Anda di halaman 1dari 5

4.

0 PERANAN TUN ABDUL RAZAK DALAM ARENA ANTARABANGSA

Di sebalik perwatakannya yang pendiam dan lemah lembut, Tun Abdul Razak
sebenarnya adalah seorang wira berani dan patriotic yang sanggup mengharunggi seribu
rintangan dalam memajukan dan membela nasib rakyat. Bertepatanlah beliau dinobatkan
sebagai Bapa Pembangunan Malaysia. Untuk kestabilan serantau, Tun Abdul Razak membina
hubungan Malaysia-Indonesia, membina kerjasama Sempadan Thailand-Malaysia,
menubuhkan ASEAN dan menyusulkan pengwujudan Zon Aman, Bebas dan Berkecuali
(ZOPFAN) bagi Asia Tenggara.

Tanggal 31 Ogos 1957, bukan sahaja penting dalam konteks kemerdekaan, tetapi juga
dapat dilihat sebagai suatu dimensi baru dalam hubungan Malaysia dengan Indonesia yang
sejak sekian lama dijajah oleh kuasa Barat. Sebagai negara jiran, faktor pertalian sejarah,
rumpun bangsa dan kebudayaan yang rapat menjadikan hubungan ini sebagai sesuatu yang
istimewa apatah lagi sejak sekian lama dibelenggu penjajahan. Bagi Tun Abdul Razak, beliau
telah menyedari tentang keistimewaan dalam hubungan Malaysia-Indonesia berbanding
dengan negara-negara lain. Selain kerjasama dua hala, perbincangan turut menyentuh
beberapa isu semasa yang perlu ditangani oleh Tun Abdul Razak, khususnya semasa era
konfrontasi Malaysia-Indonesia.

Dalam konteks dasar luar negara, beliau antara tokoh yang turut memainkan peranan
penting dalam usaha mengukuhkan hubungan Malaysia-Indonesia. Semasa sambutan
kemerdekaan, Tun Abdul Razak selaku pengerusi Jawatankuasa Pusat Merdeka peringkat
negara turut tidak ketinggalan menjemput wakil kerajaan Indonesia untuk hadir dalam majlis
meraikan hari bersejarah tersebut di Stadium Merdeka pada 31 Ogos 1957. Dr.Subandrio,
Menteri Luar Negara Indonesia yang datang ke Kuala Lumpur untuk merayakan kemerdekaan
tanah Melayu menyatakan, Kebebasan Tanah Melayu akan membuka satu babak baru dalam
hubungan Tanah Melayu-Indonesia. Tun Abdul razak juga mengalu-alukan kerjasama itu sama
ada dalam bidang sosial, kebudayaan dan ekonomi yang dibentuk melalui persetujuan dan
pertukaran lawatan pemimpin kedua-dua negara.

Malaysia yang mengandungi Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan


Sarawak telah diisytiharkan pada 16 September 1963. Serentak itu juga Indonesia dan Filipina

19
tidak mahu memberikan pengiktirafan diplomatic ke atas negara itu dan kedua-dua negara
berkenaan telah memutuskan hubungan dengan Persekutuan Tanah Melayu. Kerajaan Filipina
terus menentang penubuhan Malaysia apabila menuntut Sabah sebahagian dari wilayahnya.
Presiden Sukarno juga mengisytiharkan Malaysia sebagai projek neokolonialisme yang mesti
diganyang. Keadaan ini memberi tamparan hebat kepada para pemimpin Malaysia termasuk
Tun Abdul Razak untuk menangani masalah konfrontasi tersebut.

Ketokohan Tun Abdul Razak terserlah apabila beliau antara pemimpin yang terlibat
dalam menamatkan konfrontasi secara rundingan dan hikmah. Perjanjian yang ditemeterai itu
telah berjaya memulihkan semula hubungan di antara Republik Indonesia dengan Malaysia.
Bagi Tun Abdul Razak, berakhirnya konfrontasi itu menandakan kembalinya bertaut satu
rumpun bangsa yang terpisah seperti kata pepatah carik-carik bulu ayam akhhirnya bercantum
juga.

