Anda di halaman 1dari 10

DALAM USAHA MEMENUHI IMPIAN HIDUP ANDA,

RANCANGLAH LEBIH AWAL

PruBSN UmmahLink
DALAM USAHA MEMENUHI IMPIAN HIDUP ANDA,
RANCANGLAH LEBIH AWAL

Dalam usaha memenuhi


impian hidup anda,
rancanglah lebih awal
Berapa ramai di antara kita yang mempunyai simpanan
tetapi terus menggunakannya apabila berhadapan dengan
krisis kewangan yang tidak diduga? Bertahun lamanya kita
membuat perancangan untuk menikmati masa hadapan
yang selesa tetapi ada kalanya masih tidak mencukupi
untuk menguruskan perkara yang penting dalam kehidupan
kita. Sama ada anda merancang untuk menunaikan Haji
atau Umrah, membina dana pendidikan atau persaraan
ataupun mempunyai wang belanja untuk pergi melancong
bersama keluarga, anda memerlukan pelan yang kukuh
untuk memenuhi setiap impian hidup anda.
PruBSN UmmahLink membawa anda selangkah ke
hadapan dalam meningkatkan simpanan anda di samping
memberikan anda perlindungan yang sepatutnya untuk
rancangan kehidupan anda. Dengan PruBSN UmmahLink,
anda akan menerima semula bayaran tunai setiap dua
tahun, nikmati perlindungan hayat dan kewangan serta
mendapat maklumat di hujung jari yang akan membawa
anda selangkah lebih dekat dalam memenuhi impian
hidup anda.

Bina dan Lindungi


Impian Anda
Simpanan
dan Bayaran
Tunai

Kumpul simpanan anda melalui


CashBuilder dengan bayaran tunai
setiap dua tahun.

Potensi
Pulangan
Pelaburan
Optimum

Kelayakan untuk siri cabutan bertuah


melalui simpanan anda.
Mengoptimumkan
pelaburan
anda melalui pelaburan di dalam
Dana-dana Takafulink.
Ringankan beban kewangan melalui
manfaat Kehilangan Nyawa dan Hilang
Upaya Kekal dan Menyeluruh, Manfaat
Takaful Berganda, Manfaat Badal Haji
dan Manfaat Khairat Kematian.
Tambah perlindungan anda dalam
perubatan, penyakit kritikal dan lain-lain
manfaat perlindungan kehidupan untuk
mendapat ketenangan minda sepenuhnya.

Perlindungan

Memberi panduan kepada anda


untuk perjalanan rohaniah dengan
maklumat di hujung jari.

PruBSN
Insan

Rancang Awal untuk


Ganjaran Berterusan
CashBuilder ialah instrumen simpanan yang boleh disesuaikan mengikut keperluan untuk
membantu anda dalam usaha memenuhi impian hidup di mana ianya dilaburkan di dalam Akaun
Unit Tunai (CUA) dan Akaun Unit Pelaburan (IUA). Sebahagian daripada CashBuilder memberikan
bayaran tunai setiap dua tahun untuk pengurusan kewangan yang lebih baik dengan amaun yang
anda tetapkan. Anda boleh menetapkan sama ada untuk mengumpulkan bayaran tunai tersebut
di dalam Akaun Unit Tunai (CUA) untuk nilai tunai lebih tinggi atau dipindahkan secara automatik
ke dalam akaun Tabung Haji atau akaun simpanan peribadi anda jika anda merancang untuk
menunaikan Haji atau Umrah, atau memenuhi impian anda yang lain. Untuk mengoptimumkan
peningkatan pelaburan anda, bahagian yang lain pula memberikan potensi pulangan melalui
pelaburan di dalam Takafulink Dana Ekuiti.

Ak
au
n
LA

NAN CASHBU

RM100
R =

SU

PruBSN
UmmahLink

BA

aun

20

SUMBANGA

IL

n (IUA)
bura
ela

BU

DE

Akaun U
nit
T
RM unai
60

)
UA
(C

Ak

Jumlah bayaran tunai sepanjang


30 tahun = RM15,000
Amaun kematangan daripada CUA
pada tahun ke-30 = RM6,600

it P 0
Un RM4

Di bawah adalah
ilustrasi bagaimana
PruBSN UmmahLink
dengan CashBuilder
memberi anda ganjaran
untuk jangka masa
panjang.

