Anda di halaman 1dari 9

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

TANGGUNGJAWAB MAJIKAN MENDAFTARKAN ANDA


Jika anda buat pertama kalinya menjadi seorang pekerja mana-mana majikan,
adalah menjadi tanggungjawab majikan anda untuk mendaftarkan anda sebagai ahli
KWSP melalui Borang Pendaftaran Ahli KWSP 3(AHL). Borang KWSP 3(AHL) ini
hendaklah dipenuhi dengan butiran peribadi anda seperti yang terdapat di dalam
Kad Pengenalan anda. Anda juga dikehendaki menurunkan cap ibu jari kanan dan
kiri anda di atas borang ini.
Anda perlu memastikan semua butiran peribadi anda yang dinyatakan di dalam
borang ini adalah tepat dan benar serta tentukan cap ibu jari anda adalah terang dan
jelas. Untuk memastikan cap ibu jari anda di atas Borang KWSP 3(AHL) adalah jelas,
anda mestilah menggunakan dakwat hitam khusus untuk cap ibu jari dan bukan
dakwat-dakwat lain.
Sungguhpun majikan anda yang bertanggungjawab untuk mendaftarkan anda, anda
juga hendaklah menentukan bahawa Borang KWSP 3(AHL) diisi dengan betul. Ini
ialah kerana maklumat di dalam borang ini akan menjadi rekod peribadi anda yang
utama di KWSP. Rekod ini nanti akan digunakan dalam semua urusan KWSP yang
berkaitan dengan anda termasuk untuk tujuan pengeluaran simpanan anda. Anda
hanya perlu mendaftar sekali sahaja sebagai ahli KWSP.
TANGGUNGJAWAB ANDA MENDAFTAR DENGAN KWSP
Jika anda seorang pekerja dan belum didaftarkan sebagai ahli KWSP, adalah menjadi
tanggungjawab anda untuk mengingatkan majikan anda supaya mendaftarkan anda
dengan segera. Jika majikan anda enggan berbuat demikian, anda boleh pergi ke
mana-mana Pejabat KWSP untuk mendaftarkan diri anda sebagaimana yang
dilakukan oleh majikan anda dengan memenuhi Borang KWSP 3(AHL). Anda juga
boleh membuat aduan terhadap keengganan majikan anda mendaftarkan anda
sebagai ahli KWSP dengan mana-mana Pejabat KWSP.
BILAKAH ANDA SEPATUTNYA DIDAFTARKAN SEBAGAI AHLI?
Anda sepatutnya didaftarkan sebagai ahli sebaik sahaja anda diambil bekerja buat
pertama kalinya. Ini adalah untuk menentukan supaya caruman KWSP anda boleh
dibayar dalam tempoh yang telah ditetapkan. Jika anda diambil bekerja pada 1
Januari, majikan anda hendaklah mendaftarkan anda pada awal bulan tersebut
supaya gaji anda pada bulan berkenaan dapat dipotong dan dimasukkan ke KWSP
sebagai caruman bulan Februari yang perlu dihantar ke KWSP selewat-lewatnya pada
15 Februari.

kwsp

BAGAIMANA ANDA BOLEH MEMASTIKAN


DIDAFTARKAN SEBAGAI AHLI KWSP?

