Anda di halaman 1dari 10

1

Bahagian A(i)-Ringkasan [20 markah] Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut,tulis sebuah ringkasan tentang kesan rasuah kepada masyarakat dan negara. Panjangnya ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Perkataan rasuah berasal daripada perkataan Arab al-risywah yang digolongkan dalam kata umum batil , iaitu meliputi juga perkataan jenayah lain seperti merompak , menipu dan memeras ugut. Di negara ini , dari segi undang-undang semua perkataan yang membawa maksud memberi dan menerima suapan adalah sebahagian daripada perbuatan dan kesalahan jenayah rasuah. Biasanya rasuah dijadikan sebagai salah satu jalan pintas seseorang untuk mengecapi kehidupan mewah atau menjadi kaya dalam masa yang singkat . Suatu tindakan pemerasan seolah-olah dilakukan oleh seseorang dengan tujuan untuk mendapatkan pertolongan dan faedah untuk dirinya sendiri. Hal ini demikian kerana apabila melalui prosedur-prosedur biasa , dia tidak akan memperoleh apa-apa yang dikehendakinya itu. Oleh itu, kuasa yang telah diberikan akan disalahgunakan dan bertindak untuk kebaikan diri sendiri serta bersikap pilih kasih dalam tindakannya. Berdasarkan perkara ini, perbincangan tentang rasuah adalah penting kerana kegiatan rasuah akan melemahkan peribadi manusia. Sikap mahu hidup mewah , riak , menunjuk-nunjuk , tamak , memeras ugut, ingin cepat kaya dan sebagainya akan menjadi pendorong utama hidup manusia. Nilai kemanusiaan akan terhakis lantaran hidup manusia yang bernafsu-nafsi. Kehidupan masyarakat majmuk di Malaysia yang kaya dengan budaya timur yang tinggi juga akan turut tercalar. Budi dan jasa tidak diperhitungkan lagi. Yang lebih penting adalah dengan memberi hadiah dalam bentuk wang atau benda yang dihajati. Pengeluaran wang turut meningkat kerana golongan yang terlibat akan mengambil kesempatan untuk mengaut untung sebanyak-banyaknya . Kehidupan moden akan memperlihatkan para kontraktor berlumba-lumba mendapatkan tender-tender. Mereka akan berusaha untuk cuba memenangi hati pegawai bagi mempercepat bayaran, melepaskan hukuman atau tindakan jika gagal atau lambat menyiapkan projek atau sebagainya. Hal ini seterusnya akan menjadi petanda fungsi perjalanan sesuatu organisasi akan lumpuh. Sebenarnya kemajuan sesebuah negara bergantung pada cerdik pandai dan profesional yang ada tetapi kegiatan rasuah hanya akan menghakis kepercayaan orang awam terhadap mereka. Selain itu, pemerintahan menjadi lemah kerana setiap kali rasuah berlaku , pemerintah akan kehilangan hasil atau tergelincir daripada tindakan-tindakan yang sepatutnya. Umpamanya , jika cukai terhadap sesuatu barang itu telah ditentukan maka pemberian rasuah telah
SULIT 02/2 lihat sebelah

menggantikan wang cukai yang sepatutnya pemberi rasuah.

dikutip dan manfaatnya hanya dinikmati oleh

Kesan yang paling besar akan menyebabkan pentadbiran sesebuah negara menjadi kucar-kacir. Akibatnya akan menimbulkan masalah lain seperti kemerosotan ekonomi, pengabaian kepentingan masyarakat dan sebagainya yang akhirnya akan menghancurkan pentadbiran dan pemerintahan sesebuah negara. (Dipetik dan diubahsuaikan daripada Majalah Cahaya,SeptemberOktober 2006)

Bahagian A(ii)-Pemahaman Berdasarkan petikan Bahagian A (i), jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat sendiri. 1. Berikan maksud rangkai kata pendorong utama ? [2 markah] 2. Berdasarkan petikan, mengapakah kesalahan jenayah berlaku ? [4 markah] 3. Pada pendapat anda,apakah tindakan yang perlu dilakukan untuk mencegah jenayah rasuah ? [4 markah]

SULIT

02/2 lihat sebelah

BAHAGIAN B [20 MARKAH] 1.

Bahagian C (Masa yang dicadangkan: 45minit) (40 markah) Pilih satu daripada soalan di bawah. Tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih daripada 180 patah perkataan.

