Anda di halaman 1dari 18

TOKOH PEJUANG KEMERDEKAAN

TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA AL HAJ

PENGENALAN
Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj merupakan seorang putera raja
yang telah menyalurkan tenaganya ke arah mencapai kemerdekaan dan keharmonian
negara. Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj merupakan putera Sultan
Abdul Halim Halimshah, Sultan Kedah yang ke 24 dan dilahirkan pada 8 Februari 1903
di Istana Tiga Tingkat, Alor Setar, Kedah. Ketika itu Kedah adalah sebuah negeri di
bawah naungan Siam. Beliau adalah anakanda kepada Sultan Kedah, Sultan Abdul Hamid
Shah. Ibunya bernama Cik Manjalara merupakan seorang puteri Ketua Negeri Mataban,
dalam jajahan Siam.
Penglibatan Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dalam parti UMNO
membawa kepada perlantikannya sebagai Perdana Menteri yang pertama selepas
kemerdekaan dari 1957 hinggalah beliau bersara pada tahun 1970. Pada 6 Disember
1990, seluruh negara dirundung pilu kerana YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj,
Bapa Kemerdekaan, BapaMalaysia meninggal dunia dan dikebumikan dengan penuh
hormat di tanah perkuburan keluarganya di Kedah selaku menunaikan permintaan beliau.
Ibu Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj bernama Menjalara,
merupakan anak Ketua Negeri Mataban dalam jajahan Siam. Pendidikan formal
Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj bermula ketika berusia 6 tahun

di sekolah Melayu dan seterusnya di Sekolah Inggeris Kerajaan yang kini dikenali
sebagai Kolej Sultan Abdul Halim. Kemudian YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj
dihantar belajar di Siam di Sekolah Debsirinder, Bangkok ketika berusia 12 tahun.
Apabila kekandanya Tunku Yusuf yang menjaganya di Bangkok meninggal dunia,
Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj berpindah ke Penang Free
School, Pulau Pinang pada tahun 1915.
Pada tahun 1919, Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah
dikurniakan hadiah pelajaran negeri Kedah ke England dan menerima Ijazah Sarjan Muda
Sastera (Sejarah) dari St. Catherine's College, Universiti Cambridge pada tahun 1925.
Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj bolehlah dianggap sebagai anak
Melayu yang pertama lulus universiti di England.
Selepas itu, Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj meneruskan pula
pengajiannya dalam bidang perundangan di Inner Temple,England. Semasa menuntut di
England, jiwanya tersentuh dengan lagak bangsa penjajah yang memandang rendah
kepada bangsa yang dijajah. Ini mendorongnya menubuhkan 'Persatuan Anak-anak
Melayu Great Britian' pada tahun 1927 yang bertujuan menyatupadukan pelajar-pelajar
Melayu di sana serta menyemaikan semangat Kemerdekaan. Beliau juga menyertai
'Majlis' iaitu sebuah persatuan pelajar India -Muslim yang melaung-laungkan sentimen
anti-penjajah British. Di sinilah beliau mula berjinak dalam bidang politik apabila
menubuhkan Kesatuan Melayu Great Britain dan menjadi setiausahanya yang pertama.
Bagaimanapun, Apabila Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj gagal
dalam peperiksaan, beliau pulang ke tanah air dan berkhidmat sebagai Pegawai Daerah di
beberapa tempat di Kedah.
Sekembalinya ke tanah air pada tahun 1931 Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman
Putra Al-Haj memasuki Perhidmatan Awam Negeri Kedah dan pernah berkhidmat
sebagai Pegawai Daerah Kuala Muda, Padang Terap. Kuala Nerang, Pulau Langkawi dan
Kulim. Pada tahun 1938 sekali lagi Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra AlHaj ke England, kali ini untuk mengikut kursus undang-undang namun pengajiannya
terbantut apabila meletusnya Perang Dunia Kedua
Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj kembali ke tanah air dan bergiat
cergas dalam SABERKAS. SABERKAS adalah singkatan kepada 'Syarikat Berkerjasama
Am Saiburi'. Saiburi adalah nama Kedah dalam bahasa Siam namun maksud sebenarnya
ialah 'Sayang Akan Bangsa Redha Korban Apa Segala'. Beliau banyak melakukan kerjakerja kebajikan semasa pemerintahan tentera Jepun. Apabila Jepun menyerah kalah dan
British kembali muncul, Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj
menyertai Kesatuan Melayu Kedah.
Demi menyempurnakan cita-citanya menjadi seorang peguam pada tahun 1947,
Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ke Englandsekali lagi untuk
meyambung pengajian undang-undangnya setelah tergendala selama 25 tahun. Pada
tahun 1949 Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj lulus dari Cambridge
Universiti dan ditauliahkan sebagai peguam. Sekembalinya ke tanah air Allahyaraham

YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj bertugas sebagai Pendakwaraya di


