Anda di halaman 1dari 156

HINDRAF adalah PERKASA

HINDRAF & PERKASA adalah dua entiti yang memiliki kesamaan dalam dasar
perjuangan organisasi mereka. Kesimpulan boleh dikatakan:-

Pelanduk Dua Serupa
HINDRAF adalah "PERKASA"

Kepulangan Pengerusi HINDRAF dijangka akan merancakkan lagi politik negara.
Pemimpin HINDRAF yang hidup sebagai assylum di Britain sejak Mac 2008 akhirnya
dijangka akan pulang ke Malaysia sebagai seoranrg "Hero" untuk masyarakat India.
MIC akan malu kepada perjuangan HINDRAF kerana mereka menuntut hak bukan
menagih perkongsian kuasa sebaliknya HINDRAF meminta hak mereka sebagai
warganegara. Perkara ini akan menyebabkan kerajaan pening kepala kerana secara
dasarnya Malaysia tidak mengamalkan Hak Demokrasi sebenar kerana Demokrasi
yang diguna pakai di Malaysia lebih kepada "We Talk But We Don't Practice".
Kekecohan selalu tercetus apabila ianya berkaitan HINDRAF dan tidak pula apabila
ianya berkaitan PERKASA. Sedangkan dasar perjuangan mereka adalah serupa.

Perjuangan Perkasa:-


Perjuangan HINDRAF



Relevankah perjuangan HINDRAF di Malaysia?
Adakah salah apabila hak mereka kaum India di perjuangkan untuk masa depan
mereka yang mana perlembagaan telah menjamin hak setiap warganegara
Malaysia? Atau relevankah perjuangan PERKASA untuk bangsa Melayu? Jika
HINDRAF tidak relevan maka PERKASA juga tidak relevan berdasarkan prinsip
perjuangan mereka yang memiliki kesamaan iaitu perjuangan untuk bangsa tidak
bersandarkan politik.


PERKASA
Tidak sedikit pun di perlembagaan menyebut hak Melayu, Hak Cina, Hak India dan
Hak Bangsa lain. Ini adalah formula poltik yang telah dipersetujui dan bukan dasar
kepada perlembagaan negara? Ini kita lihat bagaimana hak seoarnag rakyat
akhirnya melayakkan beliau Pengerusi HINDRAF mendapatkan paspot Malaysia
beliau. Beliau dengan lantang menolak tawaran dokumen perjalanan sehala untuk
kembali ke Malaysia. Tidak malukah Kerajaan Malaysia terutamanya Jabatan
Imigresen Malaysia dalam membuat tawaran "Dokumen Perjalanan Sehala" pada
mulanya dan akhirnya terpaksa juga mengeluarkan Paspot Malaysia kepada
beliau.?



HINDRAF


Adakah sikap perjuangan HINDRAF lebih cenderung kepada hak perlembagaan
bukan formula politik yang mana amat ekstrem kepada bangsanya? PERKASA juga
amat ekstrem memperjuangkan bangsa Melayu berdasarkan perlembagaan.

Ini jelas menunjukkan Perkasa & Hindraf memiliki persamaan dalam apa yang
diperjuangkan kecuali bezanya hanya Hindraf untuk kaum India & Perkasa untuk
Kaum Melayu.



HINDRAF berjuang atas dasar platfom hak mereka sebagai kaum India yang
mempunyai kewarganegaraan sebagai rakyat Malaysia dan hak mereka mengikut
perlembagaan negara.Manakala Perkasa juga mempertahankan hak mengikut
perlembagaan negara.Dimanakah perbezaan antara Hindraf & Perkasa kecuali pada
etik perkauman sahaja.

Siapa pula memperjuangkan Bangsa Cina? Jika Melayu diwakili oleh ekstrem
Melayunya oleh PERKASA dan India diwakili oleh ekstrem Indianya oleh HINDRAF.
Yang jelas adalah DAP mewakili kaun Cina dalam perjuangan ekstremnya. Tetapi
agak pelik apabila Melayu & India mampu bersama DAP dalam memperjuangkan
hak kaum Cina dan membiarkan Perkasa & Hindraf keseorangan tanpa bantuan
kaum Cina dalam orgnanisasi mereka.Fikir-fikirkanlah!!!

Jelas kita lihat Malaysia masih mempunyai sikap perkauman yang agak serius walau
sejauh mana kita nafikan tetapi itulah hakikatnya.

Merdeka vs Hidup Melayu


"J anji Ditepati" - itu lah tema yang paling bangang dalam sejarah 55 tahun
Malaysia menyambut Hari Kemerdekaan. Logo yang hodoh seperti dibuat oleh
pelajar yang baru berjinak-jinak dengan aplikasi Photoshop ini pula menjadi
pelengkap kepada kurangnya daya intelek kepimpinan Malaysia. Ditambah pula
dengan lagu yang tidak langsung membawa mesej kemerdekaan. Apabila dilihat
logo, tema dan lagunya, penulis tertanya-tanya ini adalah untuk sambutan Hari
Kemerdekaan Malaysia atau untuk sambutan ulang tahun UMNO?

Kita tinggalkan perihal logo, tema dan lagu tersebut. Siapa yang komen lebih-lebih,
itu dikira minda tertutup dan keras hati bak kata Datuk Seri Rais Yatim.



Siri Kemerdekaan 1: "Merdeka" vs. "Hidup Melayu"


UMNO Lama Dato' Onn Jaafar yang telah terkubur
UMNO yang ditubuhkan oleh Dato' Onn bin Jaafar bukan untuk mencapai
kemerdekaan tetapi bertujuan untuk menentang Malayan Union. Ini adalah
fakta. Seperti yang dititahkan oleh Almarhum Sultan Sir Ibrahim semasa penubuhan
UMNO di Istana Besar pada 11 Mei 1946 - "Umno tidak dilahirkan di tepi jalan tetapi
di istana". Walaupun bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Khir Toyo pernah
mengeluarkan kenyataan bahawa UMNO sebenarnya di lahirkan di Selangor.
Mungkin anak Toyo ini keliru antara sedang mengandung (cadangan penubuhan di
Kelab Sultan Sulaiman, Selangor) atau telah dilahirkan (UMNO ditubuhkan secara
rasmi). Kecoh UMNO Johor termasuk Datuk Shahrir Samad menghentam anak
Toyo.


Keratan akhbar The Argus bertarikh 10 Disember 1945
Memang benar rakyat Johor berbangga UMNO di lahirkan di dalam istana. Tetapi
faktanya adalah kerana Sultan Sir Ibrahim adalah merupakan Raja Melayu
pertama yang menandatangani persetujuan Malayan Union tanpa sebarang
tentangan di hadapan Sir Harold MacMichael pada 20 Oktober 1945. Mengikut
Christopher Bayly dan Tim Harper di dalam buku Forgotten Wars - "The Sultan
quickly consented to MacMichael's proposal scheme, which was motivated by his
strong desire to visit England at the end of the year." Bermakna disini tiada
tentangan dibuat. Dan memang benar, pada akhir tahun 1945, Sultan Sir Ibrahim
dan Sultanah Marcella berangkat ke London.


Adakah Sultan Sir Ibrahim terlepas pandang perkara pertama yang amat penting itu
atau sememangnya tidak kisah?

Penentangan Malayan Union di Perak diketuai Raja Perempuan Kelsom
Sejarah menunjukkan hanya 2 orang Raja Melayu sahaja yang menentang
Malayan Union secara terang iaitu Sultan Kedah, Sultan Badlishah dan Sultan
Perak, Sultan Abdul Aziz. Semasa MacMichael mengadap Sultan Badlishah pada
29 November 1945, beliau mengggunakan nama Sultan Sir Ibrahim yang lebih awal
bersetuju dengan Malayan Union. Sultan Badlishah menyawab, "Tidak semestinya
Kedah mengikut apa yang dibuat oleh Johor!". Satu jawapan yang berani dan
mengejutkan MacMichael. Walau bagaimanapun akhirnya kedua-dua Sultan Kedah
dan Sultan Perak terpaksa juga untuk menandatangani persetujuan Malayan Union.

Sultan Terengganu, Sultan Ali yang anti-British awal-awal lagi telah di terajang
turun takhta dengan cara yang paling hina sekali. Bukan itu saja, baginda
dituduh mengahwini seorang pelacur dan menghidapi penyakit sifilis. Rujuk
artikel jurnal bertajuk Tengku Ali, British dan Takhta Terengganu tulisan Nik
Anuar Nik Mahmud. Dan nampaknya Kesultanan Terengganu hari ini turut
mempunyai fahaman British dengan tidak mengikhtiraf Sultan Ali sebagai
Sultan Terengganu. Nama Sultan Ali tiada dalam senarai nama Sultan
Terengganu di Muzium Terengganu dan di laman web Sultan Terengganu
hanya ditulis sebagai Tengku Ali. Bermakna Kesultanan Terengganu tidak
mengikhtiraf Sultan Ali pernah menjadi Sultan Terengganu! Mungkin pada
fahaman mereka seseorang Sultan itu hanya sah jika ditabalkan oleh British!
Atau ingin menyembunyikan fakta tertentu?

Dari laman web http://www.istana.terengganu.gov.my

Kita tinggalkan Kesultanan Terengganu. Kita teruskan dengan Malayan Union.

Sejarah penentangan Dato' Onn Jaafar tidak banyak yang menulis kenyataan
amarah beliau kepada Sultan Sir Ibrahim yang berbunyi "rakyat telah menjadi raja,
dan raja telah menjadi rakyat" (the rakyat have become the raja, the raja have
become the rakyat). Rujuk The End of Empire and the Making of Malaya. T. N.
Harper (1999) muka surat 85 dan Malaysia: Islam, Society and Politics muka
surat 172. Buku-buku sejarah berbahasa Melayu tidak melaporkan kenyataan Dato'
Onn Jaafar tersebut, mungkin berbunyi sebagai penderhaka? Apa yang ingin
disembunyikan, Dato' Onn Jaafar telah lama menjadi Hang Jebat. Derhakanya
mempunyai sebab, derhakanya mempunyai martabat.


Mengikut kajian Noorita Abdul Hamid (2005) bertajuk Politik Melayu daripada
Perspektif Warta Negara 1946 untuk thesis Sarjana Sastera Sejarah Universiti
Malaya, akhbar Warta Negara bertarikh 7 Februari 1946 memetik kenyataan
Mufti Johor, Haji Hassan Yunus seperti berikut,
"Kerajaan dan bumi ini bukanlah Sultan yang empunya bahkan rakyat negeri, dan
Sultan hanya menjadi ketua."

Di dalam akhbar yang sama, Menteri Besar Johor pada ketika itu, Ungku Abdul Aziz
Abdul Majid mendakwa Sultan Ibrahim tidak langsung berbincang dengan beliau
atau menteri dan pegawai yang lain sebelum menandatangani persetujuan Malayan
Union. Warta Negara bertarikh 15 Februari 1946 pula menyatakan Ungku Aziz
dengan lantang dan berani menuntut supaya orang Melayu Johor tidak lagi
menumpahkan taat setia mereka kepada Sultan Sir Ibrahim kerana perbuatan
itu melanggar amanah yang diberikan oleh rakyat.

Selain daripada itu, mengikut Biografi Tun Dr. Ismail: Kejora Timur Yang
Mengerdip tulisan Thajunnisa Mohamed di muka surat 18 menceritakan bapa Tun
Dr. Ismail iaitu Dato' Abdul Rahman Mohd Yassin bersama-sama "Orang Tujuh"
dari Muar termasuk Datuk Kosai Mohd Salleh dan Mufti Haji Hassan Yunus,
juga pernah menuntut Sultan Sir Ibrahim meletak jawatan sebagai Sultan
Johor.

Ahli UMNO Baru yang tidak faham erti derhaka

Persoalannya, adakah nama-nama ini adalah penderhaka kepada Raja? Datuk
Kosai Mohd Salleh pernah menerima biasiswa Sultan Sir Ibrahim menuntut di
Universiti Oxford juga menentang Sultan. Penderhaka kah beliau dan orang
yang tidak mengenang budi? Hanya ahli-ahli 'UMNO Baru' yang buta sejarah
dan buta hati saja yang hanya nampak derhaka-derhaka-derhaka dan berjuang
demi sekeping plat bernombor WWW1.


Berita mengenai penentangan orang-orang Melayu terhadap Malayan Union dan
terhadap Sultan Sir Ibrahim akhirnya sampai ke pengetahuan baginda pada 22
Februari 1946 yang ketika itu menetap di Grosvenor House London. Akhirnya Sultan
pulang ke Johor. Malayan Union diisytiharkan juga pada 1 April 1946 dengan
Edward Gent merupakan Gabernor yang pertama dipulaukan oleh Raja-raja
Melayu dan orang-orang Melayu terus menentang. Dan ini akhirnya membawa
kepada penubuhan UMNO pada 11 Mei 1946.

Itu kisah UMNO Lama yang telah terkubur. Tujuan penubuhannya adalah untuk
menghimpunkan semua orang Melayu untuk menentang Malayan Union. Jadi,
slogan "Hidup Melayu" memang releven dengan perjuangan UMNO pada
ketika itu.
Itu kisah UMNO dan Malayan Union.

Lebih awal daripada UMNO, telah lahir Kesatuan Melayu Muda (KMM) sebagai
sebuah pertubuhan berunsur politik pada tahun 1937. KMM yang ditubuhkan
secara sulit ini bertujuan untuk menimbulkan kesedaran kemerdekaan orang-
orang Melayu, disamping melancarkan perjuangan anti-British. Di zaman
pendudukan Jepun, KMM pernah meminta kemerdekaan Tanah Melayu dengan
rasminya daripada Jepun walaupun ditolak. Fakta disini ialah KMM adalah badan
politik yang pertama berbuat demikian, bukan UMNO! Walaupun KMM bukanlah
pro-Jepun tetapi cuba mengambil kesempatan dari keadaan politik dunia masa itu
untuk menuntut kemerdekaan seperti yang dilakukan oleh Sukarno di Indonesia dan
Subhas Chandra Bose di India.


Rumah Merdeka versi UMNO kini diambil alih oleh Arkib Negara
KMM menjana penubuhan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang
ditubuhkan pada tahun 1945 dengan sayap mudanya Angkatan Pemuda Insaf (API)
dan Angkatan Wanita Sedar (AWAS).

Dalam kongres kebangsaan di Rumah Merdeka, PKMM telah meluluskan
laungan "Merdeka" sebagai slogan dan matlamat perjuangannya.

Rumah Merdeka yang terletak di Kampung Baru itu adalah merupakan markas
PKMM. Berkenaan Rumah Merdeka, dalam Memoir Abdullah C.D. ditulis,
"Nama Rumah Merdeka yang diberikan oleh Pak Sutan Djenain kepada kediaman
kami di Kampung Bahru itu memang sesuai. Ia satu nama yang penuh bersemangat
dan mencerminkan semangat dan cita-cita kami. Dari Rumah Merdeka inilah kami
melancarkan perjuangan menuntut kemerdekaan. Rumah Merdeka selalu
dikunjungi orang. Mereka yang mahu berhubungan dengan PKMM kebanyakannya
datang ke sini. Ada seorang pemuda (tak ingat namanya) selalu datang ke sini untuk
membaca buku. Yang menarik perhatian saya ialah semua buku di situ dibacanya.
Dia menjadi salah seorang anasir cergas PKMM." - Abdullah C.D.

Bukan hanya slogan "Merdeka" digunakan, hingga ke nama rumah atau markas
PKMM juga dipanggil "Rumah Merdeka". Itu lah sebenarnya diperjuangkan oleh ahli-
ahli PKMM. Matlamat mereka hanya satu iaitu mencapai kemerdekaan tanah air.

Kesimpulan
Siapa kata slogan tidak penting? Slogan adalah penting bagi mencerminkan apa
yang diperjuangkan. Berbalik semula kepada slogan kemerdekaan ke-55 berbunyi
"Janji Ditepati", ini bermakna tiada apa lagi yang ingin diperjuangkan oleh kerajaan
kerana semua janji yang ditaburkan oleh mereka telah dipenuhi.

Sekali lagi ditekankan slogan bukan hanya sepatah dua perkataan yang tidak
membawa apa-apa maksud. Slogan mempunyai makna yang begitu besar.
Slogan PKMM adalah "Merdeka", bermakna perjuangan mereka adalah untuk
memerdekakan tanah air dengan apa-apa cara sekali pun termasuk menumpahkan
darah. Slogan "Hidup Melayu" UMNO pula adalah untuk mengumpukan umat-umat
Melayu pada ketika itu untuk bangun menentang Malayan Union.


Anak Merdeka,

osmah FLOM melampaui Queen Elizabeth II


First Lady of Malaysia (FLOM) vs Queen Elizabeth II

Membandingkan antara First Lady of Malaysia (FLOM), Datin Seri Rosmah
Mansor dengan Queen Elizabeth II umpama langit dan bumi. Setahu kita jauh
jaraknya bumi dan langit dan mungkin kita boleh menilai berapa tinggi dan rendah
kedudukan antara mereka. Jika nak dibandingkan dengan Raja Permaisuri Agung
pun dah tidak boleh kerana dia gelarkan dirinya First Lady of Malaysia. Kenapa
disebut dia menggelarkan dirinya sebagai First Lady of Malaysia? Sebenarnya Datin
Seri Rosmah Mansor ini kedudukan dia hanya sebagai ISTERI PERDANA
MENTERI MALAYSIA. Tiada perkataan First Lady of Malaysia dalam perlembagaan
Malaysia atau mana-mana undang-undang yang yang mengiktirafkan jawatan
tersebut. Bandingkan handbag seorang Isteri Perdana Menteri dengan Seorang
Raja Permaisuri England.



Harga handbag Queen Elizabeth II untuk Royal Wedding dianggarkan antara
RM 3,000-RM5,000. Itu handbag seorang Raja Permaisuri dan memiliki harta
berzaman dari zaman penjajahan lagi dan mereka juga terikat kepada pelbagai
suara rakyat yang berhak menyoal pebelanjaan istana dan ini membuatkan mereka
lebih berjaga dalam membelanjakan duit rakyat.
Berapa pula harga handbag First Lady of Malaysia dekat ebay? ebay adalah antara
harga termurah sebagai rujukan dan inilah kebenaran harga handbag First Lady of
Malaysia.Bersandarkan bukti dan realiti yang jelas di mata rakyat, FLOM memiliki
koleksi pelbagai warna handbag Hermes Birkins. Antara yang pernah digayakan
oleh FLOM dengan tiada rasa malu kepada rakyat adalah:



Harga handbag First Lady of Malaysia, USD 94,950.00 bersamaan dengan RM
360,810.00
Gaji Perdana Menteri sebulan RM 23,000 sebulan bersamaan RM 276,000.00
setahun
Gaji Perdana Menteri setahun pun masih tak cukup nak belikan isteri handbag
Hermes Birkin idaman First Lady of Malaysia @ Isteri Perdana Menteri
Itu perbandingan dengan Queen Eizabeth II dan belum lagi dengan DYMM Raja
Permaisuri Agong. Takut malu pula DYMM Raja Permaisuri Agong apabila First
Lady of Malaysia melampaui DYMM Raja Permaisuri Agong.Sudahlah mahkota First
Lady of Malaysia dikebas dari DYMM Raja Permaisuri Agong dan jangan Hermes
Birkins pun dia yang lebih. Mungkin DYMM Raja Permaisuri Agong ada Hermes
Birkins tetapi mungkin tidak sebanyak First Lady of Malaysia.

First Lady of Malaysia (FLOM) vs Princess of Duchess


First Lady of Malaysia melampaui Princess of Duchess. Harga handbag Princess of
Duchess Kate hanya dalam lingkungan RM 4,500-RM 5,500 sahaja.
Tahniah First Lady of Malaysia!!
Rakyat Britain agak berbangga dan mula bercerita dan bersangka baik terhadap
Princess of Duchess hanya kerana keperibadian beliau yang nampak berbelanja
dengan penuh adap mengetahui hakikat bahawa rakyat melihat mereka dan
menyedari mereka hidup dengan duit rakyat. Mengapa pula di Malaysia pelbagai
fitnah, tuduhan, gossip dan tomahan tiada kesudahan berkenaan First Lady of
Malaysia?
Teringat ungkapan azimat Farid Ismeth Emir iaitu "FIKIR FIRKIRLAH..."

Mampukah rakyat berdiam untuk melihat kerakusan seorang isteri pemimpim politik
berdepan dengan rakyat tanpa rasa malu dan mempamerkan kemewahan diri hasil
dari duit rakyat. Sungguhpun Queen Elizabeth II & Princess of Duchess mampu
membeli Hermes Birkins namum pilihan mereka adalah rasa malu & hormat
berdepan dengan rakyat jelata yang melihat mereka.

Adakah perbandingan ini juga akan digelar fitnah oleh blogger upahan walaupun
fakta depan mata? Mampukah ada pengakuan & penafian panas berhubung Hermes
Birkins milik FLOM atau hanya sandiwara bahawa " Saya beli handbag dengan hasil
duit saya menabung sendiri". Jangan gunakan pembelaan ini kerana ianya amat
memperbodokan minda rakyat Malaysia dan jangan malukan Perdana Menteri
Malaysia yang sedang bekerja keras untuk Malaysia.
Sememangnya First Lady of Malaysia (FLOM) melampaui Queen Elizabeth II dan
mungkin juga melampaui DYMM Raja Permaisuri Agong Malaysia

WUJUDKAH GELARAN FIRST LADY OF MALAYSIA? Perlukah Datin Seri
Rosmah Mansor dirujuk sebagai First Lady of Malaysia atau hanya Isteri
Perdana Menteri?

" Malaysia merupakan sebuah negara yang tidak mengamalkan konsep Raja mutlak,
iaitu satu konsep yang memberikan Raja menggarap hasil kekayaan negaranya dan
mengagihkan hasil kekayaan kepada rakyat jelata melalui kuasa penuh pentadbiran
yang ada digenggamannya. Namun di Malaysia sebenarnya hanyalah mengamalkan
konsep Raja Berpelembagaan di mana Perdana Menteri merupakan ketua eksekutif
negara, jawatan Raja hanya memainkan peranan sebagai simbol negara yang
berdaulat. Berbalik kepada isu penggunaan gelaran "Wanita Pertama", Artikel 32 (2)
Perlembagaan Persekutuan menetapkan bahawa isteri Yang di-Pertuan Agong ialah
hanya yang kedua kepada Yang di-Pertuan Agong itu sendiri. Maka, oleh itu
dapatlah ditafsirkan bahawa Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong adalah
orang yang layak memegang gelaran "Wanita Pertama" mengikut tafsiran
Perlembagaan Persekutuan Malaysia"
"Rosmah had caused controversy over the title of
"First Lady of Malaysia". During the premiership of her husband, Najib Tun Razak
Rosmah Mansor widely used the title of "First Lady". Many quarters either argue that
it is reserved for the Raja Permaisuri Agong, or that it should never be used at all
due to Malaysia not being a republic. A new unit was established within the Prime
Minister's Department with the acronym F.L.O.M (First Lady of Malaysia) Unit. Datuk
Siti Azizah binti Sheikh Abod was the Special Officer for the unit."
Gambar disebelah menggambarkan protokol majlis rasmi negara.
Siapakah yang di saf pertama,saf kedua dan saf ketiga? Mungkin susunan saf ini
tersilap protokol.
Mungkin protokol sebenarnya adalah First Lady of Malaysia (FLOM) dikedudukan
DYMM Raja Permaisuri Agong dan DYMM Raja Permaisuri Agong berdiri disebelah
Perdana Menteri memandangkan First Lady of Malaysia nampak taklah First Lady
dalam protokol majlis negara ini.
Macam "Second Lady" pulak jadinya..


Tidak pernah wujud Unit First Lady of Malaysia dengan sejarah 5 Perdana Menteri
sebelum ini kerana isteri mereka sedar mereka adalah isteri kepada Perdana
Menteri sahaja dan tidak ada jawatan dalam parti politik atau kerajaan dan mereka
berbangga dengan mahkota sebagai seorang isteri kepada Perdana Menteri.
Mereka berbakti melalui pelbagai program anjuran BAKTI dan tiada riuh-rendah
cerita dan publisiti terhadap mereka.Tiada pun cerita yang kita dengar seperti makan
dalam polisterine, mengaji dalam bulan puasa, keluar negara menjalankan urusan
rasmi, berjumpa para menteri dari negara luar, handbag beratus ribu, gelang berjuta,
berpuaka dan sebagainya. Tenang kehidupan suami mereka sebagai Perdana
Menteri Malaysia dan tidak perlu fikir krisis melanda isteri mereka dan pentadbiran
kerajaan pun terjaga dengan baik.

Jika FLOM adalah mahkota atau jawatan yang patut digelar sudah tentu tidak perlu
ada kontroversi dan sudah lama kita dengar gelaran FLOM nama diberi kepada
semua isteri Perdana Menteri sebelum ini. Jika kita rujuk website rasmi Prime
Minister Office sendiri pun hanya meggunakan pengiktirafan sebagai Isteri Perdana
Menteri Malaysia. Rujuk www.pmo.gov.my.


Website rasmi Pejabat Perdana Menteri pun tidak mengiktiraf "First Lady of
Malaysia" hanya sebagai Isteri Perdana Menteri pengiktirafan yang diberikan oleh
Pejabat Perdana Menteri.

Untuk para blogger upahan, buka minda dan hati dan jiwa anda dalam menulis
artikel berkaitan isteri Perdana Menteri terutamanya Papa Gomo dan kuncu-
kuncunya,. Lebih banyak usaha menulis kebaikan First Lady of Malaysia lebih teruk
beban Perdana Menteri menanggung parahnya. Inilah krisis sebenar Perdana
Menteri Malaysia Dato Seri Najib Tun Abdul Razak. Buatlah transformasi kepada
First Lady of Malaysia dan segala transformasi akan berjaya dan rakyat akan
menyolong Perdana Menteri jika dia mampu mengubah dan memadamkan
bayangan isteri beliau dalam perjalanan karier poltik seorang Perdana Menteri.atau
jatuh rebah tersungkur kerana gagal memahami kebenaran dan hakikat yang jelas di
lihat oleh rakyat Malaysia dan First Lady of Malaysia (FLOM) adalah mainan hawa
nafsu dan kemahuan darjat dan mahkota oleh seorang Isteri Perdana Menteri.
Pemimpin UMNO, Pemimpin Barisan Nasional dan segala yang berpayung dibawah
Barisan Nasional pasti teruja dan bersetuju dengan ulasan ini. Kerana semua pihak
dah penat mempertahankan seorang wanita yang tidak ada jawatan parti,bukan ahli
parlimen,senator mahupun adun dan hanya seorang isteri tetapi penuh dengan
kontroversi yang tiada kesudahannya.Atau ada pemimpin Barisan Nasional yang
berani mempertahankan isu ini demi memperlihatkan diri menyokong dan membela
First Lady of Malaysia?

Oleh yang demikian, persoalan disini bukan Perdana Menteri tetapi Isteri Perdana
Menteri dan artikel ini bertujuan mengejutkan Perdana Menteri dari terus hanyut
dengan pelbagai tohmahan terhadap kredibiliti beliau sebagai Perdana Menteri
kerana seorang wanita yang menggelarkan dirinya First Lady of Malaysia.

Pengakuan Farid Ismeth Emir Dipersoal
Betulke lelaki & perempuan seronok
bila dirinya digossip dengan "Public Figure"?




Pengakuan Farid Ismeth Emir dalam satu video wawancara
menjadi perbualan hangat masa ini. Semua seronok dengan sorakkan kegembiraan
dan kononnya berjaya menepis gossip yang berusia lebih 10 tahun usianya. Inilah
dikatakan "Lembu Punya Susu, Sapi Dapat Nama".
Selain itu dikatakan kononnya blogger "mimpisenja" bertanggungjawab terhadap
pendedahan Cerita Madu 3 juga adalah satu lagi andaian kerana cerita itu bukan
berasal dari blog tersebut. Inilah yang dikatakan, blogger upahan cepat berteriak
untuk mendapat nama dan takhta di mata pemimpin yang membayar mereka dan
lupa kepada fakta dan cerita sebenar disebalik terbitan cerita Madu 3.



Hampir sepuluh tahun menaggung malu, tertekan dan sebagainya dan ini membuat
pelbagai persoalan wujud pada cerita pengakuan ini..

Pengakuan Farid Ismeth Emir:-





Provokasi malaysiacrisis.blgspot.com akhirnya membawa pengakuan disebalik
gosip berusia hampir sepuluh tahun. Agak pelik apabila saya lihat cerita ini telah
lama wujud dan selalu dirujuk oleh pelbagai pihak sebelumi ini namum tiada
penafian atau pengakuan dibuat oleh mana-mana pihak samaada si lelaki atau si
perempuan. Juga tiada usaha blogger upahan dalam meneutralkan kontroversi ini
yang sememangnya menyebabkan "Krisis Imej" kepada First Lady of
Malaysia. Pengakuan ini juga menimbulkan pelbagai tanda tanya antaranya:-

1) Mengapakah selama 10 tahun gosip ini diwar-warkan di seluruh Malaysia tiada
penafian?
2) Mengapa pengakuan ini hanya dibuat sekarang menghampiri saat-saat PRU 13?
3) Mengapa tidak boleh keluar membuat penafian sebelum ini (rujuk kenyataan
akhbar)?
4) Mengapa sekarang boleh keluar membuat penafian?
5) Pelbagai tohmahan dan gosip telah tersiar lama dan mereka mengetahui akan
perihal ini dan
mampu terus berdiam dri selama 10 tahun?


Pengakuan ini membuat lebih banyak tanda tanya dan memberi kesan kontroversi
yang lebih kepada cerita ini dan mungkin sudah sampai masa " Sumpah Laknat Di
Masjid" perlu diadakan seperti mana desakan-desakan yang selalu dibuat pelbagai
pihak bagi cerita-cerita kontroversi sebelum ini bagi membersihkan diri.

Nantikan isu "Rosmah Melampaui......................." tidak lama-lama lagi.


PRU 13, Jangan Terkena Sihir



Bilakah Pilihanraya ke 13? Semua rakyat ternanti akan pengumuman ini dan tidak
pula kita sebagai rakyat bertanya pada diri sendiri adakah kita rakyat Malaysia
bersedia untuk pilihanraya samaada pilihanraya itu esok, lusa, minggu depan, bulan
depan atau tahun depan?

AWAS
JANGAN KITA TERSIHIR DALAM MEMANGKAH PARTI & CALON YANG
DIPILIH, WASPADA PADA MAINAN SIHIR & TANGKAL OLEH PARA CALON
POLITIK



Antara perosalan bagi rakyat menilai kesediaan bedepan dengan PRU 13 adalah:-

Adakah Rakyat Malaysia bersedia untuk PRU 13?

Adakah Rakyat dapat menilai antara intan dan kaca?

Adakah rakyat tahu tipu muslihat setiap parti politik?
Adakah rakyat kenal siapa sebenarnya wakil rakyat mereka?
Adakah rakyat tahu niat calon mereka berkhidmat untuk rakyat atau berkhidmat
untuk diri sendiri dan keluarga mereka?
Adakah calon wakil rakyat hanya ke hulu hilir sepanjang tempoh pilihanraya dan
hilang entah kemana selepas pilihanraya?