BAHAWA

ANDA

TELAH

a) Nombor Keahlian
Sekiranya anda belum menerima sebarang maklum balas daripada KWSP atau
majikan anda mengenai pendaftaran anda, anda boleh pergi ke mana-mana Pejabat
KWSP yang berhampiran untuk mendapatkan nombor keahlian anda atau menelefon
KWSP dengan menyatakan nombor Kad Pengenalan anda. Sekiranya KWSP telah
memperuntukkan nombor keahlian kepada anda, ini bererti anda telah mendaftar
dengan KWSP.
Setiap ahli KWSP hanya diperuntukkan dengan satu nombor keahlian sahaja. Nombor
keahlian ini adalah juga nombor akaun KWSP anda. Nombor keahlian ini akan
digunakan dalam setiap urusan di antara anda dan KWSP.
Dalam hal ini, sekiranya anda bertukar majikan, anda dikehendaki memberitahu
majikan baru anda mengenai nombor keahlian anda bagi membolehkan majikan anda
menggunakan nombor ini apabila ia membayar caruman bagi pihak anda. Sekiranya
anda tidak memberitahu nombor keahlian anda kepada majikan baru anda, majikan
anda mungkin mendaftarkan anda sekali lagi dan pendaftaran ini akan ditolak oleh
KWSP. Jika hal ini berlaku, caruman anda mungkin tidak dapat dimasukkan ke dalam
akaun anda dengan segera. Bagaimanapun, jika anda mempunyai lebih daripada satu
nombor keahlian, anda dikehendaki menghubungi Pejabat KWSP untuk menyatukan
akaun anda di bawah satu nombor akaun.
BOLEHKAH ANDA BERHENTI MENJADI AHLI KWSP?
Tidak. Anda tidak sekali-kali dibenarkan berhenti daripada menjadi ahli KWSP walau
dengan apa alasan sekalipun. Keahlian KWSP adalah wajib bagi semua pekerja. Akta
KWSP memberi perlindungan untuk anda bagi hari persaraan anda. Keahlian anda
dengan KWSP akan terhenti apabila anda mengeluarkan kesemua simpanan anda di
bawah Skim Pengeluaran Persaraan, Skim Pengeluaran Meninggalkan Negara, Skim
Pengeluaran Hilang Keupayaan dan Skim Pengeluaran Pekerja Berpencen.
ADAKAH ANDA MENERIMA UPAH?
Ya, jika saraan yang anda terima daripada majikan anda adalah dalam bentuk wang.
Walau bagaimanapun, caj perkhidmatan, bayaran kerja lebih masa, ganjaran atau
faedah persaraan, faedah pengurangan pekerja, pemberhentian sementara atau
penamatan kerja serta elaun perjalanan anda tidak dianggap sebagai gaji. Oleh yang
demikian, ia tidak dikenakan caruman KWSP.

kwsp

Majikan
Gaji/Upah
Semua saraan dalam bentuk wang yang kena dibayar kepada pekerja di bawah
kontrak perkhidmatan atau perantisannya sama ada dipersetujui untuk dibayar secara
bulanan, mingguan, harian atau selainnya dan termasuklah apa-apa bonus, komisen
atau elaun yang kena dibayar oleh majikan kepada pekerja sama ada bonus, komisen
atau elaun itu kena dibayar di bawah kontrak perkhidmatan atau perantisan atau
selainnya.
DI ANTARA BAYARAN YANG DIKENAKAN POTONGAN CARUMAN

Gaji/upah

Bayaran bagi cuti rehat tahunan dan cuti sakit yang tidak digunakan

Bonus

Elaun

Komisen

Tunggakan gaji/upah

Gaji/upah bagi cuti bersalin

Gaji/upah bagi cuti belajar

Gaji/upah bagi cuti separuh gaji

Bayaran-bayaran lain di bawah kontrak perkhidmatan atau sebaliknya


DI ANTARA BAYARAN YANG TIDAK DIKENAKAN POTONGAN CARUMAN

Caj perkhidmatan

Bayaran kerja lebih masa

Ganjaran

Yuran Pengarah

Faedah persaraan

Faedah pengurangan pekerja, pemberhentian sementara atau


penamatan

Mana-mana elaun perjalanan atau nilai mana-mana konsesi perjalanan


Sistem Disket Borang A (SDBA)
Tahukah Anda?
Majikan kini boleh mengemukakan Jadual Caruman Bulanan (Borang A) dalam
bentuk disket.
Apakah SDBA?
SDBA ialah satu perisian komputer yang dibangunkan oleh KWSP untuk membantu
memudahkan majikan mengemukakan Jadual Caruman Bulanan (Borang A) dalam
bentuk disket. SDBA adalah aplikasi Stand-alone dan KWSP tidak menyediakan
interface untuk mana-mana sistem gaji (payroll system).

