Anda di halaman 1dari 22

PERANAN AKHBAR Sunday, November 15, 2009 PENGENALAN. Akhbar memainkan peranan penting dalam sesebuah masyarakat.

Di Negeri-negeri Melayu (NNM) fungsi awalnya hanyalah melaporkan tentang berita dan peristiwa yang terjadi di serata tempat.[1] Perkembangan penerbitan akhbar pada peringkat pertama adalah dipelopori oleh orang Inggeris seawal abad ke-19 yang menerbitkan The Government Gazette[2] dan pada akhir abad tersebut barulah muncul akhbar berbahasa Melayu yang pertama iaitu Jawi Peranakan di Singapura. Namun akhbar ini juga bukannya diterbitkan oleh orang Melayu tetapi ia diterbitkan oleh golongan India Muslim di Singapura.[3] Pada abad ke-20, perkembangan penerbitan akhbar Melayu semakin pesat bagai tumbuhnya cendawan selepas hujan. Penerbit dan peneraju bagi akhbar-akhbar[4] Melayu ini adalah dari kalangan orang Melayu sendiri. Isu-isu yang dibincangkan juga semakin luas, meliputi peristiwa-peristiwa dari dalam dan luar negeri, isu-isu agama, golongan imigran, masalah orang Melayu, pendidikan dan politik. Ini menunjukkan peranan akhbar Melayu pada masa tersebut semakin besar dan semakin penting dalam membentuk proses komunikasi yang lebih berkesan dalam masyarakat Melayu. AKHBAR MELAYU TAHUN 1900 HINGGA SEBELUM PERANG DUNIA KEDUA. Akhbar Melayu dalam tempoh 1900 hingga sebelum tercetusnya Perang Dunia Kedua memainkan peranan penting dalam mewujudkan kesedaran sosial dalam diri orang Melayu yang masih lena dan menyemarakkan lagi semangat orang Melayu yang telah sedar untuk membela nasib mereka. Peranan sebagai pewujud kesedaran sosial dapat dilihat melalui tujuan penerbitan akhbar Al-Imam itu sendiri iaitu mengingatkan mana yang lalai dan menjagakan mana yang tidur dan menundukkan yang sesat dan menyampaikan suara yang menyeru dengan kebajikan.[5] Awal abad ke-20, keadaan masyarakat Melayu adalah begitu daif dan mundur dalam semua aspek berbanding dengan masyarakat lain. Masyarakat penjajah (British) dan orang Cina hidup selesa dan lebih maju di atas ketidaksedaran dan ketidakmampuan orang Melayu itu sendiri. Untuk mewujudkan kesedaran di kalangan orang Melayu, akhbar-akhbar Melayu telah menyiarkan rencana-rencana pengarangnya yang menyentuh tentang keadaan dan nasib bangsa Melayu. Contohnya puisi yang bertajuk Tanahairku oleh Ibrahim Hj. Yaakob telah disiarkan dalam Warta Negeri bertarikh 3 Februari 1930[6] yang berbunyi: Ayuhai Semenanjung tanahairku, Tempatku besar didiknya ibu, Ilahi rabi-bi tolonglah bangsaku, Tinggal di belakang memakan debu. Ayuhai Semenanjung tanahairku, Tempatku duduk setiap hari, Bangsaku miskin sudahlah tentu,

Keadaannya lemah tidak berdiri. Ayuhai Semenanjung tanahairku, Tempat bermain di dalam puri, Tidakkah belas amboi bangsaku, Melihat harta terlepas di jari. Puisi ini telah menggambarkan keadaan sebenar orang Melayu yang mundur dan miskin serta ketinggalan di belakang bangsa lain. Keadaan orang Melayu pada ketika itu diibaratkan seolah-olah hidup segan, mati tak mahu. Puisi ini juga menimbulkan persoalan akan di manakah letaknya kesedaran orang Melayu yang sanggup melepaskan harta mereka ke tangan bangsa lain. Penyiaran penulisan-penulisan seperti ini di dalam akhbarakhbar Melayu telah memberikan kesedaran di kalangan orang Melayu supaya bangkit membela nasib mereka yang tertindas dan mundur di tanah air sendiri. Selain itu, banyak lagi akhbar-akhbar Melayu yang menyiarkan penulisan atau rencana-rencana yang menyentuh perihal orang Melayu, yang secara langsung telah menimbulkan kesedaran di kalangan orang Melayu. Contohnya puisi Mempertahankan Hak Kita[7] yang disiarkan dalam Warta Jenaka yang mengingatkan orang Melayu akan bahayanya orang asing di NNM. Akhbar Melayu seperti Pengasuh (1917-1940), Idaran Zaman (1925-1930), Warta Malaya (1930-1941) dan Majlis (1931-1941, 1945-1955) turut membicarakan isu-isu penting yang menyentuh kepentingan semasa dan masa hadapan orang Melayu dalam kemelut politik dan sosial yang sedang melanda.[8] Akhbar-akhbar Melayu juga menjadi tempat serta alat kepada golongan terpelajar atau golongan intelektual menyebarkan pemikiran, idea, fahaman dan pendapat mereka terhadap isu dan permasalahan yang menyelubungi orang Melayu pada masa itu. Golongan ini dilihat cuba memecahkan kepompong bebalisme yang selama ini menyelubungi pemikiran orang Melayu pada masa tersebut supaya sedar akan kedudukan sebenar mereka yang semakin hari hak mereka semakin dirampas dan diragut oleh orang asing yang tidak mempunyai hak ke atas tanah air mereka. Tokoh-tokoh seperti Muhammad Yunus bin Abdullah, Muhammad Yunus bin Abdul Hamid, Syed Syeikh al-Hadi, Syeikh Tahir Jalaluddin, Onn bin Jaafar, Abdul Rahim Kajai, Ibrahim Haji Yaakob dan Ishak Haji Muhammad yang bertugas sebagai pengarang atau pembantu pengarang telah menggunakan peluang ini untuk menyampaikan rasa tidak puas hati mereka dan serta menyeru orang Melayu bangun memperbetulkan keadaan dari setiap segi termasuklah politik.[9] Golongan ini juga turut menyertakan tuntutan orang Melayu terhadap kerajaan British. Sebagai contoh, Abdul Rahim Kajai yang bertugas sebagai pengarang akhbar Majlis, Warta Malaya dan Utusan Melayu telah menggunakan ruangan rencana pengarang sebagai medan mengkritik penjajah British, orang asing dan membela nasib orang Melayu untuk mencapai kemajuan.[10] Selain para wartawan, guru-guru, pendakwah dan penggiat masyarakat juga turut menggunakan akhbar-akhbar Melayu untuk menyemarakkan kesedaran sosial dan politik di kalangan orang Melayu. Di samping itu, akhbar Melayu turut memberi perhatian kepada isu pergerakan politik orang Melayu. Antara akhbar Melayu yang menyentuh hal ini ialah Idaran Zaman, Saudara, Warta Malaya, dan Majlis. Sebagai contoh pada 11 September 1926, Idaran Zaman melalui rencananya yang bertajuk Persatuan Melayu telah