Perkhidmatan Kehakiman Kuala Lumpur.
Semasa pemerintahan Jepun, Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj
telah diberi jawatan sebagai Penyelia Pelajaran negeri Kedah. Di antara tahun 1947
hingga 1949 berlaku pergolakan politik yang hebat di Tanah Melayu. Pada masa itulah
Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj kembali ke England untuk
meneruskan pengajian perundangan beliau di Inns of Court dan kembali ke tanah air
dengan segulung ijazah peguam dan harapan untuk mengembangkan dasar demokrasi.
Pada masa itu beliau berumur 45 tahun dan telah pun berkahwin dengan Sharifah
Rodziah bt. Syed Alwi Barakbah Tunku dan dikurniakan tujuh orang cahayamata. Walau
bagaimanapun, Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj pernah
berkahwin sebelumnya dengan seorang gadis bernama Meriam pada tahun 1933,
malangnya Meriam meninggal dunia akibat demam malaria. Allahyaraham YTM Tunku
Abdul Rahman Putra Al-Haj pernah juga berkahwin dengan Violet Coulson pada tahun
1935 tetapi perkahwinan itu tidak berkekalan.
Peranan Dan Sumbangan
Zaman pendudukan Jepun telah benar-benar melahirkan semangat kebangsaan di jiwa
Allahyaraham. Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj adalah salah
seorang yang hadir ketika Kongres Melayu Se Malaya diadakan di Kelab Sultan
Sulaiman pada tahun 1946. Pada tahun 1949, Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman
Putra Al-Haj menjadi pengerusi UMNO bahagian negeri Kedah. Apabila Dato' Onn bin
Jaafar meletak jawatan sebagai Persiden UMNO, Allahyaraham YTM Tunku Abdul
Rahman Putra Al-Haj telah dipilih bagi mengisi kekosongan itu pada 26 Ogos 1951.
Sejak mengambil alih kepimpinan UMNO dari Dato' Onn, Allahyaraham YTM Tunku
Abdul Rahman Putra Al-Haj telah mewujudkan kerjasama dengan MCA menubuhkan
Perikatan pada tahun 1952. Sejak itu Perikatan menjadi badan dominan yang
memperjuangkan Kemerdekaan sehinggalah negara memperolehi kebebasan mutlak
apabila Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj membacakan
pengistiharan Kemerdekaan pada pagi 31 Ogos 1957 yang kini disambut setiap tahun
sebagai Hari Kebangsaan - Hari menyambut kemerdekaan.
Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj membuktikan kenegarawanan
beliau apabila Parti Perikatan dihasilkan bersama-sama dengan MCA dan kemudian
disertai pula oleh MIC. Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj
menegaskan kemerdekaan akan hanya dicapai melalui kerjasama di antara kaum Melayu,
Cina dan India. Kewibawaan Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj
sebagai seorang pemimpin terserlah apabila hasil rundingan Allahyaraham YTM Tunku
Abdul Rahman Putra Al-Haj dengan pihak British membawa kepada pilihanraya yang
pertama pada 31 Ogos 1955 dan Parti Perikatan memenangi 51 daripada 52 kerusi yang
dipertandingkan. Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dilantik

menjadi Ketua Menteri. Di antara usaha beliau yang penting adalah cubaan
menyelamatkan negara dari ancaman komunis semasa daurat dengan memberi tawaran
pengampunan beramai-ramai sekiranya pengganas menyerah diri. Ini diikuti oleh
Rundingan Baling pada 27 dan 28 Disember 1955 antara PKM dan kerajaan tetapi
menemui jalan buntu.
Keistimewaan
Pada 13 Januari 1956, Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj mengetuai
rombongan perundingan Merdeka yang disertai oleh 4 orang wakil Raja Melayu dan 4
orang wakil Parti Perikatan di Lancester House dan pada 8 Februari 1956, beliau
menandatangani Perjanjian Merdeka. Pada 31 Ogos 1957, Allahyaraham Tunku Abdul
Rahman melaungkan perkataan, Merdeka! Merdeka! Merdeka di Stadium Merdeka Kuala
Lumpur. Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dilantik sebagai
Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu Merdeka yang pertama dan dalam masa
yang sama memegang potfolio Menteri Dalam Negeri.
Sebagai Perdana Menteri Malaya yang pertama, Allahyaraham YTM Tunku Abdul
Rahman Putra Al-Haj telah bertindak lancar dengan mencipta polisi-polisi baru. Tunku
Abdul Rahman memulakan beberapa projek pembangunan, diantaranya ialah membina
Masjid Negara, Stadium Negara, Bangunan Parlimen, Muzium Negara dan Tugu
Kebangsaan. Pada tahun 1957, Pertandingan Bola sepak Piala Merdeka di buka kepada
semua negara kecuali Isreal. Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj
telah mengasaskan Kementerian Kebudayaan, Beliau dan Sukan dalam usaha beliau
untuk memperkayakan warisan Malaysia.
Di peringkat antarabangsa, Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah
mengilhamkan penubuhan Association of Shoutheast Asia (ASA) dan memeterai
perjanjian penubuhannya pada tahun 1961 dengan Thailand dan Filipina. Allahyaraham
YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj adalah seorang yang keras menentang dasar
apartied Afrika Selatan sehingga negara itu disingkirkan keahliannya dari Komanwel
dalam Persidangan Komanwel di London.
Untuk mengeratkan hubungan diplomatik sesama negara Islam serta meningkatkan syiar
Islam, Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah mengilhamkan
negara menganjurkan Pertandingan membaca Al-Quran peringkat antarabangsa. Tradisi
ini diteruskan sehingga ke hari ini.
Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj adalah peminat sukan yang
serius, beliau telah mengembangkan minatnya ke peringkat negara apabila Malaysia
menganjurkan kejohanan Pestabola Merdeka pada setiap tahun yang menyumbang