Bayaran tunai RM1,000 setiap dua tahun


(pindah secara automatik ke akaun
Tabung Haji* / simpanan)

NG

AN

U n it

BU L A N A N A S A S

RM 200

=R

Perlindungan

A)
(P U

Diagram di atas adalah untuk tujuan ilustrasi sahaja berdasarkan lelaki, berumur 30 tahun, dan
tidak merokok dengan jumlah perlindungan RM200,000 serta bayaran tunai RM1,000 setiap
dua tahun. Jumlah nilai tunai unjuran daripada bahagian pelaburan anda adalah berdasarkan
pelaburan dalam Takafulink Dana Ekuiti dan Takafulink Dana Simpanan dan tidak dijamin. Senario
1 dan 2 adalah berdasarkan pertumbuhan kasar dengan kadar 9% dan 2% untuk Takafulink Dana
Ekuiti masing-masing, serta 2.42% dan tiada untuk Takafulink Dana Simpanan masing-masing.
Bukan itu sahaja. Simpanan anda melalui CashBuilder melayakkan anda untuk siri cabutan
bertuah yang diuruskan oleh Bank Simpanan Nasional (BSN) melalui cabutan Sijil Simpanan
Premium (SSP)**, seterusnya memberi anda peluang untuk memenangi hadiah-hadiah menarik!
** SSP (termasuk cabutan bertuah) ialah produk yang mematuhi syariah yang dibenarkan oleh Jawatankuasa Syariah
Bank Simpanan Nasional. Tertakluk kepada terma dan syarat.

* Pilihan ini hanya berkenaan


untuk para pelanggan beragama
Islam sahaja.

Potensi pulangan pelaburan

Jumlah nilai tunai unjuran


(kecuali jumlah bayaran
tunai dan amaun
kematangan daripada
CUA) pada tahun ke-30:
Senario 1 = RM137,098
Senario 2 = RM55,629

Lindungi Apa yang


Paling Penting
Jumlah perlindungan
jika berlaku
kehilangan nyawa atau
Hilang Upaya Kekal
dan Menyeluruh (TPD).

PERLINDUNGAN
ASAS

Menyediakan RM2,000
untuk perbelanjaan
pengkebumian jika
berlaku kematian.

MANFAAT
KHAIRAT
KEMATIAN

Amaun jumlah
perlindungan asas berganda
jika berlaku kehilangan
nyawa atau TPD
setiap kali menunaikan
Haji atau Umrah.

MANFAAT
TAKAFUL
BERGANDA

Bagi pelanggan yang


bukan beragama Islam,
manfaat ini dibayar
sebagai tambahan kepada
manfaat khairat
kematian.

Pilihan untuk
meningkatkan
perlindungan anda yang
melengkapi gaya hidup dan
keperluan anda dengan
perlindungan tambahan
untuk perubatan, penyakit
kritikal, kemalangan
atau hilang upaya.

Jika anda tidak


berupaya untuk
menunaikan Haji
disebabkan kehilangan nyawa
atau TPD, manfaat Badal Haji
membolehkan penama anda
untuk menunaikan Haji
bagi pihak anda dengan
amaun dibayar
sebanyak RM3,000.

BADAL
HAJI

MANFAATMANFAAT
TAMBAHAN

Menghubungkan Anda
dengan Teknologi
PruBSN Insan adalah aplikasi telefon pintar yang direka untuk memberi
anda panduan kepada perjalanan rohaniah yang unggul:

SETTINGS

Upcoming prayer

ZOHOR 1:05 PM
5 October 2014
10 Zulhijjah 1435
PRAYER TIMES
rney ahead.
Plan your spiritual jou

SEAR CH
by Locations.
Find Masjid / Kiblah

ABOUT

CALENDAR

HAJJ

SURAH

sia

Kuala Lumpur, Malay

UN
R
U
T
MUAT RANG!
SEKA

lam
ati da p Store.
didap
p
Boleh & Apple A
y
la
P
le
Goog

Mengenai PruBSN UmmahLink


PruBSN UmmahLink ialah pelan takaful berkaitan pelaburan dengan sumbangan
berkala yang menyediakan anda perlindungan, pelaburan dan simpanan.

Berapa sumbangan yang perlu dibuat?


Sumbangan minimum ialah RM150 sebulan termasuk
sumbangan CashBuilder. Sumbangan CashBuilder
adalah berdasarkan amaun bayaran tunai.

