah negara adalah bergantung kepada bagaimana badan- badan kerajaan
dan juga bukan kerajaan memainkan peranan mereka dalam cara mengatasi masalah
keruntuhan akhlak dan moral di kalangan remaja.
2
3.0
Isu-isu Keruntuhan Akhlak Remaja
3.1
Isu Samseng Jalanan
Masalah kebejatan sosial seperti aktiviti pelumbaan motosikal haram oleh penunggang
motosikal yang tidak bertanggungjawab atau lebih dikenali sebagai ‘mat rempit’
bukanlah merupakan satu isu yang baru memandangkan gejala sebegini telah wujud
sekian lama di jalan-jalan raya di negara ini. Menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka,
rempit bermaksud menyesah atau memukul sesuatu contohnya dengan menggunakan
rotan. Sebutan rempit itu sendiri sebenarnya adalah berasal daripada perkataan rampit
iaitu menggambarkan pelumba memeras minyak di jalan raya (litar).
'Samseng jalanan' akan menggantikan istilah Mat Rempit bagi mengelak publisiti dan
pembentukan identiti kepada golongan berkenaan. Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman,
Datuk Abdul Aziz Yusof menyatakan bahawa keputusan tersebut dicapai oleh Polis
Diraja Malaysia (PDRM) pada mesyuarat pasukan itu di Pulau Pinang baru-baru ini.
Beliau turut meminta pihak media dan pengeluar filem agar tidak mengagung- agungkan
golongan berkenaan dengan memberi publisiti keterlaluan. Pihak Polis tidak mahu
mempopularkan istilah Mat Rempit kerana tidak mahu golongan itu mempunyai identiti
sendiri dan bangga dengan istilah tersebut. Penggunaan istilah dan penghasilan filem
aktiviti Samseng Jalanan pada pendapatnya dapat menggalakkan lagi kegiatan tidak
bermoral di kalangan belia negara ini.
Mat Rempit merupakan istilah kepada penunggang motosikal yang terlibat dalam
perlumbaan haram, biasanya dengan menggunakan motor kapcai atau skuter. Ia
merupakan satu gejala sosial remaja di Malaysia sekarang. Minah Rempit pula boleh jadi
merupakan seorang pelumba perempuan, atau teman wanita Mat Rempit.
3
Kebanyakan motosikal yang digunakan Mat Rempit tidak memenuhi piawai, ataupun
telah diubah suai dengan banyak. Malah ada juga Mat Rempit yang tidak mempunyai
lesen sah, tidak membayar cukai jalan dan menaiki motosikal curi. Kini, taman
perumahan turut telah ditukar menjadi litar lumba oleh Mat Rempit. Dianggarkan di
Malaysia sahaja terdapat kira-kira 200,000 Mat Rempit. Istilah Mat Rempit ini turut
digunakan di Singapura dan Indonesia untuk tujuan yang sama.
Mereka beraksi pada waktu senja, malam atau selepas ibu bapa pulang daripada bekerja.
Remaja ini mencuri kunci motosikal atau memberi alasan membeli barang di kedai
berdekatan atau pergi ke pasar malam. Ibu bapa tidak sedar anaknya boleh pergi jauh
sehingga ke Kuala Lumpur.
Mereka beraksi di celah-celah kereta yang penuh sesak di Kuala Lumpur untuk mendapat
perhatian orang ramai. Di Kuala Lumpur jalan yang popular ialah Jalan Raja Laut, Jalan
Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Bukit Bintang. Lebuh raya Lekas di Semenyih yang
belum siap sepenuhnya telah mengorbankan beberapa remaja belasan tahun.
Menurut penulis Al-Islam (Erwanz, 2009) “Aksi-aksi yang ditunjukkan oleh mereka
tidak ubah seperti aksi yang ditayangkan di dalam drama dan filem. Mengapa remaja kita
memilih jalan ini? Tidakkah mereka fikir, perbuatan mereka hanyalah sia-sia?” Trend
menunjukkan aksi menunggang motosikal di jalanraya dengan pelbagai bentuk gaya oleh
remaja dan belia khususnya sehingga mendatangkan kecelakaan perlu dikawal dan
dihapuskan segera secara menyeluruh kerana ia akan menjadi gejala sosial yang sukar
dirawat. Ia bukan sahaja berleluasa di kawasan bandar, malah di kampung, aksi mat
rempit sentiasa mendapat perhatian murid sekolah rendah yang kemudian mencuba aksi
berbahaya dengan basikalnya.
4
Antara aksi-aksi berbahaya yang biasanya dilakukan oleh golongan
mat rempit ini lalah:

Wheelie - menunggang laju sambil mengangkat tayar di bahagian
depan.