kepada negara ini muncul sebagai gergasi bolasepak Asia ketika itu.
Pada May 1961, Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj juga
bertanggungjawab menyarankan gagasan Malaysia - merangkumi Tanah Melayu,
Singapura, Sarawak, Borneo Utara (kemudian dikenali sebagai Sabah) dan Brunei.
Kesemuanya kecuali Brunei menyertai gagasan tersebut dan Malaysia terbentuk pada 16
September 1963, satu gagasan persekutuan yang terdiri dari Tanah Melayu, Singapura,
Sabah dan Sarawak. Walaubagaimanapun beliau dengan berat hati kemudiannya telah
menyingkirkan Singapura dari Malaysia pada 9 Ogos 1965. Tindakannya adalah
didasarkan kepada anggapannya bahawa Singapuraadalah 'barah yang harus dibuang'
demi mengelakkan kacau-bilau politik merebak ke seluruh negara.
Bagi Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ini perlu dilakukan demi
keamanan negara ketika itu. Pada tahun 1969, pergolakan politik telah membawa kepada
peristiwa hitam "13 Mei". Pada masa itu, beberapa pemimpin muda yang berfikiran
radikal mendesak Allahyaraham untuk meletak jawatan. Beliau dikritik kerana kurang
melaksanakan dasar pro-Melayu sehingga menyebabkan berlakunya rusuhan. Walau
bagaimanapun Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj enggan berbuat
demikian sehinggalah masalah itu dapat diselesaikan. Ekoran dari insiden itu,
Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah menyerahkan kuasa
eksekutif kepada Tun Razak yang mempengerusikan Majlis Gerakan Negara
(MAGERAN).
Akhirnya, pada 21 September 1970 tamatlah satu era apabila Allahyaraham YTM Tunku
Abdul Rahman Putra Al-Haj bersara dari jawatan Perdana Menteri Malaysia dan
menerima pelawaan Raja Faizal dari Jeddah untuk menjadi Setiausaha Agung Seketariat
Islam di Jeddah. Pada Perhimpunan Agung UMNO ke 22 pada 23-24 Januari 1971
Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj meletakkan jawatan Yang
DiPertua UMNO danTun Razak disahkan sebulat suara sebagai penggantinya.
Walaupun telah bersara, beliau menceburkan diri dalam bidang kewartawanan.
Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj banyak menabur jasa dan
mengharumkan Malaysia di peringkat antarabangsa. Beliau mendapat anugerah-anugerah
akademik dan sukan dari dalam dan luar negara di samping menerima darjah-darjah
kebesaran. Walau setinggi mana pencapaian beliau, Allahyaraham YTM Tunku Abdul
Rahman Putra Al-Haj tetap seorang yang merendah diri dan sentiasa memikirkan
kebaikan rakyat.
Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj meninggal dunia pada 6
Disember 1990 di Hospital Besar Kuala Lumpur dan disemadikan di Makam Di Raja
Langgar, Alor Setar. Jasa-jasanya sebagai Bapa Kemerdekaan akan sentiasa dikenang
setiap kali menjelang Hari Kebangsaan,

DATUK MAHARAJA LELA

PENGENALAN
Dato' Maharaja Lela Pandak
Lam adalah salah seorang
pembesar delapan Perak. Pandak Lam adalah keturunan Daeng Salili,
anak Raja Bugis yang berasal dari Daerah Luwuk, Sulawesi. Daeng
Salili dating ke Perak ketika pemerintahan Sultan Muzaffar Shah III.
Beliau dilantik sebgaai mufti Perak dan dianugerahkan gelaran Dato?
Maharaja Lela Tan Lela dengan kuasa boleh memancung tanpa
bertanya. Beliau terlibat dalam perjuangan menentang British di Perak
dan merupakan pemimpin yang mengetuai perjuangan tersebut. Beliau
bersama-sama dengan pemimpin lain seperti Orang Kaya-kaya Seri
Agar Diraja (lebih dikenali sebagai Dato? Sagor) dan Ngah Kandin telah
merancang dan membuat pakatan menentang penglibatan British di
Perak dengan membunug Residen British iaitu James Wheller Woodfird
Birch (J.W.W. Birch).
Dalam perjuangan ini beliau mendapat restu daripada Sultan Abdullah
dan Sultan Ismail serta mendapat sokongan daripada penduduk sekitar
Pasir Salak dan Kampung Gajah. Penglibatan Dato Maharaja Lela
sebagai tokoh utama dalam pembunuhan J.W.W Birch adalah
melaksanakan keputusan mesyuarat Durian Sebatang pada 21 Julai
1875 yang dipengerusikan oleh Sultan Abdullah dan dihadiri oleh
pembesar atau wakilnya. Namun, perjuangan beliau didapati bersalah
oleh mahkamah yang bersidang dari 14-22 Disember 1876. Beliau
telah dijatuhi hukuman gantung sampai mati pada 20 Januari 1877.
Disini dapat disimpulkan bahawa Dato Maharaja Lela adalah pejuang
bangsa yang bertanggungjawab kepada sumpah dan janjinya tetapi
dikecewakan oleh raja dan bangsanya sendiri.

Abdul Rahman bin Tuanku Imam Nuh (Dato' Bahaman)

PENGENALAN
Abdul Rahman bin Tuanku Imam
Nuh, lebih dikenali sebagai Dato'