Siapakah yang layak


menyertai pelan ini?
Pelan ini ditawarkan kepada individu di
antara 19 dan 70 tahun. Umur tamat
tempoh untuk pelan ini ialah 80 tahun.
Umur merujuk kepada Umur pada Tarikh
Lahir akan Datang.

Apakah caj-caj dan potonganpotongan yang dikenakan?


Butiran caj dan potongan disenaraikan dalam
jadual di muka surat sebelah. Semua caj adalah
tidak dijamin. PruBSN berhak untuk mengenakan
kadar caj dengan memberi notis terdahulu
kepada pelanggan.

Jenis Caj
dan Potongan

Butiran
Caj ini membenarkan kami untuk membayar komisen dan perbelanjaan
berkaitan pengagihan serta perbelanjaan pengurusan. Bagi tempoh
kurang daripada 20 tahun, sila rujuk Pelan Ilustrasi.

Caj wakalah
pendahuluan

5&6

7&
above

60%

60%

50%

30%

20%

0%

Tahun Sijil
Caj wakalah
pendahuluan

Untuk CashBuilder, caj wakalah pendahuluan adalah 5% sepanjang


tempoh sijil untuk sumbangan yang diperuntukkan di dalam IUA sahaja.
Caj wakalah tidak dikenakan untuk sumbangan yang diperuntukkan di
dalam CUA.
Caj ini dikenakan pada dasar harian daripada nilai akaun pelaburan anda
untuk perbelanjaan pengurusan pelaburan anda.

Caj
Pengurusan
Aset

Takafulink Dana Bon

0.5% p.a.

Takafulink Dana Ekuiti

1.5% p.a.

Takafulink Dana Urus

1.3% p.a.

Takafulink Dana Simpanan

Tiada berkenaan

Caj ini dikenakan untuk perbelanjaan perkhidmatan sijil.

Caj
perkhidmatan

Cara pembayaran

Caj

Tunai / Cek

RM6 sebulan

Lain-lain

RM5 sebulan

Caj
penambahan

Kami mengenakan caj 5% untuk setiap penambahan sumbangan tunggal.


Di samping itu, untuk setiap penambahan yang kurang daripada RM5,000,
caj tambahan sebanyak RM25 akan dikenakan.

Caj menukar
ganti dana

Kami menyediakan empat tukar ganti percuma setiap tahun. Untuk


sebarang tukar ganti lanjutan dalam tempoh tahun tersebut, caj tukar
ganti ditetapkan pada 1% daripada amaun yang ditukar ganti (tertakluk
kepada maksimum RM50).

Tabarru

Kami menolak suatu amaun setiap bulan daripada akaun perlindungan


anda berdasarkan umur, jantina, jumlah perlindungan, kelas pekerjaan dan
status merokok.
Tabarru bermakna derma sebahagian nilai tertentu daripada sumbangan
ke dalam Dana Tabarru bagi tujuan saling membantu dan membantu di
antara peserta mengikut manfaat-manfaat yang dipersetujui di bawah
pelan tersebut.

