Anda di halaman 1dari 6

RAJA KECIL

BABAK 1
( Situasi di bawah pokok rambutan. 2 orang cucu dan seorang nenek sedang menikmati buah
rambutan )
Cucu 1 : Sedapnya rambutan ni nek.
Nenek : Kalau sedap makanlah banyak lagi.
Cucu 2 : Nenek, masa zaman dulu-dulu ada tak pokok rambutan ni?
Nenek : Eh, mestilah ada.
Cucu 1 : Nenek, sambil makan rambutan ni, apa kata nenek ceritakan pada kami kisah zaman
dulu-dulu.
NEnek : Kamu nak cerita apa?
( 2 cucu berfikir )
Cucu 2 : Ha! Di sekolah ada belajar sejarah Negeri Johor. Cikgu ada sebut tentang Raja KeCil.
Siapa sebenarnya Raja Kecil, nek?
Nenek : Ooo .. kamu mahu dengar kisah Raja Kecil, ya. Bagi nenek sebiji rambutan dahulu.
Cucu 1 : Nak. Ini dia untuk nenek
( nenek mengambil sambil makan dengan nikmat. Nyum.nyum.nyum )
Cucu 2 : Cepatlah nenek
Nenek : Sabar. Tercekik biji nanti. Kamu ni baiklah. Apa kamu nak tahu tentang Raja Kecil?
Cucu 1 : Ermmm .. betul ke Raja Kecil itu anak Sultan Makmud Mangkat Di Julang? Tidak ada
pun sejarah tentang dia.
Nenek : Itu yang kamu musykilkan. Benar, kononnya Raja Kecil itu anak Sultan Mahmud
Mangkat Di julang. Sebab kisah itu ada buktinya. Begini kisahnya.




( Flashback - Narator ) ~ Backgraound Music ~
Syahadan, maka tersebutlah sebuah kisah, mengenai seorang wanita. Khabarnya ia datang dari Johor
jua membawa badan berbadan dua.
Badan dikandung bukan sebarangan, rahsia tersimpan dalam lipatan, waris raja Melayu penerus
gerangan, benih raja Melaka penyambung warisan
Encik Apong nama diberi, lari membawa nasib sendiri, gundik Sultan Mahmud membawa diri, takut
dibunuh Bendahara negeri,
Ke Putri Jenilan Cik Apong diserahkan, aman dilindungi serta diperliharakan, hingga Encik Apong
melahirkan, seorang Putera tampan rupawan.
Anak Cik Apong putera rembulan, jadi anak angkat Puteri Jenilan, gelar Si Buyong nama panggilan,
Tuan Bujang nama panggilan.
Puteri Jenilan tertarik hatinya, untuk mengangkat sebagai anaknya, setelah Tuan Bujang diuji cobanya,
sungguhlah ia keturunan raja adanya

( Lokasi : Istana Puteri Jenilan )
Puteri Jenilan: Wahai rakyat sekalian.. hari ini kita akan membuat ujian apakah benar Tuan
Bujang anak Encik Apong ini keturunan Sultan Mahmud. Hulubalang
bawakan kayu Jelatang yang gatal itu. Kemari..
Hulubalang: baik tuanku bonda..

Pokok Jelatang gatal didirikan di depan Puteri Jenilan
Puteri Jenilan: Wahai Tuan Bujang anakanda beta, seandainya benar dikau keturunan raja,
waris pada kesultanan Melaka sandarkan badanmu dibawah pokok Jelatang
maha menggatalkan, jika benar kau keturunan raja, tidak akan terasa
gatalnya, maka sahih kau berdarah raja, jika bukan, maka matilah kau akan
kegatalannya
Raja Kecik: menjunjung perintah wahai bonda

Raja Kecik menggeselkan badan pada batang pokok seketika namun tiada apa-apa yang berlaku.
Putera Jenilan pun suka hati

Puteri Jenilan: beta sangat puas hati.. maka sahihlah Tuan Bujang anak manja bonda
keturunan raja, waris pada kesultanan Melaka, anak kepada Sultan Johor
Mahmud mangkat dijulang, maka beta kurniakan kepada anakda sekapur
sirih, seuntai rambut betaPedang Raja Kuantan 12 dan Cap pengenal Minang
Sebagai tanda sahih warisan
Raja Kecil: Menjunjung kasih bonda..

BABAK 2
( masih di bawah pohon rambutan )
Nenek : Macam mana? Sudah faham tentang pembuktian Raja Kecil sebagai anak Sultan
Mahmud?
Cucu 1 : Yang itu kami faham. Jadi apa yang berlaku kepada Raja KeCil seterusnya?
Nenek : Setelah baginda di sahkan anak kepada Sultan Mahmud, jadi baginda pun pergilah ke
Johor untuk menuntut takhta. Masa itu, negeri Johor diperintah oleh Sultan Abdul Jalil.
Sultan Abdul Jalil ni pula berketurunan Bendahara.
Cucu 2 : Maknanya, pemerintah di Johor tidak tahulah yang Sultan Mahmud ada tinggalkan
waris?
Nenek : Ish, kamu ni ! Kan tadi sudah cerita yang Encik Apung itu melarikan diri setelah
mengandungkan Raja Kecil. Jadi, pembesar dan Sultan Abdul Jalil sangat terkejut
apabila Raja Kecil datang untuk menuntut takhta.