bersetuju terhadap penubuhan Kesatuan Melayu Singapura (KMS). Rencana seperti ini turut memberi kesedaran kepada pembaca-pembaca terutamanya orang Melayu akan perlunya diwujudkan persatuan politik seperti KMS di NNM.[11] Akhbar Saudara pada tahun 1931, telah mencadangkan supaya diadakan kongres di kalangan orang Melayu di seluruh NNM[12] dan mencadangkan penubuhan Persekutuan Melayu.[13] Cadangan yang dikemukakan oleh akhbar Saudara ini telah mendapat respon yang positif daripada akhbar-akhbar Melayu yang lain, contohnya sebagaimana sokongan yang diberikan oleh akhbar Warta Malaya dan Majlis.[14] Keadaan ini jelas menunjukkan akhbar-akhbar Melayu telah menggunakan kelebihan mereka ini untuk berkomunikasi sesama mereka dan juga berkomunikasi dengan orang Melayu. Kebebasan bersuara yang dimiliki oleh akhbar-akhbar Melayu telah memberikan tiket kepada mereka untuk menegur segala kepincangan kepimpinan yang wujud dalam mana-mana pihak tanpa mengira pangkat dan kedudukan. Onn Jaafar yang merupakan pengarang Warta Malaya telah menyiarkan rencananya dalam akhbar tersebut, rencana yang membidas raja-raja Melayu yang telah gagal menjadi sebenar-benar pemimpin kepada orang Melayu. Dalam banyak hal, raja-raja Melayu tidak lagi melindungi rakyatnya, tetapi bertindak menekan mereka. Onn menyatakan bahawa raja-raja Melayu sepatutnya melahirkan rasa hormat dan sayang mereka kepada rakyat dan bukan sebaliknya.[15] Penyiaran rencana seperti ini oleh akhbar Melayu setidaktidaknya dapat menyedarkan orang Melayu bahawa pemimpin yang dipercayai dapat membela nasib mereka tidak dapat berfungsi sebagaimana yang diharapkan. Golongan ini lebih suka berdiam diri dan mengikut telunjuk penjajah walaupun dalam keadaan terpaksa demi menjaga kepentingan mereka berbanding membela nasib rakyat. Akhbar Al-Imam juga ada menyeru raja-raja dan orang-orang besar Melayu supaya menubuhkan persatuan dengan tujuan untuk meninggikan pelajaran, ekonomi dan kesedaran orang Melayu. Akhbar ini turut menggalakkan orang Melayu melanjutkan pelajaran keluar negeri.[16] Begitu juga halnya dengan masyarakat Melayu. Mereka juga tidak kurangnya dikritik oleh akhbarakhbar Melayu. Contohnya rencana-rencana Onn Jaafar dalam Warta Malaya yang membidas tindak tanduk dan sikap orang Melayu itu sendiri yang menghalang pembangunan masyarakat Melayu.[17] Tujuannya ini bukan sahaja sekadar untuk menarik para pembaca tetapi juga diharapkan dapat memberikan satu kesedaran kepada orang Melayu supaya berubah untuk memperbaiki nasib mereka. Kerajaan British juga turut mendapat kritikan daripada akhbar-akhbar Melayu. Warta Malaya kerap kali membidas dasar politik, pentadbiran, pendidikan dan ekonomi British yang merugikan dan memundurkan orang Melayu. Kritikan secara langsung ini diharapkan dapat menyedarkan orang Melayu terhadap penindasan British yang telah dilakukan secara sengaja ke atas mereka.[18] Dasar British terhadap kemasukan imigran ke NNM juga turut dikritik dan ditentang hebat oleh akhbar Melayu. Hal ini kerana imigran yang datang bekerja di NNM telah mempengaruhi kemiskinan dan kemunduran orang Melayu di tanah air sendiri. Imigran-imigran ini juga lama-kelamaan semakin berani menuntut hak mereka sebagai penduduk di NNM dan hak politik daripada kerajaan British. Keadaan ini telah mengundang kepada kritikan dan tentangan daripada orang Melayu umumnya dan akhbar Melayu khususnya.[19] Akhbar-akhbar Melayu juga turut menyentuh isu pendidikan orang Melayu yaang berada pada tahap yang paling rendah. Onn Jaafar dalam rencana-rencananya telah membangkitkan dasar pelajaran British

terhadap orang Melayu. Kerendahan mutu pelajaran sekolah Melayu, ketiadaan nilai ekonomi dan keengganan British mengajar bahasa Inggeris di sekolah Melayu menjadi isu penting yang diutarakannya dalam Warta Malaya.[20] Ketiadaan nilai ekonomi dalam pelajaran Melayu dan agama menyebabkan orang Melayu tidak berupaya untuk mengejar perkembangan ilmu pengetahuan yang lebih tinggi. Dengan kata lain, pengetahuan teknologi moden serta pengetahuan moden lainnya yang tidak dapat diperoleh oleh orang Melayu telah menyebabkan timbulnya penindasan psikologi dari penjajah dan juga dari orang asing.[21] Kritikan terhadap dasar British ini adalah kerana pendidikan dilihat sebagai alat yang amat penting untuk menaikkan taraf hidup orang Melayu. Di samping itu, akhbar-akhbar Melayu juga berperanan sebagai alat menyebarkan ilmu pengetahuan[22] dan menyampaikan maklumat semasa kepada para pembaca. Akhbar-akhbar Melayu dalam penerbitannya turut menyelitkan berita-berita dan peristiwa yang berlaku di dalam dan di luar negeri. Ia juga membincangkan tentang hukum-hakam agama, memberikan nasihat berunsur agama, membicarakan tentang dunia Islam dan umatnya yang ketinggalan dan mundur berbanding dengan orang lain, cerita-cerita nabi dan rasul dan lain-lain lagi yang berkaitan dengan agama.[23] Idaran Zaman sebagai contohnya telah menekankan perpaduan melalui agama.[24] Berita-berita dan rencana-rencana yang disiarkan oleh akhbar-akhbar Melayu telah memberikan maklumat semasa kepada para pembaca akhbar tentang dunia di luar kawasan orang Melayu. Orang yang tidak tahu membaca juga tidak ketinggalan dalam mengikuti peristiwa-peristiwa semasa. Bagaimana mereka mengikutinya? Tentulah melalui bantuan orang yang tahu membaca. Mereka yang boleh membaca akan membacakan berita-berita yang disiarkan dalam akhbar di hadapan orang-orang yang tidak tahu membaca. Golongan yang tidak tahu membaca dan menulis ini akan mendengarnya dengan teliti seterusnya sama-sama berbincang dan memberikan pendapat mereka dengan golongan yang tahu membaca.[25] Hal ini dapat menghindarkan setiap golongan orang Melayu tidak ketinggalan dalam mengikuti arus perkembangan semasa dan dapat mempelajari sedikit sebanyak akan hal-hal yang berkaitan dengan agama Islam. Akhbar-akhbar Melayu juga menjadi salah satu sumber ilmu pengetahuan kepada pelajar-pelajar Melayu. Hal ini kerana terdapat beberapa akhbar Melayu yang menjadi rujukan dan bahan tambahan pelajaran di sekolah-sekolah Melayu. Pembacaan pelajar-pelajar Melayu terhadap akhbar-akhbar Melayu dapat memberikan pengetahuan kepada mereka terhadap isu-isu semasa yang menjadi tumpuan pada masa tersebut. Penggunaan akhbar-akhbar ini di sekolah-sekolah Melayu juga dilihat dapat dijadikan tapak permulaan untuk mewujudkan kesedaran dan menyemai semangat kebangsaan di kalangan pelajar Melayu. Matlamat ini tidak akan berjaya jika guru-guru tidak memainkan peranan mereka. Boleh dikatakan bahawa prinsip melentur buluh biarlah dari rebungnya menjadi pegangan guru-guru Melayu pada masa tersebut untuk mencapai matlamat mewujudkan kesedaran dan menyemai semangat perpaduan di kalangan anak-anak Melayu. PENUTUP. Demikianlah antara peranan-peranan yang dimainkan oleh akhbar-akhbar Melayu sejak awal abad ke-20 sehinggalah sebelum tercetusnya Perang Dunia Kedua. Isu-isu penting yang dibincangkan di atas adalah saling

berkaitan antara satu sama lain yang berakarumbikan kepada masalah kemunduran masyarakat Melayu dalam semua aspek termasuklah dalam bidang ekonomi, pendidikan, politik dan hak orang Melayu. Dapat dinyatakan bahawa hubungan akhbar dengan orang Melayu adalah bagai aur dengan tebing yang tidak dapat dipisahkan. Gerakan kebangsaan di kalangan orang Melayu yang agak malap pada awalnya akhirnya menjadi semakin bersemarak dan merebak ke seluruh NNM. Seperti kata pepatah Melayu, selembap-lembap puntung di dapur, akhirnya api menyala jua.

Pengaruh Pemikiran Feudalisme Dalam Masyarakat Melayu 1.0 Pendahuluan Pada kurun ke-19 sosio-ekonomi masyarakat Malaysia amat dipengaruhi oleh konsep feudalisme. Namun begitu, untuk memahami konsep feudalisme dalam konteks ekonomi masyarakat Malaysia pada kurun ke19, haruslah dianalisis dalam konteks ekonomi politik yang lebih luas dan juga dalam ruang budaya Melayu yang dibentuk oleh kepercayaan; pengaruh animisme, hinduisme, agama Islam, alam sekitar, bahasa dan adat resam. Ini kerana, kegiatan ekonomi ini sangat berhubung kait dengan lapisan masyarakat Malaysia. Menurut Ishak Saat, fedualisme bermaksud corak perhubungan pemerintah dengan yang diperintah yakni lebih berbentuk kesatuan dalam keadaan iaitu setiap golongan saling memerlukan. Konsep fedualisme ini dapat di lihat melalui hujah ini Dan lagi tiada akan sentosa kerajannya, kerana raja-raja itu umpama api, akan segala menteri itu umpama kayu; jikalau tiada kayu, dimanakah api itu bernyala?...yakni rakyat ini umpama akar, yang raja itu umpama pohon; jikalau tiada akar mescaya pohon tiada akan dapat berdiri. Oleh itu, sosio-ekonomi pada kurun ke-19 memperlihatkan pengaruh fedualisme, iaitu sistem ekonomi yang berkait rapat dengan perbezaan darjat manusia yang melahirkan dua kelas manusia, iaitu kelas Raja dan Bangsawan dengan golongan rakyat biasa. Walaupun ini mewujudkan kelas manusia dalam ekonomi namun masyarakat Malaysia pada kurun ke-19 saling memerlukan dalam konteks penghaslian ekonomi.