Bahaman ialah Orang Besar yang menentang penjajah British diSemantan, kawasannya
di negeri Pahang, Tanah Melayu.
Bahaman ialah anak kepada Tuanku Imam Nuh yang berasal dariBangkinang, dan Rokiah
Abdul Rahman, anak perempuan Tok Setia Perkasa Semantan yang berketurunan Bugis
dari Sulawesi Selatan. Seorang yang pandai bersilat dan mempunyai ilmu kebal,
kelebihan ini telah menyebabkan Bahaman digelarkan 'Seman Tahan' oleh penduduk di
sekitar kawasan itu sehingga sungai yang tidak bernama ketika itu diberi nama Sungai
Seman Tahan dan seterusnya menjadi tempat persinggahan British.
Punca utama Perang Semantan ialah ketidakpuasan hati Orang-orang Besar Pahang
terhadap campur tangan British ke atas kawasan mereka. Ketegangan itu bermula pada
bulan Disember 1890 ketika E.A Wise hendak mendirikan sebuah balai polis di Lubuk
Terua yang terletak di kawasan Dato' Bahaman, tanpa sebarang perundingan dengannya.
ApabilaHugh Clifford, Pemangku Residen British Pahang, mengetahui hal tersebut,
beliau menasihatkan Sultan dan baginda kemudian menitahkan Dato' Bahaman supaya
pergi ke Pekan agar perkara itu dapat disiasat. Oleh sebab Dato' Bahaman enggan ke
Pekan, Sultan mengeluarkan surat perintah yang melucutkan pangkat dan tarafnya
sebagai Orang Kaya Semantan.
Tindakan itu menyakitkan hati Dato' Bahaman. Keadaan ini menyebabkan beliau dan
pengikut-pengikutnya menyerang hendap C.E.M Deaborough di Sungai Semantan pada
15 Disember 1891 ketika beliau menyangka Desborough datang untuk menangkapnya.
Dalam serangan tiba-tiba itu, pihak Desborough telah kalah dan mereka melarikan diri ke
bandarTemerloh.
Setelah mengetahui peristiwa di Semantan itu, pegawai-pegawai British Pahang
menyediakan tentera untuk melawan pembangkang-pembangkangMelayu. Ekoran dari
itu pada 21 Disember 1891, satu pasukan yang diketuai oleh Clifford dan Tengku
Mahmud pergi ke Kampung Kelubi yang merupakan kubu kedua pertahanan Dato'
Bahaman. Di sini berlaku sekali lagi pertempuran antara pihak British dengan Dato'
Bahaman tetapi pihak British sekali lagi ditewaskan.
PERJUANGAN
Pada hari ini dalam tahun 1892, Dato' Bahaman atau Orang Kaya Semantan, menyerang
dan menawan semula Lubuk Terua (satu tempat yang termasuk di dalam wilayahnya) dari
kekuasaan Inggeris.
Meletusnya penentangan Dato' Bahaman secara aktif terhadap Inggeris adalah akibat dari
tindakan gegabah C. E. B. Desborough (Pemangku Pemungut Hasil Semantan)
menangkap tiga orang pengikut Dato' Bahaman dengan tuduhan mengumpulkan hasil
hutan tanpa izin. Penangkapan itu dilakukan ketika Desborough dan Townson (Merinyu
Lombong) mengiringi satu pasukan Polis untuk memperkuatkan balai Polis di Lubuk
Terua, dan membawa ketiga-tiga tawanan itu untuk diadili di Lubuk Terua juga.

Menyedari tentang hal itu, Dato' Bahaman yang memang menentang keras pembinaan
balai Polis di kawasannya itu dan percaya bahawa pasukan itu datang untuk menangkap
beliau, telah menyerang pasukan Desborough itu, membunuh tiga orang, melukakan
beberapa orang yang lain Ialu, membebaskan orang-orangnya. Selepas itu Dato' Bahaman
dan pengikut-pengikutnya menawan Balai Polis Lubuk Terua dan memusnahkan gudanggudang bekalan makanan dan barangan kepunyaan Syarikat Lombong bijih Bentong dan
Raub.
Sebelumnya, Dato' Bahaman memang memusuhi Inggeris kerana menyekat dan menuduh
beliau (dalam tahun 1889) memungut cukai secara haram dan memberi amaran, . bahawa
penerusan memungut cukai secara tradisi adalah terlarang,. . . .2 sedangkan itu adalah hak
tradisi beliau sebagai pembesar di daerahnya. Inggeris juga menuduh beliau (pada tahun
1890) menulis surat kepada Residen Selangor, W. E. Maxwell meminta supaya Semantan
dipersatukan dengan Selangor.3 Walaupun beliau menyangkal tuduhan itu Sultan telah
memerintahkan Orang Kaya itu mengadap baginda di Pekan. Orang Kaya itu enggan Ialu
menghilangkan diri di dalam hutan di tengah-tengah masyarakat orang-orang asli yang
memang bersahabat baik dengan beliau, tetapi keluar apabila mengetahui orang-orangnya
ditangkap oleh pasukan Desborough, menyerang pasukan itu dan membebaskan orangorangnya.
Berikutan daripada itu pada 24hb Disember, 1891, Tengku Mahmud (Tengku Besar)
bersama-sama dengan 200 orang pengikutnya, dan Hugh Clifford bersama-sama dengan
60 orang Sikh di bawah pimpinan Kapten Summer telah mengaturkan gerakan untuk
menyerang dan menangkap Dato' Bahaman dan orang-orangnya. Bagaimanapun gerakan
ini menemui kegagalan setibanya di Kelubi kerana keengganan pasukan Melayu
bekerjasama dengan pasukan polis Sikh. Berikutan dari kegagalan itu "Gerakan Sultan"
dilancarkan pada 22hb .Januari, 1892 dengan kekuatan 800 orang (140 daripadanya
mempunyai senjatapi) yang dipimpin oleh Tengku Ali, Rodger (Residen Pahang),
Panglima Garang Yusof, Saiyid Ali Badoh dan Abdullah dari Bera. Gerakan ini juga
menemui kegagalan kerana selain daripada hanya dapat memusnahkan 11 buah kubu
kecil termasuk Kubu Batu Ampar, jejak Dato' Bahaman tidak dapat dikesan dan tidak ada
tanda-tanda yang memungkinkan Orang Kaya Semantan itu dan pengikut-pengikutnya
yang terdekat akan tertangkap.
Pada awal bulan Februari, 1892, keadaan tegang dianggap telah berakhir. Tidak terdapat
sebarang aktiviti pihak Dato' Bahaman di sepan.jang bulan Februari itu. Untuk sementara
daerah Semantan diletakkan di bawah jagaan Abdullah Bera. Tiba-tiba, pada hari ini
dalam tahun 1892 Dato' Bahaman menyerang lagi dan berjaya menawan semula Lubuk
Terua. Dalam serangan itu Abdullah Bera balik ke Bera dan Kubu Lubuk Terua dikawal
oleh orang-orang dari Cempaka dan Buluh. Ternyata mereka bersimpati dengan gerakan
penentangan Dato' Bahaman terhadap Inggeris.
Bagaimanapun, kejayaan Dato' Bahaman itu hanya sementara kerana tidak lama
kemudian pihak Inggeris mengambil tindakan balas dengan menghantar satu pasukan
seramai 300 orang yang diketuai oleh Tengku Ali, Clifford dan Wise (Majistret di
Temerloh). Dato' Bahaman dan pengikut-pengikutnya terpaksa mengundurkan diri
sebagai satu strategi untuk melanjutkan penentangannya. Penentangan beliau itu ternyata

telah merebak ke seluruh Pahang dengan melibatkan banyak lagi tokoh yang
seperjuangan dengan beliau seperti anaknya Mat Kilau, Panglima Muda Jempul, Tok
Gajah, Tok Jelai, Mat Kelubi dan lain-lain.

