Anda di halaman 1dari 89

Perancangan Kewangan

Mengapa kita memerlukan pelan kewangan? Jika mahu kejayaan dalam apa jua
usaha-tidak kira sama ada hendak berperang atau hendak menganjurkan majlis
menyambut tahun baru, semuanya memerlukan perancangan rapi. Begitu juga jika
mahu melaburkan wang. Mereka yang matang, bijak dan pandai selalu berkata, kita
tidak merancang untuk gagal, tetapi ramai yang gagal untuk merancang.

Perancangan kewangan bukan sahaja memberi gambaran tentang kedudukan


kewangan kita yang terkini tetapi juga memberi hala tuju masa hadapan kita dengan
menetapkan matlamat kewangan, dan dengan demikian membolehkan kita
mencapai matlamat yang diharapkan secara lebih efektif.

Nilai Kedudukan Kewangan Anda


Sebelum meneruskan sebarang pelan pelaburan, anda perlu menilai kedudukan
kewangan sendiri, misalnya menilai perbelanjaan yang perlu dan simpanan yang
ada, supaya anda boleh membuat keputusan berapa banyak yang boleh ditabung
dan dilaburkan. Mungkin buat masa ini anda berbelanja sesuka hati dan pada bila-
bila masa sahaja tanpa memikirkan berapa baki wang yang tinggal pada setiap
hujung bulan.

Pertama, pastikan nilai bersih wang anda


Nilai bersih simpanan boleh disamakan dengan lembaran imbangan sesebuah
syarikat. Ia menggambarkan kedudukan kewangan anda. Untuk mengira nilai bersih
simpanan, anda perlu menyenaraikan semua aset dan tanggungan anda. Kemudian
tolak tanggungan daripada aset untuk mendapat nilai bersih simpanan.

Aset merangkumi wang tunai, akaun bank, barang-barang berharga seperti barang
kemas atau barangan antik, pelaburan sedia ada seperti saham atau unit amanah
dan aset tetap seperti rumah atau hartanah.

Tanggungan pula termasuklah sebarang pinjaman anda (untuk membeli kereta,


rumah, malah pinjaman daripada keluarga dan kawan-kawan), kad kredit dan
sebarang hutang lain jika ada.

Jika selepas dikira, nilai bersih adalah negatif, bermakna anda belum mampu
melabur. Lupakan sahaja soal pelaburan buat sementara waktu dan berusaha
supaya nilai bersih wang anda bertukar positif. Sebaliknya, jika nilai bersih adalah
positif, perlu pula dilihat sama ada ia mencukupi untuk memenuhi semua keperluan
akan datang. Mungkin jumlahnya perlu ditingkatkan supaya lebih banyak boleh
dilaburkan.

Bagaimana untuk meningkatkan nilai bersih wang? Satu caranya adalah dengan
mengurangkan perbelanjaan. Sebarang lebihan wang tunai daripada perbelanjaan
boleh dimasukkan dalam senarai aset bagi meningkatkan nilai bersih.

Tetapi, perbelanjaan yang mana pula perlu dipotong? Untuk menentukannya:

Buat penyata aliran tunai


Anda perlu mengesan ke mana wang dibelanjakan; buat analisis aliran tunai
mengenai corak pendapatan dan perbelanjaan. Pertama sekali, susun semua
penyata gaji, resit, bil, penyata cukai dan data kewangan yang lain dalam satu rekod
untuk menunjukkan berapa banyak pendapatan yang telah diperoleh dan berapa
banyak pula telah dibelanjakan setiap bulan untuk sepanjang tahun. Senaraikan dan
teliti setiap perbelanjaan untuk memastikan yang mana boleh dikurangkan supaya
akhirnya nanti anda mempunyai aliran tunai yang positif - iaitu lebih banyak wang
masuk berbanding wang keluar.

Ketika berlatih membuat aliran tunai, ada beberapa perkara yang perlu diambil kira
dan ada soalan yang perlu ditanya pada diri sendiri, antaranya:

Pendapatan anda: Berapa gaji anda? Adakah anda mempunyai sumber


pendapatan lain - kerja sambilan, dividen, rumah yang disewakan,
bonus. Jika membuat analisis untuk seisi keluarga, pendapatan suami
atau isteri patut dimasukkan sama.
   
Aliran wang keluar: Ini termasuk perbelanjaan rumah dan sara hidup
seperti makanan, pakaian dan barangan keperluan harian; penjagaan
kereta dan petrol; bayaran balik pinjaman kereta, kad kredit atau sewa
rumah; premium insurans; perbelanjaan untuk pendidikan dan
perubatan; perbelanjaan bercuti dan hiburan; bayaran cukai
pendapatan, zakat dan lain-lain. Senarai ini panjang sekali.

Di sinilah anda perlu memutuskan yang mana perbelanjaan perlu dan yang mana
pula sekadar membazir sahaja - potong mana-mana perbelanjaan yang dianggap
membazir supaya lebih banyak wang dapat ditabung.

Susun belanjawan untuk memastikan perbelanjaan terkawal.


Belanjawan itu akan menjadi penentu apa yang anda mampu
belanjakan. Misalnya, anda tidak mampu makan malam di restoran
yang mahal setiap minggu jika belanjawan anda menunjukkan yang
anda hanya mampu makan di kedai kopi. Bagaimanapun, sesekali
mungkin anda ingin berbelanja lebih sempena hari istimewa seperti
ulang tahun perkahwinan; jadi jangan lupa masukkan perbelanjaan
seperti itu dalam belanjawan. Tetapi jangan pula berlebihan.
   
Jika anda berasa lemas dengan data yang panjang lebar ketika
mengatur pelan kewangan, dapatkan bantuan teknologi komputer
yang canggih. Dalam dunia hari ini, pakej perisian komputer adalah
umpama tulang belakang yang direka cipta untuk membantu anda
menyusun dan mengawal belanjawan. Kebanyakan program perisian
komputer ini boleh membantu anda menyusun belanjawan dan
memeriksa perbelanjaan, malah mengira jumlah yang perlu ditabung
untuk pelaburan serta mengawasi pelaburan anda.

Setelah kewangan dapat dikawal, langkah seterusnya ialah:

Tetapkan Matlamat Kewangan Anda


Cara mudah untuk menetapkan matlamat kewangan adalah melalui perancangan
awal untuk beberapa jangka masa - dua tahun, lima tahun, 10 tahun, 20 tahun dan
seterusnya. Kemudian, fikir tentang keperluan dan keinginan anda (atau keluarga),
dan jadikan ia sebagai matlamat khusus yang ingin dicapai untuk setiap jangka masa
yang telah ditentukan.
Matlamat anda boleh meliputi perkara-perkara yang memang diperlukan
(umpamanya, memiliki rumah dalam masa lima tahun atau pembiayaan pendidikan
anak-anak dalam masa 10 tahun atau simpanan untuk hidup selesa selepas
bersara), hinggalah kepada perkara-perkara yang sejak sekian lama sudah
diidamkan tetapi belum dapat dicapai (seperti bercuti naik keretapi Orient Express).
Bagaimanapun, matlamat anda harus tentu, wajar, berfaedah dan bukan impian Mat
Jenin.

Kemudian, kira berapa banyak wang diperlukan untuk memenuhi setiap matlamat
tersebut. Jangan pula rasa takut melihat jumlah yang telah dianggarkan. Melainkan
mereka yang memang sudah banyak menabung, kebanyakan kita perlu bekerja
keras menambah tabungan untuk mencapai matlamat yang diimpikan - dan
menambah tabungan boleh juga dibuat melalui pelaburan.

