Anda di halaman 1dari 6

Apa itu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)?

OCTOBER 18, 2012 by BALKISH MONEYSAVER in CUKAI & PENDAPATAN, PANDUAN TERKINI

Anda bekerja di sektor swasta? Anda sebenarnya harus membuka dan menyumbang sebahagian
daripada gaji anda ke tabungan KWSP untuk simpanan hari pencen anda kelak! Apa itu KWSP dan
bolehkan tabungan ini menjadi sumber kewangan yang cukup untuk hari tua anda nanti? Ketahui semua
yang berkenaan dengan KWSP di sini! Kami juga menyediakan kalkulator untuk pengiraan KWSP anda.
Cukupkah wang persaraan anda nanti?
Nota : Artikel ini berlainan dengan Skim Persaraan Swasta (PRS) yang dilancarkan
baru-baru ini. Untuk mengetahui tentang PRS, rujuklah artikel PRS kami!

Apa itu KWSP?

KWSP merupakan sebuah institusi keselamatan sosial yang ditubuhkan di bawah Undang-Undang
Malaysia, Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991 (Akta 452) yang menyediakan faedah persaraan
untuk pekerja-pekerja swasta melalui pengurusan simpanan mereka. KWSP juga mempunyai peranan
untuk memastikan para majikan memenuhi tanggungjawab undang-undang serta kewajipan moral
mereka untuk menyumbang kepada KWSP bagi pihak pekerja mereka.
Institusi ini berlainan dengan skim pencen JPA yang ditubuhkan untuk pekerja - pekerja di sektor
kerajaan. Perbezaan utama di antara kedua skim ini ialah jumlah tabungan KWSP tidak sama untuk
setiap pekerja dan berbeza mengikut jumlah sumbangan pekerja (dan majikan) dan dividen yang
diperolehi. Pencen kerajaan pula memberi jumlah yang tetap dan sama mengikut sektor dan pengurusan
JPA.

Tanggungjawab Majikan / Pekerja


Untuk setiap pekerja baru yang mendapat pekerjaan pertamanya, majikan mempunyai tanggungjawab
untuk mendaftarkan tabungan KWSP pekerja itu. Untuk mendaftar, majikan perlu mengisi borang KWSP
3 (untuk cara medaftar, sila click di sini) yang dilengkapi bersama maklumat peribadi dan tandatangan
pekerja yang terbabit.
Anda baru mendapat kerja? Majikan anda harus mendaftarkan nama anda kepada KWSP secepat
mungkin supaya sumbangan KWSP dapat dilakukan pada masa yang ditetapkan! Sebagai contoh, jika

anda bermula pada 1 Januari, pendafataran KWSP harus dibuat pada awal bulan supaya sumbangan
KWSP yang pertama boleh dibuat (ditolak daripada gaji) sebelum 15 Februari.
Setiap pekerja swasta perlu membuat pendaftaran KWSP sekali sahaja, jadi setiap pekerja hanya perlu
memberi maklumat KWSP kepada majikan baru tanpa perlu mendaftar berkali-kali.

Sumbangan / Caruman KWSP : Jenis upah dan bayaran


Sebenarnya, kesemua jenis upah/penggajian/bayaran yang diterima harus diambil kira dalam caruman
bulanan KWSP. Jenis-jenis penggajian ini termasuklah :

Gaji
Bayaran bagi cuti rehat tahunan dan cuti sakit yang tidak digunakan
Bonus
Elaun
Komisen
Insentif
Tunggakan upah
Upah bagi cuti bersalin
Upah bagi cuti belajar
Upah bagi cuti separuh gaji
Bayaran-bayaran lain di bawah kontrak perkhidmatan atau sebaliknya.