Wikang - menunggang sambil mengangkat tayar di bahagian
belakang.

Scorpion - menunggang motosikal sambil kaki menghala di
bahagian atas.

Superman - menunggang laju sambil terbaring persis aksi
superhero, Superman.

Pereng/corner - bahagian meletak kaki bergesel di jalan raya ketika
menunggang di selekoh.
Remaja merempit untuk mencari keseronokan, kepuasan, kemasyhuran, wang dan
perempuan. Kepuasan dan keseronokan untuk melepaskan diri sementara dari tekanan
hidup. Mengecapi bentuk hiburan yang murah dengan hanya berbekalkan RM4 untuk
minyak dan keberanian untuk beraksi. Ada yang mendapat habuan lumayan berupa wang
dan perempuan. Bukan semua berani mati begitu tapi wang taruhan dikumpul dalam
kalangan mereka, menyuburkan lagi gejala ini.
Mengikut statistik PDRM, sejak 2001 sehingga Mei 2008, sebanyak 3,182 penunggang
motosikal ditahan kerana pelbagai kesalahan lalu lintas, dan 2,970 daripadanya berusia
antara 16 tahun dan 25 tahun.
Kegilaan anak-anak muda ini bukan sahaja berbahaya tetapi menambahkan lagi kadar
kemalangan dan kematian penuggang motosikal dijalan raya. Statistik Polis Diraja
Malaysia (PDRM) mendapati kes kematian di jalan raya melibatkan penunggang dan
pembonceng motosikal di negara ini dalam tempoh tujuh tahun kian meningkat.
5
Pada tahun 2005, sebanyak 3,175 kematian dicatat bagi kelompok itu, berbanding
3,088 (2004), 3,166 (2003), 3,034 (2002), 2,972 (2001), 3,118 (2000) dan 2,960 (1999).
Daripada Januari 2007 hingga Julai 2007, didapati bahawa sebanyak 242 tangkapan
dilakukan, 200 daripadanya di sekitar Kuala Lumpur. Statistik keseluruhannya
menunjukkan 2005 hingga Julai tahun ini (2008) sebanyak 1,557 pelumba haram berjaya
ditangkap di bawah Sekyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Kaum Melayu mendahului jumlah tangkapan, iaitu 1,436 tangkapan, Cina (51
tangkapan), India (63 tangkapan) dan kaum-kaum lain (tujuh tangkapan). Daripada
statistik itu juga, mereka yang bekerja sendiri paling ramai terlibat iaitu 269 orang, diikuti
pengganggur 256 orang dan pelajar 238 orang. Mereka yang bekerja sebagai buruh turut
ditangkap seramai 186 orang, pekerja kilang 174 orang, penghantar surat 161 orang,
mekanik 59 orang, dan lain-lain 214 orang. Golongan mat rempit yang berumur
lingkungan 16 hingga 20 tahun paling ramai ditangkap iaitu 913 orang, diikuti umur 21
hingga 25 tahun seramai 550 orang, 26 hingga 30 tahun seramai 63 orang, bawah 15
tahun seramai 26 orang dan lebih 31 tahun seramai lima orang.
6
3.2
Isu Buli
Apakah yang dikatakan pelakuan buli? Pelakuan buli merupakan satu fenomena yang
kompleks (Collins et al., 2004). Tingkah laku buli boleh ditunjukkan dalam pelbagai
bentuk dan cara tanpa mengira jantina. Terdapat pelbagai definisi tentang pelakuan buli
diberikan oleh para sarjana. Definisi pelakuan buli ini pula bergantung kepada budaya
sesuatu masyarakat. Mungkin satu pelakuan itu dikatakan pelakuan buli oleh satu
masyarakat dan bagi masyarakat lain ianya bukan pelakuan buli. Bagi masyarakat
melayu, penggilan nama atau gelaran yang tidak baik misalnya bukan satu pelakuan buli,
sebaliknya sebagai pelakuan yang bersifat gurauan. Definisi pelakuan buli yang paling
banyak diterima pakai oleh para sarjana ialah definisi pelakuan buli yang diberikan oleh
Olweus (1993a) yang mengatakan pelakuan buli ialah tingkah laku agresif yang
dilakukan secara berulang kali terhadap orang lain secara individu atau secara
berkumpulan.
Pelakuan buli merupakan juga satu bentuk interaksi sosial dimana individu yang lebih
dominan (pembuli) akan menunjukkan tingkah laku aggresif yang cenderung
menyebabkan ketidak selesaan kepada individu yang kurang dominan atau lemah
(mangsa buli). Menurut Rigby (1996) pula, tingkah laku buli ialah perbuatan menekan
atau menindas sama ada secara fizikal atau psikologi oleh seseorang yang lebih berkuasa
terhadap seseorang yang tidak berkuasa. Apa yang penting dalam mendefinisikan
pelakuan buli ialah wujudnya ketidak imbangan kuasa antara pembuli dan mangsa buli.
7
Menurut Wikipedia, Buli bermaksud perbuatan mengasari orang yang lemah dengan
tujuan atau maksud untuk menunjukkan kekuatan masing-masing. Ini secara tidak
langsung, menjadikan mereka yang lemah mematuhi atau menghormati mereka yang
kuat. Ada maksud lain yang menyatakan bahawa buli bermaksud tingkah laku agresif
sama ada dalam bentuk fizikal atau psikologikal yang dilakukan secara berulang kali ke
atas mangsa dan ia bertujuan mendatangkan perasaan tidak selesa, aman, tenteram dan
harmoni. Secara keseluruhannya, perbuatan membuli merupakan perbuatan yang tidak
baik serta boleh membuatkan orang lain boleh menjadi mangsa serta boleh mendatangkan
ketidak selesaan kepada orang lain.
Pembuli
Terdiri daripada pelajar menengah atas iaitu tingkatan empat, lima, dan
enam.