kwsp

Pengguna SDBA
Semua majikan yang mempunyai pekerja di antara 10 hingga 150 orang boleh dan
digalakkan untuk menggunakan sistem ini.
Kelebihan Menggunakan SDBA
Perisian komputer ini diberikan percuma oleh KWSP
Menjimatkan masa kerana butir-butir dan jadual caruman bulanan boleh
dimasukkan ke dalam disket
Mempercepatkan proses kemasukan data dan mengurangkan kesilapan
kerana data di dalam disket boleh dipindahkan terus ke dalam komputer KWSP
tanpa perlu dimasukkan data semula
Memudahkan pindaan dibuat
Rekod lebih mudah disimpan dan menjimatkan ruang simpanan
Spesifikasi Komputer
Untuk mengunakan SDBA, majikan perlu menggunakan komputer yang mempunyai
spesifikasi minimum seperti berikut :
Memori 8 MB
Ruang Cakera 10 MB
Pemacu Disket 3.5 inci
Sistem pengoperasian Windows 95
Pencetak
Pertanyaan
Jika anda berminat untuk menggunakan sistem ini, anda bolehlah memindah turun
(download) perisian SDBA di bawah dan jika mempunyai sebarang pertanyaan sila
hubungi Talian Khidmat Pelanggan KWSP di 03-87326000 atau hantarkan e-mail
kepada enquiry@epf.gov.my
Senarai Surat Yang Perlu Diberi Maklumbalas Segera
Senarai Surat
KWSP 1000
KWSP 1195
KWSP 1195A
KWSP 1314
KWSP 1314A
KWSP 1360

Penerangan
Surat peringatan caruman tertunggak KWSP
dan Surat tuntutan faedah dan dividen ke atas caruman yang terlewat
dibayar
Surat kepada majikan mengenai butiran pekerja yang tidak lengkap
untuk pengkreditan caruman ke dalam akaun ahli
Surat kepada ahli mengenai butiran pekerja yang tidak lengkap untuk
pengkreditan caruman ke dalam akaun ahli
Surat memohon penjelasan mengenai lebihan bayaran caruman dengan
jumlah caruman yang dicatatkan dalam Borang A

kwsp

KWSP 1740
KWSP 1743

Surat memohon penjelasan mengenai kurangan jumlah bayaran


caruman dengan jumlah caruman yang dicatatkan dalam Borang A
Surat memohon penjelasan mengenai butiran caruman kurangan
bayaran dengan butiran caruman yang dicatatkan dalam Borang A

Siapakah Yang Wajib Mencarum?


1. Pengarah yang dibayar gaji/upah.
2. Pekerja sambilan, sementara, sampingan dan pekerja dalam tempoh
percubaan.
3. Pekerja yang mencapai umur 55 tahun dan ke atas dan belum membuat
pengeluaran atas alasan mencapai umur 55 tahun.
4. Pekerja yang mencapai umur 55 tahun dan ke atas dan belum menjadi ahli
KWSP.
5. Pekerja yang telah mengeluarkan kesemua simpanan di bawah Skim
Pengeluaran Pekerja Berpencen dan bekerja dengan majikan selain daripada
kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri atau mana-mana pihak berkanun atau
berkuasa tempatan.
6. Pekerja yang telah mengeluarkan simpanan di bawah Skim Pengeluaran
Hilang Keupayaan yang telah pulih kesihatannya dan bekerja semula dalam
mana-mana perkhidmatan.
Siapakah Pula Yang Tidak Wajib Mencarum Tetapi Boleh Memilih Untuk
Mencarum?
Berikut ialah pekerja yang tidak wajib mencarum tetapi boleh memilih untuk
mencarum :
1. Orang gaji domestik yang bekerja di rumah kediaman dan digaji oleh orang
perseorangan (tuan rumah berkenaan). Notis pilihan boleh dibuat melalui
Borang KWSP 16 dan Borang KWSP 16A. Borang KWSP 16 hendaklah
dikemukakan kepada KWSP manakala Borang KWSP 16A kepada majikan.
2. Pekerja asing iaitu mana-mana orang yang diambil bekerja dan negara
domisilnya adalah di luar Malaysia dan yang masuk dan berada di Malaysia
secara sementara di bawah peruntukan mana-mana undang-undang bertulis
yang berhubung dengan imigresen. Notis pilihan boleh dibuat melalui Borang
KWSP 16B dan Borang KWSP 16C. Borang KWSP 16B hendaklah
dikemukakan kepada KWSP manakala Borang KWSP 16C kepada majikan.
3. Pemilik tunggal atau rakan kongsi yang tidak bergaji, pekerja berpencen, orang
yang bukan majikan atau bukan pekerja menurut Akta KWSP atau orang yang
bukan majikan dan bukan pekerja menurut Akta KWSP dan kedua-duanya
bersetuju untuk mencarum. Notis pilihan boleh dibuat melalui Borang KWSP
16D.