2.0 Sosio-ekonomi masyarakat Malaysia 2.1 Golongan Pemerintah Golongan pemerintah terdiri daripada kerabat diraja dan para pembesar. Sumber ekonomi golongan ini berpunca daripada tiga sumber utama. Pendapatan golongan ini datang daripada pelbagai bentuk cukai, kawalan tenaga buruh dan menerusi perdagangan. Raja dan pembesar Melayu pada zaman sebelum permulaan kurun ke-20 juga lebih mementingkan perdagangan dan monopoli pencukaian terhadap barangan yang menggunakan sistem sungai. Oleh kerana, sungai boleh mendatangkan keuntungan kepada para pemerintah maka kawasan sungai pada kebiasannya dijadikan pusat pemerintahan. Keadaan ini dapat dilihat di negeri-negeri Malaysia timur iaitu Sabah dan Serawak, kerana Sungai merupakan alat perhubungan bagi kaum Dayak Iban, Murut, Melanau dan sungai ini menjadi lambang kekuasaan aristokrat dan pembesar tempatan. Melalui sungai ini para golongan pemerintah mendapat sumber ekonomi berdasarkan cukai yang dikenakan. 2.2 Golongan diperintah Golongan yang diperintah merupakan golongan jumlah penduduk yang terbesar sekali dalam masyarakat Malaysia. Ekonomi masyarakat Malaysia amnya adalah berasaskan pertanian selain itu, mencari barangbarang hutan seperti buluh, damar, rotan dan kayu api dan menangkap ikan di sungai, tasik, laut dan paya. Kegiatan pertanian ini dapat dilihat dalam penanaman padi, iaitu padi sawah, penanaman ini adalah amat digalakan oleh golongan pemerintah bagi menampung keperluan negeri, contohnya bagi penduduk Sabah, penanaman padi merupakan kegiatan utama bagi penduduk Sabah. Walaubagaimanapun ekonomi golongan yang diperintah masyarakat Malaysia pada kurun ke-19 adalah dipegang dan dikawal oleh golongan pemerintah. Rakyat dikehandaki menyerahkan sepersepuluh dariapda hasil mereka kepada pembesar, sebagai memenuhi tanggungjawab tradisi. 3.0 Konsep kebergantungan diantara golongan pemerintah dengan yang diperintah 3.1 Sultan dan pembesar Politik dan pentadbiran tradisional tidak dipikul oleh sultan seorang sahaja, tetapi dibantu oleh para pembesar tempatan. Sultan sangat bergantung dengan Pembesar-pembesar tempatan dalam soal ekonomi negeri. Kerana kelas pemerintah merupakan satu badan yang sangat berkait rapat dengan sultan. Barangbarang dagangan yang keluar dan masuk dalam ekonomi Melayu lazimnya dikawal oleh kelas diraja dan aristokrat, terutama melalui cukai yang wujud pada ketika itu. Faktor inilah yang mewujudkan konsep kebergantungan diantara sultan dan pembesar kerana pembesar diberi hak mengutip cukai dan sebahagianya akan diserahkan kepada sultan.

3.2 Sultan dengan rakyat. Dipercayai bahawa sultan boleh mempengaruhi kesihatan dan kebajikan rakyatnya serta tanaman yang menjadi sumber makanan mereka. Keadaan ini mewujudkan kesetiaan rakyat terhadap sultan dalam

konteks ekonomi dan rakyat ini menjadi tulang belakang bagi menghasilkan sumber ekonomi negeri. Kuasa ekonomi golongan pemerintah terletak kepada sistem cukai, kerana hak menuntut cukai khidmat daripada rakyatnya telah peroleh oleh golongan pemerintah. Oleh itu, keadaan ini telah mewujudkan konsep kebergantungan antara sultan dan rakyat. 3.3 Pembesar dengan rakyat Golongan aristokrat tempatan ini terdiri daripada pembesar-pembesar negeri yang diketuai oleh sultan. Sultan akan memberi kuasa kepada para autoriti-autoriti tempatan untuk menjana ekonomi, contohnya mengarahkan penanaman padi bagi mana-mana kawasan yang sesuai. Pembesar mempunyai hak dalam mengarahkan rakyat didalam melakukan sesuatu bagi menghasilkan sumber ekonomi kerana sultan telah memandatkan pembesar dalam soal membangunkan ekonomi negeri. Kedudukan rendah rakyat ini tidak menjadi soal kepada mana-mana pihak pun dan tidak juga dipersoalkan akan hak anggota-anggota kelas yang memerintah menerimaa apabila diminatanya akan persembahan barang-barang serata pengabadian diri sebagai balasan kepada perlindungan yang diberikan kepada rakyat. Keadaan inilah yang mewujudkan konsep kebergantungan pembesar dengan rakyat. 4.0 Pengaruh konsep feudalisme dalam sosio-ekonomi masyarakat Malaysia pada abad ke-19. 4.1 Sistem Serah Sistem serah merupakan sebahagian adat ekonomi tradisional masyarakat Malaysia. Ini kerana selain daripada mengenakan cukai golongan aristokrat ini juga mempraktikkan satu sistem adat tradisional yang dikenali sebagai Serah dagang. Dalam urus niaga untuk memperoleh bekalan keperluan, harga barang tersebut dimanipulasikan oleh raja yang sendirinya menjadi sudagar utama. Rakyat tidak dapat memperoleh bekalan keperluan secara terus daripada sudagar utama melainkan hanya melalui para golongan pemerintah, ini menyebabkan rakyat perlu menyerahkan terlebih sebahagian daripada hasil mereka kepada golongan pemerintah. Rakyat perlu melakukan menyerahkan sepersepuluh daripada hasil mereka kepada pembesar kerana ini adalah sebahagian daripada tanggungjawab tradisi. Rakyat tidak dibenarkan menyimpan harta yang lebih dan apa yang menyedihkan kaum tani tidak dapat menikmati hasil dari titik peluh mereka. Jika adapun rakyat yang hendak menyimpan maka penambahan harta daripada kalangan golongan rakyat, boleh menyebabkan raja akan melakukan tindakan merampas harta. Keadaan sistem Serah ini ini dapat digambarkan seperti yang terdapat di dalam Hikayat Abdullah; apabila raja-raja itu menghendaki baik anak-anak perampuan atau barang suatu harta benda rakyatnya, diambilnya sahaja dengan tidak menjadi sesuatu atau takut kepada Allah. Dan tiada lagi kepadanya timbangan dan kenangan atas rakyatnya. Sistem Serah ini inilah yang menunjukkan bahawa sosio-ekonomi masyarakat Malaysia pada kurun ke-19 amat dipengaruhi oleh konsep feudalisme. 4.2 Sistem kerah Sistem kerah merupakan sesuatu sistem yang mewajibkan penduduk semua kampung dalam sesuatu daerah itu menyumbangkan tenaga buruh untuk berkerja diladang-ladang, untuk mengutip hasil-hasil hutan dan kerja-kerja umum atau persendirian yang lain. Sistem serah kerah ini harus diterima dan tidak boleh

