Anda di halaman 1dari 42

SENARAI PERIBAHASA DALAM BUKU TEKS BAHASA MELAYU

PERIBAHASA DALAM BUKU TEKS TINGKATAN 4

1.Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat


Maksud : Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat.
2. Darah daging
Maksud : Anak dan saudara-mara daripada keturunan sendiri.
3. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
Maksud : mengalami susah senang bersama-sama.
4. Meninggi diri
Maksud : Sombong
5. Bermuka dua
Maksud : Tidak jujur.
6. Baik hati
Maksud : Bersikap baik dan penyayang (suka menolong).
7. Tulang belakang
Maksud : Punca kekuatan/ orang harapan
8. Bara yang digenggam biar sampai jadi arang
Maksud : Mengerjakan sesuatu yang sukar hendaklah sabar, sehingga mencapai
kejayaan.
9. Bagai kaca terhempas ke batu
Maksud : Sangat sedih atau kecewa.
10. Melentur buluh biarlah dari rebungnya
Maksud : Mendidik anak biarlah sejak mereka kecil lagi.
11. Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi
Maksud : Dua orang atau dua pihak yang sama darjat dalam adat
12. Seperti lembu dicucuk hidung
Maksud : Orang yang selalu menurut kemahuan orang
13. Yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing
Maksud : Bersama-sama menghadapi atau mengerjakan sesuatu.
14. Dayung sudah di tangan, perahu sudah di air
Maksud : segala-gala yang dikehendaki sudah diperoleh.
15. Terang hati
Maksud : Lekas pandai.
16. Rendah hati
Maksud : Tidak sombong
17. Murah hati
Maksud : Pemurah.
18. Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas
Maksud : Adat yang tidak berubah; sesuatu yang tetap utuh.
19. Tangan kosong
Maksud : Hampa.

PERIBAHASA DALAM BUKU TEKS TINGKATAN 5

1. Lintah darat
Maksud : Peniaga yang mengambil keuntungan yang terlalu tinggi.
2. Bagai aur dengan tebing
Maksud : Hubungan yang rapat antara sama sama yang lain dan saling membantu.
3. Anak dagang
Maksud : Orang luar yang datang menetap di sesuatu tempat
4. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri
sendiri
Maksud : Walau bagaimanapun kelebihan di negara orang, tetap negeri sendiri lebih
baik lagi.
5. Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai
Maksud : Kalau takut berhadapan dengan penderitaan , lebih baik jangan melakukan
sesuatu yang susah
6. Indah khabar daripada rupa
Maksud : Perkhabaran tentang sesuatu perkara yang dilebih-lebihkan.
7. Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah
Maksud : Pengagihan yang sama banyak.
8. Bukit sama didaki, lurah sama dituruni
Maksud : Perhubungan yang sangat akrab, senang susah bersama.
9. Kacang lupakan kulit
Maksud : Orang yang melupakan asalnya atau orang yang pernah menolongnya setelah
mendapat kesenangan.
10. Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung
Maksud : Menurut adat atau peraturan di tempat yang kita diami atau tinggal.
11. Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak
Maksud : Menyesuaikan diri dengan tempat dan keadaan
12. Ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semua
Maksud : kesilapan yang dilakukan oleh seseorang menyebabkan orang lain yang
menerima akibatnya..
13. Memerah otak
Maksud : Berfikir dengan bersungguh-sungguh.
14. Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya
Maksud : Tidak akan tercapai maksudnya kalau tidak mahu berusaha dan bersusah
payah. 15.Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu,
bersenang-senang kemudian
Maksud : Bersusah payah terlebih dahulu untuk mendapatkan kesenangan pada kemudian
hari.
16. Yang bulat tidak datang menggolek, yang pipih tidak datang melayang
Maksud : Sesuatu benda tidak akan datang tanpa usaha
17. Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit
Maksud : Sabar mengerjakan sesuatu lama-lama berhasil juga.
18. Bak cendawan tumbuh selepas hujan
Maksud : Terlalu banyak pada sesuatu masa.
19. Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.
Maksud : Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat.
20. Yang kita kejar tak dapat, yang kita kendong pula berciciran
Maksud : Bernasib malang kerana mengejar sesuatu, yang sudah di tangan hilang pula.
21. Mencari jalan
Maksud : Berikhtiar menyelesaikan sesuatu perkara.
22. Biar mati anak, jangan mati adat
Maksud : orang yang kuat perpegang pada adat.
23.Sediakan payung sebelum hujan
Maksud : Berjaga-jaga dulu sebelum mendapat sesuatu bencana.
24. Berbesar hati
Maksud : Gembira.
25. Anak buah
Maksud : a. Anak saudara. b. Pekerja di bawah jagaan kita.
26. Tuan rumah
Maksud : tempat berlangsungnya sesuatu acara
27. Yang lama dikelek, yang baharu didukung
Maksud : Adat yang lama tetap diamalkan di samping budaya hidup yang baharu.
28. Batu penghalang
Maksud : Halangan yang dihadapi.
29. Untung anak lelaki cari-carikan, untung anak perempuan nanti-nantikan
Maksud : Orang lelaki yang merisik bakal isterinya.
30. Bagai ikan pulang ke lubuk
Maksud : Perantau yang pulang ke tempat asal.

MENULIS KESIMPULAN
Perkara asas yang perlu ada pada pelajar semasa menulis bahagian kesimpulan ialah

i. Mengetahui elemen asas kesimpulan seperti


pandangan, cadangan dan harapan .
ii. Pandangan perlu bermula dengan (Sememangnya...)
iii. Harapan perlu bermula dengan (Semoga...)
iv. Cadangan perlu bermula dengan ( Oleh itu,
kita perlu...)