kwsp

4. Pekerja yang berumur melebihi 55 tahun dan telah mengeluarkan caruman di


bawah Skim Pengeluaran 55 tahun tetapi telah bekerja semula. Notis pilihan
untuk mencarum semula boleh dibuat melalui Borang KWSP 20 dan Borang
KWSP 20A. Borang KWSP 20 hendaklah dikemukakan kepada KWSP
manakala Borang KWSP 20A kepada majikan.
5. Pekerja (warganegara Malaysia/warganegara asing) yang telah mengeluarkan
simpanan di bawah Skim Pengeluaran Meninggalkan Negara tetapi telah
kembali dan bekerja semula di Malaysia. Notis pilihan untuk mencarum semula
boleh dibuat melalui Borang KWSP 20B dan Borang KWSP 20C. Borang
KWSP 20B hendaklah dikemukakan kepada KWSP manakala Borang KWSP
20C pula kepada majikan.
Borang
Apakah Borang-borang KWSP Yang Perlu Diketahui Oleh Majikan?
Borang KWSP 1
Borang untuk membuat pendaftaran sebagai majikan.
Borang KWSP 1A
Borang untuk membuat pendaftaran oleh majikan yang menggaji pekerja domestik.
Borang KWSP 2
Borang yang perlu diisi oleh majikan untuk memberi maklumat mengenai pendaftaran
Syarikat/Perniagaan dengan Pendaftar Syarikat/Perniagaan.
Borang KWSP 3
Borang untuk mendaftar seseorang pekerja baru sebagai ahli KWSP
Borang KWSP 3A
Borang untuk ahli yang telah mendaftar tetapi cap ibu jari tidak jelas dan ahli
dikehendaki menurunkan semula cap ibu jari ke atas borang ini.
Borang KWSP 4
Borang untuk membuat penamaan ke atas simpanan KWSP ahli.
Borang A (KWSP 6)

kwsp

Borang A (KWSP 6) adalah borang untuk majikan membuat caruman bulanan kepada
KWSP. Terdapat beberapa jenis Borang KWSP 6 (Borang A) yang boleh digunakan
oleh majikan:(a) Borang A Pracetak
Setiap bulan Borang KWSP 6 (Borang A) akan dihantar kepada majikan. Borang A ini
tersedia dicatitkan maklumat nama majikan, alamat majikan, nombor majikan, bulan
gaji, bulan caruman, nombor kad pengenalan dan nama pekerja yang mendaftar
dengan KWSP yang diperolehi berdasarkan Borang A yang dihantar oleh majikan
sebelum ini. Borang A ini akan dibekalkan kepada majikan sebelum tarikh akhir
bayaran caruman bulan berikutnya untuk digunakan membayar caruman bagi bulan
berkenaan. Majikan tidak dibenarkan mencetak sendiri Borang A untuk dihantar
kepada KWSP. Majikan digalakkan mengemukakan Borang A yang bertaip bagi
pekerja-pekerja baru atau pekerja yang tidak dicetak oleh KWSP. Salinan fotostat
tidak dibenarkan. Majikan wajib menggunakan Borang A yang dikeluarkan oleh KWSP
sahaja.
(b) Borang A dalam bentuk pita, disket dan EDI
Maklumat Borang A juga boleh dihantar melalui pita atau disket yang diberi secara
percuma oleh KWSP atau melalui EDI (Electronic Data Interchange). Disket ini boleh
disediakan sendiri oleh majikan atau disediakan oleh KWSP. Kaedah ini akan
mempercepatkan urusan pengkreditan caruman ke akaun pekerja dengan cepat dan
tepat serta dapat mengelakkan kesilapan semasa memasukkan data.
(c) Borang A Internet
Majikan yang mempunyai akaun dengan Bank Bumiputra-Commerce (BCB), Public
Bank danMaybank boleh membuat bayaran caruman bulanan pekerja melalui
perkhidmatan internet bank tersebut iaitu BizChannel, PBeBank.com dan
Maybank2e.net. Fail Borang A akan dipindahnaik ke dalam server BCB/Public
Bank/Maybank dan bank pilihan akan memproses bayaran caruman berdasarkan
jumlah yang dicatatkan di dalam Borang A tersebut. Jumlah caruman yang perlu
dibayar seperti yang tercatat dalam Borang A tersebut akan didebitkan dari akaun
majikan dan dikreditkan ke dalam akaun KWSP. Sekiranya terdapat sebarang
maklumat yang tidak sah dalam transaksi ini seperti format data tidak menepati
spesifikasi yang ditetapkan oleh KWSP atau baki dalam akaun majikan tidak
mencukupi, transaksi ini akan ditolak secara automatik. Majikan akan diberitahu
mengenai kegagalan transaksi ini menerusi mesej yang dikeluarkan pada paparan
skrin komputer majikan.
Borang E (KWSP 7)
Borang E ialah borang yang digunakan untuk membayar caruman tunggakan. Majikan
dikehendaki mencatatkan butir-butir pekerjanya seperti nama, nombor kad