dipersoalkan oleh rakyat, kerana sistem kerah ini merupakan satu bentuk arahan dariapda Sultan dan pembesar yang akan memastikan arahan tersebut dilakukan oleh para pembesar. Hak pembesar untuk memungut hasil ekonomi ini diperoleh daripada surat tauliah dariapda pemerintah. Pada kurun ke-19 ekonomi masyarakat Malaysia terutama sekali kawasan biji timah di perak, Selangor dan Sungai Ujung adalah bijih timah. Pelombong-pelombong bijih timah pada ketika itu adalah daripada golongan rakyat yang berkerja dari pukul 5 pagi hingga 10 pagi dan dari 3 pagi sehingga 6 petang. Peruntukan masa ini dibuat bagi membolehkan mereka mengusahakan tanah pertanian, perkerjaan inilah yang menjadi tugas kewajipan terhadap pembesar mereka. Keadaan ini telah memperlihatkan sosio-ekonomi masyarakat Malaysia pada kurun ke-19 amat dipegaruhi oleh konsep feudalisme. Kerana raja dan pembesar Melayu cuba menyelesaikan masalah memperoleh pendapatan melalui sistem kerah. 4.3 Penguasa bagi sesuatu kawasan ekonomi Raja dan pembesar Melayu pada zaman sebelum permulaan kurun ke -20 lebih mementingkan perdagangan dan monopoli pencukaian terhadap barangan yang menggunakan sistem sungai. Barangbarang dagangan yang keluar dalam ekonomi Melayu lazimnya dikawal oleh kelas diraja dan aristokrat, terutama melalui cukai yang wujud pada ketika itu. Hasil hutan yang dibawa keluar oleh golongan yang diperintah akan dikenakan cukai oleh golongan pemerintah. Kelas sosial pengeluar yang sebahagiannya terdiri daripada petani-petani Melayu merupakan mangsa utama dalam proses ini. Keadaan ini berlaku kerana para penguasa tempatan mempunyai hak keatas hasil ekonomi mereka. Walaupun pada hakikatnya golongan yang diperintah ini telah berhempas pulas dalam mencari sumber pendapatan namun golongan pemerintah dengan sewenangnya-wenangnya mengambil kesempatan terhadap titik peluh golongan yang diperintah. Keadaan ini seolah-oleh menunjukkan golongan yang diperintah mencari sumber pendapatan untuk orang lain. Keadaan dalam masyarakat Malaysia pada kurun ke-19 memperlihatkan bahawa Penguasa bagi sesuatu kawasan ekonomi membawa kepada konsep sosio-ekonomi yang dipengaruhi oleh konsep feudalisme. 4.4 Mengeluarkan hasil pertanian untuk golongan pemerintah Kelas sosial ini bergantung dan hidup di tengah-tengah masyarakat agraria. Hasil tanaman yang dikeluarkan oleh kaum tani akan di beli dengan harga yang murah dan kemudiannya menjualkannya hasil-hasil ini kepada pasaran dunia. Apa yang menyedihkan kaum tani tidak dapat menikmati hasil dari titik peluh mereka. Orang tengah menawarkan harga rendah kepada kaum tani. Golongan yang diperintah dalam masyarakat Malaysia kurun ke-19 ini tidak mampu mengelak daripada keadaan penindasaan ini. Sebahagian daripada mereka yang memiliki tanah telah menggadai atau menjual tanah tersebut. Tanah sebagai asas kehidupan kaum tani telah dirampas oleh ahli-ahli dari kelas sosial yang lain. Keadaan ini telah memaksa para golongan yang diperintah melakukan kerja-kerja mengeluarkan hasil pertanian untuk golongan pemerintah kerana mereka tidak lagi mempunyai tanah untuk mengeluarkan sumber pendapatan bagi menampung kehidupan mereka. Golongan ini tidak dibayar gaji yang banyak gaji yang dibayar hanya secukup makan sahaja. Keadaan masyarakat Malaysia pada kurun ke-19 iaitu mengeluarkan hasil pertanian

untuk golongan pemerintah inilah faktor daripada konsep feudalisme keatas sosio-ekonomi masyarakat Malaysia. 4.5 Membayar cukai pendapatan. Membayar cukai pendapatan pada kurun ke-19 juga memperlihatkan sosio-ekonomi masyarakat Malaysia dipengaruhi oleh konsep feudalisme. Pelbagai bentuk cukai yang dipungut oleh sultan dan para pembesar. Antara cukai yang dipungut ialah cukai kepala, cukai keluarga, cukai lepai dan cukai serah. Cukai-cukai ini perlu dibayar bagi mengelak dariapda rakyat dapat menambahkan harta mereka. Maka cukai harus dikenakan kepada golongan yang diperintah. Misalnya, Cukai hasil padi yang dikenakan satu persepuluh hasil keluaran. Di kerian perak jumlah tetap dikenakan 30 gantang serelung. Cukai ini adalah sesuatu kewajipan yang harus dibayar oleh golongan yang diperintah kerana melalui hasil cukai inilah yang memperlihatkan kedudukan ekonomi bagi golongan pemerintah. Semangkin banyak cukai yang dipungut maka semangkin tinggilah pendapatan golongan pemerintah. Namun secara tidak langsung keadaan ini membawa kepada pengaruh feudalisme dalam sosio-ekonomi masyarakat Malaysia kurun ke-19. 5.0 Kesan-kesan feudalisme keatas sosio-ekonomi masyarakt Malaysia kurun ke-19 Dalam masyarakat Malaysia kurun ke-19 memperlihatkan kesan feudalisme keatas sosio-ekonomi masyarakat, kerana kekuatan ekonomi inilah yang membawa penguasaan sistem politik khususnya pihak pemerintah. Selain itu, konsep feudalisme keatas sosio-ekonomi masyarakat dalam Malaysia menyebabkan kedudukan pemerintah sangat dipandang tinggi oleh masyarakat. Kekuatan kedudukannya diperkukuhkan lagi oleh would view yang dipupuk kepada rakyat jelata. Kesannya kelas pemerintah mempunyai kedudukan ekonomi yang kukuh berikutan kuasa politik yang mereka miliki dengan ini kelas pemerintah sentiasa dipandang tinggi dan dihormati oleh kelas bawahan. Manakala kesan feudalisme keatas sosio-ekonomi masyarakat Malaysia bawahan pula terpaksa menerima kenyataan bahawa mereka tidak boleh mempersoalkan akan hak anggota-anggota kelas yang memerintah. Ini kerana mereka telah menerima konsep perlindungan yang diberikan kepada golongan pemerintah. 6.0 Feudalisme selepas kedatangan British Kedatangan British ke atas masyarakat tempatan telah membawa kesan kepada ekonomi dan politik dengan secara langusng ataupun tidak langsung. Kedatangan British ini telah membawa perubahan yang ketara dalam konsep feudalisme yang mempengaruhi sosio-ekonomi masyarakat Malaysia pada kurun ke19. Jika sebelum kedatangan British, kuasa ekonomi sepenuhnya berada di tangan golongan pemerintah, tetapi selepas kedatangan British kuasa ekonomi ini telah beralih ke tangan pihak British. Ini kerana segala kutipan cukai adalah di bawah kawalan kerajaan. Pihak British melantik pembesar-pembesar sebagai pegawai kerajaan dan pembesar-pembesar ini dibayar gaji begitu juga dengan sultan-sultan. Keadaan ini telah menyebabkan pengaruh fedualisme dalam sosio-ekonomi masyarakat Malaysia semangkin luntur. Lantaran itu juga peraturan-peraturan tentang tanah dan hasil kutipan telah digubal oleh pihak British. Keadaan ini terus membawa kepada kejatuhan konsep fedualisme dalam sosio-ekonomi masyarakat Malaysia. Keadaan ini adalah disebabkan sosio-ekonomi mula berubah dan dipengaruhi oleh sistem

Kapitalis Barat. Kesannya pihak pemerintah tempatan iaitu sultan dan para pembesar tidak lagi saling bergantungan dalam sistem serah dan kerah tetapi membenarkan sesiapa sahaja yang mempunyai kemampuan dari segi modal untuk memanuhi keperluan dan permintaan Barat. 7.0 Kesimpulan Keadaan sosio-ekonomi masyarakat Malaysia pada kurun ke-19 adalah amat dipengaruhi oleh konsep feudalisme. Namun demikian konsep feudalisme inilah yang telah membawa kepada kestabilan politik masyarakat Malaysia pada kurun tersebut. Ini kerana melalui konsep feudalisme dalam sosio-ekonomi ini telah membawa adanya kebergantungan di antara golongan yang memerintah dan golongan yang diperintah secara tidak langsung keadaan ini membawa kepada kesetiaan rakyat terhadap golongan pemerintah. Seperti yang diungkapkan dalam ayat ini; Dan lagi tiada akan sentosa kerajannya, kerana rajaraja itu umpama api, akan segala menteri itu umpama kayu; jikalau tiada kayu, dimanakah api itu bernyala?...yakni rakyat ini umpama akar, yang raja itu umpama pohon; jikalau tiada akar mescaya pohon tiada akan dapat berdiri walaubagaimanapun pengaruh feudalisme ini semangkin berkurang setelah kedatangan British ini disebab pelbagai perubahan yang telah dilakukan oleh pihak British.

Rancangan Malaysia Kedua Rancangan Malaysia Kedua (RMK-2: 1971 1975) Di sebalik kejayaan yang tercapai daripada segi pertumbuhan, masalah kemiskinan dan penguasaan ekonomi yang tidak seimbang di antara kaum masih terlalu ketara, terutamanya di kalangan masyarakat Bumiputera yang tidak menikmati hasil pembangunan seperti yang mereka harapkan jika dibandingkan secara mutlak atau relatif dengan kaum-kaum lain. Justeru itu, pelancaran Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan Rancangan Malaysia Kedua (RMK-2) melambangkan satu era baru dalam sejarah perancangan pembangunan Malaysia. Ini menandakan permulaan fasa ketiga di dalam sejarah perancangan pembangunan negara.

