Anda di halaman 1dari 3

CARA MENANGANI PERMASALAHAN DI KALANGAN REMAJA

Remaja merupakan aset negara pada masa hadapan. Namun demikian, isu masalah sosial di
kalanganremaja kerap diperkatakan kerana didapati masalah ini telah bertambah dari setahun ke
setahun.Antara masalah sosial di kalangan remaja ialah budaya melepak, penagihan dadah dan
pergaulan bebas.Terdapat beberapa tindakan yang boleh dilakukan oleh pihak-pihak tertentu untuk
menangani permasalahan di kalangan remaja.
Pihak yang boleh memainkan peranan utama dalam menangani gejala sosial ialah ibu bapa dan
keluarga. Kita sedia maklum bahawa kebanyakan masa para remaja banyak dihabiskan di rumah. Ibu
bapasewajarnya memberikan perhatian dan kaslh sayang kepada anak-anak remaja. Oleh itu, ibu
bapahendaklah bertanya kepada anak-anak remaja tentang permasalahan yang dihadapi dan
membantumereka dalam menyelesaikan masalah tersebut. Sesungguhnya, anak-anak remaja amat
mernerlukan bimbingan ibu bapa dalam menghadapi kehidupan yang semakin mencabar.
Pihak masyarakat dan pemimpin setempat juga boleh membantu mengatasi masalah sosial
remaja. Para remaja merupakan ahli kepada masyarakat setempat. Jika masyarakat mendapati
terdapat remajayang melakukan perbuatan negatif, maka mereka mestilah menegur dan memberi
nasihat secaraberhikmah.Selain itu, pemimpin setempat hendaklah memantau suasana cat tinggal di
kawasan yang dipimpinsecara berterusan dan memastikan gejala sosial yang berlaku segera diatasi.
Jika para remaja melihat masyarakat mengambil berat tentang perlakuan mereka pasti para remaja
akan memperbaiki tingkahlaku mereka.
Pihak media massa juga perlu memainkan peranan penting dalam mengatasi permasalahan
remaja. Umum mengetahui tentang keberkesanan media massa dalam mempengaruhi hati dan minda
seseorang. Media elektronik dan media cetak perlu menayangkan program yang dapat meningkatkan
harga diri remaja.
Pihak kerajaan juga boleh memainkan peranan yang penting dalam menangani permasalahan
remaja.Hal ini kerana pihak kerajaan mempunyai autoriti dalam negara kerana mempunyai kuasa
sumber kewangan dan boleh menggubal undang-undang. Beberapa program untuk remaja perlu
dirangka dandilaksanakan secara berterusan agar nilai-nilai murni dapat diamalkan oleh golongan
remaja. Contohnya, Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) adalah satu program yang baik kepada
remaja di Malaysia. Bagi remaja yang melanggar undang-undang negara, tindakan tegas hendaklah
diambil oleh pihak kerajaan bagi membendung perlakuan negatif tersebut.

cara mengatasi masalah gejala sosial remaja


Gejala sosial yang melibatkan golongan remaja bukan sahaja menimpa remaja kelas bawahan,
malahan membabitkan kelompok remaja kelas menengah dan atasan. Pada umumnya, gejala ini
timbul kerana golongan remaja tidak mempunyai tempat mengadu dan tidak diurus dengan saksama
lagi bijaksana.

PERANAN IBU BAPA


Sesetengah ibu bapa harus mengakui bahawa mereka tidak mempunyai kemahiran dalam mendidik
anak-anak. Kemahiran mengasuh meliputi kefahaman terhadap jiwa remaja, menangani kesihatan
mental dan emosi anak-anak muda serta penguasaan terhadap perkembangan terkini. Mereka perlu
dididik bahawa jiwa remaja kini tidak sama dengan jiwa mereka sewaktu remaja. Interaksi dengan
anak-anak tidak lagi bersifat sehala. Pandangan bahawa `ibu dan bapa kemudian anak-anak tidak lagi
terpakai. Sebaliknya ibu bapa perlu memahirkan diri menjadi `rakan anak-anak. Kemahiran
mendengar dan berbincang dengan anak-anak perlu dipupuk. Konsep membuat keputusan untuk anak
remaja juga tidak lagi boleh diamalkan. Sebaliknya gaya berbincang nyata lebih berkesan.