kwsp

pengenalan, nombor keahlian KWSP, caruman bahagian pekerja dan majikan dan
potongan upah pekerja.
Borang F (KWSP 8)
Borang F ialah borang untuk membuat bayaran caruman tertunggak.
Borang KWSP 16 dan Borang KWSP 16A
Borang KWSP 16 ialah borang untuk membuat pilihan mencarum oleh orang gaji
domestik dan dikemukakan kepada KWSP untuk makluman. Borang KWSP 16A ialah
borang untuk membuat pilihan oleh orang gaji domestik dan dikemukakan kepada
majikan untuk makluman.
Borang KWSP 16B dan Borang KWSP 16C
Borang KWSP 16B ialah borang untuk membuat pilihan mencarum oleh orang bukan
domisil dan dikemukakan kepada KWSP untuk makluman. Borang KWSP 16C ialah
borang untuk membuat pilihan mencarum oleh orang bukan domisil dan dikemukakan
kepada majikan untuk makluman.
Borang KWSP 16D dan Borang KWSP 16E
Borang KWSP 16D ialah borang untuk membuat pilihan mencarum oleh orang bekerja
sendiri atau pekerja berpencen atau mana-mana orang yang bukan majikan atau
pekerja mengikut pengertian Akta dan dikemukakan kepada KWSP untuk makluman.
Borang KWSP 16E ialah borang untuk membatalkan pilihan mencarum oleh orang
bekerja sendiri atau pekerja berpencen atau mana-mana orang yang bukan majikan
atau pekerja mengikut pengertian Akta dan dikemukakan kepada KWSP untuk
makluman.
Borang KWSP 16F
Borang KWSP 16F ialah borang daripada mana-mana badan yang diluluskan untuk
memindahkan sejumlah amaun simpanan bagi pekerja-pekerjanya kepada KWSP
sebagai faedah persaraan pekerja-pekerjanya.
Borang KWSP 17 (Majikan) dan Borang KWSP 17A (Pekerja)
Borang KWSP 17 (Majikan) ialah borang pilihan oleh majikan untuk membayar
caruman lebih daripada kadar yang ditetapkan
Borang KWSP 17A (Pekerja) ialah borang pilihan oleh pekerja untuk membayar
caruman lebih daripada kadar yang ditetapkan.

kwsp

Borang KWSP 18 (Majikan) dan Borang KWSP 18A (Pekerja)


Borang KWSP 18 (Majikan) ialah borang daripada majikan untuk membatalkan pilihan
membayar caruman lebih daripada kadar yang ditetapkan.
KWSP 18A (Pekerja) ialah borang daripada pekerja untuk membatalkan pilihan
membayar caruman lebih daripada kadar yang ditetapkan.
Borang KWSP 20 dan Borang KWSP 20A
Borang KWSP 20 ialah borang yang diberi kepada KWSP untuk mencarum semula
setelah membuat pengeluaran atas alasan mencapai umur 55 tahun.
Borang KWSP 20A ialah borang yang diberi kepada majikan untuk mencarum semula
setelah membuat pengeluaran atas alasan mencapai umur 55 tahun
Borang KWSP 20B dan Borang KWSP 20C
Borang KWSP 20B ialah borang yang diberi kepada KWSP untuk mencarum semula
setelah membuat pengeluaran meninggalkan negara
Borang KWSP 20C ialah borang yang diberi kepada majikan untuk mencarum semula
setelah membuat pengeluaran meninggalkan negara
Borang KWSP 24
Borang KWSP 24 ialah borang untuk mendapatkan pernyataan daripada seseorang.
Lazimnya borang ini diisi oleh Pemeriksa untuk mendapatkan kenyataan daripada
seseorang untuk pengesahan mengenai rekod KWSP yang memerlukan
pengemaskinian akaun, aduan ahli, pembatalan nombor majikan dan lain-lain.

kwsp

Anda mungkin juga menyukai