PERUMPAMAAN

A
319 (Bagai) abu di atas tunggul [Sesuatu keadaan yang tidak tetap)
320 (Seperti) anai-anai bubus [Menunjukkan betapa ramainya manusia dalam sesuatu
perhimpunanl
321 (Seperti) anak ayam kehilangan ibu [Akibat perceraian, orang yang ditinggalkan
kehilangan pemimpin atau ibu bapa]
322 (Seperti) anjing bercawat ekor [Orang yang tidak mahu mengikut perubahan masa,
pada hal keadaan di sekelilingnya telah berubah]
323 (Seperti) anjing berebut tulang [Orang tamak yang berebutkan bana]
324 (Bagai) anjing buruk kepala [Orang jahat yang dibenci oleh masyarakat]
325 (Seperti) anjing dengan kucing [Dua orang yang suka berkelahi apabila bertemu]
326 (Seperti) anjing diketuk kepala, menjungkit ekornya [Berbuat baik bukan dengan
orang yang sepatutnya, mengada-ngadalah dia]
327 (Seperti) anjing menggonggong tulang [Orang yang mendapat sesuatu barang yang
disukai akan bersifat tamak dan tidak akan memberikan barang itu kepada orang lain]
328 (Seperti) api dalam sekam [Kejahatan yang berlaku secara diam-diam]
329 (Bagai) aur atas bukit [Menyerahkan diri kepada nasib]
330 (Seperti) aur dengan tebing [Hidup tolong-menolong antara satu dengan
lain/saling bergantung antara satu sma lain]
331 (Seperti) ayam berak kapur [Tubuh yang kelihatan letih dan lesu]
332 (Bagai) ayam dibawa ke kepuk [Mendapat rezeki]
333 (Bagai) ayam disambar helang [Orang yang hilang dengan tiba-tiba]
334 (Bagai) ayam mengeram telur [Muka menjadi merah]
335 (Seperti) ayam patuk anaknya [Menghukum anak bukan bertujuan untuk menyeksa,
tetapi untuk membaiki kelakuan si anak]
336 (Bagaimana) acuan begitulah kuihnya / Bagaimana rupa begitulah bayangnya
[Seseorang anak akan mengikut tingkah laku bapanya]
B
337 (Bagai) balak terendam [Orang gemuk yang malas bengerak]
338 (Bagai) bajak wangkang makan berangkat [Orang yang gemar dipuji]
339 (Seperti) batu jatuh ke lubuk [Hilang lenyap]
340 (Seperti) Belanda minta tanah [Apa yang diambil lebih banyak danipada apa yang
diminta]
341 (Seperti) belangkas [Dua orang yang terlalu rapat perhubungannya dan tidak
boleh dipisahkan]
342 (Bagai) beliung dengan asahan [Tidak pernah benpisah]
343 (Seperti) belut pulang ke lumpur [Orang yang pulang tempat asalnya setelah puas
menrantau]
344 (Bagai) kain tiga hasta [Orang miskin yang serba tidak mencukupi]
345 (Bagai) bertepuk sebelah tangan [Perasaan kasih sayang yang datang daripada
sebelah pihak sahaja]
346 (Seperti) beruk berayam [Seseorang yang mendapat harta pusaka yang banyak,
tidak tahu menggunakan harta itu]
347 (Bagai) berumah di tepi tebing [Selalu dalam kebimbangan]
348 (Seperti) bertih digoreng [Bunyi pertuturan yang sangat petah]
349 (Seperti) budak sapu hingus [Orang yang mendapat malu dalam sesuatu majlis]
350 (Seperti) bulan dengan matahari [Sudah sepadan benar]
351 (Seperti) bulan dipagari bintang [Seorang gadis yang cantik, dikelilingi pula
oleh gadis-gadis cantik yang lain akan kelihatan lebih cantik lagi gadis itu]
352 (Bagai) bulan jatuh ke riba [Mendapat untung banyak]
353 (Bagai) bulan penuh purnama [Keadaan atau wajah yang begitu cantik)
354 (Bagai) buluh ditarik songsang [Menunjukkan kesukaran mempengaruhi seseorang
atau sesuatu kumpulan mengikut seperti yang dikehendaki]
355 (Bagai) bumi dengan langit [Perbezaan yang terlalu besar]
356 (Bagai) bunga raya kembang pagi [Menggambarkan orang yang berkulit putih,
mukanya selalu merah]
357 (Umpama) bunga mekar dipakai, layu dibuang [Perasaan kasih yang tidak kekal
yang boleh bertukar benci apabila ada kekurangan]
358 (Seperti) buntal kembung [Seseorang menjadi malas akibat terlalu kenyang]
359 (Bagaimana) bunyi gendang, begitulah tarinya [Bagaimana perintah, begitulah
yang dituruti dan bagaimana aksi begitulah reaksinya]
360 (Seperti) burung gagak pulang ke benua [Orang yang baru pulang dan merantau,
tetapi perangainya seperti dahulu juga]
361 (Umpama) burung, mata terlepas, badan terkurung [Keadaan hidup seseorang yang
berada dalam kawalan orang lain walaupun diberi kebebasan]
C
362 (Bagai) cacing gila [Perempuan yang suka bertandang dan berpergian]
363 (Bagai) cacing kena air panas [Selalu gelisah kerana susah, sakit, malu, dan
lain-lain]
364 (Bagai) cembul dapat tutupnya [Sesuai benar]
365 (Seperti) cicak makan kapur [Mendapat malu dalam sesuatu majlis kerana
kesalahan sendiri]
366 (Seperti) cincin dengan permata [Pasangan yang amat sesuai dan sepadan]
D
367 (Bagai) dakwat dengan kertas [Tidak pernah bercerai atau sangat padan]
368 (Bagai) denai gajah lalu [Tidak boleh menyembunyikan sesuatu perkara yang
besar]
369 (Bagai) dihiris dengan sembilu [Rasa sakit dan pedih hati]
370 (Umpama) duduk di atas daun [Seseorang yang sentiasa gelisah dan tidak
tenteram]
371 (Bagai) daun dalam daging [Sesuatu hal yang tidak menyenangkan hati]
372 (Umpama) durian dengan mentimun, menggolek binasa, kena golek pun binasa [Orang
yang lemah tidak berdaya untuk menentang orang yang berkuasa dan menerima kerugian]
E
373 (Bagai) emak mandul baru beranak [Gembira atau kasih-sayang yang terlalu amat]
374 (Seperti) elang menyongsong angin [Kehebatan rupa seseorang]
375 (Seperti) emas baru disepuh [Keelokan seseorang perempuan]
376 (Seperti) embun di atas daun [Niat yang selalu berubah-ubah]
377 (Seperti) embun di hujung rumput [Sesuatu yang tidak kekal, lama-kelamaan akan
hilang juga]
378 (Seperti) enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing [Orang yang
mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan hal orang lain]
G
379 (Bagai) gagak menggonggong telur [Perempuan hodoh yang berpakaian cantik]
380 (Bagai) galah di tengah arus [Menggigil atau selalu berkeluh-kesah]
381 (Bagai) gelegar buluh [Bercakap besar]
382 (Bagai) gelombang dua belas [Kehebatan langkah seorang pendekarl
383 (Seperti) gergaji dua mata [Orang yang menjadi orang tengah atau pesuruh kepada
dua pihak, akhirnya mendapat keuntungan daripada kedua-dua pihak itu]
384 (Seperti) gunting makan di hujung [Orang yang kata-katanya tajam, tetapi tidak
terasa akan ketajamannya kerana dia bijak menyusun kata-kata]
H
385 (Seperti) halilintar membelah bumi [Menunjukkan bunyi yang sangat kuat]
386 (Seperti) harapkan pagar, pagar makan padi [Mengharapkan orang menolong kita,
tetapi orang itu pula yang merosakkan kita]
387 (Seperti) harimau menunjukkan belangnya [Orang yang berkuasa atau berani
menunjukkan kelebihannya]
388 (Bagai) haruan makan anak [Perbuatan bapa yang sanggup menganiaya anak sendiri]
389 (Seperti) helang menyongsong angin [Kehebatan seorang hulubalang di tengah
gelanggang ketika menghunus pedangnya atau melawan musuh]
390 (Bagai) hempedu lekat di hati [Perhubungan yang sangat akrab]
391 (Seperti) hujan jatuh ke pasir [Berbuat baik terhadap seseorang yang tidak tahu
membalas budi]
I
392 (Seperti) ikan dalam belat [Menunjukkan sesuatu tempat itu terlalu sesak]
393 (Seperti) ikan kena tuba [Penduduk di sesuatu tempat atau kampung mendapat
kemalangan secara beramai-ramai]
394 (Seperti) ikan pulang ke lubuk [Orang yang berdagang pulang ke tempat asalnya
atau ke kampung halamannya]
395 (Seperti) isi dengan kuku [Perhubungan yang sangat erat, tidak boleh
dipisahkan]
396 (Seperti) itik mendapat air [Terlalu gembira kenana mendapat barang yang
digemari]
397 (Bagai) itik pulang petang [Benjalan dalam keadaan berlenggang atau lambat]
K
398 (Bagai) kaca jatuh ke batu [Perasaan hati yang remuk-redam atau hancur luluh
kerana terlalu kecewa]
399 (Bagai) kacang direndang [Menunjukkan bunyi atau letupan yang berturut-turut]
400 (Seperti) kacang lupakan kulit [Orang yang tidak tahu mengenang budi]
401 (Seperti) kaduk naik junjung [Orang yang susah, tetapi mengada-ngada apabila
mendapat pertolongan daripada orang lain]
402 (Seperti) kaduk kena siram air tahi [Orang yang tidak berguna dalam masyarakat,
tetapi bertambah bilangannya]
403 (Bagai) kambing dihalau ke air [Memaksa seseorang melakukan sesuatu perkara
yang tidak disukainya]
404 (Seperti) kambing dimandikan pagi [Orang yang sangat malas melakukan sesuatu
pekerjaan]
405 (Bagai) kapak naik peminangan [Perbuatan yang tidak sesuai dengan adat dan jika
dibuat juga akan kelihatan ganjil]
406 (Bagai) katak di bawah tempurung [Orang yang kurang pengetahuan dan sempit
pemikirannya]
407 (Seperti) katak kena simbah air [Orang yang tidak dapat menjawab sesuatu
soalan]
408 (Bagai) keli kena ketuk / keli dalam lubang [Onang yang suka bersungut tetapi
tidak tahu apa yang disungutkannya[]
409 (Seperti) kera dapat bunga [Orang yang mendapat sesuatu barang, tetapi tidak
tahu bagaimana hendak menggunakan barang itu]
410 (Seperti) kera sumbang [Takut atau malu hendak bencampur dengan orang]
411 (Bagai) kelip-kelip terbang malam [Rahsia yang tidak dapat disembunyikan]
412 (Seperti) kerakap tumbuh di batu, hidup segan mati tak mahu [Hidup miskin dan
melarat]
413 (Seperti) kerbau dicucuk hidung [Orang yang mengikut sahaja suruhan orang lain]
414 (Seperti) kerbau runcing tanduk [Orang jahat yang terkenal akan kejahatannya]
415 (Seperti) ketam menyuruh anaknya berjalan betul [Orang yang menyuruh orang lain
berbuat baik, tetapi diri sendiri tidak betul]
416 (Laksana) kijang ditambat dengan rantai emas sekalipun jika terlepas ke hutan
juga perginya [Orang yang ditawan oleh pihak musuh, jika dilayan dengan baik
sekalipun, sekiranya terlepas akan pulang ke negerinya semula]
417 (Seperti) kucing berakkan rambut [Keadaan orang yang terlalu susah atau sakit]
418 (Seperti)kucing dengan panggang [Lelaki dengan perempuan tidak boleh dibiarkan
bergaul bebas. Jika dibiarkan juga alamat akan berlaku sesuatu yang buruk]
419 (Seperti) kucing dibawakan lidi [Menunjukkan ketakutan yang amat sangat]
420 (Bagal) kucing kehilangan anak [Kehilangan akal atau binggung]
421 (Seperti) kucing miang [Terlalak-lalak membuat bising pada waktu tengah malam]
422 (Laksana) kulit udang terbakar [Kulit yang berkeadaan merah]
423 (Seperti) kumbang putus tali [Berasa gembira kerana baru terlepas daripada
seksaan]
424 (Seperti) kunyit dengan kapur [Sesuatu yang amat bersesuaian atau kena pada
tempatnya]
425 (Seperti) kura-kura di atas dahan [Orang yang bodoh apabila menghadapi
kesusahan tidak tahu berikhtiar untuk melepaskan diri daripada kesusahan itu]
L
426 (Seperti) langau di belakang gajah [Orang yang terlalu manja dengan seseorang
tentulah akan selalu sahaja berdamping dengan orang itu]
427 (Seperti) lebah mengumpulkan madu [Orang yang rajin bekerja dan tekun berusaha,
akhirnya akan terlaksana cita-citanya]
428 (Seperti) lebah kasihkan telurnya [Kasih sayang yang amat sangat sehingga tidak
boleh berpisah lagi]
429 (Umpama) lebah, mulut membawa madu, buntut membawa sengat [Perempuan yang elok
rupanya tetapi berperangai jahat]
430 (Bagai) lesung dengan antan [Dua orang yang secocok dan bersesuaian]
431 (Seperti) Limau masam sebelah [Hukuman yang tidak adil]
432 (Seperti) lipas kudung [Bergerak dalam keadaan pantas atau, sibuk bekerja]
M
433 (Bagai) melepaskan anjing tersepit [Menolong orang yang tidak tahu berterima
kasih]
434 (Bagai) melepaskan batuk di tangga [Membuat sesuatu kerja, tetapi tidak pernah
selesai]
435 (Seperti) melukut di tepi gantang [Manusia yang merasakan dirinya tidak penting
kepada orang lain kerana tidak memiliki apa-apa kuasa atau tidak dapat menghulurkan
pertolongan kerana dirinya sendiri susah]
436 (Bagai) menarik rambut dalam tepung [Melakukan sesuatu pekerjaan dengan
berhati-hati]
437 (Bagai) menatang minyak yang penuh [Memelihara anak dengan penub kasih sayang]
438 (Bagai) mencencang air [Melakukan pekerjaan yang tidak berfaedah]
439 (Bagai) mencurah air di daun keladi [Menasihati seseorang, tetapi tidak memberi
sebarang kesan]
440 (Bagai) mendukung biawak hidup [Menolong orang yang akhirnya menyusahkan diri
kita]
441 (Bagai) menghitung bulu kambing [Pekerjaan yang sia-sia]
442 (Bagai) menjenguk jerat sial [Singgah ketempat jagaannya, tetapi tidak memberi
perhatian yang bersungguh-sungguh]
443 (Bagai) murai tercabut ekor [Penempuan yang suka bercakap banyak]
P
444 (Bagai) pahatdengan pemukul (Orang yang hanya membuat kerja apabila diawasi
atau disuruh]
445 (Bagai) panas mengandung hujan [Tertawa dalam kesusahan]
446 (Bagai) pancang digoncang arus [Pendirian yang tidak tetap]
447 (Bagai) parang buruk, tali sabut tidak tergolok [Tidak berkuasa melakukan
pekerjaan kerana terlalu lemah]
448 (Seperti) pinang dibelah dua [Pasangan yang sama cantik dan sama padan]
449 (Seperti) pinang pulang ke tampuk [Pasangan yang bercerai kemudian berbaik
semula atau orang yang merantau akhirnya pulang ke kampung halaman atau sesuatu
benda yang sesuai pada tempatnya]
450 (Seperti) pipit menelan jagung [Orang yang kurang berada mahu menyamakan
kedudukannya dengan orang kaya, kelak dirinya mendapat kesusahan]
451 (Umpama) pisau di tangan kanan, mentimun di tangan kiri [Orang yang mempunyai
kuasa dan harta kekayaan serta bebas melakukan sesuatu mengikut kehendak hatinya]
452 (Bagai) pucuk dilancarkan [Menunjukkan sesuatu yang amat pantas]
453 (Seperti) pungguk rindukan bulan [Lelaki yang merindui gadis yang dikasihinya,
tetapi gadis itu tidak mungkin dapat dimilikinya]
454 (Bagai) punggur rebah [Keadaan apabila orang gemuk terjatuh]
455 (Bagai) puyuh laga [Percakapan yang tidak pernah habis]
R
456 (Bagai) rambut dibelah tujuh [Terlalu sedikit]
457 (Seperti) rumput di tepi jalan [Kehidupan yang melarat]
458 (Bagai) rotan, asal berinsang dicucuk belaka [Tidak memilih makanan atau
pakaian]
459 (Seperti) rusa masuk kampung [Onang yang tidak pernah pergi ke bandar akan
tercengang-cengang kehairanan apabila tiba di bandar]
S
460 (Seperti) sampah hanyut [Orang hina yang tidak dihiraukan lagi oleh orang lain]
461 (Bagai) si buta kehilangan tongkat [Orang yang dalam kesusahan apabila ditimpa
kesusahan yang lain, maka bertambah susahlah dia]
462 (Seperti) si buta mendapat tongkat [Menjadi sombong kerana beroleh kekayaan
atau pangkat]
463 (Bagai) si kudung mendapat cincin [Beroleh keuntungan, tetapi tidak dapat
merasakan keuntungan itu]
464 (Bagai) sirih pulang ke gagang [Pulang ke tempat yang sepatutnya]
T
465 (Bagai) tanduk bersendi gading [Dua orang atau benda yang amat bensesuaian,
jika disatukan akan menjadi padanan yang cantik]
466 (Seperti) tebu di mulut gajah [Sesuatu yang digemari dan apabila diperoleh
tidak akan dilepaskan]
467 (Bagal) telur di hujung tanduk [Dalam keadaan yang amat genting silap sedikit
sahaja boleh jadi rosak binasa]
468 (Bagai) tikus jatuh ke beras [Orang yang telah memperoleh kekayaan, tetapi
tidak akan menceritakan bagaimana dia memperoleh kekayaan itu kepada orang lain]
469 (Bagai) tikus membaiki labu [Orang yang tidak tahu membaiki sesuatu benda,
tetapi cuba membaikinya hingga benda itu menjadi bertambah rosak]
U
470 (Seperti) udang dibakar [Kulit yang putih bertukar menjadi kemerah-merahan
akibat kepanasan]
471 (Seperti) udang tahi di kepala [Orang yang bodoh atau dibebani dengan hutang]
472 (Seperti) ular kena palu [Keadaan sesuatu yang bengkang-bengkok tidak lurus]
473 (Seperti) uar lidah bercabang [Kata-kata yang tidak boleh dipercayai]
474 (Bagai) ulat nangka terhempas ke batu [Tidak pernah serik]
475 (Bagai) umang-umang [Orang yang suka berpakaian cantik walaupun pakaian itu
bukan kepunyaannya]
476 (Bagai) unta menyerah diri [Orang lurus dan bodoh yang selalu menjadi mangsa
orang yang cerdik]
W
477 (Laksana) wau melawan angin [Kehendak orang besar atau orang yang berkuasa
tidak dapat dihalang oleh orang yang lemah]
478 (Bagai) wau putus tali [Berserah kepada nasib sahaja kerana sudah tidak mampu
berusaha]

Bidalan

A
479 Adat periuk berkerak, adat lesung berdedak [Jika ingin hidup mewah, mestilah
berusaha]

480 Alur bertempuh, jalan berturut [Melakukan sesuatu hendaklah menurut kebiasaan
yang lazim]

B
481 Batu yang selalu bergoek dalam sungai itu tiada dihinggapi lumut [Seseorang
yang sering bertukar-tukar kerja sukar hendak mencapai kemajuan]

482 Belayar bernakhoda, berjalan dengan yang tua, berkata dengan yang pandai [Lebih
baik bekerja di bawah pimpinan ketua yang berpengalaman]

483 Belum duduk sudah berlunjur [Belum memperoleh sesuatu yang dihajati tetapi
sudah berasa gembira]
484 Berbuat di alang, belayar di luar musim [Melakukan sesuatu bukan pada masa yang
sesuai]

485 Bercakap memandang-mandang, silap lidah jiwa hilang [Berhati-hati apabila


bercakap tentang hal orang lain]

486 Bercakap siang pandang-pandang, bercakap malam dengar-dengar [Perlu berhati-


hati apabila memperkatakan sesuatu]

487 Berfikir sebelum berkata, berunding sebelum dibuat [Berfikir baik-baik dahulu
kemudian baru bertindak]

488 Berjagung-jagung dahulu sementara menantikan padi masak [Membuat kerja sambilan
sementara mendapat pekerjaan yang tetap]

489 Berkaul pada keramat [Meminta sesuatu hendaklah kena pada tempatnya]

490 Berpahit-pahit dahulu supaya manis kemudian [Membuat kerja yang susah dahulu,
yang senang dibuat kemudian]

491 Bersihkan halaman sendiri dulu, baru bersihkan halaman orang [Membetulkan
kesalahan sendiri dahulu sebelum betulkan kesalahan orang lain]

492 Bertanjak baharu tinjau [Membuat kerja mengikut aturan]

493 Bertanya supaya tahu, berjalan supaya sampai [Kalau membuat kerja, hendaklah
dikaji dahulu dan lakukannya sampal selesai]

494 Biar alah sabung, asalkan menang sorak [Tewas dalam perlawanan namun masih
bercakap besar]

495 Biar buruk kain dipakai, asalkan pandai mengambil hati (Biar miskin asalkan
berbudi bahasa dan berhati mulia]

496 Biar berkelahi dulu, jangan berkelahi kemudian [Berfikir baik-baik supaya tidak
menyesal]

497 Biar ditelan buaya, jangan dipagut ikan kecil (Biar kalah kepada orang yang
kuat daripada kalah kepada orang yang lemah]

498 Biar genting, jangan putus [Biar rugi sedikit daripada rugi banyak)

499 Biar jatuh terletak, jangan jatuh terhempas [Berhenti bekerja dengan kemahuan
sendiri adalah lebih baik daripada dipecat]

500 Biar lambat asalkan selamat [Membuat sesuatu kerja biarlah cermat dan berhati-
hati] 501 Biar luka di dada, jangan luka di belakang [Biar kalah selepas berlawan
daripada kalah kerana melarikan diri]

502 Biar mati anak jangan mati adat [Pegangan adat yang kuat sehingga sanggup anak
menjadi korban]

503 Biar mati di mata pedang, jangan mati kena tendang [Biar mati mempertahankan
kehormatan daripada mati dalam kehinaan]

504 Biar mati seperti kutu, jangan mati seperti tuma [Biar mati kerana membuat
kebaikan danipada mati kerana membuat kejahatanl
505 Biar pecah di perut, jangan pecah di mulut [Menyimpan rahsia]

