Anda di halaman 1dari 18

PENGHARGAAN

Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada mereka yang menolong saya menyiapkan kerja kursus sejarah untuk memenuhi kehendak soalan PMR tahun 2011. Pertama sekali, saya ingin mengucapakn terima kasih kepada pengetua, Puan Hajah Maimun Binti Ahmad dan juga guru mata pelajaran sejarah saya Puan Khairiah Binti Ibrahim kerana telah banyak memberi maklumat kepada saya mengenai kerja kursus ini. Seterusnya, saya juga berterima kasih kepada kedua ibu bapa (Ramani Binti Juharudin dan Bahtiar Bin Naik) saya kerana telah memberikan saya galakkan untuk menyiapkan folio ini. Akhir sekali, saya amat menghargai segala pertolongan yang diberikan oleh rakan-rakan yang juga turut menjalankan kerja kursus ini terutamanya Yusri Bin Kuddus, Khairul Bin Nuraidi, dan Muhammad Ziqri Bin Abd. Rahim.

OBJEKTIF KAJIAN
Tujuan saya melaksanakan kerja kursus ini adalah kerana: Memenuhi kehendak pelaksanaan kerja kursus sejarah yang wajib dilaksanakan oleh semua calon PMR. Menghargai usaha-usaha kerajaan Malaysia memajukan penduduk luar Bandar melalui rancangan tanah FELDA. Memupuk perasaan bangga sebagai rakyat Malaysia yang bersemangat waja dan gigih berusaha mengubah nasib mereka. Berbangga kerana FELDA adalah satu-satunya rancangan pembangunan tanah yang terdapat di dunia.

KAEDAH KAJIAN
Saya telah menggunakan beberapa kaedah kajian untuk menyiapkan kerja kursus Sejarah PMR 2011 ini, antaranya: Rujukan dan pemerhatian. Internet.

Saya telah menjalankan kaedah kajian rujukan dan pemerhatian dengan mencari majalah, buku dan bahan bacaan yang berkitan seperti akhbar yang berkaitan dengan kerja kursus ini di perpustakaan. Selain itu saya juga menggunakan internet sebagai sumber maklumat melalui laman sesawang FELDA untuk mengetahui asal-usul dan juga sejarah tentang FELDA dengan tepat dan sahih.

HASIL KAJIAN

Saya telah memilih FELDA sebagai tajuk kerja kursus saya pada tahun ini. 1)Institunsi pentadbiran tempatan. Nama rasmi -) Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (LKTP) atau dikenali sebagai Federal Land Development Authory (FELDA) 1.2 Lokasi :

-Felda Wilayah Raja Alias. -Felda Wilayah Segamat. -Felda Wilayah Gua Musang. -Felda Wilayah Kuantan. -Felda Wialayah Trolak. -Felda Wilayah jengka.

1.3 Matlamat. -Menjalankan dan melaksanakan projek pembangunan tanah -Menjalankan dan melaksanakan kegiatan yang dapat membantu memodenkan sektor pertanian di kawasan , di mana FELDA diberi kuasa untuk mentadbirnya terutamanya dalam kegiatan yang berkaitan dengan pengeluaran, pemprosesan, pemasaran hasil keluaran petanian dan ternakan. -Membantu, membimbing, menasihati, mengurus, dan menyelaraskan kegiatan-kegiatan sosial petempatan, pertanian, dan komersial dalam kawasan FELDA.

-Memaju, memudah, dan melaksanakan pembangunan, pengurusan, dan perkhidmatan ekonomi, sosial, pertanian, petempatan, perindustrian, dan komersial serta aktiviti sampingan yang lain di kawasan kajian di mana FELDA diberi kuasa melaksanakan projek pembangunan tanah atau kawasan yag dimiliki oleh FELDA dan syarikatnya.

1.4 Misi: Misi FELDA adalah mendapat hasil kebun yang tinggi, menyediaka kemudahan dan

infrastruktur moden, meningkatkan potensi dan kualiti modal insan, mewujudkan budaya inovasi dan kreativiti, mempelbagai sumber ekonomi bagi menjana pendapatan yang tinggi, memperkasa pembangunan generasi baru, memantapkan pengurusan FELDA bertaraf dunia dan antarabangsa dan memupuk budaya kecemerlangan.

