Anda di halaman 1dari 4

ABSTRAK

Scammer atau sindeket penipuan kewangan ialah sebuah kegiatan yang dilakukan
oleh pihak yang tidak bermoral dimana mereka akan mengambil kesempatan terhadap manga
dengan memperdayakan mangsa mengenai sesuatu hal yang akan berkait dengan wang yang
mungkin bernilai ratusan dan mungkin boleh mencecah ribuan ringgit kerugian. Namun
masih terdapat segelintir masyarakat yang mengambil enteng mengenai masalah ini.
MASALAH KAJIAN utama bagi isu sendikit penipuan kewangan “scam” yang mungkin
akan dihadapi kepada mangsa mungkin akan menyebabkan kerugian yang besar terhadap
mangsa dan mungkin lebih teruk akan menyebabkan trauma untuk mempercayai seseorang.
Walaupun seseorang itu telah berhati - hati dengan tidak memberikan sebarang maklumat diri
namun pada zaman yang sangat moden ini pelbagai kaedah atau taktik yang mampu mereka
lakukan untuk mengambil kesempatan terhadap seseorang. OBJEKTIF KAJIAN dilakukan
adalah untuk mendedahkan kepada semua masyarakat mengenai bahayanya isu sindeket
penipuan kewangan ini terhadap seseorang sebagai contoh apa kaedah yang dilakukan untuk
menipu seseorang, golongan kebiasaanya yang disasarkan oleh pihak scammer dan cara
untuk mengandalikan jika berlakunya aktiviti penipuan kewangan ini. METODOLOGI yang
dilakukan untuk menjayakan kajian ini adalah dengan kaedah kajian secara soal selidik di
google form. Isu ini sering dapat dilihat sama ada di kaca tv mahupun di media sosial, dengan
pada waktu sekarang di mana berlakunya kemerosotan ekonomi yang semakin merundum,
kajian dilakukan melalui pencarian dari artikel dan internet mengenai isu ini. Justeru dengan
terlaksananya kajian ia dapat memberi input kepada setiap orang mengenai isu terbabit yang
dianggap remeh oleh segelintir masyarakat. DAPATAN KAJIAN berdasarkan kajian yang
telah dilakukan iaitu melalui kajian di internet dan laman sesawang dapat kita ketahui dengan
jelas bahawa kes scammer atau sindiket penipuan ini merupakan perkara yang harus sama -
sama kita ambil berat dan tanggani, dengan adanya kajian ini juga kita dapat mengetahui
dengan terperinci mengenai kaedah yang dilakukan, golongan sasaran dan pelbagai lagi
perkara yang melibatkan mengenai sindiket penipuan wang ini. KESIMPULAN, isu ini
merupakan satu perkara yang tidak boleh diambil ringan kerana mampu mendatangkan
kemudaratan kepada semua. Oleh itu, semua masyarakat perlu sentiasa berhati - hati, tidak
panik dan bijak mengendalikan isu ini.
LATAR BELAKANG MASALAH
Scammer adalah merupakan satu sindiket penipuan secara atas talian. Menurut satu
kai selidik dari syarikat telekomunikasi Telenor Group, rakyat Malaysia amat mudah
diperangkap sindiket penipuan. Hampir setiap hari, ada sahaja berita mengenai rakyat
Malaysia ditipu hampir ratusan ribu Ringgit terpapar (1). Dalam perbincangan ini, Macau
Scam menjadi topik perbincangan utama kerana Macau Scam adalah antara scammer popular
di Negara Malaysia.
Macau Scam merupakan salah satu sindiket yang menawarkan perkhidmatan cabutan
bertuah, tipu culik dan minta wang tebusan, spoofing pegawai polis atau agensi kerajaan.
serta spoofing pegawai bank negara atau bank komersial. Di dalangi sindiket Taiwan dan
China yang menggunakan talian antarabangsa dari Hong Kong dan tempatan, spoofing
merupakan teknik penipuan Macau Scam yang mana pemanggil akan berkomunikasi
menggunakan platform Voice Over Internet Protocol (VolP) bagi membolehkan pemanggil
meletakkan sebarang nombor telefon untuk memperdaya penerima bahawa pemanggil adalah
daripada nombor yang tertera di skin. Akaun bank milik rakyat tempatan akan digunakan
untuk mengutip wang daripada manga yang mana ianya akan dicuri dan dikeluarkan secara
tunai. (2)
Utusan Malaysia pada 12 Oktober 2020 melaporkan Suruhanjaya, Pencegahan Rasuah
Malaysia (SPRM) telah menahan Datuk Addy Kanna bersama isteri beliau, Datin Alya
Suhaila, seta dua bergelar Datuk Seri dan Datuk serta 8 anggota polis ditahan masing-masing
berpangkat Asisten Komisioner, Superintenden, Deputi Superintenden. Inspektor, Sarjan dan
Koperal dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor yang dipercayai terlibat melindungi
sindiket penipuan siber bergelar Macau Scammer.(3) Pihak SPRM juga telah menemui wang
tunai sejumlah RM100,000 di rumah salah seorang pegawai polis yang ditahan dan telah
membekukan 736 akaun bank bernilai RM101 juta manakala wang tunai RMS juta disita,
berkemungkinan besar hail dari aktiviti pengubahan wang baram yang juga membabitkan
beberapa selebriti. Kegiatan mereka ini umparna merompak dari orang miskin dan berparti
sakan sesama mereka orang kaya. Berlainan daripada konsep Robin Hood yang merompak
dari orang kaya lalu diagihkannya kepada orang miskin. (4) Ini merupakan salah satu contoh
ringkas mengenai Macau Scam yang berlaku di Malaysia.