Bertubuh besar, tegap, dan tinggi.

Melibatkan sekumpulan pelajar dan biasanya usia mereka adalah
sebaya.

Membuli satu cara untuk menghilangkan perasaan bosan di
sekolah.

Kejayaan membuli pelajar junior akan menunjukkan mereka kuat,
berkuasa, dan tidak mudah digertak.
Dibuli
Di Malaysia, pelajar-pelajar yang sering menjadi mangsa ialah pelajar menengah rendah
iaitu tingkatan satu, dua, dan tiga serta pelajar sekolah rendah.

Bertubuh kecil.

Pelajar yang kerap dipuji oleh guru akan menjadi sasaran.

Pelajar baru di sekolah.
8

Sebenarnya terdapat banyak sebab kenapa mereka suka membuli.


Antara sebabnya adalah:

Faktor rakan sebaya mempunyai pengaruh paling kuat untuk
mengubah tingkah laku pelajar.

Individu yang membuli ini mungkin ingin memperlihatkan
rasa tidak puas hati mereka.

Mereka pernah menjadi mangsa buli.

Gangguan personaliti seperti antisosial golongan yang tidak
pernah berasa bersalah apabila membuat kesilapan.

Individu yang gagal mengendalikan emosi dengan baik. Golongan ini biasanya terdapat
pada kanak-kanakhyperacti ve atau cergas yang melampau yang sering bersikap tidak
pernah mengambil peduli perasaan orang lain.

Mereka yang tidak berjaya dalam pelajaran, nakal, dan
mempunyai masalah disiplin.

Akibat perceraian ibu bapa.

Terlalu dimanja oleh ibu bapa.

Sekadar mahu berseronok.

Mereka bosan dengan sekolah dan membuli pelajar lain
merupakan salah satu cara untuk menghilangkan perasaan bosan.

Marah dan benci pada mangsa atas sebab disayangi guru
atau gemar bercakap dalam bahasa Inggeris.

Ingin menunjukkan kekuatan sendiri.

