Anda di halaman 1dari 2

Kepentingan dan Kebaikan Melabur dengan Unit Trust

Apabila kita mengambil keputusan untuk melabur, banyak perkara yang kita titik
beratkan untuk melabur. Melabur bukanlah suatu perkara yang mudah kerana harga
pasaran turun naik. Hari ini saya ingin berkongsi tentang kepentingan dan kebaikan
Unit Trust ini untuk masa depan kita. Penerangan ini saya ambil dalam kelas
pelaburan amanah saham dengan penerangan yang begitu terperinci tentang
kepentingan dan kebaikan Unit Trust.
1.Dana/Wang Persaraan (Retirement Planning)
Jika anda memandang serius ke arah kewangan yg terancang dan sistematik,UNIT
TRUST adalah pilihan yg tepat sebagai salah satu pelaburan untuk simpanan hari tua
anda.Jika anda mengambil kira faktor di bawah ini, adakah simpanan anda sekarang
mencukupi untuk menampung perbelanjaan hari tua anda?
a.-Inflasi-Katakan kadar inflasi sekarang 4% setiap 5 tahun,dlm masa 15-20thn
inflasi menjadi 12%.
Adakah simpanan anda cukup untuk menentang kadar inflasi dlm masa 15-20 thn
akan datang?
Apa akan jadi kalau harga minyak dijangka naik dan terus naik?
Fikirkanlah...
b.-Umur yang panjangSecara purata dgn kemudahan perubatan yg ada sekarang seseorang itu mampu untuk
hidup selama 70 tahun ke atas.Untuk kehidupan yang selesa,setiap 5 tahun persaraan
kita memerlukan sekurang-2nya RM80,000. 20 tahun bererti kita memerlukan
RM320,000.00.Adakah kita perolehi simpanan sebanyak itu untuk bersara?
c.-Kos persaraan yang tinggiSecara umumnya kita memerlukan wang yang banyak untuk membiayai pelbagai kos
seperti kos perubatan untuk mengubati penyakit hari tua kita, kos perbelanjaan
harian/bulanan, kos yuran pembelajaran anak, kos tempat tinggal, kos perlancongan ,
ibadat haji, kos perjalanan dan sebagainya. Berdasarkan kos tersebut kita memerlukan
sekurang-2nya 70% dari gaji bulanan untuk menampung setiap bulan. Adakah pencen
anda mencukupi?
d.-Pengurusan sumber kewangan
Menurut laporan akhbar THE STAR 23/1/2002...Sejumlah 72% pencarum KWSP
membelanjakan wang mereka dalam masa 3 tahun sahaja. Ini bererti wang caruman
KWSP tidak mencukupi untuk menampung kos kehidupan selepas bersara. Maknanya
anda terpaksa bekerja lagi selepas bersara. Adakah ini dinamakan Persaraan? SUDAH
BERSARA TETAPI MASIH BEKERJA.

2. Tabung Pendidikan Anak (Children Education Planning)Salah satu tanggungjawab anda kepada anak ialah menyediakan pembelajaran untuk
mereka. Demi masa depan anak-2 yang anda sayang sudah tentu anda mahukan
mereka belajar hingga keperingkat universiti. Bayangkan kos terpaksa anda tanggung
pada masa akan datang, jika anda tidak bertindak untuk menabung sekarang. Apa
yang berlaku akan datang bergantung apa yang anda lakukan sekarang!
3.Faedah Perubatan (Medical Benefit)Jika anda tidak dilindungi insurans, maka anda terpaksa menyediakan sejumlah wang
yang banyak untuk menampung kos perubatan seperti serangan penyakit tidak
terjangka, kritikal/kronik yang memerlukan pembedahan, kemalangan dan
sebagainya. Apa tindakan anda seterusnya? Pinjaman dari bank dgn faedah yang
tinggi?
4.Peluang Melancong (Travelling Expense)Tempat2 yang menarik di Malaysia dan di dunia, sudah pasti menjadi idaman anda
sebagai destinasi perlancongan. Bagaimana anda hendak mengecapi impian anda
untuk melancong sekiranya struktur kewangan adalah terhad? Jadi usahakan wang
anda supaya ia bekerja lebih untuk anda.
5.Peluang Perniagaan (Bussiness Opportunity)Jadikan pelaburan anda hari ini sebagai modal untuk memulakan perniagaan baru atau
membesarkan operasi kepada perniagaan sediada. Rebutlah peluang untuk
menggandakan wang ada.
6.Program Penahanan Pekerja (Employee Retention Program)Majikan yang ingin kekalkan pekerja mereka yg berkualiti/mahir terus menyumbang
produktiviti syarikat, program ini adalah sesuai dan direka khusus bagi menjamin
kesetiaan pekerja kepada majikan.

Yang pasti, jika anda ingin melabur duit anda, sekurang-kurangnya tetapkan matlamat
anda, kenali tahap toleransi anda terhadap risiko pelaburan dan fahami dana pelaburan
anda terlebih dulu.

Anda mungkin juga menyukai