Tun Abdul Razak merupakan antara tokoh yang memainkan peranan penting dalam
membina hubungan Malaysia-Indonesia semasa peringkat awal kemerdekaan. Beliau telah
memulakannya dengan mengadakan lawatan rasmi ke Indonesia sebagai tanda hubungan
rasmi dijalinkan selepas berakhirnya era penjajahan. Namun begitu, konfrontasi Malaysia-
Indonesia telah merenggangkan hubungan di antara kedua-dua negara tersebut. Selaku,
Timbalan Perdana Menteri Tun Abdul Razak turut terlibat secara langsung dalam beberapa
rundingan untuk meleraikan kemelut itu secara diplomasi dan bijaksana. Hanya apabila berlaku
perubahan pucuk kepimpinan kerajaan Indonesia dari Soekarno kepada Jeneral Suharto
barulah langkah perdamaian lebih mudah dilaksanakan di antara kedua-dua negara.
Seterusnya, Tun Abdul Razak mengambil langkah proaktif untuk mengukuhkan semula
hubungan dengan memulakan kunjugannya ke Jakarta. Jelaslah sebagai negara yang berjiran,
factor pertalian sejarah, rumpun bangsa dan kebudayaan telah merapatkan semula hubungan
kedua-dua negara. Hal ini terbuktilah bahawa Tun Abdul Razak mempunyai jati diri dan
patriotism yang jitu dalam arena politik antarabangsa.

Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tun abdul Razak telah mengumumkan perjanjian
baru kerjasama sempadan di antara Thailand dengan Malaysia pada 8 Mac 1970.
Perjanjian itu telah ditandatangani di Bangkok pada 7 Mac 1970. Tun Abdul Razak
menandatangani perjanjian tersebut bagi pihak kerajaan Malaysia manakala Ketua Turus
Angkatan Tentera Thailand, Marshall Udara Tun Dawee Chullaspya bagi pihak kerajaan

20
Thailand. Berdasarkan perjanjian lama yang telah ditandatangani pada Mac 1965, hanya
pasukan polis yang dibenarkan menyeberang ke sempadan. Namun, kedua-dua buah negara
akan memainkan peranan penting dalam gerakan memburu pengganas. Pasukan polis pula
hanya akan memberi bantuan kepada pihak tentera.

Para pegawai tentera Thailand dan Malaysia akan menubuhkan ibu pejabat pasukan
peronda bersama di kedua-dua belah sempadan. Penubuhan tersebut bertujuan
menyelaraskan kerjasama antara perburuan kedua-dua belah pihak. Sesungguhnya perjanjian
baru itu adalah suatu langkah yang lebih positif dalam kegiatan memburu saki-baki komunis di
sempadan Thailand dan Malaysia. Peranan ini telah membuktikan bahawa Tun Abdul Razak
telah mempunyai semangat kecintaan dan ketaatan dalam aspek pertahanan dan keselamatan
negara.

Seterusnya, Tun Abdul Razak (Timbalan Perdana Menteri Malaysia), Tuan Narcisco
Ramos (Setiausaha Luar Filipina), Tuan S.Rajaratnam (Menteri Luar Singapura), Thanat
Khoman (Menteri Luar Thailand) dan Tuan Adam Malik (Menteri Luar Indonesia) telah
menandatangani suatu perisytiharan di Bangkok pada 8 ogos 1967 untuk menubuhkan sebuah
pertubuhan kerjasama serantau yang dikenali sebagai Association of South East Asian Nations
atau ASEAN.

Tun Abdul Razak ketika berucap dalam Deklarasi Bangkok mengatakan bahawa negara-
negara Asia Tenggara harus bersedia menghadapi sebarang cabaran. Dalam ucapannya,
beliau mengemukakan idea penubuhan ASEAN yang merangkumi semua negara di Asia
Tenggara. Kesinambungan bangsa adalah perjuangan utama dalam hubungan Malaysia dan
negara-negara yang lain pada masa itu. Oleh itu, Tun Abdul razak yang juga merangkap
Menteri Pertahanan Malaysia dan Menteri Pembangunan Luar bandar pada ketika itu memikul
tanggungjawab dalam urusan hubungan luar negara Malaysia. Beliau menegaskan bahawa
Asia Tenggara akan terus diselubungi ancaman dan ketegangan sekiranya negara-negara
dalam rantau ini tidak memainkan peranan dalam mencorakkan masa depan negara masing-
masing serta mengambil langkah untuk mencegah campur tangan dan gangguan negara-
negara asing. Tambahan pula, negara-negara dalam rantau Asia Tenggara akan mudah
diperkotak-katikkan oleh pihak-pihak luar yang ingin menjejaskan hubungan antara negara-
negara di rantau ini.