Pernahkan rakyat ambil tahu latar
belakang calon pilihanraya mereka?
Pernahkan rakyat membuat penilaian keperibadian calon mereka?
Pernahkah rakyat kenal atau berjumpa atau pernah dibantu calon wakil rakyat
mereka?

Pernahkah rakyat berjumpa wakil rakyat mereka di majlis kenduri kendara sekitar
kawasan mereka?
Pernahkah rakyat rasa kemesraan wakil rakyat mereka?
Pernahkah wakil rakyat bersikap rendah diri dan mudah mesra dengan ahli kawasan
mereka tidak kira latar belakang politik?

Pernahkan anda ke pejabat wakil rakyat dan hnya disambut oleh pegawai khas
kepada wakil rakyat atau disambut oleh wakil rakyat anda?

Pernahkah anda menerima jemputan majlis keramaian dari wakil rakyat anda atau
anda yang sibuk menjemput wakil rakyat anda untuk ke program kawasan anda?
Pernahkah anda lihat dan menilai latar belakang kehidupan mewah wakil rakyat
anda ?
Pernahkah dan selalukah anda terjumpa wakil rakyat anda di masjid, surau atau
majlis keagamaan dikawasan anda?
Pernahkah anda melihat sesekali wakil rakyat anda medirikan solat jumaaat di
kawasan anda?
Pernahkan anda membuat penilaian janji yang ditepati dan tidak ditepati oleh wakil
rakyat anda?


Tahukah kita kenapa ahli politik beriya
ingin menjadi wakil rakyat bagi kawasan kita?

Tahukah kita kenapa wakil rakyat dikalangan anak jati kawasan kita tidak terpilih
menjadi wakil rakyat atau calon?

Tahukah anda berapa isteri dan anak calon wakil rakyat dan dimana mereka
menetap dan cara hidup mereka?

Tahukah anda jika anak anak waki rakyat anda seorang kontraktor atau ahli
perniagaan?

Tahukah anda berapa peruntukan bagi kawasan anda dan apakah projek yang telah
dilaksanakan oleh wakil rakyat kawasan anda?

Tahukah anda dimana pejabat wakil rakat anda selama ini atau anda rasa tidak
perlu ada wakil rakyat kerana tidak pernah merasa khidmat seorang wakil rakyat di
kala susah atau dalam bencana?

Tahukah anda adakah wakil rakyat anda seorang penipu atau seorang yang
berprinsip dan berdiri teguh dalam menjayakan socio ekonomi dan program
kemasyarakatan kawasan anda?

Tahukah anda jika wakil rakyat anda seorang yang suka mengatakan dirinya sahaja
yang betul dan semua orang di dunia ini salah kecuali diri dia?

Tahukah anda wakil rakyat itu adalah seorang yang menerima segala peruntukan
bagi kawasan anda dan memiliki kuasa mutlak pada diri mereka untuk
menggunakan wang peruntukkan bagi kawasan anda?
Sikap seorang wakil rakyat selalunya
umpama seorang pelakon filem samaada ianya sebagai HERO atau HEROIN.
Mereka inginkan status Hero dan Heroin bagi setiap usaha kerja orang lain dan
menjadikan titik peluh orang lain sebagai program mereka. Ini adalah sikap
kebanyaan wakil rakyat di negara kita, mereka hadir apabila di palu kompang atau
diiringi dengan bunga manggar atau sekurang-kuragnya tersedia kanopi dan kerusi
empuk untuk mereka singgah menjenguk buat seketika sebelum melarikan diri ke
pelbagai majlis lain yang hampir serupa. Sikap inilah yang menjadikan wakil rakyat
di Malaysia umpana Hero & Heroin yang hanya berlakon mengikut keadaan dan
keerluan pada musim pilihanraya.Hakikatnya rakyat berkhidmat untuk wakil rakyat
dan bukan wakil rakyat berkhidmat untuk rakyat.

PERNAHKAH WUJUD PENGANJURAN PERHIMPUNAN DIANJURKAN BAGI
MENDESAK WAKIL RAKYAT KAWASAN KITA BERKHIDMAT?

Inilah hilangnya kuasa rakyat apabila kita hanya berseronok pada hari mengundi dan
tidak mendesak wakil rakyat berkhidmat untuk kita dan sebaliknya rakyat sibuk
berkhidmat untuk wakil rakyat mereka dalam menganjurkan majlis dan program bagi
memastikan mereka kekal di jawatan tersebut. Tidakah anda terasa penat
ditunggang dan diperbodohkan sedemikian rupa demi memastikan mereka
bermaharaja dan kita rakyat menjadi kuda tungangan mereka.Inilah krisis pilihanraya
sebenarnya di Malaysia dan bukan isu berkaitan bersih atau kotor pilihanraya tetapi
sebaliknya pemilihan yang bersih oleh rakyat dalam mengudi calon mereka.

JIKA PEMILIHAN UNDI RAKYAT BERSIH MAKA PEMIMPIN NEGARA JUGA AKAN
BERSIH. BERSIHKANLAH NIAT MENGGUNDI KITA DAN LETAKKAN MASA
DEPAN NEGARA UNTUK DITADBIR URUS DENGAN BAIK BAGI GENERASI
AKAN DATANG.

Bersediakah anda untuk PRU 13? Mungkin TIDAK atau YA. Apa pun ketahuilah
Malaysia Di ambang krisis yang bakal dicetuskan oleh ahli-ahli politik yang mungkin
kita tersalah pilih dan janganlah kita melakukan kesilapan itu demi masa depan
negara tercinta.

Jauhi Pintu Raja kata Imam Syafi'i
Artikel yang ditulis oleh Hishamuddin Rais bertajuk Mengenal dan Memahami Apa
itu Saudi Arabia pada 18 Julai yang lalu agak menarik untuk direnungkan. Fakta
bagaimana Keluarga Saud merampas kerusi Syarif Mekah yang memerintah
Mekah dan Madinah, yang turun-temurun diperintah oleh keturunan Rasulullah
SAW adalah benar. Fakta bagaimana Abdul Aziz Al-Saud bekerjasama dengan
British dan kemudiannya merajakan diri sebagai Raja Arab Saudi yang
pertama juga adalah benar. Umum juga tahu bagaimana eratnya hubungan Raja
Arab Saudi dengan barat. Hingga dikatakan terdapat dokumen yang ditulis tangan
olen Raja Abdul Aziz Al-Saud sebagai komitmen Arab Saudi dalam memastikan
Palestin menjadi hak Yahudi. Dokumen yang disiarkan oleh majalah al-Arabi di
Kuwait pada tahun 1972 berbunyi,


"Saya Raja Abdul Aziz bin Abdul Rahman Al-Saud al-Faisal dan saya mengalah dan
mengakui seribu kali kepada Sir Percy Cox, perwakilan British, bahawa saya tidak
keberatan untuk memberikan Palestin kepada orang-orangYahudi yang miskin atau
kepada non- Yahudi, dan saya tidak akan melanggar perintah British."

Arab Saudi adalah merupakan sebuah negara monarki mutlak dimana kekuasaan
raja tidak terbatas. Di dalam zaman moden ini hanya terdapat lima monarki mutlak
yang masih tinggal iaitu Arab Saudi, Brunei, Swaziland, Oman, dan Qatar.

Raja-raja bukanlah maksum. Sama seperti manusia lain, raja-raja juga melakukan
kesalahan. Raja Arab Saudi yang bergelar Custodian of the Two Holy Mosques atau
Penjaga Dua Masjid Suci dan kerabat-kerabatnya juga tidak terlepas daripada
melakukan perbuatan yang bertentangan dengan Islam. Lebih memalukan kerana
mereka adalah ketua negara Islam dan semestinya kesan negatif terpalit pada umat
Islam sendiri. Apabila didedahkan salah-laku Raja-raja Arab Saudi ini dengan
merujuk kepada akhbar dan majalah barat, mula lah Melayu-melayu dungu
menuduh artikel-artikel ini semua hanya mainan Barat untuk memburuk-
burukkan Islam. Golongan ini juga tidak boleh menerima realiti yang Raja-raja
ini lah yang sebenarnya mencemarkan kesuciaan agama Islam.

BBC News, 1 Ogos 2005
Masih ingat lagi semasa kematian Raja Fahd bin Abdul Aziz Al-Saud pada tahun
2005, akhbar-akhbar menyiarkan artikel mengenai pemerintahan Raja Fahd dari
tahun 1982 hingga 2005 dan diselitkan juga kisah-kisah perjudiannya di kasino
Monte Carlo yang menyaksikan $1 juta lenyap dalam satu malam. Akhbar
Sunday Times bertarikh 29 Ogos 1993 bertajuk "The Squandering Sheikhs"
pula menceritakan kisah perjudian Raja Fahd di London yang sememangnya
amat memalukan umat Islam.

Seks dan wanita juga dikaitkan dengan Keluarga Saud. Sebagai contoh, Putera
Turki bin Raja Faisal bin Abdul Aziz Al-Saud didakwa menyimpan hamba seks
warganega Mesir bernama Nadia Lutefi Mustafa di sebuah penthouse di Miami,
Amerika Syarikat.

Seorang lagi ahli Keluarga Saud, Putera Al-Waleed bin Putera Talal bin Abdul
Aziz Al-Saud didakwa di mahkamah Sepanyol atas kesalahan merogol seorang
model di atas kapal mewah miliknya di Kepulauan Ibiza, Sepanyol. Kes yang
berlaku pada tahun 2008 itu pernah ditutup kesnya tetapi dibuka semula pada
penghujung 2011 untuk dibicarakan.

Putera Al-Waleed bukan setakat mempunyai koleksi kereta dan kapal mewah, beliau
juga membeli flying palace iaitu pesawat Airbus A380 untuk kegunaan peribadi.
Putera playboy ini sedang bergambar dengan cabin krew yang cantik-cantik dan
seksi semuanya


Putera Mahkota Arab Saudi yang baru saja meninggal dunia pada bulan Jun
yang lalu, Putera Nayef bin Abdul Aziz Al-Saud dilaporkan membayar 50,000
kepada Sarah Ferguson (bekas isteri Prince Andrew) hanya dengan satu
ciuman semasa candlelit dinner pada tahun 1993. Itu yang didedahkan oleh
bekas pengurus peribadi Sarah Ferguson, Allan Starkie di dalam buku bertajuk
"Fergie, Her Secret Life. Tidak habis di situ, Putera Mahkota itu juga dikatakan
menawarkan 2 juta untuk meniduri Sarah Ferguson yang muflis dan mengalami
masalah kewangan selepas penceraian dengan Prince Andrew. Satu dokumen yang
bocor di wikileaks juga menyatakan Putera Mahkota itu adalah kaki minum.


Putera gay dikenakan hukuman penjara 20 tahun kerana membunuh
Terbaru kes yang melibatkan cucu Raja Abdullah iaitu Putera Saud bin Putera
Abzulaziz bin Putera Nasser al-Saud yang dikenakan hukuman penjara 20
tahun kerana membunuh pada tahun 2010. Kes yang dibicarakan di Mahkamah
City of Westminster, London ini membongkar salah-laku homoseksual dan arak cucu
seorang Raja Arab.

Terlalu banyak kisah jika ingin diceritakan mengenai salah-laku ahli Keluarga
Saud - dari Raja, adik-beradik, anak hingga lah cucu. Judi, seks, arak dan
dadah adalah mainan mereka di sebalik closed door seperti yang dibongkar
wikileaks. Ramai yang berkata ini hanya mainan barat untuk memburuk-burukkan
Islam kerana manusia-manusia ini tidak dapat berdepan dengan realiti dan terlalu
taksub dengan raja-raja. Sama ada manis atau pahit untuk ditelan, beberapa kes
melibatkan Keluarga diraja Saud adalah realiti.

Petikan dokumen sulit yang dibocorkan oleh wikileaks
Itu apa yang berlaku di Arab Saudi yang merupakan sebuah negara Islam di mana
Raja digelar Penjaga Dua Masjid Suci. Walaupun merupakan sebuah negara Islam,
raja dan kerabat mereka tidak lari dari mengamalkan maksiat dan cara hidup yang
bertentangan dengan Islam.


Baca selanjutnya di http://www.malaysiakini.com/news/1130
Sebenarnya tiada apa yang hendak dihairankan jika kedengaran gosip liar
berkenaan raja dan anak-cucu mereka di bumi Malaysia ini yang mengamalkan
kehidupan yang tidak mencerminkan sebagai ketua agama di negeri masing-masing.
Dengan kisah araknya, berjudi di kasino, membunuh orang sesuka-hati,
pendedahan seorang anak haram bernama Carla Brizuela Shah, ke hulu ke hilir
dengan seorang wanita berketurunan Singh yang mengundang pelbagai fitnah
dan bermacam-macam lagi.

Ramai umat Melayu yang tidak mempercayai pendedahan Uncleseekers di
dalam blognya mengenai kerabat Johor yang terlibat dengan kes rogol,
menyimpan perempuan, arak dan sebagainya. Pemikiran umat-umat Melayu ini
hanya berada di dalam sebuah kotak yang sempit dan mengandaikan sebagai
ketua agama Islam, adalah mustahil raja-raja dan kerabat merekai mempunyai
salah-laku yang bertentangan dengan Islam. Seperti yang dinyatakan di atas,
Raja Arab Saudi dan kerabat mereka yang berasal dari negara Islam juga tidak
terlepas dari membuat maksiat!

Sejarah juga menunjukkan umat-umat Melayu berfikiran sempit ini tidak habis-habis
akan menyalahkan pihak lain daripada belajar untuk menerima realiti. Contohnya
apabila catatan R.O. Winstedt menyatakan Sultan Mahmud Mangkat Di Julang
adalah seorang homoseksual, ramai umat-umat Melayu yang mengatakan itu hanya
mainan barat untuk merendah-rendahkan martabat seorang raja.

Di zaman moden ini ramai umat-umat Melayu yang masih kuat dengan doktrin
Hindu-Buddha menganggap raja adalah penitisan dewa (incarnation). Mereka
mengambil ungkapan zillullah fil 'alam seperti mana terdapat dalam karya
Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) yang membawa maksud raja sebagai
bayangan Allah SWT di atas muka bumi. Oleh itu golongan ini seolah-olah
menganggap raja adalah maksum dan tidak boleh ditegur.


Himpunan Ketuanan WWW1 yang jelas bermotifkan politik oleh UMNO
Satu contoh yang nyata ialah Himpunan Menjunjung Kasih dan Taat Setia Duli Yang
Maha Mulia Sultan Johor atau lebih dikenali sebagai "Himpunan Ketuanan
WWW1" atau "Himpunan Ketuanan Wang Wang Wang" yang dianjurkan oleh
Pemuda UMNO Johor. Himpunan manusia-manusia yang mewarisi akhlak zaman
feudal ini secara teorinya menganggap raja tidak boleh ditegur. Bila rakyat
menegur raja, rakyat dianggap pengkhianat. Bila raja dikritik, rakyat dianggap
penderhaka. Adakah bimbo-bimbo ini sedar dan tahu apa yang mereke
perjuangkan?

Hak apa? Hak membida sekeping nombor plat?
Golongan yang dikatakan seramai 30,000 ini sebenarnya hanya bermotifkan politik.
Mereka hanya memperalatkan istana demi kepentingan politik dan menggunakan
sentimen Melayu untuk memberi gambaran bahawa Pakatan Rakyat menentang
institusi di raja.

Andaikata hari ini berlaku lagi krisis perlembagaan seperti tahun 1993 dimana
kekebalan raja dilucutkan oleh UMNO, mereka-mereka yang berhimpun ini juga lah
akan bersama-sama pemimpin UMNO untuk menentang raja-raja.

Wahai umat Melayu, berpijak lah di bumi yang nyata. Raja-raja adalah manusia
biasa, turut melakukan kesalahan. Mereka bukan bersifat maksum. Jika kita
lihat Raja-raja Arab Saudi dan kaum kerabat mereka juga tidak lari dari
melakukan maksiat dan salah-laku yang bertentangan dengan ajaran Islam. Di
Malaysia, Raja-raja walaupun mereka adalah ketua agama di negeri masing-masing,
juga tidak terlepas daripada melakukan kesalahan.

Jika rakyat hanya boleh tunduk diam dan menyaksikan saja salah-laku Raja-
raja, baik lah masuk ke dalam time machine dan kembali ke zaman feudal.

Sekadar berkongsi nasihat Imam Syafi'i di dalam syairnya. Dipetik daripada buku
Wasiat Imam Syafi'i tulisan Abu Qamar Salahuddin yang diterbitkan oleh Darul
Nu'man.

Diakhiri blog entry kali ini dengan soalan, mengapakah Imam Syafi'i berkata
demikian rupa yakni jauhi pintu raja?
Jauhi Pintu Raja

Di manapun seorang Raja berada
Janganlah bernaung di pintunya

Apa yang engkau inginkan dari seorang Raja?
Bila sang Raja marah
Dia akan mengejarmu
Dan bila hatinya puas
Dia akan berasa bosan kepadamu

Berlindunglah hanya kepda Allah
Dan jauhi pintu para Raja
Sesungguhya berdiri di pintu seorang Raja
Merupakan suatu kehinaan


Iman tidak boleh diwarisi,

KRISIS POLITIK


Anak Kecil Main Api
" Sememangnya pada masa ini parti politik di Malaysia sedang bermain api.
Pelbagai isu dan agenda dan persepsi dimainkan dan Rakyat Malaysia jelas atau
tidak bahawa parti politik sedang bermain api seperti kanak-kanak.Bagi mereka
bermain api umpama bermain mercun sempena perayaan dan tiada salahnya
kerana sedang berseronok tatkala di atas mahkota kegembiraan untuk mencipta
sejarah bagi parti politik mereka kononnya Jaguh Rakyat "

Terbakar Hatinya Yang Sepi
"Api-api permainan parti politik sememangnya membakar hati dan sanubari rakyat
dan rakyat hari ini adalah rakyat yang sememangnya hatinya sepi kerana hilang
ketenteraman dan ketenangan dan keamanan yang selama ini dikecapi oleh rakyat
Malaysia"

Air Mata Darah Bercampur Keringat
"Pemimpin Politik lupa kepada semua pengorbanan dan perjuangan
menubuhkan Malaysia dan pemimpin politik mudah lupa kepada titisan air mata,
titisan darah dan keringat rakyat sebelum ini kerana rakyat hari ini adalah majoritinya
yang sedang bermain api bersama pemimpin politik mereka"

Bumi Dipijak Milik Orang
"Bumi Malaysia sedang dipijak orang dan di jajah dengan pelbagai mekanisma dan
namun kita sedang seronok bermain api dan membenarkan setiap ruang negara di
robek oleh orang-orang yang sememangnya tahu Malaysia sedang di saat paling
lemah dalam sejarahnya"

Nenek Moyang Kaya-Raya
"Pemimpin politik hari ini adalah mereka yang kaya raya dan mudah memiliki
kemewahan dengan berpolitik dan kononya nenek moyang mereka kaya raya dan
suaka politik sentiasa bersama mereka andai huru hara negara kita namun rakyat
hanya ada buni Malaysia "

Tergadai Seluruh Harta Benda
" Harta rakyat tergadai dan akhirnya rakyat merana akibat sikap pemimpin politik
yang lupa bahawa Malaysia milik rakyat namum mereka berpolitik umpana Malaysia
milik nenek moyang mereka."

Akibat Sengketa Sesamalah Kita
"Sengketa sesama rakyat jelas dengan peranan Parti Politik yang memperlagakan
melayu sesama melayu , cina sesama cina, india sesama india dan yang lain
dengan bangsanya dan akhirnya berpecahlah perpaduan masyarakat Malaysia yang
jelas kita lihat pada ketika ini"

Cinta Lenyap Di Arus Zaman
"Cinta kepada negara hilang di arus zaman kerana parti politik membuatkan setiap
rakyat hilang keyakinan terhadap negara mereka yang dkatakan bakal bankrap,
tidak berkebajikan, rasis dan pelbagai tomahan dan caci hina yang diungkapkan
oleh pemimpin parti politik"

Indahnya Bumi Kita Ini
"Sememangnya Malaysia itu indah dan aman dan adalah negara terbaik untuk
masyarakat pelbagai kaum yang hidup dengan toleransi dan rasa hormat pada satu
sama lain"

Warisan Berkurun Lamanya
" Itulah hakikat sebeanar bahawa rakyat Malaysia cintakan keamanan dan
ketenangan yang dikecapi selama ini"

Hasil Mengalir Ke Tangan Yang Lain
" Hasil negara mengalir ketangan pemimpim politik kerana pada hasrat setiap
pemimpin politik adalah hasil negara yang sememangnya menjadi idaman mereka"

Peribumi Merintih Sendiri
"Rakyat Malaysia hanya mampu merintih di saat ini kerana negara dalam krisis
politik dan tiada pemimpin yang jujur dan ihlas berjuang dan berkhidmat untuk
rakyat"

Masa Depan Sungguh Kelam
"Sungguh malang nasib rakyat dengan kualiti pemimpin politik yang wujud di
Malaysia hari ini dan sesunguhnya masa depan sungguh kelam dengan pemimpin
umpama mereka"

Kan Lenyap Peristiwa Semalam
"Akan hilang segalanya bagi rakat Malaysia dan hanya tinggal masa depan yang
kelam untuk generasi anak anak kita"

Tertutuplah Hati Terkunci Mati
"Propaganda parti politik akan menutup hati kamananan dan ketenangan dalam jiwa
rakyat Malaysia dan akan mati jiwa kasih sayang terhadap negara"

Maruah Peribadi Dah Hilang
"Maruah dan peribadi pemimpin poliik sememangnya tiada yang baik kerana mereka
ahli politik dan bersifiat poltik segalanya dan tiada yang wujud dengan ikhlas "


Kini Kita Cuma Tinggal Kuasa
"Rakyat hanya tingal kuasa untuk memilih dan akhirnya menentukan masa depan
Malaysia untuk generasi akan datang"
Yang Akan Menentukan Bangsa
"Yang akan menentukan bangsa kita bersatu sesama kita dalam membentuk
Malaysia yang aman, tenteram dan negara yang berdaya maju untuk generasi akan
datang"

Bersatulah Hati Bersama Berbakti
"Barsatulah rakyat Malaysia dalam menentukan masa depan negara tercinta"

Pulih Kembali Harga Diri
"Kita bersatu memulihkan harga diri yang telah kita gadaikan di peti undi "
Kita Sudah Tiada Masa
"Terlalu banyak masa habis berpolitik dan rakyat merana dengan pemimpin
bercakaran dan berpolitik sepanjang masa dan rakyat tidak terbela"

Majulah Dengan Maha Perkasa
"Berdoalah kita agar Malaysia di lindungi dan diberi kemajuan dan kesenangan
untuk rakyatnya"

Janganlah Terlalai Teruskan Usaha
"Jangan kita lalai dalam menentukan masa depan negara milik kita bersama"

TWITTER DIRAJA..Tercemar Mahkota Jajahan
Kata-Kata Mutiara Saidina Abu Bakar As-Siddhiq
"Aku adalah manusia biasa dan aku bukanlah manusia yang terbaik di antara kamu.
Apabila kalian melihat perbuatanku benar, ikutilah aku. Tapi bila kalian lihat
perbuatanku salah, maka betulkanlah"
Siapa yang tidak kenal dengan Saidina Abu Bakar Ash-Shiddiq. Seorang khalifah
yang unggul. Berkuasa penuh ke atas ribuan batu jajaran jajahan empayar Islam.
Memiliki sikap-sikap yang terpuji. Pujaan ramai pihak termasuk rakan dan lawan.
Malah beliau merupakan orang kedua terbaik selepas Rasullullah. Sungguh beliau
cukup hebat sekali.

ADAKAH RAJA SEHEBAT SAIDINA ABU BAKAR AS-SIDDHIQ? Tidak sebutir
zahra pun boleh kita membandingkan seorang Khalifah Zaman Rasulullah dengan
seorang Raja..harap kata-kata mutiara Saidina Abu Bakar As-Siddhiq menjadi
panduan untuk Raja Berdaulat jika ingin terus dikasih dan disanjung oleh rakyat di
muka bumi Malaysia.




Tercemar Mahkota Jajahan apabila kata-kata dan ungkapan tidak menggambarkan
keperibadian yang disanjung rakyat.Bukankah kurang berkata dan lebih lebih
melakukan kebaikkan lebih baik dari mengangkat darjat dan martabat diri
sedangkan Allah telah melahirkan mereka di kalangan orang-orang yang
diamanahkan menjadi penaung kepada rakyat jelata. Biarlah perkara yang baik
mejadi kata-kata dan contoh kepada rakyat namun tidakkah terasa mencemar diri
dan Institusi Diraja apabila twitter menjadi platform perhubungan dengan Raja dan
Rakyat. Hilang rasa hormat dan peradaban tutur-kata antara Raja & Rakyat.
Mendekati rakyat dengan pelbagai progam rakyat dan melalui masjid adalah lebih
baik dari bermain twtitter dengan kata-kata yang kurang disenangi.Rakyat gembira
bila raja ingin mendekati rakyat dan jangan pula makin mendekati menjadikan kami
makin takut dan hilang rasa hormat pada sistem diraja yang disanjung tinggi
hormatnya di mata kami.
TWITTER DIRAJA YANG SAHIH DAN BENAR membuktikan kepada kita sikap
dan keperibadian yang jelas untuk kita menilai dan sesungguhnya
Tercemar Mahkota Jajahan
CONTOH ASAL TWITTER DIRA - ANGKUH & TAKBUR

CONTOH ASAL TWITTER DIRAJA - EGO & RIAK

CONTOH ASAL TWITTER DIRAJA - BERGOSSIP DENGAN RAKYAT



CONTOH ASAL TWITTER DIRAJA - BERSIFAT PROVAKASI


Pernah terbaca ungkapan Jaguh Keyboard diberikan kepada mereka yang menulis
pendapat yang tidak menyokong pihak diraja namum siapakah sebenarnya Jaguh
Keyboard yang menagih perhatian rakyat dan akhirnya makin tercemar imej dan
keperibadianya.Jika runsing dengan Jaguh Keyboard maka jangan menghadirkan
diri di alam teknologi yang moden ini.

Bukankah raja kita sayangi? Bukankah kita mendoakan mereka setiap kali dalam
acara rasmi dan majlis keagamaan? Bukankah mereka ketua agama islam bagi
setiap negeri? Bukanah cukai rakyat yang membayar dan menanggung mereka
walau ada masanya menafikan hakikat sebeanrnya. Namun dimanakah kewarasan
mereka dalam menajalankan peranan mereke kepada rakyat.Sayang kepada raja
bertempat sedangkan manusia sehebat Saidina Abu Bakar As Siddhid mampu
merendah diri walaupun terjamin syurganya dan inikan pula manusia yang
menggelar diri mereka Raja dan tidak sebutir zahra sehebat Saidina Abu Bakar As-
Siddhiq.
Adakah rakyat hanya wujud jika ada raja? atau raja hanya wujud jika ada
rakyat yang menyokong, menghormati dan membiayai sistem diraja?

Cukuplah sudah mencemar diri di mata rakyat dan elok juga mengambil iktibar dan
jangan jadikan Sistem Diraja Malaysia dikeji dan dicemari dengan mendedahkan
sikap dan keperibadian yang mungkin akan dicemuh dan dibenci rakyat.

Correctly said but wrongly put to practice by our royalties..


But who is the most concern about what car they use and what dress they are
wearing? Tepuk dada tanya selera.

Ampum Tuanku, sembah patik harap diampun.Nukilan pendapat memandangkan
Sistem Diraja Malaysia dalam dilemma krisis di mata masyarakat. Terlajak perahu
boleh diundur, terlajak kata binasa dan itulah padah Twitter Tuanku...Ampun
Tuanku.

Dinasti Azlan Shah
Malaysia in Crisis mengalu-alukan sebarang soalan, komen dan artikel untuk
disiarkan. Blog entry kali ini cuba untuk menjawab soalan yang diajukan oleh salah
seorang pembaca disini.

Kesultanan Perak yang merupakan satu-satunya waris Kesultanan Melayu Melaka
mempunyai sistem pewarisan takhta yang unik. Berbeza dengan negeri-negeri
Melayu beraja yang lain yang mengikut sistem turun menurun dari raja pemerintah
kepada puteranya, sistem yang diamalkan di Perak ialah menerusi kenaikan tangga
demi tangga Raja-raja Bergelar yang merupakan pewaris takhta:

1. Raja Kecil Bongsu
2. Raja Kecil Tengah
3. Raja Kecil Sulong
4. Raja Kecil Besar
5. Raja Di Hilir
6. Raja Muda
7. Sultan


Rampasan kuasa Perak
Walau bagaimanapun Dewan Negara Perak mempunyai kuasa dalam pemilihan
dan perlantikan Sultan dan Raja-raja Bergelar. Siapakah Ahli Dewan Negara Perak?
Ahli-ahlinya terdiri daripada Sultan dan Raja-raja Bergelar, Menteri Besar, Orang
Besar Empat, Orang Besar Delapan, Mufti dan 12 orang yang dipilih sebagai ahli
bukan rasmi. Ahli-ahli Dewan Negara inilah yang mempunyai kuasa dalam
perlantikan Sultan dan Raja-raja Bergelar. Yang menariknya, Ahli-ahli Dewan
ini dilantik oleh Sultan Perak, dan kemudiannya mereka pula yang akan
memilih dan melantik Sultan berikutnya serta menentukan siapa layak menjadi
Raja-raja Bergelar. Salah seorang ahli Dewan Negara Perak ialah Datuk Seri
Annuar Zaini yang dikatakan terlibat dalam konspirasi rampasan kuasa di Perak. Sila
rujuk salinan artikel akhbar Harakah bertajuk "Sultan Perak Sempurnakan Konspirasi
Annuar Zaini?" disini.
Persoalan diajukan disini adakah Raja Nazrin tidak sepatutnya menjadi Raja
Muda Perak?

Soalannya pendek tetapi untuk menerangkan situasi sebenarnya agak rumit. Jadual
dibawah adalah ringkasan lantikan raja-raja bergelar mengikut tahun. Cuba
fahamkan.