DOL SAID PAHLAWAN NANING

PENGENALAN
Dol Said @ Abdul Said lahir dalam tahun 1773, dari suku Semelenggang dan menjadi
Penghulu Naning menggantikan Penghulu Anjak serta dilantik sebagai Penghulu Naning
pada tahun 1799 sewaktu berumur 26 tahun. Dol Said merupakan pemerintah Naning
yang ke-sembilan yang membantah pengenaan cukai ke atas daerahnya oleh pihak
British. Beliau secara keras membangkang kemasukan tentera British di Naning dengan
menunjukkan kebijaksanaan peperangan yang telah mengalahkan pihak British dalam dua
kempen peperangan. Peperangan Naning, yang berlaku pada tahn 1834 telah menjadikan
Dol Said seorang wira yang berani yang telah mengukir tempat di sejarah Melaka.
Penghulu Dol Said telah berjaya mendapat sokongan orang Melayu seramai 1,000 orang
untuk menentang British dalam Perang Naning yang bermula pada 6 Ogos 1831 dan
berakhir pada 24 Ogos 1831 iaitu kira-kira 18 hari berperang. Dalam peperangan
tersebut, Penghulu Dol Said telah mendapat kejayaan dan sebab utama kejayaan tersebut
adalah kerana perpaduan yang wujud di kalangan orang Melayu serta sokongan orang
Melayu di wilayah yang lain. Dol Said akhirnya terpaksa berundur ke Pasir Besar setelah
kalah dalam perang Naning kedua pada Februari 1832 dan dalam masa 4 bulan akhirnya
Naning jatuh ke tangan British pada 15 Jun 1832. Naning kemudiannya diletakkan di
bawah peraturan Negeri-negeri Selat pada 27 Oktober 1832.
PERJUANGAN
British sebuah kuasa besar dunia pernah dikalahkan oleh pahlawan-pahlawan Melayu
dalam perang Naning pertama pada tahun 1831. Kekalahan itu amat mengaibkan Inggeris
kerana mereka adalah kuasa besar boleh dikalahkan oleh Naning sebuah daerah kecil.
Pada mulanya mereka yakin Naning boleh ditewaskan dalam masa sehari sahaja. Tetapi
mereka ditentang hebat oleh pahlawan-pahlawan Melayu yang hanya bersenjatakan
parang panjang, lembing, anak panah dan pelbagai senjata tradisional yang lain. Setelah
berlaku pertempuran selama 18 hari maka tentera British terpaksa berundur setelah ramai
tenteranya yang terbunuh dan cedera. Kekalahan itu amat mengaibkan Inggeris sehingga

mereka terpaksa menghantar ramai tentera termasuk meriam dalam usaha menundukkan
Naning.
Sebelum berlakunya Perang Naning kedua pada tahun 1832, British berjaya
memecahbelahkan perpaduan orang-orang Melayu dengan mengikat perjanjian dengan
daerah-daerah yang bersempadan dengan Naning termasuk Rembau, Sungai Ujung dan
Seri Menanti.Dalam perang Naning pertama Dol Said mendapat bantuan daripada orangorang Rembau yang diketuai oleh Syed Saaban. Setelah adanya perjanjian itu maka
penghulu Rembau bukan sahaja menarik pahlawan-pahlawannya dari Naning malah
mereka membantu Inggeris menakluk Naning.Walaupun tidak lagi mendapat bantuan dari
Rembau dan daerah yang berjiran dengannya namun Dol Said dan orang-orangnya
bertekad mempertahankan Naning.
Pada April 1832 askar-askar Inggeris yang diketuai oleh Kolenal Herbert dibantu oleh
pasukan Rambau yang diketuai oleh Syed Shaaban menyerang Naning bagi kali kedua.
Sekali lagi berlaku pertempuran yang sengit antara kedua belah pihak. Dan setelah
berlaku pertempuran selama hampir dua bulan akhirnya Dol Said dan para pengikutnya
terpaksa berundur dari Naning.Namun kemenangan itu tidak mengembirakan British
kerana mereka terpaksa menangung kerugian 100,000 pound dan kehilangan ramai askar
bagi menakluk sebuah daerah kecil.DOL Said atau nama sebenarnya Abdul Said lahir
pada tahun 1773 di Naning, Alor Gajah, Melaka.
Beliau berasal dari suku Semelenggang. Dol Said adalah penghulu Naning yang ke
sembilan.Sejak kecil lagi, sifat keberaniannya mula diperlihatkan apabila beliau mula
belajar ilmu mempertahankan diri atau seni silat sejak berusia enam tahun. Dol Said
seorang yang tekun mengaji, cekap dalam seni mempertahankan diri dan sentiasa
dihormati orang ramai. Beliau juga seorang yang taat kepada kedua orang tuanya. Dol
Said dilantik sebagai Penghulu Naning menggantikan Penghulu Anjak pada tahun 1799
sewaktu berumur 26 tahun.
British telah meminta Naning memberi satu persepuluh daripada hasilnya. Dan ini
dibantah oleh Penghulu Dol Said kerana Naning telah merdeka.Semasa Belanda
memerintah Melaka selepas kejatuhan Portugis, Naning berada di bawah kuasa Belanda
dan mereka menghantar satu persepuluh hasil Naning kepada Belanda. Tetapi
kemudiannya Belanda telah mengiktiraf Naning sebuah wilayah yang merdeka.Tetapi
apabila British mengadakan perjanjian dengan Belanda pada 1824 British menyerahkan
Bengkulu, Sumatera kepada Belanda dan Belanda menyerahkan Melaka kepada
pemerintahan British. Dan British memganggap Naning berada di bawah pemerintahan
mereka.Sejak itu bermulalah persengketaan antara Dol Said dengan Brtish yang
membawa kepada perang Naning pertama 1831 dan Perang Naning kedua 1832.
Kemenangan pahlawan-pahlawan Melayu menentang British dalam perang Naning
pertama disebabkan wujudnya perpaduan di kalangan orang Melayu. Naning tidak
sendirian kerana di sokong oleh daerah-daerah yang berjiran dengannya. Tetapi