Dasar Ekonomi Baru (DEB) Diwujudkan Menyedari kedudukan ketidakseimbangan sosioekonomi antara kaum, kerajaan telah mengusahakan supaya satu pendekatan baru dalam Rancangan Pembangunan Negara yang melibatkan program 20 tahun yang dikenali Dasar Ekonomi Baru (DEB). Dasar yang telah dilancarkan oleh Kerajaan melalui Rancangan Malaysia Kedua (RMK-2) bertujuan untuk memperbetulkan ketidakseimbangan sosioekonomi yang wujud di antara kaum, wilayah dan kawasan dalam wilayah yang sama di Malaysia. Daripada bancian penduduk pada tahun 1970 didapati bahawa 49.3 peratus daripada semua keluarga di Semenanjung Malaysia menerima pendapatan di bawah garis kemiskinan. Sejumlah 86 peratus daripada keluarga miskin tersebut terdapat di kawasan luar bandar manakala 14 peratus lagi di kawasan bandar. Manakala daripada Kajian Tahunan Hakmilik Syarikat-Syarikat Berhad yang dijalankan oleh Jabatan

Perangkaan dan Rekod Pendaftar Syarikat, adalah didapati bahawa hak milik dan penguasaan ekonomi di antara kaum dan pelabur dalam dan luar negeri adalah tidak seimbang.

Kepincangan ini merupakan suatu sebab utama berlakunya peristiwa 13 Mei 1969, peristiwa rusuhan kaum ketika itu. Oleh sebab itu, DEB telah dilancarkan bagi memaksa satu dasar yang bersepadu diwujudkan melalui Rancangan Malaysia Kedua (RMK-2). Beberapa kejayaan telah dicapai di bawah rancangan penyusunan semula masyarakat. Satu daripadanya ialah pendapatan purata kaum Bumiputera telah meningkat daripada RM172 sebulan dalam tahun 1970 kepada RM614 sebulan dalam tahun 1987. Pendapatan ini adalah jauh lebih rendah berbanding dengan pendapatan kaum-kaum lain. Kadar kemiskinan juga telah menurun bagi semua kaum dalam tahun 1987 berbanding dengan tahun-tahun sebelumnya. Di Semenanjung Malaysia, misalnya kadar kemiskinan telah menurun daripada 49.3 peratus dalam tahun 1970 kepada 17.3 peratus dalam tahun 1987. Daripada segi pembangunan bandar dan penyusunan semula, jumlah penduduk Bumiputera di bandar-bandar telah meningkat. Misalnya, komposisi penduduk Bumiputera di bandar di Semenanjung Malaysia telah meningkat daripada 41.3 peratus dalam tahun 1985 kepada 44 peratus dalam tahun 1988. Pelaksanaan Program Rancangan Malaysia Kedua (RMK-2) RMK-2 dilancarkan dengan tujuan untuk mengatasi dan memperbetulkan keadaan ketidakseimbangan sosioekonomi di antara kawasan dan kumpulan kaum di negara ini. Peruntukan yang disediakan di bawah RMK2 ialah sebanyak RM7,250 juta. Asas penggubalan RMK-2 ialah Dasar Ekonomi Baru yang matlamat utamanya adalah untuk mencapai perpaduan negara melalui strategi serampang dua mata, iaitu membasmi kemiskinan di kalangan rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan menyusun semula masyarakat Malaysia supaya dapat mengurangkan dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi.

Dalam Rancangan Malaysia Kedua (RMK-2), 1971-1975, sektor perkilangan merupakan sektor utama dalam perkembangan ekonomi negara. Sektor ini memainkan peranan strategik untuk pencapaian objektif Dasar Ekonomi Baru (DEB), iaitu dari segi pengembangan pekerjaan, peningkatan pendapatan dan penyusunan semula masyarakat, terutamanya dalam membentuk komuniti komersial dan industrialisme Melayu. Matlamat RMK-2 adalah untuk meningkatkan nilai ditambah dan eksport sebanyak 12.5 peratus dan 15 peratus setahun, masing-masingnya, mewujudkan peluang pekerjaan dengan kadar 7 peratus setahun, mempromosi industri berskala kecil dan menyebarkan kegiatan perkilangan di kawasan negeri yang kurang maju.

Pencapaian RMK-2

Pada tempoh ini usaha bersungguh-sungguh untuk membawa taraf ekonomi luar bandar dan Bumiputera ke tahap yang lebih selesa telah dilaksanakan. Pelbagai agensi dibentuk dan digerakkan seperti MARA, FAMA, Bank Pertanian, FELDA, FELCRA, MADA, KADA, FOA (Faermers Organization Authority) dan lain-lainnya bagi tujuan tersebut. Malah strategi pembangunan bersepadu luar bandar (IRD) dengan pembentukan KESEDAR, KETENGAH, DARA dan KEJORA, dan kawasan pertanian khususnya kawasan penanaman padi (IADP) seperti MADA I, MADA II, KADA I, KADA II, serta kawasan-kawasan penanaman di Besut, Barat Laut Selangor, KrianSungai Manik, Kemasin- Semarak, Trans-Perak dan Balik Pulau-Seberang Perai. Bukan itu sahaja, dalam RMK-2 ia telah meletakkan matlamat pemilikan modal dalam sektor korporat moden oleh kaum Bumiputera iaitu 9% bagi tahun 1975, 16% bagi tahun 1980, 23% bagi tahun 1985 dan 30% bagi tahun 1990. Malah, ia juga telah berjaya menggalakkan penyertaan yang lebih giat dan secara langsung oleh sektor awam dalam aktiviti- aktiviti ekonomi terutamanya yang berkaitan dengan perdagangan dan perusahaan. Yang paling membanggakan, iaitu pada tahun 1974, Kerajaan Malaysia telah menubuhkan Petroleum Nasional Berhad (PETRONAS). Bermula dengan RMK-2 dan diteruskan oleh tiga Rancangan Pembangunan Malaysia yang lain, ini merupakan usaha untuk mengurangkan kadar kemiskinan luar bandar dan telah menurun ke angka 21.6% dan kadar penyertaan Bumiputera dalam sektor bandar mencapai angka 30%. Nyata bahawa RMD bukan sahaja memberi tumpuan kepada sektor luar bandar, malah pembangunan pertanian padi turut diberi perhatian berat oleh kerajaan. Daripada segi pencapaiannya KDNK bagi RMK-2 telah bertambah pada kadar 7.4% setahun. Ini adalah lebih tinggi daripada ramalan asal RMK-2, iaitu sebanyak 6.8% setahun. Sumbangan utama terhadap pertumbuhan KDNK ini berpunca daripada Pertanian (25%); Pembuatan (19.3%); Perdagangan (14.4%) dan Perkhidmatan (10.15%). Dari segi pelaburan kasar pula sejumlah RM21,679 juta telah dibelanjakan untuk pembangunan bagi tempoh 1971-1975. Pencapaian lain yang dihasilkan dari tahun 1966 1975 adalah penubuhan Suruhanjaya UNESCO di Malaysia, Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, Malaysia mempelopori penubuhan ASEAN, mata wang baru Malaysia digunakan, Syarikat Penerbangan Malaysia ditubuhkan, Dasar Ekonomi Baru diumumkan, Kuala Lumpur diisytiharkan sebagai Bandaraya dan Rancangan Buku Hijau dilancarkan. Rancangan pembangunan wilayah seperti DARA, KEJORA dan KETENGAH dijalankan dengan jaya.

Pengajian Malaysia - Proses Pembentukan Malaysia Pengenalan Pada 31 Ogos 1957, Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. Selepas merdeka, Tunku Abdul Rahman telah mengemukakan cadagan kepada Kerajaan British supaya Brunei, Sabah, dan Sarawak digabungkan dengan Persekutuan Tanah Melayu menjadi Malaysia. Namun, Kerajaan British menolak cadagan itu kerana Singapura diketepikan. Buat pertama kalinya, Sir Malcom Macdonald, Pesuruhjaya Jeneral Inggeris di Asia yang ditugaskan untuk menyelaraskan dasar Inggeris ke atas Semenanjung Tanah Melayu, Singapura, Brunei, Sabah, dan Sarawak menyarankan supaya wilayah wilayah itu dipereratkan hubungannya dari segi politik. Sejak tahun 1947, Singapura memperjuangkan gabungannya dengan Persekutuan Tanah Melayu. MIsalnya, Parti Tindakan Rakyat ( PETIR ) dan David Marshall iaitu Ketua Menteri pertama ( 1955 ) juga menyarankan konsep persekutuan. Di Semenanjung Tanah Melayu, Tan Sri Mohammmad Ghazali Shafie pada tahun 1954 dan Dato Tan Cheng Lock pada tahun 1955 juga menyarankan konsep yang sama. Konsep tersebut menjadi semakin hebat apabila Tunku Abdul Rahman Putra Al-haj ( Ketua Menteri Semenanjung Tanah Melayu ) pada tahun 1955, mengumumkan hasratnya untuk mendapatkan kemerdekaan bagi Singapura melalui Semenanjung Tanah Melayu. Pada tahun 1956, Tunku Abdul Rahman mengumumkan pembentukan Tanah Melayu Raya yang merupakan gabungan Semenanjung Tanah Melayu, Singapura, Brunei, Sabah, dan Sarawak. Idea pembentukan Malaysia tercetus pada 27 Mai 1961, melalui ucapan yang dibuat oleh Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman. Ucapan tersebut berlangsung di Hotel Adelphi, Singapura semasa majlis makan tengah hari di hadapan Persatuan Wartawan Luar Negeri di Asia Tenggara. Tunku melahirkan idea untuk mewujudkan satu bentuk penyatuan ekonomi dan politik yang melibatkan Persekutuan Tanah Melayu dengan wilayaj jajahan British, iaitu Singapura, Brunei, Sabah, dan Sarawak. Idea ini dilahirkan atas kesedaran bahawa Tanah Melayu dan wilayah-wilayah terbabit sukar untuk berdiri sendiri serta berasingan, terutama dalam menghadapi sebarang persaingan di peringkat antarabangsa. Cadagan ini membawa maksud perlunya kerjasama antara penduduk wilayah-wilayah terbabit untuk mengadakan kerjasama dengan kerajaan British dalam menjayakan pembentukan gagasan politik baru di Asia Tenggara. Sementara itu, Lee Kuan Yew, Ketua Menteri Singapura pada masa itu, juga menyarankan percantuman Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu. Beliau sedar bahawa gabungan dengan Persekutuaan Tannh Melayu akan membolehkan Singapura mendapatkan kemerdekaan yang awal dan daapt menyekay pengaruh komunis. Cadagan itu ditolak oleh Tunku Abdul Rahman kerana bimbang akan keseimbangan kaum, yang mana majoriti penduduk Singapura adalah kaum Cina. Cadagan ini menimbulkan pelbagai reaksi. Pada 23 Julai 1961, Jawatan Kuasa Perundingan Perpaduan Malysia ditubuhkan (JPPM ). JPPM memberi peluang kepada pemimpin di Sabah dan Sarawak untuk mengemukakan