Sejak pemerintahan Sultan Perak ke-29 iaitu Sultan Abdul Jalil, hanya seorang
waris atau 2 waris Sultan dilantik sebagai Raja Bergelar. Ringkasnya adalah
seperti dibawah:


Waris Sultan Perak ke-29 - Sultan Abdul Jalil (1916-1918)
Memandangkan Sultan Abdul Jalil hanya menjadi Sultan Perak selama 2 tahun, jadi
mungkin walaupun mempunyai 4 putera, hanya seorang waris saja dilantik iaitu
putera sulung baginda, Sultan Yusuf Izzuddin (bapa Sultan Azlan) yang
kemudiannya menjadi Sultan Perak ke-32.
1. Sultan Yusuf Izzuddin ibni Sultan Abdul Jalil (menjadi Sultan hingga 1963)

Sultan Perak ke-30 - Sultan Alang Iskandar (1918-1938)
1. Sultan Idris II ibni Sultan Alang Iskandar (menjadi Sultan ke-33)
2. Raja Ahmad Saifuddin ibni Sultan Alang Iskandar (menjadi Raja Muda hingga
1997)

Waris Sultan Perak ke-31 - Sultan Abdul Aziz (1938-1948)

Isteri ke-2 Raja Jaafar, Hasleza Ishak yang mati dibunuh.
Sultan Abdul Aziz hanya mempunyai seorang putera iaitu Raja Musa. Jadi, semasa
perlantikan Raja-raja Bergelar pada tahun 1984 iaitu selepas kemangkatan
Sultan Idris II, Sultan Azlan dan Dewan Negara Perak memasukkan seorang
lagi waris dari Sultan Abdul Aziz iaitu cucu baginda, Raja Jaafar yang
sehingga kini menjadi Raja Di Hilir Perak.
1. Raja Musa ibni Sultan Abdul Aziz (menjadi Raja Muda hingga 1983)
2. Raja Jaafar ibni Raja Musa ibni Sultan Abdul Aziz (Raja Di Hilir sekarang)



Cucu Sultan Yussuf, pelakon Aman Graseka anak Raja Baharom
Waris Sultan Perak ke-32 - Sultan Yussuf Izzudin (1948-1963)
Walaupun Sultan Yussuf mempunyai 4 putera - Raja Ekram, Raja Zairan, Raja
Baharom dan Raja Azlan, cuma 2 orang sahaja waris dilantik sebagai Raja
Bergelar iaitu putera sulung dan bongsu. Mengapa Raja Azlan yang merupakan
putera bongsu dipilih? Ini kerana abangnya dengan sengaja tidak mahu dilantik
kerana masalah kesihatan. Juga kerana Sultan Yussuf nampak akan kecerdikan
anak bongsunya ini.
1. Raja Ekram ibni Sultan Yussuf Izzuddin (menjadi Raja Di Hilir hingga 1978)
2. Sultan Azlan ibni Sultan Yussuf Izzuddin


Raja Shuib atau Raja Shuibah?
Waris Sultan Perak ke-33 - Sultan Idris II (1963-1984)
Dengan mempunyai 8 orang isteri, Sultan Idris II mempunyai 13 orang anak dimana
8 adalah putera termasuk seorang yang tidak dapat dipastikan jantinanya iaitu
Raja Shuib (kini lebih dikenali sebagai Raja Shuibah atau nama panggilan Ku
Ess). Raja Izzuddin mula dilantik sebagai Raja Kechil Bongsu pada tahun 1963 iaitu
semasa Sultan Idris II menaiki takhta. Beliau mempunyai masalah moral yang
menyebabkan tidak dipilih untuk menaiki tangga demi tangga sebagai pewaris
takhta dan akhirnya dilucutkan jawatan. Raja Iskandar Dzulkarnain pula
dimasukkan dalam senarai Raja Bergelar pada tahun 1984 oleh Sultan Azlan
dan Dewan Negara Perak.
1. Raja Izzuddin ibni Sultan Idris (dilucutkan jawatan)
2. Raja Iskandar Dzulkarnain ibni Sultan Idris (Raja Kechil Besar hingga kini)

Waris Sultan Perak ke-34 - Sultan Azlan (1984-kini)
1. Raja Nazrin ibni Sultan Azlan
2. Raja Ashman ibni Sultan Azlan
3. Raja Ahmad Nazim ibni Raja Ashman ibni Sultan Azlan (yang ini akan diulas
kemudian)

Diajukan sekali lagi soalan, adakah Raja Nazrin tidak sepatutnya menjadi Raja
Muda dan berlaku twist dalam pewaris takhta Kesultanan Perak?

Sebenarnya tiada apa-apa masalah pun. Tak ada twist, tak ada tipu muslihat.
Jika dilihat semula jadual di atas, apabila Sultan Idris II mangkat pada tahun 1984
dan Sultan Azlan menduduki takhta, penyusunan semula Raja Bergelar telah dibuat.

1. Raja Nazrin, Raja Jaafar dan Raja Iskandar Dzulkarnain (iaitu seorang lagi
anak Sultan Idris II) dimasukkan sebagai pewaris takhta pada tahun 1984.
Rujuk kepada jadual di atas, Raja Izzuddin sepatutnya naik satu lagi tangga, tetapi
apa yang berlaku ialah beliau kekal sebagai Raja Kechil Sulung. Disini Raja Nazrin
yang baru masuk list Raja Bergelar berada lebih atas.

Raja Izzuddin Shah
Ini adalah disebabkan Raja Izzuddin bukanlah menjadi pilihan Sultan dan Ahli
Dewan Negara Perak memandangkan salah-laku yang pernah dibuat sebelum
ini. Mengikut sejarahnya, walaupun Raja Izzuddin dilantik menjadi Raja Kechil
Bongsu oleh ayahnya, Sultan Idris II pada tahun 1963 iaitu semasa berusia 9 tahun,
tetapi kemudiannya Sultan Idris II pernah menarik semula gelaran tersebut dan
akhirnya diberikan semula. Satu contoh salah-laku boleh rujuk kes Raja Izzuddin
Shah v. Public Prosecutor [1979] 1 MLJ 270 dimana dikatakan Raja Izzuddin
menyerang seseorang ketika di dalam keadaan mabuk. Kes itu pernah disebut
semasa penghakiman terhadap kes mata lebam Anwar Ibrahim oleh Tan Sri Rahim
Noor.
"Mengambil kira suasana negara pada ketika itu seseorang yang dalam kedudukan
tertuduh seharusnya bertindak waras dan bukan sebaliknya. Dalam kedua-dua kes
(kes Raja Izzuddin Shah dan kes Tengku Mahmood Iskandar) perbuatan
tertuduh hanya membawa padah kepada seorang individu manakala dalam kes ini
membawa padah kepada seluruh negara" - Hakim Akhtar Tahir


Cina pun boleh jadi Ahli Kerabat janji ada duit!
Itu kisah pada tahun 1979, berlaku beberapa kes lagi seperti diisytihar muflis pada
tahun 1990, kes menjual pingat Datuk Paduka Mahkota Perak (DPMP)
walaupun akhirnya mahkamah bebaskan. Begitu juga dikaitkan dengan
penjualan watikah Ahli Kerabat Diraja Perak dan logo kereta palsu walaupun
didakwa terdapat sindeket memalsukan tandatangan beliau. Terkini dikaitkan
pula dengan skim cepat kaya Novalife dan sebuah koperasi yang mana
pengerusinya adalah bekas Setiausaha Peribadi beliau iaitu Koperasi Sahabat Raja
Izuddin Iskandar Shah Berhad (SRIISB).

Raja Ahmad Hisham
2. Raja Ahmad Hisham (cucu kepada Sultan Abdullah yang dibuang negeri ke Pulau
Seychelles) menjadi Raja Di Hilir sejak 1978. Apabila Raja Muda Musa mangkat
pada tahun 1983, beliau memberi laluan kepada Sultan Azlan yang berada di
tangga bawahnya memandangkan kesihatan yang tidak mengizinkan. Beliau kekal
sebagai Raja Di Hilir (sila rujuk jadual di atas untuk gambaran lebih jelas).

Sekali lagi apabila Sultan Idris mangkat pada tahun 1984, Raja Ahmad Hisham
memberi laluan kepada Raja Ahmad Saifuddin yang berada di tangga
bawahnya untuk naik menjadi Raja Muda. Sekali lagi beliau kekal sebagai Raja Di
Hilir.

Pada tahun 1988, apabila Raja Muda, Raja Ahmad Saifuddin mangkat, Raja Ahmad
Hisham memberi laluan kepada Raja Nazrin untuk naik menjadi Raja Muda
memandangkan usia beliau telah mencapai 80 tahun.

Jika bukan kerana faktor kesihatan dan usia, sudah lama Raja Ahmad Hisham
menjadi Sultan Perak. Tidak berlaku sebarang perebutan kuasa atau sistem
yang telah di-twist dan sebagainya. Semuanya atas kerelaan Raja Ahmad
Hisham untuk memberi laluan kepada Raja-raja Bergelar yang lain untuk
menaiki tangga-tangga berikutnya.

Kesimpulannya, Raja Nazrin menjadi Raja Muda dengan cara yang betul dan
mendapat persetujuan Dewan Negara Perak. Faktanya jelas (1) disebabkan
moral Raja Izzuddin Shah dan (2) laluan yang diberikan oleh Raja Di Hilir Raja
Ahmad Hisham.
SOALAN TELAH DIJAWAB. TAMMAT.


Jika dilihat semula senarai nama-nama Sultan dan waris mereka yang menjadi Raja
Bergelar (rujuk senarai di atas), seperti dinyatakan sebelum ini, sejak pemerintahan
Sultan Perak ke-29 iaitu Sultan Abdul Jalil, hanya seorang waris atau 2 waris Sultan
sahaja dilantik sebagai Raja Bergelar. Tetapi Sultan Azlan menamakan 3 waris -
Raja Nazrin, Raja Ashman dan cucunya Raja Ahmad Nazim. Bagaimana ini
boleh berlaku? Apa muslihatnya disini? Adakah Sultan Azlan ingin menjadikan
Kesultanan Perak sebagai Dinasti Azlan Shah?

Nantikan Dinasti Azlan Shah (Bahagian II) ekslusif di Malaysia in Crisis

Sementara itu boleh lah menjamu mata melihat gambar semua cucu-cucu lelaki
Sultan Azlan yang handsome-handsome ini walaupun tak ada seorang pun yang
sehandsome Atuk mereka. Hanya Raja Azlan Muzaffar saja tiada.

Abdul Latif, Ashman Azlan, Abdul Azim, Raja Ahmad Nazim (Raja Kechil Tengah),
Omar Azlan, Tunku Aznal, Imran Azlan

Dinasti Azlan Shah Bahagian II
Blog entry ini adalah kesinambungan kepada entry bertajuk Dinasti Azlan Shah
bertarikh 18 Julai 2012. Di dalam entry tersebut diceritakan secara ringkas sistem
pewarisan takhta Kesultanan Perak yang unik dan berbeza dengan negeri-negeri
Melayu beraja lain yang mengikut sistem turun-temurun dari raja pemerintah kepada
puteranya.


Tunku Abdul Rahman (Tunku Mahkota Johor, 1961-1981)
Sebenarnya ada pro dan contra dengan sistem pewarisan takhta Kesultanan
Perak. Antara kelebihan sistem pewarisan takhta Kesultanan Perak ialah
pewaris takhta perlu menerusi kenaikan tangga demi tangga Raja-raja Bergelar
dan ini memberikan lebih banyak pendedahan hal-ehwal pentadbiran sebelum
bergelar Sultan.

Selain daripada itu, Dewan Negara Perak mempunyai kuasa untuk
menggugurkan gelaran Raja Bergelar bagi seseorang pewaris takhta yang
mempunyai masalah salah-laku. Sebagai contoh kes Raja Izzuddin Shah Ibni
Sultan Idris (rujuk blog entry Dinasti Azlan Shah).

Berbeza dengan sistem pewarisan takhta negeri-negeri Melayu beraja yang lain
seperti Selangor, Johor, Pahang, Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis dimana
putera sulung akan dilantik menjadi Raja Muda atau Tengku Mahkota yang
kemudiannya akan naik takhta menggantikan Sultan. Walau bagaimanapun
pernah berlaku di dalam sejarah dimana Sultan Johor, Sultan Ismail Ibni Sultan
Sir Ibrahim pernah menggugurkan Tengku Mahkota Johor pada ketika itu,
Tunku Mahmood Iskandar (kemudiannya dikenali sebagai Sultan Iskandar) dan
digantikan dengan adindanya, Tunku Abdul Rahman sebagai TMJ pada tahun
1961 kerana masalah salah-laku jenayah Tunku Mahmood Iskandar.

Tunku Abdul Rahman kekal menjadi TMJ selama 20 tahun hingga Sultan Ismail
mangkat pada tahun 1981 dimana berlakunya krisis Istana Johor pada ketika itu
yang akhirkan TMJ-yang-digugurkan, Tengku Mahmood Iskandar menjadi Sultan
Johor. Rujuk Krisis Sultan-Menteri Besar, Apa Sebenarnya Terjadi tulisan Chamil
Wariya yang mendedahkan krisis ini yang melibatkan Menteri Besar Johor ketika itu,
Tan Sri Othman Saat. Artikel sebuah blog bertajuk Sultan of Johor and The Death
Sentence ada menceritakan kisah ini, terpulang kepada pembaca yang budiman
untuk mempercayai ataupun tidak apa yang ditulis dalam blog tersebut.

Blog entry http://goldenhub.hubpages.com/hub/Sultan_of_Johor_Death_Sentence


Raja Noor Jan mendakwa keturunan Raja Abdul Rahman Ibni Sultan Ahmaddin

Kita tinggalkan sejarah hitam pewarisan takhta yang berlaku di Johor.

Berbalik kepada sistem pewarisan takhta Kesultanan Perak, sistem ini juga
mendatangkan masalah terutamanya apabila melibatkan perebutan takhta.
Dari beratus tahun dahulu takhta Kesultanan Perak tidak sunyi dari berlakunya
perang saudara hingga lah ke hari ini ada saja yang mengaku sebagai waris
dan menuntut takhta.

Dalam sejarah negeri Perak, pernah berlaku jenazah Almarhum Sultan Perak ke-18,
Sultan Ahmaddin Shah Ibni Sultan Muhmmad Shah tidak dapat dikebumikan selama
3 bulan kerana berlaku perebutan takhta Kesultanan Perak di antara pewaris-
pewaris takhta.

Telah menjadi adat Kesultanan zaman-berzaman di mana jenazah seseorang Sultan
itu tidak akan dimakamkan sehingga Sultan baru dimashyurkan.

"Syahadan, mengikut adat Negeri Perak, tiadalah diturunkan keranda
Almarhum itu selagi belum ditetapkan gelar gantinya. Maka jikalau tiada Raja
Muda itu hadir dengan apa-apa sebab, haruslah digelar Raja Bendahara
menjadi Pemangku Sultan. Dan jikalau tiada Raja Bendahara, diangkatkan
seorang daripada Orang Besar Empat yang lebih umurnya menjadi Pemangku"
- Naskah Susunan Yang Pertama Adat Lembaga Orang-orang Melayu di Dalam
Negeri Perak Darul Ridzuan daripada Zaman Purbakala


Sultan Azlan Shah dimashyurkan sebagai Sultan Perak ke-34 sebelum jenazah
Almarhum Sultan Idris Shah dimakamkan

Di dalam perang saudara yang berlaku sekitar tahun 1806 itu, perebutan takhta
berlaku di antara putera sulung Sultan Ahmaddin iaitu Raja Abdul Malik
(kemudiannya menjadi Sultan Perak ke-19 dan bergelar Sultan Abdul Malik Mansur
Shah) dan anak kepada sepupunya, Raja Muda Mahmud Ibni Raja Ibrahim Ibni
Sultan Mahmud Shah. Rentetan daripada peristiwa inilah akhirnya Undang-
undang Tubuh Negeri Perak meletakkan hanya zuriat daripada Sultan Perak
ke-18 iaitu Sultan Ahmaddin Shah sahaja yang layak menjadi Sultan Perak,
sekaligus menafikan peluang waris-waris daripada ketiga-tiga kekanda Sultan
Ahmaddin Shah yang pernah menjadi Sultan-sultan Perak sebelum itu - Sultan
Iskandar Dzulkarnain (Sultan ke-15), Sultan Mahmud Shah (Sultan ke-16) dan
Sultan Alauddin Mansur Shah (Sultan ke-17) (rujuk salasilah di bawah).

Dan seterunya dapat dilihat Sultan-sultan Perak adalah daripada keturunan Sultan
Abdul Malik Mansur Shah Ibni Sultan Ahmaddin Shah hingga ke hari ini.



Raja Ahmad Nasir menabalkan dirinya sendiri di Beting Beras Basah
Perebutan takhta Kesultanan Perak terus berlaku hingga ke hari ini. Selain daripada
Raja Noor Jan yang menuntut takhta Kesultanan Melaka, ramai lagi waris-waris
daripada cabang-cabang Sultan Perak yang lain cuba menuntut takhta.

Sebagai contoh Raja Ahmad Nasir yang merupakan keturunan Raja Kulop
Muhammad Kramat Ibni Sultan Muda Raja Ahmad juga cuba menuntut takhta
Kesultanan Perak. Fakta yang dikemukakan ialah Raja Kulop Muhammad
Kramat adalah merupakan abang kepada Sultan Idris Shah I (Sultan Perak ke-
28), tetapi tidak dilantik menjadi Sultan. Dikatakan kerana merajuk maka
diharamkan 7 keturunannya untuk menuntut takhta Kesultanan Perak. Dan
Raja Ahmad Nasir mendakwa beliau adalah keturunan ke-8 di mana sumpah 7
keturunan tersebut telah tamat dan atas sebab itu beliau menuntut jawatan Raja
Bergelar Perak.


Sultan Azlan (kiri) dan abangnya Raja Dihilir Ekram (kanan)
Memang benar Raja Ahmad Nasir bernasabkan Sultan Muda Ahmad Shah yang
berketurunan Sultan Ahmaddin Shah. Cuma agak keterlaluan apabila Raja Ahmad
Nasir mendakwa Sultan Azlan Shah adalah sebenarnya anak angkat kepada Sultan
Yussuff Izzuddin (rujuk blog entry oleh Raja Ahmad Nasir bertajuk Sultan Azlan
bernama Atan Bin Hashim?)

Ingat senang-senang ke jin-jin yang 7 kat Beting Beras Basah nak biarkan
bukan keturunan yang sepatutnya naik takhta sebagai Sultan? Gambar di
sebelah menunjukkan Sultan Azlan bersama abang sulungnya, Raja Ekram - dari
rambut beruban yang lebat kedua-dua mereka sudah boleh nampak adik-beradik.
Sehingga kini juga apa yang didakwa oleh Raja Ahmad Nasir itu gagal untuk
mengemukakan bukti-bukti yang sahih.


Sultan Ismail (Sultan ke-25) atau Raja Ismail Hitam yang dilupakan

Sultan Abdullah (Sultan Perak ke-26)
Satu lagi contoh perebutan takhta berlaku selepas kemangkaan Sultan Perak
ke-24, Sultan Ali. Jenazah Sultan Ali tidak dapat dimakamkan lebih daripada 40
hari kerana Raja Muda Raja Abdullah (kemudiannya dikenali sebagai Sultan
Abdullah yang dibuang ke Pulau Seychelle) tidak mahu hadir atas sebab-sebab
keselamatan. Jadi, pembesar-pembesar negeri Perak melantik Raja Bendahara
Raja Ismail sebagai Sultan Perak. Persengketaan antara pewaris takhta menjadi
semakin meruncing yang akhirnya membawa kepada Perjanjian Pangkor pada 20
Januari 1874 dimana Raja Abdullah dilantik menjadi Sultan Perak dengan
bersekongkol dengan British. Pada ketika itu Perak mempunyai 2 orang Sultan -
Sultan Ismail yang dilantik oleh pembesar-pembesar Perak dan Sultan Abdullah
yang dilantik oleh British melalui Perjanjian Pangkor.



Makam Sultan Ismail di Bukit Mahmoodiah
Kerana pengaruh British yang semakin kuat di Perak dan peristiwa pembunuhan
James W. W. Birch, Sultan Ismail bersama ahli keluarga dan pembesar yang
menyokongnya termasuk Dato' Maharaja Lela Pandak Lam terpaksa melarikan diri
keluar daripada istana kerana dikejar oleh pihak British. Rombongan Sultan Ismail ini
melarikan diri ke dalam hutan hingga sampai ke Kedah. Memandangkan ramai yang
jatuh sakit semasa dalam pelarian termasuk kaum wanita dan kanak-kanak,
akhirnya Sultan Ismail membuat keputusan untuk menyerah diri. Walau
bagaimanapun Dato' Maharaja Lela Pandak Lam dan pengikut-pengikutnya
meneruskan usaha daripada ditangkap oleh British. Dari Kuala Muda Kedah, Sultan
Ismail dihantar oleh Sultan Kedah ke Pulau Pinang dan kemudiannya dibuang ke
Sekudai, Johor hingga akhir hayatnya dan dimakamkan di Makam Diraja Bukit
Mahmoodiah, Johor Baharu.

"The circumstances of the case against Sultan Ismail and his following were
considered sufficient also to justify their continued detention at J ohore, Where
the Maharajah undertook to provide against their being intrigued with in
connection with the future affairs of Perak; while for the maintenance of the
various chiefs provision was arranged for out of the revenue of Perak. In
connection with these arrangements, a proclarnation was issued by Sir
William J ervois, in March" - Perak and the Malays: Sarong and Kris, John
Frederick Adolphus McNair (1878)

Di dalam buku tulisan John Frederick Adolphus McNair tersebut juga ada dinyatakan
alat-alat kebesaran Kesultanan Perak yang dibawa oleh Sultan Ismail telah dirampas
oleh pihak British termasuk keris, pedang serta alat-alat kebesaran diraja yang
dibuat daripada emas dan perak.
"The Perak regalia, which was captured with ex- Sultan Ismail, consisted,
besides elephants, nierey of a few golden krises, swords, bells, dragons, and
various gold and silver articles of a personal character" - Perak and the Malays:
Sarong and Kris, John Frederick Adolphus McNair (1878)

Alat kebesaran Kesultanan Perak yang asal (Rujuk Arnold Wright)
Persoalannya, jika alat-alat kebesaran Kesultanan Perak ada ditangan Sultan
Ismail (Marhum Sekudai) dan dibawa bersama semasa dalam pelarian
rombongan baginda, bagaimana Sultan Abdullah boleh ditabalkan menjadi
Sultan Perak selepas Perjanjian Pangkor? Adakah sah seseorang itu
ditabalkan menjadi Sultan Perak tanpa alat-alat kebesaran diraja? Jika
seseorang Sultan itu boleh ditabalkan tanpa sebarang alat kebesaran,
mengapa perlu bakal-bakal Sultan Perak di zaman moden ini perlu melalui
proses tabal adat dan tabal jin (tabal pusaka) sebelum bergelar Sultan Perak?

Jadi saja lah seperti Sultan Johor yang hanya membuat istiadat pertabalan
sebagai Sultan pada tahun 2014, iaitu 4 tahun selepas naik takhta. Kesultanan
Johor Moden terlalu muda, bakal-bakal Sultan Johor tidak perlu melalui suatu
proses pertabalan seperti Kesultanan Perak.

Ironinya, waris Sultan Ismail (Marhun Sekudai) terus dilupakan hingga hari ini.
Cabang pewarisan takhtanya telah lama terhenti kerana menentang British.
Sama ada suka atau tidak, British sebenarnya lebih berdaulat daripada Raja-
raja Melayu! Kerana British berhak menentukan siapa menjadi Sultan.


Raja Mansur bersama Sultan Abdullah
Melalui Perjanjian Pangkor, Sultan Abdullah diikhtiraf sebagai Sultan Perak
oleh British dan ramai warisnya menjadi pewaris takhta sebagai Raja
Bergelar.

Walaupun pada mulanya waris-waris Sultan Abdullah diharamkan dari menjadi
pewaris takhta Kesultanan Perak, namun pada tahun 1915, putera sulung Sultan
Abdullah iaitu Raja Ngah Mansur bersama-sama dengan adiknya, Raja Chulan, Raja
Abdul Malik (bapa kepada Raja Dihilir Ahmad Hisham), Raja Ahmad Hamid, Raja
Said Tauphy telah memohon kepada British untuk membatalkan pengharaman
keturunan Sultan Abdullah sebagai pewaris takhta Kesultanan Perak.

1. Raja Sir Chulan Ibni Sultan Abdullah (Raja Dihilir 1920-1933)
2. Raja Kamaralzaman Ibni Raja Mansur Ibni Sultan Abdullah (Raja Dihilir 1948-
1962)
3. Raja Ahmad Hisham Ibni Raja Abdul Malik Ibni Sultan Abdullah (Raja Dihilir 1978-
1997)
4. Raja Lope Nur Rashid Ibni Raja Abdul Rahman Ibni Sultan Abdullah (Raja Kechil
Besar)
5. Raja Said Tauphy Ibni Sultan Abdullah (Raja Kechil Tengah)
6. Raja Zainal Azman Shah Ibni Raja Sir Chulan Ibni Sultan Abdullah (Raja Kechil
Bongsu)


Keturunan Sultan Ismail yang selama ini mendiamkan diri
Persoalannya, apakah istimewanya Sultan Abdullah yang dibuang ke Pulau
Seychelle ini sehinggakan 6 orang warisnya (anak dan cucu) dilantik sebagai
Raja Bergelar? Cuma tiada antara 6 Raja Bergelar tersebut menjadi Sultan, jika
tidak mungkin lebih ramai waris Sultan Abdullah menjadi Raja Bergelar dan
seterusnya membetuk satu dinasti.
Manakala waris Sultan Ismail yang dibuang negeri ke Sekudai, Johor langsung
dilupakan! Akan munculkah waris Sultan Ismail yang akan menuntut takhta
Kesultanan Perak? Perlu diingat, alat kebesaran Sultan Perak ada dalam
simpanan Sultan Ismail pada ketika itu, bagaimana Sultan Abdullah yang
dilantik British melalui Perjanjian Pangkor boleh ditabalkan sebagai Sultan
tanpa alat-alat kebesaran Kesultanan Perak? Bermakna Sultan Ismail yang
dilantik oleh pembesar-pembesar Perak ditabalkan menjadi Sultan Perak
dengan alat-alat kebesaran diraja, sedangkan Sultan Abdullah ditabalkan oleh
British.

TAMMAT

Kita tinggalkan kisah-kisah perang saudara dan perebutan takhta. Kesimpulan yang
boleh dibuat ialah British mempunyai daulat dalam menentukan siapa berhak
menjadi Raja-raja Melayu. Bukan sahaja di Perak, tetapi di semua negeri-negeri
Melayu beraja yang lain.

Satu lagi kesimpulan yang boleh dibuat ialah keunikan sistem pewarisan takhta di
Perak mengundang banyak perang saudara dan perebutan takhta. Dan muncul
lah clan tertentu yang membentuk satu dinasti. Sejarah Kesultanan Perak
mencatatkan Undang-undang Tubuh Negeri Perak hanya membenarkan zuriat
Sultan Perak ke-18, Sultan Ahmaddin Shah untuk menjadi Sultan-sultan Perak.
Undang-undang ini digubal bagi menyelesaikan masalah perang saudara pada
ketika itu. Ini bermakna Sultan-sultan Perak perlu dari cabang ini yang membentuk
Dinasti Ahmaddin Shah. Di zaman ini, boleh kah undang-undang diubah bagi
memastikan dinasti tertentu berkuasa dengan alasan untuk menyelesaikan masalah
perebutan takhta?

Nantikan Dinasti Azlan Shah Bahagian III.


Raja Kechil Tengah, Raja Ahmad Nazim Azlan Shah dan sebahagian cucu-cucu
Sultan Azlan Shah bergambar di Hari Raya

Gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah,


ADU TIGA @ ROSMAH MANSOR


Aku Yang Cantik
Aku Yang Manis
Aku Yang Manja
Selalu Tersipu
Rawan Sikapku
Di Balik Kemelutku
Di Remang Kabutku
Di Tabir Mega-megaku
Ku Lihat Dua Tangan
Di Balik Punggungku
Madu Di Tangan Kananku
Racun Di Tangan Kiriku
Aku Dah Tahu Racun Yang Akan Kuberikan Padamu
MADU TIGA
DSRM-Datin Seri Rosmah Mansor bukan nama asing bagi bumi Malaysia. Sebut
DSRM membuatkan semua rakyat serba ghairah dibuatnya untuk mendengar,
melihat apakah cerita sebenarnya atau tak kurang juga yang dah bersiap sedia
untuk mengata DSRM. Apakah dosa yang membuat dia teraniaya sebegini rupa?
Dimanakah Silapnya? Apakah "Misteri" yang menghantui dirinya..
Lirik lagu diatas cukup sinonim untuk ditujukan khas pada beliau. Harap adalah si
pintar Permata Seni akan mendendangkan lagu ini untuknya.Terlalu banyak sejarah
hitam yag menghantui DSRM dan tidak juga kita lupa cerita puaka dan bomoh yang
tidak kesudahan. Kita lihat mangsa korban antara madu dan racun yang
diperdendangkan oleh DSRM yang mengaibkan tiga (3) lelaki dan bukannya dua (2)
yang banyak blog melaporkan sebelum ini. Kita akan bongkar identiti sebenar cerita
MADU TIGA..
MADU PERTAMAKU (1)
Kadang-Kadang Kita Dengar


Siapa tak kenal suami pertama DSRM iaitu Abdul Aziz Nong Chik? Carian walau
sebutir zarah bagi nama ini tidak mungkin wujud sama sekali untuk kita kenal.
Hakikatnya, masa akan tiba tidak lama lagi untuk kita sama sama mendengar dan
membaca cerita sebenar di sebalik cerita Madu Pertama yang telah terkena Racun
Tangan Kiriku..Nantikan pendedahan seterusnya mengenai cerita Madu Pertama-
Abdul Aziz Nong Chik jejaka pertama terkena racun tangan kiriku..Nantikan
pendedahan seterusnya dan pelbagai kisah disebalik perkahwinan pertama DSRM.


Bukti Kewujudan
Abdul Aziz Nong Chik
Dalam Sejarah
Hidup Rosmah Mansor

Antara Cerita Palsu Yang Mengatakan Azrene Soraya Abdul Aziz anak kepada Farid
Ismeth Emir. Mana mungkin Farid Ismeth Emir akan mengaku Azrene Soraya Abdul
Aziz anak beliau. Hakikatnya inilah bukti yang menunjukan kewujudan SEJARAH
YANG DIPADAMKAN dalam cerita dan sejarah DSRM
Apakah dosa Azrene Soraya Abdul Aziz
apabila seorang ibu kandung mampu memulaukan perkahwinan anak kandung
sendiri. Dimanakah naluri seorang ibu kandung terhadap anaknya. Tidak pernah kita
lihat sikap sedemikian dari seorang ibu yang mengandungkan seorang anak selama
sembilan bulan dan hilang naluri keibuaan semata-mata mengejar status First Lady
of Malaysa (FLOM) dan untuk memadamkan sejarah perkahwinan dan
mempamerkan diri sebagai seorang ibu mithali kepada ANAK ANAK PERMATA
NEGARA. Bukankah Azrene Soraya Abdul Aziz sebutir PERMATA . Butakah Mata &
Hati sehingga terlupa PERMATA dibuang dan bekerja keras menjadikan anak-anak
alin sebagai permata. Apakah ini sikap wanita atau naluri seorang ibu? Dialog
P.Ramlee sekali lagi mngingatkan komedi ahli nujum pak belalnag.."apakah dia
wahai ahli nujum perkara yang sikit-skit, jarang-jarang, kadang-kadang kita lihat dan
TAK PERNAH DIBUAT SEORANG IBU" DSRM Jawapanya.