Tujuan laman ini adalah untuk mengajak anda belajar cara bijak untuk melabur
supaya mendapat pulangan yang diharap-harapkan bagi mencapai matlamat yang
diimpikan.

Bentuk Program Pelaburan Anda


Sekarang anda sudah pun menetapkan matlamat dan sudah mengemaskinikan
belanjawan anda untuk mendapat angka sebenar lebihan belanja yang boleh
dilaburkan, tetapi ada satu lagi perkara yang perlu dilakukan sebelum memulakan
langkah melabur. Kebanyakan perancang kewangan menasihatkan kita supaya,
sebelum membuat sebarang pelaburan, sisihkan perbelanjaan sekurang-kurangnya
untuk tiga hingga enam bulan bagi menghadapi waktu terdesak (umpamanya jika
kehilangan pekerjaan) atau masalah aliran tunai yang tidak dijangka. Mereka yang
sudah berkeluarga adakala dinasihatkan supaya menabung untuk perbelanjaan
hingga setahun.

Setelah penampan waktu terdesak ini disediakan, anda boleh menimbangkan berapa
banyak lebihan daripada pendapatan yang boleh digunakan untuk pelaburan bagi
mencapai matlamat kewangan anda. Mulakan secara kecil-kecilan dan kemudian
tingkatkan jumlah pelaburan setelah tabungan meningkat. Atau anda boleh juga
memulakan pelaburan dengan menggunakan sebahagian daripada wang simpanan
dan kemudian, setelah berasa lebih yakin, tambahkan tabungan untuk pelaburan.

Peruntukan aset: pelbagaikan pelaburan


Soalan seterusnya yang perlu anda tanya diri sendiri, dalam aset mana wang anda
hendak dilaburkan? Patutkah anda membeli saham atau bon? Bagaimana kalau
melabur dalam sekuriti kerajaan? Unit amanah? Hartanah? Atau bertindak lebih
berani dan melibatkan diri dalam niaga hadapan?

Anda perlu buat kajian dahulu. Pertama, cari jenis produk pelaburan yang boleh
anda peroleh, bagaimana setiap pelaburan itu dilaksanakan dan apa risiko terbabit.
(Sebagai permulaan, anda boleh klik Produk Pelaburan di laman ini). Ketika
membuat penyelidikan mengenai sesuatu pelaburan, bermakna anda sedang
menyelidik sesebuah syarikat atau pertubuhan kerana merekalah yang menerbitkan
saham, sekuriti, unit amanah, bon dan lain-lain. Ada banyak maklumat boleh
diperoleh, sama ada di media, dalam talian, dan daripada syarikat itu sendiri, yang
membolehkan anda mengenali syarikat tersebut secara lebih dekat. Amat penting
anda mengetahui secara jelas mengenai syarikat tersebut seperti jenis produk,
prestasi, pasaran, saingan dan jenis industrinya bagi membolehkan anda membuat
ramalan tentang prospek masa depannya. Mengapa? Sebab pelaburan anda
bergantung kepada masa hadapan.

Anda tidak sepatutnya melabur dalam satu aset tertentu sahaja; supaya pelaburan
anda berjaya, anda patut memilih gabungan beberapa kelas aset atau rangkaian
pilihan beberapa aset tertentu dalam satu kelas aset (umpamanya melabur dalam
pelbagai sektor sekiranya ekuiti adalah satu-satunya pilihan anda). Dalam perkataan
lain, pelbagaikan pelaburan. Menentukan berapa banyak wang yang hendak
dilaburkan dalam setiap kelas aset untuk membentuk portfolio pelaburan dipanggil
pembahagian aset.

Bagi anda, gabungan aset keseluruhan yang tepat bergantung kepada matlamat,
jangka masa yang ditetapkan untuk mencapai matlamat tersebut, jumlah wang yang
anda ada untuk dilaburkan dan umur.

Jika anda ada pelan jangka panjang dengan matlamat untuk menyekolahkan anak
anda daripada sekolah rendah ke peringkat universiti, anda boleh memulakan
pendekatan agresif dengan memperuntukkan peratus lebih tinggi dalam pelaburan
ekuiti. Tetapi, jika jangka masa yang ditetapkan adalah lebih singkat, anda mungkin
perlu bersikap sederhana dan membuat peruntukan sama rata antara ekuiti dan bon
yang lebih selamat. Jika dana pelaburan anda agak kecil, ini bermakna anda perlu
memilih unit amanah. Umur anda juga harus diambil kira. Secara amnya, jika anda
lebih berusia, anda patut lebih konservatif dalam membuat pelaburan dan tumpuan
anda juga harus beralih kepada produk pelaburan yang menghasilkan pendapatan
seperti bon.

Menggariskan semua pertimbangan ini dan menentukan pendekatan pelaburan yang


mana perlu diambil ialah penentu paling utama dalam menghadapi risiko - sebab itu,
ketahanan anda sebagai pelabur terhadap risiko adalah amat penting. Malah,
pelaburan anda dalam aset tertentu dalam lingkungan setiap kelas sebahagian
besarnya didorong oleh keupayaan anda menghadapi risiko. Untuk itu, sila rujuk
bahagian Risiko, Ganjaran dan Anda Sebagai pelabur untuk memahami konsep
pelaburan yang amat penting ini, sebelum anda membuat keputusan akhir dalam
memilih pelaburan.

Laksanakan Program Anda


Jika anda telah bersedia untuk melaksanakan pilihan pelaburan yang telah dibuat,
bila masa paling baik untuk memulakannya?

Jawapannya mudah saja! Lebih awal, lebih baik! Memulakannya awal memang
digalakkan supaya anda ada lebih banyak masa untuk mengembangkan pelaburan.
Jika anda masih muda, lebih banyak masa untuk anda membuat pelaburan dan
menambah tabungan. Jika anda kini berada di pertengahan kerjaya, anda masih
boleh mencapai matlamat kewangan - cuma ia memerlukan lebih tabungan.
Walaupun anda mungkin kini berada pada usia hampir bersara, jangan fikir sudah
terlewat untuk memulakannya! Ingatlah, lebih baik lewat daripada tidak berusaha
langsung!

Ketika mula melabur, jangan melabur secara melulu. Bak kata orang, naik keretapi
yang betul pada waktu yang tepat, sangat penting jika hendak sampai ke tempat
dituju pada waktunya. Nasihat kami: Beli apa yang anda tahu. Jika anda tidak
memahami sesuatu jenis pelaburan, jangan menceburkan diri sehingga anda faham
semua konsepnya. Berfikir dan bertindak rasional untuk membeli pada harga rendah
(dan menjual pada harga tinggi). Jangan biarkan perasaan tamak mengatasi
pertimbangan wajar, misalnya beli saham pada harga sangat tinggi (atau enggan
menjualnya kerana mahu lebih banyak keuntungan).

Elakkan daripada bertindak mengikut khabar angin. Memang biasa terdengar cakap-
cakap di pasaran mengenai harga sesuatu saham akan naik. Selepas itu, semua
orang akan berlumba-lumba membeli saham tersebut. Pembelian yang meningkat
secara tiba-tiba itu menyebabkan harga saham tersebut melonjak, dan ini memberi
peluang kepada pihak yang memulakan khabar angin itu untuk menjual saham
mereka pada harga tinggi. Kesudahannya, siapa yang terpaksa pegang saham yang
tinggi harganya itu? Sebab itu, sentiasa ingat peribahasa Melayu lama ini:

"Dengar cakap enggang,


makan buah belolok,
dengar cakap orang,
terjun masuk lubuk!"

Risiko, Ganjaran dan Anda Sebagai Pelabur

Berapa Banyak Risiko Yang Boleh Diambil?