pandagan memandankan mereka masih menetang gagasan. Akhirnya Sabah dan Sarawak menerina gagasan ini dan menyusun satu memorandum untuk dihantar kepada Suruhanjaya Cobbold. Suruhanjaya ini menjalankan satu tugas iaitu meninjau pendapat rakyat Sabah dan Sarawak, seterusnya membuat satu syor perlembagan yang baru. Pada bulan Ogos 1962, JAK ditubuhkan bagi merangka perlembagan Malaysia. JAK mengeluarkan laporannya pada 27 Februari 1963. Laporan ini telah diteriam oleh pihak British. Berdasarkan laporan ini, perjajian Malaysia telah ditandatangani di London bersama 4 aggota negeri yang terlibat pada 9 Julai 1963. Malaysia telah diisytiharkan secara rasminya pada 16 September 1963. Faktor faktor Pembentukkan Malaysia. Pembentukkan Malaysia ditubuhkan di atas faktor faktor tertentu. Antara faktor faktor tersebut ialah mengelak ancaman dan pengaruh komunis, memberi kemerdekaan kepada Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura, kemajuan ekonomi bersama, mempercepatkan proses kemerdekaan, dan menjaga kepentingan kaum bumiputera. Mengelak ancaman dan pengaruh komunis. Sebab utama penubuhan Malaysia ialah untuk menentang kegiatan komunis yang kian bertambah di Singapura dan situasi politik pada tahun 1950an. Ejen ejen komunis telah meresap masuk ke sekolah cina dan kesatuan sekerja. Pada tahun 1954, komunis telah menganjurkan satu permogokan di sebuah syarikat bas. Mogok ini merebak menjadi rusuhan.Selain itu, Parti Tindakan Rakyat ( Peoples Action Party PAP ) di bawah pimpinan Lee Kuan Yew yang memerintah Singapura waktu itu sedang mengalami kemerosotan akibat komunis yang merampas pucuk pimpinan PAP. Fenomena ini dapat dilihat apabila PAP kalah dalam pilihan raya kecil di kawasan Hong Lim kepada Ong Eng Guan dari Parti Rakyat Singapura ( United Peoples Party UPP )pada bulan Mei 1961 dan pilihan raya di kawasan Anson kepada Parti Buruh pada bulan Julai 1961. Akibatnya, Lee Kuan Yew mengusir golongan berhaluan kiri dari PAP. Pengaruh komunis turut berkembang sehingga satu parti berhaluan komunis iaitu Barisan Sosialis dibawah pimpinan Lim Chin Siong ditubuhkan. Keadaan ini telah membimbangkan Persekutuan Tanah Melayu dari segi urusan politik dan ekonomi sekiranya PAP digulingkan. Tunku Abdul Rahman bimbang komunis meresap masuk ke Tanah Melayu. Diharapkan dengan gagasan Malaysia, hasrat komunis menguasai Singapura gagal dan seterusnya dapat menyekat pengaruh mereka. Memberi kemerdakaan kepada Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura. Melalui penubuhan Persekutuan Malaysia, negeri negeri seperti Sabah, Sarawak, Brunei, dan Singapura akan mendapat kemerdekaan yang lebih awal daripada yang dijangkakan. Ini memandangkan negara- negara berkenaan masih lagi berada di bawah penjajahan British sewaktu cadagan ini ditimbulkan. Dalam hal ini, Sabah dan Sarawak diletakkan dalam status cadagan negeri jajahan, manakala Singapura dan Brunei diletakkan sebagai negeri naungan.

Pada tahun 1951, Liga Belia Demokratik Cina Seberang Laut yang berhaluan komunis ditubuhkan tetapi dibubakan semasa Darurat. Walau bagaimanapun, satu pertubuhab komunis sulit iaitu Persatuan Belia maju Sarawak telah bergerak di kalangan kesatuan sekerja, pelajar dan petani. Mereka menghasut masyarakat Cina menengtang British. Parti Bersatu Rakyat Sarawak ( SUPP ) telah dipengaruhi oleh komunis. Lalu, kerajaan British melancarkan operasi pisang untuk menyekat pengaruh komunis dalam SUPP tetapi gagal. Diharapkan melalui gagasan ini, kestabilan politik yang diperolehi dapat menentang ancaman komunis. Tunku Abdul Rahman percaya dengan menbawa masuk Sabah, Sarawak ke dalam Malaysia akan lebih memudahkan dan menpercepatkan kenerdekaan dua wilayah ini. Di samping itu, kaum buniputera boleh menikmati layanan yang lebih baik apabila menyertai Persekutuan sebagaimana yang dinikmati oleh orang Melayu di Persekutuan Tanah Melayu. Selain itu, Penubuhan Malaysia juga bertujuan mengimbangi jumlah penduduk. Tunku Abdul Rahman menjangkakan Sabah, Sarawak, dan Brunei kalau digabungkan dengan Tanah Melayu akan membawa kepada faedah sosial. Penggabungan Tanah Melayu denagn Singapura menimbulkan masalah ketidakseimbangan kaum. Hal ini disebabkan daripada penduduk Singapura berbangsa Cina. Kemasukkan Sabah, Sarawak dan Brunei akan mengimbangi kadar kaum kaum kerana 70% daripada Borneo Utara ialah bumiputera. Kemajuan ekonomi bersama. Melalui Persekutuan Malaysia, negara-negara anggota akan dapat mengadakan kerjasama ekonomi dan perdagangan untuk faedah bersama. Secara tidak lansung, negara-negara anggota yang kaya dengan sumber ekonomi boleh membantu negara-negara anggota yang miskin dan kekurangan sumber ekonomi. Menurut Tunku, apa yang penting melalui Persekutuan Malaysia ialah ia dapat membantu mempertingkatkan pembangunan ekonomi. Ini kerana Sabah dan Sarawak ialah negeri yang masih mundur manakal Tanah Melayu, Singapura dan Brunei ialah negeri-negeri yang kaya. Dengan ini, kekayaan di negeri-negeri yang kaya akan dipindahkan ke negeri-negeri yang mundur untuk membiayai projek pembangunan. Ini kerana Tanah Melayu kaya dengan sumber bahan mentah seperti bijih timah, manakala Brunei pula kaya dengan sumber minyaknya. Pelabuhan Singapura pula akan lebih selamat sekiranya menyartai Persekutuan Malaysia. Mempercepatkan proses kemerdekaan. Penubuhan gagasan Malaysia bertujuan mempercepatkan proses kemerdekaan bagi Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura. British berjanji akan memberi kemerdekaan yang lebih awal sekiranya Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura bergabung dengan Tanah Melayu bagi membentuk Malaysia. Penggabungan ini juga akan menamatkan penjajahan British di rantau ini dan menjamin kedaulatan dan keselamatan wilayah-wilayah itu daripada ancaman kuasa luar. Pemberian kemerdekaan yang lebih cepat dapat mengelakkan hasrat komunis untuk bertapak di Tanah Melayu dan di negeri-negeri yang terlibat . Sekiranya negeri tersebut tidak diberi kemerdekaan , British bimbang gagasan malaysia akan dipengaruhi oleh komunis dan kepentingan ekonomi dan sosial pada masa akan datang