1.5 Visi: Felda sebagai peneraju industri sawit dan warga peneroka berpendapatan tinggi.

1.6 Carta organisasi

1.7 Senarai pentadbir. Lembaga pengarah Pengerusi FELDA -Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad. Ahli-ahli Pengarah besar FELDA -) Y.B Tan Sri Dr. Wan Abdul Aziz Bin Wan Abdullah. Ketua Setiausaha Perbendaharaan -) Y. Bhg. Tan Sri Wan Abdullah Aziz bin Wan Abdullah Pengerusi Malayan Sugar Manutfactaring 10 . Bhd -) Y. Mulia Datuk Shariduddin Hizan Bin Raja Zainal . Naib Pengerusi Gabunggan JKRR Johor Bahru (wakil peneroka) -)Encik Shamsuddin bin Othman. Ketua Unit Kawal Selia Jabatan Perdana Menteri -) Dr. Omar Bin Salim. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Hal Ehwal FELDA Negeri Pahang -) Y.B Dato Haji Tan Mohd. Aminudin Bin Haji Ishak. Presiden Majlis hal ehwal anak negeri sabah -) Y.B Dato Mohd. Sohaili Bin Said. Ketua Pengarah Unit Perancangan Ekonomi Jabatan Perdana Menteri -) Y. Bhg. Dato Noriyah binti Ahmad. Ahli Palimen Ledang -) Y.B. Hamim Haji Samsuri.

2) Latar belakang.

2.1 Sejarah penubuhan: FELDA diasaskan pada 1 Julai 1056 sebaik sahaja Akta Pembangunan Tanah (1056)

dikuatkuasakan.Dimulakan dengan hanya bermodalkan RM 10 000 000 dan petempatan yang terdiri daripada 16.2 kilometer persegi. Pokok getah dibuka di Ayer Lanas pada 1957. Pada tahun 1958, lima skim yang serupa telah dibuka. Kawasan ini ditadbir oleh Lembaga yang bertanggungjawab kepada Yang Berhormat Timbalan Perdana Menteri di bawah Jabatan Perdana Menteri. Pada 1960-an dan 1970-an, kerajaan mula menekankan pelbagai tanaman untuk mengelakkan kejatuhan harga yang mendadak. Pada tahun 1961 petempatan kelapa sawit FELDA yang sulung telah dibuka dengan keluasan tanah 3.75km2 . sehingga tahun 2000, sebanyak 6855.2 km2 tanah rancangan FELDA tertumpu kepada kelapa sawit. FELDA kebanyakannya tertumpu di semenanjung Malaysia manakala agensi-agensi kerjaan yang lain pula bertanggungjawab untuk pembangunan tanah di negeri Sabah dan Sarawak yang membentuk Malaysian Timur. FELDA diketuai oleh Dato Abdul Razak Bin Dato Hussein (timbalan perdana menteri persekutuan tanah melayu dan juga pengasas FELDA) di bawah Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar.

2.2 Undang-Undang Kecil: Undang-undang kecil ini juga dinamakan sebagai undang-undang kecil Koperasi

Permodalan FELDA Berhad dan berkuatkusa pada tarikh yang didftarkan oleh ketua Pendaftaran.

2.3 Garis panduan untuk peneroka: Setiap peneroka yang menyertai rancangan tanah FELDA perlu menandatangani surat

perjanjian. Di dalam surat perjanjian itu dinyatakan bahawa peneroka harus menjual semua susu getah, getah beku, sekerap pokok, getah kental yang dikeluarkan daripada kawasan-kawasan yang telah didaftarkan. Menurut fasal 1 dalam perjanjian kepada sesebuah kilang yang ditetapkan oleh FELDA, kilang hendaklah menerima harga yang ditetapkan oleh FELDA.