506 Biar penat badan, asalkan hati suka [Seronok membuat sesuatu kerja walaupun
kerja itu susah]

507 Biar putih tulang jangan putih mata [Sanggup mati daripada menyerah kalah]

508 Biar senget, jangan tertiarap [Biar rugi sedikit danipada rugi banyak]

509 Biar titik, jangan tumpah [Biar rugi sedikit jangan rugi banyak)

510 Buang yang keruh, ambil yang jernih [Melupakan perkara yang tidak baik dan
mengingati perkara yang baik sahaja]

511 Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali [Berbuat baik biarlah
sekadarnya tetapi perbuatan jahat jangan sekali-kali dicuba]

512 Buruk dibuang dengan rundingan, baik ditarik dengan muafakat [Sesuatu masalah
dapat diatasi jika pihak-pihakyangterlibat bersedia untuk berunding]

C
513 Cermat masa banyak, jimat masa sedikit [Selalu berhati-hati dalam membelanjakan
(menggunakan) sesuatu]

514 Cicir dipungut, hilang dicari [jangan melakukan pembaziran]

D
515 Dalam berselam, cetek bertimba [Sesuaikan sesuatu dengan keadaan]

516 Daripada bersahabat dengan orang bebal, lebih baik berseteru dengan orang
berakal [Bermusuh dengan orang pandai lebih elok daripada berkawan dengan orang
yang bodoh]

517 Daripada cempedak baiklah nangka [Lebih baik ada daripada tiada langsung]

518 Daripada hidup bergelumang tahi, baik mati bertimbun bunga [Daripada hidup
menanggung dosa, lebih baik mati meninggalkan nama yang baik]

519 Daripada hidup bercermin bangkai, Iebih balk mati berkalang tanah [Lebih baik
mati danipada hidup menanggung malu dan kehinaan]

520 Duduk seorang bersempit-sempit, duduk banyak berlapang-lapang [Pendapat ramai


lebih baik daripada pendapat individu]

E
521 Elok bahasa kan bakal hidup, elok budi kan bakal mati [jika tutur katanya elok,
seseorang itu akan disayang semasa ia hidup, jika budinya banyak, seseorang itu
akan dikenang walaupun ia telah mati]

522 Elok lenggang di tempat datar [Bergembira haruslah pada tempat atau waktu yang
sepatutnyal

G
523 Gading pada gajah yang sudah keluar itu bolehkah dimasukkan pula? [Sesuatu yang
telah dilakukan tidak dapat ditarik semula]
524 Gar-gar kata gelegar, rasuk juga yang menahannya [Jangan terlalu percaya akan
kata-kata orang]

525 Genggam bara api biar sampa jadi arang [Apabila melakukan sesuatu pekerjaan
yang susah, kita hendaklah bersabar dan menyempurnakan pekenjaan itu sehingga
benjaya]

H
526 Habis akal, baru tawakal [Sesudah habis segala khtiar barulah berserah
kepadaTuhan]

527 Habis alur maka beralu-alu [Jika persetujuan tidak dapat dicapal melalui
rundingan, barulah gunakan paksaan]

528 Hancur badan dikandung tanah, budi baik dikenang juga [Budi baik seseorang
tidakakan dilupakan walaupun orang itu sudah meninggal dunia]

529 Hempas tulang berisi perut [Hidup akan senang jika rajin bekerja]

530 Hendak belajar berenang dapatkan itik, hendak belajar memanjat dapatkan tupai
[Hendak mempelajari sesuatu bidang, belajarlah dengan orang yang mahir dalam bidang
itu]

531 Hidup kayu berbuah, hidup manusia biar berjasa [Berbuat baik semasa masih hidup
untuk diri sendiri dan masyarakat]

532 Hilang geli kerana geletek [Sesuatu yang sudah biasa tidak berbekas kepada
kita]

533 Hujan tidak sekali jatuh, simpai tidak sekali erat [Sesetengah pekerjaan tidak
mungkin dapat diselesaikan sekali gus]

I
534 Ingat sebelum kena, jimat (hemat) sebelum habis [Perlu berwaspada setiap masa
supaya tidak terpedaya dan habis harta]

J
535 Jalan di tepi-tepi, benang arang orang jangan dipijak [Kita hendaklah bersopan
santun apabila berada di negara asing]

536 Jalan peliharakan kaki, berkata peliharakan lidah [Berhati-hati dalam semua
perkara]

537 Jangan bagai orang patah selera, banyak makan [Pura-pura tidak mahu tetapi
dalam hati sangat suka]

538 Jangan bawa resmi jagung, semakin berisi semakin tegak [angan sombong apabi ia
mendapat sesuatu kelebihan]

539 Jangan berebutkan tembikar pecah [Jangan berkelahi kerana berebutkan sesuatu
yang tidak ada gunanya]

540 Jangan bermain di air keruh [Jangan ditiru perbuatan yang buruk]

541 Jangan buat kerbau tanduk panjang [Jangan campuri urusan orng lain]
542 Jangan dibangunkan kucing tidur [Jangan diganggu musuh yang tidak berbuat apa-
apa]

543 Jangan dibiarkan sampai naik ke mata [Sesuatu perkara yang tidak balk jangan
dibiarkan sampal melampaul batas]

544 Jangan didengarkan siul ular [Kita harus tetap awas dan jangan pedulikan tipu
muslihat musuh]

545 Jangan difikir air pasang sahaja [Jangan harapkan nasib akan sentiasa baik]

546 Jangan difikir bengkok tebu, bengkok pula manisnya [Jangan disangka bahawa idea
yang dikemukakan oleh orang yang jahat itu tidak baik]

547 Jangan dilepaskan tangan kanan, sebelum tangan kiri berpegang [Jangan
dilepaskan kerja yang ada sebelum mendapat kerja yang baru]

548 Jangan diperlelarkan timba ke perigi, kalau tak putus, genting [Perbuatan yang
tidak baik (jahat) jangan dibiasakan]

549 Jangan ditentang matahari condong, takut terturut jalan tak berintis [Jangan
buat orang yang berkuasa marah kerana kita yang akan menanggung padahnya kelak]

550 Jangan lemparkan pancing tiada berumpan [Sia-sia mengharapkan sesuatu kalau
tidak cukup syarat]

551 Jangan mengukur baju orang di badan sendiri [Kita tidak boleh menyamakan
kedudukan orang lain dengan kedudukan diri sendiri]

552 Jangan puntung berasap jua [Perselisihan (perkara) yang sudah selesai, Jangan
diungkit-ungkitkan lagi]

553 Jangan tercirit di periuk [Jangan berbuat angkara di tempat kita menumpang]

554 Jika hendak beranak, ikutlah kata bidan [Mendengar nasihat pakar]

555 Jika takut kamu dibenci orang, jangan kamu memerintah [Jika menjadi ketua, akan
ada orang yang membenci kita]

556 Jikalau menampi, jangan tumpah padinya [Berhati-hati apabila memilih sesuatu
supaya tidak terbuang apa-apa yang baik atau berguna]

557 Jikalau tidak dapat dibaiki, janganlah dipecahkan [Perkara yang tidak dapat
kita selesaikan, janganlah kita kusutkan]

K
558 Kail panjang sejengkal,jangan lautan hendak diduga [Jangan lakukan apa-apa yang
tidak mampu kita lakukan]

559 Kalau di bawah, melompat; kalau di atas, menyusup [Pandai menyesuaikan diri
dengan keadaan]

560 Kalau pandai menggunting, hendaklah pandai menjahitnya [Kerja yang dimulai
jangan dibiarkan terbengkalai]

561 Kerana sabut tebal, tempurung pun jadi kebal [Hidup akan senang jika kita
banyak mempunyai kawan]
562 Kerja yang baik segerakan, jangan ditimpa kerja buruk [Jangan dilewat-lewatkan
sebarang kerja yang baik]

563 Kusut di hujung balik ke pangkal [Apabila bendepan dengan masalah, carilah
puncanya]

L
564 Lemak manis jangan ditelan, pahit jangan dimuntahkan [Jangan cepat percaya akan
kata-kata manis orang dan jangan pula cepat menyanggah kata-kata kesat orang]

565 Lembu dogol jangan dibalun [Jangan mengganggu orang yang tidak melawan kerana
jika dia melawan berbahaya]

M
566 Mamah dulu baru telan [Melakukan sesuatu pekerjaan perlulah mengikut
peraturannya]

567 Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak [Apabila kita
berada di tempat orang, kita hendaklah mengikut adat resam masyarakat di situ]

568 Masuk ke negeri orang bertanamlah ubi, jangan bertanam tembilang [Jika merantau
ke negara asing, hendaklah melakukan perkara yang benguna dan tidak membuang masa
begitu sahaja]

569 Mengais hendaklah berkuku [Hendaklah melengkapkan diri dengan pengetahuan dan
kemahiran untuk mencari kerja]

570 Mengambil contoh kepada orang yang sudah mengambil tuah kepada yang menang
[Mengambil teladan yang baik daripada pengalaman lalu ketika membuat sesuatu kerja]

N
571 Naik tangga dari bawah [Kejayaan tidak datang dengan tiba-tiba]

572 Nak kaya berdikit-dikit, nak ramai bertabur urai [Hidup akan senang jika kita
berjimat cermat]

O
573 Ombak yang kecil jangan ditidakkan [Jangan mengabaikan perkara yang kecil]

574 Orang tempang jangan dicela, ingat-ingat hari belakang [Jangan mencela
kesusahan yang dihadapi oleh orang lain kerana nasib diri sendiri tidak diketahui
bentuknya]

P
575 Payah-payah dilamun ombak, tercapai juga tanah tepi [Setelah beberapa lama
menanggung susah, akhirnya tercapai cita-cita]

576 Pengayuh sayang dibasahkan, sampan tidak akan sampai ke seberang [Cita-cita
tidak akan tercapal jika malas berusaha]

577 Pipit itu pipit jugalah lawannya [Sesuatu itu hendaklah disesuaikan dengan
tarafnya]
578 Pukul anjing tengok-tengok tuannya [Benhati-hati sebelum melakukan sesuatu]

S
579 Sampah jangan ditendang disepak [Jangan menghina orang yang miskin]

580 Sarang tebuan jangan dijolok [angan sengaja mencari kesusahan)

581 Sediakan payung sebelum hujan [Bersiap sedia sebelum melakukan sesuatu]

582 Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit [Kesabaran dalam melakukan sesuatu akan
memberikan hasil yang memuaskan]

583 Segan berkayuh perahu hanyut [Orang yang malas berusaha akan menghadapi
kesusahan

584 Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain [Tekun dan sabar membuat sesuatu
kerja, akhirnya memperoleh kejayaanl

585 Sempit bertimpuh, lega berlunjur [Kita hendak menyesuaikan perbelanjaan dengan
pendapatan]

586 Sepakat kita kuat, berpecah kita rebah [Hendak bersatu padu agar beroleh
kekuatan untuk menang]

587 Sudah calit, jangan palit [Jangan membabitkan orang lain dalam kesalahan yang
kita lakukan]

588 Sungguhpun batang merdeka, ingat pucuk akan terhempas [Hendaklah mengkaji
sesuatu kerja dengan teliti dari awal sampai akhir supaya dapat dilakukan dengan
selamat dan sempurna]

T
589 Tak boleh dibaiki, jangan dipecahkan [Jika kita tidak tahu membuat sesuatu,
jangan menghalang orang lain untuk mencubanya]

590 Tak dapat berjalan tegak, berengsot-engsot pun sampai juga [Jika sesuatu kerja
itu tidak dapat disudahkan dengan sekali gus, lakukanlah secara beransur-ansur]

591 Tak kaya oleh emas pembawa, tak gadis oleh kain berselang [Jangan harapkan
bantuan orang untuk berjaya]

592 Tak usah diajar anak buaya berenang, ia sudah pandai juga [Tidak perlu menunjuk
ajar orang yang memang mahir dalam pekerjaannya]

593 Tali jangan putus, kaitan jangan sekah [Menyelesaikan pertelingkahan atau
masalah dengan bijaksana dan adil]

594 Tengok jenguk pandang-pandang, jangan sampal landak ditendang [Jangan hina
orang kecil, mana tahu dia dapat melebihi kita]

595 Tercicir harus dibaliki [Apa-apa yang belum selesai hendaklah diselesaikan]

596 Tertumbuk biduk diketokkan, tertumbuk kata difikiri [Kalau kita bertemu dengan
jalan buntu ketika mengerjakan sesuatu, hendaklah kita cari jalan lain untuk
mengatasinya]
Y
597 Yang baik dipakai, yang buruk dibuang [Memilih kesesuaian sesuatu perkara itu
hendaklah dengan bijaksana]

598 Yang dimakan rasa, yang dilihat rupa, yang didengar bunyi [Membuat kerja
biarlah sempurna jadinya]

Pepatah

599 Ada air, adalah ikan [Ada negeri tentulah ada rakyatnya]

600 Ada angin, ada pokoknya [Segala sesuatu mestilah ada asal mulanya]

601 Ada bangkai adalah hering [Di mana ada perempuan jahat di situlah ada lelaki
jahat]

602 Ada batang mati, adalah cendawan tumbuh [Di mana-mana sahaja kita tinggal, akan
ada rezeki kita]

603 Ada gula adalah semut [Di tempat yang mudah memperoleh rezeki, di situlah
banyak orang berkumpul]

604 Adakah buaya menolak bangkai? [Orang yang jahat tidak akan meninggalkan
kesempatan untuk berbuat jahat]

605 Ada kemenyan sebesar lutut jika tidak dibakar tidak akan berbau [Seseorang yang
ada ilmu jika tidak digunakan tidak akan mendatangkan faedah]

606 Ada padi semua kerja jadi, ada beras semua kerja deras [Sesuatu pekerjaan itu
akan dilakukan dengan cepat dan sempurna jika cukup upahnya]

607 Ada ubi ada batas, ada budi ada balas [Sekiranya seseorang membuat kebaikan,
akan mendapat balasan yang baik juga]

608 Ada udang di sebalik batu [Ada sesuatu tujuan di sebalik apa-apa yang
dilakukan]

609 Air beriak tanda tak dalam [Banyak bercakap tanda tiada berilmu]

610 Air dicencang tidak akan putus [Perbalahan antara adik-beradik tidak akan
berpanjangan]

611 Air digenggam tidak tiris [Orang yang kedekut atau terlalu cermat apabila
berbelanja]

612 Air mudik sungai, semua teluk diranai [Orang yang boros akan berbelanja tanpa
perhitungan]

613 Air pun ada pasang surutnya [Keadaan hidup seseorang tidak menentu, kadangkala
senang dan kadangkala susah]

614 Air sama air menjadi satu, sampah ke tepi juga [tidak berfaedah mencampuri
pergaduhan antara suami isteri atau sanak-saudara orang kerana setelah mereka
berbaik-baik, kita akan diketepikan]

