Anda di halaman 1dari 21

MASALAH SOSIAL YANG

MENCEMAR MARUAH
KELUARGA

PBS B5D2E1

Nama Viola Voon Li Wei


Kelas 3 Amanah
Tarikh 31/3/2014
Mata Pelajaran Pendidikan Sivik Dan
Kewarganegaraan
Guru Mata Pelajaran Cikgu Kichin
Sekolah SMK Batu Kawa

1
KANDUNGAN

A. Pengenalan
1. Vandalisme
2. Penyalahgunaan Dadah
3. Gejala Lepak
4. Rogol
5. Rompakan
6. Mat Rempit
7. Pembuangan Bayi
8. Berjudi
B. Rumusan
C. Rujukan

2
PENGENALAN

Masalah sosial ialah suatu ketidaksesuaian antara unsur-unsur


kebudayaan atau masyarakat, yang membahayakan kehidupan
kelompok sosial. Jika terjadi bentrokan antara unsur-unsur yang ada
dapat menimbulkan gangguan hubungan sosial seperti kegoyahan
dalam kehidupan kelompok atau masyarakat. Masalah sosial muncul
akibat terjadinya perbedaan yang mencolok antara nilai dalam
masyarakat dengan realita yang ada. Yang menjadi sumber masalah
sosial iaitu seperti proses sosial dan bencana alam. Adanya masalah
sosial dalam masyarakat ditetapkan oleh lembaga yang memiliki
kewenangan khusus seperti tokoh masyarakat, pemerintah, organisasi
sosial, musyawarah masyarakat dan sebagainya.

Masalah sosial boleh menyebabkan maruah dan imej keluarga


terjejas.

3
1. VANDALISME

4
Vandalisme merupakan suatu perbuatan seperti menconteng,
mengotori dan merosakkan harta benda awam. Ia juga dikenali sebagai
gejala laku musnah iaitu tabiat seseorang membinasakan harta benda
awam dan juga harta benda orang lain. Perkataan vandalisme ini
berasal daripada nama sebuah puak di Eropah yang dikenali sebagai
Vandal. Kebiasaannya, gejala vandalisme ini dianggap sebagai satu
bentuk jenayah, tetapi pada keadaan tertentu vandalisme ini juga
merupakan satu bentuk jenayah ritual yang dilakukan oleh golongan
manusia yang tidak puas hati terhadap keadaan masyarakat. Motif
kejadian vandalisme biasanya terletak pada aspek emosi. Perbuatan ini
dianggap sebagai suatu cara untuk melepaskan atau menghilangkan
geram dan kebosanan semata-mata. Hal ini boleh menyebabkan
masyarakat awam dan terutamanya kerajaan terpaksa menanggung
kerugian yang besar akibat daripada perbuatan tersebut.

5
2. PENYALAHGUNAAN
DADAH

6
Penyalahgunaan dadah merupakan penggunaan dadah yang
bertentangan dengan kepentingan rawatannya. Manakala, dadah ialah
satu istilah khas kepada sejenis bahan yang mendatangkan
kemudaratan kepada kesihatan seseorang dari segi jasmani, rohani, dan
tingkah laku pengguna apabila digunakan. Perbuatan ini akan
menyebabkan seseorang berada dalam keadaan mabuk, khayal, ketagih
serta gangguan tingkah laku. Walau bagaimanapun, penagih dadah
menganggap dadah sebagai satu alat yang mampu membawa perasaan
gembira kepada mereka. Selain itu, mereka juga menganggap bahawa
mereka akan berada dalam keadaan yang susah tanpa dadah kerana
mereka mampu menagih dadah untuk meringankan tekanan mereka
dari segi pelajaran atau pekerjaan. Oleh itu, penagih dadah
terutamanya remaja akan terus bergantung hidup kepada dadah dan
menyebabkan ketagihan.