akan hilang . Selain itu , british juga bimbang tentang keselamatan pelabuhan british di asia tenggara . British juga bimbang akan kuasa luar yang ingin menakluki Brunei , Sabah , Sarawak dan Singapura . Menjaga kepentingan kaum bumiputera. Pembentukkan Persekutuan yang terdiri daripada Tanah Melayu, Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura juga dalah untuk menjaga kepentingan dan kedudukan kaum bumiputera. Menurut Tunku Abdul Rahman, gagasan pembentukkan Malaysia perlu menggabungkan wilayah-wilayah Borneo seperti Sabah, Sarawak dan Brunei bukan hanya terhad kepada Tanah Melayu dan Singapura sahaja. Jika Tanah Melayu dan Singapura sahaja bercantum, ini akan menghilangkan majoriti penduduk Melayu. Ini kerana Singapura mempunyai 80% pendudduk bukan Melayu dan apabila bercantum dengan penduduk Persekutuan Tanah Melayu, penduduk bukan Melayu akan menjadi golongan terbesar. Percantuman antara Tanah Melayu dengan Singapura sahaja akan menjadikan peratusan masyarakat Cina menjadi 43.5%, sementara orang Melayu menjadi 43%. Ini kerana anggaran peratusan penduduk Tanah Melayu pada tahun 1960, adalah kira-kira 50% dan 36.9% orang Cina. Justeru , apabila penduduk Sabah dan Sarawak diambil kira, bilangan kaum bumiputera termasuk orang Melayu akan menjadi 46.3%, sementara orang Cina menjadi 42.4%. ini bermaksud, kemasukan Sabah dan Sarawak membolehkan kumpulan orang Melayu dan bumuputera kekal sebagai kumpulan terbesar. Proses Pembentukan Malaysia. Proses perbincangan dan perundingan ke arah pembentukkan Malaysia ini sebernarnya sangat panjang dan kompleks. Banyak perkara yang perlu dipertimbangkan dan diatasi sebelum cadagan ini dapat direalisasikan. Beberapa tindakan juga perlu diambil bagi memastikan pembentukan ini memuaskan hati semua pihak. Cadangan Pembentukan Malaysia menimbulkan berbagai-bagai reaksi. Sebahagian besar rakyat negari asal berminat, tetapi darjah minat itu berubah-ubah dari semasa ke semasa. Ini terjadi akibat perkembangan politik tempatandan oleh perubahan yang berlaku di negeri anggota yang lain. Tidak dinafikan bahawa dari semenjak awal lagi ada pihak dan individu tertentu yang menentang atau sama sekali tidak menyetujui usul itu. Antara proses proses pembentukan Malaysia ialah Jawatnkuasa Perundingan Perpaduan Malaysia ( JPPM ), Suruhanjaya Cobbold, Jawatankuasa Antara Kerajaan ( JAK ), Referendum Singapura dan Pengisytiharan Malaysia. Jawatnkuasa Perundingan Perpaduan Malaysia ( JPPM ) JPPM ditubuhkan pada 23 julai pada tahun 1961 . ia dipengerusi oleh Donald Stephen ( anggota Majlis Undangan Sabah ) . antara anggotanya ialah Tunku Abdul Rahman ( Tanah Melayu ) , Lee Kuan Yew ( singapura ) , Dato Mustapha Dato Harun ( Sabah ) , Temenggung Jugah Anak Berieng ( Sarawak ) dan Dato Setia Pangeran Ali ( Brunei )

Tujuan JPPM ditubuhkan ialah : Memberitahu orang ramai mengenai konsep Malaysia kepada orang ramai ( Sabah, dan Sarawak ).

Mengumpulkan sambutan mereka terhadap Malaysia. Menyediakan memorandum mengenai cara pembentukan Malaysia. JPPM telah memberi peluang kepada pemimpin Sabah dan Sarawak mengemukakan pandagan mengenai gagasan Malaysia. JPPM telah mengadakan 4 mesyuarat di Kota Kinabalu (21 Ogos 1961), Kuching (18 Disember 1961), Kuala Lumpur (6 Januari 1962) dan Sinagpura (1 Februari 1962). Hasil daripada rundingan yang dijalankan gagasan penubuhan Malaysia semakin mendapat sokogan. Sarawak mengeluarkan kertas putih mengenai Malaysia pada 4 Januari 1962 dan Sabah pada 31 Januari 1962. Kemudian, JPPM akhirnya berjaya menyusun satu memorandum yang ditandatagani oleh wakil wakil,dan kemudian dihantar kepada Suruhanjaya Cobbold pada 23 Februari 1962. Antara isi kandungan memorandum ini ialah:

Perlembagaan Tanah Melayu 1957 menjadi asas perlembagaan Malaysia. Kerajaan Persekutuan berkuasa dalam hubungan luar, pertahanan dan keselamatan. Islam agama rasmi tetapi rakyat bebas beragama. Bahasa Melayu bahasa kebangsaan tetapi bahasa lain masih boleh digunakan. Hak istimewa seperti orang Melayu diberi kepada rakyat pribumi Sabah dan Sarawak. Sabah, Sarawak berhak mengawal imigrasennya sendiri. Perwakilan Parlimen berasaskan jumlah penduduk dan jumlah luas kawasan. Memorandum ini disokong oleh rakyat Sabah, Sarawak, Singapura dan Tanah Melayu. Suruhanjaya Cobbold Suruhanjaya Cobbold ditubuhan pada Januari 1962. Ia dipengerusikan oleh Lord Cobbold (bekas Gabenor Bank of England). Ahli ahlinya terdiri daripada Sir Anthony Abel dan Sir David Watherston iaitu wakil British dan Muhammad Ghazalie Shafie dan Dato Wong Pow Nee iaitu wakil Tanah Melayu. Suruhanjaya ini ditubuhkan hasil rundingan Tunku ke London pada Oktober 1961. Rundigan ini berlansung dari 21 23 november 1961. Antara tugas - tugas utama suruhanjaya ini ialah:

Meninjau pandangan rakyat Sabah dan Sarawa mengenai Malaysia. Membuat syor syor perlembagaan. Suruhanjaya ini menjalankan tugasnya dari 19 Februari sehingga 18 April 1962. Suruhanjaya Cobbold telah mengadakan 50 perjumpaan dengan 690 kumpulan orang ramai diadakan dan 2000 atau lebih memorandum telah diterima. Pada 18 April 1962, laporan disiapkan dan diserahkan kepada Kerajaan Tanah Melayu dan British pada Jun 1962. Pada 1 Ogos 1962 mengesahkan bahawa 80% daripada rajyat Sabah dan Sarawak menyokong gagasan Malaysia. Selain itu, laporan ini diumumkan mengenai pandangan rakyat Sabah dan Sarawak : 1/3 menyokong kuat Malaysia 1/3 menyokong dengan syarat 1/3 hendak merdeka dahulu sebelum menyertai Malaysia

Dengan itu, suruhanjaya ini turut menyokong gagasan Malaysia dan mengesyorkan syor syor Perlembagaan Malaysia seperti dibawah: Nama persekutuan baru Malaysia Perlembagaan Tanah Melayu 1957 menjadi asas Perlembagaan Malaysia Kedudukan istimewa kaum pribumi Sabah dan Sarawak dijamin Sabah dan Sarawak berhak memilih Ketua Negeri sendiri Penduduk pribumi Sabah dan Sarawak dibenarkan berkhidmat dalam perkhidmatan awam secepat mungkin Dasar pendidikan, agama, imigrasen, perwakilan Parlimen, kedudukan bumiputra, kewangan, kewarganegaraan dan perlembagaan negeri di Sabah dan Sarawak ditentukan oleh Majlis Undangan Negeri masing masing Bahasa Melayu bahasa kebangsaan. Sabah dan Sarawak dibenarkan menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi sehingga DUN masing masing membuat keputusan Hampir semua syor diterima oleh Persekutuan Tanah Melayu dan British dan pada 1 Ogos 1962 Persekutuan Malaysia diumumkan dan Malaysia akan ditubuhkan pada 31 Ogos 1963. Jawatankuasa Antara Kerajaan akan ditubuhkan bagi merangka Perlembagaan Malaysia. Jawatankuasa Antara Kerajaan ( JAK ) JAK ditubuhkan pada Ogos 1962 untuk merangkan Perlembagaan Malaysia yang diketuai oleh Lord Landsdowne yang merupakan Menteri Hal - ehwal Tanah Jajahan Britiah sebagai Pengerusi, Tun Abdul Razak Hussien sebagai Timbalan Pengerusi, wakil-wakil kerajaan British dan wakil-wakil negeri Sarawak, Sabah, dan Singapura. Wakil-wakil Sabah dari Parti Perikatan Sabah telah mengemukakan satu memorandum yang mengandungi 20 perkara kepada JAK untuk melindungi hak dan kepentingan rakyat Sabah. Akan tetapi pemimpin-pemimpin Sarawak tidak mengemukakan sebarang tuntutan tetapi mereka bersetuju dengan perkara yang terkandung dalam perkara 20. Antara 20 perkara yang dikemukan ialah : Agama Islam diterima sebagai agama rasmi Persekutuan kecuali di Sabah. Bahasa Inggeris menjadi bahasa rasmi di Sabah tetapi menerima bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan. Imigresen ( kemasukan orang asing ) adalah di bawah kuasa kerajaan negeri Sabah. Sistem pendidikan Sabah dikekalkan. Perwakilan dalam Parlimen hendaklah mengambil kira keluasan negeri di samping bilangan penduduk. JAK mengeluarkan laporannya pada 27 Febuari 1963. Laporan ini dibentangkan di Majlis Negeri Sarawak pada 8 Mac 1963 dan Sabah pada 13 Mac 1963. Kedua dua Majlis ini telah menerima dan meluluskan Laporan JAK. Seterusnya laporan JAK telah diterima dan diluluskan oleh Parlimen Tanah Melayu dan menjadi Akta Malaysia 1963. Laporan ini telah menjadi asas kepada Perlembagaan Sabah dan Sarawak. Laporan itu memperlihatkan sikap tolak ansur daan persefahaman di antara pemimpin-pemimpin Sarawak dan Sabah dalam mencapai persetujuan. Laporan itu menjamin :