Antara bayaran yang dikecualikan caruman KWSP adalah:

Caj perkhidmatan
Bayaran kerja lebih masa
Ganjaran
Faedah persaraan
Faedah pengurangan pekerja, pemberhentian sementara atau penamatan
Mana-mana elaun perjalanan atau nilai mana-mana konsesi perjalanan
Bayaran sebagai ganti notis penamatan perkhidmatan
Yuran (bukan gaji atau upah) Pengarah

Kadar Caruman / Sumbangan Yang Perlu Dibuat


Pekerja berumur di bawah 55 tahun
Untuk pekerja yang berumur di bawah 55 tahun dan menerima gaji kurang daripada RM5,000, kadar
sumbangan yang harus dibuat ialah sebanyak 11% daripada gaji bulanan dan 13% daripada majikan.
Untuk pekerja yang mempunyai gaji lebih daripada RM5,000, kadar sumbangan ialah sebanyak 11% dan
majikan harus menyumbang sebanyak 12%.
Pekerja berumur di antara 55 hingga 75 tahun
Untuk pekerja yang mempunyai gaji kurang daripada RM5,000, kadar sumbangan majikan ialah
sebanyak 6.5% (menigkat daripada 0.5%). Untuk pekerja yang menerima gaji lebih daripada RM5,000,
kadar sumbangan majikan ialah sebanyak 6%.

Mencarum / Menyumbang Melebihi Kadar yang Perlu

Bagaimana jika anda atau majikan ingin menyumbang lebih daripada kadar yang diharuskan (11% untuk
pekerja dan 12% / 13% untuk majikan)? Anda hanya perlu memberi notis kepada pihak KWSP tentang
kadar sumbangan baru anda :

Jika anda sahaja ingin mencarum melebihi kadar berkanun, anda boleh

mengemukakan Notis Pilihan Mencarum Melebihi Kadar Berkanun melalui Borang KWSP
17A (AHL).
Jika majikan anda sahaja ingin mencarum melebihi kadar berkanun, majikan anda

boleh mengemukakan Notis Pilihan Mencarum Melebihi Kadar Berkanun melalui Borang
KWSP 17 (Maj).
Jika anda dan majikan ingin mencarum melebihi kadar berkanun, anda dan majikan

boleh mengemukakan Notis Pilihan Mencarum Melebihi Kadar Berkanun melalui Borang
KWSP 17A (AHL) dan Borang KWSP 17 (Maj).
Ingat! Kadar ini akan menjadi kadar berkanun yang baru dan kekal sehingga anda dan/atau majikan
mengemukakan notis pembatalan melalui Borang KWSP 18A (AHL) dan KWSP 18 (Maj). Selepas notis
pembatalan, kadar caruman / sumbangan akan bertukar kepada 11% (daripada potongan gaji) semula.

Bagaimana Sumbangan / Caruman Anda Dibayar?


Untuk mengelakkan penipuan, majikan anda diwajibkan untuk mencarum sebahagian daripada gaji anda
serta caruman bahagian majikan kepada KWSP mengikut kadar yang telah ditetapkan di bawah Akta
KWSP 1991. Caruman ini perlu dibayar kepada KWSP pada setiap bulan.
Bagi tujuan ini, majikan anda perlu memotong sebahagian daripada gaji anda sebelum gaji tersebut
dibayar kepada anda. Potongan gaji anda bersama dengan caruman bahagian majikan perlu dihantar ke
KWSP tidak lewat daripada 15 haribulan pada bulan berikutnya. Sekiranya majikan anda menghantar
caruman berkenaan lewat daripada tarikh yang dinyatakan di atas, majikan anda akan dikenakan denda
oleh KWSP
Adalah menjadi kesalahan di bawah Akta KWSP jika majikan anda tidak memotong gaji anda dan tidak
mencarum potongan gaji anda kepada KWSP setelah membuat potongan terhadap gaji anda.
Sebagai contoh, jika anda gaji kasar anda sebanyak RM2,000 sebulan :
Gaji bersih : RM1,780 (100% - 11% = 89% daripada gaji kasar)
Caruman pekerja : RM220 (11% daripada gaji kasar)
Caruman majikan : RM260(13% daripada gaji kasar)
Jumlah caruman KWSP yang perlu dibuat oleh majikan : (RM220 + RM 260) = RM480

Faedah untuk Ahli KWSP


Dividen
Sumbangan KWSP anda akan terkumpul dan ditambah dengan dividen pada setiap tahun. Ini akan
menjadikan simpanan anda meningkat dari tahun ke tahun sehingga persaraan anda dan pengeluaran

keseluruhan simpanan anda.Pihak KWSP menjamin sekurang-kurangnya 2.5% dividen akan diberikan
kepada ahli pada setiap tahun.

