Anda di halaman 1dari 3

Lihat gambar di bawah dengan teliti.

Berdasarkan gambar tersebut, huraikan faktor-faktor


yang menyebabkan kurangnya semangat bergotong-royong dalam kalangan masyarakat
bandar di negara kita. Panjang huraian anda antara 200 hingga 250 patah perkataan.

1 Sejak belakangan ini, gejala sosial dalam kalangan remaja semakin kerap diperkatakan.
Sesetengah pendapat mengatakan bahawa faktor kekeluargaan merupakan penyumbang utama
berlakunya masalah ini.
Sejauh manakah anda bersetuju dengan pendapat tersebut? Bahaskan.

2 Anda sebagai salah seorang Pegawai Kesihatan telah dijemput oleh ketua kampung di tempat
anda untuk menyampaikan sebuah ceramah yang bertajuk, Kepentingan Menjaga Kebersihan
Diri.
Tulis ceramah anda itu dengan selengkapnya.

3 Seorang pelajar di sekolah anda telah terpilih sebagai pelajar terbaik dalam peperiksaan Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan oleh Kementerian Pelajaran baru-baru ini.
Selaku pengarang majalah sekolah, anda dikehendaki menemu ramah pelajar berkenaan untuk
dimuatkan dalam majalah sekolah anda.
Tuliskan temu ramah anda itu.

4 Semangat patriotik dalam kalangan generasi hari ini semakin berkurangan.


Bincangkan penyataan tersebut.

5 Ada pandangan yang mengatakan bahawa puisi tradisional semakin dilupakan oleh generasi
muda kini. Keadaan ini amat membimbangkan banyak pihak.
Huraikan punca-punca yang menyebabkan keadaan ini berlaku.
Skema Jawapan

Pendahuluan
- semangat bergotong-royong semakin kurang diamalkan dalam masyarakat hari ini
Faktor-faktor
1. Sibuk dengan urusan dan kerja masing-masing bagi mengejar kekayaan
2. Sikap terlalu menjaga imej dan kedudukan
3. Mengambil sikap pentingkan diri sendiri (individualistik)
4. Kurang semangat kejiranan
5. Amalan gemar mengupah orang lain untuk melakukan sesuatu pekerjaan
6. Kempen kurang dijalankan dalam kalangan masyarakat
7. Faktor persekitaran menjadi kekangan utama
Kesimpulan
- masyarakat perlu membangunkan semula amalan yang baik ini demi melahirkan mayarakat yang aman dan
harmoni.

_____________________End Of Answer______________________

1. Format - perbincangan
Pendahuluan
- keluarga memainkan peranan penting dalam membentuk peribadi anak-anak
Isi-isi penting
a) faktor kekeluargaan mempengaruhi gejala sosial
- ibu bapa kurang memberi perhatian dan kasih sayang
- ibu bapa sibuk bekerja dan tiada masa untuk anak-anak
- ibu bapa bercerai dan tinggal berasingan
- ibu bapa bergaduh / berlaku penderaan dalam keluarga
- ibu bapa kurang menitikberatkan ilmu agama dan moral anak-anak
b) faktor-faktor lain
- pengaruh media massa
- pengaruh rakan sebaya
- faktor persekitaran
Kesimpulan
- peranan ibu bapa sangat penting kerana segala yang berlaku adalah berpunca
daripada rumah

2. Format - ceramah
Pendahuluan
- kebersihan diri perlu dijaga bagi menjamin kehidupan yang lebih sihat.
Isi-isi penting
a) memastikan keadaan persekitaran sentiasa bersih
b) menjaga pemakanan dan makan makanan yang seimbang
c) mengamalkan riadah setiap hari
d) memastikan keadaan diri sentiasa bersih dan kemas
e) elakkan tabiat merokok dan minum minuman keras
f) sentiasa ceria dan berfikiran positif
Kesimpulan
- mencegah adalah lebih baik daripada merawat

3. Format temu ramah


Pendahuluan
- ucapan terima kasih kerana sudi ditemu ramah dan nyatakan tujuan temu ramah
diadakan
Isi-isi penting
a) bijak membahagikan masa belajar dan bermain
b) sentiasa memberi tumpuan ketika guru mengajar di dalam kelas
c) sering mengajukan soalan sekiranya kurang faham akan topik yang diajar guru
d) sentiasa mengadakan kumpulan perbincangan bersama rakan-rakan
e) menyediakan nota ringkas sebagai rujukan
f) tidak mengamalkan sikap mengulangkaji pada saat-saat akhir
g) berusaha gigih di samping berdoa dan bertawakal kepada Tuhan
Kesimpulan
- kejayaan pasti akan dicapai sekiranya ada kesungguhan

4. Format - perbincangan
Pendahuluan
- generasi muda merupakan bakal pemimpin yang akan memimpin negara pada masa
depan
Isi-isi penting
a) generasi muda tidak pernah berasa susah semasa zaman perang
b) mereka telah dididik dan diberi kemewahan oleh ibu bapa
c) mudah mendapat segala yang diperlukan
d) kurang didedahkan dengan semangat cinta akan negara
e) sering mengambil sikap mudah dan sambil lewa dalam segala perkara
f) masih terdapat segelintir generasi muda bersikap patriotik terutama semasa menyambut Hari Kebangsaan
Kesimpulan
- semangat patriotik sebenarnya memang wujud dalam generasi hari ini Cuma caranya mungkin berbeza
daripada generasi terdahulu

5. Format - ulasan
Pendahuluan
- jenis-jenis puisi tradisional adalah pantun, gurindam, syair dan seloka
Isi-isi penting
a) puisi tradisional sukar difahami kerana gaya bahasa yang digunakan kurang menarik
b) puisi tradisional sukar dipersembahkan kerana terikat dengan bentuk tertentu
c) puisi tradisional jarang-jarang digunakan dalam masyarakat hari ini
d) pengaruh puisi moden yang lebih mudah difahami dan menarik minat
e) kurang pendedahan daripada media massa
f) tiada kempen daripada kerajaan atau badan-badan tertentu
Kesimpulan
- puisi tradisional perlu dihidupkan kembali agar menjadi warisan turun-temurun

Anda mungkin juga menyukai