Ada satu prinsip asas yang perlu anda ingat sebelum melaksanakan pelan kewangan.
Prinsip itu ialah: lebih tinggi pulangan daripada sesuatu pelaburan, lebih tinggi
risikonya.

Ini merupakan prinsip penting pelaburan, keseimbangan antara risiko dan ganjaran
berkait langsung dengan setiap keputusan

pelaburan yang dibuat. Apabila membeli atau menjual sesuatu produk pelaburan,
anda sentiasa menghadapi risiko kerugian. Cuma, tahap risiko itu berbeza-beza
antara satu produk dengan produk yang lain.

Amnya, produk yang menjanjikan pulangan paling banyak (seperti niaga hadapan,
opsyen dan saham yang harga meningkat dengan cepat) merupakan pelaburan yang
paling berisiko - jadi, makin banyak risiko yang anda ambil dengan pelaburan-
pelaburan jenis ini, semakin besar kemungkinannya ganjaran yang bakal diterima
juga besar. Tetapi, kemungkinan besar pula anda boleh hilang wang pelaburan anda.
Begitulah sebaliknya dengan produk kewangan yang dianggap "selamat" seperti
simpanan di bank dan bon yang memberi pulangan kecil dan mantap. Kemungkinan
wang anda hangus kecil sekali kerana pelaburan seperti ini mempunyai risiko
rendah. Tetapi pulangannya juga rendah. Inilah yang dimaksudkan dengan
perseimbangan antara risiko dan ganjaran.

Sebenarnya risiko sesuatu pelaburan itu bergantung kepada diri kita sendiri. Dalam
lain perkatan berapa banyak risiko yang anda sanggup terima. Risiko bermakna,
mengambil sesuatu langkah yang tidak pasti iaitu tiada jaminan hasil langkah yang
diambil itu akan memihak kepada anda. Ketahanan menghadapi risiko diukur melalui
penerimaan anda terhadap hasil daripada sesuatu pelaburan. Sama ada anda boleh
mengambil risiko dan sampai ke tahap mana ketahanan anda, bergantung kepada
kedudukan kewangan anda (ini merangkumi nilai bersih, pendapatan dan jangkaan
hasil pendapatan pada masa hadapan), personaliti dan matlamat kewangan anda.

Hampir semua buku yang mengajar kita mengenai pelaburan pasti memasukkan kuiz
profil risiko pelabur untuk membantu kita memastikan daya ketahanan terhadap
risiko. Jawab ujian ini dan ketahuilah profil pelaburan anda: sama ada konservatif,
sederhana atau agresif. Pelabur yang agresif akan mengambil risiko besar untuk
mendapat keuntungan besar. Pelabur konservatif akan mencari pelaburan selamat
dan berpuas hati dengan pelaburan yang membawa pendapatan mantap. Pelabur
sederhana pula berada di tengah-tengah: dia mengambil sikap berhati-hati tetapi
bersedia mengambil sedikit risiko untuk mendapat pulangan lebih baik.

Nak tahu ketahanan anda menghadapi risiko, tanya diri sendiri fasal tidur. Bolehkah
anda melaburkan semua wang dalam sesuatu aset dan tetap dapat tidur nyenyak?
Jika tak boleh, bermakna pelaburan bukan untuk anda.

Memahami Risiko Pelaburan

Apakah risiko yang dihadapi oleh pelabur seperti anda?

Salah satu bentuk risiko dinamakan 'risiko asas' yang meliputi semua jenis
pelaburan. Risiko jenis ini wujud dalam mana-mana perniagaan dan dipengaruhi oleh
tahap kecekapan pengurusan syarikat dan kedudukan syarikat dalam arus
persaingan pasaran.

Cara terbaik untuk meminimumkan kesan risiko ini ke atas portfolio anda ialah
dengan mempelbagaikan pelaburan; iaitu melabur dalam lain-lain syarikat, dalam
industri yang berbeza-beza, dan dalam lingkungan kelas aset yang sama.

Yang kedua ialah risiko pasaran, juga dikenali sebagai risiko teknikal. Risiko ini pula
berkaitan dengan bagaimana keadaan pasaran di mana anda mempunyai pelaburan.
Ini membabitkan faktor-faktor ekonomi seperti kitaran perniagaan, inflasi dan
pengangguran. Umpamanya, dalam sesuatu tempoh tertentu ekonomi, pasaran
hartanah mungkin mempunyai prestasi lebih baik berbanding pasaran saham. Untuk
menguruskan risiko pasaran, bijak jika mempunyai portfolio yang seimbang - iaitu
mempelbagaikan pelaburan di kalangan sesuatu kumpulan aset dan mengawasi
keadaan ekonomi negara untuk mengenal pasti syarikat mana yang berpotensi untuk
berjaya dan yang mana pula yang mungkin merudum.

Risiko kadar faedah juga risiko yang perlu dihadapi. Biasanya ramai mengandaikan
bahawa risiko kadar faedah hanya mempengaruhi pasaran bon. Ini tidak benar
kerana kadar faedah juga turut memberi kesan kepada pasaran saham. Memang
benar nilai saham dipengaruhi oleh lain-lainfaktor langsung. Yang perlu diingatkesan
gerakankadar faedah mempunyai kesan terbalik bukan macam bon.

Risiko inflasi pula ialah risiko pelaburan anda dilangkau oleh inflasi yang bergerak
pantas dan menghakis nilai pelaburan tersebut. Ini ialah risiko kuasa belian. Jadi,
anda harus mencari saham, hartanah dan pelaburan yang akan mengatasi kadar
inflasi dalam jangka masa tertentu. Jangan lupa juga untuk memasukkan faktor
inflasi ketika mengira andaian pulangan daripada pelaburan anda. Ini cara yang
betul untuk mendapatkan gambaran sebenar keuntungan yang diperoleh.
Akhirnya, risiko kecairan. Ini merupakan jawapan kepada soalan, berapa cepat saya
boleh menukar aset pelaburan kepada nilai penuh wang tunai? Simpanan di bank
adalah antara risiko kecairan paling rendah manakala pelaburan hartanah pula
mempunyai risiko kecairan paling tinggi. Saham dan unit amanah juga mempunyai
kecairan yang baik kerana, selepas menjualnya, anda hanya perlu menunggu
beberapa hari (bekerja) sahaja untuk mendapat wang anda.

Anda Jenis Pelabur Yang Mana?

Di sini ada beberapa contoh profil risiko pelabur dan pelaburan tipikal yang
dipadankan dengan personaliti dan objektif mereka.

Profil Pelabur
Pelaburan Tipikal

Terlalu konservatif
Sekuriti kerajaan, sekuriti yang disokong oleh bank
Sekuriti pemegang amanah

Konservatif
Julat lebih luas bagi pelaburan yang memberi pulangan sahaja, debentur, bon
korporat, produk insurans tertentu

Julat pertengahan
Harta (umpamanya rumah) yang belum siap, pertumbuhan saham, unit amanah
yang berkaitan dengan pelaburan (dengan penekanan kepada pertumbuhan),
pelaburan antarabangsa

Usahawan
Harta yang sudah siap, pertumbuhan saham, unit amanah yang berkaitan dengan
pelaburan (Dengan penekanan kepada pertumbuhan), pelaburan antarabangsa

Spekulasi
Dagangan opsyen, niaga hadapan, barangan eksotik dan himpunan barang-barang
berharga

Nota: Jadual di atas hanya sebagai petunjuk. Untuk lebih tepat, ciri-ciri dan faktor-
faktor lain perlu diambil kira. Juga, ada pertindihan dalam pengkelasan jenis pelabur.
Justeru, ada pelabur mungkin tidak bersetuju dengan ciri-ciri pelaburan yang
dipadankan dengan profil risiko.