Profil diatas mengingatkan kita resume permohonan kerja yang menunjuk kita
bertukar jawatan dan kerja dalam kehidupan kita mencari rezeki. Namun profil
ini adalah profil seorang wanita bertukar suami mengejar impian yang tidak
ketahui dan sanggup melakukan apa sahaja mengejar impian mahkota FIRST
LADY OF MALAYSIA

MADU KEDUAKU (2)
Jarang-Jarang Kita Dengar


Bercerai kali pertama mungkin salah lelaki. Kalau kali kedua salah siapa? Ada
wanita ingin berkongsi pendapat? Mungkin juga tetap salah lelaki namun ini Pak
Nujum katakan CERITA KADANG-KADANG KITA DENGAR..tebus bini orang atau
tebus talak..yang mana satu sebenarnya sejarah yang patut ditulis dalam perjalanan
hidup First Lady of Malaysia..Farid Ismeth Emir suami kedua DSRM..siapa tidak
kenal Farid Ismeth Emir, seorang pemberita yang kacak dan bersuara macho.Tidak
ada pengganti untuk sesiapa mengambil alih peranan beliau sebagai pembaca
berita dengan suara macho yang ramai rakyat Malaysia nantikan di kaca TV.Ini pun
aku racunkan dengan tangan kiriku..Skandal turun naik Pejabat Meteri Besar
Pahang tertulis dengan jelas siapakah wanita yang mnjadi mangsa mainan Madu 3
oleh DSRM..

Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam pernah bersabda,

.
Para istri yang minta cerai (pada suaminya) adalah wanita-wanita munafik.
[Hadits shahih. Riwayat Tirmidzi (no. 1186) dan Abu Dawud (no. 9094),
dari Abu Hurairah radhiyallahu 'anhu.

CERITA GOSIP KELUARGA 69
Antara ceritia-cerita Pejabat Menteri Besar Pahang yang kita dengar dan baca..


DSRM menjanda dah dua kali tetapi mudah untuk beliau mendapat jodoh. Pelbagai
cerita dan kisah terdengar ada yang mengatakan Bomoh & Puaka & Sihir adalah
sebahagian dari permainan dalam mengejar cita-cita terutama dalam kisah cinta
terlarang atau merampas suami orang..Adakah benar "ROSMAH PUAKA" dan cerita
disebalik video Rosmah Puaka suatu kebenaran atau reka karya pihak
tertentu..Fenomena Rosmah Puaka pernah melanda Malaysia dan pelbagai cerita
yang tersurat dan tersirat dipaparkan kepada duania. Apalah nasib DSRM yang
diperlakukan sedemikian rupa?Atau adakah ini balasan pada ketaksuban dan
keinginan melampau yang menjadikan cerai sebagai mainan kehidupan dalam
mencapai matlamat nafsu dan cita-cita melampau..bak kata "Farid Ismeth Emir-
FIKIR-FIKIRKANLAH...
MADU KETIGAKU (3)
Sikit-Sikit Kita Dengar

"Madu Ketiga akhirnya membuahkan hasil menjadikan aku
FLOM..Akulah FIRST LADY OF MALAYSIA, Akulah di takhta idaman semua wanita
Malaysia, Akulah Permata Negara, Akulah Srikandi Negara, Akulah Ibu kepada
Permata Negara dan segalanya yang Akulah....tetapi lupa disebut Akulah Satu-
Satunya Wanita Berkahwin Cerai dan Bernikah tiga (3) Kali dan Akulah yang
menikmati Madu Tiga dari tiga lelaki..Akulah yang harus ditulis pada sejarah
buku teks pendidikan moral bagi wanita Malaysia..Akulah juga Ibu Kandung yang
mampu melupakan anak kandung sendiri dan lupakan mereka dari sejarah hidupku
dan tidak juga ku melawat cucu-cucuku..Katakanlah apa sahaja terhadapku dan
semuanya kerana irihati terhadap aku First Lady of Malaysia..pedulikan mereka ,
Pandanglah, Lihatlah dan Pujilah First Lady of Malaysia .."Aku yang cantik, aku yang
manis, aku yang manja.." dan akulah Fist Lady of Malaysia membuat video rakaman
nyanyian dengan artis-artis tetapi aku tidak akan menyanyi untuk tidurkan cucu-
cucuku dari sejarah hidupku yang lampau..adakah ini naluri hati seorang wanita
yang mungkin bermain di sanubari FLOM.."


Mahligai kehidupan KERABAT DIRAJA pun DSRM mampu runtuhkan dan pelik
apakah kekuatan sebenar DSRM sebagai seoarang wanita.DSRM adalah wanita
menakjubkan memandangkan kerabat diraja pun mampu berundur dari
menyelamatkan rumahtangga dengan Najib dan memberi ruang jalan untuk
DSRM..apakah rahsia DSRM sebalik segala ilmu memikat..

Nasib baiklah Yang DiPertuan Agong itu jawatan bergilir dan terlalu ramai calon
untuk memenuhi jawatan terebut..terselamat Datuk Seri Najib dari bahaya dan
cubaan rampasan takhta bagi meneruskan misi ke mahkota peringkat tertinggi di
muka bumi Malaysia oleh FLOM..Disebalik kejayaan dan kegagalan seseorang lelaki
dikatakan ada wanita..betulke ungkapan ini? Atau sebalik kegagalan setiap lelaki
berpunca dari diri sendiri..apapun ada juga kebenaran dalam cerita Perdana Menteri
Malaysia. Pelbagai racun telah pun memakan diri DS Najib..antaranya pelbagai
skandal dan isu yang tak sudah penghujungnya dan setiap yang dilakukan DSRM
tidak pernah membawa kebaikan dan akhirnya mengaibkan kebolehan DS Najib
memimpin negara.

Hanya PAPAGOMO sahaja yang beriya mempromosikan DSRM atas sebab-sebab
semua sedia maklum dan mungkin kerja blogger berbayar umpama orang upahan
kena buat kerja bila telah menerima bayaran..Good Luck Papagomo.Sungguh
kelakar dan gelihati dibuatnya terbaca artikel DSRM makan dalam polisterine pun
boleh dijadikan sandiwara sikap terpuji FLOM.Apa kata bawa DSRM ke Restaurant
Makanan Daun Pisang and war-warkan DSRM makan nasi atas daun pisang.

Lirik lagu Racun & Madu diatas amat sinonim untuk DSRM, pelbagai racun telahpun
terkena DS Najib dan sedang menanggung "Image Crisis Management" untuk
perbaiki imej diri pada masyarakat. But damage has been done dari awal Madu
Pertama sehinggalah Madu Ketiga..no turning back untuk memperbetulkan imej
DSRM..jauhkan DSRM dari dunia dan pandangan masyarakat untuk sementara,
berhentikan publisiti pada semua usaha DSRM, hentikan DSRM dari urusan rasmi
dan fokus kpada Pertubuhan BAKTI, hentikan blogger upahan memuji setinggi langit
terhadap DSRM. Hentikanlah Program Permata Negara dari pimpinan DSRM dan
jika ianya baik jadikanlah program ini diaksanakan oleh Kemeterian Pembangunan
Wanita dengan pusat jagaan kanak-kanak seluruh negara. Bukan DSRM yang
membuat dasar pendidikan negara dan tidak layak menjadi contoh kepada kanak-
kanak yang masih kecil..Ini nasihat untuk DS Najib dan jika tidak ingatlah Permata
Negara akan menjadi racun karier politik DS Najib.

Iniah kemahuan DSRM atau FLOM untuk terus memegang takhta dan inilah hawa
nafsu DSRM/FLOM terlampau yang bakal menghancurkan segalanya bagi UMNO
dan Barisan Nasional. Bangunlah Pemuda UMNO dan minta DS Najib tunjuk keris
UMNO kepada DSRM dan hentikan segalanya dan DSRM/FLOM adalah beban
terlalu berat untuk terus dipikul.

Episod MADU TIGA akan diteruskan tidak lama lagi dan sama-samalah kita tunggu
dan lihat apa ceritia dan kesudahanya.
WARKAH UNTUK DS NAJIB.

Pelbagai kontroversi sentiasa akan melanda DSRM dan ini adalah hakikat dan
pelbagai bala dari pelbagai program anjuran DSRM terpaksa ditanggung oleh DS
Najib dan kenapa ianya harus diteruskan? Hentikan DSRM dari menjejaskan imej
DS Najib dan biarkan golongan yang seharusnya melaksanakan tanggungjawab
kepada negara menjalankan tugas mereka dan jika anda seornag Perdana Menteri
yang mampu membuat transformai maka laksanakanlah Transformasi DSRM dan
jadikan DSRM hanya sebagai isteri dan ibu kepada anak-nanak kamu dan Penaung
BAKTI dan yang lain arahkan bersara dari terus menjejaskan imej kepimpinan DS
Najib. Jika transformasi ini gagal dilaksanakan maka akan gagal juga transformasi
negara pada sektor lain kerana ianya dibuat bagi memenuhi hawa nafsu dan
kemahuan diri bukan kemahuan negara dan rakyat. Beranikah DS Najib melakukan
trnsformasi yang paling mudah untuk menjayakan UMNO & Kemenangan Barisan
Nasional atau teruskan apa yang dilakukan dan akan hancurlah penilaian
masyarakat kepada kepimpinan anda dan hanya DSRM penghalang bagi anda di
angkat sebagai pemimpin yang baik di mata masyarakat.

KONFLIK DIRAJA

Terpanggil untuk menulis perkara ini memandangkan isu ini menjadi buah mulut dan
percakapan semua pihak namun ianya tidak jugak kita baca di mana-mana akhbar
media masa kerajaan ataupun pembangkang. Inilah yan dipanggil Freedom of
Press yang mana tidak mungkin wujud selagi manusia politik bertopengkan watak-
watak lakonan dalam segala perihal dan hanya mementingkan diri sendiri.

Akhirnya kita juga sebagai rakyat menangung segalanya untuk mereka melakonkan
watak-watak seperti Pendekar, Pahlawan, Pendita, Santa Clause, Ahli Tilik dan
pelbagai watak yang menakjubkan kita semua.





Seorang peguam meminta bantuan dan terpaksa lari ke luar negara walau apa
alasan beliau dan dimanakah Majlis Peguam Negara (Bar Council) yang lantang
berani menentang segala undang-undang namun tidak berani bangun untuk
mempertahankan seorang peguam yang meminta rayuan dengan penuh
ketakutan.Dimanakah Majlis Peguam Negara yang seharusnya berdiri teguh
menjaga kebajikan dan mempertahankan hak seorang peguam dalam menjalankan
tugas mereka. Mungkin juga mereka sibuk dengan urusan Bersih 3 atau sibuk
bermesyuarat bawah pokok memandangkan majlis peguam Malaysia juga boleh
dikatakan satu-satunya badan peguam yang pernah menjalankan mesyuarat bawah
pokok untuk ahli-ahlinya di dunia ini.



Sejarah dan filem-filem P.Ramlee banyak mengajar kita bagaimana penasihat dan
pembesar boleh menegur dan memberi nasihat. Tidak pula Pengarah & Pelakon
filem-filem P Ramlee ditangkap dibawah akta hasutan memandangkan banyak
lakonan filem mereka memperlekehkan raja-raja dan sudah pasti ramai raja raja
juga tertawa melihat cerita P Ramlee seperti Nujum Pak Belalang yang penuh
dengan pelbagai komedi lakonan membabitkan istana.Tertulis jelas senrai nama-
nama yang sepAtutnya ditahan dibawah Akta Hasutan.

Takhta Raja amat tinggi martabatnya dan rakyat menjunjung kasih raja yang
meletakkan kepentingan pada rakyat.Rakyat Malaysia sememangnya mengasihi raja
mereka dan ini adalah hakikat. Kita dapat lihat bagaimana rasa hormat dan kasih
kita kepada raja-raja yang menjalankan peranan mereka dengan penuh adap dan
menjaga martabat dan meletakkan kepentingan rakyat di hati mereka. Ramai juga
yang tidak pernah kita dengar gossip mahupun sebarang berita kurang baik dan ini
mempermudahkan kita mengasihi dan menghormati raja tersebut. Inilah yang kita
katakan Raja turun dari kayangan .

Konflik diraja yang kita baca dan kecoh diperkatakan masa ini amat memalukan
institusi diraja itu sendiri. Lebih agresif tindakan istana lebih buruk pihak istana
diperlihatkan dan inilah yang terjadi dengan melihat cerita yang selama ini senyap
menjadi seperti api yang membakar minda rakyat Malaysia dalam menilai seorang
raja.
Adakah tidak bersyukur kita pada takhta dan martabat yang telah Allah kurniakan?
Dilahirkan sebagai keluarga diraja dan disanjung dan dikasihi rakyat.Adakah masih
perlu mengejar projek balak,projek judi dan lumba kuda, projek-projek kerajaan dan
adakah perlu juga memperlihatkan kelemahan diri pada rakyat yang menjunjung
kasih terhadap mereka.



Konflik diraja yang berlaku hari ini menyebabkan pelbagai andaian dan rintihan
samaada yang baik atau buruk diperlihatkan pada rakyat. Adakah ini perlu
diteruskan atau seharusnya raja raja mula memperlihatkan kepentingan diri mereka
terhadap rakyat dan jangan membiarkan ego yang berterusan mengikis rasa hormat
dan kasih kepada raja hilang dari jiwa rakyat..Cerita sensasi seperti di Twitter,
Unclee Seekers, Rayuan Seorang Peguam, Kes Gaduh dan sebagainya
merosakkan institusi raja dan mnyusahkan rakyat dalam menghormati seorang raja.
Walaupun ada pihak yang cuba menyokong tindakan pihak istana, tetapi usaha ini
seperti menegakkan benang yang basah dan yang lebih bijak adalah tidak
membenarkan konflik di raja berlaku dan dipertontonkan kepada rakyat.


Cukuplah sudah segala pekung di dada di paparkan di mata dan minda rakyat dan
seharusnya majlis raja raja bertindak dalam memperbaiki imej raja raja dan letakkan
diri mereka sebagai seorang raja berjiwa rakyat yang benar benar ikhlas dan
menyayangi rakyatnya.

Dimanakah maruah dan martabat diraja apabila rakyat mengungkap kata kata caci
hina seperti di twitter dan facebook. Agak malang, majlis raja raja hanya mampu
berdiam dan seharusnya bangun memeperbetulkan keadaan yang sememangnya
sedang krisis.
Akhir kalam, Ampun Tuanku Beribu Ampun, Sembah Patik Harap Di Ampun. Inilah
yang patik dapat ungkapkan kepada semua demi raja berdaulat. Jangan pula patik
dihukum pancung (Cerita P.Ramlee) kerana berkata benar dan jangan kita jadikan
konflik diraja umpama Cerita Nujum Pak Belalang yang ditayangkan dan
dipertontonkan pada rakyat dan akhirnya raja juga hilang kedaulatanya. Mungkin
seorang boleh dihukum dan diaibkan tetapi tidak mungkin titk hitam pada diri
seorang raja dapat dipadamkan dari minda rakyat walau sejauh mana kembara di
raja mendekati rakyat.Daulat Tuanku!!

Klon Uncleseekers



Joe Gordon
Semalam, Rabu 11 Julai 2012, akhbar-akhbar di seluruh dunia melaporkan
mengenai seorang anak kelahiran Thai berwarganegara Amerika Syarikat, Lerpong
Wichaikhammat atau dikenali sebagai Joe Gordon mendapat pengampunan Raja
Thai, Raja Bhumibol Adulyadej setelah menjalani hukuman penjara selama dua
tahun setengah kerana menghina institusi diraja. Walaupun telah menetap di
Amerika Syarikat selama 30 tahun, nasibnya tidak baik apabila ditangkap semasa
tiba di Thailand untuk mendapatkan rawatan di sebuah hospital negara itu.


Kesalahan yang dilakukan oleh Joe Gordon ialah menterjemahkan sebahagian
kandungan buku The King Never Smiles karya Paul Handley yang diterbitkan oleh
Yale University Press ke dalam Bahasa Thai dan dikongsi di dalam blognya. Buku
yang diharamkan di Thailand ini antara lainnya cuba melihat kembali misteri
kematian secara mengejut Raja Ananda Mahidol (abang kepada Raja Thai
sekarang) yang dikatakan menembak diri sendiri, kemudiannya baru si adik, Raja
Bhumibol Adulyadej naik takhta. Begitu juga kisah-kisah betapa playboy dan
ganasnya Tengku Mahkota Thailand, Putera Vajiralongkorn.

Bukan setakat buku Paul Handley yang menceritakan kisah di sebalik istana,
wikileaks (video berkenaan di link ini) juga pernah mengeluarkan video bagaimana
Tengku Mahkota meraikan hari jadi anjingnya di tepi kolam renang bersama-sama
isterinya, Puteri Srirasm yang berbogel dan hanya memakai g-string. Itu kisah diraja
Thailand menyambut hari jadi anjingnya, tidak hairan lah mengapa seorang raja di
negara kita ini pun meminta pekerja istana memanggil kudanya dengan panggil
"Tunku"! Berbalik kepada kisah Tengku Mahkota Thailand tadi, wikileaks dan
beberapa akhbar pernah melaporkan Tengku Mahkota Thai adalah HIV+, belum lagi
cerita anak-anak luar nikah Tengku Mahkota Thai dan wanita-wanita simpanannya.
Bagaimana pun di Thailand jika berbicara mengenai raja, hukumnya pasti Fasal 112
lse-majest dalam Kanun Keseksaan Negara Thai. Tidak kira penulis blog atau ahli
politik dalam ucapan mereka, semuanya didakwa menghina raja dan hukumannya
dihumban ke dalam penjara.

Walaupun Raja Bhumibol Adulyadej sendiri pernah membenarkan rakyatnya
memberikan kritikan, tetapi lse-majest masih diteruskan sebagai perisai keluarga
diraja tersebut. Pendek kata, cakap tak serupa bikin!

"If you say that the King cannot be criticised, it suggests that the King is not human" -
Raja Bhumibol Adulyadej, 5 Disember 2005

Persoalannya, jika raja itu sendiri berkelakuan tidak semenggah dan
mengundang kritikan dan kejian, adakah rakyat masih perlu diam dan terus
menyembah taat setia?

Twitter Dr. Mohd Asri
Logika Melayu nampak Hang Tuah sebagai hero kerana taat setia kepada Sultan
Melaka. Taat setia itu adalah taat setia membuta tuli. Hang Jebat pula dilihat
sebagai penderhaka kepada Sultan. Tetapi derhaka Hang Jebat itu derhaka
bertempat, "Raja adil raja disembah, raja zalim raja disangga".

Begitu juga kisah Laksamana Bentan, Megat Seri Rama yang membunuh Sultan
Mahmud Shah II (Marhum Mangkat Dijulang) kerana isterinya Dang Anum mati
dibelah perut hanya kerana seulas nangka. Penderhaka kah Megat Seri Rama?

Kisah Hang Jebat dan Laksamana Bentan diketahui umum. Bagaimana pula kisah
Si Bongkok Tanjung Puteri? Nama ini berkumandang dalam lagu rakyat negeri
Johor, "Tanjung Puteri" tetapi nama ini seakan tenggelam dalam sejarah negara ini
dan Johor khususnya.
"Dari Tebrau orang berakit
Singgah Setulang membeli kopi
Pusara Si Bongkok di lereng bukit
Di tepi pantai Tanjung Puteri"


Novel Si Bongkok karya Abdul Latip Talib
Apa sebabnya kisah Si Bongkok seakan digelapkan sejarah? Novelis Abdul Latip
Talib ada menulis mengenai kisah Si Bongkok ini tetapi secara santai kerana ianya
sebuah novel. Sebenarnya ada sebab mengapa kisah Si Bongkok ini seakan
ditenggelamkan kerana ianya ada kaitan dengan penderhakaan terhadap
Kesultanan Johor berketurunan Temenggung ini. Jika Si Bongkok seorang
penderhaka, mengapa namanya disebut dalam lagu rakyat? Nantikan entry
seterusnya di blog Malaysian in Crisis mengenai kisah Penderhakaan Si
Bongkok.

Uncleseekers ditahan reman kerana didakwa menghina raja. Seperti yang
diceritakan di atas mengenai Raja Thai dan hukum lse-majest negara itu, apa
yang didakwa oleh rakyat sama ada melalui oral atau tulisan semuanya tidak akan
diambil peduli. Buka saja mulut mengenai raja, akan dihukum. Itu yang dinamakan
lse-majest. Di Thailand tak apalah, Raja dia cuma seorang, Permaisuri pun
seorang, Tengku Mahkota dan isterinya saja yang tidak boleh disentuh. Di Malaysia?
Berapa ramai Sultan, Tengku Mahkota, Raja-raja bergelar? Jika kesemua
mereka baik budi pekerti, cantik tutur kata, tidak menunjuk-nunjuk darjat dan
kemewahan yang ada, menghormati rakyat mengikut waadat Sang Sapurba
(raja) dan Demang Lebar Daun (rakyat), maka pastinya tidak akan muncul
Hang Jebat, Laksamana Bentan mahupun Uncleseekers! Pewaris takhta negeri
selatan tanah air tu tahu ke apa waadat Sang Sapurba dan Demang Lebar Daun?

Beberapa hari lepas ada lagi laporan polis dibuat berkaitan menghina Sultan Johor,
kali ini oleh Pertubuhan Penyatuan Pembelaan Melayu Malaysia (PPPMM) terhadap
Ahmad Shukri Kamarudin, Setiausaha Media Solidariti Mahasiswa Malaysia.


Petikan akhbar Sinar Harian mengenai laporan polis menghina Sultan Johor
Sifirnya mudah,
1 Uncleseekers ditahan = 100 klon-Uncleseekers muncul tidak kira dalam bentuk
blog, twitter, facebook atau penulis-penulis di laman forum

Andaikata 10% dari 100 klon-Uncleseekers ini disenaraikan nama mereka sebagai
menghina raja melalui laporan polis yang dibuat oleh dungu-dungu berjiwa feudal,
maka

10 klon-Uncleseekers ditahan = 1,000 klon-klon-Uncleseekers akan muncul

100 klon-klon-Uncleseekers ditahan = 10,000 klon-klon-klon-Uncleseekers pula akan
muncul

1,000 klon-klon-klon-Uncleseekers ditahan = PDRM tak payah buat kerja lain untuk
menurunkan kadar jenayah bunuh, rogol, culik, ragut kat Malaysia ni. Polis jalankan
saja tugas mengawal raja-raja, bukan kah "Polis diraja Malaysia", maka jadi lah
polis untuk raja, bukan untuk rakyat Malaysia!

Laporan polis oleh PERKASA pada 2 Julai 2012
Cuma ingatan kepada Melayu-melayu berjiwa feudal ini, jika ingin membuat laporan
polis, jangan lah jadi sebangang PERKASA. Dari Presiden sampai anak-anak buah
semuanya bangang. Orang lain buat laporan polis dan masuk akhbar, dia pun sibuk
nak buat laporan polis. Konon nak jadi Hang Tuah pembela raja. PERKASA
membuat laporan polis mendakwa Gerakan Menuntut Royalti Petroleum Kelantan
(Royalti) menggunakan tandatangan Sultan Kelantan untuk menunjukkan sokongan
Sultan terhadap gerakan tersebut.

Sultan Kelantan menandatangani plak tuntutan royalti petroleum
Tetapi hakikatnya memang benar Sultan Kelantan sendiri yang menurunkan
tandatangan sebagai simbolik menyokong tuntutan royalti. Diambil sekali lagi kata-
kata tukartiub - "kalau bodoh jangan bagi tahu orang".

Penentang lse-majest,

HOUSE OF MONKEYS describes how Malaysia Parliament functions for and
on behalf of Malaysian.
Regardless who is the Prime Minister, if this is how our MPs behave in Parliament
House and demonstrate an attitude of not able to understand a simple instruction
given by the Speaker or Prime Minister like shown in the video, such attitude of our
member of parliament certainly fail the country and citizens as no Prime Minister will
able to perform any governance roles than entertaining monkeys at all the time and
not allowing Parliament to fulfill its role towards Malaysia and Malaysian.



Sedih dan rasa malu adakalanya melihat bagaimana ahli parlimen kita
memperlihatkan diri mereka di parlimen. Bercakaran tak tentu hala dan tidak mampu
mendengar nasihat YDP Speaker. Teringat masa zaman sekolah di darjah satu atau
tadika, yang mana semua bising dan cikgu suruh duduk pun kita buat tidak
faham.Inilah yang kita lihat sikap ahli parlimen yang ada walaupun hanya segelintir
sedemikian namun memberi kesan negatif pada institusi parlimen itu
sendiri.Ungkapan BODOH, BABI, KURANG CERDIK, PARIA dan macam-mcam lagi
adalah perkara biasa.Lihatlah sikap pemimpin kita pada hari ini yang penuh dengan
emosi dan melupakan kita rakyat Malaysia yang membayar cukai bagi
menghidupkan institusi parlimen dan hadir ke parlimen untuk berseronok seperti
FUN FAIR atau lebih baik kita panggil House of Monkeys. Mana tidaknya, masa
diperuntukkan lebih banyak digunakan untuk memutar belit fakta atau memaki
hamun dan tidak lupa juga sikap tuduh menuduh dan akhirnya polisi dibuat dalam
semua berada dalam keadaaan High Spirit of Monkeys



Video sidang parlimen menceritakan pelbagai kisah Parlimen Malaysia yang boleh
kita lihat di youtube atau hadirkan diri ke parlimen untuk melihat sidang Parlimen
Malaysia umpama kita ke "Fun Fair".Lihat dan nilailah pemimpin kita yang amat
memalukan dan bukan semua namun sikap mereka amat memalukan kita yang
mengundi mereka. Gaya dan sikap mereka lupa diri dan ego seolah olah mereka
Ahli Parlimen dari Kayangan.Mereka lupa darah yang mengalir pada mereka bukan
darah raja yang akan sentiasa memastikan mereka sebagai ahli parlimen seumur
hidup dan dengan tidak rasa bersalah hidup dengan duit rakyat dan akhirnya masa
depan rakyat yang mereka gadaikan.

Pihak Kerajaan berhujah membentangkan polisi dan dasar dan nampak jugalah ada
perkara yang mereka buat dan bekerja untuk rakyat. Tetapi apabila dikritik sama ada
kritikan rasional atau tidak rasional, mereka amat mudah melenting melawan.
Apakah punca sikap sedemkian rupa? Adakah kerana kata-kata menghina atau
mencabar oleh pihak pembangkang. Bila kita lihat Pembangkang, hanya mengkritik
dan lupa diri seolah-olah Best Among The Best dan tidak bersalah dalam semua
hal dan hanya mengkritik tanpa memikirkan masa depan rakyat Malaysia dan
sekadar mengkritik untuk menunjukkan rakyat Malaysia bahawa kerajaan zalim
walaupun ada masanya polisi dan dasar yang dibentangkan adalah memihak
kepada rakyat Malaysia.

Bila difikirkan semula, memang nyata sikap ahli parlimen kita umpama budak-budak
sekolah darjah satu atau pun tadika dan ada masanya ke tahap pusat jagaan kanak-
kanak dan erti kata lain HOUSE OF MONKEYS adalah kenyataan yang tepat jika
sikap sikap ini berterusan. Kita rakyat Malaysia membayar gaji dan elaun untuk
mereka berseronok dan memberi ruang untuk ahli parliamen semua kembali ke
zaman muda di tadika, sekolah untuk berseronok,bermain putar belit dan
bersandiwara dan akhirnya kita yang menangung segalanya.

Parlimen Malaysia telah banyak berjasa dan bukan mudah kita lihat sikap
sedemikian sebelum ini namun lebih ketara buruknya parlimen kita di saat sekarang
berbanding dulu. Inilah yang dikatakan, tersalah pilih akhirnya monyet yang kita pilih
dan lahirlah HOUSE OF MONKEYS that best describe Malaysia Parliment for
now. MALAYSIA IN CRISIS!!

Polis diraja Johor

30 individu yang cerdik atau dungu?
Hari ini masuk hari ke-6 blogger Uncleseekers berada di dalam tahanan reman.
Masih belum tahu apa nasibnya selepas ini. Namun, blog Uncleseekers terus
menjadi tumpuan pengunjung. Lihat kepada statistik di blog berkenan, telah ada
lebih 12 juta pengunjung dan setiap saat ada saja pageview di blog berkenaan.
Secara keseluruhan, web trafik menunjukkan peningkatan pengunjung yang amat
ketara selepas 30 individu yang tidak diketahui asal usulnya membuat laporan polis
terhadap Uncleseekers berkenaan artikel yang dikatakan mengaibkan Sultan Johor
dan kaun kerabatnya. Tidak pasti 30 individu tersebut sebenarnya memang
sengaja nak mengenakan Sultan atau betul-betul taat setia? Apa tidaknya, kalau
bukan pasal laporan polis mereka, masih ramai rakyat jelata yang tidak tahu
kewujudan blog berkenaan. Selepas sahaja laporan polis dibuat dan keluar di
media-media arus perdana, zzaaasssss berdesup ramainya pengunjung membaca
blog Uncleseekers. Daripada orang tak tahu, sekarang 1Malaysia sudah tahu. Siapa
yang malu? Sultan juga. Tak ke dungu namanya?

Web trafik menunjukkan peningkatan pengunjung yang amat ketara selepas laporan
polis dibuat pada 1 Julai 2012
Artikel hari ini bukan mengenai blog Uncleseekers. Tetapi lebih kepada melihat
intipati yang cuba disampaikan olehnya. Sama ada apa yang dikatakan betul atau
salah tidak menjadi soal, tetapi banyak perkara yang membuat rakyat (sila ambil
maklum maksud "rakyat" disini ialah rakyat yang mempunyai akal fikiran yang waras
dan tidak membuta tuli menyembah taat setia kepada raja seperti manusia-manusia
berjiwa feudal di facebook Kesultanan Johor) menilai apa yang didakwa di dalam
blog berkenaan.


Berbaju kuning itu mungkin JMF paling katik?
Kita tinggalkan Unclessekers, hari ini kita berbicara mengenai Polis diraja Johor.
Umum sudah tahu mengenai "Askar Tuanku" iaitu Askar Timbalan Setia Negeri
Johor atau lebih dikenali sebagai Johor Military Force (JMF) yang ditubuhkan pada
tahun 1885 oleh Sultan Abu Bakar ibni Daeng Ibrahim. Umum juga tahu JMF
ditubuhkan jauh lebih awal dari Rejimen Askar Melayu diraja (di bawah Tentera
Darat Malaysia). Semasa krisis Raja-raja Melayu, Rang Undang-undang Johore
Military Forces (Disbandment And Repeal) Bill 1994 telah digubal untuk
dibahaskan di Parlimen. Namun, Tun Salleh Abas (telah dipecat sebagai Ketua
Hakim Negara pada ketika itu) berpendapat JMF adalah sebahagian daripada hak
dan keistimewaan Sultan dan rakyat Negeri Johor.