Peningkatan taraf ekonomi, sosialdan politik rakyat Sabah dan Sarawak. Hak dan kepentingan rakyat kedua-dua negeri itu. Melindungi Sabah dan Sarawak dari sebarang kekuasaan penjajah.

Berdasarkan kepada Laporan JAK itu, Perjanjian Malaysia ditandatangi di London pada 9 Julai 1963. Antara isi kandungan Laporan JAK ialah : Agama Islam adalah rasmi kecuali Sabah dan Sarawak. Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi Persekutuan tetapi bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi Sabah dan Sarawak. Imigresan adalah hak kuasa Pusat tetapi kerajaan Sabah dan Sarawak dibenarkan mengawal imigresannya sendiri. Pendidikan adalah perkara Persekutuan tetapi sistem pendidikan Sabah dan Sarawak dikekalkan. Perwakilan Parlimen, JAK memperuntukan 16 kerusi kepada Sabah, 24 kerusi kepada Sarawak dan 15 kerusi kepada Singapura. Referendum Singapura Kerajaan Singapura membuat keputusan untuk mengadakan Referendum sebagai satu cara meninjua pendapat penduduk Singapura bagi mendapat kepastian pendirian rakyat Singapura berhubung penubuhan Malaysia. Secara keseluruhannya, pungutan suara bukan bertujauan untuk membenarkan rakyat Singapura menolak penubuhan Malaysia, tetapi menerima cadangan ini dengan pendirian mereka yang tertentu. Kerajaan Singapura membuat keputusan ini kerana yakin sebahagian besar parti politik di singapura menyokong cadangan Malaysia, Cuma pandagan dan pendiraian mereka juda diambul kira.dalam pungutan suara ini rakyat singapura telah diberi 3 pilihan, iaitu : Pilihan A rakyat bersetuju untuk bergabung dengan syarat syarat yang telah ditetapkan oleh kerajaan Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu melalui Kertas Putih pada bulan November 1961 ( secara keseluruhan, pilihan ini mendapat 397 626 undi ). Pilihan B rakyat bersejutu untuk bergabung tanpa syarat dan kedudukan Singapura akan menjadi seperti negeri negeri Melayu lain di dalam Persekutuan Tanah Melayu ( secara keseluruhannya, pilihan ini mendapat 9442 undi ). Pilihan C rakyat bersetuju untuk bergabung dengan syarat dan faedah yang hampir sama seperti yang diperolehi wilayah wilayah Borneo dengan penyertaan ini ( secara keseluruhannya, pilihan ini mendapat 144 077 undi ). Referendum Singapura ini telah diadakan pada 1 November 1962. Barisan Sosialis dan pihak komunis tidak bersetuju dengan penggabungan ini telah memulau pungutan suara dengan membuang undi kosong. Selepas referendum selesai, laporan menunjukkan 71% pengundi menyokong pembentukan Malaysia. Secara keseluruhannya, rakyat Singapura bersetuju dengan pilihan A. Pengisytiharan Malaysia.

Penubuhan Malaysia mendapat tentangan kuat daripada Filipina dan Indonesia. Beberapa rundingan telah diadakan antara kedua dua negara dengan Tanah Melayu. Rundingan ini diadakan pada : Bulan Mei 1963 dengan Subandrio, Menteri Luar Negara Indonesia di Tokyo. Bulan Julai dan Ogos 1963 dengan Presiden Surkarno dan Presiden Macapagal di Manila. Filipina menetang gagasan Malaysia kerana mendakwa Sabah dipajak dan bukan diserahkan oleh Sultan Sulu kepada Baron Von Overbeck dan Alfred Dent pada tahun 1874 dan pajakan itu telah dibatalkan oleh waris Sultan Sulu pada tahun 1958. Manakala, Indonesia menentang gagasan Malaysia kerana mendakwa Pembentukan Malaysia sebagai satu bentuk penjajahan baru yang mengacam Indonesia dibawah pimpinan D.N. Aidit. Namun akhirnya, MAPHILINDO ditubuhkan . Pemimpin ketiga tiga negeri bersetuju meminta Suruhanjaya Pertubuhan Bangsa bangsa Bersatu (PBB) untuk meninjau kembali pandagan penduduk Sabah dan Sarawak mengenai penyertaan mereka ke Malaysia. Suruhanjaya PBB yang diketuai oleh Lawrence MicHaelmore menjalankan tugasnya dari 16 Ogos 5 September 1963. Antara isi laporannya ialah : Kebanyakan penduduk Sabah dan Sarawak bersetuju menyertai Persekutuaan Malaysia. Laporan Suruhanjaya Cobbold adalah benar. Oleh itu, tarikh penubuhan Malaysia pada 31 Ogos 1963 terpaksa ditundakan. Mengikut laporan PBB itu, lebih 70% daripada rakyat Sabah dan Sarawak menyokong penubuhan Malysia. Maka pada 16 September 1963, penubuhan Malaysia diisytiharkan secara rasminya. PENUTUP Pembentukan Persekutuan Malaysia telah menunjukkan pandangan jauh Tunku Abdul Rahman iaitu Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu pada ketika itu . Jadi tidak hairanlah beliau telah digelar sebagai Bapa Kemerdekaan Malaysia . Hal ini kerana kejayaannya memerdekaan bukan sahaja persekutuaan Tanah Melayu tetapi juga Sarawak , Sabah dan Singapura . Semangat kerjasama , setia kawan dan sikap toleransi antara pemimpin dengan rakyat pula telah membawa kepada satu penggabunggan Persekutuan Tanah Melayu , Sabah dan Sarawak dalam sebuah Pembentukan Malaysia . Inilah satu keunikan dan kebanggaan negara kita yang perlu dipelihara dan dipertahankan agar semangat penubuhan Persekutuan Malaysia untuk mewujudkan kestabilan politik , kemakmuran ekonomi dan kejasama dalam sosial akan terus berkekalan sampai bila bila . Selain itu , Tunku Abdul Rahman sekarang ini masih diingati oleh semua rakyat Malaysia dan menjadi kebanggaan yang cemerlang bagi seluruh rakyat Malaysia kerana telah berjaya memerdekakan Tanah Melayu ini daripada penjajah asing . Pembentukan Malaysia ini telah melahirkan sebuah negara yang disegani dan disanjungi oleh negara lain iaitu negara Malaysia . Malaysia pada masa dahulu telah berjaya memerdekakan Tanah Melayu daripada penjajah asing walaupun tentera Melayu pada masa itu hampir berputus asa kerana mempunyai tentera yang terlalu sedikit untuk menentang penjajah asing tetepi mereka memperkuatkan juga pertahanan mereka sehingga berjaya . Pada 31 Ogos 1957 Tanah Melayu bebas daripada penjajah asing dan diisyhtiharkan merdeka dan dihasilkan sebuah

lagu untuk memperingati bahawa Tanah Melayu telah diisytiharkan merdeka . Selain itu , Tugu Negara telah didirikan di Kuala Lumpur untuk memperingati pahlawan Tanah Melayu yang berkorban nyawa untuk mempertahankan Tanah Melayu ini . Kesimpulannya , kita patut menghargai dan memperingati pengorbanan yang telah dilakukan untuk mempertahankan Tanah Melayu atau Malaysia daripada penjajah asing . kitalah yang akan mencorakkan masa hadapan Negara kita untuk satu jangka masa yang panjang kerana kita adalh pelapis bagi generasi sekarang .

Anda mungkin juga menyukai