Pempelbagaian - Lebih Selamat Jika Diperlbagaikan


Satu cara yang selalu disebut ketika bercakap mengenai bagaimana mengelakkan
daripada menghadapi banyak risiko dalam pelaburan ialah pempelbagaian.

Pempelbagaian bermakna "mengembangkan pelaburan kepada beberapa cabang",


iaitu tidak meletakkan wang dalam satu pelaburan sahaja, sebaliknya menyertai
beberapa pelaburan.

Samalah seperti tidak meletakkan semua telur dalam satu bakul, kerana jika bakul
terhempas jatuh, kemungkinan semua telur akan pecah. Begitu juga, jika anda
melaburkan semua wang dalam saham satu syarikat, jika nilai saham itu menjunam
jatuh, anda mungkin kehilangan wang yang dilaburkan.

Sesuatu portfolio pelaburan yang dipelbagaikan mempunyai beberapa cabang


pelaburan. Setiap cabang boleh pula disamakan dengan satu kumpulan aset (seperti
saham atau bon atau niaga hadapan). Langkah selanjutnya ialah mempelbagaikan
pelaburan dalam sesuatu kumpulan aset tersebut. Misalnya jika membeli saham
belilah daripada berbagai-bagai sektor; atau jika membeli unit amanah, belilah lebih
daripada satu jenis (umpamanya dana pendapatan, dana pertumbuhan, dana bon
dan lain-lain).

Strategi yang baik ialah menggabungkan pelaburan yang berisiko tinggi dengan yang
berisiko rendah dan meletakkan pelaburan itu dalam setiap cabang pelaburan dan
kumpulan aset. Mengapa buat demikian? Supaya anda mempunyai peluang lebih
baik untuk berjaya dalam sesuatu kelas aset dan di kalangan kumpulan sesuatu
aset. Bayangkan bagaimana jika semua wang simpanan anda terikat dalam pasaran
saham sedangkan anda dalam keadaan terdesak dan memerlukan wang tunai
dengan cepat. Sudah tentu anda menghadapi masalah mudahtunai sekiranya pada
waktu itu pasaran saham pula terus menjunam. Keadaan ini terjadi akibat tidak
mempelbagaikan pelaburan dalam sesuatu kumpulan aset. Atau anda mungkin
meletakkan semua wang dalam saham hartanah, kemudian mendapati perniagaan
hartanah menjunam jatuh sedangkan saham sektor lain pula melonjak naik. Ini ialah
contoh tidak mempelbagaikan pelaburan dalam sesuatu kelas aset.

Tetapi, melalui pempelbagaian, jika satu daripada aset anda menjunam teruk, anda
mempunyai banyak pilihan lain sebagai sandaran. Jika anda membuat
mempelbagaikan pelaburan secara bijak, kerugian yang ditanggung dalam sesuatu
pelaburan boleh ditampung oleh keuntungan daripada pelaburan lain yang
berprestasi baik. Risiko pelaburan anda juga dapat dikurangkan manakala kadar
purata pulangan dapat dimaksimumkan.

Bagaimanapun, elakkan daripada mempelbagaikan pelaburan secara keterlaluan.


Memang betul tidak wajar jika anda melaburkan semua wang dalam satu tempat,
tetapi melaburkannya dalam terlalu banyak instrumen kewangan juga tidak bijak
kerana sukar untuk mengawasi semua pelaburan serentak. Lagipun, kalau
mempelbagaikan pelaburan secara berlebihan, pelaburan anda akan membuat
imbangan balas antara satu sama lain (mungkin pelaburan yang mengalami kerugian
lebih banyak berbanding pelaburan yang untung dan keuntungan itu terpaksa
digunakan untuk menutup kerugian) hingga menyebabkan akhirnya anda tidak
mendapat apa-apa daripada pulangan pelaburan anda.

Awasi Pelaburan Anda


Persekitaran yang berubah-ubah

Setelah mula melabur jangan pula mengabaikan pelan pelaburan atau berhenti
membuat kajian pasaran. Anda masih perlu terus membaca dokumen kewangan dan
laporan syarikat, membuka mata dan telinga seluas-luasnya terhadap berita yang
boleh mempengaruhi prestasi pelaburan anda. Pastikan anda sentiasa prihatin dan
mengetahui berita terkini mengenai syarikat di mana anda mempunyai. Mengapa
anda perlu buat begitu?

Pertama, kita hidup di dunia yang dinamik. Tiada apa dalam persekitaran kita yang
statik - dan ini turut menjadi faktor mengapa pelan kewangan anda, walau sebagus
mana perancangannya sekali pun dan sebaik mana pelaksanaannya, perlu kepada
perubahan. Katakan syarikat yang anda turut menjadi pemegang saham merosot
perniagaannya dan menyebabkan pelaburan anda menghadapi risiko. Macam-macam
boleh berlaku. Undang-undang dan peraturan boleh berubah, ekonomi tempatan
atau ekonomi dunia boleh meleset (ingat lagi kesan peristiwa pengeboman Pusat
Dagangan Dunia di Amerika Syarikat pada 11 September 2001 lalu?), keadaan
pasaran modal dan kedudukan syarikat-syarikat turut berubah, semua ini boleh
memberi kesan kepada pelaburan anda. Akibatnya, pelan dan matlamat kewangan
anda mungkin juga berubah dan jika ini berlaku pelaburan anda mungkin perlu juga
dirombak semula kerana ia tidak dapat lagi memenuhi matlamat kewangan anda.
Dalam lain perkataan, pelabur yang berjaya adalah pelabur yang proaktif.

Mengubahsuai Pelan Anda


Kedua, anda juga patut mengkaji semula portfolio anda kerana kedudukan
kewangan anda sendiri mungkin sudah berubah. Kajian semula ini perlu untuk
memungkinkan penyusunan semula pelan dan matlamat anda. Katakanlah, anda
menerima durian runtuh dan kini mempunyai lebih banyak wang untuk dilaburkan -
bolehlah anda mencorak matlamat yang lebih besar. Atau, nilai bersih wang anda
mungkin telah meningkat melalui pembelian sesuatu harta, dan kini tabungan anda
untuk pelaburan berkurangan dan anda perlu mengubahsuai pelan anda.

Penilaian Prestasi
Ketiga, anda harus mengawasi dan menilai prestasi pelaburan anda secara
berterusan untuk mengetahui kedudukannya. Jika pelaburan itu menunjukkan
prestasi baik, mungkin anda perlu melaburkan lebih banyak wang, atau
mengeluarkan sebahagian daripada keuntungan dan melaburkannya di tempat lain
pula. Jika tidak, anda mungkin perlu memutuskan untuk menjualnya. Berapa kerap
kajian semula perlu dibuat bergantung kepada saiz dan jangka masa pelaburan anda
serta sama ada anda telah memilih aset yang berisiko tinggi atau rendah.

Ketika mengukur prestasi aset anda, gunakan jumlah angka pulangan, dan bukan
angka pulangan pendapatan. Pulangan pendapatan merupakan pendapatan yang
diperoleh daripada pelaburan. Dalam kes saham, pendapatan diperoleh daripada
pembayaran dividen; manakala bagi pelaburan hutang seperti bon, pendapatannya
adalah dalam bentuk pembayaran faedah.

Jumlah pulangan ialah pengukur prestasi paling tepat kerana ia turut mengambil kira
sama ada terdapat untung (atau rugi) dalam nilai pelaburan itu mengikut pergerakan
masa. Untuk saham, jumlah pulangan ialah jumlah pendapatan dividen dan
untung/rugi modal (perbezaan antara harga jualan dan harga kos). Untuk
mendapatkan peratus pulangan, bahagikan jumlah pulangan dengan kos pelaburan
dan darab dengan 100.