7
3. GEJALA MELEPAK

8
Gejala melepak menjadi penyakit sosial dalam masyarakat. Ia
merupakan perbuatan yang tidak mendatangkan faedah seperti duduk
di sesuatu tempat tanpa tujuan dan maksud tertentu. Tabiat ini bukan
sahaja membuang masa malahan memupuk sikap malas dan culas
selain melahirkan generasi tidak produktif. Perbuatan ini perlu
dibendung kerana ia cenderung mewujudkan masalah sosial yang lain
seperti merokok, penagihan dadah, gangsterisme, vandalisme dan
keruntuhan akhlak. Tambahan pula, perbuatan ini melibatkan golongan
remaja lelaki dan perempuan yang menjadi generasi bakal pemimpin
negara di masa hadapan. Kebanyakan remaja yang bermasalah terlibat
dalam gejala sosial ini. Lokasi yang menjadi kegemaran remaja melepak
adalah di khalayak ramai iaitu tempat-tempat awam. Hakikatnya,
golongan remaja ini cuba menarik perhatian umum bagi mempamerkan
jiwa mereka yang memberontak. Biasanya, golongan remaja ini
mempunyai gangguan fisiologi dan psikologi.

9
4. ROGOL

10
Rogol adalah serangan seksual terhadap jantina berlainan ataupun
sama yang dianggap sebagai jenayah yang sangat serius pada masa
sekarang. Dalam undang-undang jenayah, istilah rogol merujuk
kepada serangan seksual yang mana seseorang itu dipaksa untuk
melakukan hubungan seksual dalam keadaan yang tidak rela.
Sesetengah perundangan menggunakan istilah seperti serangan
seksual atau dipukul untuk seksual dan ada juga yang mentakrifkan
rogol sebagai serangan seksual dengan penembusan. Rogol juga
boleh merujuk kepada hubungan seksual dengan seorang yang rela
tetapi dari segi undang-undang belum cukup umur, ini dikenali sebagai
rogol statutori. Kebanyakan mangsa terdiri daripada wanita dan
kanak-kanak. Perbuatan ini sering dilakukan oleh orang lelaki yang
mempunyai pemikiran yang bermasalah dan kurang berpendidikan.

11
5. ROMPAKAN

12
Rompakan merupakan satu perbuatan salah atau pengambilan
sesuatu barangan secara tidak sah yang mana barangan tersebut masih
berada di dalam kawalan, simpanan atau dipunyai oleh seseorang yang
sah di sisi undang-undang. Dalam kejadian ini, perompak-perompak
berhadapan dengan mangsa-mangsa terbabit. Mereka bukan sahaja
menumpukan tujuan utama mereka iaitu merompak wang dan barang-
barangan orang lain, malahan mangsa-mangsa diancam meletakkan diri
mereka dalam ketakutan dan berkelakuan yang bersifat memaksa. Oleh
sebab jenayah ini diiringi dengan tindakan-tindakan kekerasan oleh
perompak-perompak kepada mangsa-mangsa, maka memang tidak
dinafikan bahawa jenayah ini merupakan salah satu jenayah yang amat
ditakuti oleh masyarakat. Kekerasan mereka pula boleh berlanjutan
kepada mangsa-mangsa menerima kesengsaraan akibat cedera parah,
trauma, dan kehilangan nyawa.

13
6. MAT REMPIT

14
Mat Rempit merupakan istilah kepada penunggang motosikal yang
terlibat dalam perlumbaan haram, biasanya dengan menggunakan
moto kapcai atau skuter. Minah Rempit pula boleh menjadi seorang
pelumba perempuan, atau kawan perempuan Mat Rempit. Walaupun
kebanyakan Mat Rempit sering berlumba, ada pula yang hanya
menunggang secara berbahaya di jalan raya. Mat Rempit biasanya
berkumpulan dan akan berlumba di tengah-tengah kota pada malam
hujung minggu. Mat Rempit pula berkaitan dengan kegiatan gangster,
rompak berkumpulan, pergaduhan, laku musnah, kecurian dan buli.
Kebanyakan motosikal yang digunakan tidak memenuhi piawai,
ataupun telah banyak diubahsuai. Selain itu, Mat Rempit tidak
mempunyai lesen syah, tidak membayar cukai jalan dan menaiki
motosikal yang dicuri. Biasanya, remaja yang asyik berlumba haram
sentiasa mengabaikan pelajaran mereka serta dipengaruhi oleh rakan
negatif. Di samping itu, perlakuan mereka juga tidak sentiasa diberikan
perhatian oleh ibu bapa. Kesannya, mereka mungkin akan kehilangan
nyawa pada suatu hari tiba-tiba.