615 Air setitik dilautkan, tanah sekepal digunungkan [Memperbesar perkara yang
kecil]

616 Air yang tenang jangan disangka tiada buaya [Onang yang pendiam jangan disangka
bodoh atau penakut]

617 Alah bisa, tegal biasa [Pekerjaan yang sukar akan menjadi mudah jika kerap
dilakukan]

618 Alah jadi abu, menang jadi arang [Dalam sesuatu pertikaian, sama ada menang
atau kalah, kedua-dua pihak mendapat kerugian]

619 Alah membeli, menang memakai [Tidak mengapa barang yang dibeli itu mahal
sedikit asalkan barang itu tahan lama]

620 Alah sabung, menang sorak [Kalah dalam sesuatu perlawanan tetapi masih bercakap
besar]

621 Alang-alang berminyak biar licin [Sesuatu kerja yang dilakukan itu hendaklah
dilakukan sehingga selesai)

622 Alang-alang mandi biar basah / Alang-alang berminyak biar licin [Melakukan
sesuatu perlu sehingga selesai]

623 Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan [Kalau sudah
terlanjur dalam membuat sesuatu perbuatan yang tidak baik, biarlah dibuat sehingga
memperoleh hasilnya]

624 Anak baik menantu molek [Mendapat untung baik yang datang berganda-ganda]

625 Anak harimau jangan dibela pelihara [Orang yang jahat jangan dibuat kawan]

626 Angin berputar, ombak bersahut [Perkara yang amat sulit]

627 Angguk bukan, geleng ya [Lain di mulut, lain di hati]

628 Anjing bercawat ekor [Orang yang menyisihkan dirinya kerana perasaan malu atau
sebagainya]

629 Anjing biasa makan tahi, jika tidak makan, dicium ada juga [Orang yang pada
suatu masa pernah berbuat jahat, sekali-sekala teringat akan perbuatan jahatnya
itu]

630 Anjing galak, babi berani [Bertemu lawan yang sepadan, berani sama berani, kuat
sama kuat]

631 Anjing ditepuk menjongket ekor [Orang yang tiada berbudi pekerti jika dihormati
akan menjadi sombong]

632 Anjing itu, jika dipukul sekalipun, berulang juga ia ke tempat bangkai yang
banyak tulang [Orang yang tamak dan tiada perasaan malu tidak akan menghiraukan
nama baiknya]

633 Apa peduli pada kukuran, nyiur juga yang akan habis [Memang mudah menyuruh
seseorang melakukan sesuatu kerja tetapi orang yang melakukan kerja itu yang akan
menghadapi kesukaran]

634 Apa payhnya menaupkan bibir atas bawah [Banyak berjanji tetapi tidak
ditepati]
635 Apa kurang pada belida, sisik ada tulang pun ada [Cukup mempunyai segala yang
diperlukan]

636 Arang habis besi binasa [Pekerjaan yang sia-sia]

637 Asal berinsang ikanlah [Tidak memilih pekerjaan, makanan, atau perempuan]

638 Aur ditanam betung tumbuh [Mendapat laba yang banyak dengan modal yang sedikit]

639 Ayam baru belajar berkokok [baru cukup umur]

640 Ayam berinduk, sirih berjunjung [Setiap orang yang lemah harus mendapat bantuan
dan perlindungan]

641 Ayam bertelur di atas padi, mati kelaparan [Orang yang hidup miskin di negara
yang kaya dan makmur/ Hidup menderita walaupun bergaji besar, beristeri, atau
bersuamikan orang kaya]

642 Ayam ditambat disambar helang, padi di tangan tumbuh lalang [Nasib yang
malang]

643 Ayam tak patuk, itik tak sudu [Seseorang yang hina dalam masyarakat]

644 Ayam sudah patah, kalau-kalau dapat menikam [Orang yang telah jatuh melarat itu
mungkin akan berubah nasibnya]

645 Ayam terlepas, tangan bau tahi [Orang yang melakukan kejahatan akhirnya akan
mendapat malu]

646 Bagaimana acuan begitulah kuihnya [Bagaimana kelakuan ibu atau bapa begitulah
kelakuan anaknya]

647 Bagaimana bunyi gendang, begitulah tarinya [Bagaimana perintah, begitulah


seharusnya sesuatu itu di lakukan]

648 Bagaimana tidak menggigit telunjuk, melihat air hujan turun keruh [Berasa
hairan melihat orang yang berketurunan baik-baik berkelakuan tidak senonoh]

649 Baharu bertatih hendak berlari, langsung tersembam [Melakukan sesuatu sebelum
tiba masanya, akhirnya akan ditimpa kesusahan]

650 Bahasa menunjukkan bangsa [Bahasa mencerminkan tinggi atau rendahnya kedudukan
sesuatu bangsa itu]

651 Bakar air hendakkan abu [Membuat pekerjaan yang mustahil]

652 Balik belakang lain bicara [Mungkir janji]

653 Bangkai gajah bolehkah ditudung oleh nyiru? [Sesuatu perbuatan jahat yang besar
tidak dapat disembunyikan daripada pengetahuan orang ramai]

654 Banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam [Setiap orang mempunyai
kegemaran, kemahuan, dan pendapat yang tidak sama]

655 Barang tergenggam jatuh terlepas [Barang yang mungkin menjadi hak milik kita,
tiba-tiba terlepas ke tangan orang lain]
656 Baharu bertunas sudah dipetik, masakan boleh hidup [Belum banyak untungnya
sudah berbelanja besar]

657 Baharu dianjur, sudah tertarung [Baru hendak mernulakan sesuatu sudah
berhadapan dengan pelbagai masalah]

658 Batu direbus masakan empuk [Orang yang bebal, bagaimana diajar sekalipun tidak
akan pandai]

659 Bau cekur jerangau ada lagi di ubun-ubun, sudah hendak berumah tangga [Lelaki
yang belum cukup umur sudah mahu beristeri]

660 Baung di bawah bangkar [Bunyi orang bersungut tetapi tidak jelas hujung
pangkalnya]

661 Belakang parang kalau diasah nescaya tajam [Bagaimana bodoh sekalipun seseorang
itu, jika diasuh akhirnya dia akan pandai juga]

662 Belum disuruh sudah pergi, belum dipanggil sudah datang [Orang yang arif dan
rajin]

663 Belum duduk sudah berlunjur [Belum memperoleh sesuatu yang dihajati tetapi
sudah berasa gembiral

664 Belum tahu lagi, ayam sedang berlaga [Belum ada keputusan]

665 Belut pulang ke lumpur, ikan pulang ke lubuk [Kembali ke tempat asalnya]

666 Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dulu,


bersenang-senang kemudian [Merempuh kesusahan dahulu sebelum mendapat kesenangan]

667 Beranak tidak berbidan [Mendapat kesusahan kerana kesalahan sendiri]

668 Berani kerana benar, takut kerana salah [Bertindak kerana berada di pihak yang
benar]

669 Berapa berat mata memandang, berat lagi bahu memikul [Berapa susah kita melihat
seseorang itu menanggung kesusahan, susah lagi orang yang mengalaminya]

670 Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing [Bermuafakat dalam melakukan sesuatu
kerja, sama ada susah atau mudah]

671 Berdiri sama tinggi, duduk sama rendah [Dua orang yang setaraf dan sepadan]

672 Berhakim kepada beruk [Minta pengadilan kepada orang yang tamak, sudah tentu
mendapat kerugian]

673 Berkerat rotan berpatah arang [Pergaduhan atau perceraian yang tidak boleh
berbaik-baik semula]

674 Berlindung di sebalik telunjuk [Hendak menyembunyikan sesuatu rahsia, sedangkan


rahsia itu telah diketahui orang]

675 Berniaga buluh kasap, hujung hilang pangkal lesap [Mengerjakan sesuatu dengan
tidak mengetahui caranya, hanya akan mendatangkan kerugian]

676 Bertali boleh diheret, bertampuk boleh dijinjing [Perjanjian yang tidak dapat
dimungkiri lagi kerana ada bukti yang dapat dipegang]
677 Bertanam tebu di bibir mulut [Mengeluarkan kata-kata manis untuk memujuk atau
memuji]

678 Bertemu buku dengan ruas [Bertemu lawan yang sama-sama handal]

679 Bertelingkah antan di lesung, ayam juga yang kenyang [Perselisihan faham antara
dua saudara tentang sesuatu, orang lain juga yang beruntung]

680 Besar periuk, besarlah keraknya [Besar pendapatan, besar pula perbelanjaan]

681 Besar pasak daripada tiang, besar sendal daripada gelegar [Lebih besar belanja
daripada pendapatan]

682 Biduk lalu kiambang bertaut [Dua pihak yang berselisih faham akan berbaik
semula sekiranya orang yang menjadi pengacau atau penghasut dapat disingkirkan]

683 Bila kucing tidak bergigi, tikus berani melompat tinggi [Ketua atau pemerintah
yang telah hilang kuasanya tidak lagi ditakuti oleh orang bawahannya]

684 Bodoh tidak dapat diajar, cerdik tidak dapat diikut [Orang yang tidak mahu
ditunjuk ajar langsung]

685 Bukan tanah menjadi padi [Bukan tempatnya untuk berbuat baik]

686 Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat [Kejayaan sesuatu
pekerjaan ta adalah hasil persefahaman dan kerjasama yang erat]

687 Bumi mana tak ditimpa hujan [Manusia tidak lepas daripada membuat kesalahan]

688 Bunga disunting, perdu ditendang [Seorang suami yang hanya menyayangi isterinya
tetapi membenci mentuanya]

689 Bunga raya kembang pagi [Muka yang merah padam kerana marah akan sesuatu]

690 Bunga mekar di taman, baunya semerbak ke mana-mana [Gadis yang cantik akan
masyhur dan menjadi sebutan di mana-mana]

691 Buruk perahu buruk pangkalan [Seorang suami yang telah bercerai dengan
isterinya, tidak mahu menjenguknya lagi]

692 Burung hantu kesiangan [Tidak dapat berbuat apa-apa kerana kehabisan daya]

693 Burung terbang dipipiskan lada [Sesuatu yang dihajati belum tentu dapat tetapi
rancangan untuk menggunakannya telah dibuat]

694 Busut juga yang ditimbuni anai-anai [Orang yang sememangnya kaya bertambah
kaya]

695 Cacing hendak menjadi naga [Orang berpangkat rendah berlagak seperti orang
berpangkat tinggi]

696 Cacing menelan naga [Orang lelaki daripada keturunan orang kebanyakan dapat
berkahwin dengan anak gadis orang bangsawan]

697 Cakap berdegar-degar, tahi tersangkut di gelegar [Orang yang cakapnya sahaja
besar, hasil pekerjaan tiada)

698 Cakap sejengkal dibawa sehasta [Perkara yang kecil diperbesar]

699 Calak-calak ganti asah, menaniti tukang belum datang [Dipakai untuk sementara
waktu sahaja sementara belum ada yang lebih baik]

700 Cari umbut kena buku [Mencari yang baik, mendapat yang buruk]

701 Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga [Perbalahan antara

adik-beradik tidak akan berpanjangan]

702 Cencaru makan petang [Pekerjaan yang dilakukan dengan lambat mendatangkan hasil
yang baik dan lumayan]

703 Condong ditumpil, lemah dianduh [Memberi pertolongan (kewangan, fikiran, dan
sebagainya) kepada orang yang dalam kesusahan]

704 Condong yang akan menongkat, rebah yang akan menegakkan [Pemimpin yang akan
membantu atau menjaga rakyatnya jika ada kesusahan yang menimpa rakyatnya itu]

705 Cuba-cuba menanam mumbang, jika hidup turus negeri [Meneruskan sesuatu
pekerjaan yang kurang berharga, mungkin akan mendatangkan basil kelak]

706 Cubit paha kanan, paha kiri pun sakit juga [Sekiranya seseorang itu menyusahkan
kaum keluarganya sendiri, dia pun akan turut berasa susah]

D
707 Dada manusia tidak dapat diselami [Isi hati atau fikiran seseorang itu tidak
dapat kita ketahui]

708 Dalam kilat ada kilau [Dalam percakapan yang terang atau biasa, ada sesuatu
maksud yang tersembunyi]

709 Daun mengenalkan pohonnya [Daripada tingkah laku seseorang itu kita dapat
mengenali peribadinya]

710 Dari jauh diangkat telunjuk, kalau dekat diangkat mata [Umpat dan caci kerana
kelakuan yang tidak senonoh]

711 Datang seperti ribut, pergi seperti semut [Sesuatu penyakit itu cepat merebak
tetapi lambat pulih]

712 Datang tak berjemput, pulang tak berhantar [Tetamu yang tidak pentingi]

713 Daun dapat dilayangkan, getah jatuh ke perdu juga [tidak sama kasih kepada anak
sendiri dengan kasih kepada anak orang lain]

714 Dekat dapat ditunjal, jauh dapatditunjuk [Perkataan atau pengakuan yang dapat
dibuktikan kebenarannya]

715 Dengar cakap enggang, makan buah beluluk; dengar cakap orang, terjun masuk
lubuk [Sesuatu pekerjaan yang hendak dilakukan mestilah diusahakan dengan sungguh-
sungguh dan jangan sekali-kali mendengar cakap orang kerana diri sendiri yang akan
menerima padahnya]

716 Deras datang dalam kena [Pekerjaan yang dilakukan secara terburu-buru akan
mendatangkan kerugian]

717 Diam-diam ubi berisi, diam-diam penggali berkarat [Diam orang yang berilmu
berfikir sementara diam orang yang bodoh itu sia-sia sahaja]

718 Diam penggali berkarat [Ilmu yang disimpan sahaja, lama-kelamaan akan hilang]

719 Dianjak layu, dianggur mati [Keputusan yang tidak dapat diubah lagi]

720 Dibakar tidak hangus, dijemur tidak kening, direndam tidak basah, ditetak tidak
putus [Tidak dapat dibuat apa-apa lagi terhadap seseorang yang keras hati atau
berkuasa]