( Flashback background music )
Narator
Maka dengan berbekalkan petanda raja, maka kembaralah Raja Kecil ke Johor bagi menuntut warisan
takhtanya,
Dengan pengenal diri yang ditempah, semua perantau Minang yang dijumpa,diharuskan membantu
sedemikian rupa, demikianlah isyarat dirupa

( Lokasi : Istana Raja Johor )
Hulubalang: tuanku tuanku..Sultan rombongan Raja Kecil datang menyerang Johor
Sultan Abdul Jalil: Ciss. Siapakah gerangan Raja kecil itu, berani melanggar Johor ini
Hulubalang: mengikut perkhabaran.. kononnya Raja Kechil mengaku anak Sultan Mahmud
mangkat dijulang tuanku..
Sultan Abdul Jalil: Apa bukankah arwah baginda tiada waris..??
Hulubalang: Patik kurang pasti tuanku Orang Laut turut berpihak pada Raja
Kecilkononnya baginda telah lepas ujian darah raja tuanku..
Sultan Abdul Jalil: panggil bendahara dan laksamana datang menghadap. Kumpulkan semua
pahlawan Johor bumi Johor haruis dipertahankannn..
Hulubalang: menjunjung titah tuanku

BABAK 3

Cucu 1 : Oooo .. begitu ceritanya. Jadi, siapa yang menang dalam pertempuran tu nek?
Nenek : Ai, cikgu kamu tak ajar ke apa kesudahannya?
Cucu 2 : Ajar nek. Tapi, belum sempat habis kami rasa nak ponteng. Nenek sajalah
sambung kesudahannya kepada kami.
Nenek : Kamu ni. Penat saja mak ayah kamu hantar ke sekolah. Baiklah. Dengar ni
baik-baik. Bila Raja Kecil menyerang Johor, akhirnya mereka pun menang dan
Raja Kecil dapat menaiki takhta. Dia guna gelaran apa?
Cucu 1 : Raja Besar !!!
Nenek : Suka hati kamu je ! Raja Kecil guna gelaran Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah.
Cucu 2 : Eh, nek. Kenapa diorang ni suka sangat guna nama orang lain? Kenapa tak
guna nama sendiri.
Nenek : Manalah nenek nak tahu. Kamu pergilah Tanya sendiri pada Raja Kecil tu!
Cucu 2 : Nenek ni emosi sangat. Tanya sikit pun marah.
Nenek : Bukan marah. Bergurau.
Cucu 1 : Eh, sudah. Nenek sambunglah lagi kesudahannya.
Nenek : Sampai mana tadi?
Cucu 2 : Raja Kecil naik takhta.
Nenek : Ya, lepas Raja Kecil naik takhta, Sultan Abdul Jalil turun semula menjadi
Bendahara.Raja Kecil cuma Berjaya memerintah Johor selama
lebih kurang 21 tahun. Tapi, masalahnya, keluarga Bendahara tak puas hati
dan masih mahu dapatkan semula takhta tu.
Cucu 1 : JAdi, apa mereka buat nek?
Nenek : Kamu ni memang betul-betul buta sejarah. Keluarga Bendahara iaitu Raja
Sulaiman, anak Bendahara Abdul Jalil telah bergabung dengan orang Bugis
untuk jatuhkan Raja Kecil.
Cucu 2 : Macam tu ke. Manalah kami faham nek. Banyak sangat. Lepas tu nek, jadi
apa?
Nenek : Seterusnya

( Flashback background music )
Narator
Struktur kerajaan Baginda sempurnakan, dicukupkan jabatan berbagai kedudukan, diatur cermat patut
diturutkan, kelengkepan kerajaan juga dicukupkan.
Namun dendam keluarga bendahara, mencari peluang membalas sengsara dengan pakatan Bugis
Lima Bersaudara, mereka segera merampas takhta.

Raja Sulaiman: Wahai tuanku Raja Kecil.. segeralah tuanku turun takhta.. tuanku gagal
makmurkan Johor
Raja Kecil: cis kerana dendam dan gila kuasa.. kamu sanggup bekerjasama dengan
Orang Bugis dari luar..
Bugis : kami hanya menyokong mana yang benar.. jangan cuba membuat onar
tuanku tidak layak memegang kuasa kerana tuanku sengaja mereka
silsilah


BABAK 4
( bawah pokok rambutan )
Cucu 2 : Maknanya, Raja Kecil Berjaya di jatuhkan dan Raja Sulaiman pula naik
takhta?
Cucu 1 : Dan Johor sekali lagi diperintah oleh keturunan Bendahara .
Nenek : Betul. Pandai pun. Selepas itu, banyak juga berlaku perang di sana sini. Raja
Kecil akhirnya mangkat dalam usia yang sangat tua dan dikenali sebagai
Marhum Buantan.
Cucu 1 & 2 : Ooooo macam tu rupanya. Baru kami faham.
Nenek. : Eh, sudahlah! Sudah maghrib ni. Mari naik ke rumah.
( cucu 1, cucu 2 dan nenek berjalan masuk ke rumah )

Narator
Demikian tadi sebuah ceritera, hikayat seorang putera raja, mahsyur sekejap kekal selamanya, Raja
Kecil waris terakhir Kesultanan Melayu Melaka.
Sekian ..

Anda mungkin juga menyukai