15
7. PEMBUANGAN BAYI

16
Pembuangan bayi bermaksud mencampakkan, melemparkan,
menghapuskan dan menghilangkan anak kecil yang tidak berdosa ke
merata-rata tempat tanpa ada sifat berperikemanusiaan. Biasanya
remaja perempuan membuang bayi di dalam tandas, tong sampah, tepi
longkang dan sebagainya. Kebanyakan bayi juga dibakar oleh ibunya
yang tiada mempunyai sikap bertanggungjawab, maruah diri dan tidak
bertamadun. Mereka yang membuang bayi biasanya sudah terlanjur
melakukan seks bebas. Mereka berharap agar boleh diberi peluang
untuk menjalani kehidupan yang baru dan mengelakkan daripada diejek,
dicemuh dan dicaci oleh masyarakat setempat. Mereka sudah hilang
nilai kemanusiaan kerana mereka hidup bertuhankan nafsu. Sewaktu
ibu bayi melahirkan anak, mereka tidak ada dalam keadaan dan situasi
yang selesa dan mengizinkan. Tanpa persediaan yang rapi, mereka akan
mengalami jangkitan kuman yang serius, kecederaan dan kehilangan
darah yang banyak. Mereka juga melahirkan anak dengan kudrat
sendiri tanpa pertolongan daripada pihak hospital dan pihak lain. Oleh
itu, mereka telah menjadi pelaku dalam perbuatan ini.

17
8. BERJUDI

18
Perjudian adalah permainan di mana pemain bertaruh untuk
memilih satu pilihan di antara beberapa pilihan di mana hanya satu
pilihan sahaja yang benar dan menjadi pemenang. Pemain yang kalah
taruhan akan memberikan taruhannya kepada pemenang. Peraturan
dan jumlah taruhan ditentukan sebelum pertandingan. Biasanya,
seseorang yang kehilangan kerja sentiasa terlibat dalam permainan ini
kerana kekurangan wang untuk membeli barangan keperluan seperti
makanan, minuman, dan lain-lain. Dalam permainan ini, beberapa
masalah mungkin berlaku dan akan menyebabkan imej keluarga
terjejas. Contohnya, beberapa orang yang menjadi ketagihan akan
kehilangan banyak wang disebabkan perjudian tidak dapat berhenti.
Malahan, permainan ini juga tidak mempunyai peraturan yang adil .
Sekiranya pemain menang atau kalah, dia harus membayar sejumlah
wang.

19
RUMUSAN

Sebagai seorang ahli keluarga yang bertanggungjawab dan


bersikap rasional, kita haruslah mengelakkan diri terlibat dalam
perkara-perkara yang tidak berfaedah. Sekiranya kita tidak berbuat
demikian, keperibadian dan sahsiah diri mungkin akan terjejas serta
tidak dapat menikmati keharmonian dan keamanan hidup kita di
samping boleh menjejaskan maruah keluarga.

RUJUKAN

1. qaseh-juniorcute.blogspot.com/2010/09/gejala-sosial-pembuangan-
bayi.html

2. remajapurbabergetah.blogspot.com/2010/08/pembuangan-
bayi.html

3.
id.m.wikipedia.org/wiki/Perjudian

4. id.m.wikipedia.org/wiki/Mat-
Rempit

5. sblm1053g5.blogspot.com

20
21

Anda mungkin juga menyukai