kekalahan dalam perang Naning kedua kerana tidak wujud lagi perpaduan di kalangan
orang Melayu malah mereka sanggup membantu Inggeris menyerang Naning.

Mat Kilau - Pejuang Melayu Pahang

PAHLAWAN
terbilang
Melayu, Mat Kilau tidak
hanya berjuang menentang
penjajah
di
negeri
kelahirannya, Pahang malah
turut sama menyemarakkan
semangat perjuangan bagi
menebus maruah bangsa dan
agama di negeri jiran iaitu
Terengganu dan Kelantan.
Anak kelahiran Kampung
Masjid Pulau Tawar, Jerantut
itu adalah anak kepada orang besar Pahang, Imam Rasu yang turut dikenali sebagai Tok
Gajah.
Sekitar 1890-an, berlaku pemberontakan rakyat di Pahang yang marah dengan tindakan
British mengambil alih tugas memungut cukai dan hasil daripada pembesar negeri yang
dilantik.Antara yang menerima akibat daripada campur tangan pentadbiran British di
Pahang adalah pembesar negeri iaitu Tok Gajah dan Datuk Bahaman.
Kesan daripada itu, bermula siri pemberontakan di kalangan pembesar negeri hingga
mengakibatkan mereka diburu British kerana menentang penjajah.Rentetan daripada
peristiwa itu, British mengisytiharkan perang terhadap beberapa pembesar Pahang dan
mengarahkan mereka ditangkap serta dihukum

Bagaimanapun, Mat Kilau dan beberapa pembesar lain berjaya melarikan diri dan
menyebarkan semangat perjuangan menentang penjajahan di negeri jiran iaitu Kelantan
dan Terengganu.
Perjuangan Mat Kilau mendapat sokongan padu daripada dua tokoh ternama kedua-dua
negeri iaitu ulama terkenal Terengganu, Tokku Paloh dan Abdul Rahman Limbong serta
Tok Janggut di Kelantan.
Melalui kerjasama dan sokongan padu yang diberikan, Mat Kilau yang agak mahir
dengan ilmu hutan menyusup masuk ke Terengganu dan Kelantan melalui beberapa
laluan khusus yang hingga ke hari ini laluannya masih tetap digunakan khususnya pencari
gaharu.
Dipercayai, terdapat tiga laluan yang digunakan Mat Kilau untuk ke Terengganu dan
Kelantan bagi mendapatkan sokongan penduduk di kedua-dua negeri itu.Antaranya,
laluan dari Kampung Bantal di Jerantut ke Kampung Pasir Raja di Dungun, laluan dari
Jerantut ke Pasir Nering, Hulu Terengganu dan laluan dari Jerantut ke Gua Musang
Kelantan.
Bagaimanapun, laluan yang kerap digunakan Mat Kilau dan pengikutnya bagi
mengelakkan diri daripada British adalah laluan antara Kampung Bantal ke Kampung
Pasir Raja.Penentangan Mat Kilau yang berterusan terhadap British menyebabkan dia
menjadi orang buruan yang paling dikehendaki dan dicop sebagai penderhaka oleh
Inggeris menyebabkan beliau mengasingkan diri dan hidup berpindah randah dari satu
tempat ke satu tempat.
Pada Oktober 1895, laporan akhbar Inggeris yang diterbitkan di Singapura, iaitu The
Straits Times dan The Free Press menyatakan "Ketua Pendehaka, iaitu Datuk Bahaman
ditahan pemerintahan Siam. The Free Press pula menyatakan Mat Kilau yang melawan
ketika ditangkap cedera pada muka dan kepala. Kecederaannya dikatakan parah dan dia
mati dalam perjalanan ke hilir Kota Bharu disebabkan kehilangan darah yang banyak.
Dengan tersiarnya berita kematian Mat Kilau oleh akhbar The Free Press keluaran 22
Oktober 1895, maka tamatlah riwayat pahlawan Melayu itu.Bagaimanapun, apa yang
sebenarnya berlaku tidak diketahui kecuali beberapa orang sahabatnya seperti Mustafa
Awang Mat (Jusoh Rimau), Pendekar Tok Demali, Raja Ibrahim (Pak Him), Mat
Kelantan dan beberapa orang lain.
Disebabkan Mat Kilau dicop sebagai 'penderhaka' oleh Inggeris, maka terpaksalah Mat