Faktor terakhir yang mungkin memainkan peranan yang penting ialah media massa dan
cetak yang memaparkan aksi, pertuturan, dan tingkah laku yang ditayangkan di media
elektronik dan media cetak menjadi ikutan sehingga seolah-olah pelakon tersebut menjadi
'role model' bagi golongan remaja.
9
3.3
akan mendapat pahala?”. Sabda Nabi “Bukankah apabila hubungan itu dilakukan dalam
penyakit radang paru-paru

terencat akal

ganguan sistem saraf dan sakit mata
Menurut Institusi Alahan dan Penyakit Berjangkit Kebangsaan (NAID) Amerika, jumlah
kes penyakit jangkitan seksual semakin meningkat pada hari ini. Ini disebabkan ramai
remaja terlibat dengan hubungan seks tanpa perkahwinan disamping berleluasa seks
bebas di dalam masyarakat.
12
4.0
Statistik Gejala Sosial Remaja
Di Malaysia, remaja merangkumi lebih daripada separuh keseluruhan penduduk. Oleh
kerana bilangannya yang ramai, maka masalah yang berkaitan dengan kelompok ini juga
banyak.
Statistik pembabitan kanak-kanak dalam jenayah dari Januari hingga Disember 2003
yang dilaporkan oleh Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman
menunjukkan kanak-kanak lelaki dan perempuan Melayu di seluruh negara adalah yang
paling ramai ditangkap iaitu seramai 3,617 orang (3,541 lelaki dan 76 perempuan).
Pembabitan mereka yang paling tinggi adalah dalam kes jenayah harta benda iaitu
mencuri kenderaan (Seksyen 379A) bagi tempoh sepanjang tiga tahun terakhir (2001-.
Kesan penyalahgunaan dadah di Malaysia kini dirasai apabila generasi muda tidak lagi
mampu menyumbang tenaga untuk memajukan negara malah menjadi golongan perosak.
Timbul pertanyaan adakah mereka sanggup kehilangan negara dan menjadi seperti China
yang terbabit dalam Perang Candu (1840-42) serta musnah akibat penyalahgunaan dadah.
Pada 1838, China mencatatkan 12 juta penagih candu yang memberi peluang kepada
Barat untuk mengubah idea politik dan struktur sosial negara itu.
Bayangkan kuasa besar seperti China boleh ditawan mudah hanya dengan menggunakan
dadah dan apa pula nasib negara ini di tangan generasi muda kita.
Semua senario itu menjelaskan kepada kita betapa rapuhnya jiwa remaja dan belia yang
kita harapkan suatu hari nanti menggalas tanggungjawab memimpin negara.
14
5.0
Punca Keruntuhan Akhlak
Daripada data dan statistik yang dibentangkan, terbukti isu keruntuhan ahklak di
kalangan remaja masih pada tahap yang tinggi. Keruntuhan ahklak ini dapat dilihat dari
pelbagai sudut. Antara punca yang dikenal pasti adalah seperti berikut;
5.1
Perasaan Ingin Tahu dan Ingin Mencuba
Remaja ialah mereka yang berumur 18 tahun ke bawah. Pada peringkat usia ini, mereka
mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi. Justeru apa- apa sahaja perkara baru yang
terjadi di sekeliling mereka akan mengundang perasaan ingin tahu dalam kalangan
remaja.
Secara tidak langsung membuatkan mereka terdorong untuk mencuba dan melakukan
perkara-perkara yang yang tidak sepatutnya. Jika perasaan ingin tahu dan ingin mencuba
ke arah kebaikan seperti aktiviti membina teknologi automotif yang baru dan berfaedah
ini perlulah diberi penekanan yang tinggi. Perasaan begitu sebenarnya adalah baik untuk
remaja, namun yang menimbulkan masalah apabila mereka tiada ‘guide line’ dari orang-
orang yang sepatutnya, umpamanya para ibu bapa, keluarga, jiran dan sebagainya. Jadi
perasaan ingin tahu remaja akan mendorong mereka melakukan apa ingin dilakukan
tanpa memikirkan baik atau buruknya perkara perkara tersebut.
5.2
Pengaruh Rakan Sebaya
Kawan-kawan menjadi orang yang rapat dengan mereka. Kawan yang baik, boleh
membimbing mereka kepada kebaikan, namun jika tersilap memilih kawan, akan
mempengaruhi mereka kepada perkara-perkara
15
yang buruk. Selain itu sikap remaja turut menyumbang kepada gejala sosial,
kadangkala mereka ini terlalu mudah mempercayai orang lain. Umpamanya, jika mereka
merasakan rakan-rakan mereka lebih rapat dan lebih memahami, dengan mudah mereka
akan mengikut apa yang dilakukan oleh rakan-rakan. Mereka lupa bahawa “kawan juga
kadangkala boleh makan kawan”. Dalam keadaan ini ramai para remaja terjerumus ke
dalam gejala sosial.
Pengaruh di sekolah juga penting dalam pembentukkan akhlak remaja. Tekanan yang