1. Gejala vandalisme sering berlaku di mana-mana sahaja. Walaupun pelbagai usaha telah dilakukan oleh pihak berkuasa namun belum memperlihatkan perubahan. Jelaskan sebab-sebab gejala vandalisme berlaku di negara ini. SULIT 02/2 lihat sebelah

2. Anda ialah pencadang dalam satu pertandingan bahasa yang diadakan di sekolah anda. Tajuk perbahasan itu ialah Pembinaan Lebuh Raya Membawa Lebih Banyak Kebaikan kepada Masyarakat. Tulis hujah-hujah anda untuk menyokong tajuk tersebut.

Otak yang Cerdas Ada pada Badan yang Cergas 3. Bagaimanakah kata-kata himat di atas dapat mempengaruhi amalan hidup sihat dalam kalangan pelajar. 4. Berjimat cermat merupakan langkah yang paling berkesan untuk mengatasi masalah kewangan terutama dalam keadaan ekonomi dunia yang kurang stabil. Bincangkan langkah-langkah untuk melahirkan masyarakat yang berjimat-cermat.

5. Banyak faedah diperoleh daripada amalan mengadakan majlis rumah terbuka. kesan-kesan positif amalan ini dalam kalangan masyarakat. Bahagian D [10 Markah] Jawapan anda hendaklah berdasarkan satu daripada novel yang telah anda kaji di Tingkatan 2 (i) (ii) (iii) (iv) Erti Sebuah Pengorbanan karya Zihanim binti Zainal Abidin Wira Persona Avatari karya Ahmad Zaki Abu Bakar Lestari Bukit Menghijau karya Syed Mahadzir Syed Ibrahim Di Sebalik Wajah karya Abang Saifuddin Abang Bohari

Nyatakan

Nilai keberanian Kasih sayang

ketabahan Berdasarkan novel yang anda kaji, nyatakan contoh bagi setiap nilai murni seperti yang dinyatakan Di atas

SULIT

02/2 lihat sebelah

SKEMA SET 1 - kuasa yang telah diberikan akan disalahgunakan dan bertindak untuk kebaikan diri sendiri serta bersikap pilih kasih dalam tindakannya. - kegiatan rasuah akan melemahkan peribadi manusia - Kehidupan masyarakat majmuk di Malaysia yang kaya dengan budaya timur yang tinggi juga akan turut tercalar - pengeluaran wang meningkat kerana golongan yang terlibat akan mengambil kesempatan untuk mengaut untung sebanyak-banyaknya - hal ini seterusnya akan menjadi petanda fungsi perjalanan sesuatu organisasi akan lumpuh. - pemerintahan menjadi lemah kerana setiap kali rasuah berlaku , pemerintah akan kehilangan hasil atau tergelincir daripada tindakan-tindakan yang sepatutnya. -pemerintah akan kehilangan hasil atau tergelincir daripada tindakan-tindakan yang sepatutnya - kesan yang paling besar akan menyebabkan pentadbiran sesebuah negara menjadi kucar-kacir/ menghancurkan pentadbiran dan pemerintahan sesebuah negara. Cadangan jawapan pemahaman 1penggalak penting 2-biasanya rasuah dijadikan sebagai salah satu jalan pintas seseorang untuk mengecapi kehidupan mewah atau menjadi kaya dalam masa yang singkat . -suatu tindakan pemerasan seolah-olah dilakukan oleh seseorang dengan tujuan untuk mendapatkan pertolongan dan faedah untuk dirinya sendiri 3. -menanamkan nilai integriti dalam kalangan penjawat awam -menyemai perasaan benci dan menolak rasuah dalam kalangan masyarakat pelbagai lapisan

SULIT

02/2 lihat sebelah

SULIT

02/2 lihat sebelah

7 SKEMA JAWAPAN SET A 1. SOALAN 1 Pendahuluan perbuatan vandalisme melibatkan kerosakan harta benda awam kemudahan awam disediakan oleh pihak berkuasa dan kerajaan untuk kemudahan masyarakat. Isi-isi penting: masyarakat kurang kesedaran sivik anggapan kerosakan harta benda awam adalah tanggungjawab kerajaan- masyarakat tidak menyayangi harta benda awam sebagaimana harta benda mereka. kurang didikan daripada ibu bapa- kurang menekankan aspek penjagaan harta benda awam anak-anak yang melakukan vandalisme tidak menyedari bahawa perbuatan mereka itu akan mendatangkan kesusahan kepada orang lain. pengaruh media massa- berasa seronok dengan kegiatan vandalisme yang sering diapaparkan dalam filem barat-timbul perasaan ingin mencuba kurangnya kempen-kempen kesedaran- kempen yang dijalankan adalah satu cara untuk menegur atau menasihati masyarakat yang melakukan vandalisme agar tidak melakukan perkara tersebut lagi

Penutup Pihak berkuasa menghadapi kerugian beribu-ribu ringgit setiap tahun untuk membaik pulih atau menyediakan kemudahan awam kepada orang ramai- masyarkat perlu hargai usaha tersebut.