721 Dibalik-balik bagai memanggang [Difikirkan semasak-masaknya]

722 Dihujani kering, dijemur basah [Membuat sesuatu pekerjaan yang menyusahkan
orang lain]

723 Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan [Jika ada azam, apa-apa yang dihajati
dapat dicapai]

724 Di mana anjing menyalak di situlah biawak memanjat [Jika hendak menyiasat
sesuatu kejadian jahat, carilah puncanya di tempat kejadian itu]

725 Di mana kayu bengkok, di situlah musang meniti [Tempat yang tidak dijaga dengan
baik akan didatangi pencuri]

726 Di mana tempat kutu hendak makan kalau tidak di atas kepala [Sudah menjadi
adat, anak bergantung pada ayah dan yang miskin bergantung pada yang kaya]

727 Di mana tumbuh, di situ disiang [Jika tenjadi sesuatu perkara atau
perselisihan, hendaklah diperiksa dan diselesaikan di situ juga]

728 Ditelan mati emak, diluah mati bapak [Dalam keadaan serba salah]

729 Dua badan senyawa [Dua orang yang berteguh janji taat setia sehidup semati;
sangat karib]

730 Dua kali dua empat [Dua orang yang sama sifat atau perangai]

731 Duduk berkisar, tegak berpaling [Memungkiri apa-apa yang telah dikatakan
dahulu]

732 Duduk dengan cupak dan gantang [Mendapat ketua yang adil]

733 Duduk seperti kucing, melompat seperti harimau [Orang yang pendiam tetapi
tangkas bekerja dan berfikir]

734 Dulu besi sekarang timah [Seorang yang telah turun pangkat]

735 Elok kata dalam muafakat, buruk kata di luar muafakat [Sesuatu yang hendak
dilakukan, elok dibicarakan dahulu dengan kaum keluarga dan sebagainya supaya
pekerjaan itu selamat]

736 Emas berpeti, kerbau berkandang [Harta benda harus disimpan di tempat yang
betul supaya selamat]
737 Enak lauk dikunyah-kunyah, enak kata diulang-ulang [Nasihat untuk kebaikan
perlu disebut berulang kali]

738 Enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing [Orang yang mementingkan
diri sendiri]

739 Enau sebatang dua sigainya [Jika sesuatu pekerjaan mempunyai dua orang ketua,
tentu hasilnya tidak menjadi / Seorang isteri yang menduakan suami]

740 Enggang lalu ranting patah [Orang yang pernah terlibat dalam jenayah, kebetulan
berada di tempat berlakunya jenayah, tentulah dia disyaki walaupun dia tidak
melakukannya]

741 Enggang sama enggang, pipit sama pipit, baru boleh terbang sama [Hubungan,
ikatan, atau jodoh yang sama taraf kedudukannya]

742 Esa hilang, dua terbilang [Berusaha dengan sungguh-sungguh dan tidak takut
menghadapi risikonya]

G
743 Gagak bensuara murai [Rupanya hodoh tetapi suaranya mendu dan baik budi
bahasanya]

744 Gajah berak besar kancil pun hendak berak besar, akhirnya mati kebebangan
[Seseorang yang berbelanja seperti orang kaya, akhirnya menderita]

745 Gajah mati meninggalkan tulang, harimau mati meninggalkan belang, manusia mati
meninggalkan nama [Orang yang berjasa akan dikenang selama-lamanya setelah
meninggal dunia]

746 Gajah mati, tulang setimbun [Apabila seseorang jutawan mati, tentu sekali
banyak meninggalkan hanta]

747 Gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah-tengah [Dua pihak yang
berkuasa bengaduh, rakyat yang menderita]

748 Gantung tak bertali, salai tak berapi [Seseonang suami yang meninggalkan isteni
tanpa memberi nafkah atau menceraikannyal

749 Garam dikulum tidak hancur [Orang yang pandai menyimpan rahsia]

750 Garam jatuh di air [Nasihat yang diterima dengan baik atau dipatuhi]

751 Gayung tua, gayung memutus [Kata-kata orang tua biasanya benar dan tepat]

752 Gemuk membuang lemak, cerdik membuang kawan [Sesudah kaya atau berpangkat,
tidak mahu menolong atau bergaul dengan keluarga sendiri]

753 Geruh tak berbunyi, malang tak berbau [Kemalangan terjadi tanpa diketahui]

754 Getikkan puru di bibir [Susah hendak membenci anak atau isteri sendiri walaupun
perangai mereka buruk]

755 Gigi dengan lidah adakala tergigit juga [Suami isteri atau sanak saudara
adakalanya berselisih faham juga]

756 Gigi tanggal, rawan murah (Keinginan yang datang sesudah tidak ada kesempatan
lagi]

757 Gunung yang tinggi akan runtuh jika setiap hari digali [Harta yang banyak akan
habis sekiranya tidak ditambah]

758 Guru kencing berdiri, murid kencing berlari [Murid mencontoh kelakuan guru
terutama dalam perkara yang tidak baik]

H
759 Hanya air dingin yang dapat memadamkan api [Kata-kata yang lemah lembut dapat
menyejukkan hati yang marah]

760 Hapus panas setahun oleh hujan sehari [Jasa atau kebaikan seseorang boleh
hilang akibat kesalahan yang sedikit]

761 Harapkan pagar, pagar makan padi [Orang yang diberi kepercayaan untuk menjaga
sesuatu, mengkhianati kepercayaan itu]

762 Hari guruh takkan hujan [Orang yang terlalu marah biasanya tidak sampai memukul
orang lain]

763 Harimau mengaum tak makan orang [Orang yang marah-marah sambil bersungut, tidak
berniat membenci atau menganiaya orang lain]

764 Harimau menunjukkan belangnya [Orang yang menunjukkan kekuasaan atau


keberaniannya]

765 Harimau menyembunyikan kukunya [Orang yang berilmu tidak mahu menunjukkan
kebolehannya]

766 Hasrat hati hendak peluk gunung, apakan daya tangan tak sampai [Tidak berdaya
mencapai apa-apa yang dihajati atau dicita-citakan]

767 Hati bak serangkak dibungkus [Sangat berharap akan mendapat sesuatu yang
diingini] 768 Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah [Pembahagian

yang sama rata, beruntung banyak sama-sama mendapat banyak, beruntung sedikit sama-
sama mendapat sedikit]

769 Hendak harum terlalu hangit [Kerana terlalu hendak meninggikan diri, akhirnya
mendapat malu]

770 Hendak dapat pisang terkupas [Inginkan kesenangan tetapi malas berusaha]

771 Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih [Jika berkehendakkan sesuatu, akan
berusaha untuk mendapatkannya tetapi jika tidak mahu melakukan sesuatu, berbagai-
bagai alasan akan diberikan]

772 Hendak terbang tiada bersayap, hendak hinggap tiada berkaki

[Seseorang yang tidak berupaya membuat sesuatu]

773 Hilang bahasa lenyap bangsa [Jika sesuatu bahasa itu tidak digunakan lagi
bererti bangsanya pun sudah tidak ada / Hilang budi bahasa, hilang darjat diri]

774 Hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong [Seseorang yang suka menonjol-
nonjolkan dirinya kepada orang lain sedangkan orang berkenaan langsung tidak
memberikan perhatian terhadapnya]
775 Hidup dikandung adat, mati dikandung tanah [Semasa hidup kita hendaklah
mengikut peraturan atau adat yang ditetapkan, apabila sudah mati terserahlah kepada
hukum Tuhan]

776 Hitam-hitam tahi minyak dimakan juga, putih-putih hampas kelapa dibuang [Barang
yang buruk tetapi berguna akan disimpan manakala barang yang cantik tetapi tidak
berguna dibuang]

777 Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri
sendiri [Walau bagaimana mewah dan baik negara orang berbanding dengan negara
sendiri, lebih baiklah berada di negara sendiri]

778 Hujan, tempat berteduh; panas, tempat berlindung [Orang yang selalu memberikan
pertolongan kepada orang lain yang mendapat kesusahan]

779 Hujung lurus pangkal berkait [Orang yang pada zahirnya baik tetapi hatinya
tidak]

780 Hutang darah dibayar darah, hutang nyawa, nyawa padahnya [Tiap-tiap hukuman itu
mestilah bersesuaian dengan kesalahannya]

781 Hutang emas boleh dibayar, hutang budi dibawa mati [Budi-baik seseorang tidak
dapat dibayar melainkan dikenang selama-lamanya]

I
782 Ikut hati mati, ikut rasa binasa, ikut suka duka [Membuat sesuatu yang didorong
oleh hawa nafsu akhirnya mendatangkan kesusahan]

783 Indah khabar daripada rupa [Keadaan sesuatu yang tidak sama seperti yang
digambarkan]

784 Ini hari orang, esok hari kita [Malang sukar ditentukan, oleh itu kita
hendaklah sentiasa beringat-ingat]

785 Intan disangka batu kelikir [Tidak mengetahui nilai (keadaan) yang sebenarnya]

786 Intan itu jika terbenam di pelimbahan sekalipun, tiada akan hilang cahayanya
[Kebenaran akan terserlah juga walaupun disembunyikan]

787 Itik berenang dalam air mati kehausan [Menderita kesusahan walaupun banyak
wang]

J
788 Jauhari juga yang mengenal manikam [Orang yang bijaksana juga yang mengetahui
kelebihan sesuatu ilmu]

789 Jauh berjalan banyak pemandangan, lama hidup banyak dirasa [Jika kita banyak
merantau banyaklah perkara yang dapat kita lihat, begitu juga orang yang telah lama
hidup banyaklah pengalamannya]

790 Jauh panggang dan api [Jauh daripada yang dimaksudkan atau mustahil boleh
berlaku] 791 Jika tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya [Hendaklah berusaha
untuk mendapatkan sesuatu yang dihajati]

792 Jika tidak kerana angin masakan pokok bergoyang [Jika perkara itu tidak
berlaku, masakan ada orang yang berkata-kata tentang hal itu]
793 Jika ular menyusur akar sekalipun tak akan hilang bisanya [Orang

mulia atau berpangkat tinggi tidak akan jatuh darjatnya sekalipun dia bergaul
dengan orang kebanyakan]

794 Jiwa hergantung di hujung rambut [Dalam keadaan yang sangat mencemaskan dan
berbahaya]

795 Jong pecah, yu yang kenyang [Dalam keadaan huru-hana tentu ada onang yang
mendapat keuntungan]

796 Jual sutera beli mastuli [Mendapat ganti yang lebih berharga lagi]

797 Kail sebentuk umpannya seekor, sekali putus sehari berhanyut [Melakukan sesuatu
tanpa membuat persediaan yang cukup untuk menghadapi sebarang kemungkinan]

798 Kain basah kering di pinggang [Keadaan orang yang terlalu miskin]

799 Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang [Pendapatan yang diperoleh cukup
untuk sehari sahaja]

800 Kalau asal benih yang baik jatuh ke laut menjadi pulau [Orang yang berketurunan
baik, ke mana-mana sahaja dia pergi akan tetap menjadi baik]

801 Kalau bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi [Tidak mungkin perselisihan
atau percintaan tenjadi daripada satu pihak sahaja]

802 Kalau bukan rezeki, di mulut lari ke luar [Rezeki (harta) yang belum dapat
ditentukan sebagai milik sendiri]

803 Kalau dicampak bunga takkan dibalas dengan tahi [Budi baik seseorang tidak akan
dibalas dengan kejahatan]

804 Kalau pandai meniti buih, selamat badan sampai ke seberang [Orang yang pandai
membawa diri, hidupnya akan selamat]

805 Kalau secupak takkan jadi segantang [Sesuatu yang sudah ditentukan, tidak boleh
diubah lagi]

806 Karam berdua basah seorang [Dua onang yang melakukan kesalahan tetapi seorang
sahaja yang dihukum]

807 Kasihkan anak tangan-tangankan, kasihkan isteri tinggal-tinggalkan [Jangan


terlampau memanjakan orang yang disayangi]

808 Kata seorang dibulati, kata bersama diperiakan [Urusan peribadi boleh
diputuskan sendiri tetapi urusan orang ramai perlu dirundingkan bersama-sama]

809 Ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni [Sama-sama menikmati kesenangan
atau menghadapi kesusahan]

810 Kecil jangan disangka anak, besar jangan disangka bapa [Pengetahuan seseorang
itu bukanlah diukur berdasarkan rupa/ umurnya]

811 Kecil tapaktangan nyiru ditadahkan [Menyatakan rasa terima kasih dan berbesar
hati kerana nasihat atau pertolongan orang lain]

812 Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi? [Sifat seseorang ibu atau bapa
sedikit banyak akan turun kepada anaknya]

813 Kena parang bermata dua [Sangat menyakitkan hati (perasaan)]

814 Kepala sama hitam, hati lain-lain [Lain orang, lain fikirannya]

815 Kerbau dipegang pada talinya, manusia dipegang pada janjinya [Segala janji yang
telah dilafazkan mestilah ditepati]

816 Kerbau sekawan boleh dikandang, manusia seorang tiada terkawal [Sukar menjaga
seorang gadis supaya nama baiknya tidak tercemar]

817 Keris pedang tiada tajam, lebih tajam mulut manusia [Kata-kata seseorang itu
lebih tajam daripada senjata]

818 Kerja bertangguh tak menjadi, kerja beransur tak bertahan [Kerja yang selalu
ditangguh-tangguhkan tidak akan dapat diselesaikan]

819 Kerja raja dijunjung, kerja sendiri dikelek [Kerja yang disuruh oleh ketua
diutamakan daripada kerja sendiri]

820 Kesat-kesat daun pimping, kalau kesat daun labu boleh dicelur [Orang yang
miskin serta tidak berilmu tiada gunanya di kalangan orang banyak, tetapi kalau
baik kelakuannya, ada juga faedahnya]

821 Ketam menyuruh anaknya berjalan betul [Orang yang menasihati orang lain berbuat
sesuatu dengan betul sedangkan dia sendiri berbuat salah]