Nota-nota penting
1 Ini adalah produk takaful yang terikat pada prestasi aset-aset pendasar, dan ia bukan suatu
produk pelaburan tulen seperti unit amanah.
2 Risalah ini bukan merupakan satu kontrak di antara anda dan Prudential BSN Takaful Berhad (PruBSN). Sila
rujuk kepada Pelan Ilustrasi, Lampiran Keterangan Produk dan Profil Dana sebelum menyertai pelan ini.
3 Amaun sumbangan untuk CashBuilder akan diletakkan mengikut amaun yang terlebih dahulu ditetapkan
di antara IUA dan CUA. Bayaran tunai dijamin adalah dibayar daripada CUA yang dilaburkan dalam
Takafulink Dana Simpanan dan kami berhak untuk mengubah pelaburan dasar Takafulink Dana Simpanan
Pengecualian
pada bila-bila masa.
4 Dana-dana yang dipilih untuk CashBuilder adalah tetap dan tidak boleh diubah. Tetapi, penukaran dana
dibenarkan untuk IUA Takafulink Dana Ekuiti.
5 Bayaran tunai adalah tidak dijamin dan tertakluk kepada kadar setara untuk sumbangan yang tidak dibayar.
6 Cabutan SSP adalah tertakluk kepada ketersediaan seperti yang ditawarkan oleh BSN.
7 Keuntungan pelaburan hanya akan diisytiharkan pada hujung setiap 12 bulan bagi setiap sumbangan
dibayar ke CUA, hanya jika setiap sumbangan dibayar tidak dikeluarkan oleh anda atau dijadikan sebagai
bayaran tunai oleh kami.
8 Pulangan pelaburan daripada PUA, IUA dan kadar untung daripada CUA anda akan didasarkan kepada
prestasi sebenar dana tersebut dan tidak dijamin.
9 Risiko pelaburan dana anda akan ditanggung sepenuhnya oleh anda dan manfaatnya mungkin lebih kurang
daripada jumlah sumbangan anda yang dibayar.
10 Jika anda berhenti membayar sumbangan, perlindungan anda mungkin ditamatkan sebelum masanya.
11 Kadar sumbangan dan Tabarru adalah tidak dijamin. PruBSN berhak menilai semula kadar sumbangan
dan/atau Tabarru dengan memberi notis bertulis 90 hari. Untuk HealthEnrich, notis bertulis 30 hari akan
diberikan.
12 Untuk PruBSN UmmahLink, anda berhak menerima pelepasan cukai berkaitan sumbangan anda sehingga
RM6,000. Sebarang pelepasan cukai adalah tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat Lembaga Hasil
Dalam Negeri (LHDN).
13 PruBSN UmmahLink tidak menyediakan sebarang amaun manfaat daripada Dana Tabarru pada penamatan,
tamat tempoh atau kematangan sijil.
14 PruBSN UmmahLink adalah berdasarkan model Wakalah Bil Ajr iaitu persetujuan untuk PruBSN
menguruskan pelan takaful anda. Sumbangan anda akan dimasukkan ke dalam PUA, IUA dan CUA selepas
ditolak caj wakalah yang merangkumi bayaran untuk perkhidmatan pengurusan menyeluruh yang diberikan.
Perlindungan
takaful adalah daripada Dana Tabarru.
Nota-nota
penting
15 Anda berhak menerima sebarang agihan lebihan termasuk keuntungan (jika ada) yang didapati daripada
Tabarru pada setiap akhir tahun kewangan. Bersama peserta-peserta yang lain, anda berhak menerima
sekurang-kurangnya 50% daripada lebihan dan PruBSN akan menerima baki selebihnya sehingga 50%
sebagai insentif menguruskan Dana Tabarru. Bahagian agihan lebihan anda akan dimasukkan semula
ke dalam PUA anda. Amaun agihan lebihan sebenar akan ditetapkan setiap tahun dan tertakluk kepada
persetujuan Jawatankuasa Syariah dan Lembaga Pengarah PruBSN.

Pengecualian
PruBSN UmmahLink tidak melindungi sebarang situasi yang berikut:
1 Kematian yang disebabkan bunuh diri dalam tempoh satu tahun daripada tarikh sijil.
2 TPD yang berlaku secara langsung atau tidak langsung disebabkan percubaan bunuh diri atau
mencederakan diri sendiri dalam keadaan waras atau tidak waras.
3 TPD yang berlaku secara langsung atau tidak langsung disebabkan penglibatan di dalam
penerbangan udara (termasuk paying terjun dan penerjunan udara) selain daripada sebagai anak
kapal atau penumpang berbayar di dalam pesawat komersial berlesen yang beroperasi pada laluan
biasa ditetapkan.
Pengecualian dan had-had adalah tidak terhad kepada yang tertera di atas dan anda perlu merujuk
dokumen sijil untuk maklumat lanjut.

PruBSN UmmahLink adalah produk yang berasaskan Syariah.


Prudential BSN Takaful Berhad merupakan Pengendali Takaful yang berdaftar di bawah
Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 dan di kawalselia oleh Bank Negara Malaysia.
Bagi maklumat/pertanyaan lanjut, sila hubungi:

PRUDENTIAL BSN TAKAFUL BERHAD (740651-H)


Tingkat 8A, Menara Prudential, No. 10, Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur.
Tel: 03 2053 7188 Faks: 03 2072 6188
Emel: customer@prubsn.com.my SMS PruBSN dan hantarkan kepada 33080

www.prubsn.com.my

Penting: Anda seharusnya berpuas hati bahawa produk ini mampun memenuhi keperluan anda
dan sumbangan yang dibayar di bawah sijil ini merupakan jumlah yang anda mampu bayar.

Semua maklumat adalah betul semasa percetakan.


Dicetak 5 Oktober 2014

Anda mungkin juga menyukai