Insentif Cukai
Bahagian caruman atau sumbangan KWSP anda akan mendapat pelepasan cukai sehingga RM6,000
(termasuk premium insuran nyawa). Selain daripada itu, pengeluaran simpanan KWSP anda di bawah
pelbagai skim pengeluaran juga terkecuali daripada dikenakan cukai pendapatan. Untuk keterangan
lanjut tentang insentif cukai ini, sila rujuk artikel Panduan Cukai Pendapatan 2012 atau Income Tax
Calculator kami!
Faedah Persaraan
Simpanan KWSP adalah simpanan untuk persaraan anda. Apabila anda mencarum 11% daripada
pendapatan bulanan anda dengan KWSP, majikan anda akan mencarum (sekurang-kurangnya)12% lagi
ke dalam simpanan KWSP anda. Jika anda tidak mencarum, anda tidak akan mendapat faedah
persaraan tambahan yang disediakan oleh majikan anda itu.
Faedah Kematian Dan Hilang Upaya
Sebagai sebuah organisasi yang menjaga kepentingan ahli-ahlinya setelah mereka bersara, KWSP turut
memberi pampasan sekiranya ahli-ahlinya ditimpa bencana. Dalam hal ini, KWSP menyediakan Faedah
Hilang Keupayaan kepada ahli dan Faedah Kematian kepada waris ahli.

Akaun I dan akaun II


Akaun KWSP adalah akaun di mana segala caruman dan sumbangan anda serta majikan anda disimpan.
Berkuatkuasa dari 1 Januari 2007, akaun ini dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu Akaun I dan Akaun
II. Caruman yang diterima bagi pihak anda daripada majikan anda akan dikredit ke dalam kedua-dua
akaun tersebut berdasarkan peratusan yang berikut:

Akaun I - 70% daripada caruman bulanan;


Akaun II - 30% daripada caruman bulanan.

Akaun-akaun ini diwujudkan untuk perbagai tujuan, dan terdapat beberapa jenis pengeluaran yang
berkaitan dengan setiap akaun:

Akaun I
Simpanan di dalam akaun ini bertujuan untuk kegunaan selepas persaraan dan pelaburan anda sahaja,
dan tidak boleh dikeluarkan sepenuhnya sebelum anda mencecah usia 55 tahun, hilang upaya,
meninggalkan negara atau meninggal dunia (pembayaran akan dibuat kepada penama / waris).
Apabila umur anda mencecah 55 tahun, anda boleh memilih untuk mengeluarkan kesemua simpanan
anda (termasuk simpanan dalam akaun II) sekaligus, atau dalam amaun melebihi RM2,000, atau dengan
menggunakan skim pengeluaran bulanan secara ansuran.
Anda dibenarkan untuk melabur sebahagian daripada simpanan di akaun I di atas kerelaan sendiri.
Bahagian ini adalah 20% daripada jumlah perbezaan di antara tabungan di dalam akaun I dan nilai Tahap
Simpanan Asas yang ditetapkan. Untuk senarai Tahap Simpanan Asas yang lain, click di sini.
Tahap Simpanan Asas & Jumlah Pengeluaran Pelaburan

Sebagai contoh, Tahap Simpana Asas untuk seseorang yang berumur 30 tahun ialah sebanyak
RM18,000. Ini bermaksud, anda boleh mengeluarkan 20% daripada perbezaan di antara simpanan di
dalam akaun I dan RM18,000. Jika anda mempunyai RM50,000 di dalam akaun I, jumlah yang boleh
dikeluarkan akan menjadi RM6,4000 (20% x [RM50,000 RM18,000]). Semua pelaburan yang dibuat
hendaklah melalui Institut Pengurusan Dana atau IPD yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan.
Untuk mendapatkan senarai terkini IPD yang diluluskan, sila rujuk Senarai Institusi Pengurusan Dana
terkini.