822 Ke tengah boleh ke tepi pun boleh [Orang yang dapat menyesuaikan diri di mana-
mana dia berada]

823 Kita baru mencapai pengayuh, orang sudah tiba ke seberang [Orang yang bijaksana
selalu mencapai sesuatu maksud lebih dahulu daripada orang lain]

824 Kokok berderai-derai, ekor bergelumang tahi [Orang miskin yang bercakap besar
dan berlagak seperti orang kaya]

825 Kuman di seberang laut nampak, gajah di bibir mata tak kelihatan [Kesalahan
orang walaupun kecil nampak tetapi kesalahan sendini yang lebih besar tidak
disedari]

826 Kundur tidak melata pergi, labu tidak melata mari [Persetujuan atau
persahabatan harus datang daripada kedua-dua belah pihak]

827 Kura-kura hendak memanjat kayu [Melakukan sesuatu yang mustahil]

828 Lagi terang lagi bersuluh [Sudah memahami sesuatu perkara tetapi masih bertanya
lagi]

829 Lain bengkak lain bernanah [Orang lain yang melakukan kesalahan, orang lain
pula yang dipersalahkan]

830 Lain dulang lain kakinya, lain orang lain hati [Manusia mempunyai sifat atau
kehendak yang berbeza]
831 Lain lubuk, lain ikannya [Setiap negara mempunyai adat resam yang berlainan]

832 Lalang ditanam takkan padi yang tumbuh [Perbuatan yang jahat tidak akan
mendapat balasan yang baik]

833 Laut mana yang tak berombak, bumi mana yang tak ditimpa hujan [Setiap orang
tidak terlepas daripada melakukan kesalahan / Segala usaha itu mesti ada kesukaran
atau cabarannya]

834 Lemak-lemak santan berlada [Kata-kata manis dan lemah lembut tetapi mengandungi
sindiran yang tajam]

835 Lembah diraih, pantai dititi [Sikap yang bijaksana dalam mengeluarkan sesuatu
perintah atau arahan]

836 Lembu punya susu, sapi dapat nama [Orang lain yang membuat sesuatu pekerjaan,
orang lain pula yang mendapat nama]

837 Lembut gigi daripada lidah [Berkata-kata dengan lemah lembut dan merendahkan
diri kerana berhajatkan sesuatu]

838 Lempar batu sembunyi tangan [Membuat sesuatu yang tidak baik kemudian berpura-
pura tidak tahu]

839 Lenggang-lenggok bagai cupak hanyut [Gaya jalan yang lemah lembut dan menarik]

840 Lengkuas di tepi kandang, tegak puas badan menyandang [Kesalahan yang kita
buat, kita juga yang menanggung akibatnya]

841 Lepas bantal berganti tikar [Mengahwini saudara atau ahli keluarga isteri atau
suami yang telah meninggal dunia]

842 Luka sudah hilang, parut tinggal juga [Sungguh pun orang yang berselisih faham
itu telah berdamai namun peristiwa itu tetap berbekas di hati masing-masing]

843 Lulus jarum lulus kelindan [Kalau kehendak pertama itu tencapai kehendak lain
akan tercapai juga]

844 Lurus sumpitan hendak mengena [Tipu muslihat untuk mencani keuntungan bagi diri
sendiri]

M
845 Mahu seribu daya, tak mahu seribu dalih [Jika hendakkan sesuatu, seseorang akan
mencuba untuk mendapatkan dengan sedaya upayanya tetapi jika dia tidak mahu,
pelbagai alasan akan diberikan]

846 Makan hati berulam jantung [Perasaan sedih yang amat sangat]

847 Makan keringat orang [Mengecap kesenangan dengan cara memeras orang lain]

848 Makin murah makin menawar [Seseorang yang telah dituruti kehendaknya,
berkehendakkan lebih lagi]

849 Malu jika anak harimau menjadi anak kambing [Tidak patut anak orang baik-baik
menjadi jahat]

850 Malu bertanya sesat jalan [Kalau tidak mahu berusaha tentu tidak akan mendapat
kejayaan]

851 Manikam itu kalau jatuh ke limbahan sekalipun tidak akan hilang cahayanya
[Intan itu jika terbenam di pelimbahan sekalipun, tiada akan hilang cahayanya]

852 Mara jangan dicari, rezeki jangan ditolak [Bahaya atau kesusahan jangan sekali-
kali dicari tetapi jangan pula menolak sesuatu yang mendatangkan kebaikan]

853 Marahkan pijat kelambu dibakar, tidur terdedah [Disebabkan takut akan bahaya
yang kecil, keuntungan yang besar dibuang akhirnya diri sendiri yang rugi]

854 Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak [Apabila kita
berada di tempat orang, kita hendaklah mengikut adat resam masyarakat di situ]

855 Masuk telinga kanan keluar telinga kiri [Nasihat dan pengajaran yang tidak
diterima]

856 Melentur aur/buluh biarlah dan rebungnya [Mendidik anak hendaklah sejak kecil
lagi kerana apabila sudah besar, susah hendak mendidiknya]

857 Meludah ke langit, timpa atas batang hidung sendiri [Memburukkan keluanga
sendiri, diri sendiri juga yang malu]

858 Membasuh arang yang terconteng di muka [Menghilangkan aib]

859 Membeli kerbau di padang [Melakukan sesuatu tanpa usul periksa lebih dahulu]

860 Memberakkan periuk nasi sendiri [Mengkhianati tempat kita menumpang atau tempat
kita bekerja]

861 Membesarkan kerak nasi [Berbelanja lebih dan membazir]

862 Membujur lalu melintang patah [Sanggup menghadapi sebarang tentangan atau
dugaan]

863 Memulangkan paku buah keras [Membangkitkan perkara yang sudah lepas]

864 Menabur benih di atas batu [Berbuat baik kepada orang yang tidak tahu membalas
budi tentulah sia-sia]

865 Menabur benih di tanah subur [Berbuat baik kepada orang yang tahu mengenang
budi]

866 Menahan lukah di pergentingan [Mencari keuntungan dalam keadaan kecemasan /


Mengambil kesempatan daripada orang yang susahi]

867 Menantikan kucing bertanduk [Mengharapkan sesuatu yang mustahil akan berlaku]

868 Menantikan nasi disajikan ke lutut [Seseorang yang malas berusaha tetapi
mengharapkan kesenangan datang kepadanya]

869 Mencurahkan air di daun keladi [Memberikan nasihat kepada orang yang tidak mahu
menerimanya]

870 Mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan [Mengharapkan sesuatu


yang belum tentu dapat, barang yang ada dihabiskan atau dibuang]

871 Menetak dengan belakang parang [Menyuruh orang malas bekerja]


872 Mengata dulang paku serpih, mengata orang dirinya yang lebih [Menegur keburukan
orang, sedangkan keburukan diri sendiri tidak disedari]

873 Minyak takkan bercampur dengan air [Sesuatu yang tidak dapat disatukan]

874 Muka ditampal kulit babi [Orang yang berasa amat malu]

875 Mulut tempayan boleh ditutup, mulut manusia bagaimana menutupnya [Rahsia yang
sudah diketahui orang akan tersebar ke mana-mana sahaja]

876 Murai berkicau hari siang [Sesuatu yang sudah terang dan nyata]

877 Naga ditelan ular lidi [Anak orang bangsawan berkahwin dengan orang kebanyakan]

878 Nak menangguk ikan, tertangguk batang [Mengharapkan untung tetapi mendapat
kerugian]

879 Nasi masak periuk pecah [Hukuman yang telah dijatuhkan tidak boleh diminta
belas kasihan lagi]

880 Nasi sama ditanak, kerak dimakan seorang [Sama-sama melakukan sesuatu pekerjaan
tetapi keuntungannya diambil seorang]

881 Nasi sudah menjadi bubur [Sesuatu yang sudah terlanjur tidak dapat dibetulkan
lagi]

882 Nasi tak dingin, pinggan tak retak [Cermat melakukan sesuatu pekerjaan]

883 Nasib penyapu, banyak jasa [Turun darjat terlalu banyak membuat kebajikan
sehingga merosakkan diri sendiri]

884 Ombaknya kedengaran, pasirnya tidak kelihatan [Khabarnya telah kedengaran,


tetapi buktinya belum ada]

885 Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa [Jika orang telah
berbudi kepada kita, kita harus membalasnya dengan baik]

886 Orang lain yang makan nangka, orang lain yang terkena getah [Orang lain yang
membuat kesalahan, orang lain pula yang menenima akibatnya]

887 Orang mandi berselam, kita mandi bertimba [Orang mendapat keuntungan besar,
kita mendapat keuntungan kecil]

888 Orang mencubit, kita menampar [Cara membuat sesuatu berlainan tetapi kesannya
sama sahaja]

889 Orang mengantuk disorongkan bantal [Mendapat sesuatu yang diinginkan tentulah
berasa gembira]

890 Orang yang menunggu perigi itu, bilakah ia mati dahaga? [Orang yang
berdampingan dengan orang yang berilmu, lambat-laun akan berilmu juga]
P

891 Padi setangkai bernas semuanya [Keluarga yang hidup beruntung dan berbahagia]

892 Patah kemudi perahu hanyut [Apabila ketua sesuatu kumpulan telah tiada, keadaan
kumpulan itu akan menjadi kucar-kacir]

893 Patah tumbuh hilang berganti [Sesuatu yang hilang itu ada gantinya]

894 Penyu bertelur beratus-ratus senyap, ayam bertelur sebiji riuh sekampung [Orang
yang mendapat sesuatu dengan banyak berdiam diri sahaja sedangkan orang yang
mendapat sesuatu dengan sedikit, heboh memberitahu orang lain tentang hal itu]

895 Perahu papan bermuat intan [Menunjukkan jodoh yang tidak sesuai]

896 Pinang pulang ke tampuk [Sesuatu benda yang sesuai pada tempatnya / Suami
isteri yang telah bercerai berbalik semula]

897 Pipit hendak meminang enggang [Ingin membuat sesuatu di luar kemampuan diri]

898 Pipit pekak makan berhujan [Sangat rajin]

899 Pokok yang besar juga yang dinaiki sakat [Orang yang kaya juga yang bertambah
kekayaannya]

900 Pucuk dicita, ulam mendatang [Orang mengantuk disorongkan bantal]

901 Pukul anak sindir menantu [Memarahi seseorang tetapi sebenarnya kemarahan itu
ditujukan kepada orang lain]

902 Punggur rebah belatuk menumpang mati [Jika orang yang menjadi pelindung atau
penaung jatuh, anak buahnya turut menerima akibatnya]

903 Putus tali boleh disambung, patah arang patah sekali [Bercerai hidup masih ada
peluang berjumpa tetapi bercerai mati bercerai selama-lamanya]

904 Raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah [Raja atau pemerintah yang
adil dan saksama akan disayangi rakyat tetapi jika zalim, akan dibenci oleh rakyat]

905 Rajin bekerja mudah belanja [Orang yang rajin sentiasa murah rezeki]

906 Rantai besi dimakan bubuk [Cerita yang tidak logik]

907 Rasa pedih cuping telinga [Berasa marah kerana mendengar kata-kata yang
menyakitkan hati]

908 Rebung tidak jauh dan rumpun [Perangai anak tidak jauh bezanya daripada
perangai ibu bapa mereka]

909 Rezeki helang takkan dapat dimakan oleh musang [Rezeki seseorang tidak boleh
direbut oleh orang lain]

910 Ringan mulut berat punggung [Pandai bercakap sahaja tetapi malas bekerja]

911 Ringan sama dijinjing, berat sama dipikul [Melakukan sesuatu pekerjaan bersama-
sama]
912 Ringan tulang berat perut (Rajin bekerja mudah belanja]

913 Rosak anak oleh menantu [Orang yang dikasihi merosakkan harta yang diberikan
kepadanya]

914 Rosak badan kerana mulut [Mengeluarkan kata-kata kasar terhadap seseorang tanpa
berfikir panjang yang boleh menyusahkan diri sendiri]

915 Rosak bawang ditimpa jambak [Rosak nama atau maruah seseorang kerana
kelakuannya sendiri]

916 Rosak tapai kerana ragi [Pekerjaan yang dibuat tanpa berhati-hati tidak akan
sempurna]

917 Rumah sudah pahat berbunyi [Mengemukakan pendapat setelah perkara itu dibuat
keputusan]

918 Rumah terbakar tikus habis keluar [Apabila berlaku sesuatu mala petaka di
sesebuah negara, rakyat di negara itu akan melarikan diri]

919 Runcing tanduk berbelang kening [Sudah terkenal jahatnya]

920 Rupa harimau hati tikus [Rupa saja yang hebat dan garang, tetapi pengecut]

921 Sakit sama mengaduh, luka sama menyiuk [Sama-sama ikut bertanggungjawab]

922 Sambil berdiang, nasi masak [Membuat dua kerja dalam satu masa]

923 Sambil menyelam minum air [Membuat dua pekerjaan dalam satu masa]

924 Sebesar-besar bumi ditampar tak kena [Perkara yang kelihatan mudah tetapi sukar
untuk membuatnya]

925 Sebusuk-busuk daging dibasuh, dikincah dimakan jua [Walau bagaimana jahatnya
keluarga atau kaum kerabat, tidak sampai hati membiarkannya]

926 Sedangkan bah kapal tak hanyut, inikan pula kemarau panjang [Pada masa ada mata
pencarian tidak boleh hidup senang, inikan pula tanpa pekerjaan]

927 Sekali air bah sekali pantai berubah [Lain ketua lainlah pula kemahuannya]

928 Sekali jalan terkena, dua kali jalan tahu [Sekali tertipu tentu akan berhati-
hati pada masa akan datangl

929 Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga [Walau bagaimana
panda] seseorang itu pasti akan melakukan kesilapan]

930 Sepuluh jong masuk, anjing bercawat ekor juga [Orang yang tidak mengendahkan
kemajuan dan perubahan]

931 Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna [Tiap-tiap sesuatu
pekerjaan yang hendak dibuat hendaklah difikir terlebih dahulu supaya tidak
menyesal pada kemudian hari]

932 Sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan [Kalau tidak mencapai kata
sepakat dalam perundingan, hendaklah berbalik kepada pokok persoalannya]

933 Siapa makan nangka, maka kena getahnya ]Siapa yang membuat kesalahan dia
sendiri yang menanggung akibatnya]

934 Siapa makan cili dialah berasa pedas [Siapa yang melakukan kesalahan, dialah
yang terasa bersalah apabila orang lain menyindirnya]