2. SOALAN 2 Pendahuluan Kata alu-aluan- menyatkan tajuk perbahasan menyatakan pendirian sebagai pihak pencadang Isi-isi penting: Menjimatkan masa dan kos tidak perlu melalui lampu isyarat, jalan yang lurus dan kurang gangguan. Lebih selamat- kebanyakan lebuh raya dibina daripada turapan konkrit yang boleh memberikan cengkaman tayar yang kuat jika dibrek serta-merta, pembahagi jalan yang lutsinar membolehkan pengguna mengikuti lorong masing-masing Pelbagai kemudahan telah disediakan kepada pengguna- kawasan rehat dan rawat(R&R), terdapat surau, gerai makanan, tempat mandi, tandas pengguna boleh melepaskan penat memandu dan mendapatkan rehat yang secukupnya Meningkatkan sosioekonomi penduduk-penduduk sekitar dengan menjalankan aktiviti perniagaan peniaga dapat memasarkan hasil keluaran dengan cepat

SULIT

02/2 lihat sebelah

Penutup Pembinaan lebuh raya memang memberikan banyak keuntungan kepada rakyat negara ini. menyokong tajuk perbahasan

3. SOALAN 3 Pendahuluan Maksud kata-kata himat- dengan kesihatan yang baik, seseorang itu mampu mengemukakan fikiran yang bernas Isi-isi penting: Mengelakkan pelbagai penyakit dapat belajar dengan tahap kesihatan yang baik lebih mudah menumpukan perhatian terhadap apa yang dilakukan Meningkatkan kecerdasan berfikir- bersenam dapat melancarkan metabolisme, meningkatkan kadar denyutan jantung meliicnkan peredaran darah ke otak Menghilangkan rasa bosan atau mengantuk- badan akan segar sekiranya peluh dapat dikeluarkan dengan kadar yang banyak pelajar lebih bersedia menerima pengajaran guru Mempengaruhi tingkah laku-tidak mudah terpedaya dengan perkara negatif -akal fikiran yang cerdas dapat membezakan yang mana baik dan yang mana buruk

Penutup Amalan hidup sihat menjanjikan kehidupan yang lebih baik dan sihat- amalan ini mampu melahirkan pelajar yang cemerlang dari segi akademik mahupun kokurikulum

4. SOALAN 4 Pendahuluan tahap kesedaran masyarakat di negara ini tentang amalan berjimat-cermat masih rendah Isi-isi penting: peranan ibu bapa- menggalakkan anak-anak menabung dan berjimat-cermat sejak kecil lagi akan melahirkan masyarakat yang gemar menabung dan benci kepada pembaziran. Peranan sekolah mendidik pelajar dengan menjadi ahli koperasi para guru memainkan peranan menyedarkan para pelajar agar menyimpan sebahagian duit belanja dalam bank Peranan pihak kerajaan memperbanyak kempen untuk menyedarkan masyarakat tentang amalan berjimat seperti Kempen Membeli Barangan Tempatan Peranan institusi kewangan menggalakkan masyarakat menyimpan wang di bank menyediakan pelbagai pakel istimewa atau intensif

Penutup SULIT 02/2 lihat sebelah

9 Masyarakat wajar berjimat-cermat dan meninggalkan sikap boros ketika berbelanja

5. SOALAN 5 Pendahuluan Amalan mengadakan rumah terbuka semakin menjadi trend masyarakat kini Amalan ini wajar diamalkan oleh semua kaum di negara ini.

Isi-isi penting: Mengeratkan hubungan sesama keluarga atau sahabat handai dapat berkumpul sambil bertanya khabar dan bersembang Mengukuhkan perpaduan antara kaum- masyarakat pelbagai kaum dapat mengenali adat resam dan cara menyambut perayaan kaum lain Melambangkan kemakmuran negara masyarakat berbilang kaum-pelbagai identiti negara dapat dipamerkan Melahirkan masyarakat yang memiliki nilai-nilai murni mempamerkan nilai-nilai murni seperti hormat-menghormati, berbudi bahasa, tolong-menolong semasa mengadakan rumah terbuka

Penutup Rumah terbuka merupakan salah satu cara untuk mempamerkan keharmonian negara Amalan ini harus diteruskan untuk kebaikan bersama dan kesejahteran rakyat

SULIT

02/2 lihat sebelah

10

SULIT

02/2 lihat sebelah

Anda mungkin juga menyukai