"I was later summoned again by HRH to Istana Bukit Serene for advice after HRH
learned that a bill had already been introduced in Parliament to disband the Johor
Military Force (JMF). My advice to HRH was that the JMF, which was established
long before the Malay Regiment, was and is part of the privileges of the Sultan of
Johor and, without the consent of His Royal Highness, such privileges could not
legally be withdrawn.

My opinion was confirmed by Neil Lawson, Queens Counsel, the legal adviser to the
Malay rulers during the negotiation for Merdeka. There was no doubt that HRH was
very pleased with my effort over HRH's then predicament and, in appreciation
thereof, offered to make a public apology in Johor Baru over HRH's role in my
dismissal. The Johor Palace then began to put in place arrangements for the
occasion but, once again, mightier hands from Kuala Lumpur managed to persuade
HRH from keeping to his pledge." - petikan kenyataan Tun Salleh Abas pada 26
September 2006

Rentetan daripada peristiwa tersebut nampaknya Rang Undang-undang tersebut
tidak diteruskan dan JMF terus kekal hingga hari ini. Di masa hadapan tidak tahu
lagi apakah nasib mereka.

Itu mengenai JMF, tetapi bagaimana pula dengan Polis diraja Johor? Mungkin ada
antara kita yang pernah terserempak dengan kereta-kereta mewah bertulis DI-RAJA
JOHOR-POLIS. Adakah mereka ini polis? Atau polis bantuan? Atau juga adakah
mereka ini hanya sebagai bodyguard kerabat diraja Johor?


Antara kereta mewah tertulis DI-RAJA JOHOR-POLIS

Agak kurang faham dengan fungsi Polis diraja Johor ini, adakah sama fungsinya
dengan Polis diraja Malaysia (PDRM)? Dalam PDRM ada juga perkataan "diraja".
Andai kata tiba-tiba kecemasan menimpa dan terserempak dengan sebuah Porsche
Cayenne tertulis Di-raja Johor-Polis, boleh kah sebagai rakyat kita menahan kereta
peronda tersebut minta pergi kejar penjenayah? Adakah pegawai-pegawai Polis
diraja Johor ini memiliki senjata api seperti polis-polis dibawah PDRM? Tidak
diketahui apa sebenarnya fungsi Polis diraja Johor ini. Jika untuk menjaga
keselamatan rakyat Johor, apakah pula fungsi PDRM di Johor? Jika untuk menjaga
keselamatan Sultan Johor dan kerabatnya, bukankah sudah ada unit di bawah
PDRM untuk menjadi pengiring dan menjaga keselamatan Sultan dan kerabatnya?
Jika Polis diraja Johor ini ala-ala bodyguard, boleh kah kerajaan membenarkan
perkataan "polis" digunakan? Banyak sebenarnya persoalan.


Melihat kepada statistik jenayah, Johor masih merupakan antara negeri yang
tertinggi kadar jenayah selepas Selangor dan Kuala Lumpur. Jika sudah ada PDRM,
ditambah lagi dengan Polis diraja Johor, masih tidak mampu untuk mengurangkan
kadar jenayah di negeri itu. Jika dilihat statistik jenayah Johor pada tahun 2011
berbanding 2010, penurunan hanya sebanyak 3.2% sahaja.

Kerajaan Negeri Selangor di bawah Pakatan Rakyat pernah memohon kepada
Kementerian Dalam Negeri untuk menubuhkan Pasukan Polis Bantuan di
bawah kerajaan negeri untuk membantu PDRM menurunkan kadar jenayah di negeri
tersebut, tetapi tidak pernah diluluskan oleh kerajaan. Itu perihal polis bantuan yang
sememangnya dibenarkan penubuhannya di bawah Akta Polis 1967. Tetapi
persoalannya, adakah Polis diraja Johor ini pasukan polis bantuan seperti Polis
Bantuan Genting, Polis Bantuan Felda, Polis Bantuan UiTM dan sebagainya yang
bebas menggunakan logo, rekabentuk, peralatan dan pakaian seragam seperti
termaktub di bawah peraturan 6(2) Peraturan-peraturan (Polis Bantuan) Polis 1970?


Kisah Prebet Adam mengamuk diketahui ramai sebabnya
Jika kewujudan Polis diraja Johor untuk membantu menurunkan kadar jenayah di
Johor, bermakna polis bantuan Selangor yang dipohon oleh Pakatan Rakyat juga
perlu diluluskan. Tetapi jika kewujudan Polis diraja Johor ini hanya untuk menjaga
Sultan dan kerabatnya, perlu kah hanya Sultan di negeri selatan itu sahaja yang
memerlukan polis sendiri? Mengapa negeri-negeri beraja yang lain tidak sibuk untuk
menubuhkan pasukan polis sendiri? Adakah sebab sendiri bikin jenayah, jadi perlu
mempunyai polis sendiri untuk menjaga keselamatan? Siapa tidak tahu, sejak
zaman berzaman, keturunan Kesultanan Johor terkenal sebagai kaki pukul rakyat
jelata. Yang rakyat jelata bodoh dan berjiwa feudal, selagi tiada ahli keluarga yang
kena bunuh atau dibelasah, selagi itu kononnya menyembah taat setia seperti
dungu-dungu di satu page facebook itu.


Pada tahun 2010, Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan 11 kereta termasuk
Holden dan Proton Perdana serta 8 buah Harley Davidson dengan jumlah
keseluruhan bernilai RM5.5 juta memang patut dipuji, walaupun sebenarnya apabila
berbuat kebajikan tidak perlu berheboh-heboh. Dalam kes ini bukan setakat heboh
seantero negara, siap hadiahkan kenderaan yang siap berlogo peribadi!

Diambil petikan ucapan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar di hari kurnian
kenderaan-kenderaa tersebut,

"Tuanku begitu prihatin dalam soal keselamatan dan ketenteraman awam,
khususnya seluruh rakyat negeri Johor. Tuanku mempunyai keluhuran budi pekerti
dan begitu dermawan" - Tan Sri Ismail Omar

Ketua Polis Negara bercakap mengenai menjaga keselamatan dan ketenteraman
awam, tetapi bukankah kenderaan tersebut digunakan oleh PDRM Johor sebagai
kenderaan pengiring Sultan dan kerabatnya? Keselamatan awam apakejadah?
Lebih pelik PDRM ditugaskan menjaga keselamatan Sultan dan kerabatnya, tak
cukup dengan itu Polis diraja Johor juga perlu? Hidup tak selamat ke mereka
anak-beranak ni?


Pengiring PDRM wanita bermotosikal Sultan Johor

Satu lagi persoalan ialah bagaimana PDRM boleh menggunakan logo selain logo
PDRM pada kenderaan mereka? Kebiasaannya kita lihat hanya logo rasmi PDRM
atau logo Integriti Amalan Kita dan logo Helang Lebuhraya Polis digunakan pada
kenderaan-kenderaan rasmi PDRM. Tetapi kesemua kereta dan motorsikal PDRM
yang dihadiahkan oleh Sultan Johor ini memakai logo "SI". Pelik juga, boleh pula
PDRM menggunakan logo selain logo sendiri? Bagaimana sekiranya setiap Sultan di
setiap negeri termasuk Raja Bergelar yang layak untuk mendapat pengiring PDRM,
Perdana Menteri dan lain-lain menghadiahkan kenderaan kepada PDRM dan
meminta logo peribadi untuk digunakan, adakah PDRM akan terima? Maka akan
carca-merba lah PDRM dengan bermacam-macam logo - seperti Uncleseekers
menunjukkan logo Richie Rich (RR) di dalam satu artikel di dalam blognya. Ada
benarnya.


Kereta Holden PDRM dihadiahkan oleh Sultan Johor dan mempunyai logo peribadi
Sultan
Blog entry kali ini lebih kepada persoalan untuk mendapatkan jawapan. Mungkin
Datuk Seri Hishammuddin sebagai Menteri Dalam Negeri dapat menjawap soalan-
soalan yang diajukan. Sedangkan pengiring-pengiring PDRM Yang di-Pertuan
Agong hanya menggunakan motorsikal dengan logo PDRM, tetapi Sultan Johor gah
dengan pengiring bermotosikal PDRM berlogo peribadi. Hebat bukan? Sebab terlalu
banyak bodyguard yang terdiri daripada PDRM, JMF, Polis diraja Johor dan
sebagainya menjadikan Keturunan Kesultanan Johor terus bermaharajalela
memukul dan menumbuk rakyat jelata. Sejarah nenek moyang mereka akan turun
hingga ke cucu cicit. Yang si cucu pula kemetot bukan sebarang kemetot, sudah
membayangkan mewarisi kesamsengan tok moyangnya.


Pengiring bermotosikal PDRM Yang di-Pertuan Agong yang menggunakan Honda
ST1300 dengan logo rasmi PDRM

Biar LANUN berbicara mengenai LANUN,

Raja Turun dari Kayangan
"Putri Santubong Putri Sejinjang
Penjaga gunung Negeri Sarawak
Manis sik ada dapat dilawan
Anak dak dewa turun kayangan"

Itu antara bait-bait lirik lagu Puteri Sentubong. "Anak dak dewa turun kayangan" -
adakah benar puteri-puteri raja ini turun dari kayangan?

Mengikut lagenda, kedua-dua puteri ini adalah merupakan anakanda kepada Sultan
Brunei yang telah melarikan diri apabila ayahanda mereka dibunuh. Semasa dalam
pelarian dan tiba di Bukit Sentubong, orang-orang Dayak yang selalu ke kawasan
bukit tersebut tergamam apabila secara tiba-tiba menemui dua orang puteri raja
yang tersangat cantik, maka mereka pun menganggap puteri-puteri raja ini "turun
dari kayangan".

Adakah benar kedua-dua puteri ini turun dari kayangan?

Pedang Cura Simanja Kini
Begitu juga kisah Sang Sapurba yang dikatakan berketurunan Raja Iskandar
Zulkarnain turun dari kayangan dan muncul di Bukit Siguntang Mahameru bersama
dua saudaranya, Sri Nila Utama dan Sri Krishna Pandita. Menurut Sejarah Melayu,
ketiga-tiga putera raja tersebut adalah merupakan anakanda kepada Raja Suran dan
Puteri Mahtabul al-Bahri yang merupakan puteri Raja Aftab al-Ardzi dari kerajaan
Basram di bawah laut. Dari keturunan Sang Sapurba inilah lahirnya Kesultanan
Melayu Melaka dan satu-satunya warisan Kesultanan Melaka yang masih tinggal di
Tanah Melayu adalah Kesultanan Perak. Pedang Cura Simanja Kini yang berada di
dalam simpanan Sultan Perak dikatakan milik Sang Sapurba dan menjadi salah satu
alat kebesaran Kesultanan Perak

Persoalannya, adakah benar Sang Sapurba tiga beradik turun dari kayangan?

Jika dikaji sastera-sastera Melayu memang banyak mengisahkan perihal raja-raja,
putera dan puteri raja, dan pasti terjumpa kisah raja turun dari kayangan, contohnya
puteri turun dari kayangan seperti dalam syair Puteri Bertujuh Turun Bersiram.

Dahulu kala, bangsa Melayu percaya raja-raja adalah berketurunan dewa dimana
doktrin Hindu-Buddha menyatakan raja adalah penitisan dewa (incarnation). Dari
sinilah wujudnya konsep Dewaraja di mana raja dianggap sebagai titisan Dewa Siva
atau Dewa Vishnu.

Dari satu lagi aspek, raja turun dari kayangan membawa erti private. Raja dan
putera-puteri raja yang sekali-sekala keluar dari istana, dengan pakaian yang cantik-
cantik dan di dandan rapi seolah-olah turun dari kayangan. Aura diraja itu datang
dengan sendirinya.


Motor Harley-Davidson Street Glide milik Sultan Johor
Sekali-sekala keluar dari istana bukan bermakna tidak mendekati rakyat dan bukan
makna seseorang raja itu tidak berjiwa rakyat. Buat apa mendekati rakyat,
kononnya raja berjiwa rakyat tetapi masuk ke kampung-kampung dengan
motor Harley-Davidson Street Glide, pengiring-pengiring Sultan yang terdiri
dari outriders polis, bomba dan sebagainya yang terlalu ramai dan budak-
budak sekolah dikerah untuk berbaris panjang untuk menyambut rombongan
Sultan! Belum lagi kereta-kereta besar keluar dari garage istana untuk
ditayangkan kepada rakyat jelata!

Outriders polis mengiringi rombongan KMJ
Orang-orang kampung pun ternganga melihat rombongan Sultan. Pemuda-pemuda
kampung yang setakat mengambil upah mengait kelapa hanya mampu menelan air
liur melihat motor-motor berkuasa besar di depan mata, hidup mati balik pun tak
merasa nak pakai motor ni hanya itu mampu untuk berkata. Apa makna raja berjiwa
rakyat? Setiap kali berlangsungnya Kembara Mahkota Johor (KMJ), terpampang di
dada-dada akhbar kisah seorang raja berjiwa rakyat. Apa yang berjiwa rakyatnya?
Rakyat naik motor kapcai Honda Cup, tapi raja bermotosikal Harley-Davidson. Tidak
wujud sebenarnya istilah raja berjiwa rakyat dalam konteks ini.

Aura seseorang raja itu dilihat dari karismanya, dari perilakunya dan dari tutur
katanya. Sedih juga apabila membaca twitter seorang Tengku Mahkota yang bakal
mewarisi takhta Kesultanan Johor yang amat rendah taraf bahasa dan mentalitinya.

Ayat seorang bakal raja dalam menjawab isu blog Uncleseekers. Walau marah
sekalipun tidak perlu berbahasa sedemikian rupa. Biar lah orang lain yang
berbahasa kasar kepada kita, tidak perlu cepat melatah!

Bukan itu saja, telah berkali-kali seorang Tengku Mahkota berbicara seperti kurang
ilmu di dada. Lebih menampakkan ke-tidakmatangan dan kurangnya upaya
intelektual apabila bergaduh di twitter dan disaksikan lebih 50,000 pengikut
twitternya. Biarlah orang menggelarkan diri Prince of Damansara ke, King of
Ampang ke, perlu kah menggunakan perkataan yang hina dan menunjukkan betapa
rendahnya taraf seorang pewaris takhta?

@HRHJohor2: Only a Lower aja trying to be something they're not. Prince of
damansara my ass!

Ulasan lanjut mengenai kes Tengku Mahkota Johor vs Caprice ada diulas dengan
baik sekali di blog Not So Royal, After All oleh Tuah Teja.

Tidak habis di situ, twitter juga digunakan oleh TMJ untuk menunjukkan kepada lebih
29 juta rakyat Malaysia betapa bimbonya seorang pewaris takhta, sebagai cotoh
twitter mengenai artis Neelofa.
@HRHJohor2: Berangan and Hati Busuk tak boleh tengok orang senang, suka
menjatuhkan orang. Pretend to be Virgin but Not. Act all Innocent but No.
FAKE! RT @Tengku MarissaSh: Hello @HRHJohor2 if you don't mind,may I
know why did you hate Neelofa that much? :)

Juga diulas dengan baik di blog Still Not So Royal, After All oleh Tuah Teja.

Tiada langsung aura putera raja turun dari kayangan, yang segala-galanya
indah, dari rupa paras, perilaku hingga ke tutur bahasa. Apabila kerap ber-tweet
melayan rakyat, semakin terserlah kebodohan diri. Kembalilah kepada konsep anak
raja turun dari kayangan yang hanya sesekali keluar pagar istana dengan pakaian
yang indah-indah, perilaku dan tutur kata yang berkarisma. Baru lah aura diraja itu
hadir dengan sendirinya.

Jadi lah seperti pewaris takhta Perak, Raja Dr. Nazrin Shah. Walaupun lahir dan
dibesarkan sebagai rakyat biasa tetapi aura diraja itu ada. Beliau tidak tweet untuk
mengingatkan bangsa Melayu dengan bahasa yang begitu hodoh sepertimana yang
TMJ tulis di twitternya.


Seperti "anak raja turun dari kayangan", Raja Nazrin muncul sekali-sekala dengan
ucapan-ucapan dan pidato yang memberi kesan kepada rakyat. Sama seperti TMJ
yang risau akan orang Melayu cuba menjatuhkan institusi beraja tetapi dengan
menggunakan bahasa yang hodoh (terutamanya part "Kalau dah susah, jangan
sibuk nak mencari Raja"), Raja Nazrin lebih awal tampil mengingatkan rakyat
mengenai kepentingan institusi beraja melalui 7 wasiat Raja-Raja Melayu.

Bukan itu sahaja, Raja Nazrin secara konsisten terus mengingatkan rakyat
mengenai pentingnya institusi beraja dan juga tidak lepas dari menasihati golongan
istana bahawa tidak mustahil takhta istana akan berpindah ke muzium satu hari
nanti atas sikap raja itu sendiri. Satu petikan dari pidato Raja Nazrin yang agak
menarik bertajuk "Institusi Beraja" disampaikan di Institut Tadbiran Awam Negara
(Intan) pada tahun 2008 berbunyi,

"Dengan berada di takhta yang lebih tinggi, Raja hanya terlibat pada waktu dan
ketika yang diperlukan," - Raja Dr. Nazrin Shah

Berbalik kepada konsep "anak raja turun dari kayangan" tadi, raja hanya perlu
muncul pada waktu tertentu saja seolah-olah raja turun dari kayangan untuk
menyelamatkan keadaan. Tiba-tiba raja itu muncul untuk menyelesaikan sesuatu
masalah, memberi pedoman kepada rakyat jelata dengan bahasa yang indah-indah
dan budi pekerti yang baik-baik. Ini bermakna seseorang raja itu tidak perlu lah sibuk
membicarakan hal-hal berkaitan dara atau tidak seseorang artis itu, juga tidak perlu
sibuk jika ada rakyat yang mengelarkan diri Prince of Damansara, King of
Ampang, Queen of Sentul dan sebagainya. Faham tak? Bak kata Tukartiub -
"kalau bodoh jangan cakap kat orang!"


Raja Nazrin berbicara mengenai DEB
Raja Nazrin menjadi Raja Muda Perak pada usia yang muda iaitu 28 tahun. Tidak
banyak bezanya dengan TMJ. Yang membezakan mereka ialah tahap
kehandsomean dan intelektual. Sorang walaupun umur 56 tahun tapi tetap
handsome dan mempunyai aura dan karisma. Dari segi intelektual, memang terlalu
jauh tahap pendidikan jika ingin dibandingkan antara mereka berdua. Pada usia
yang muda, Raja Nazrin sudah memegang BA (Hons) Philosophy, Politics and
Economics dari Oxford University. Kemudian Master dan PhD dari Harvard
University. TMJ pula hanya seorang askar, walau pun kemetot (mungkin tinggi
minimum untuk menjadi askar atau memang tidak cukup tinggi tetapi dicukupkan?)
tidak menjadi soal, satu hari nanti TMJ bakal menjadi Brigadier-General seperti
Sultan-Sultan Johor sebelum ini kerana Askar Timbalan Setia (JMF) kepunyaan
sendiri iaitu bodyguard Sultan Johor dan kerabatnya. Tidak menghairankan!

"Anak raja turun dari kayangan" juga tidak akan menjaja kisah peribadi, kisah cinta
dan gosip murahan kepada rkayat jelata. Semuanya adalah "private". Kisah cinta
TMJ dengan Fasha hingga lah kepada percintaan dengan pelakon Fazura menjadi
gosip murahan di akhbar dan majalah non-intelektual. Belum lagi gambar-gambar
mesra dan tweet romantis antara @HRHJohor2 dan @missfazura menjadi bualan
rakyat. Berbangga atau tiada kemaluan? @HRHJohor2: Love you baby
@missfazura dan @missfazura: Love you sayang RT @HRHJohor2: Love you
baby @missfazura. Bukan romantis, tapi low class!

Pertama kali muncul di akhbar hanya selepas usia 3 tahun
Berbalik kepada contoh Raja Nazrin tadi (walau pun boleh diletakkan contoh raja
dan putera-putera raja yang lain, tetapi meamandangkan contoh di atas adalah Raja
Nazrin, maka dalam entry ini kita berbicarakan mengenai Raja Nazrin sahaja),
selepas kahwin rakyat jelata pun tidak tahu kisah di sebalik pagar istana, dengar-
dengar sudah dapat seorang putera dan baru-baru ini lahir pula seorang puteri.
Apabila putera Raja Nazrin sudah berusia 3 tahun, baru itulah pertama kali keluar di
akhbar tempatan. Mungkin itulah pertama kali Raja Nazrin membawa puteranya
keluar ke majlis-majlis? Seperti putera raja turun dari kayangan, rakyat hanya dapat
berjumpa atau melihat gambar putera-puteri raja sekali-sakala sahaja.


Satu artikel Raja Zarith Sofia dalam The Stars Mengenai blog
Itu kisah Raja Nazrin. Bukan untuk membandingkan tetapi yang baik cuba contohi
dan jadikan tauladan. Jika tidak boleh jadi sehebat Raja Nazrin pun, jadi lah
sehebat bonda sendiri - Raja Zarith Sofia, graduan dari Oxford University dan
menulis dalam kolum "Mind Matters" akhbar The Star. Mungkin genetic sebelah
ayahanda tidak berapa nak cerdik sangat, harap-harap dapat lah sedikit
genetic dan mencontohi bonda.

Lahir sebagai anak gahara - ayahanda adalah putera kepada Sultan Johor dan
bonda adalah puteri kepada Sultan Perak tidak menjanjikan aura sebagai anak
raja itu bersinar dalam diri. Bukan juga dari harta berjuta ringgit. Aura dan karisma
itu datang dengan sendirinya, dari kecantikan luaran dan dalaman, dari baik tata
susila dan sopan tutur katanya. Raja seharusnya bijaksana. Sastera dan hikayat
lama selalu menceritakan perihal raja yang bijaksana dalam urusan mentadbir
negara. Kembali semula membaca hikayat lama, dari mana datangnya ayat "raja
turun dari kayangan", mesti ada sebab dan musababnya.

"CM PLASTER"-LIM GUAN ENG

Agak menarik membaca tuduhan dan penafian hubungan sulit CM Penang. Sebagai
manusia biasa kita juga tertanya beberapa soalan yang masih tidak terjawab dan
adakah mana-mana pihak akan tampil membuat penafian berdasarkan fakta? DAP
tekenal hanya bercakap fakta dan tidak beremosi dan harap dalam perkara ini fakta-
fakta persoalan dibawah juga dijelaskan oleh pihak DAP.


1. Kenapa wanita tersebut yang memegang jawatan penting di Pejabat Ketua Menteri
Pulau Pinang di tukar jawatan ke unit lain, adakah wanita tersebut memohon atau
diarahkan bertukar?

2. Atau adakah wanita tersebut tidak menjalankan tugas dengan penuh dedikasi
seperti CM Penang? Tak mungkin mana-mana CM, Menteri Besar mampu dengan
sekelip mata mengarah pertukaran jawatan kakitangan kritikal mereka tanpa
sebarang isu isu yang munasabah.

4. Dalam pemikiran waras kita, adakah seorang yang bertugas di pejabat CM Penang
sanggup mengundur diri ke jawatan lain yang tidak sehebat jawatan sebelum
ini?Adakah wanita tersebut meminta ditukarkan jawatan?

5. Adakah waras, wanita yang dituduh melakukan hubungan sulit tidak mampu
menafikan perkara tersebut hanya mampu mengatakan tiada komen dan
sebagainya dan sebaliknya orang yang yang menikmati hubungan sulit tersebut
yang segera membuat pelbagai penafian.Kenapa mangsa hubungan sulit ini tidak
membuat penafian ? Kenapa kita tidak lihat sebarang "Joint Press Conference "
antara CM Penang dan wanita tersebut dan juga isteri CM Penang dalam membuat
penafian?

6. Adakah waras seseorang pemimpin seperti CM Penang boleh garu dahi sampai
terluka? Ada yang tak kena.Jika ini benar, agak merisaukan jika mereka boleh
mengaru ekonomi atau pentadbiran negara Malaysia dan mungkin juga berdarah
dan terpaksa rakyat Malaysia menampal plaster di dahi kerana tersalah membuat
pilihan pada peti undi.

7. Tanyalah, mana mana manusia yang pernah menggaru dahi dan pernah atau
tidak sehingga berdarah atau luka dan terpaksa tampal plaster di dahi.

8. Beranikah isteri Lim uan Eng mangadakan Sidang Akhbar barsama wanita tersebut
atau kita akan terus mendengar alasan seperti Wan Azizah dan Shamsidar?

9. Jika berani kerana benar, adakan sidang ahkbar bersama dan jangan sekadar satu
pihak bercakap dan membuat penafian.

10. Kenapa nak tunggu Utusan keluarkan artikel, sedangkan banyak akhbar dan blog
telah keluarkan cerita ini dan mengapa tiada sebarang tindakan undang-undang?

11.Ungutan CM Penang terhadap para wartawan juga jelas akan sikap hipokrit beliau,
dengan membuat ugutan seperti itu meletakkan tekanan pada wartawan tersebut
dalam menulis cerita seperti ini. Inikah yang dikatakan kebebasan akhbar?

12. Gelaran CM Plaster adalah terbaik bagi Lim Guan Eng dan DAP dalam menyorok
segala kelemahan dan keburukan mereka. Ini baru plaster yang kita nampak dan
tidak kita ketahui berapa banyak plaster telah ditampal dalam pelbagai isu isu politik
yang lain.

Uncleseekers-Justice or Injustice? What is the truth?

1. Penangkapan Uncleseekers berhubung dengan isu blog beliau adalah hak pihak
berkuasa yang menyiasat terhadapnya. Sudah semestinya pihak PDRM sedar akan
kesalahan beliau yang mungkin perlu didakwa atau mungkin juga tidak.

2. Bukankah seharusnya Uncleseekers didakwa mefitnah Sultan Johor? Dan kenapa
beliau ditahan dibawah OSA bukanya Akta Fitnah 1957 sekiranya cerita-cerita
tersebut adalah palsu.? Adakah OSA boleh digunakan dalam kes seperti National
Feedlot Corporation?




3. Mengapa maklumat peribadi Orang Kena Tangkap disebarkan dengan jelas di
akhbar-akhbar dan kaca TV sebelum pendakwaan rasmi dibuat?

4. Tetapi, yang mengejutkan, apabila beliau di katakan positif dadah dan kenyataan
rasmi PDRM mengesahkan perkara tersebut.Ini yang dikatakan, bila tak boleh nak di
kaitkan dengan tuduhan dalam hal ini maka kita ubah ke tuduhan lain..adakah ini
yang berlaku? atau sememangnya beliau seorang penagih.

5. Anehnya, dimanakah kenyataan rasmi sokongan keluarga dan pembangkang yang
selalu meminta keadilan bagi pihak yang teraniaya.

6. Banyak cerita dan berita yang kita baru tahu akan kebenarannya/kepalsuannya
berdasarkan cerita Uncleseekers. ?

7. Dimanakah para barisan peguam dan hak asasi manusia bagi kes seperti
Uncleseekers? Bukan kah kita melihat barisan peguam (percuma) yang menyokong
seorang pelajar Adam Adli hanya bagi kes perhimpunan haram dan penggantungan
pelajaran beliau? Ini lah yang dikatakan, KEADILAN untuk yang terpilih sahaja dan
..dan mungkin Uncleseekers bukan antara yang terpilih..
8. Saya membaca pendedahan Uncleseekers dari part1 sehingga yang terkini..bukti
dan dokumen sokongan disertakan oleh beliau memberi keyakinan pada pembaca.
Adakah mudah memperolehi dokumen penting seperti itu bagi kes membabitkan
pihak Istana?Siapakah tali barut yang memberikan dokumen tersebut.Adakah
Uncleseekers teraniaya atau ada campur tangan pihak istana dalam perkara ini.
9. Mengapakah terlalu banyak cerita berhubung pihak istana dan sehingga pelbagai
tuduhan dan cerita disebarkan berhubung istana? Siapakah dalang disebalik
pelbagai cerita membabitkan pihak istana sehingga menyebabkan kesangsian pada
rakyat terhadap kredibiliti pihak istana.
JPJ Ada "Time Machine To Future"



We Go To Future With JPJ Malaysia!!
JPJ has "Time Machine"..Yahooo!!

Dato' Ketua Pengarah JPJ Malaysia,
Is it true Malaysian can travel to future to bid for future registration numbers for our
vehicles? Can you please explain how this happen and how this is allowed to
happen.
Thank you.
malaysiacrisis.blogspot.com

Meneruskan siri pendedahan dan penggunaan "Time Machine To Future" oleh JPJ
Malaysia

Setakat Jam 17:35 bersamaan 1hb Ogos 2012 (Rabu), berdasarkan rekod rasmi
Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia, Negeri Johor Darul Takzim menunjukkan no
siri bidaan terkini adalah bagi no cabutan bermula dengan JNT 6536


Kecoh seluruh Malaysia kerana bidaan WWW1 tetapi kita lupa krisis kewujudan
nombor pendaftaran yang belum sampai masa untuk dibida. Dengan izin "What The
Hell Is Going On Inside Malaysia?


JPJ Malaysia has Time Machine?
Wujudkah "Time Machine To Future" di JPJ Johor? Adakah benar JPJ Johor boleh
membawa kita rakyat Malaysia ke masa hadapan dan terus membida nombor-
nombor kenderaan yang belum tersenarai untuk bidaan?

Yang jelas terbukti dalam pelbagai nombor kenderaan seperti JUA 1, JUB 1, JUC 1
& JUJ 1 (masih banyak lagi dan cukup untuk rujukan pada masa ini) dengan sahih
membuktikan wujudnya "Time Machine To The Future" di Pejabat JPJ.
Siapakah yang layak menggunakan Time Machine? Adakah hanya JPJ Johor atau
wujud Time Machine ini disemua JPJ seluruh Malaysia?
Agak memalukan apabila akhbar dan parti politik bercakap berkenaan nombor
bidaan WWW1 baru-baru ini sedangkan ianya hanya bidaan nombor siri pendaftaran
terkini tetapi kita lupa mengambil tahu beberapa perkara kritikal dalam isu ini.

JUC 1
Bagaimana wujud nombor pendaftraan kenderaan yang belum ditawarkan untuk
dibida tetapi telah diguna pakai. Selain itu no pendaftaran itu juga jauh kedepan dari
no siri pada masa terkini dan bagaimana ianya berlaku? Dimanakah ketelusan JPJ
dalam mentadbir urus no siri pendaftaran kenderaan? Jika ini boleh berlaku kenapa
perlu ada rakyat Malaysia yang perlu membida nombor WWW1 bukankah mudah
nombor WWW1 ini diperolehi lebih awal seperti nombor-nombor lain. Apa yang cuba
diperlihatkan kepada rakyat oleh JPJ Malaysia?

Rakyat Malaysia Terlihat JUB 1

Jika wujud kemampuan memperolehi bidaan no pendaftraan yang belum ditawarkan
untuk dibida oleh JPJ kenapa perlu kecoh membida no siri terkini? Adakah benar
bayaran dibuat? Adakah benar bayaran masuk ke poket kerajaan atau bayaran
berpusing di alam tangan-tangan ghaib. Agak menghairankan bagaimana JPJ
membolehkan pengunaan nombor yang tidak lagi ditawarkan untuk dibida oleh
pihak-pihak terentu. Apakah jawapan dan alasan Ketua Penagrah JPJ dalam
perkara ini.