2.4 Garis panduan penubuhan: Mereka yang menyertai rancangan tanah FELDA dipanggil peneroka. Mereka dipilih

daripada orang melayu yang termiskin di luar bandar. Mereka perlu sihat, berumah tangga dan berumur antara 21 tahun hingga 50 tahun. Keutamaan diberikan kepada mereka yang tidak mempunyai tanah untuk berladang. Peneroka baru akan diberikan 10 ekar tanah di petempatan yang tertentu untuk mengerjakan ladang getah dan ladang kelapa sawit.semua peneroka diperuntukkan petempatan di sebuah kampung yang telah ditetapkan oleh FELDA. Kini peneroka disediakan kemudahan asasnya malah sekolah dan pusat perubatan juga disediakan.

10

2.5 Perincian peranan: Peranan Pemimpin persis seperti nakhoda kerana kedua jawatan ini perlu menentukan hala pembangunan masyarakat. Felda memerlukan seorang pemimpin yang sedar dan mengikuti perkembangan yang berlaku untuk menghadapi cabaran tahun 2020. Pemimpin juga seharusnya berupaya untuk mengumpulkan maklumat untuk disalurkan kepada pengikutnya. Selain itu, pemimpin juga hendaklah menggunakan kemudahan yang tersedia termasuklah material, tenaga, dan kewangan untuk bersiap sedia menghadapi cabaran yang akan mendatang.

2.6 Tanggungjawab pengurus: Melantik ketua peserta dan ketua zon. Menentukan kerja- kerja pengurusan ladang dan mengikut peraturan-peraturan system kerja ladang. Mengadakan mesyuarat bagi mengatasi masalah berkaitan dengan produktiviti. Menghasilkan pendapatan dan membangunkan insan. Melaksanakan dasar-dasar pembangunan perladangan dan pembangunan sosial.

2.7 Cara perlantikan pentadbir: FELDA pada mulanya di bawah kawalan Jabatan Perdana Menteri, kemudiannya

berpindah pula di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Kementerian Koperasi dan usahawan dan kini diletakkan kembali di bawah kawalan Jabatan Perdana Menteri dan dikendali oleh Perdana Menteri Malaysia , YAB Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak.

11

3) Peranan FELDA 3.1 Ekonomi: FELDA menjalan pelbagai kegiatan ekonomi selain kegiatan pembangunan tanah .

Sebilangan daripada kegiatan yang dijalankan tidak berkait dengan petempatan semula. FELDA bukan sahaja terlibat dengan perniagaan pemasaran, pengangkutan dan kilang-kilang, malahan FELDA juga mempunyai kepentingan di sebilangan bank di Malaysia yang uatama seperti Maybank.

3.2 Pendidikan: FELDA juga menyediakan prasarana pendidikan seperti sekolah contohnya seperti Sekolah

Menengah Kebangsaan FELDA Chemomoi (SMKC) yang terletak di daerah Bentong. Sekolah menengah ini dikongsi oleh dua buah FELDA iaitu Felda Chemomoi dan Felda Kemasul. Sekolah ini mampu menampung sebanyak 700 orang pelajar dan majoritinya diduduki oleh FELDA Kemasul dan Chemomoi. Menurut sumber, pelbagai program pengajian dan biasiswa ditawarkan untuk membantu golongan belia FELDA untuk mendapatkan pendidikan yang tinggi. Ini terbukti apabila sebilangan belia FELDA berjaya melanjutkan pelajaran mereka ke peringkat universiti. Semua graduan berjaya memperoleh pekerjaan dan mereka disambut baik oleh industry di negara ini. 3.3 Pelancongan: Memendangkan kawasan FELDA terletak di kawsan luar bandar maka tidak hairanlah FELDA mempunyai banyak tempat yang menarik untuk dikunjungi, antaranya ialah Pusat Latihan Pertanian Tun Abdul Razak. Pusat latihan ini menawarkan pelancongan yang bertemakan

