Anda di halaman 1dari 3

Nama: Vivian Voon Li Sin

Tingkatan: 5A
Perkara: Ujian Lisan Bahasa Malaysia 2013 [Tafsiran ke-3 (Individu)]
Tajuk: Sajak - Di Perpustakaan oleh Shafie Abu Bakar
Aktiviti: Mendeklamasi dan menerangkan sajak

Di Perpustakaan (karya Shafie Abu Bakar)


Melangkah ke ruangmu
Satu pertukaran yang kontras
Dari kehangatan merata
Ke kedinginan yang menerpa
Terlalu hening di sini
Gua pendeta bersemadi
Di puncak sepi
Di sana sini
Kepala-kepala runduk meneliti
Mata dan fikir bersebati

Maju ke ruang buku


Terlalu kerdil aku di sini
Terapung di laut ilmu
Tercurah berzaman
Dalam tak terselam
Betapapun kulayari
Bahtera ilmu di sini
Tak terteroka
Yang akan kucatat
Hanya setitik dari tinta
Yang akan kupetik
Hanya sebiji dari mutiara
Engkau adalah pusaka moyang
Gedung peradaban insan
Terhimpun berzaman
Bersemadi di sini
Aku adalah pelayar yang dahaga
Di dada samudera
Tak berpantai
Betapapun kuteguk darinya
Dahaga tak pernah langsai

Maksud :
Rangkap 1: Penyajak menyatakan bahawa tubuhnya terasa dingin sekali apabila
melangkah masuk ke perpustakaan. Selain itu, keadaan di perpustakaan sangat
sunyi kerana para pengunjung sedang tekun menelaah buku.

Rangkap 2: Penyajak juga menyatakan bahawa apabila dia ke ruangan buku-buku,


dia terasa kecil jika dibandingkan dengan luasnya ilmu yang terkandung dalam
buku-buku di perpustakaan itu. Melalui bukulah membolehkannya mengetahui
ilmu zaman lampau dan zaman ini. Dalamnya ilmu yang terdapat dalam buku
adakalanya tidak dapat diselaminya walaupun dia berusaha untuk menerokai ilmu
itu. Luasnya ilmu yang dapat diperoleh di perpustakaan terlalu banyak berbanding
dengan apa-apa yang dicatatnya sebagai rujukan. Segala ilmu yang terdapat di
perpustakaan ini merupakan pusaka turun-temurun daripada nenek moyang dan
terus dipelihara di situ untuk menjadi panduan kepada generasi akan datang.

Rangkap 3: Penyajak menyatakan bahawa dia pemburu ilmu yang sentiasa


kekurangan ilmu. Biarpun telah banyak menuntut ilmu, tetapi dia tetap merasakan
dirinya masih terkapai-kapai dalam usahanya mencari ilmu.

Tema :
Perpustakaan merupakan gedung ilmu yang menjadi kunjungan pencinta ilmu.

Persoalan :
1. Perpustakaan merupakan khazanah ilmu yang harus dimanfaatkan oleh
semua golongan masyarakat dalam usaha untuk memperoleh ilmu
pengetahuan.
2. Ilmu yang terkandung dalam buku-buku di perpustakaan sangat banyak
berbanding dengan ilmu yang diperoleh daripada pembacaan.
3. Ilmu sangat penting dalam kehidupan manusia. Oleh itu, kita digalakkan
menuntut ilmu sepanjang hayat.
Nilai :
1. Kerajinan: Gigih berusaha untuk menuntut ilmu.
2. Bertanggungjawab: Berminat untuk mendalami ilmu.
3. Mematuhi peraturan: Senyap ketika berada di perpustakaan.

Pengajaran :
1. Kita perlu rajin mencari ilmu.
2. Kita perlu selalu mengunjungi perpustakaan yang merupakan khazanah ilmu.
3. Kita hendaklah mematuhi peraturan semasa di perpustakaan.

Anda mungkin juga menyukai