Akaun II
Simpanan di dalam akaun ini bertujuan untuk membantu anda membuat persediaan bagi persaraan yang
selesa. Pengeluaran dibenarkan bagi tujuan:
mencecah umur 50 tahun;
pembayaran pendahuluan pembelian rumah pertama;
penyelesaian baki pinjaman perumahan - rumah pertama;
pembiayaan pendidikan anda dan anak-anak anda;
menampung kos perubatan bagi anda dan anak-anak anda

Peruntukan Pelaburan
Caruman ataupun sumbangan bulanan anda dilaburkan ke dalam beberapa instrumen kewangan untuk
mendapat pulangan kewangan yang lumayan. Antara instrument kewangan yang dimaksudkan ialah:
Pinjaman, Debentur dan Bon-Bon
Saham-saham
Pasaran Wang
Hartanah

Latar Belakang

KWSP merupakan sebuah institusi keselamatan sosial yang ditubuhkan di bawah Undang-Undang Malaysia, Akta
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991 (Akta 452) yang menyediakan faedah persaraan kepada ahlinya melalui
pengurusan simpanan mereka secara cekap dan boleh dipercayai. KWSP juga menyediakan sistem yang efisien
dan mudah bagi memastikan para majikan memenuhi tanggungjawab undang-undang serta kewajipan moral
mereka untuk mencarum kepada KWSP bagi pihak pekerja mereka.

Siapakah Ahli Kami?

Pekerja Sektor Swasta dan Pekerja Tidak Berpencen Sektor Awam. Sehingga Disember 2014, KWSP
mempunyai seramai 14.19 juta ahli. Bilangan ahli aktif dan masih mencarum adalah seramai 6.66 juta. Bilangan
majikan aktif pula adalah seramai 530,166.

Caruman Wajib

Caruman adalah wang yang dikreditkan ke akaun individu ahli di KWSP. Amaun tersebut terdiri daripada caruman
pekerja dan caruman majikan dan dikira berdasarkan gaji bulanan pekerja. Kadar caruman semasa adalah
mengikut upah/gaji bulanan diterima.Bagi pekerja yang menerima upah/gaji bulanan RM5,000 dan ke bawah
caruman pekerja sebanyak 11% dipotong daripada gaji bulanan mereka, manakala caruman syer majikan
sebanyak 13%. Bagi pekerja yang menerima upah/gaji melebihi RM5,000 caruman pekerja kekal 11% manakala
12% adalah caruman oleh majikan.

Alokasi Pelaburan

Caruman bulanan anda dilaburkan melalui beberapa instrumen kewangan yang diluluskan untuk menghasilkan
pendapatan. Ini termasuklah Sekuriti Kerajaan Malaysia, Instrumen Pasaran Wang, Bon & Pinjaman, Ekuiti dan
Hartanah.

Dividen

KWSP memastikan simpanan anda selamat dan mendapat dividen yang berpatutan. KWSP menjamin dividen
sebanyak 2.5 peratus setahun. Untuk memastikan bayaran dividen, KWSP melaburkan caruman anda melalui

instrumen kewangan yang diluluskan bagi mendapatkan pulangan yang optimum.


Dividen dimasukkan ke dalam akaun anda setiap tahun. Kadar dividen yang diisytiharkan oleh KWSP adalah

tertakluk kepada pulangan pelaburan yang dibuat melalui instrumen-instrumen yang diluluskan.
Dividen Tahunan dikira berdasarkan baki pembukaan simpanan anda setakat 1hb Januari setiap tahun. Dividen
Bulanan pula dikreditkan ke akaun anda berdasarkan jumlah caruman bulanan yang diterima.

Anda mungkin juga menyukai