12

pertanian. Berhampiran dengan FELDA Ulu Jempol terdapat satu kawasan yang menawarkan pelancongan yang bertemakan air terjun. Kawasan ini dikenali sebagai lubuk U. Kehijauan huatn tersebut telah menarik ratusan pengunjung seminggu. 3.4 Kemasyrakatan: Felda telah menjalankan projek tanah rancangan antaranya ialah Jengka 21. Jengka 21 dirujuk sebagai Felda Teratai 21 dan didiami lebih daripada 400 buah keluarga. Setiap keluarga akan dibahagikan kepada beberapa kawasan kediaman yang dipanggil blo. Terdapat 18 blok kesemuanya dan kerja-kerja kemasyarakatan kebiasaanya dilakukan bersama. 4) Perkembangan. 4.1 Pengiktirafan: Felda pernah dianugerahkan dengan Ramon Mag Saysay Award (Government Service). Anugerah ini diberikan kepada Yang Mulia Raja Tan Sri Muhammad Ali pada 31 Ogos 1980. Anugerah ini dianugerahkan kerana usha pembangunan tanah dalam membasmi kemiskinan dan pembangunan sosial di kawasan pedalaman Malaysia. 4.2 Sumber kewangan: FELDA mendapatkan sumber kewangan untuk membiayai projek-projek pembangunan daripada kerajaan persekutuan, bank dunia, bank pembangunan Asia, tabung kerajaan Kuwait, Tabung pembangunan Arab Saudi dan lain-lain.FELDA menerima wang ini dalam bentuk pinjaman untuk membiayai kegiatan pertanian, pembinaan kilang dan rumah petempatan.

13

4.3 Perancangan masa hadapan: Mengkaji semuala hutang untuk menghapuskan hutang yang besar dan berbunga tinggi yang akan membebankan peneroka. Memodenkan system dan kaedah perladangan agar FELDA serta anak- anak syarikatnya mendapat keuntungan yang besar serta dapat diagihkan secara adil untuk memberi faedah dan kebajikan yang lebih besar kepada peneroka. Menubuhkan asrama FELDA sebagai tempat pembelajaran yang selesa untuk mereka yang terpilih.

4.4 Cabaran yang dihadapi: FELDA telah menghadapi pelbagai cabaran demi untuk memajukan tanah luar bandar,

antaranya, pada tahun 1990 dua anggota FELDA dan seorang penyelia telah dibunuh ketika sedang menjalankan tugas. Selain itu, cabaran di cabaran ditempuh oleh peneroka kerana perlu mengendalikan ladang yang berkeluasan sepuluh ekar. Peneroka perlu mengusahakan ladang ini secara optimum. Pengendalian ini memerlukan tenaga dan usaha yang tinggi kerana untuk menguarangkan pembaziran dan mengelakkan kehilangan pengeluaran.

4.5 Kemajuan yang dicapai:

FELDA telah mewujudkan pelbagai persatuan belia seperti Persatuan Belia Felda dan Gerakan Belia 4B dan lain-lain. FE:DA semakin maju degan cara menubuhkan set anak-anak syarikat sepertiD Saji. Syarikat ini mempunyai pengalaman tentang industri perkhidmatan sajian makanan dan minuman. Syarikat ini mencapai kegemilangannya pada tahun 2004.

14

Manakala Felda Holdings

juga dikenali di peringkat antarabangsa kerana syarikat ini

merupakan antar peneraju dunia. Felda Holdings membekalkan hampir 8% daripada jumlah pengeluaran minyak kelapa sawit dunia pada tahun 2009.FElda mempunyia kepentingan syarikat di Amerika Syarikat, Kanada, Australia, China, Sri Lanka, Pakistan, dan Afrika Selatan.

15

RUMUSAN
Setelah menyiapkan kerja kursus ini, apa yang dapat saya rumuskan ialah FELDA merupakan agensi yang amat serius dalam hal pembangunan hingga sanggup berganding bahu membangunkan negara. Dengan kegigihan dan semangat kerjasama yang ditunjukkan oleh agensi pembangunan negara (FELDA) membuat saya bangga sebagai seorang rakyat Malaysia. Saya turut bersyukur kerana dengan menyiapkan kerja kursus ini saya dapat mendekatkan diri dan mengetahui sejarah latar belakang FELDA. Saya juga telah mendapatkan pekara yang telah saya objektikan sebelum menjalankan kerja kursus ini. Selain itu, FELDA telah membuka mata mereka yang miskin dan tinggal di luar bandar bahawa usaha merupakan tangga untuk mencapai pembangunan bukan sahaja dalam negara malah di dalam diri juga.

16

LAMIRAN

17

GAMBAR

18

Anda mungkin juga menyukai