1. Contoh kes penipuan duit dan modus operandi scammer di Malaysia. Diperoleh pada
31 Oktober 2020, daripada
https://www.comparehero.my/fraud-scam/articles/sindiket-penipuan-malavsia
2. Sindiket Macau scam di Malaysia ditangkap, kenali teknik dan system jenayah kolar
putih ini. Diperoleh pada 31 Oktober 2020, daripada https:/odisi.my/kepala-sindiket-
macau-scam-di-malaysia-ditangkap-kenali-teknik-dan-sistem-jenayah-kolar-putih-ini
3. Macau scam: sindiket orang besar Facebook|. Diperoleh pada 2 Disember 2020
daripada https://www.facebook.com/BangsaTerasTanahMelayu/posts/macau-scam-
sindiket-orang-besarutusan-malaysia-hari-in-12-oktober-2020-melapork/
1290460137958952/
4. Macau Scam: Sindiket orang besar. Diperoleh pada 31 Oktober 2020, daripada
https://www.editormalaysia.com/17546/
LAMPIRAN

kita:
Sindiket Macau, diperoleh
pada 3 Disember 2020
daripada
https://www.pdp.gov.my/
jpdpv2/keratan_akhbar/
sindiket-macau-scam-tumpas/
Sindiket Macau, diperoleh pada 3 Disember 2020 daripada
https://www.pdp.gov.my/jpdpv2/keratan_akhbar/sindiket-macau-scam-tumpas/
KESIMPULAN

Kesimpulannya, scammer adalah satu sindiket penipuan secara atas talian


yang semakin menular dan meningkat di seluruh dunia. Rakyat di negara in mudah
ditipu dek kerana termakan kata-kata manis si penipu dengan menawarkan wang
lumayan yang berlipat kali ganda untuk si manga. Isu scammer ini sudah menjadi
topik hangat di dada akhbar dan media sosial.

Di sebalik kepayahan seseorang pasti ada golongan yang akan mengambil


kesempatan. Itulah warga scammer yang tidak bertanggungjawab. Sehingga April
2018, sebanyak 8 313 kes scammer telah direkodkan dan mengalami kerugian
sebanyak RM 299 juta. Ini menunjukkan bahawa kes ini adalah bukan sat ukes yang
ringan dan boleh diendahkan oleh orang ramai. Terdapat pelbagai cara penipuan
"scam" ini dilakukan antaranya seperti scam melalui panggilan telefon, tawaran
pinjaman peribadi, ‘black money scam’, penipuan menggunakan parcel, dan banyak
lagi. Apabila kita terlena dengan penipuan lalu terpedaya, kita akan disuruh untuk
memberi maklumat peribadi secara kita tidak sedar. Oleh itu, kita janganlah mudah
terpercaya apabila kita cuba untuk ditipu dan dipermainkan, kita perlu mengabaikan
dan tidak memberi sebarang maklumat peribadi kepada scammer.

Dengan itu, kita sebagai rakyat Malaysia haruslah bertanggungjawab dalam


menghentikan masalah in daripada semakin meningkat dan menyebabkan banyak
orang mengalami kerugian. Sekiranya kita diganggu ataupun mendapat suatu mesej
dari sumber yang kita tidak pasti, maka kita hendaklah segera untuk melaporkan
perkara tersebut kepada pihak berkuasa supaya kita tidak menyebabkan orang lain
menjadi mangsa. Sekiranya semua pihak dapat memberi Kerjasama yang baik,
nescaya masalah scammer in akan dapat diatasi suatu hari nanti.

Anda mungkin juga menyukai