Anda di halaman 1dari 4

Sumber : http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?

file=/2008/3/17/TERKINI/Rencana/Merancang_persaraan_dari_awal&sec=mstar_ber
ita

Merancang persaraan dari awal


SIAPA yang tidak menanti dan menyambut dengan penuh keterujaan saat-saat untuk
bersara. Inilah masa dan ketika yang dinanti-nantikan. Apa jua hobi atau keinginan
melakukan sesuatu kini boleh dilakukan yang sebelum ini terpaksa dipendam dan
ditunda dek kekangan masa dan kesibukan tugas.

Dalam pada itu, mungkin ramai juga di antara kita yang tidak terfikir untuk
merancang persaraan kerana mereka beranggapan simpanan daripada Kumpulan
Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencukupi untuk menampung hidup di hari tua.

Malangnya, ia tidak sedemikian. Persaraan yang dilalui tanpa melengkapkan diri


dengan persediaan yang sewajarnya boleh merumitkan kehidupan, lantas membuatkan
ada segelintir yang terpaksa bergantung harap kepada anak-anak dewasa.

Bagi memastikan anda tidak ditimpa nasib yang sama, Persatuan Akauntan
Bertauliah(ACCA) menawarkan beberapa saranan sepertimana yang digariskan dalam
buku panduannya mengenai kewangan individu.

ACCA menyifatkan amat penting bagi kita merancang persaraan seandainya kita
mahu hidup selesa dan teguh kewangan di tahun-tahun keemasan.

Perancangan persaraan melibatkan beberapa langkah mudah yang boleh anda lakukan
sendiri dan ia termasuklah menentukan berapa banyak yang anda perlukan sewaktu
persaraan, berapa banyak yang anda miliki sekarang serta apa yang boleh anda
lakukan untuk membetulkan keadaan.

BERAPA BANYAK WANG YANG DIPERLUKAN DALAM PERSARAAN

Jawapan ini memerlukan pemikiran dan perancangan yang bersungguh-sungguh


memandangkan jumlah wang yang anda perlukan semasa persaraan mempunyai       
hubung kait dengan gaya hidup yang anda inginkan.

Misalnya, andaikata, anda merancang untuk berpindah ke sebuah rumah yang lebih
kecil di sebuah kawasan pinggir bandar, justeru kos hidup mungkin lebih rendah
berbanding tinggal di sebuah rumah besar di kawasan bandar.

Sebaliknya, anda mungkin memerlukan wang lebih jika merancang untuk memulakan
satu hobi yang mahal atau ingin melancong mengelilingi dunia.

Sebelum memenuhi hajat itu, anda harus lihat perbelanjaan semasa dan
menganggarkan bagaimana ia mungkin berubah semasa persaraan.

1
Umpamanya, anda boleh mengurangkan kos pengangkutan dan perbelanjaan hiburan
tetapi anda mungkin perlu meningkatkan perbelanjaan perubatan kerana kemungkinan
untuk anda jatuh sakit meningkat dengan peningkatan usia.

Secara alternatif, anda boleh membuat andaian bahawa anda hanya memerlukan 70
peratus hingga 80 peratus daripada perbelanjaan semasa sewaktu persaraan.

Misalannya, katakan gaji terakhir anda ialah RM66,000 setahun. Anda hanya
memerlukan kirakira RM52,800 daripada pendapatan tahunan setelah bersara (80% x
RM66,000).

BERAPA LAMA ANDA PERLUKAN WANG ITU

Jawapannya ada kaitan langsung dengan jangkaan hayat anda. Perangkaan bulan
Disember 2007 Jabatan Perangkaan mencatatkan purata jangka hayat bagi lelaki ialah
72 tahun dan 76 tahun bagi wanita.

Bagaimanapun, jika anda sekarang menikmati kualiti hidup yang tinggi dan kesihatan
yang bagus, anda boleh lanjut usia sehingga 80 tahun.

Jadi, jika anda bersara pada usia 56, anda memerlukan sekurang-kurangnya 24 tahun
pendapatan persaraan.

FAKTOR INFLASI

Ancaman paling besar dalam memenuhi keperluan kewangan semasa persaraan


adalah inflasi. Inflasi ialah peningkatan kos hidup yang diterjemahkan sebagai peratus
kenaikan harga berbanding tahun sebelumnya.

Anda mungkin tidak memberi tumpuan terhadap inflasi ketika anda bekerja kerana
pendapatan anda cenderung meningkat seiring dengannya.

Bagaimanapun, apabila anda berhenti bekerja, pendapatan anda lebih kurang tetap dan
ini membuatkan inflasi muncul sebagai masalah besar.

Seperti contoh terdahulu, anda perlu mempunyai pendapatan tahunan sebanyak


RM52,800 setelah bersara. Bagaimanapun, ekoran inflasi, jumlah itu perlu dinaikkan
bagi membolehkan anda mengekalkan gaya hidup anda.