Kilau mengasingkan diri dan berpindah dari satu tempat ke satu tempat dan akhirnya
bermastautin di Batu 5, Jalan Kuantan-Gambang. Sejak 1930, Mat Kilau terpaksa
menukar namanya buat beberapa kali dan akhirnya dia memakai nama Mat Siam.Pada
Disember 1969, Tuhan menggerakkan hati Mat Kilau yang pada itu memegang kad
pengenalan diri K/P 2044778 dan bernama Mohamad bin Ibrahim, memperkenalkan
dirinya yang sebenar.
Untuk mengelakkan dirinya daripada menjadi tumpuan ramai, Mat Kilau bersetuju
mengumumkan dirinya di kampung kelahirannya.Atas daya usaha Omar Mat Kilau,
pahlawan Melayu itu dibawa ke kampung asalnya iaitu Kampung Masjid, Pulau
Tawar.Pada Jumaat 26 Disember 1969, Mat Kilau pergi ke masjid di Kampung Masjid
untuk bersembahyang Jumaat. Selepas sembahyang, Mat Kilau membaca Quran dan
kemudian mengisytiharkan dirinya sebagai Mat Kilau.
Pengisytiharan itu menggemparkan orang ramai sehingga Kerajaan Pahang menubuhkan
sebuah jawatankuasa untuk menyiasat. Jawatankuasa itu dibentuk pada 8 Januari 1970.
Beberapa orang ditemuramah bagi membuktikan bahawa Mat Siam itu adalah Mat Kilau.
Setelah disahkan, pada jam 10.30 pagi Khamis, 6 Ogos 1970, Mat Siam diisytiharkan
sebagai Mat Kilau oleh Menteri Besar Pahang, Raja Tan Sri Yahya Mohd Seh.Setelah
empat hari pengumuman pengiktirafan terhadap dirinya dibuat, Mat Kilau meninggal
dunia kerana uzur. Usianya ketika itu dipercayai 122 tahun. Dengan kematiannya itu,
beliau tidak sempat menceritakan kisah perjuangannya lebih lanjut.

ROSLI DHOBY - PEJUANG KEMERDEKAAN SARAWAK

Usianya ketika itu baru 17


tahun dan beliau seorang guru.
Namun semangat juang bagi
menentang British yang ingin
kembali menguasai Sarawak
selepas Perang Dunia Kedua
cukup mengagumkan.
Rosli Dhoby yang berjuang
menuntut kemerdekaan Sarawak daripada British mati di tali gantung pada 2 Mac 1950.
Beliau didapati bersalah menikam sampai mati Gabenor British kedua Sarawak Sir
Duncan Stewart dengan menggunakan pisau beracun di Sibu pada 3 Disember 1949.

Anak muda Melanau yang dilahirkan pada 1932 di Sibu menganggotai Gerakan Pemuda
Melayu Sarawak (GPMS) yang ditubuhkan bagi menentang penjajah British swasta,
keluarga Sir Charles Vyner Brooke yang kalah di tangan Jepun dalam Perang Dunia
Kedua tetapi mahu menyerahkan Sarawak kepada Pejabat Kolonial di London selepas
Perang pada tahun 1945.
Sarawak dikuasai oleh penjajah swasta British Sir James Brooke pada tahun 1842.
Keluarga Brooke, iaitu Sir James, anak saudaranya Sir Charles, dan anak Sir Charles iaitu
Sir Charles Vyner, memerintah Sarawak dari tahun 1842 sehingga tewas dalam perang
dengan Jepun pada tahun 1941.
Rosli adalah salah seorang anggota kumpulan Rukun 13 dalam GPMS. GPMS yang
menggabungkan pemimpin-pemimpin Melayu Brunei dan Melanau Sarawak diketuai
oleh Datuk Patinggi Abang Abdillah iaitu Perdana Menteri Sarawak di zaman Sir Charles
Vyner.
Sebelum keluarga Brooke menguasai Sarawak, keluarga Abang Abdillah adalah
pemerintah Sarawak dan wakil Sultan Brunei, pengasas negeri Sarawak.
Rukun 13 ditubuhkan di Jalan Queensway, Sibu, pada 21 Februari 1949. Tujuannya ialah
untuk menikam Sir Duncan yang amat tidak popular di kalangan masyarakat bumiputera
Sarawak kerana bersikap angkuh terhadap mereka.
Rukun 13 telah memilih Rosli untuk menikam Sir Duncan tatkala agen penjajah itu
melawat Sibu pada Disember 3, 1949.
Pada jam 9.30 pagi di hari itu, Rosli telah menikam perut Sir Duncan dengan pisau tradisi
Melanau yang dipanggil Badik.
Rosli menjerit: Keluar dari sini atau kamu mati!
Rosli dan rakannya yang juga berketurunan Melanau, Morsidi Sidik, kedua-duanya
ditangkap oleh polis British.
Sir Duncan telah dihantar ke Hospital Sibu dan seterusnya ke Singapura untuk menerima
rawatan rapi. Pegawai British itu meninggal dunia 7 hari selepas kejadian.
Pada 15 Disember, 1949 Rosli dan Morsidi serta dua lagi rakan seperjuangan mereka,
Awang Rambli Awang Matsaruddin dan Bujang Suntong, yang juga berketurunan
Melanau, telah dihukum gantung sampai mati di Penjara Kuching, Jalan Tabuan,
Kuching.
Mereka semua dikebumikan tanpa batu nisan.
Keempat-empat pejuang nasionalis ini dikebumikan semula di Sibu pada 2 Mac 1996, di
Sibu, selepas upacara rasmi yang dihadiri oleh Yang Dipertua Negeri Sarawak kelima

Allahyarham Tun Ahmad Zaidi Adruce Mohamad Noor (kawan mereka yang juga
berketurunan Melanau).