dihadapi pelajar semasa di sekolah kerana tumpuan terpaksa diberikan dalam akademik
serta guru yang kurang profesional dalam menangani masalah pelajar yang bermasalah
akhirnya menyebabkan pelajar mengambil jalan mudah untuk keluar daripada masalah itu
dengan terlibat dengan kegiatan-kegiatan yang kurang sihat. Situasi ini didorong oleh
kurang perhatian daripada ibu bapa di rumah.
5.3
Pengaruh Media Massa
Media massa juga menjadi penyumbang kepada berlakunya gejala sosial dalam kalangan
para remaja hari ini. Tidak semuanya apa yang dipaparkan di media massa itu
memberikan kesan yang buruk. Namun, ada segelintir program-program dan drama-
drama yang memaparkan pergaulan bebas dalam kalangan remaja, program-program
realiti televisyen, serta rancangan-rancangan yang bersifat hiburan semata- mata
mempengaruhi para remaja dengan perkara yang tidak baik. Umpamanya corak
pergaulan remaja yang jauh dari nilai-nilai ketimuran, cara berpakaian yang kurang sopan
dan gaya hidup yang mengikut cara barat. Terdapat juga unsur-unsur lucah dan
mengghairahkan terdapat dengan mudah dipasaran sama ada dalam bentuk bercetak, CD,
atau lain-lain selain dari itu bahan media ini mudah diperolehi.
16
5.4
Sikap Keluarga
Institusi keluarga penting untuk membantu mengelakkan para remaja dari terjebak
dengan gejala sosial. Paling penting perlu dititik beratkan ialah tentang agama. Adanya
asas agama yang teguh, remaja tidak akan sewenang-wenangnya terjerumus kepada
perkara yang tidak baik. Dalam hal ini peranan ibu bapa sangat penting, terutamanya
sebagai model kepada anak-anak. Kesibukan bukan alasan sebagai penghalang ibu bapa
mengambil berat hal anak-anak mereka. Paling penting ibu bapa tahu berperanan dan
mengamalkan masa yang berkualiti dengan anak- anak. Ibu bapa seharusnya mempunyai
masa untuk berkomunikasi dan mengambil tahu perihal anak-anak mereka.
Selain itu, ibu bapa yang memiliki anak remaja hendaklah ‘menjadi rakan’ kepada
mereka. Dengan ini anak-anak akan lebih mempercayai ibu bapa dan menjadikan mereka
sebagai rujukan jika berdepan dengan masalah. Apabila anak-anak bercerita tentang
masalah mereka, ibu bapa hendaklah memberikan tumpuan. Jangan terus membuat
spekulasi yang tidak baik ataupun terus menghukum. Berikan masa untuk berbincang dan
mencari jalan penyelesaian terbaik. Ibu bapa juga digalakkan merancang aktiviti bersama
anak-anak dan ahli-ahli keluarga. Para ibu bapa juga perlu sentiasa memantau keadaan
anak-anak, tidak boleh ‘just take for granted’. Mereka tidak boleh membiarkan anak-anak
bersendirian menentukan jalan hidup mereka. Anak-anak perlu dibimbing. Selain itu, ibu
bapa perlu mengenali rakan anak-anak remaja mereka. Jika perlu, sesekali minta supaya
anak-anak membawa rakan-rakan mereka ke rumah supaya dapat dipastikan dengan siapa
anak kita berkawan. Ibu bapa harus sentiasa berdoa agar anak-anak mereka terhindar dari
17
perkara-perkara yang tidak diingini. Mereka harus sedar bahawa doa
ibubapa sangat penting untuk kesejahteraan hidup anak-anak.
Justeru, bolehlah dikatakan bahawa punca-punca keruntuhan akhlak yang utama adalah
kemerosotan dari segi asuhan, didikan, bimbingan serta kawalan oleh ibu bapa atau
penjaga. Selain itu, tekanan hidup, sikap mengejar kemewahan serta penglibatan dalam
aktiviti sosial lain menyebabkan ibu bapa dan anak kurang kesempatan untuk bercakap,
berbincang, berdamping antara satu sama lain. Malah ada yang jarang bersua muka.
Keadaan ini menyebabkan remaja membawa cara hidup sendiri tanpa panduan dan
pengawasan ibu bapa.
Antara punca-punca lain keruntuhan akhlak yang berkaitan dengan hubungan
kekeluargaan adalah alam rumah tangga yang tidak teratur, perpisahan ibu bapa,
pertengkaran yang kerap berlaku dalam keluarga, keadaan sosio-ekonomi yang sempit,
suasana rumah tangga yang tidak harmonis dan tenteram serta tidak keupayaan pihak
penjaga mengawasi pendidikan anak-anaknya boleh juga membawa kepada kancah
keruntuhan moral.
Justeru, sebagai ibu bapa dan anggota masyarakat yang bertanggungjawab, kita
seharusnya menjalankan kewajipan dengan merancang aktiviti, mengenal pasti masalah
anak, memberi nasihat, pedoman, memberikan kemudahan-kemudahan serta mengawal