JUX 1

Jika bidaan nombor pendaftaran kenderaan Menteri Kesihatan berharga RM 24,
2000 boleh ditawarkan percuma setelah dibida dengan tawaran tersebut maka
kenapa perlu ada bidaan dari menteri tersebut? Lebih baik bagi free terus dari awal
tidak perlu mengelirukan dengan kenyataan berputar belit. Begitu juga jika Menteri
Kesihatan diberikan percuma maka adakah logik Sultan perlu membayar bidaan
mereka? Tidak masuk akal apa yang diperkatakan sedangkan pelbagai pihak
mendakwa hasil bidaan akhirnya pergi kepada rakyat tetapi betulkah hasil bidaan
dibayar?

Disinilah YB Nizar Jamaludin nampak lebih praktikal dalam pemikiran dan persoalan
beliau. Beliau tidak menghina tetapi bertanya soalan praktikal dan ini juga yang
dirasakan oleh kebanyakkan rakyat Malaysia dan haruskah semua rakyat Malaysia
perlu diheret ke mahkamah untuk disaman atau didakwa?
Jika pengurusan sistem bidaan itu sendiri tidak betul dan telus maka inikan pula
hasil bidaan terurus dengan penuh amanah.


Kami Menuntut Hak Bidaan Masa Depan di Masa Sekarang!!
Bolehkah Rakyat Malaysia ingin membida nombor pendaftaran kenderaan bagi
nombor-nombor yang belum ditawarkan untuk bidaan? Jika jawapanya TIDAK maka
Ketua Pengarah JPJ Malaysia perlu memberikan penjelasan berhubung pekara ini
dengan jelas sebelum lebih banyak pendedahan dibuat yang akan mengaibkan
intergriti Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia.

Kita nantikan bersama penjelasan JPJ Malaysia berhubung isu ini. Harap mereka
sedar bahawa rakyat Malaysia mempersoalkan hak bukan menagih hak untuk
rakyat. Tanggungjawab mereka adalah memberi dan menjaga hak rakyat dan bukan
menggadai hak rakyat kepada mana-mana pihak dengan semuanya adalah
percuma. Jika benar "Janji Ditepati" maka akan adalah Press Conference yang akan
menyusul untuk menjelaskan perkara ini atau "Rakyat Diperbodohkan" maka mereka
akan diam membisu menanti saat dilupakan oleh rakyat Malaysia. Isu ini adalah
persoalan kepada JPJ Malaysia dan ianya juga mungkin tidak hanya berlaku di
Johor dan adakah banyak kereta-kereta lain didaftarkan dengan nombor yang tidak
lagi wujud untuk dibida tetapi telah dibida oleh golongan yang diberikan hak
istimewa yang tidak termaktub dalam perlembagaan Malaysia.

Rosmah Mansor Caught In Extreme Action
Rosmah Oh Rosmah, Kenapalah Kau Menjadi Idaman & Perbualan Seluruh Rakyat
Malaysia?
Rosmah Oh Rosmah, Dimana Kesilapan & Dosa Mu?
Rosmah Oh Rosmah, Adakah Kau Bersedih & Rasa Dianiaya?
Rosmah Oh Rosmah, Sesungguhnya Kaulah Permata Negara Kerana Hanya Dirimu
Di Penuhi Permata.
Rosmah Oh Rosmah, Engkaulah Intan Negara Kerana Dirimu Berkilauan Sentiasa
Rosmah Oh Rosmah,Rakyat Malu Berdepan Denganmu Kerana Kau Melampaui
Segalanya
Rosmah Oh Rosmah, Rakyat Takut Padamu Kerana Segala Cerita Mengenaimu
Rosmah Oh Rosmah, Kerana Sayang Padamu Maka Pergilah Jauh Dari Mata Kami
Rosmah Oh Rosmah, Semakin Kau Mendekati Rakyat, Semakin Jauh Kami Lari
Darimu
Rosmah Oh Rosmah, Cukup Sudah Selama Ini Bersandiwara & Berdepanlah
Dengan Realiti
Rosmah Oh Rosmah, Kau Hanya Isteri Bukan Perdana Menteri, Menteri Mahupun
First Lady
Rosmah Oh Rosmah, Jauh Sekali Engkau Disanubari Hati Kami Rakyat Malaysia
Rosmah Oh Rosmah, Jangan Terus Terbuai Mimpi Nanti Terbakar Diri
Rosmah Oh Rosmah, Fikir Fikirkanlah!!

Pernahkah kita terbaca atau terlihat usaha-usaha media masa dan media cyber
yang terlalu ekstrem dalam memperlihatkan diri isteri perdana menteri seorang yang
baik bukan sebaliknya? Pernahkah kita terbaca artikel yang kurang mnyenangkan
berkenaan isteri-isteri perdana menteri sebelum ini? Kenapa perlu ada usaha
membersihkan imej yang terlalu ekstrem untuk Rosmah Mansor sehingga rakyat
dengan jelas dapat merasakan segalanya hanya sekadar sandiwara untuk
memenangi hati rakyat.
Rosmah Oh Rosmah, Rosmah Sedang Mengaji



Majlis Mengaji Quran Terhebat Di Malaysia & Perlukah di perlihatkan kepada awam
akan cerita-cerita seperti ini? Cerita yang baik tidak perlu di hebohkan dan
percayalah tukang masak, pembantu rumah,kakitangan Sri Perdana sendiri boleh
menghebohkan perkara yang baik kepada seluruh Malaysia daripada blogger
upahan untuk "Imej Rebuilding Program". Sekali ianya dijadikan umpana Majlis
Rasmi Negara dan kecoh seluruh Blogger berbayar untuk memaparkan cerita
seperti ini.






Rosmah Oh Rosmah, Rosmah Tengah Khatam Quran



Perlukah majlis khatam Al-Quran dipertontonkan seperti pawagam dan yang hadir
adalah kakitangan-kakitangan jabatan kerajaan semata-mata untuk majlis ini.Ramai
yang khatam Al-Quran lebih banyak tidak sekecoh cerita-cerita blogger upahan
untuk "Imej Rebuilding Program". Lihatlah pentas hanya untuk majlis khatam Al-
Quran mengalahkan Majlis Tilawah Al-Quran Kebangsaan





Rosmah Oh Rosmah, Rosmah Sedang Mempromosi Islamic
Fashion



Jika ada keikhlasan dalam dua gambar diatas, maka seharusnya Penaung Islamic
Fashion sedar bahawa baju nampak bahu dan ketiak ini bukannya Islamic Fashion.
Memalukan Islam dengan penggunaan Islamic Fashion dan riuh sedunia dibuatnya
dan akhirnya terludah muka sendiri.Inilah dikatakan main terkam bila boleh dapat
publisiti untuk diri sendiri dan akhirnya "No Quality"




Rosmah Oh Rosmah, Rosmah Sedang Bercengkerama Dibawah Bulan Purnama



Yang ini lagilah bukan Islamic dan jika sedar Al Quran adalah ajaran dan pegangan
maka insiden ini juga mungkin tidak akan berlaku dan kecuh dibuatnya Malaysia.
Bila nafsu melampaui batasan hilang pendirian dibuatnya & lupa dirinya isteri orang
bukan harta milik awam. Kesian lelaki Bollywood sampai terbongkok-bongkok
semua dibuatnya.Adakah artis-artis mengenali Rosmah Mansor atau Rosmah
Mansor lebih mngenali mereka.



Usaha Memperbaiki Imej Rosmah Mansor


Artikel Papagomo
PAPAGOMO pernah menulis dan bertanya "Hina sangatkah Rosmah Mansor?"
Rosmah Mansor tidak hina sebenarnya.Dia tidak harus di fitnah atau di tuduh tetapi
terlalu banyak fakta yang membenarkan apa yang diperkatakan oleh pelbagai pihak
berhubung beliau.

Soalan Rakyat Malaysia kepada Papagomo, Tetapi hina sangatkah rakyat Malaysia
sehingga kami diperbodohkan dengan pelbagai perbelanjaan yang tidak pernah
dibuat oleh mana-mana isteri perdana menteri sebelum ini tetapi dia berani
melakukanya di siang hari.

"PERMATA Negara" adalah contoh terbaik bagaimana sebagai isteri perdana
menteri tetapi menjaga portolio bearatus juta peruntukkan kerajaan. Permata Ngara
adalah sebuah Unit yang ditubuhkan khas untuk Program Pendidikan Awal Kanak-
Kanak yang diletakkan dibawah Jabatan Perdana Menteri dan ditadbir urus oleh
seorang Setiausaha Bahagian (SUB) di Jabatan Perdana Mentari. Siapakah Boss
kepada SUB ini. Siapa Penaung Program Permata Negara? Tidak lain tidak bukan
Datin Seri Rosmah Mansor, Isteri Perdana Menteri. Adakah peranan Penaung hanya
sebagai Penaung atau selaku "Ketua Pengarah" atau "Menteri Portfolio Permata
Negara"

Pernah kita lihat dimana-mana bahagian, agensi atau unit dibawah Jabatan Perdana
Menteri diwujudkan jawatan Penaung bagi bahagian, agensi atau unit tersebut? Ada
sesuatu yang jelas tidak kena dengan Permata Negara dan kenapa ianya perlu
diletakkan dibawah Jabatan Perdana Menteri sedangkan Visi & Misi Permata
Negara seharusnya dikelolakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.



Adakah tidak layak Menteri Pelajaran Malaysia juga Timbalan Perdana Menteri
menerajui Program Permata Anak Negara? Sedangkan,program seperti ini adalah
program nasional yang diselaraskan dengan pendidikan awal sekolah peringkat
umur 2 Tahun keatas dimana-mana negara membangun dan bukanya sesuatu yang
direka cipto oleh Datin Seri Rosmah Mansor.
Nantikan kupasan dan pendedahan lebih lanjut tidak lama lagi.


Rosmah Oh Rosmah,
Jangan Panik Ye Tunggu Kesudahan Cerita Permata Negara

Raja Berfoya, Terpeliharakah Agama Islam?
Menurut Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan, Raja-Raja adalah Ketua Agama
Islam bagi negeri masing-masing, manakala Yang di-Pertuan Agong ialah Ketua
Agama Islam bagi negeri baginda, negeri yang tidak mempunyai Raja dan Wilayah-
wilayah Persekutuan. Peruntukan sama wujud dalam perlembagaan negeri.
Peranan Raja-raja sebagai Ketua Agama Islam adalah merupakan suatu tradisi yang
menjadi amalan sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi. Ia juga merupakan
satu hak dan tanggungjawab Raja-raja untuk memelihara kesucian Agama Islam.
Sebagai contoh, di dalam sumpah jawatan Yang di-Pertuan Agong ada disebut ikrar
baginda untuk memelihara kesucian Agama Islam.

...Dan lagi Kami berikrar mengaku dengan sesungguh dan dengan
sebenarnya memeliharakan pada setiap masa Agama Islam - Petikan sumpah
jawatan Yang di-Pertuan Agong).


Raja Muda Selangor melawat Masjid Jamek Ar-Rahimiah Klang
Bukan hanya Yang di-Pertuan Agong, malah semua Raja-raja Melayu berikrar untuk
memelihara kesucian Agama Islam semasa mengangkat sumpah.

Kita sebagai rakyat pula sentiasa diingatkan untuk mentaati Raja-raja. Setiap
kali khutbah Jumaat dibacakan, lazimnya dalam doa kedua khutbah ada
dibacakan doa untuk Raja-raja dan pasangan mereka, pewaris takhta serta
putera puteri Sultan dan cucu-cucu baginda.


Sultan dan Raja Muda Selangor berbuka puasa dan merasmikan Masjid

Bukan setakat doa kepada Raja-raja, tetapi khutbah Jumaat juga disediakan
teks untuk mengingatkan rakyat untuk mentaati Raja, contohnya khutbah
Jumaat Negeri Perlis pada 18 Mei bertajuk "Raja Berdaulat, Perlembagaan
Dijunjung, Sejahtera Rakyat, Negeri Disanjung". Sebelum itu, pada 13 April pula,
khutbah Jumaat yang dikeluarkan JAKIM adalah bertajuk "Seri Paduka baginda
Yang di-Pertuan Agong Tonggak Perpaduan Ummah". Sememangnya rakyat
sentiasa diingatkan Raja-raja adalah Ketua Agama Islam di bumi Malaysia ini dan
oleh itu perlu menumpahkan taat setia yang tidak berbelah bagi.

Persoalannya, apakah sebenarnya peranan Raja-raja Melayu sebagai Ketua
Agama Islam? Adakah hanya berperanan berbuka puasa di Masjid-masjid atau
merasmikan masjid dan surau yang baru?

Artikel Cicit Daeng bertarikh 23 Julai 2012 bertajuk Jauhi Pintu Raja kata Imam
Syafi'i menyingkap kisah Raja Arab Saudi dan kaum kerabatnya yang tidak terlepas
daripada melakukan maksiat dan salah-laku yang bertentangan dengan ajaran Islam
walaupun digelar Custodian of the Two Holy Mosques atau Penjaga Dua Masjid
Suci. Di Arab Saudi atau di bumi Malaysia ini, sama saja tingkah laku Raja-raja
Melayu yang merupakan Ketua Agama Islam, begitu juga dengan kaum-kerabat
mereka. Jika Raja Arab dan kerabatnya melakukan maksiat dan kemudiannya
berselindung disebalik jubah mereka, tiada bezanya Raja-raja Melayu dan
kerabatnya yang melakukan maksiat dan kemudiannya berselindung disebalik baju
Melayu dan songkok - terus nampak islamik!

Tidak banyak untuk dibicarakan dalam blog entry kali ini. Biarlah gambar-gambar
yang berbicara dengan sendirinya. Diharapkan Perkasa akan terus
memperjuangkan taat setia dan sanggup ke titisan darah yang terakhir bagi
melindungi Raja-raja Melayu, seperti yang dijanjikan semasa perisytiharan
perhimpunan "Raja Berdaulat Kasih Dijunjung" pada 29 April yang lalu.

Raja Muda Selangor, Tengku Amir bersama ibunya Lisa Davis (atau Nur Lisa Idris)
dan teman wanitanya

Bercuti di Pulau Redang bersama kekasih. Dinner tidak lengkap tanpa air kencing
syaitan

Berpicnic di London bersama kekasih hati, tidak ketinggalan air kencing syaitan
tetap ada

Party, party, party! Itu telah menjadi darah daging kebanyakan anak cucu Ketua
Agama Islam bumi Malaysia
AWAS 18SX


Mungkin kah wanita bernama Stephanie Hancox ini bakal menjadi Tengku Ampuan
Selangor?

Tatkala rakyat negeri Selangor sedang menadah tangan meng'amin'kan doa
untuk Raja Muda Selangor pada setiap hari Jumaat, mungkin pada masa itu
baginda sedang bergembira di disko dan membasah tekak dengan minuman
champagne Mot & Chandon.

Mungkin juga tatkala khutbah Jumaat dibacakan untuk mengingati rakyat jelata
untuk mentaati Raja-raja Melayu kerana mereka itulah Ketua Agama Islam bagi
negeri-negeri di bumi Malaysia ini, mungkin pada masa itu baginda sedang sibuk
melakukan maksiat dan salah-laku yang bertentangan dengan ajaran agama Islam.


Tadah tangan terbalik semasa doa untuk Raja,

Pesta Seks Seorang Raja
Raja sebagai Ketua Agama Islam di Malaysia dan diamanahkan kepada mereka
menjaga kesucian agama Islam.Dimanakah dan benarkah kesucian Islam terjaga
dan adakah mereka berkelakuan sebagai seorang Islam yang sebenarnya?

Tidak berniat menuding jari kepada semua raja-raja tetapi bukti berupa gambar yang
anda lihat tidak seteruk mana mata kami melihat dan teramat memalukan dan
menjijikan untuk dipertontonkan kepada semua.

Walaupun begitu kesedaran harus wujud bahawa masyarakat & rakyat Malaysia
jemu dengan mainan kata-kata dan berlagak seperti Khalifah Islam oleh mereka dan
kononya menjaga kesucian Islam tetapi kerana mereka juga terpalit hina kesucian
Islam.


Satu Contoh dari Beratus Keping Gambar Pesta Seks & Arak
Nantikan pendedahan siapakah lelaki yang terlondeh seluarnya dan aksi sebenar
beliau.

Walaupun ada raja yang tidak terlibat dalam skandal dan menjalankan
tanggungjawab mereka sebgagai Ketua Agama Islam Negeri mereka.Tetapi lebih
ramai Raja dan bakal raja yang bersifat kurang senonoh yang bakal menduduki
Jawatan Tertinggi Ketua Agama Islam di Malaysia.

Memandangkan ianya bulan ramadhan, maka kami tidak akan mendedahkan bukti
bergambar (18SX) seperti Pesta Seks melibatkan Raja & rakan-rakannya dalam
keadaan yang mabuk, Raja berkelakuan seperti seorang "Gay" dan lain-lain lagi.

Nantikan pendedahan seterusnya yang bakal membuka mata rakyat Malaysia dan
kita hanya akan malu tertunduk menyembah manusia bergelar raja yang bersifat
seperti itu.

Jelas mereka adalah golongan yang berpura-pura memelihara Islam tetapi adalah
perosak kesucian Islam itu sendiri.

Antara Raja dan Khalifah

Merujuk kepada buku The History of the Khalifas: Who Took the Right Way
tulisan Jalal ad-Din as-Suyuti ada diceritakan perbezaan antara Khalifah dan Raja.
Kecelaruan timbul mengenai gelaran untuk digunakan apabila Umar al-Khattab
menggantikan Abu Bakar as-Siddiq yang menggunakan gelar Khalifatu Rasulillah
(penganti Rasulullah SAW). Pada mulanya Umar digelar Khalifatu Khalifati Rasulillah
(pengganti orang yang menggantikan Rasulullah SAW) tetapi gelar yang terlalu
panjang itu digantikan dengan Amirul Mukminin.

Diceritakan dalam buku tersebut, Sufyan Bin Abi'l-Arja menceritakan pada suatu hari
Umar berkata, "Demi Allah, aku tidak tahu sama ada aku ini Khalifah atau Raja?
J ika aku seorang Raja, maka ini adalah merupakan suatu malapetaka".

Kedengaran seorang menjawab, "Wahai Amirul Mukmini! Sesungguhnya di
antara kedua-duanya itu ada perbezaan".

Umar bertanya, "Apa bezanya?"

Lelaki itu menjawab, "Khalifah tidak mengambil sesuatu kecuali dengan hak,
dan tidak menggunakannya kecuali untuk jalan yang betul. Dan engkau
Alhamdullilah adalah orang seperti itu. Adapun Raja itu berlaku zalim kepada
rakyatnya, mengambil yang ini dan diberikan kepada yang itu".


Qiam bersama Sultan Muhammad V pada 9 Ogos yang lalu
Penulis terpanggil untuk menulis blog entry ini selepas melihat gambar-gambar
ribuan rakyat Kelantan memuliakan Ramadhan dengan menghadiri program Qiam
with Me bersama Sultan Muhammad V di Istana Negeri. Sebenarnya memang
wujud 'Raja yang bersifat Khalifah' dan ada juga 'Raja yang bersifat Raja'.
Perbezaan keduanya ada diceritakan oleh Sufyan Bin Abi'l-Arja seperti di atas. Dan
itu juga sebenarnya maksud yang cuba disampaikan dalam syair Jauhi Pintu
Raja oleh Imam Syafi'i seperti yang ditulis dalam blog entry Jauhi Pintu Raja
kata Imam Syafi'i.

Contoh blog pro-UMNO yang penulisnya mungkin seorang UMNO yang kurang
cerdik seperti kata Tun Mahathir
Tetapi orang-orang UMNO yang buta sejarah dan malas membaca dan
mengkaji buku-buku terus membuat kesimpulan blog Malaysia in Crisis ingin
menjadikan Malaysia negara republik! Hanya dengan membaca tajuk "Jauhi
Pintu Raja", mereka terus tersentap dan membuat andaian penulis dan blog ini
menghasut rakyat untuk menjauhi Raja-raja Melayu. Maafkan mereka kerana
yang tinggal dalam UMNO hanya mereka yang kurang cerdik. Generasi muda
berpendidikan tinggi dan cerdik-pandai semua tak masuk UMNO - itu bukan kata
penulis tetapi itu kata mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir (rujuk disini).

Sultan Alauddin Riayat Shah (Sultan Melaka, 1477-1488)
Di dalam sejarah Kesultanan Melayu memang wujud Raja-raja yang warak, kuat
pegangan agamanya dan menjalankan tanggungjawab sebagai seorang Khalifah
(bukan Raja! Ingat, ada perbezaan antara Khalifah dan Raja). Sejak zaman
Kesultanan Melayu Melaka lagi telah ada seorang Sultan yang paling hebat
iaitu Sultan Alauddin Riayat Shah Ibni Sultan Mansur Shah. Baginda bukanlah
yang sepatutnya mewarisi takhta, tetapi peristiwa sepak raga dimana putera sulung
Sultan Mansur Shah, Raja Muhammad dibuang negeri dan dirajakan di Pahang
kerana membunuh anak Bendahara Tun Perak iaitu Tun Besar.

Satu-satunya makam Sultan Melaka yang masih tinggal
Sultan Alauddin Riayat Shah mencontohi Khalifah Umar al-Khattab dalam
menjalankan pentadbiran, sebagai contoh baginda menyamar sebagai rakyat
biasa dan keluar bersama 2 pengiring iaitu Hang Isap dan Hang Siak menangkap
pencuri pada waktu malam. Keesokan harinya pencuri-pencuri itu diserahkan
kepada Temenggung Tun Mutahir yang sepatutnya bertanggungjawab menjaga
keamanan Melaka. Dikatakan baginda juga pernah memulau Temenggung Tun
Mutahir dikhalayak ramai dan ini mungkin menjadi salah satu penyebab
kepada konspirasi pembunuhan Sultan Alauddin Riayat Shah.



Batu nesan makam Sultan-sultan Melaka dibuat A Farmosa
Selain daripada itu untuk membendung masalah jenayah di Melaka baginda
melaksanakan sepenuhnya undang-undang Islam seperti yang termaktub di dalam
Hukum Kanun Melaka. Baginda mengeluarkan perintah barang siapa didapati
mencuri tangannya akan dipotong, satu hukuman yang tidak pernah dilaksanakan
sebelum itu.

Di dalam buku Haji Di Semenanjung Malaysia: Sejarah dan Perkembangannya
oleh Mohd. Saleh Awang, dengan merujuk kepada catatan yang dibuat oleh Tom
Pires di dalam Suma Oriental menyatakan bahawa Sultan Alauddin Riayat Shah
adalah merupakan orang Melayu pertama dalam sejarah yang mengerjakan ibadah
haji di Mekah. Penulis mungkin mengambil catatan Tom Paires yang berbunyi, "He
was a solitary man and was not often in the town, and in this time he amassed
more riche and swore to go to Mecca to carry out his father's pilgrimage".

Direkodkan juga oleh Tom Pires bahawa Sultan Mansur Shah adalah merupakan
Sultan pertama berazam untuk menunaikan haji, tetapi disebabkan masalah
kesihatan maka niat itu dibatalkan. Jadi, ada ahli sejarah yang berpendapat
kemungkinan Sultan Alauddin Riayat Shah telah mengerjakan haji untuk
dirinya dan berazam untuk mengerjakan pula haji badal bagi ayahandanya,
Sultan Mansur Shah tetapi tidak kesampaian. Allahuaklam.

Misteri Waliullah Raja Kechil Tengah Perak, Raja Ahmad

Makam Peringatan Raja Ahmad yang dikatakan ghaib
Raja Ahmad Johan Berdaulat adalah merupakan putera ke-2 Sultan Abdul Malik
Mansur Shah (Sultan Perak ke-19). Baginda bergelar Sultan Muda dan telah
menjadi adat dalam pertabalan Sultan-sultan Perak untuk menziarahi makam ini.
Raja Ahmad yang warak ini adalah merupakan Pawang di-Raja semasa
kekandanya, Sultan Mu'azzam Shah (Sultan Perak ke-20) menjadi Sultan Perak.
Sebagai Pawang di-Raja, baginda dikatakan menjadi penjaga kepada jin-jin
Kerajaan Negeri Perak di Beting Beras Basah. Allahuaklam.

Sejarah Kesultanan Negeri Perak mencatatkan Sultan Muda Raja Ahmad ini ghaib.
Tiada makam yang tertanam jasad baginda, cuma ada batu peringatan baginda saja
yang terletak di Mukim Pasir Panjang Laut, Perak.

Benarkah Sultan Muda Raja Ahmad ini ghaib? Apakah sejarah yang cuba
ditutup disini? Banyak sejarah yang tidak tertulis dan atas sebab itu juga
terlalu banyak kes mereka yang cuba menuntut takhta Kesultanan Perak.


Raja Kechil Sulong Perak, Almarhum Sheikh Raja Ashman
Ironinya, dari jurai keturunan Sultan Muda Raja Ahmad inilah melahirkan
Sultan-sultan Negeri Perak hingga ke hari ini - Sultan Azlan Shah Ibni Sultan
Yusuff Izzuddin Shah Ibni Sultan Abdul Jalil Ibni Sultan Idris Shah Ibni Raja Alang
Iskandar Ibni Sultan Muda Raja Ahmad.

Walau bagaimanapun, blog entry ini bukan untuk merungkai misteri siapakah Sultan
Muda Raja Ahmad ini, tetapi untuk menceritakan masih ramai Raja-raja Melayu
dan pewaris takhta yang mengamalkan ajaran agama Islam yang sebenar-
benarnya. Contoh adalah Sultan Muda Raja Ahmad ini yang warak sehingga
terkenal dengan gelaran Sultan Waliullah oleh rakyat Negeri Perak.

Dan yang lebih penting untuk kita sama-sama renungkan ialah di luar sana
ramai waris-waris keturunan Raja yang sebenarnya berhak untuk duduk di
takhta, tetapi memilih untuk mengasingkan diri meninggalkan istana,
membuang segala gelaran dan hanya menjadi rakyat jelata dan mendekatkan
diri kepada Allah SWT. Jadi, walaupun di atas takhta sana bersemayam Raja-
raja Melayu, jangan lah sombong dan bongkak kepada rakyat kerana terdapat
rakyat yang lebih pekat darah di-Raja berbanding mereka yang berjaya
menduduki takhta hari ini.

Sultan Zainal Abidin III (Sultan Terengganu, 1881 - 1918)

Sultan Zainal Abidin III
Sultan Zainal Abidin III adalah merupakan Sultan Terengganu yang sangat warak
dan komited kepada pengajaran dan amalan agama Islam dalam negerinya.
Gabenor Negeri-Negeri Selat, Sir Charles Mitchell dalam suratnya bertarikh 14
September 1896 pernah menyatakan seperti berikut, very studious, reading
many Arabic works of science, very strict in religious observance.

Sultan Zainal Abidin III mahir dalam bahasa Arab dan mempunyai beberapa orang
guru dari kalangan ulama yang tersohor yang menjadi rujukan pelbagai masalah
baginda antaranya Syeikh Muhammad bin Ismail al-Fathani dan Syeikh Ahmad bin
Muhammad Zain al-Fathani. Sesuatu permasalahan yang sukar diselesaikan oleh
baginda akan sentiasa dirujuk kepada kedua-dua ulama di Mekah itu dengan cara
mengirim surat atau dengan mengirim utusan. Baginda menunaikan haji pada tahun
1913.


Sultan Ali Ibni Sultan Sulaiman Ibni Sultan Zainal Abidin III (1942-1945)
Undang-undang Negeri Terengganu yang dikenali sebagai Undang-Undang bagi
Diri Kerajaan Terengganu (Itqn al-mulk bi tadl al-sulk) digubal pada tahun
1911 dan diasaskan oleh Sultan Zainal Abidin III dengan dibantu oleh ulama dan
pembesar negeri Terengganu yang bersumberkan ajaran Islam. Walaupun tidak
dinyatakan secara bertulis hudud dan qisas yang mungkin telah dilaksanakan
pada ketika itu kerana mungkin ianya dirujuk terus kepada kitab-kitab fiqh jawi
yang sudah ada seperti kitab Matlaulbadrain karangan Syeikh Daud Fatani
dan lain-lain lagi.


Nasib seorang bekas Sultan Terengganu (cucu kepada Sultan Zainal Abidin III) yang
terpaksa hidup memandu teksi dan hidup dalam kesusahan hingga penghujung
hayatnya
Sultan Alauddin Sulaiman Shah (Sultan Selangor, 1898-1938)

Sultan Alauddin sedang memberi khutbah
Sultan Alauddin Sulaiman Shah Ibni Raja Muda Musa adalah merupakan Sultan
Selangor ke-5. Baginda adalah merupakan seorang Sultan yang warak dan selalu
mendampingi golongan ulama, sebagai contoh seorang ulama besar dari Patani iaitu
Tengku Mahmud Zuhdi bin Abdur Rahman al-Fathani yang telah dilantik menjadi
Syeikhul Islam di Selangor.

Sultan Alauddin banyak mendapatkan pandangan khususnya tentang pentadbiran
dan penyebaran agama di seluruh Negeri Selangor daripada Tengku Mahmud
Zuhdi. Baginda juga pernah membawa ulama yang berasal dari Patani itu bersama-
sama dalam rombongan beliau ke luar negara supaya mudah untuk mendapatkan
nasihat.

Baginda juga sering membaca khutbah Jumaat dan khutbah kedua-dua hari
raya Aidilfitri dan Aidiladha.

Penulis blog kesultananjohor.blogspot.com sila betulkan fakta, berpuluh tahun
sebelum itu Sultan Alauddin Sulaiman Shah sudah pun memberi khutbah di
masjid-masjid sekitar Selangor. Bak kata TMJ "before you open your mouth, do
your research"
Sultan Alauddin Sulaiman Shah juga mengarang 2 buah kitab iaitu Kitab Pohon
Ugama Bahagian Rukun Iman dan Kitab Melatih Kanak-kanak Laki-Laki dan
Perempuan Agama Islam. Kitab-kitab yang ditulis oleh Sultan ini telah disemak
oleh Tengku Mahmud Zuhdi al-Fathani. Selain memuji kandungan karya, beliau juga
memuji baginda Sultan, katanya, "...padahal ia daripada karangan orang yang
mempunyai akal yang sempurna. Dan tinggi hemah pada meneguhkan tiap-
tiap pekerjaan yang berguna. Iaitu mereka yang menghamparkan atas
rakyatnya naung kurnia. Dan aman hadhrat yang mentadbirkan dan
memerintahkan negeri Selangor Darul Ehsan Yang Maha Mulia Maulana as-
Sultan Sir Alauddin Sulaiman Syah ibni al-Marhum Maulana al-Mu'azzam Raja
Musa ..."