Mengawasi saham
Anda juga perlu mengawasi syarikat yang sahamnya anda beli, dengan melihat
keuntungan, pertumbuhan pendapatan, penggearan dan pembayaran dividen. Baca
pengumuman syarikat, surat pekeliling pemegang saham, laporan tahunan dan
interim, serta beri tumpukan terhadap tarikh tutup hak, waran, pengambilalihan,
perolehan, laporan juruaudit dan kepentingan pengarah. Anda juga patut menghadiri
mesyuarat tahunan untuk mengetahui bagaimana syarikat itu diuruskan dan untuk
mengukur prospek perniagaannya.

Mengawasi unit amanah


Bagi skim pelaburan secara kolektif seperti unit amanah, anda harus mengawasi
pengurus dana daripada segi:
Prestasi
Strategi
Portfolio

Maklumat yang boleh anda minta daripada pengurus dana, adalah:


Prestasi pasaran pelaburan yang berkenaan
Tahap kemudahubahan yang berkaitan dengan pulangan
Kadar inflasi
Prestasi pengurus dana lain yang seumpamanya
Strategi yang digunakan dalam tempoh terdekat

Pengurus dana dinilai berdasarkan perkhidmatan yang mereka sediakan, khususnya


prestasi dan laporan. Adakah jangkaan anda mengenai pulangan daripada pelaburan
anda sudah dipenuhi? Apakah pengurus dana itu melakukan sebagaimana yang anda
jangkakan, misalnya membeli saham mengikut strategi yang telah diatur dan
mandat yang diberikan?

Anda juga perlu ingat bahawa hasil pelaburan itu bergantung kepada banyak faktor
secara rawak dan data prestasi jangka pendek mungkin tidak dapat menilai
kemahiran pelaburan pengurus dana secara tepat.

10 Tips Melabur dengan Bijak dalam Pasaran Modal

Pasaran Modal Malaysia menawarkan produk pelaburan yang berikut:

saham (ekuiti)
Bon
waran, CULS (saham pinjaman)
dagangan komoditi
niaga hadapan & indeks opsyen
unit amanah

selain daripada aset pelaburan bukan modal seperti simpanan bank, hartanah,
insurans dan barang koleksi bernilai.

Seorang pelabur bijak akan memilih satu atau lebih daripada aset pelaburan di atas,
bukan sahaja berdasarkan matlamat dan jumlah modal yang dimiliki, tetapi juga
bergantung kepada kesanggupan menerima risiko. Semua pelaburan mempunyai
risiko; sebahagiannya lebih berisiko berbanding yang lain. Anda perlu memastikan
sama ada anda seorang yang sanggup menerima risiko atau sebaliknya supaya anda
boleh meneruskan program pelaburan sama ada yang agresif, sederhana atau
konservatif. Pendek kata, pilih strategi pelaburan yang sesuai dengan profil anda
kerana anda perlu rasa senang dengan pilihan tersebut. Jika anda tidak sanggup
menerima risiko, elakkan melabur dalam ekuiti kerana harganya sentiasa turun naik
dalam masa yang singkat. Anda boleh melabur seberapa agresif yang anda ingini,
asalkan masih boleh tidur nyenyak pada waktu malam.

Bon, komoditi, niaga hadapan dan opsyen ialah instrumen modal yang menarik bagi
pelabur institusi dan memerlukan modal yang besar untuk berurus niaga. Sebagai
pelabur runcit, anda mungkin lebih selesa melabur dalam ekuiti dan unit amanah.
Tetapi yang mana lebih sesuai untuk anda?

Jika anda ada banyak masa untuk membuat penyelidikan tentang saham dan arah
aliran pasaran, serta gemar menguji kebolehan sendiri, anda bolehlah melabur terus
dalam pasaran saham. Sebaliknya, jika anda tidak mahu menanggung bebanan
setiap hari mengendalikan sendiri urusan pelaburan, menyediakan sejumlah wang
setiap kali membuat pelaburan dan mengambil langkah untuk mempelbagaikan
pelaburan secepat mungkin, anda patut mempertimbangkan untuk melabur dalam
unit amanah.

Jangan laburkan wang sebelum anda benar-benar memahami semua maklumat yang
berkaitan dengan pelaburan.

Bagi saham, anda perlu membuat pilihan berdasarkan pendekatan fundamental,


bukan berdasarkan khabar angin. Bersedia untuk membuat analisis terhadap laporan
tahunan syarikat, penyata kewangan dan laporan lain serta mengikuti semua
perkembangan pelaburan dalam industri berkenaan, dalam negara, dan di peringkat
antarabangsa. Anda mungkin boleh menggabungkan pendekatan analisis
fundamental ini dengan pemilihan masa yang tepat dan bijak untuk memasuki
pasaran. Berwaspada terhadap apa saja cadangan daripada rakan anda atau khabar
angin, terutamanya jika tiada penjelasan munasabah disebalik cadangan itu. Prinsip
asas membeli saham ialah caveat emptor: biar pembeli berwaspada.

Bagi unit amanah, anda harus meneliti dana unit amanah dan syarikat
pengurusannya sebelum membuat pelaburan. Baca dan fahami prospektus dana,
surat ikatan amanah, penyata kewangan, matlamat pelaburan, di mana dan
bagaimana wang anda dilaburkan, risiko terbabit dan bayaran yang dikenakan. Buat
penyelidikan, kumpulkan maklumat mengenai prestasi dana syarikat itu pada masa
lalu dan bandingkan dengan prestasi dana syarikat lain dalam bidang yang sama -
anda patut mempertimbangkan untuk melabur dalam dana yang menunjukkan
prestasi terbaik ketika pasaran kurang memberangsangkan (tetapi melibatkan
pengambilan risiko yang tinggi). Tetapi perlu diingat bahawa prestasi dana yang
menggalakkan pada masa lalu tidak menjamin prestasi baik pada masa hadapan.

Jangan memulakan sebarang program pelaburan jika anda belum mengumpul wang
simpanan secukupnya sebagai penampan perbelanjaan kecemasan selama antara
enam hingga sembilan bulan. Penampan ini penting supaya program pelaburan tidak
terjejas akibat berlakunya keperluan kewangan yang mendesak. Hutang jangka
pendek perlu dilangsaikan sebelum menggunakan wang simpanan untuk melabur.
Fahami risiko yang lebih besar jika melabur dengan wang pinjaman.

Berfikir secara jangka pendek boleh menjejaskan keberkesanan rancangan jangka


panjang. Harus diingat bahawa dalam apa jua pelaburan, akan wujud keadaan tidak
menentu yang akan pulih semula dalam tempoh jangka panjang. Oleh itu, anda
perlu bersabar dan memegang pelaburan bagi tempoh lebih lama. Sejarah
menunjukkan bahawa pasaran pelaburan tetap akan kembali pulih dan bergerak ke
tahap baru yang lebih tinggi. Tetapi jika anda hendak membuat spekulasi bagi
mendapat keuntungan segera, lakukan dengan berhati-hati dan pastikan jumlah
wang yang dilaburkan tidak akan membebankan anda sekiranya berlaku kerugian.

Strategi bijak ini menyebabkan turun naik pasaran memberi manfaat kepada anda
kerana melaburkan sejumlah tetap wang pada jarak waktu yang tetap bagi tempoh
masa tertentu, akan mengurangkan kos purata jangka panjang bagi setiap saham.
Ini merupakan cara terbaik untuk melabur dalam ekuiti yang sentiasa turun naik
harganya kerana anda dapat membeli lebih banyak unit saham apabila harga turun
dan membeli sedikit apabila harga naik. Cara ini juga boleh menggantikan strategi
yang boleh membebankan kerana perlu meramalkan masa sesuai untuk melabur
dalam pasaran.