selia anak sepanjang masa.
18
6.0
Cara Mengatasi Masalah
Perbincangan mengenai keruntuhan ahklak remaja adalah berkisar isu pelajar remaja.
Justeru, strategi mengatasi masalah seharusnya ditumpukan pada golongan remaja ini.
Berikut beberapa saranan:
6.1
Peranan ibu bapa
Peranan Ibu bapa adalah amat penting dalam memberikan perhatian yang serius terhadap
anak-anak mereka. Ibu bapa mestilah memerhatikan setiap gerak-geri atau pergerakan
anak- anak mereka. Ibu bapa hendaklah sentiasa mengetahui dan mengenal pasti masalah
yang dihadapi oleh anak mereka serta sanggup meluangkan masa untuk mengatasai
masalah tersebut. Ibu bapa juga seharusnya mengetahui rakan-rakan anak mereka dan
sentiasa memastikan anak-anak mereka berkawan dan bergaul dengan mereka yang
mempunyai kedudukkan moral yang baik.
Selain itu ibu bapa hendaklah menghabiskan sebahagian daripada masa seharian bersama
anak-anak mereka dengan memberikan keyakinan, keberanian, mewujudkan sikap positif
terhadap masalah, emosi dan keputusan. Selain itu tingkatkan penghayatan anak-anak
terhadap agama, nilai-nilai murni, motivasi, melatih anak cara bersopan, prinsip-prinsip
akauntabiliti, tepati janji, berketerampilan, menunjukkan keperibadian yang mulia,
amanah, sanggup menerima kelemahan diri serta meneroka potensi anak. Ibu bapa
hendaklah menjadi role model kepada anak.
6.2
Pendekatan akademik
Pendekatan ini boleh dilakukan dengan menambahkan aktiviti-
aktiviti berteraskan akademik dan separa akademik seperti kegiatan
19
ko-kurikulum di sekolah. Begitu juga dengan perubahan-perubahan teknik-teknik
pengajaran seperti penggunaan komputer, video, bantuan alat pandang dengar dan teknik
pengajaran luar kelas.
6.3
Penguatkuasaan Undang-Undang
Mewujudkan sistem perundangan di sekolah. Peruntukan undang- undang di peringkat
sekolah boleh menimbulkan rasa takut di kalangan pelajar sekolah, di samping
mengurangkan beban dan tanggungjawab pihak sekolah dan pihak ibu bapa dalam
pengawasan disiplin.
Penguatkuasaan undang-undang oleh pihak berkuasa seperti polis amatlah berkesan
sekiranya pemantauan dilakukan secara berterusan. Bidang kuasa polis yang sedia ada
perlu digunakan oleh pihak pentadbir sekolah dalam mendisiplinkan pelajar-pelajar.
Pihak pentadbir hendaklah mengambil kesempatan dengan merujuk masalah pelajar ini
kepada pihak polis.
Langkah-langkah pencegahan yang bersesuaian hendaklah diadakan seperti kaunseling di
peringkat sekolah. Kaunseling di peringkat sekolah adalah penting dalam membantu
remaja mengatasi masalah mereka. Program ini akan lebih bermakna sekiranya
kaunselor-kaunselor
yang
berkelayakan
dan berpengalaman dilantik dalam memantapkan pelaksanaan dan keberkesanan
kaunseling tersebut.
6.4
Peranan PIBG
Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) perlulah memainkan peranan yang penting.
Pertemuan yang lebih kerap antara ibu bapa, penjaga dan guru perlu diadakan khasnya
bagi pelajar-pelajar yang bermasalah. Ibu bapa seharusnya menerima teguran daripada
guru dengan sikap terbuka dan positif. PIBG jangan lah jadi umpama “KUCING TAK
BERGIGI, TIKUS LOMPAT TINGGI-TINGGI”
20
7.0
Kesimpulan
Keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja pada hari ini akan memberikan kesan dan
impak yang begitu besar dalam masyarakat. Remaja merupakan aset utama negara pada
masa akan datang, memainkan peranan yang sangat penting dalam pembangunan negara.
Kesan jangka panjang dan jangka pendek pasti akan berlaku seandainya remaja pada hari
ini tidak tahu bagaimana untuk membentuk dan memuliakan akhlak mereka. Akhlak
merupakan peribadi dan cermin diri bagi seseorang individu. Kiranya individu itu
mempunyai akhlak yang buruk, maka secara automatiknya peribadi individu itu juga
akan menjadi buruk. Remaja yang mempunyai akhlak yang buruk boleh memberi kesan
kepada diri sendiri, keluarga,masyarakat, dan negara.
Pelbagai langkah boleh diambil dan dilaksanakan, tetapi apa yang lebih penting: ibu bapa
mestilah memainkan peranan dan tanggungjawab dalam mengatasi masalah keruntuhan
akhlak di kalangan remaja. Dengan kata lain, walau apapun langkah yang diambil oleh
mana-mana pihak, tanpa kerjasama daripada ibu bapa, nescaya gejala ini sukar diatasi.
21