21
Tegas beliau, Kita sebagai warga Asia Tenggara harus bersatu padu membentuk
perspektif dan rangka kerja baru untuk rantau ini. Pewujudan kesedaran berteraskan konsep
bersatu teguh, bercerai roboh secara berasingan atau secara bersama adalah penting untuk
membuktikan bahawa negara-negara Asia Tenggara bukan sahaja sebuah keluarga besar
yang mempunyai ikatan persahabatan dan kerjasama yang kukuh, malah mempunyai impian
dan aspirasi untuk menentukan hala tuju masing-masing. Dengan tertubuhnya ASEAN, kita
telah mengorak satu langkah yang teguh lagi bijak kea rah mencapai matlamat itu, tambah
beliau.

Sebagai blok yang boleh disifatkan bukan komunis di Asia Tenggara, ASEAN
sebenarnya lebih berpegang kepada dasar berkecuali. Perdana Menteri Malayisa ketika itu,
Tun Abdul Razak telah menyusulkan supaya diwujudkan kawasan awam, bebas dan
berkecuali ( Zone of peace, freedom and Neutrality atau ZOPFAN ) serta diterima sebagai
pendirian ASEAN. ZOPFAN adalah selaras dengan komitmen Malaysia terhadap
penglibatannya dalam pakatan ASEAN, iaitu Persatuan Negara Asia Tenggara. Bagi
memastikan hasrat Malaysia mewujudkan kawasan aman, bebas dan berkecuali dapat diiktiraf
oleh kuasa-kuasa besar yang lain, Malaysia perlu mengubah dasar dan sikapnya terhadap
China.

Malaysia berkeyakinkan bahawa dengan menjalinkan hubungan dengan negara China,


negara tersebut akan mengurangkan sikap permusuhan dengan Malaysia dan menghentikan
sokongannya terhadap PKM. Apabila negara China memulakan dasar terbuka menjalin
persahabatan, Tun Razak mengambil peluang untuk menjalin hubungan diplomatic dengan
China. Hubungan Diplomatik bermula ketika Tun Abdul Razak membuat lawatan rasmi ke
negara China pada tahun 1974.

Objektif ZOPFAN adalah untuk menjadikan Asia Tenggara kawasan yang aman, bebas
dan berkecuali daripada pertelingkahan politik kuasa-kuasa besar khususnya Amerika Syarikat,
Russia dan Republik Rakyat China. Dapat dirumuskan bahawa ZOPFAN tidak mungkin dapat
dilaksanakan tanpa kesanggupan kuasa besar untuk mengiktiraf dan menjamin ZOPFAN
dengan sokongan padu kesemua anggota negara-negara ASEAN. Walau bagaimanapun,
usaha ASEAN mencari penyelesaian politik di Kampuchea berdasarkan Resolusi Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu dan Deklarasi Persidangan Antarabangsa mengenai Kampuchea
(1981) mencerminkan tekad ASEAN mencapai Konsep ZOPFAN.

22
Kesimpulannya, bagi mencapai kemerdekaan tokoh-tokoh yang memperjuangkannya
terdiri daripada masyarakat berbilang kaum. Walaupun mereka datang daripada latar belakang
yang berlainan, mereka bekerja bersama bagi membebaskan Tanah Melayu daripada belenggu
penjajah. Tokoh kemerdekaan menjadi satu bukti yang mantap mengenai dasar kerjasama dan
usaha yang berterusan bagi mencapai matlamat. Tun Abdul Razak telah meletakkan batu asa
kepada kemajuan negara. Tun Abdul Razak telah bertungkus lumus memperjuangkan negara
kita dalam negeri dan juga arena antarabangsa. Kita sebagai rakyat Malaysia hendaklah
bangga akan negara kita sendiri. Jadi, kita perlulah mencintai Malaysia dan mantan Perdana
Menteri, Tun Abdul Razak yang telah Berjaya menyelamatkan maruah tanah air ini daripada
dijajah kembali dan juga membangunkan negara ini di arena antarabangsa dan wajarlah bagi
kita menghargai mantan Perdana Menteri Malaysia Kedua, Tun Abdul Razak dengan cara
mengenang jasa beliau.

23

Anda mungkin juga menyukai