Sultan Iskandar Shah (Sultan Perak, 1918-1938)

Sultan Iskandar menjaga cucu semasa kecil, Tengku Ahmad Shah
Sultan Iskandar Shah Ibni Sultan Idris Shah Ibni Raja Alang Islandar Ibni Sultan
Muda Raja Ahmad adalah merupakan Sultan Perak ke-3o. Baginda adalah
nerupakan Sultan Perak yang warak dan tinggi ilmu agamanya. Sekitar tahun 1921,
baginda telah mengarang dan menerbitkan sebuah kitab agama diberi nama
Risalah Iskandar Shah yang membicarakan persoalan tauhid, feqah dan tasauf
serta mengandungi pengajaran, peringatan dan mutiara nasihat yang amat berharga
daripada seorang pemerintah negeri kepada rakyatnya.


Risalah Iskandar Shah
Di dalam risalah tersebut Sultan Iskandar menggunakan nama pena Faqir. Di awal
kitab ini ditulis, Wahai sekelian saudara-saudara ku lelaki dan perempuan
dengarlah perkataan Faqir yang tidak sepertinya ini, mudah-mudahan akan
menjadi kenangan-kenangan saudaraku sekalian kepada Faqir terutama sekali
masa hilang hayat Faqir di belakang hari dan tiada sekali niat Faqir dengan
bermegahmegah ataupun dengan menunjukkan kepandaian melainkan hanya
Faqir berserah dan berpegang semata-mata pada Tuhan kita"

Maka adalah tujuan Faqir menulis Risalah kecil ini semata-mata niat Faqir
ialah kerana mengikut dan menjunjung titah dan suruhan Rasul kita iaitu
hendaklah ingat dan beringat-ingat kita satu sama lain baik dengan sepatah
perkataan sekalipun".


Cucu Sultan Iskandar iaitu anak kepada Raja Fatimah Binti Sultan Iskandar
Sultan Iskandar juga terkenal dalam menguji ulama-ulama. Sebagai contoh, pada
suatu hari di bulan Ramadhan, baginda telah menjemput ulama-ulama di Perak
untuk berbuka puasa di Istana. Belum pun tiba waktu berbuka, baginda telah
menyeru kepada semua yang hadir untuk menjamah makanan. Semua terdiam tidak
berani bersuara kecuali Haji Nawawi Mohd. Tahir yang merupakan penasihat agama
Sultan, Kalau Tuanku hendak masuk neraka masuklah seorang.

Sultan Iskandar memuji keberanian Haji Nawawi, "Nasib baiklah di negeri Perak
masih ada orang yang berani menegur beta!

Sejarah Malaysia juga pernah menceritakan ada ulama menegur Sultan
memakai gelang emas tetapi penampar yang diberikan!

Kesimpulannya, sejarah menunjukkan memang terdapat ramai Raja-raja dan
pewaris takhta yang benar-benar mengamalkan ajaran Islam. Yang diberikan di
atas hanya beberapa contoh sahaja. Raja yang bersifat Khalifah adalah
sebenarnya yang diinginkan oleh rakyat bumi Malaysia ini, bukan Raja yang
bersifat Raja.

Mencari Raja bersifat Khalifah,


Krisis Tarikh Hari Raya di Malaysia

Krisis Teropong Anak Bulan

Hey Orang Disana, Orang Disini Dah Nampak Anak Bulan, Jadi Esok Hari Raya..
Hey Orang Disana, Orang Disini Belum Nampak Anak Bulan, Jadi Esok Bukan Hari
Raya..
Hey Orang Disana Berdua, Orang Tengah Nak Tanya Bulan itu apalah?

Hey Orang Disana, Mana Boleh Orang Di Sini Tidak Nampak Anak Bulan?
Anak Bulan Apa Lagi Yang Kau Nak
Hey Orang Disana, Mana Boleh Orang Di Situ Nampak Anak Bulan?
Anak Bulan Ada Pada Orang Disinilah ..
Hey Orang Disana Berdua,Engkau Orang Bergaduhla Kami Cuba Tengok Matahari
Pula.
Hey..Engkau Putar Belit Jika Kata Hari Raya Lusa
Hey..Engkau Bukan Islam Jika Kata Hari Raya Eosk.
Hey..Engkau Berdua Bubarkanlah Hari Raya Kita Sambut Hari Malaysia.

Hey..Ingat Anak Bulan Bapak Engkau Punya Ke?
Hey..Ingat Anak Bulan Mak Engkau Punya Ke?
Hey..Ingat Anak Bulan Mak & Bapak Kau Punya Ke?

Hey..Engkau Islam Sangatke Pasal Nak Puasa 30 Hari.
Hey..Engkau Kafir Pasal Nak Puasa 29 Hari..
Hey..Engkau & Kita Jadi Islam Pluralisme Ditetapkan 31 Hari Senang Cerita

Hey..Kami Berhujah Berdasarkan Fakta & Bukan Janji Manis Tau.
Hey..Kami Berhujah Berdasarkan Ilmu Islam & Bukan Ilmu Kafir Tau.
Hey..Kami Berhujah Berdasarkan Ilmu Politik Terkini Tau
Hey Orang Disana, 1Malaysia Slogan Rasmi Ucapan Hari Raya Kami
Hey Orang Disana, Hudud Slogan Rassmi Ucapan Hari Raya Kami
Hey Orang Disana, Sebangsa, Sejiwa & Senegara Ucapan Hari Raya Kami

Hey Orang Disana..Parti Hijau & Parti Biru Muda...Podalah!!
Hey Orang Disana..Parti Merah & Parti Biru Muda...Podalah!!
Hey Orang Disana..Parti Merah & Parti Hijau...Podalah!!



Hey Berapa Banyak Hey Hey Hey Engkau Orang Ni Semualah? Cukuplah..Bila Hari
Raya Lah?
Kami Semua Rakyat Malaysia Nak Berhari Raya ni..
Berhentilah Berpoltik Fikirkanlah Kepada Umat Islam Sejagat Bukan Islam Mengikut
Citarasa Parti Politik!!

Mungkinkah Scenario Seperti Di Atas Mampu Berlaku Di Malaysia? Bersama-sama
kita fikirkan kerana semakin hari semakin lemah masyarakat Islam dan bersatu kita
memang tidak sekali tetapi berperang sesama kita kerap sekali. Dimanalah hilang
Khalifah Khalifah Allah ynag benar-benar ikhlas untuk bangkit memperbetulkan
segala kelemahan orang-orang Islam dan menyatukan tiga ideologi poltik kucar-kacir
yang sedang melanda negara ini .


Parti Politik Ikut Selera Nafsu Mereka, Kita Rakyat Sengsara Dibuatnya...

Tema & Logo Hari Kemerdekaana Menjadi Persoalan & Akhirnya Terbentuk Dua
Slogan Kemerdekaan.
Satu Menuduh, Satu Memfitnah & Satu lagi Ambik Kesempatan dan akhirnya
semuanya kucar kacir negara dengan gara-gara ahli-ahli politik Islam di Malaysia.

Satu kata Sokong, Satu Kata Tidak Sokong and Satu Lagi Kata Kita Ambik Yang
Neutral.

Majlis Fatwa Kebangsaan & Majlis Fatwa"Self Proclaim Ulamak" & Majlis Fatwa Parti
Politik & Majlis Fatwa Sedunia pun tidak mampu menyatukan ahli-ahli politik islam
Malaysia masing-masing berhujah dengan Hadis & Al-Quran tetapi mengikut
kecenderungan masing-masing sedangkan Hadis & Al-Quran hanya akan
memberikan kebenaran mengikut hukum Allah.

Hudud pun ada Hudud Parti Merah, Hudud Parti Hijau & Hudud Parti Biru Muda
Langkah Mayat Saya

Sudah Wujud Masjid Imam Merah, Imam Hijau dan terkini Imam Biru Muda dan
dimana silapnya umat Islam Malaysia sehingga berpecah belah sedemikian rupa.


Raya Tak Jadi, Krisis Tengok Anak Bulan Oleh Parti Parti Politik
Tertanya & Terfikir Sejenak adakah Malaysia akan sampai ke tahap dimana
rakyatnya yang merupakan masyarakat Islam dari pelbagai kaum termasuk Melayu
Islam, Cina Islam, India Islam dan Kaum-Kaum Islam lain yang yang wujud di
Malaysia ini akan berpecah menyambut Hari Raya Aidil Fitri mengikut tarikh hari
raya megikut penentuan oleh Tarikh Hari Raya mengikut Pengumuman Majlis
Penyimpan & Penyebar Rahsia-Rahsia Parti Politik yang diterajui oleh parti-parti
poltik masyarakat Islam?


Kita tunggulah apa kesudahan Pengumuman Tarikh Hari Raya oleh Parti Merah,
Parti Hijau & Parti Biru Muda yang majoritinya orang-orang Islam.

Opppppppppss..mimpi rupanya aku di bulan buasa dengan mimpi-mimpi kisah Parti
Merah, Parti Hijau & Parti Biru Muda..

Baju Melayu Teluk Belanga hanya pada nama

Beberapa hari saja lagi umat Islam di seluruh dunia akan menyambut Hari Raya
Aidilfitri. Ramai antara kita sedang sibuk membuat persiapan terakhir membeli-belah
pakaian untuk menyambut hari yang mulia ini. Bagi yang lelaki, ada yang memilih
untuk memakai Baju Melayu Bercekak Musang dan ada juga yang memilih untuk
memakai Baju Melayu Teluk Belanga.
Rakyat Johor sudah semestinya berbangga untuk mengayakan Baju Melayu Teluk
Belanga - "Baju Melayu ni ciptaan Sultan Johor ni!", kata seorang rakan. Boleh
dikatakan ramai beranggapan Baju Melayu Teluk Belanga ini dicipta oleh Sultan Abu
Bakar. Utusan Melayu bertarikh 18 Julai 2007 menyiarkan artikel dengan tajuk Baju
Melayu Teluk Belanga rekaan Sultan Abu Bakar. Begitu juga dengan buku
bertajuk Pakaian Patut Melayu tulisan Muhammad Said Sulaiman juga mendakwa
pakaian Baju Melayu Teluk Belanga sekarang berasal dari Johor semasa
pemerintahan Sultan Abu Bakar di Teluk Belanga, Singapura.

Persoalannya, adakah benar Baju Melayu Teluk Belanga ini direka oleh Sultan
Abu Bakar atau baginda hanya membuat sedikit modifikasi dan seterusnya
mempopularkan pakaian ini?

Dari pembacaan penulis jelas menunjukkan sebenarnya Baju Melayu berleher
bulat yang digelar 'Teluk Belanga' ini telah wujud sejak zaman-berzaman. Pada
zaman Kesultanan Melayu Melaka, baju Melayu berleher bulat ini telah pun
dipakai. Cuma bezanya daripada baju Melayu hari ini ialah ianya berpotongan
ketat serta tangan dan kakinya lebih singkat. Selain daripada itu, ada juga Baju
Melayu pada zaman itu yang berlengan pendek.
Cara pemakaian ini boleh dilihat dalam filem Melayu bewarna yang pertama, Hang
Tuah. Nampaknya pembikin filem pada tahun 1956 itu telah pun membuat sedikit-
sebanyak kajian cara pemakaian di zaman Hang Tuah.

Penggiat seni terdahulu menitik beratkan semua perkara termasuk pemakaian
pelakon yang sememangnya mengikut apa yang tertulis dalam sejarah. Perhatikan
Baju Melayu yang dipakai ini adalah berpotongan ketat, potongan tangan dan
kakinya pula adalah lebih singkat
Baju Melayu dipercayai digunakan secara meluas sejak zaman pemerintahan Sultan
Melaka ke-3, Sultan Muhammad Shah (1424-1444). Di dalam buku Sejarah Melayu
naskah Shellabear, Sultan Muhammad Shah bertitah, "...dilarang memakai cara
atas angin, pakai cara kelinga juga dilarang". Cara 'atas angin' merujuk kepada
pakaian orang Arab dan 'cara kelinga' merujuk kepada pakaian orang India yang
merupakan pedagang-pedagang di Melaka. Orang-orang Melayu pada zaman itu
telah ditekankan untuk mempunyai identiti bangsa sendiri dan tidak
terpengaruh dengan pemakaian bangsa asing.
Di zaman Kesultanan Melayu Melayu lagi dikatakan sudah ada Baju Melayu Cekak
Musang yang dipakai oleh Sultan, kerabatnya dan golongan bangsawan. Yang
membezakan antara Sultan dan golongan bangsawan ialan bilangan butangnya.
Berbalik kepada Baju Melayu Teluk Belanga itu tadi, Sejarah Melayu
menceritakan Tun Hassan Temenggong, anak Bendahara Tun Mutahir adalah
orang yang pertama mengubah bentuk Baju Melayu asal yang ketat dan
singkat kepada Baju Melayu yang lebih besar dan labuh seperti baju-baju
Melayu yang ada pada hari ini.
"Tun Hassan Temenggong yang pertama melabuhkan baju Melayu, dan
membesarkan pangkal tangan baju, dan memanjangkan tangan baju, akan
dahulu baju Melayu kecil - Sejarah Melayu

"Temenggung Tun Hassan, like his father, liked to dress attractively and was
known as a handsome and well-dressed young man. Tun Hasan was the first
Malay man responsible for amending the Malay costume which was small and
tight. He lowered the hem, enlarged the arms and lengthen the sleeves to the
present length" - The History of Malacca During the Period of the Malay Sultanate
karya Buyong Adil (1974)


Baju Melayu straight-cut bersampin pendek Sultan Brunei
Tun Hassan Temenggong dikatakan sebagai seorang lelaki yang kacak,
tampan dan bergaya (fashionable). Tun Hassan gemar memakai pakaian yang
indah-indah dan lain daripada apa yang dipakai oleh anak-anak pembesar
negeri dan bangsawan pada ketika itu. Baju Melayu yang ketat dan senteng pada
zaman itu memudahkan orang-orang Melayu Melaka untuk menjalani kegiatan
harian - bercucuk tanam, bersilat, bermain sepak raga dan lain-lain. Tun Hassan
yang merupakan anak seorang pembesar negeri tidak bersawah-bendang, mungkin
itu sebabnya baju Melayu yang lebih longgar, lengan tangan yang diturunkan
sehingga ke pergelangan tangan dan seluar yang longgar dan dipanjangkan hingga
ke tumit direka. Baju Melayu yang direka oleh Tun Hassan itu menarik perhatian
ramai anak muda Melayu zamannya dan mereka mulai menirunya, sehingga
akhirnya pakaian baju Melayu itu menjadi pakaian rasmi dalam kesutanan
Melayu Melaka semasa dalam pemerintahan Sultan Mansur Shah (Sultan
Melaka ke-6, 1456-1477).
Kesimpulan I
Dari fakta-fakta yang dikemukakan di atas jelas menunjukkan bahawa baju
Melayu era moden yang ada hari ini adalah diilhamkan sejak zaman
Kesultanan Melayu Melaka oleh Tun Hassan Temenggong dan bukannya
direka oleh Sultan Abu Bakar. Sudah lah Tun Hassan mati dibunuh oleh Sultan
Mahmud Shah yang mempercayai fitnah Raja Mendeliar, tambah malang lagi kredit
langsung tidak diberikan kepada beliau yang mereka baju Melayu yang kekal dipakai
hingga hari ini.

Lembu punya susu, sapi dapat nama. Dalam konteks ini penulis lebih nampak
sumbangan Sultan Abu Bakar terhad dalam menamakan pakaian ini sebagai
"Baju Melayu Teluk Belanga" sempena nama tempat pemerintahan Temenggong
di Teluk Belanga, Singapura pada ketika itu. Selain daripada itu, dengan merujuk
kepada buku Rupa dan Gaya Busana Melayu tulisan Azah Aziz (2006), baju
Melayu Teluk Belanga versi Sultan Abu Bakar ini bezanya hanya pada jahit
tangan tulang belut di bahagian leher dan sembat di bahagian kelim dan
kelepet. Selebihnya kredit harus diberikan kepada Tun Hassan Temenggong yang
dilupakan.


Dari laman www.johordt.gov.my yang mendakwa cara pemakaian 'dagang luar' atau
'dagang dalam' dipelopori oleh Sultan Abu Bakar

Potret Keraing Aji berbaju Teluk Belanga
Pemakaian kain sampin cara 'berdagang dalam' atau 'berdagang luar' juga
sebenarnya telah lama wujud dan rakyat bebas untuk memilih cara pemakaiannya.
Mengikut budayawan Siti Zainon Ismail, kain sampin cara 'dagang dalam' (kain
sampin dipakai di bawah baju Melayu) dikenakan oleh penduduk asal sesuatu
tempat, manakala cara 'berdagang luar' (kain sampin dipakai di atas baju Melayu)
adalah bagi golongan pedagang yang bukan berasal dari situ. Dengan ini adalah
mudah mengenali siapa pedagang luar dan siapa penduduk asal sesuatu tempat.
Allahuaklam.

Sebagai contoh penulis merujuk sejarah negeri Pahang yang mencatatkan
sekitar tahun 1722 seorang pembesar Bugis bernama Tok Tuan Keraing Aji
telah datang menetap di Kampung Mengkasar di Pekan, Pahang. Beliau bukan
saja hebat dalam menenun kain sutera tetapi disifatkan sebagai pelopor
kepada cara pemakaian kain sampin iaitu memperkenalkan cara memakai
'dagang luar' dan 'dagang dalam' kepada penduduk Pahang.


Temenggong Ibrahim bersamping dagang dalam
Kesimpulan 2
Bermakna di sini telah lama wujud pemakaian kain sampin cara 'dagang
dalam' atau 'dagang luar' ini beratus tahun sebelum zaman pemerintahan
Sultan Abu Bakar. Untuk mengatakan bahawa Sultan Abu Bakar adalah pelopor
kepada cara pemakaian kain sampin ini mungkin perlu dibuat kajian yang lebih
menyeluruh. Jika dilihat potret Temenggong Daeng Ibrahim yang merupakan bapa
kepada Sultan Abu Bakar, beliau mengenakan pakaian dengan kain sampin
berdagang dalam.
Akhir Kata
Itu lah kisah Tun Hassan Temenggong yang dilupakan dengan rekaan baju Melayu
olehnya yang kekal hingga hari ini dan kisah pemakaian sampin cara 'dagang dalam'
atau 'dagang luar'.

Gaya terbaru Anuar Zain
Cara pemakaian Baju Melayu ini sebenarnya subjektif dan terpulang kepada individu
bagaimana untuk menggayakannya. Baru-baru ini Anuar Zain memakai kemeja
lengan panjang, berseluar hitam serta bersampin dagang luar. Mungkinkah
fesyen itu akan menjadi fenomena satu hari nanti?
Di hari raya nanti pakai lah apa yang anda ingin pakai, terpulang pada citarasa
masing-masing.

Jangan jadi seperti seorang anak raja yang memberi amaran kepada rakyat jelata
untuk tidak memakai sesuatu pakaian mengikut cara keluarganya seperti yang
tertulis di status facebook bertarikh 4 Julai 2012.


Tunku Jalil Ibrahim
Mengapa semakin banyak orang memakai Baju Melayu Telok Blangah dengan
seluar HITAM? Mungkin ada lagi yang tidak faham pakaian itu hanya dipakai
oleh keluarga saya semasa ke majlis majlis formal! Pereka fesyen terkenal
tidak patut meniru pakaian institusi Diraja J ohor!

Kita tinggalkan kanak-kanak yang masih meleleh hingunya itu. Hayati satu teromba
klasik berhubung pemakaian kain sampin (rujuk Mohd Rosli Saludin)

"Adat memakai samping
kok sudah beranak bini
atau orang yang patut-patut
kain samping bawah lutut
sama setentang paras betis
ikat bergulung lurus lurus
jika ikat atas lutut
itu tanda nak cari lagi
harus tahu keadaan ini"

Kristian Mencabar Kesucian Islam Di Malaysia



Kita Memuji Allah di Pagi Hari Raya Aidil Fitri, Tetapi Kita Membenarkan Islam
Diceroboh Dibumi Malaysia

Tatkala mendengar khutbah hari raya aidil fitri yang diterbitkan oleh JAKIM, terdetik
dihati memikirkan nasib orang Islam di bumi Malaysia yang berpecah belah dan
tidak bersatu dalam konteks sebagai orang Islam. Teringat kepada surat Christian
Federaiton of Malaysia yang menggesa seluruh umat kristian Malaysia umtuk
bersatu walaupun mereka tiada perbalahan dan perbezaan pendapat dalam isu
agama mereka. Gereja-gereja diarahkan untuk memainkan peranan untuk
menyatukan umat kristian dalam pemilihan pemimpin menjelang PRU 13. Tetapi kita
di masjid pula sibuk dengan perlantikan para ahli jawatankusa mengikut fahaman
politik dan parti. Mungkin juga kariah masjid yang tidak bersembahyang raya di
masjid yang diimamkan orang UMNO, begitu juga ada yang tidak sembahyang di
masjid berimamkan orang PAS atau juga berimamkan orang PKR.


Benarkah orang Islam Malaysia berani berjihad demi Islam & Allah?

Beranikah orang-orang Islam atau orang-orang Islam takut dan hilang keberanian
apabila berdepan denagn musuh-musuh islam?


Pihak Kerajaan & Pihak Pembangkang Bersama Uskup Datuk Ng, Beranikah
Mereka Demi Islam?
Atau Demi PRU 13 Islam dikorbankan.

Adakah ulamak-ulamak Islam menyatukan umat Islam atau mereka sibuk
mengeluarkan fatwa & kenyataan hujah agama berdasarkan Sunnah & Al Quran
yang lebih cenderung kepada perbalahan sesama umat Islam di Malaysia?
Beranikah Majlis Fatwa Malaysia & Ulamak Ulamak Parti poltik Islam & tokoh-tokoh
pemimpin Islam Malaysia berani mengadaikan nyawa mereka demi Islam?


Beranikah mereka (PAS) memperjuangkan Islam? Mereka juga bersama Uskup
Dato Ng

Beranikah Badan Bukan Kerajaan (NGO) berasaskan Islam berjuang untuk Islam
untuk menjadikan umat Islam bersatu?
Butakah mata & hati pemimpin Islam Malaysia kerana politik, kuasa & darjat dan
terus menggadaikan Agama Islam?
Hilangkah rasa takut kepada Alalh SWT dalam diri ulamak-ulamak, pemimpin-
pemimpin Islam & pemimpin politik Islam dalam mempertahankan agama Islam di
Malaysia?
Parti-parti politik wajib membenarkan umat Islam bersatu demi agama Islam & Allah
SWT dan jangan memecah belahkan umat Islam kerana politik.

Beranikah Mereka Menitiskan Darah Untuk Islam?


Mana pula taring & keberanian Ketua-Ketua Agama Islam di Malaysia yang
penuh daulat & dijunjung rakyat dalam memberanikan diri dalam
memperjuangkan Islam? Beranikah mereka ini menitiskan darah demi agama
Islam atau bersuara tegas kepada hasrat jijik Christian Federation Of
Malaysia?






Mereka berani mencabar & memperjuangkan Kristian

Penulis tersentak apabila mendapatkan pengesahan bahawa surat yang dikeluarkan
oleh "Christian Federation Of Malaysia" adalah surat yang sah dikeluarkan oleh
mereka. Pada penilaian awal disangkakan mungkin surat ini adalah suatu permainan
poltik menjelang PRU 13 untuk melemahkan parti pembangkang ataupun kerajaan
TETAPI selepas membuat pengesahan sebenarnya surat tersebut adalah benar dan
sahih dikeluarkan oleh Federation Of Malaysia dan ianya adalah surat terbuka yang
sedang dengan agresif diedarkan keseluruh pelusuk penganut agama kristian dan
ianya juga melampaui batasan agama dan terus diedarkan kepada semua penganut
agama kecuali penganut Islam.


Surat tersebut dengan jelas mencabar Perlembagaan Persekutuan (Agama
Rasmi) & Perlembagaan Persekutuan (Penyebaran Agama kepada Umat Islam),
Perlembagaan Islam Perkara 3(1). Sikap ini amat mencabar dan melampaui segala
batasan dan sempadan dalam menghormati Perlembagaan Malaysia.Dimanakah
pemimpin melayu Islam yang berani bersuara dan mampukah menggerakkan
himpunan umat islam dalam membidas kemahuan mereka dan kelantangan
Christian Federation Of Malaysia dengan kemahuan mereka terhadap kebebasan
agama.Surat mereka jelas tertulis perkara berikut:-

Christian Federation Of Malaysa
"Sebuah negara di mana kebebasan agama merangkumi kebebasan untuk
menganut, mengamal dan menyebarkan agama di mana ia dibenarkan berkembang
tanpa sebarang pembatasan yang tidak wajar dari undang undang,penegahan
ataupun larangan."

Al-Quran - Surah Al Baqarah Ayat 190

Adakah Surat Tersebut Jelas Membuktikan Kristian Mencerobohi Islam?


Benarkah pemimpin mulia hanya akan muncul dari golongan kristian. Dimana
hilangnya khalifah-khalifah Islam dibumi Malaysia?

Christian Federation Of Malaysia
"Persekutuan Kristian Malaysia menggalakkan umat Kristian berdoa agar pemimpin-
pemimpin yang mulia akan muncul dari pilihanraya umum ini yang akan memenuhi
kriteria di atas, dan juga meletakkan kepentingan negara kita yang tercinta dan
khidmat kepada para rakyatnya sebagai matlamat utama mereka."

Al-Quran - Surah Al Maidah Ayat 77



Benarkah Agama kristian itu penjaga Malaysia dan orang kristian diberi amanah
untuk mentadbir Malaysia dan prinsip kristian adalah tunjang kepada negara
Malaysia. Siapakah mereka pemimpin mulia yang bakal muncul atau telah muncul
dalam melaksanakan perjuangan agama kristian ini di Malaysia. Pemimpin Kristian
telah bersatu dengan bangsa-bangsa lain dan mengukukhkan barisan saf mereka
dalam berdepan PRU 13. Bagaimana pula umat Islam, adakah kita bersatu sebagai
umat Islam berdepan PRU 13 demi kuasa politik dalam menjaga kesucian Islam.

Christian Federation Of Malaysia
"Bila kita merujuk kepada dua bab pertama di dalam Buku Kejadian (Genesis) iaitu
buku pertama Perjanjian Lama, kita membaca mengenai dua kejadian berbeza di
mana Tuhan memberikan segala kuasa dan hak pemerintahan ke atas seluruh dunia
termasuk semua hidupan kepada Adam. Di dalam buku pertama
daripada Perjanjian Baru iaitu Injil Matius, bab kelima, ayat 13 hingga 15, umat
Kristian diberitahu bahawa merekalah garam bumi dan cahaya dunia. Kedua-dua
petikan tersebut dan mesej keseluruhan di dalam Kitab Suci menunjukkan satu
kesimpulan yang tidak boleh dinafikan, iaitu umat Kristian
mempunyai tugas untuk melindung dan mempertahankan dunia serta semua
kehidupan di atas permukaannya. Umat Kristian bukan sahaja diberikan hak
sebagai pemimpin, tetapi juga tanggungjawab sebagai pelindung di dalam
dunia ini."

Adakah benar kristian itu akan melindungi dunia dan itu adalah tugasan mereka juga
dalam menjaga & mentadbir Malaysia?Besar impian mereka di bumi Malaysia tetapi
perpecahan umat Islam akan membenarkan dan memungkinkan ini terjadi.Besar
impian mereka dan mereka telah bersatu sesama mereka dan agama lain dan mula
mengorak langkah kearah kejayaan mereka. Mungkinkah Gereja terbesar sebagai
simbol kejayaan mereka.

Adakah mana-mana Kompleks Islam di Malaysia sehebat kompleks yang
digambarkan seperti gereja terbesar di Malaysia.Masih tidak mencukupi apa
yang yang diberikan dan kini kuasa poltik menjadi impian permainan mereka dan
mereka disatukan demi agama mereka dan berjuang habis-habisan walaupun bumi
Malaysia ini adalah bumi yang majoritinya umat Islam. Inilah terjadi kepada umat
islam apabila hilang perpaduan dan keutuhan umat islam maka tergadailah
segalanya.


Kewujudan Gereja Terbesar Menjadi Perbualan Hangat Masyarakat Islam






Beberapa petikan surat mereka dengan jelas melancarkan serangan yang jelas
terhadap Islam & Perlembagaan Negara. Jika mereka menghormati perlembagaan
negara sebagai rakyat Malaysia maka tidak akan mereka berani mencabar
mengubah perlembagaan tersebut.Tetapi berapa ramaikah pemimpin Islam kita
yang telah mereka berjaya yakinkan bahawa Kristian tidak menyerang Islam dan
tidak mencabar perlembagaan Malaysia.

Beranikah seorang pemimpin Islam di Malaysia mengutuk dan mengecam surat
terbuka Christian Federation Of Malaysia atau terus tersipu diam kerana
memerlukan undi mereka menjelang PRU 13. Ketua-ketua Agama Islam Negeri &
Negara perlu memberi amaran tegas terhadap surat terbuka tersebut atau mereka
juga yang dikatakan bayangan Allah di bumi ini berdiam kerana kerisauan hilangnya
sistem raja berpelembagaan di Malaysia dan memerlukan sokongan mereka.


Umat Islam Malaysia Perlu Berjihad Menyatukan Umat Islam


Mungkinkah takbir hari raya tahun ini yang berkemundang jelas dan menusuk jiwa
akan hilang dari corong-corong pembesar suara di masjid pada hari raya akan
datang. Bersamalah kita bersatu demi Islam walupun bukan kerana politik tetapi
mulakan dengan niat kerana Islam & Allah dan akhirkan (paling kahir) dengan
perjuangan parti dan poltiik maka terpeliharalah Islam dan Malaysia dan dengan itu
umat Islam akan diberkati oleh Allah SWT.







Surat Terbuka Christian Federation of Malaysia adalah satu hasutan dan
membelakangkan perlembagaan negara dan ianya adalah seperti melancarkan
perang terhadap Islam, Yang Dipertuan Agong dan Negara Malaysia. sememangnya
mereka bangsa yang tidak akan senang selagi Islam tidak hancur di bumi Malaysia.


Surat Terbuka Christian Federation Of Malaysia Untuk Rujukan.







Melayu Dilelong, India Diperguna & Cina Dijulang



Mungkinkah Ini Tercetus Pada13 Mei 2013?
Malaysia kini bedepan dengan krisis perkauman yang ketara dan ianya adalah
seperti "Time Bomb" yang bakal meletup pada bila-bila masa. Scenario ini jelas
dapat kita rasakan dengan hampirnya piliharaya umum yang ke 13 dan tidak
mungkin mustahil Malaysia akan berdepan krisis 13 Mei sekali lagi yang bakal
melihatkan sifat perkauman yang ekstrim dalam semua keadaan.


Bangsa Cina Sememangnya Rasis
"Filem Tanda Putra" yang seharusnya dirujuk sebagai filem hiburan dan sejarah
telah mula memanaskan semangat perkauman walaupun ianya masih belum
ditayangkan.Adakah benar sejarah yang tertulis menceritakan segala perkara
sebenar yang berlaku atau "Sejarah ditulis oleh mereka yang menang bagi memihak
kepada ideologi mereka".