Cara terbaik untuk mengurangkan risiko sambil mengekalkan kadar pulangan tinggi
ialah mempelbagaikan pelaburan anda dalam pelbagai jenis produk pelaburan dan
kelas aset. Jika anda hanya melabur dalam ekuiti, lebih wajar membuat pelaburan
dalam pelbagai syarikat dan sektor. Jika anda melabur dalam unit amanah, pilih
beberapa jenis dana jangan terhad pada satu. Kerugian yang dialami oleh beberapa
kaunter/dana boleh ditampung oleh keuntungan yang dinikmati di kaunter/dana lain.
Cara ini mengelakkan anda daripada terlalu terdedah kepada risiko satu pelaburan
sahaja. Kata orang, lebih banyak, lebih selamat. Bagaimanapun, elakkan daripada
mempelbagaikan pelaburan secara keterlaluan kerana ini boleh mengurangkan
prestasi portfolio anda.

Sentiasa mengkaji semula dan mengawasi pelaburan anda untuk memastikan


bahawa program pelaburan itu masih bersesuaian dengan matlamat kewangan anda.
Pantau prestasi pelaburan anda untuk memastikan sama ada matlamat pulangan
yang diharapkan telah dicapai, atau anda mungkin perlu menyusun semula
pelaburan sekiranya gabungan pelaburan anda tidak sesuai lagi. Jangan takut
menukar sesuatu pelaburan yang terlebih nilai dengan pelaburan baru yang lebih
rendah nilainya. Tukar pelaburan untuk menyelamatkan modal anda dalam keadaan
pasaran tidak menentu, bukan mengejar pendapatan lumayan yang belum pasti lagi.

Berhati-hati sekiranya ditawarkan keuntungan segera atau pulangan tinggi. Pada


bulan Disember 2001, Suruhanjaya Sekuriti telah mengambil tindakan terhadap
penipuan firma pasaran komoditi lani yang menipu pelabur beribu-ribu ringgit
melalui skim mereka. Ketahui lebih lanjut penipuan tersebut dalam
http://www.sc.com.my/html/resources/fr_resource.html.

Membeli Saham Dalam IPO

Pelan kewangan anda menunjukkan bahawa saham sepatutnya termasuk dalam


portfolio pelaburan anda. Anda sedar tentang risiko pelaburan dalam pasaran modal
dan bersedia untuk mengambil risiko itu. Sebagai permulaan, anda memutuskan
untuk melabur dalam saham dengan menyertai tawaran awam awal (IPO). Dalam
perlaksanaan IPO, pelabur boleh membeli saham secara terus daripada syarikat yang
menerbitkan saham.

Bagaimana nak mula?


Ada beberapa langkah mudah:

 Baca dan fahami prospektus


 Semak tarikh tutup untuk menghantar permohonan
 Fahami tentang syarikat yang anda beli sahamnya
 Dapatkan sebanyak mungkin maklumat mengenai perlaksanaan IPO daripada
tapak web Bursa Malaysia atau akhbar
 Pilih cara bagaimana anda hendak membuat permohonan sama ada
menggunakan–
a) borang permohonan konvensional yang bercetak: atau
b) kemudahan Permohonan Saham Secara Elektronik (ESA).

Menggunakan borang permohonan


Borang permohonan biasanya boleh didapati di akhbar-akhbar utama dan di rumah
terbitan, syarikat pembrokeran atau institusi kewangan. Anda harus menghantar
hanya SATU borang permohonan kerana menghantar berbilang-bilang borang
permohonan merupakan satu kesalahan bawah Akta Industri Sekuriti 1983. Jika
didapati bersalah, anda boleh dikenakan denda minimum RM1 juta atau 10 tahun
penjara atau kedua-duanya sekali.

Sebelum membuat permohonan:-

 semak butiran peribadi anda – mestilah sama dengan yang terdapat pada kad
pengenalan
 buka akaun CDS jika anda belum membukanya lagi
 bagi membayar saham tersebut, kepilkan draf bank atau perintah juruwang
(cashier order) bagi jumlah saham yang dipohon
 hantar borang permohonan melalui pos atau terus kepada rumah terbitan.

Jika permohonan anda tidak berjaya, anda akan menerima cek bayaran balik
daripada rumah terbitan.

 Membeli Saham Dalam IPO

Menggunakan kemudahan ESA


Kemudahan ESA membolehkan pelabur membuat permohonan membeli saham
melalui ATM institusi kewangan yang menyediakan kemudahan ESA ini. Jika anda
berfikir untuk menggunakan ESA, periksa sama ada IPO yang anda pohon boleh
dilanggan melalui kemudahan secara elektronik dan melalui institusi kewangan yang
mana satu. Maklumat ini boleh didapati dalam prospektus.

Bagi membuat permohonan melalui ESA, pelabur perlu mempunyai —

 akaun CDS
 akaun yang mempunyai kemudahan ATM dengan institusi kewangan yang
menyertai ESA
 simpanan yang mencukupi dalam akaun untuk membeli saham tersebut.

ESA memudahkan proses permohonan kerana melaluinya beberapa perkara dapat


ditiadakan, termasuk —

 mengisi borang permohonan


 membeli draf bank
 salinan kad pengenalan
 membeli setem
 mengepos atau menghantar borang permohonan
 menunaikan cek pembayaran balik.

Sekiranya berjaya, akaun CDS pemohon akan dikreditkan dengan jumlah saham
yang diperuntukkan dan Notis Peruntukan daripada rumah terbitan akan diberikan
untuk mengesahkan kuantiti saham yang dikreditkan. Jumlah yang sepatutnya akan
didebitkan daripada akaun anda untuk membayar saham yang diterima.

Bagaimana sekiranya permohonan IPO anda menggunakan ESA tidak berjaya?


Selepas proses pengundian selesai, rumah terbitan akan mengeluarkan arahan
kepada institusi kewangan yang berkenaan mengenai semua permohonan pemegang
akaunnya yang tidak berjaya. Institusi kewangan berkenaan akan mengkreditkan
semula jumlah wang yang sepatutnya ke dalam akaun bank pemohon yang tidak
berjaya itu.

Walau bagaimanapun, tidak kira kaedah mana anda gunakan untuk menyertai
pelaksanaan IPO, itu tidak membebaskan anda daripada tanggungjawab anda
membuat keputusan pelaburan yang didasarkan kepada maklumat.

Lima Mitos Pasaran Saham

Andaian salah paling umum mengenai pasaran saham yang tidak usah anda
hiraukan.

Pasaran saham ialah kasino!

Tidak, pasaran saham BUKAN kasino. Melabur dalam saham pada dasarnya
berbeza daripada berjudi. Membeli saham atau stok mewakili pemilikan
  dalam sesuatu syarikat dan memberikan hak kepada pembeli menuntut hak
terhadap aset syarikat dan berkongsi keuntungan syarikat. Selalunya,
pelabur berfikir bahawa membeli saham merupakan cara untuk mencuba
nasib dan mendapat keuntungan dengan cepat. Tanggapan ini salah.
   

Hanya untuk orang kaya


Tanggapan ini tidak tepat kerana sesiapa sahaja yang mempunyai
pengetahuan pelaburan yang baik dan sedikit wang simpanan boleh
melabur dalam pasaran saham. Pelabur berjaya bukan mereka yang kaya
  tetapi mereka yang menggunakan maklumat dengan berkesan dan
mendapatkan bantuan daripada golongan profesional berlesen untuk
membuat keputusan berdasarkan maklumat.
   