Ibu bapa harus peka dan membantu remaja dalam memahami perubahan fizikal dan seksual mereka.
Mereka perlu dibantu apabila terdapat ledakan kebolehan intelektual. Perubahan tersebut
mendorong remaja membebaskan diri daripada kongkongan ibu bapa dan sebaliknya mereka mahu
membina jati diri sendiri.
Pendidikan daripada alam kanak-kanak kepada remaja menjadikan emosi dan psikologi mereka mulai
bebas. Jika ibu bapa masih mengamalkan konsep melindungi dan bukannya tempat meluahkan
masalah, remaja akan kelihatan bermusuh dengan ibu bapa kerana jiwa mereka tidak difahami.
Peristiwa yang menimpa remaja Sufiah Farouq (remaja pintar di Oxford) merupakan suatu contoh
bahawa remaja tidak boleh dikongkong oleh ibu bapa.

Institusi keluarga penting untuk membantu mengelakkan para remaja dari terjebak dengan
gejala sosial. Paling penting perlu dititik beratkan ialah tentang agama. Adanya asas agama yang
teguh, remaja tidak akan sewenang-wenangnya terjerumus kepada perkara yang tidak baik. Dalam hal
ini peranan ibu bapa sangat penting, terutamanya sebagai model kepada anak-anak. Kesibukan bukan
alasan sebagai penghalang ibu bapa mengambil berat hal anak-anak mereka. Paling penting ibu bapa
tahu berperanan dan mengamalkan masa yang berkualiti dengan anak-anak. Ibu bapa seharusnya
mempunyai masa untuk berkomunikasi dan mengambil tahu perihal anak-anak mereka.

Selain itu, ibu bapa yang memiliki anak remaja hendaklah menjadi rakan kepada mereka. Dengan ini
anak-anak akan lebih mempercayai ibu bapa dan menjadikan mereka sebagai rujukan jika berdepan
dengan masalah. Apabila anak-anak bercerita tentang masalah mereka, ibu bapa hendaklah
memberikan tumpuan. Jangan terus membuat spekulasi yang tidak baik ataupun terus menghukum.
Berikan masa untuk berbincang dan mencari jalan penyelesaian terbaik.

Ibu bapa juga digalakkan merancang aktiviti bersama anak-anak dan ahli-ahli keluarga. Contohnya, di
bulan Ramadan ini, seboleh-bolehnya semua ahli keluarga berkumpul untuk berbuka puasa ataupun
bersama-sama ke surau atau masjid untuk menunaikan solat sunat Tarawih. Para ibubapa juga perlu
sentiasa memantau keadaan anak-anak, tidak boleh just take for granted. Mereka tidak boleh
membiarkan anak-anak bersendirian menentukan jalan hidup mereka. Anak-anak perlu dibimbing.

Selain itu, ibu bapa perlu mengenali rakan anakanak remaja mereka. Jika perlu, sesekali minta supaya
anak-anak membawa rakan-rakan mereka ke rumah supaya dapat dipastikan dengan siapa anak kita
berkawan. Ibu bapa harus sentiasa berdoa agar anak-anak mereka terhindar dari perkara-perkara yang
tidak diingini. Mereka harus sedar bahawa doa ibubapa sangat penting untuk kesejahteraan hidup
anak-anak

PERANAN GURU DI SEKOLAH

Guru di sekolah pula bukanlah sekadar pembimbing akademik, tetapi harus menjadi rakan kepada
remaja. Guru yang diingati oleh remaja ialah guru yang boleh dibawa berbincang dan sama-sama
menyelesaikan masalahnya. Guru yang hanya memerintah akan diingati sebagai `pemerintah dan
tidak didekati. Hasilnya, arahan akademik bukan sahaja tidak dipatuhi, bahkan mewujudkan
pemberontakan antara pelajar dengan gurunya. Ini pula akan menyebabkan pelajar tidak mempunyai
minat terhadap proses pembelajaran.