RENTAP
(AGIK IDUP
AGIK
NGELABAN)

(i) Latar belakang


- Rentap ialah pahlawan Iban yang menentang British di sarawak
- dilahirkan tahun 1800
- nama asal Rentap ialah Libau yang bermaksud penggoncang dunia
- Rentap juga digelar Raja Darat
- merupakan pemimpin orang Iban di Sungai Skrang dan Sungai Saribas
(ii)Faktor Penentangan
- Rentap menentang pemerintahan keluarga Brooke kerana menganggap orang Iban di
Sungai Skrang sebagai lanun
- James Brooke mendirikan kubu di Sungai Skrang untuk mengawasi pergerakan orang
Iban
- tindakan James Brooke menghapuskan penempatan orang Iban di Sungai Skrang
mencetuskan kebangkitan Rentap
(iii)Peristiwa Penentangan
- 1853 Rentap menyerang kubu James Brooke di Nanga Skrang
- pasukan Rentap berjaya dan seorang pegawai British iaitu Allan Lee terbunuh
- kejayaan ini mengharumkan nama Rentap di kalangan orang Iban
- 1854 James Brooke menawan kubu Rentap di Sungai Lang dan membakar
perkampungan Rentap
- pengikut Rentap berundur ke Bukit Sadok dan membina kubu
- perjuangan Rentap mendapat sokongan padu penduduk Iban dan digelar Raja Ulu
- tahun 1857 James Brooke menghantar Tuan Muda Charles Brooke untuk menyerang
kubu Rentap di Bukit Sadok
- Charles Brooke berjaya mempengaruhi 3000 orang Iban dan 500 orang Melayu supaya
menyerang kubu Rentap di Bukit Sadok
- Charles Brooke gagal menewaskan Rentap kerana kubu pertahanan yang kukuh
- tahun berikutnya Charles Brooke sekali lagi cuba menyerang Bukit Sadok tetapi gagal
- kata-kata semangat Rentap dalam penentangan ini adalah Bawalah semua meriam
kamu dari Eropah, kami tidak takut kepada kamu orang Eropah
- tahun 1863 James Brooke mengetuai sendiri pasukan menyerang Rentap di Bukit Sadok
- pertempuran berlaku selama sebulan dan Rentap tewas
- James Brooke membakar kubu dan rumah pengikut Rentap
- James Brooke menggunakan meriam Bujang Sadok untuk menentang Rentap
- Rentap pula menggunakan sejenis meriam besi Bujang Timpang Berang untuk
menentang pasukan Brooke
- Rentap berundur ke Entabai untuk menyusun strategi baru tetapi Rentap meninggal

dunia
(iii)Kesan Penentangan
- kebangkitan Rentap dan pengikutnya untuk membuktikan bahawa mereka bukannya
lanun tetapi pejuang bangsa
- semangat juang Rentap diabadikan di Batu Peringatan Rentap
Seorang waris keturunan Panglima Rentap, pejuang kemerdekaan Sarawak yang begitu
berani menentang regim Brooke 163 tahun lepas, mahu generasi muda mencontohi
semangat patriotisme dan nasionalisme pahlawan Iban itu, terutamanya ketika negara
menyambut ulang tahun kemerdekaan ke-57 ini.
Sejak dulu lagi, ketika Luyang Bansang, masih di alam remaja, beliau sudah mengetahui
menerusi cerita rakyat, yang disampaikan oleh bapanya sendiri mengenai seorang
panglima perang orang Iban yang tidak pernah menyerah kalah menentang Rajah Brooke
dalam tiga peperangan besar pada 1857, 1858 dan 1861 di Bukit Sadok, Ulu Layar yang
kini terletak dalam Bahagian Betong.
Hakikatnya Rentap berjuang dengan berani mempertahankan kawasan dan kaumnya
menentang penjajah dan meninggal dunia pada usia tua di sekitar tahun 1870-an di Ulu
Wak, Julau, yang kini merupakan sebahagian kawasan Bahagian Sarikei, kira-kira 30
minit dengan berjalan kaki dari rumah panjang kediamannya.
Walaupun dilabelkan sebagai ketua pemberontak oleh regim Brooke, saya sangat
menghormati dan menyanjungi peranannya sebagai pejuang kemerdekaan dan pahlawan
yang menggerakkan semangat nasionalisme, kata Luyang, seorang pegawai penerangan
di Jabatan Penerangan Sarawak kepada Bernama di sini.
Beliau berkata Rentap adalah moyangnya dan setiap orang kampung di rumah panjang 26
pintu, Rumah Ujar, mengetahui perjuangannya dengan Tawak Sadok, sejenis gong
yang digunakan semasa peperangan di Bukit Sadok, yang disimpan sebagai pusaka nenek
moyang lima generasi.
Menurut inskripsi peringatan Rentap di Bukit Sibau, Pakan, tapak baru pusara peringatan
Rentap yang dibina oleh kerajaan negeri, pejuang kemerdekaan ini dari keturunan
Skrang, yang menyertai ekspedisi pelayaran semasa awal kehidupannya mencipta
kehebatan sebagai ketua panglima perang.
Apabila James Brooke menjadi Rajah Brooke Sarawak pada 25 Sept 1841, beliau
mengisytiharkan pelaut Iban di Saribas dan Skrang sebagai lanun, menyebabkan Rentap
menentangnya di Kerangan Peris, Skrang pada Ogos 1844.
Dalam satu petanda awal gerakan anti-Rajah Brooke, bagi Rentap, James Brooke sendiri
merupakan seorang lanun yang cuba meluaskan kuasa dan pengaruh serta mengganggu
cara hidup tradisional kaum Iban.
Luyang berkata anggota keluarga keturunannya sangat menghargai usaha kerajaan
menjadikan puncak Bukit Sibau sebagai Lumbong Rentap, yang bermaksud kubur

dalam bahasa Iban, bagi memperingati perjuangan Rentap menentang regim Brooke dan
kesungguhannya mempertahankan cara hidup tradisional kaum Iban. Rentap
diisytiharkan sebagai seorang pahlawan Sarawak oleh kerajaan negeri pada 27 Julai 1993.

Anda mungkin juga menyukai