Masa paling baik untuk melabur ialah ketika pasaran “bul”

Ketika pasaran bul atau ketika pasaran sedang naik dan aktif, bukanlah
satu-satunya masa paling baik untuk melabur. Berbekalkan maklumat yang
 
baik dan pemilihan saham yang teliti, pelabur boleh membuat keputusan
pelaburan yang baik pada bila-bila masa sahaja, sama ada ketika pasaran
bul atau bear (apabila pasaran jatuh dan tidak aktif).
   

Mustahil melabur tanpa “maklumat panas”

Walaupun tanpa “maklumat panas” pelabur masih boleh membuat


keputusan pelaburan yang baik jika mereka melakukan penyelidikan
sendiri. Pelabur mesti memahami dengan jelas mengenai pelaburan mereka
  dan tidak bergantung hanya kepada maklumat panas. Sekiranya pelabur
tidak mempunyai pengetahuan atau mempunyai hanya sedikit pengetahuan
mengenai pelaburan, lebih baik jika mendapatkan khidmat nasihat
penasihat pelabur. Pastikan dia mempunyai lesen yang sempurna.
   

Beli saham harga murah ketika pasaran bulis

Membeli saham harga murah ketika pasaran bulis dengan harapan


harganya akan naik ketika pasaran sedang bulis bukan merupakan strategi
pelaburan yang berkesan. Strategi lebih baik ialah membeli saham syarikat
yang mempunyai asas yang baik pada harga berpatutan. Ini kerana harga
merupakan hanya satu bahagian daripada pelaburan saham. Jangan keliru
  dengan konsep pelaburan nilai. Ini bukan bermakna membeli saham apa
sahaja syarikat yang harga pasarannya sedang menjunam, seperti kata
pepatah lama Wall Street,“Siapa yang cuba menangkap pisau yang jatuh,
pasti luka”. Pelaburan nilai ialah membeli saham syarikat berkualiti tinggi
yang dinilai rendah oleh pasaran.

Menyoal Ejen Unit Amanah


Biasanya dalam interaksi antara ejen unit amanah dan pelabur, hanya ejen yang
banyak bercakap manakala pelabur lebih banyak mendengar. Tidak banyak soalan
yang relevan ditanyakan oleh pelabur kecuali soalan lazim – “berapa banyak dividen
akan diberikan oleh unit amanah ini?” atau “apakah jumlah minimum untuk
memulakan pelaburan?”. Tetapi, untuk memperoleh manfaat sepenuhnya daripada
pelaburan unit amanah, anda mestilah bersedia untuk bertanya banyak soalan.
Jawapan yang anda peroleh daripada ejen ini boleh membantu anda menentukan
sama ada melabur dalam unit amanah yang ditawarkan itu bersesuaian dengan
matlamat dan objektif pelaburan anda. Ini juga dapat mengelakkan anda daripada
melabur dalam produk unit amanah yang tidak bersesuaian tetapi dipromosikan
berlebih-lebihan oleh ejen kerana dia mendapat komisen yang tinggi daripada
penjualannya.

Disenaraikan di sini beberapa soalan cadangan (senarai ini tidak terbatas, ada
banyak lagi soalan lain yang boleh ditanyakan) yang anda patut tanyakan kepada
ejen anda.

1. Adakah dana unit amanah ini berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti?

Panduan: Semua produk unit amanah mestilah didaftarkan dengan SC. Untuk
memastikan produk pelaburan itu didaftarkan dengan SC, hubungi 03-6204 8000
dan minta untuk disambungkan kepada Jabatan Tabung Amanah dan Pengurusan
Pelaburan.

2. Berapa lama syarikat unit amanah itu telah beroperasi? Apakah rekod atau
prestasi syarikat itu dalam memberikan pulangan yang dijanjikan?

Panduan: Penting bagi pelabur untuk memeriksa latar belakang sesuatu syarikat
unit amanah, termasuk syarikat yang akan menguruskan dana tersebut (jika dana
itu diuruskan oleh pengurus dana luar). Cari maklumat mengenai rekod prestasi dan
pengalaman mereka. Anda mesti berusaha untuk mengenali mereka yang
diamanahkan untuk mengendalikan wang hasil titik peluh anda.

3. Adakah dana itu bersesuaian dengan matlamat pelaburan dan profil risiko saya?

Panduan: Sebelum anda bertanyakan soalan ini, anda mesti mengetahui dan yakin
mengenai matlamat dan objektif pelaburan anda (sila baca artikel mengenai
matlamat dan objektif pelaburan di tapak web Pelabur Malaysia) dan berapa banyak
risiko pelaburan yang anda mampu tanggung (risiko pelaburan pada umumnya ialah
keadaan yang mungkin berlaku dan menyebabkan anda menanggung kerugian).
Sekarang ini, ada banyak jenis dana di pasaran, setiap satu dengan manfaat dan
risiko tersendiri (lebih tinggi pulangan yang dijanjikan, lebih tinggi risiko yang anda
terpaksa ambil). Oleh itu, penting bagi anda memahami dana yang ditawarkan dan
memilih dana yang benar-benar bersesuaian dengan matlamat pelaburan dan
kesanggupan anda menghadapi risiko. Misalnya, jika anda mahu pendapat yang
konsisten, anda perlu melabur dalam dana yang menyediakan pulangan konsisten.
Anda tidak seharusnya membiarkan diri dipaksa oleh mana-mana ejen untuk
melabur dalam dana yang tidak bersesuaian dengan anda.

4. Apa yang berlaku kepada wang yang saya laburkan dalam dana berkenaan? Di
manakah wang itu akan dilaburkan?

Panduan: Setiap dana unit amanah mempunyai strategi pelaburannya sendiri.


Contohnya, bagi dana ekuiti, pada umumnya kebanyakan daripada aset dana itu
dilaburkan dalam pasaran saham. Sebaliknya, dana bon akan melaburkan
kebanyakan dananya dalam produk bon. Amat penting bagi pelabur mengetahui
dalam produk pelaburan yang manakah dana itu akan melabur, kerana ini
mempunyai implikasi terus ke atas toleransi risiko pelabur. Jika dana itu melabur
dalam produk pelaburan berisiko tinggi, dana unit amanah itu sendiri akan menjadi
pelaburan berisiko tinggi. (Sila lihat juga panduan dalam Soalan 3!).

5. Bagaimana hendak mengetahui bahawa dana yang saya laburkan itu berkeadaan
baik? Bagaimana hendak membandingkannya dengan dana yang lain?

Panduan: Setiap dana mempunyai ukur rujuknya sendiri (sesuatu yang anda boleh
jadikan ukuran prestasinya), yang dinyatakan dalam prospektus. Anda boleh
membandingkan kadar pulangan dana anda dengan ukur rujuk tersebut. Ukur rujuk
yang biasa bagi dana ialah Indeks Komposit Kuala Lumpur (IKKL) manakala bagi
dana bon, biasanya ialah pada kadar purata 12-bulan deposit tetap bank-bank.

Selain itu, anda boleh membandingkan dana anda dengan dana lain yang
mempunyai kriteria yang sama. Contohnya, jika anda melabur dalam dana bon,
bandingkan prestasinya dengan dana bon yang lain.

6. Bagaimana saya boleh membuat keuntungan daripada dana ini? (Untung modal?
Dividen?)

Panduan: Jika anda melabur dalam unit amanah, pulangan anda mungkin dalam
bentuk keuntungan modal (jika gerakan pasaran memuaskan) atau dividen (jika
syarikat pengurusan mengumumkan ada bayaran dividen).