Oleh itu, pendapatan persaraan sebanyak RM52,800, katakan 5 peratus daripada


purata kadar inflasi untuk 25 tahun akan menjadi:

Pendapatan persaraan
= RM52,800 x  Faktor nilai faedah masa depan (25 tahun, 5%)
= RM52,800 x 3.386
= RM178,781.

2
BERAPA BANYAK JUMLAH DANA YANG ANDA PERLUKAN

Kini anda tahu bahawa inflasi boleh menjejaskan pendapatan semasa persaraan,
langkah seterusnya ialah untuk mengetahui jumlah dana yang boleh bertahan sehingga
24 tahun.

Andaikan bahawa purata kadar pulangan ke atas pelaburan untuk 25 tahun akan
datang ialah 8 peratus. Memandangkan kadar inflasi ialah 5 peratus, maka kadar
sebenar pulangan ke atas pelaburan ialah 3 peratus.

Jumlah dana yang diperlukan ialah:


= RM178,781  x  Faktor anuiti nilai faedah masakini (25 tahun, 3%)
= RM178,781 x 17,413
= RM3,113,114.

BERAPA BANYAK ASET YANG ANDA ADA TATKALA BERSARA

Mencari jawapan ini agak rumit kerana anda perlu tahu nilai setiap pelaburan masa
depan, termasuk KWSP, nilai tunai insurans, pelaburan dalam syarikat yang melabur
dan membayar dividen dan hartanah. Bagi memudahkan pengiraan, katakan anda
telah mengumpulkan sejumlah RM1 juta tatkala bersara.

Ternyata, dengan hanya RM1 juta dalam tangan, ia adalah tidak mencukupi bagi
jumlah dana yang diperlukan yakni RM3,113,114.  Anda kekurangan RM2,113,114.

BAGAIMANA UNTUK MENOKOK TAMBAH KEKURANGAN ITU

Memandangkan anda kekurangan RM2,113,114, cara terbaik untuk mengatasinya


ialah dengan menabung secukup wang setiap tahun. Persoalannya, berapa banyak
simpanan yang mencukupi untuk memenuhi kekurangan itu

Jumlah simpanan
= RM2,113,114/ Faktor anuiti nilai faedah masa depan (25 tahun, 8%)
= RM2,113,114 /73.106
= RM28,905

Berdasarkan butiran ini, jumlah simpanan yang anda perlukan ialah RM28,905
setahun atau RM2,409 sebulan.

APAKAH LANGKAH SETERUSNYA

Bagi rancangan persaraan, anda dinasihatkan memilih pelaburan jangka panjang


seperti saham, bon dan mutual funds memandangkan pelaburan jenis ini
menghasilkan pulangan yang tinggi berbanding bentuk pelaburan lain umpamanya
faedah daripada akaun simpanan atau deposit tetap.

3
Melabur dalam saham memberikan anda status pemilik dalam sesebuah syarikat yang
anda melabur. Jika syarikat itu berjaya, anda seharusnya boleh menjana wang dengan
menjual balik sahamsaham itu.

Anda juga mungkin boleh meraih keuntungan daripada dividen yang dikeluarkan oleh
syarikat itu secara tetap.

Bon pula sebenarnya adalah pinjaman kepada perniagaan dan kerajaan yang dipegang
untuk sesuatu masa. Lazimnya ia lebih selamat untuk melabur dalam bon dan
sesetengahnya disokongan oleh kerajaan.

Mutual funds adalah wang yang ditabung bersama oleh pelabur. Wang itu
kemudiannya dilaburkan dalam beberapa syarikat, yang dengan demikian ia dapat
meminimumkan risiko.

Melalui pelbagaian ini, kerugian sesebuah syarikat boleh diserap oleh keuntungan
syarikat lain.

Nyata sekali, anda perlu memikirkan satu perancangan kewangan yang lengkap untuk
persaraan anda dengan mengambil kira aset, hutang, perbelanjaan, tabungan,
matlamat kewangan anda.

Seandainya anda buntu untuk melakukannya, usah risau. Dapatkan bantuan perancang
kewangan yang berkelayakan. Tetapi, jika anda memilih untuk melakukan sendiri,
sebuah perisian kewangan yang ada di pasaran boleh membantu anda.

Dengan perisian itu, anda boleh melihat graf malah pelbagai saranan mengenai jenis
pelaburan boleh anda pertimbangkan.

Malah lebih menarik, anda boleh mencuba butiran yang ada untuk mengetahui sejauh
manakah kukuhnya kewangan anda berada dalam keadaan berbeza.

Pokok pangkalnya, lagi awal anda merancang persaraan anda, lagi cerah masa depan
persaraan anda. BERNAMA

Anda mungkin juga menyukai