Rujukan
1.Collins, K. Gerry, M., Gary, A. (2004). Bullying in School: A Nothern
Ireland Study. Educational Research, Vol 48 (1), 55- 69.
2. Erwanz. (2009). Filem dan Drama Gagal Mendidik, “Hantu-hantu” Tetap
Berkeliaran Dan Bermaharajalela, Majalah Al-Islam. Julai: M/S 45-47.
3.Lokman Mohd Hashim, Penerbit MuitiaraIslam Online di Mac 22, 2009.
www.mutiaraislam.wordpress.com.
4.Mohd Hasbie Muda, Isu Mat Rempit @ Samseng Jalanan Online di Mei
17, 2009.hasbi emuda.w ordpress.com/2009/05/17/i su-mat-rempi t/
5. Olweus, D. (1993a). Bullying in School. London, Willy and Son: What we
know and what we can do. Oxford, Blackwell.
6.Rigby, K. (1996) Bullying in Schools and What To Do About It. Melbourne,
Australian Council for Educational Research.
7.Wan Roslili Abd Majid, Pegawai Penyelidik IKIM Online di Okt 6, 2004.
www.ikim.gov.my.
8.Pautan: Samseng Jalanan @ Mat Rempit.http://pmr.penerangan.gov.my.
9.Pautan: Buli.ms.w i kipedia.org/w i ki /Bul i
10.Pautan: 45% Mat Rempit tiada lesen dan cukai jalan.
http://belajarmemandu.wordpress.com/2009/05/19/mat-rempit-tiada-lesen/
11.Pautan:
Statistik
Kemalangan
Jalanraya
dan
Kematian.

Anda mungkin juga menyukai