PERANAN PIHAK BERKUASA

Pihak berkuasa pula tidak boleh mengharapkan remaja menjauhi kehidupan bebas dan liar, tetapi
pada masa yang sama turut menyediakan ruang untuk perkara seperti minuman arak, seks bebas dan
penagihan pil ecstacy berlaku dengan mudah. Persekitaran tidak sihat hares dibanteras, seiring
dengan usaha pembentukan remaja itu sendiri. Gejala remaja gemar menonton video lucah misalnya,
tidak boleh dituding semata-mata kepada ibu bapa dan guru. Dalam hal ini, adakah ibu bapa dan guru
hares disalahkan, sedangkan bahan untuk tontotan lucah berlambak bebas di pasaran tanpa kawalan?

PERANAN MEDIA MASSA

Media pula mesti mengawal penyiaran secara eksklusif dan besar-besaran tentang keruntuhan akhlak
remaja tanpa membantu untuk mengawalnya. Sebaliknya remaja yang berjaya mesti sering
ditonjolkan di media massa sebagai motivasi untuk diteladani. Hal-hal mengenai kreativiti remaja
mesti sering diperbanyak berbanding liputan mengenai aksi dan perangai negatif mereka.
Sesungguhnya, pelbagai gejala negatif berleluasa di kalangan remaja hari ini. Oleh itu, semua pihak
perlu bekerjasama membanteras fenomena ini agar tidak timbul masalah sosioekonomi yang lebih
serius.

PERANAN KOMUNITI/MASYARAKAT

Setiap usaha yang dilakukan dalam apa-apa permasalahan masyarakat tidak akan berjaya jika
masyarakat di tempat di mana masalah itu berlaku tidak turut sama menggembleng tenaga. Untuk
menggerakkan masyarakat Melayu ataupun komuniti Islam, tempat yang paling sesuai dalam
mendapat komitmen mereka ialah di masjid-masjid atau di surau-surau. Kerana di sinilah masyarakat
berkumpul pada setiap hari, setidak-tidak pada waktu malam sekiranya mereka sibuk bekerja pada
siang harinya. Apabila masjid-masjid dan surau-surau mula membincangkan mengenai cara-cara untuk
menangani penyakit masyarakat ini, sudah pastilah Pelan Tindakan yang disusun oleh kerajaan negeri
melalui agensi-agensi kerajaan dan jabatan yang berkaitan akan menjadi lebih mudah. Apa yang kita
mahukan di sini ialah masjid-masjid dan surau-surau menjadi perantara kepada mesej yang hendak
disampaikan oleh kerajaan negeri dalam mengubati penyakit ini serta kaedah rawatan yang perlu
diambil dan seterusnya kaedah pencegahannya. Apabila mandat diberikan kepada pihak masjid serta
surau dan seterusnya komuniti setempat untuk melaksanakan program ini, sudah pasti masyarakat
akan memandang tinggi terhadap institusi masjid serta surau, dan mereka akan melihat hubungan
jambatan antara komuniti setempat dengan kerajaan negeri.

Pihak jawatankuasa masjid dan surau hendaklah diberi kefahaman yang sepenuhnya bahawa usaha ini
bukannya untuk meraih keuntungan atau sokongan mana-mana pihak, tetapi ianya adalah untuk
manfaat masyarakat keseluruhannya. Kaedah ini adalah seperti mana yang ditunjukkan oleh
Rasulullah s.a.w di mana masjid dijadikan tempat untuk menyelesaikan segala permasalahan
masyarakat, sumber rujukan, pusat kaunseling dan seterusnya.

Telah nampak kerusakan di darat dan di laut disebabkan karena perbuatan tangan
manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat)
perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar). (Ar-Rum:41)

Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak Yang menyeru (berdakwah) kepada
kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat Segala perkara Yang
baik, serta melarang daripada Segala Yang salah (buruk dan keji). Dan mereka Yang
bersifat demikian ialah orang-orang Yang berjaya. (Ali-Imran: 104)
Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada
yang ma'ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah. sekiranya
ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka, di antara mereka ada yang
beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik. (Ali-Imran : 110)

Anda mungkin juga menyukai