Ada kebenarn apa yang diungkapkan oleh Tunku Abdul Rahman jika ditujukan
kepada bangsa melayu.

Apapun, sejarah 13 Mei tidak mampu diubah kerana ianya adalah realiti dalam
isu rasism di Malaysia.


Puak Perjuangan Bangsa

Kewujudan PERKASA untuk kaum Melayu, HINDRAF untuk kaum India & DAP
untuk kaum Cina jelas mennyuntik sentimen perkauman yang ekstrim yang mana
masing-masing mendahulukan kaum dan bangsa mereka melampaui apa jua misi
dan visi parti politik mereka. Di Malaysia, kebanyakan NGO adalah dinaungi oleh
kaum-kaum Cina ataupun India dan ini sekalgi lagi memperhebatkan debat isu-siu
nasional lebih memihak kepada aspirasi bangsa mereka berbanding PERKASA
yang tidak mempunyai fokus membela bangsa mereka kecuali bersuara apabila
perlu mengikut keperluan politik.

Benarkah India Diperguna & Cina Dijulang?

Menariknya adalah perpaduan yang jelas antara orang kaum India & Cina dalam
memperjuangkan bangsa mereka.Walaupun orang Cina & India datangnya dari
pelbagai agama samaada Hindhu, Kristian, Budha dan sebagainya namum agama
tidak pernah menjadi penghalang dalam memastikan perpaduan mereka. Mereka
lebih fokus dalam menonjolkan sikap dan semangat juang untuk bangsa
mereka. Ini jelas dan harus dipuji dan semangat ini jelas memberikan kelebihan
kepada mereka.Perlembagaan Malaysia jelas tidak menyebut Agama Hindhu,
Krisian atau Budha sebagai agama rasmi namun tidak pula mereka hiraukan tetapi
apa yang terus diperjuangkan mereka adalah pembangunan dan hak untuk bangsa
mereka.Adakah ini rasism?




Jelas sekali ianyanya adalah sikap rasism yang mahukan bangsa mereka terjaga
dan hak mereka dan kemahuan mereka tercapai.



Pada masa ini, kerajaan terpaksa akur kepada pelbagai permintaan kaum Cina &
India kerana sikap perjuangan untuk bangsa mereka adalah sepakat tanpa ada
perpecahan disebabkan agama walaupun perpaduan mereka dari latar belakang
pelbagai agama and kepercayaan.


Jarang sekali kita dengar Ketua-Ketua Agama Hindhu, Kristian, Budha
mengeluarkan pelbagai kenyataan yang tidak sehaluan walaupun wujudnya jurang
perbezaan yang jelas dari segi kepercayaan dan perlaksanaan agama mereka.
Jelas sekali agama tidak menjadi isu bagi mereka tetapi mereka terus
memperjuangkan bangsa mereka. Semangat ini memperlihatkan kejayaan bagi
bangsa mereka dan orang melayu perlu sedar semangat juang kaum Cina & India
adalah di tahap maksimum.


Kaum Melayu & Kaum India Bersendirian & Kaum Cina Dijulang oleh Melayu &
India

Pelbagai lapisan masyarakat melayu dan orang Islam juga menyokong penuh hasrat
kaum Cina dan India walaupun dengan tidak sengaja. Sebagai contoh dengan
menjadi ahli parti mereka dan menyokong pelbagai program kemasyarakatan
mereka yang mungkin lebih fokus kepada isu nasional tetapi isu-isu tersebut lebih
memberikan faedah kepada mereka. Jelas sekali, orang Melayu & India
kebanyakanya tanpa disedari sedang memperjuangkan bangsa cina melebihi
bangsa mereka sendiri. Tetapi harus kita ingat, kaum India tidak seteruk kaum
melayu kerana mereka terpelihara perjuangan bangsa mereka dengan kekuatan
HINDRAF secara ekstrim & MIC pada masa ini.


Begitu juga kaum Cina yang terus diperjuangkan oleh DAP secara ekstrim & MCA
secara liberal.Agama tidak memisahkan mereka kecuali yang membezakan mereka
adalah "Siapa lebih vokal & ekstrim dalam memperjuangkan kemahuan sebenar
bangsa mereka dan mampu memberikan yang terbaik bagi bangsa mereka."




Kesimpulan yang boleh kita buat adalah, Melayu & India hari memperjuangkan hak
bangsa Cina dan ini dilakukan tanpa sedar kerana hakikatnya dalam apa jua hal di
bumi Malaysia, orang Melayu & India bertuankan Orang Cina dan ini realiti.

Disebalik setiap pemimpin Melayu, wujudnya tauke tauke cina yang membiayai
mereka dan begitu juga disebalik setiap pemimpin Inida, wujudnya pembiayaan
program kaum India untuk sama-sama perjuangkan isu nasional yang lebih
memihak untuk kaum cina kerana setiap tuntuan kaum India adalah juga untuk
kaum Cina.



Gambar disebelah adalah menunjukkan tajuk debat antara DAP & MCA yang
bertajuk "DAP & MCA, Where Policies Benefit The County Most" dan inilah yang
dikatakan propaganda yang menyebabkan rakyat terpedaya kepada mainan poltik
kaum paling rasis di Malaysia. Tetapi di sebalik tajuk tersebut wujud realiti debat
sebenarnya yang sepatutnya bertajuk " DAP & MCA, WHERE POLICIES BENEFIT
THE CHINESE MOST"



Kita juga dengan jelas melihat agama antara kaum cina dan india tidak menjadi
penghalang dalam memperjuangkan dan penyatuan bangsa mereka. Begitu juga
siapa berkuasa tidak menjadi isu asalkan kesudahanya orang Cina & India berkuasa
dan inilah matlamat mereka walaupun scenario politik menunjukkan mereka
beperang mulut sesama mereka.Dalam setiap strategi mereka, akhirnya orang
Melayu & Islam juga menjadi mangsa dalam setiap perjuangan mereka kerana
orang melayu & islam terpaksa berkorban apa saja asalkan "AKU" berkuasa
bukan bangsa & agama yang aku perjuangkan. Siapakah "AKU"? Inilah
pemimpim politik & islam kita pada hari ini kebanyakan mereka bersifat
sedemikian.

Apakah benar & logik ungkapan diatas bagi kita?

NGO bersandarkan Bangsa Cina

Apabila kita menilai pemimpin Cina & India sebelum menceburi poltitik, mereka
adalah golongan ushawan ataupun professional yang telah berjaya dan banyak
menyumbang kepada masyarakat dan dari situ masyarakat mengangkat mereka
menjadi pemimpin untuk bangsa mereka. Mereka juga sering memilih tokoh-tokoh
dari badan NGO yang lantang dan berani bersuara untuk bangsa mereka.




Bar Council-Kebangkitan Kuasa Bangsa Cina & India


Tetapi bagi orang melayu & islam, lazimnya kebanyakan ahli poltiik kita adalah
golongan yang melihat peluang untuk menjadi kaya dan mahukan kuasa bagi diri
mereka dan sifat ini membuatkan mereka "dipajak atau dijajah" oleh bangsa cina
dari awal yang akan menanggung segala keperluan usaha poltik mereka dengan
syarat akhirnya pemimpin melayu itu terpaksa mengikut telunjuk bangsa Cina dan
inilah "Alibaba Politik Melayu" sebenarnya.



Benarkah Melayu Dilelong?

Orang Politik Melayu hari ini mudah dijual beli, dan tidak kita lupa wujudnya
sindrome "Alibaba" membuktikan betapa mudah Melayu dijual beli samaada dengan
wang atau darjat.

Malaysia, 1st CINA, 2nd INDIA..apa jadi denagn melayu?
Dulu dikenali Persektutuan Tanah Melayu & seteruanya Malaya dan akhirnya
Malaysia. Nama tetap berbunyi "MALAY" tetapi hakikatnya yang menikmati rahmat
kekayaan bumi melayu adalah golongan cina. Itu nikmat hasil bumi yang
menjayakan mereka dan bayangkan nikmat untuk mereka apabila kuasa ekonomi &
poltik dalam gengaman mereka. DEB & NEP pun masih tidak dapat membantu
melayu menguasai ekonomi dan bayangkan penghapusan NEP atau yang sama erti
denganya, apa akan jadi pada melayu?




Melayu mudah lupa bila disogok dengan wang dan darjat."Rasuah" bermula dengan
orang melayu mula menggadai diri untuk memberikan pelbagai projek untuk kaum
Cina yang mempergunakan syarikat Alibaba. Cina sedar orang melayu hanya
memerlukan duit dan darjat.Dengan memberikan mereka duit & darjat lebih dari
mencukupi untuk mereka mengawal orang melayu dari segi ekonomi dan politik.
Itulah sebabnya sehinga hari ini politik

Negara Melayu Untuk Dilelong. "Boss,saya mau beli ini tanah melayu..Berapa harga
cakaplah ! sekarang jugak saya kasi bayar..Berapa lu mau tauke, kita sama sama
cari makan ma. jangan takut, nanti saya jaga sama awak lo tauke. Tanah melayu
pun saya boleh beli ma, jangan takut saya ada kawan melayu guna nama saja. Dia
sign mana saja cakap, kasi wang sikit dia diamlah!! Cakap brapa harga saya kasi
uang sama lu lah.awak simpan ini tanah pun rugi jugak saya kasi lebih hargalah,
mari ikut saya kita pergi minum nanti "-kebiasaanya lepas minum ("Ok taukeh, saya
jual ini tanah lah, saya rasa pun rugi saja simpan.Boss jagalah ini tanah tengok apa
boss mau bikin)



"Taukeh Bijih Timah" Yap Ah Loy

Malaysia masih tersebut nama-nama tauke Cina apabila setiap skandal terbongkar
dan dibelakang tabir setiap projek kerajaan & pembiayaan kewangan parti politik dan
apa jua ekonomi di Malaysia ada tauke-tauke Cina yang memainkan peranan
mereka. Mereka tiada kuasa dan darjat. Mereka memerlukan kuasa & darjat orang
melayu untuk meneruskan agenda mereka dalam menguasai ekonomi secara
keseluruhan dan membiarkan Melayu & India itu menjadi hamba kepada kuasa
ekonomi mereka..Perkataan "MACHAI" & "KULI" adalah sinonim dalam
masyarakat cina apabila merujuk kepada orang melayu tetapi mereka selalu
mengaku diri mereka itu kuli ataupun machai sedangkan mereka adalah tuan
kepada kebanyakan orang melayu dan india. Melayu juga adalah kaum yang tidak
bersatu hati dengan terkenal dengan hasad dengki dan cemburu antara satu sama
lain dan ini juga penyakit yang menyebabkan orang melayu berpecah belah.





Adakah salah jika kita membuat kesimpulan bahawa orang Melayu sebenarnya
sedang dilelong & orang India diperguna oleh bangsa cina dengan mereka
mengukuhkan kuasa ekonomi & politik mereka? Kerana sebelum ini mereka memiliki
kuasa ekonomi dan tidak memiliki kuasa eksekutif poltik. Tetapi sejak 2008 mereka
mula menguasai kuasa eksekutif politik di Malaysia dan ramai orang-orang melayu &
India yang menjadi boneka mereka atau lebih tepat lagi mereka adalah Machai &
Kuli yang bertuankan Bangsa Cina.
Dimanakah Agama Islam yang menyatukan kita umat islam kearah satu arah
kiblat|?

Sekali lagi, orang melayu gagal disini
berbanding dengan bangsa cina dan india yang tidak bergaduh & berpecah sesama
mereka disebabkan faktor agama. Malahan mereka mampu meyakinkan orang
melayu bahawa agama mereka menerima islam dan tiada isu bagi mereka bahawa
Islam agama rasmi Malaysia kerana bukan "martabat" yang mereka kejar tetapi
realiti. Kerana apabila realiti berubah maka martabat juga akan berubah secaral
natural dan akan hilang Islam agama rasmi negara apabila realiti berubah.
Tetapi orang melayu kita lebih fokus kepada darjat dan melupakan realiti sebenar
yang sedang melanda masyarakat melayu itu sendiri.Ini jelas kita lihat dari sudut
ekonomi dimana Malaysia majoritinya orang melayu tetapi realiti ekonomi Malaysia
jelas menunjukkan orang melayu adalah hamba ekonomi kepada orang cina yang
menguasai setiap hasil bumi Malaysia dan kita hanya Machai & Kuli bangsa Cina.

Apabila cuti raya cina bermula, kita orang melayu mula mengeluh semua kedai tutup
dan nak repair kereta pun tak boleh dan buat kerja kerja repair rumah pun tak boleh
kedai-kedai hardware tutup dan realiti paling teruk adalah apabila kebanyakan
kontraktor projek-projek kerajaan semuanya cuti panjang sebab hari raya
cina.Hakikat ini wujud walaupun wujudnya dasar DEB sebelum ini dan NEP yang
terbaru bagi menyokong golongan bumiputera Islam khususnya.Jawapan kepada
scenario ini agak mudah kerana kita mudah digadai dan dijual beli oleh bangsa cina
yang mengawal ekonomi & sekarang ini rakus untuk mengawal poltik & kuasa di
bumi Malaysia. Kenyataan ini bukan rasis kerana telah terbukti bahawa bangsa Cina
adalah bangsa yang amat rasis.


Jika kita lihat sektor perniagaan di Malaysia, kilang-kilang, syarikat-syaarikat
semuanya dimonopoli oleh orang cina dan semua jawatan penting dalam organisasi
mereka pastinya orang-orang cina dan orang melayu atau india akhirnya bekerja
sebagai kelendan lori, pemandu lori, Pegawai HR, Receptionist, Kerani antara
jawatan yang selalunya diberikan kepada bangsa lain di sektor perniagaan oleh
orang-orang cina.tetapi hari ini, kerajaan dikerah membuka pintu seluas-luasnya
kepada bangsa cina terutamanya untuk jawatan-jawatan di perkhidmatan awam dan
sebagainya. Namun sektor perniagaan orang cina masih menutup pintu rapat
kepada bangsa lain kecuali bangsa mereka.

Kenapa pula Islam yang memiliki sejarah yang unggul menyatukan umat islam
sejagat tidak mampu menyatukan umat islam di Malaysia? Umat islam berpecah
kerana wujudnya perbezaan dalam setiap tafsiran yang dibuat samaada ianya fatwa
atau sekadar pandangan ulamak. Islam itu benar, tetapi kenapa pula wujud
pelbagai tafsiran bagaikan langit & bumi perbezaanya pada setiap isu
berkaitan Islam yang akhirnya ummah berpecah mengikut kumpulan tafsiran
yang mereka sokong?


Jika fatwa dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Negara, ulamak dan para ustaz sendiri
mempersoalkan keputusan para ulamak tersebut. Wujud pula fatwa yang
membenarkan apa yang tidak dibenarkan oleh Majlis Fatwa Negara. Kenapa Islam
yang satu-satunya agama yang benar terus diperlekehkan oleh orang-orang islam
sendiri dengan tafsiran mengikut cita rasa politik mereka?


Tidak pernah berlaku di Gereja & Kuil. Tetapi berlaku pada orang Islam
Satu kata haram, satu kata halal dan yang menikmati faedah dari fatwa ulamak-
ulamak islam ini adalah bangsa yang sedang dijulang di Malaysia iaitu bangsa cina.
Segala yang mereka (bangsa cina) lakukan dijadikan halal kerana kononya mereka
menyokong perjuangan islam, tetapi lupakah kita sejarah telah membuktikan sifat
orang-orang munafik adalah sedemikian dan bodohkah kita orang-orang melayu
yang terus menyokong mana-mana parti politik yang memartabatkan bangsa cina
sebagai kritikal dalam perjuangan politik merka.

Bayangkan bagaimana anak-anak islam kita yang masih muda melihat para ulamak-
ulamak islam bertikam lidah dengan perbezaan yang ekstrim dalam isu yang sama
berlandaskan Sunnah & Al Quran dan di satu sudut lagi anak-anak Islam melihat
agama-agama yang tidak mempunyai perbalahan tetapai secara serious hanya
mengikut kitab-kitab kepercayaan mereka.


Salah siapa apabila isu murtad menajdi isu yang agak serius terutama
memababitkan generasi muda?


Agama lain berdakwah & bersatu,
Adakah kita umat islam pernah atau sering mendengar perbalahan antara ketua-
ketua agama samaada Kristian, Hindhu mahupun Budha berkaitan isu-isu agama
mereka? rasanya tidak sekali kita mendengar isu ini terjadi di Malaysia mahupun di
mana-mana dunia. Tetapi kenapa pula Islam sebuah agama yang suci sering
melihat perbalahan pendapat, fatwa dan hujah yang mewujudkan perbezaaan
bagaikan langit dan bumi. Dimana silapnya orang melayu islam di Malaysia yang
mnyebabkan hujah-hujah Islam yang seharusnya tidak boleh lari dari Sunnah & Al
Quran tetapi ditafsir dengan begitu ekstrim perbezaanya oleh para ulamak.


Inilah padah yang kita terima apabila kemahuan poltik melampaui kemahuan dan
kepentingan Islam itu sendiri dan ini juga kerana kemahuan diri (kuasa & darjat)
melampaui kemahuan bangsa & agama mereka.

Melayu Dilelong, India Diperguna & Cina Dijulang


TETAPI Melayu akan hilang segalanya walaupun melayu tetap akan ada di dunia
Kesimpulan jelas kita lihat bahawa bangsa cina sedang dijulang bagaikan satu
bangsa yang teramat kritikal bagi menentukan segalanya di Malaysia sedangkan
mereka adalah bangsa minoriti yang telah berjaya mengeksploitasikan minda-minda
orang-orang Melayu & India untuk bersama mereka dalam memperjuangkan bangsa
cina demi kepentingan mereka.

Islam dijadikan agama kucar kacir sedangkan islam itu adalah agama yang suci
tetapi hari ini kita lihat umat islam kucar kacir disebabkan tafsiran & hujah -hujah
yang berlandaskan Sunnah & Al Quran tetapi cenderung kepada kemahuan & nafsu
poltik.

Sedarlah, bahawa poltik perkauman adalah benar di Malaysia. Poltik berpaksikan
bangsa juga adalah benar. tetapi poltik yang mempergadaikan islam adalah poltik
yang bakal melihat kehancuran umat islam dan sayang sekali umat islam majoriti di
Malaysia adalah bangsa Melayu.


Pengkhianat Rakyat
Semakin hampir pilihanraya semakin riuh rendah janji dan manifesto piliharaya dari
pihak kerajaan dan juga pembangkang. Tidak kiralah yang mana lebih baik atau
buruk tetapi persoalan yang timbul adalah kemana hilangnya penilaian terhadap
perlaksanaan manifesto pilihanraya 2008.

Samaada kerajaan Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat telah sepenuhnya
melaksanakan mandat yang diterima berdasarkan manifesto piliharaya mereka.Atau
manifesto sekadar "Ayat & Mainan Kata Kata Manis" bagi memikat undi dan
akhirnya manifesto hilang nilai kerana kuasa ditangan mereka dan seribu satu
alasan bagi melaksanakannya.

Penulis tersentak dengan kenyataan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Kahlid
Ibrahim di The Malaysianinsider yang jelas menunjukkan betapa mudah rakyat
diperbodohkan apabila kuasa diberikan kepada mereka.

Penulis tidak memihak kepada mana-mana parti politik tetapi apa yang cuba
diketengahkan adalah sikap pemimpin dengan mudah "Twist & Turn" apabila
didesak menunaikan janji mereka dan dengan mudah mereka memperbodohkan
rakyat.



Begitu juga dengan kenyataan meminta rakyat membawa kes ke mahkamah juga
tidak masuk akal dan siapa pula akan menangung kos guaman bagi rakyat. Adakah
jawapan ini yang seharusnya diberikan kepada rakyat? Manifesto adalah janji
mereka dan bukan permintaan rakyat.

Adakah pengadu layak menerima geran Selngorku untuk membiayai kos guaman
kerana sebenarnya rakyat dianiaya dalam kes ini? Atau kes seperti ini akan
dikatakan kes peribadi dan bukan kes penganiyaan


"IT IS A MANIFESTO NOT A PROMISE "




Ada kebenaran bagaimana rumah banglo dan mewah boleh diberikan air percuma
dan rumah-rumah flat dan apartment yang rata-ratanya rakyat berpendapatan
rendah boleh diaibkan dengan begitu sahaja.





Jika ikhlas ingin berkebajikan bukan susah untuk memenuhi tuntutan rakyat yang
tidak menerima air percuma di Selangor yang bermeterkan meter pungkal.



Dengan mudah kita boleh mengira berapa rumah atau apartment dibangunan
dan berapa isupadu air percuma mereka layak terima mengikut kuantiti rumah
di setiap blok dan akhirnya berikan diskaun kepada nilai bil air meter pukal
tersebut. Tetapi kenapa pula pegiraan yang begitu mudah diakhirkan dengan
cabaran untuk rakyat membawa kes ini ke mahkamah? agak harian apabila
ianya jelas memperbodohkan rakyat yang layak menerima bantuan air
percuma tersebut.


Fikirkanlah nilai seorang pemimpin demi masa depan Malaysia sebelum
memangkah mana-mana parti/pemimpin kerana kenyataan seperti ini amat
mengejutkan rakyat apabila mereka lantang mengeluarkan manifesto tetapi mereka
mudah lupa janji mereka kepada rakyat yang seharusnya menikmati faedah yang
yang dijanjikan.

stana Johor sebenarnya menolak kemerdekaan!
Hari ini 31 Ogos, Malaysia menyambut hari kemerdekaan ke-55. Rata-rata blog dan
facebook membicarakan mengenai kemerdekaan. Dalam blog entry siri
kemerdekaan kali ini, penulis terpanggil untuk berkongsi sejarah yang tidak tertulis di
dalam buku teks sekolah-sekolah bagaimana sebenarnya Istana Johor menolak
kemerdekaan Tanah Melayu.

Siri Kemerdekaan 2: Istana J ohor Menolak Kemerdekaan
Sebelum kita berbicara lebih lanjut, pembaca-pembaca budiman boleh lah membaca
satu artikel bertajuk Istana Bantu Capai Kemerdekaan di muka surat 7, Majalah
Holistik bulan Ogos 2007 yang diterbitkan oleh Pejabat Menteri Besar Johor. Artikel
tersebut boleh dimuat turun di sini. Artikel tersebut juga boleh dibaca di blog
penyokong tegar Kesultanan Johor.


Artikel yang diterbitkan di dalam Majalah Holistik





'UMNO Lama' dilahirkan di Istana Besar
Dalam blog entry Siri Kemerdekaan 1: Merdeka vs. Hidup Melayu ada diceritakan
mengenai kisah Sultan Sir Ibrahim membenarkan Istana baginda dijadikan tempat
berlangsungnya perhimpunan agung pertama Pertubuhan Kebangsaan Melayu
Bersatu (UMNO) pada 11 Mei 1946. Di sana jugalah Perlembagaan UMNO telah
diterima dan diluluskan, dan akhirnya UMNO dilahirlah secara rasmi.

Mengapa Sultan Sir Ibrahim terlibat dalam penubuhan UMNO? Ini adalah
disebabkan orang-orang Johor menentang Sultan Sir Ibrahim yang
menandatangani persetujuan Malayan Union. Dan Sultan yang berjiwa
anglophile ini terpaksa akur dengan perjuangan orang-orang Melayu pada
ketika itu yang menentang Malayan Union. Semuanya ada diceritakan panjang
lebar di dalam Siri 1.

Faktanya ialah Sultan Sir Ibrahim adalah raja Melayu pertama bersetuju untuk
menerima Malayan Union. Tidak habis setakat di sana, baginda juga
sebenarnya menentang kemerdekaan Tanah Melayu - fakta yang tidak tertulis
di dalam buku teks!


1. Selepas Malayan Union gagal, Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu dimeterai di
King House (kini Carcosa Seri Negara) pada 21 Januari 1948. Mengikut perjanjian
ini, 11 negeri-negeri Melayu termasuk Pulau Pinang dan Melaka bergabung dan
membentuk Persekutuan Tanah Melayu dan seterusnya mencapai kemerdekaan.

Walau bagaimanapun Sultan Sir Ibrahim masih tidak yakin dengan cadangan
kemerdekaan Tanah Melayu. Sumber lisan yang tidak direkodkan ada menyebut
Sultan Sir Ibrahim pernah berkata "British umpama air, apabila tidak ada kita
akan dahaga". Allahuaklam.

Pada bulan September 1953, Sultan Sir Ibrahim menulis surat bertajuk "Straits
Settlement Forever" kepada akhbar The Straits Times yang berharap agar
sistem penasihat British dapat diteruskan dan negeri Pulau Pinang dan Melaka
tidak perlu berada di dalam Persekutuan Tanah Melayu dan patut bersama-sama
Singapura menjadi tanah jajahan British sampai bila-bila.


2. Sultan Sir Ibrahim juga telah menyuarakan hasrat baginda untuk menolak
kemerdekaan Tanah Melayu semasa sambutan Jubli Intan pemerintahan
baginda pada 17 September 1955 (rujuk buku From Malayan Union to Singapore
Separation tulisan Mohamed Noordin Sopiee (1974).

Baginda juga memberi amaran kepada negeri-negeri Melayu untuk menolak
cadangan kemerdekaan dengan berkata "You Will Suffer if British Go!" Petikan
akhbar The Argus, 19 September 1955 muka surat 6 ada dilampirkan.


Sambutan Jubli Intan Sultan Sir Ibrahim dan kemahkotaan Sultanah Marcela
Ucapan Sultan Sir Ibrahim yang menolak kemerdekaan menyebabkan sambutan
Jubli Intan yang diadakan selama 5 hari berturut-turut itu dipulaukan oleh
Tunku Abdul Rahman selaku Ketua Menteri dan jemaah menteri Kabinet
Persekutuan Tanah Melayu yang dibentuk pada 1 Ogos 1955 (rujuk petikan
akhbar bertajuk Sultan's J ubilee Ends on Bitter Note di bawah).

Penderhaka kah jemaah menteri ini semua? UMNO dan Parti Perikatan telah
lama menderhaka kepada Raja-Raja Melayu! Ini boleh dikatakan menghina
Raja Melayu kerana sambutan Jubli Intan semeriah itu dengan sengaja
dipulaukan oleh Menteri-menteri Tanah Melayu !


Petikan daripada akhbar The Central Queensland Herald, 22 Septermber 1955


The Straits Times, 4 January 1956
3. Penolakan Sultan Sir Ibrahim terhadap kemerdekaan Tanah Melayu
membawa kepada penubuhan Persekutuan Kebangsaan Melayu Johor (PKMJ)
pada 22 Oktober 1955 oleh seorang kerabat istana Johor iaitu Ungku Abdullah
bin Ungku Omar. PKMJ bukan saja menyokong saranan Sultan Sir Ibrahim untuk
terus berada di bawah naungan British tetapi berusaha untuk memisahkan Johor
dari Persekutuan Tanah Melayu dan seterusnya menggagalkan kemerdekaan Tanah
Melayu.

PKMJ bukan saja mendapat tentangan daripada Ketua Menteri, Tunku Abdul
Rahman dan Parti Perikatan, tetapi turut mendapat kecaman daripada orang
Johor sendiri. Pada bulan November 1955, penduduk daerah Segamat yang
mengelarkan kumpulan mereka 'Pasok Melaya Daerah Segamat' mengugut
untuk meninggalkan daerah Segamat dari negeri Johor jika Johor tidak
menyertai Persekutuan Tanah Melayu (rujuk buku bertajuk Modern Governments
and Political Systems: Governments and Politics in South Asia, karya S. L.
Kaushik dan Rama Patnayak (1995).

Menderhaka kepada Sultan Johor kah rakyat daerah Segamat ini hingga
sanggup mencabar untuk memisahkan daerah mereka dari negeri Johor?

Menjelang kemerdekaan, semakin ramai ahli-ahli PKMJ meninggalkan kumpulan itu
dan akhirnya pertubuhan ini terkubur. Bermakna cadangan Sultan Sir Ibrahim
untuk menolak kemerdekaan dan dibawa oleh Ungku Abdullah melalui PKMJ
tidak dapat diterima oleh rakyat Johor sendiri. Menderhaka kah rakyat Johor
pada ketika itu?

Penderhakaan mereka penderhakaan bertempat, tidak seperti Pemuda UMNO
Johor (juak-juak yang menganjurkan Himpunan Menjunjung Taat Setia
Ketuanan WWW1) yang menganggap jika rakyat bersuara atau mempertikaikan
pendapat atau tingkah laku seseorang Sultan adalah dianggap menderhaka!


Kesimpulan
Fakta-fakta di atas jelas menunjukkan sebenarnya Istana Johor menolak
kemerdekaan dan bukannya membantu dalam mencapai kemerdekaan Tanah
Melayu seperti yang didakwa di dalam majalah Holistik terbitan Pejabat
Menteri Besar Johor.

Sultan Sir Ibrahim sendiri menolak kemerdekaan Tanah Melayu dan merelakan
British terus berada di Tanah Melayu - "The British have made Malaya
prosperous", kata baginda semasa berucap sempena sambutan Jubli Intan.
Begitu juga kerabat Istana Johor iaitu Ungku Abdullah (seorang yang begitu
rapat dengan Istana dan penerima Darjah Kerabat dan Pingat Jubli Intan
Sultan Ibrahim) yang menjadi pelopor perjuangan anti-kemerdekaan di bawah
PKMJ.

Adalah amat memalukan apabila artikel yang ditulis oleh orang Johor sendiri
sebenarnya buta tentang sejarah negerinya. Lebih memalukan kerana artikel
tersebut diterbitkan oleh Pejabat Menteri Besar Johor!

Perlu diingat, Sultan Sir Ibrahim tidak pernah bersetuju untuk merdeka dan terus
menetap di London hingga akhir hayatnya. Baginda juga adalah merupakan seorang
Sultan yang mendapat banyak tentangan daripada pembesar-pembesar Johor sejak
daripada cadangan Malayan Union hinggalah Tanah Melayu mencapai
kemerdekaan. Mungkin merajuk agaknya, akhirnya baginda menyerahkan kepada
Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail (kemudiannya dikenali sebagai Sultan Ismail)
untuk membuat keputusan termasuk menandatangani Perjanjian Persekutuan
Tanah Melayu dan seterusnya kemerdekaan.

Penulis tinggalkan blog entry ini dengan satu keratan akhbar The Canberra Times
bertarikh 3 November 1949 yang bertajuk J ohore Sultan Not Sovereign Ruler
(atau terjemahannya berbunyi Sultan Johor bukan Pemerintah Berdaulat)
berdasarkan kepada satu penghakiman Mahkamah Rayuan. "Eh, bukan buku teks
sekolah-sekolah kata negeri J ohor satu-satunya negeri Melayu yang merdeka
dan hanya menerima penasihat British? Macam mana pula bukan pemerintah
berdaulat"





Yang suka menulis mengenai Kesultanan Johor,

Anda mungkin juga menyukai