935 Si bingung makanan Si cerdik [Orang yang bodoh seringkali diperdayakan oleh
orang yang cerdik]

936 Si kudung mendapat cincin [Orang yang mendapat sesuatu yang berharga tetapi
tidak tahu menggunakannya dengan baik]

937 Si mandul baru beranak [Terlalu gembira kerana mendapat sesuatu yang tidak
disangka-sangka]

938 Sirih naik junjungan patah [Baru hendak memperoleh kesenangan tiba-tiba
mendapat kecelakaan]

939 Sudah dapat gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi [Orang yang mendapat
sesuatu yang lebih baik, yang lama ditinggalkannya]

940 Sudah diludah, dijilat balik [Sudah dicela atau dibuang, dipuji dan diambil
semula]

941 Sudah gaharu cendana pula [Bertanya akan sesuatu perkara yang memang sudah
diketahui]

942 Sudah jatuh ditimpa tangga [Mendapat kemalangan yang berturut-turut]

943 Sudah menjadi abu arang [Dalam keadaan yang telah rosak binasa]

944 Sudah patah yang bertaji [Orang yang ditakuti dan disegani sudah tiada lagi]

945 Sudah terhantuk baru tengadah [Beringat-ingat hanya selepas ditimpa sesuatu
muslihat]

946 Sukakan kemenyan, dibakar [Sukakan pengetahuan yang baik hendaklah disebarkan
seluas-luasnya]

947 Sumpit penuh tidak berisi lOrang yang bodoh tetapi berlagak seperti orang
pandai-pandai]

948 Tak dapat tanduk telinga dipulas [Sanggup melakukan apa-apa sahaja asalkan
dapat membalas dendam]

949 Takkan buaya menolak bangkai [Orang yang berperangai jahat susah hendak
meninggalkan perangai buruk itu]

950 Takkan pisang berbuah dua kali [Sekali jalan terkena, dua kali jalan tahu]

951 Takkan sama getah daun dengan getah batang [kasih sayang terhadap anak sendiri
tidak akan sama dengan anak saudara yang ada dalam jagaan kita]

952 Tak sungguh seluang melaut, akhirnya balik ke tepi juga [Tak tahan merantau
akhirnya balik ke kampungnya semula]

953 Tak tahu membalas guna [Tidak tahu membalas budi orang]

954 Tak tahu menari dikatakan lantai jongkang-jongket [Tidak mahu mengakui
kebodohan atau kelemahan sendiri]

955 Takut jatuh lain tertiarap, takut titik lalu tumpah [Takut rugi sedikit
langsung rugi banyak]

956 Tanam padi lalang yang tumbuh [Berpenat lelah membuat sesuatu untuk mendapatkan
keuntungan, akhirnya tidak mendapat apa-apa pun]

957 Tatang (Menatang) di anak lidah [Sangat mengasihi anak isteri]

958 Tebas buluh serumpun [Merosakkan nama keluarga kerana perbuatan yang tidak
baik] 959 Tebu habis manis, sepah dibuang [Seorang isteri yang diceraikan setelah
kecantikannya tidak menarik lagi]

960 Telinga yang lembut itulah selalu dipulas orang [Orang yang lemah-lembut dan
murah hati] kerap menjadi suruhan orang]

961 Tempayan yang penuh itu tidak berkocak airnya [Orang yang bijaksana dan
berpengetahuan tinggi tidak akan menonjolkan diri]

962 Tepuk dada tanya selera [Sesuatu pekerjaan yang akan kita lakukan hendaklah
difikirkan habis-habis]

963 Terkilat ikan dalam air, sudah tahu jantan betina [Orang yang bijaksana dapat
mengetahui maksud seseorang daripada gerak-gerinya]

964 Terlangsung perahu boleh balik, terlangsung cakap tak boleh balik [Berfikir
baik-baik sebelum bercakap kerana kata-kata yang telah diucapkan tidak dapat
ditarik balik]

965 Terlepas dan mulut buaya masuk ke mulut harimau [Setelah terlepas daripada satu
bahaya, mendapat bahaya yang lain pula]

966 Tiada beban batu digalas [Mencampuri hal orang lain dan menyusahkan din
sendiri]

967 Tiada gading yang tak retak [Walau bagaimana elok sekalipun sesuatu atau
seseorang itu tentu ada cacatnya]

968 Tiada rotan akar pun berguna [Kalau tidak ada barang yang terbaik, barang yang
kurang baik pun boleh digunakan juga]

969 Tidak sama air hujan dengan air telaga [Tidak sama orang yang mulia dengan
orang yang hina]

970 Tidur tak lena, mandi tak basah [Bersusah hati kerana terlalu memikirkan
sesuatu]

971 Tinggal kain sehelai sepinggang [Kehabisan harta kerana ditimpa kece]akaan]

972 Tong yang kosonglah yang selalu berkocak [Orang yang tidak berilmu selalu
bercakap besar]

973 Tua-tua keladi, semakin tua semakin menjadi [Orang tua yang berperangai seperti
orang muda]

974 Tukang tidak membuang kayu [Orang yang cerdik selalu berhemat atau berhati-hati
dalam segala perkara]

975 Tunggang hilang berani mati [Tidak gentar menjalankan kewajipan, terutama untuk
membela agama, bangsa, dan negara]

976 Tunggul terbakar di tengah huma [Rupa yang hitam]

977 Untung sepanjang jalan, malang sekejap mata [Untuk berjaya sangat susah, untuk
gagal sangat mudah]

978 Ukur baju di badan sendiri [Tiap-tiap sesuatu yang dibuat, mestilah berpadanan
dengan kemampuan diri sendiri]

979 Ular dipalu biarlah mati, pemalu janganlah patah, tanah janganlah lembang
[Apabila membuat sesuatu pekerjaan biarlah dengan cermat, bijak, dan berhati-hati]

980 Ulat di dalam batu pun hidup juga [Orang yang rajin berusaha tidak akan mati
kelaparan]

981 Untung sabut timbul, untung batu tenggelam [Kalau nasib seseorang itu baik, dia
akan mendapat keuntungan tetapi kalau sebaliknya, dia akan kerugian]

982 Upah bidan pun tak terbayar [Anak-anak nakal yang menyusahkan ibu bapa]

983 Usul menunjukkan asal, bahasa menunjukkan bangsa [Dengan memperhatikan perangai
seseorang dapatlah kita menilai asal keturunannya sama ada daripada baka yang baik
atau daripada baka yang tidak baik]

984 Walau disepuh emas lancang, kilat tembaga tampak juga [Bagaimana diajar
sekalipun, orang yang biadab itu kelihatan juga perangainya yang kurang baik]

985 Wayang kepadaman damar [Keadaan kacau yang terjadi dengan tiba-tiba]

986 Ya sepanjang hari, janji sepanjang jalan [Mudah berjanji, tetapi sukar
menepatinya]

987 Yang berhutang terjerat di kaki, yang menjamin terjerat di leher [Orang yang
menjadi penjamin kepada seseorang yang berhutang terpaksa membayar hutang tersebut
apabila orang yang berhutang itu melarikan diri]

988 Yang bulat datang bergolek, yang pipih datang melayang [Seseorang yang bertuah
akan mendapat rezeki di mana-mana sahaja]

989 Yang bongkok juga dimakan sarung [Orang yang bersalah tetap akan menerima
hukuman]

990 Yang disuruh tenggelam, yang menyuruh pun tenggelam [Orang yang malas disuruh
mengawasi orang yang malas akhirnya sia sia belaka]
991 Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran [Mengharapkan sesuatu yang
tidak pasti lalu barang yang ada dibuang]

992 Yang rendah terpendek sangat, yang tinggi terunjur sangat [Tidak pernah berasa
puas dengan sesuatu perolehan]

993 Yang tajam tumpul, yang bisa tawar [Dengan kata-kata yang lemah lembut dapat
menyelesaikan segala sengketa]

994 Yang tegak disokong, yang lemah ditopang [Orang kaya dimuliakan, manakala orang
miskin dibantu]

995 Zaman beralih, musim bertukar [Sesuatu itu hendaklah disesuaikan dengan
peralihan masa]

996 Zaman Tuk Nadur berkajang kain [Zaman yang telah lalu; sangat lama]

Mutiara Kata
AKAL

1. Teman manusia yang sebenar ialah akal dan musuhnya yang celaka adalah jahil
(Sayidina Ali Abi Talib)

2. Apabila sempurna akal, kurang perkataan. (Sayidina Ali Abi Talib)

3. Sifat marah ialah musuh utama akal. (Sayidina Ali Abi Talib)

4. Lebih sedikit orang menggunakan akalnya, lebih banyak pula dia berkata-kata.
(Sayidina Ali Abi Talib)

5. Dada orang yang berakal itu ialah peti rahsianya. (Sayidina Ali Abi Talib)

6. Manusia yang berakal ialah manusia yang suka menerima nasihat dan meminta
nasihat. (Saidina Umar al-Khattab)

7. Walau bagaimana alim pun seseorang itu dia tidak akan dapat manfaat daripada
ilmunya selagi ilmunya tidak berpedomankan kepada akal. (Lukmanul Hakim)

8. Hairan melihatsetiap hari orang menyisir rambutnya tetapi tidak pernah menyisir
otaknya. Memperkemaskan dadanya tetapi tidak mencuci hatinya. Menggosok kasutnya
tetapi tidak akalnya. (Hamka)

MASA

9. Waktu ialah penasihat yang paling bijaksana. (Pericles)

10. Istilah tidak ada masa bukan merupakan alasan yang jujur kerana pada dasarnya
kita semua memiliki masa 24 jam setiap hari. Yang perlu ditingkatkan ialah
membahagikan masa dengan lebih cermat. (George Downing)

11. Seandainya saya punya waktu sebanyak lapan jam untuk menebang pokok, akan saya
habiskan enam jam untuk mengasah kapak saya. (Abraham Lincoln)
12. Masa depan dibeli oleh masa sekarang. (Samuel Johnson)

13. Setiap jam dalam umur manusia itu ada gunanya. Justeru, masa yang sudah
ditentukan bagi jam ini tidak akan didapati lagi pada jam yang lain seumur hidup
kita. (WJ Brown)

14. Anda memerlukan lebih daripada 20 tahun untuk membina reputasi tetapi untuk
memusnahkannya, anda hanya memerlukan masa lima minit. (Warren B.)

BANGSA

15. Bangsa penakut tidak dapat merdeka dan tidak berhak merdeka. Ketakutan
merupakan penasihat yang sangat curang untuk kemerdekaan. (Andre Colin)

16. Sesungguhnya bangsa yang berjaya ialah bangsa yang rajin dan sanggup menghadapi
cabaran hidup. (Tun Dr. Mahathir Mohamad)

17. Sesungguhnya bangsa akan kekal utuh selagi akhlaknya masih utuh. Jika akhlaknya
sudah lumpuh, mereka pun akan lenyap. (Ahmad Shauqi Bey)

18. Hakikatnya banyak bangsa di dunia ini telah merdeka tetapi fikiran mereka masih
terbelenggu oleh penjara diri. (Dr. HM Tuah lskandaral-Haj)

19. Bangsa yang tidak percaya akan kekuatan diri tidak dapat berdiri sebagai suatu
bangsa merdeka. (Soekarno)

20. Tidak ada satu bangsa pun di dunia ini yang dapat mencapai kemajuan dengan
hanya bermodalkan kata-kata, sebaliknya bangsa yang maju ialah mereka yang gigih
berusaha. (Tan Sri Mustafa Jabar)

21. Tinggi rendahnya darjat bangsa itu bengantung pada ketinggian darjat kaum
wanitanya. (Charles Fourier)

CITA-CITA

22. Jangan biarkan cita-cita yang sedang panas itu mati kerana sejuk. (Carlyle)

23. Cita-cita bererti juga kerelaan bekerja untuk kebaikan dan kepentingan orang
lain. (Shahrir)

24. Berusaha untuk mencapai cita-cita bagi diri sendiri itu mulia tetapi mencapai
cita-cita bangsa jauh lebih mulia. (Lazarus)

25. Cita-cita besar tidak mungkin dicapai hanya dengan target kecil serta usaha
yang biasa-biasa sahaja. (Andrie Wongso)

26. Kita tidak akan naik pada darjat yang tinggi kecuali dengan cita-cita yang
kuat. (Habib Umar Hafidz)

27. Biarpun seribu kapal tenggelam di tengah lautan, namun cita-cita manusia tidak
pernah padam. (Hamka)

USAHA

28. Jangan hentikan usaha yang mulia selagi hasilnya belum kita kecapi. (William
Shakespeare)

29. Kepuasan letaknya pada usaha, bukan pada basil. Berusaha dengan keras merupakan
kemenangan yang hakiki. (Mahatma Gandhi)

30. Selagi kita bernyawa, kita mestilah bekerja menabur bakti untuk bangsa dan
negara. Itulah kebaikan yang sebenar. ( Ibn Zain)

31. Kerja yang dilakukan dengan senang yang tidak kenal putus asa, dapat mengatasi
segala-galanya. (Vergilius)

32. Jangan menilai pekerjaan seseorang sebelum pekerjaannya diselesaikan.


(Elizabeth Barret Browning)
33. Kita bekerja bukan untuk memiliki wang semata-mata, melainkan untuk menunaikan
kewajipan kita. (Ching Hai)

34. Apa-apa pun tugas bidup andat, lakukanlah dengan baik. Seseorang itu harus
melakukan pekerjaannya dengan sebaik mungkin sehingga mereka yang masih hidup, yang
sudah meninggal dunia, dan yang belum lahir tidak mampu melakukannya dengan lebih
baik lagi. (Martin Luther King)

35. Nilai hidup harus diukur dengan garis yang lebila mulia, iaitu kerja dan
bukannya usia. (Richard Brinsiey Sheridan)

36. Di Microsoft, kami memberikan kuasa kepada pekerja melaksanakan dan menjadikan
idea menjadi kenyataan. Sasaran kita boleh berubah, tetapi nilai tidak boleh
berubah. (Steve Ballmer)

37. Selain rela untuk berkorban, kekuatan sesuatu bangsa bergantung juga pada
kerelaan dan kecekapan untuk bekerja. (Soekarno)

38. Kerja dapat mendatangkan penghargaan kepada penghidupan. Seseorang yang bekerja
harus yakin akan tujuan pekerjaannya itu. (Thomas Alva Edison)

39. Apa yang tuan lakukan sekiranya tuan dilantik menjadi Timbalan Presiden. Saya
pasti memperjuangkan kebajikan masyanakat walaupun saya mati ditembak kerana hal
tersebut. (Jack Hathaway)

40. Orang yang mempunyai kekuatan peribadi ialah orang yang kuat kemahuannya dan
sanggup melaksanakan sesuatu kerja dengan tabah dan tekun mengikut prinsip yang
dipegangnya. (Hukama)

ADAB

41. Jagalah dirimu baik-baik, usahakanlah kemuliaanmu, kerana engkau dipandang


manusia bukan kenana rupa tetapi kerana kesempunaan budi dan adab. (Nabi Muhammad
SAW)

42. Adab dan akhlak yang buruk seperti tembikar yang sudah pecah. Tidak dapat
dilekatkan lagi dan tidak dapat dikembalikan menjadi tanah. (Wahab Munabin)

43. Kecantikan yang abadi terletak pada keelokan adab dan ketinggian ilmu
seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya. (Hamka)

44. Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati manusia yang keras.
(Hamka)

45. Adab dan sopan lebih penting daripada makan dan minum. (Aristotle)
46. Semulia-mulia manusia ialah orang yang mempunyai adab rendah diri ketika
berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas, dan bersikap adil ketika
kuat. (Khalifah Abdul Malik Marwan)

47. Ciri orang yang beradab ialah dia sangat rajin dan suka belajar, dia tidak malu
belajar daripada orang yang berkedudukan lebih rendah danipadanya. (Confucius)

AGAMA

48. Agama tidak melarang sesuatu perbuatan kalau perbuatan itu tidak merosakkan
jiwa. Agama tidak menyuruh melakukan sesuatu perkara, kalau suruhan itu tidak
membawa keselamatan dan kebahagiaan jiwa. (Hamka)

49. Kepercayaan kepada Tuhan telah ada dalam lubuk jiwa manusia. Namun begitu,
kepercayaan tentang adanya Allah itu belum menjadi jaminan bahawa orang itu tidak
sesat. (Hamka)

50. Manusia masih berbuat jahat padahal sudah ada agama, bagaimana jadinya kalau
tidak ada agama? (Benjamin Franklin)

51. Agama tanpa ilmu adalah buta. Ilmu tanpa agama adalah lumpuh. (Albert Einstein)

ILMU

52. llmu merupakan sesuatu yang bermanfaat dan bukannya apa-apa yang hanya dihafal
semata-mata. (Imam al-Syafie)

53. Langkah pertama untuk mendapatkan pengetahuan adalah dengan mangetahui bahawa
kita tidak berpengetahuan. (Cecil B. DeMille)

54. Kepuasan jiwa kerana mencari pengetahuan itulah kepuasan yang sejati. (Ibnu
Rusyd)

55. Pelajarilah ilmu. Pelajarilah ilmu itu untuk ke ketetapan hati, dan kelembutan
jiwa. Tunduklah dengan merendahkan diri kepada guru anda. (Saidina Umar al-Khattab)

56. Ilmu merupakan harta anda yang kekal. (Hamka)

57. Ilmu itu didapati dengan gemar lidah yang yang suka bertanya dan akal
berfikiran. (Abdullah lbnu Abbas)

SAHABAT

58. Selemah-lemah manusia ialah orang yang tidak dapat mencari sahabat dan orang
yang lebih lemah daripada itu ialah orang yang mensia-siakan sahabat yang telah
dicari. (Saidina Ali Abi Talib)

59. Cakap sahabat yang jujur lebih besar harganya daripada harta benda yang
diwarisi daripada nenek moyang. (Saidina Ali Abi Talib)

60. Persahabatan adalah cinta yang timbal balik. (Franciscus Sales)

61. Dosa yang seburuk-buruknya kepada rakan kita bukanlah kerana kita benci akan
mereka tetapi kerana kita bersikap bermuka-muka terhadap mereka. (George Bernard
Shaw)

62. Rasa hormat tidak selalu membawa kepada persahabatan, tetapi persahahatan tidak
akan ada tanpa rasa hormat. Hal ini merupakan salah satu perkara yang membuat
persahabatan lebih berharga daripada cinta. (Mille de Scuderu)

63. Teman sejati ialah orang yang meraih tangan anda dan menyentuh hati anda.
(Heather Pryor)

64. Cari sahabat dalam pergaulan kerana seribu sahabat belum banyak. Jauhilah
seorang musuh kerana yang seorang itu sudah lebih daripada seribu rakan. (Lukmanul
Hakim)

65. Sahabat yang sejati ialah orang yang dapat berkata benar kepadamu, sebaliknya
bukan seorang yang dapat membenarkan kata-katamu. (al-Hakim)

SEMANGAT

66. Kurang semangat mengakibatkan lebih banyak kegagalan berbanding dengan


kurangnya kebijaksanaan atau kemahiran. (Flower A. Newhouse)

67. Tanpa semangat tidak ada pekerjaan besar yang dapat dilakukan. (El Leseur)

KEADILAN

68. Adil ada menimbang yang sama berat, menyalahkan yang salah, membenarkan yang
benar, mengembalikan hak yang empunya, dan jangan berlaku zalim. (Hamka)

69. Berani menegakkan keadilan, walaupun mengenai diri sendiri, merupakan puncak
segala keberanian. (Hamka)

70. Yang menjadi kepala pemerintah ialah kebenaran dan yang menjadi hakim yang
paling berkuasa ialah keadilan. (Hamka)

71. Yang benar tetap benar, yang salah tetap salah. Kaya dan miskin dihadapan
keadilan sama sahaja. (Hamka)

72. Keadilan itu syurga orang yang terkena zalim dan neraka bagi yang zalim.
(Saidina Umar al-Khattab)

73. Keadilan yang ada pada diri seseorang raja laksana sebutir mutiara. Meskipun
yang empunya telah meninggal dunia, mutiara itu tetap bercahaya. (Hukama)

74. Keadilan ialah kebenaran dalam kewujudan tindakan. (Benjamin Disraeli)

KEBAHAGIAAN

75. Arahkan hidup anda sehingga anda bersikap baik dan bersahabat dengan semua
orang di sekeliling anda dan anda akan terkejut apabila mendapati betapa bahagianya
hidup yang anda jalani. (Charles M. Schwab)

76. Kebanyakan orang berasa bahagia apabila mereka mahukan kebahagiaan dalam
fikiran mereka. (Abraham Lincoln)
77. Kebahagiaan letaknya pada kemenangan memerangi hawa nafsu dan menahan kehendak
yang berlebih-lebihan. (Imam al-Ghazali)

78. Orang yang berasa bahagia itu ialah orang yang mengambil pengajaran daripada
orang lain. (Abdullah Masud)

79. Orang yang paling tidak bahagia ialah mereka yang paling takut pada perubahan.
(Mognon Me Lauhlin)

80. Kita melihat kebahagiaan itu seperti pelangi, tidak pernah berada di atas
kepala kita sendiri tetapi selalu berada di atas kepala orang lain. (Thomas Hardy)

KEJAYAAN

81. Orang yang berjaya dalam hidup ialah orang yang nampak tujuannya dengan jelas
dan menjurus kepada tujuan itu tanpa menyimpang. (Cecil B. DeMille)

82. Kejayaan tidak datang kepada manusiayang leka. (Charles Cahier)

83. Kejayaan itu suatu perjalanan, bukan suatu tempat tujuan. Separuh daripada
keseronokan itu diperoleh semasa kita menuju ke sana. (Gita Berlin)

84. Rahsia kejayaan ialah ketekalan matlamat. (Benjamin Disraeli)

85. Rahsia kejayaan adalah dengan mengetahui sesuatu yang orang lain tidak tahu.
(Aristotle)

86. Percaya kepada diri sendiri adalah rahsia utama untuk mencapai kejayaan. (Ralph
Wald Emerson)

87. Jalan kejayaan terletak pada dua kalimah; kerja kuat dan berhemat. (Benjamin
Franklin)

KEGAGALAN

88. Sembilan puluh sembilan peratus kegagalan datangnya daripada orang yang suka
memberikan alasan. (George Washington Carver)

89. Tiada manusia yang berjaya dalam semua yang dilakukannya dan kita pasti
menempuh kegagalan. Yang penting ialah kita tidak menjadi lemah semasa kegagalan
itu terjadi dan kekalkan usaha hingga akhir hayat. (Aristotle)

90. Manusia merancang untuk gagal tetapi mereka gagal merancang. (William .J
Siegel)

91. Kegagalan bukan bererti kehancuran tetapi jadikanlah kegagalan itu sebagai batu
loncatan untuk mencapai kejayaan. (Pythagoras)

92. Kegagalan merupakan asas kemenangan (Lao Tze)

93. Gagal dalam kemuliaan lebih baik daripada menang dalam kehinaan. (Walter B.
Pitkin)

94. Orang yang gagal sekali-kali tidak rugi, selagi dia belum berputus asa. (Lord
Efebry)

95. Kegagalan sering disebabkan oleh kekurangan kekuatan tenaga bukan kekurangan
modal. (Daniel Webster)

96. Takut akan kegagalan seharusnya tidak menjadi alasan untuk tidak mencuba
sesuatu. (Frederick Smith)

KEBIJAKSANAAN

99. Orang bijaksana berfikir dua kali sebelum berbicara sekali. (Hajji Bektasy
Wali)

100. Tingkah laku yang sopan dan normal terhadap orang lain merupakan dua sifat
utama seorang yang bijaksana. (Benjamin Disraeli)

101. Orang yang bijaksana ialah orang yang mengetahui sejauh mana dia dapat pergi.
(Jean Cocteau)

102. Orang yang dapat menguasai dirinya sendiri merupakan orang yang bijaksana.
(Eugane)

103. Kebijaksanaan adalah keupayaan untuk bertindak pada masa yang benar-benar
tepat. (Elbert Hubbard)

KEBENARAN

104. Orang yang berasa menang kerana menentang kebenaran tetapi kebenaran itu pasti
akan mentertawakannya juga (Hamka)

105. Tidak semua orang yang menolak kebenaran itu tidak thu bahawa yang
ditolaknya itu benar. (Hamka)

106. Manusia mempunyai batas kekuatan sedangkan kebenaran tidak dapat dibatasi.
(Hamka)

107. Kesusahan merupakan jalan menuju kebenaran. (Bijron)

108. Orang yang sengaja menyorokkan kebenaran merupakan orang yang lemah. (Hamka)

109. Katakanlah yang benar walaupun pahit. (Hobben)

KEHIDUPAN

110. Kehidupan yang penuh kesalahan lebih berharga dan lebih berguna jika
dibandingkan dengan hidup tanpa melakukan apa-apa. (George Bernard Shaw)

111. Kehidupan yang tidak teruji bukan kehidupan yang berharga bagi seseorang.
(Socrates)

112. Kehidupan ini seperti permainan catur, siapa yang dapat memandang jauh ke
depan dialah yang menang. (Syney Charles Buxton)
113. Hidup ini bukanlah suatu jalan yang datar dan ditaburi bunga melainkan
adakalanya disirami air mata dan darah. (Hamka)

114. Hiduplah seperti pohon kayu yang lebat buahnya; hidup di tepi jalan dan
dilempari orang dengan batu tetapi dibalas dengan buah. (Abu Bakar Sibli)

115. Hidup itu ialah kemahuan. (Schopenhauer)

116. Hidup bukanlah berfikir semata-mata tetapi bertindak. (Woodrow Wilson)

117. Hidup ini terlalu singkat untuk memikirkan persoalan-persoalan yang kecil.
(Benjamin Disraeli)

PENGALAMAN

118. Anda tidak dapat mencipta pengalaman. Anda mesti menghadapinya. (Albert Camus)

119. Anda memerlukan sebanyak mungkin pengalaman getir untuk menzahirkan keunggulan
anda. (Richard Nixon)

120. Kesalahan orang muda ialah mereka berpendapat bahawa kebijaksanaan itu tidak
memerlukan pengalaman. Sementara kesalahan orang tua ialah mereka berpendapat
bahawa pengalaman itu tidak memerlukan kebijaksanaan. (George Bernard Shaw)

Slogan

- Bahasa Jiwa Bangsa.


- Bahasa Menunjukkan Bangsa.
- Bersatu Teguh, Bercerai Roboh.
-Bersekutu Bertambah Mutu
-Biar Lambat Asalkan Selamat
-Membaca Jambatan Ilmu
-Muafakat Membawa Berkat.
-Pandu Cermat, Jiwa Selamat.
-Pemuda Harapan Bangsa, Pemudi Tiang Negara
-Budi Bahasa Budaya Kita.
-Tak Kenal Maka Tak Cinta
-Cegah Sebelum Parah
-Kepimpinan Melalui Teladan
-Belia Pemangkin Transformasi
-Cemerlang, Gemilang, Terbilang
-Badan Cergas, Otak Cerdas.
-Yang Tua Dihormati, Yang Muda Disayangi
-Ilmu Penyuluh Hidup
-Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan
-Dadah Musuh Negara
-Budi Bahasa Budaya Kita
-Rumahku Syurgaku
-Filem Kita Wajah Kita
-Tiada Aedes Tiada Denggi
-Belilah Barangan Buatan Malaysia
-Cintailah Sungai Kita
-Cintailah Alam Sekitar
-Majulah Sukan Untuk Negara
-1Murid 1Sukan
-Negara Kita Tanggung Jawab Kita
-Malaysia Boleh
-Negara Bersih Rakyat Sihat
-Rakyat Sihat, Negara Maju
-Sukan Untuk Semua
-Keluarga Bahagia, Masyarakat Sejahtera
-Jimat Cermat Amalan Mulia
-Jiran Sepakat Membawa Berkat
-Biar Lambat, Asal Selamat
-Guru Penjana Transformasi Negara
-Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera
-Belia Penggerak Wawasan Negara
-Sukan Pemangkin Perpaduan Negara
-Hidup Bahagia Tanpa Dadah
-Belia Benci Dadah
-Amalkan Gaya Hidup Sihat

Anda mungkin juga menyukai