7. Adakah saya perlu membayar sebarang bayaran atau caj?

Panduan: Setiap pelaburan mempunyai kos dan melabur dalam dana unit amanah
tiada bezanya. Syarikat pengurusan unit amanah mungkin mengenakan bayaran,
seperti caj jualan, bayaran pengurusan, bayaran pemegang amanah dan caj-caj lain
yang berkaitan. Ejen anda mesti menjelaskan semua ini kepada anda.

8. Jika saya mengubah fikiran selepas melabur dalam sesuatu dana, bolehkah saya
menjualkannya semula kepada syarikat itu dan mendapat bayaran balik
sepenuhnya ?

Panduan: Pelabur diberikan “tempoh bertenang” yang merupakan masa yang


diberikan kepada pelabur untuk memikirkan semula sama ada mereka mahu
meneruskan pelaburan dalam dana unit amanah itu atau tidak. Tertakluk kepada
syarat, pelabur unit amanah berhak mendapat bayaran balik sepenuhnya jika dia
memutuskan untuk tidak meneruskan pelaburan dalam dana tersebut dalam masa
“tempoh bertenang”. “Tempoh bertenang” adalah hak anda !

Pautan membantu : Tempoh bertenang

9. Jika saya mahukan wang saya semula dengan segera, berapa mudah boleh saya
menjualkan dana tersebut? Berapa lama saya mesti menunggu sebelum saya boleh
mendapat wang saya semula?
Panduan : Penting bagi anda mengetahui bila anda akan mendapat semula wang
anda supaya anda lebih bersedia sekiranya anda memerlukan wang itu segera.
Tanyakan ejen anda.

10. Adakah saya akan mendapat apa-apa kenyataan berkaitan dengan status
pelaburan saya daripada syarikat pengurusan?

Panduan: Proses pemantauan anda akan menjadi lebih mudah jika anda menerima
penyata daripada syarikat pengurusan berkaitan status pelaburan anda. Dapatkan
penjelasan berapa kerap anda akan mendapat penyata tersebut. Anda mesti
memantau pelaburan anda.

11. Di mana saya boleh mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai dana
tersebut?

Panduan: Kebanyakan maklumat mengenai sesuatu dana unit amanah terdapat


dalam prospektus dan laporan tahunannya. Mintalah prospektus itu daripada ejen
anda dan bacalah sebelum melabur.

Menyimpan Kertas Berkaitan Pelaburan

Bagi sesetengah pelabur, memfailkan penyata yang dihantar oleh syarikat broker
saham, Bursa Malaysia Depository, syarikat pengurusan unit amanah, malah syarikat
yang mereka membuat pelaburan, merupakan tugas yang membosankan dan tidak
ingin dilakukan. Sesetengahnya mengambil jalan cepat dan mudah – buang penyata
itu sebaik sahaja menerimanya. Tetapi, penyata yang “tidak berguna” ini sebenarnya
adalah dokumen penting. Dipaparkan di sini beberapa sebab mengapa penyata
seperti ini perlu diteliti dan difailkan:

 Syarikat yang anda membuat pelaburan mungkin menukar namanya. Ini


biasanya terjadi apabila syarikat itu mengalami pengambilalihan atau
penggabungan. Syarikat biasanya akan menghantar notis bagi memberitahu
anda mengenai perkara itu. Jika anda membuang notis itu tanpa membaca
kandungannya, anda mungkin akan terkejut nanti, terutama apabila ingin
menjual saham anda. Nama syarikat itu mungkin “hilang” daripada bursa
saham kerana kini syarikat itu berdagang menggunakan nama lain

 Syarikat yang anda membuat pelaburan mungkin dikeluarkan daripada bursa


atau tidak disenaraikan lagi. Penyahsenaraian bukan bermakna pemegang
saham syarikat itu perlu melupakan sahaja pelaburan mereka. Mereka masih
lagi pemegang saham tetapi tidak lagi boleh menjual saham mereka melalui
bursa. Sebagai pemegang saham, hak mereka masih kekal walau apa pun
status penyenaraian syarikat berkenaan. Oleh itu, penting bagi anda
menyimpan semua dokumen yang diterima daripada syarikat yang
dinyahsenarai untuk mengetahui perkembangan terkini

 Remisier anda mungkin menyalahgunakan akaun anda. Jika perkara ini


berlaku, penyata yang difailkan membolehkan anda mengesan maklumat
mengenai akaun anda dan, lebih penting lagi, menjadi dokumen sokongan
apabila anda mengemukakan aduan terhadap remisier itu kepada pihak
berkuasa
Menyimpan Kertas Berkaitan Pelaburan
 Anda perlu mengawasi pelaburan anda. Anda tidak boleh mengesan
maklumat mengenai pelaburan anda dengan sempurna sekiranya anda tidak
menyimpan penyata. Itulah kenyataannya. Contohnya, kadangkala pelaburan
anda membuat keuntungan sebagaimana yang anda jangkakan, tetapi ada
kalanya tidak. Melalui penyata ini, anda dapat menjejaki prestasi pelaburan
anda

 Kadangkala, mungkin berlaku kesilapan dalam penyata. Contohnya, penyata


mungkin mencatatkan bahawa anda telah membeli saham yang sebenarnya
anda tidak beli. Anda tidak mungkin dapat mengesan dan membetulkan
kesilapan itu jika anda tidak menyemak penyata.

Bagaimana menguruskan dokumen pelaburan

Ada banyak cara untuk menyimpan semua dokumen anda secara teratur. Ada
beberapa cadangan di sini:

 Pertama sekali, beli fail yang bagus!


 Kedua, teliti kandungan penyata dan lihat sama ada perlu difailkan.
Misalannya, anda harus menyimpan penyata daripada Bursa Malaysia
Depository, nota kontrak dan penyata pemegang pelaburan yang lain.
Bagaimanapun, penyata yang digunakan untuk mempromosikan produk
pelaburan bolehlah dibuang
 Ketiga, baca penyata dengan teliti dan pastikan semuanya betul
 Keempat, simpan penyata di tempat yang selamat
 Kelima, susun dan failkan penyata secara teratur supaya mudah untuk anda
mengambil atau membuat rujukan, kerana anda mungkin memerlukannya
untuk menyemak pelaburan, membuat aduan, menyelesaikan pertikaian atau
mengisi borang cukai pendapatan.

Apakah Tempoh Masa Pelaburan Anda?

Adakah anda tahu sama ada anda adalah pelabur jangka pendek, jangka sederhana
atau jangka panjang? Apakah definisi umum bagi tiga tempoh masa ini? Biasanya,
tempoh masa pelaburan merujuk kepada jangka masa sesuatu pelaburan itu
dipegang sebelum dijual bagi penukaran tunai (pencairan). Tempoh masa itu
mungkin satu minit bagi pedagang harian, atau beberapa dekad bagi pelabur yang
membeli saham dan memegangnya. Apakah tempoh masa yang betul? Sebenarnya,
tiada jangka masa yang “betul” atau “salah” bagi pelaburan – ia bergantung kepada
objektif dan matlamat pelaburan pelabur serta tahap toleransinya terhadap risiko,
iaitu berapa banyak risiko yang bersedia diambilnya.

Oleh kerana setiap pelabur boleh mendefinisikan tempoh masa pelaburannya dalam
pelbagai cara, mari kita lihat definisi umum mengenai jangka masa pendek,
sederhana dan panjang bagi pelaburan.

Tempoh masa
Biasanya, tempoh masa pelaburan boleh diklasifikasikan sebagai–
 jangka masa pendek – satu hingga tiga tahun
 jangka masa sederhana – tiga hingga lima tahun
 jangka masa panjang – lebih daripada lima tahun.

Mengapa anda perlu mengetahuinya?

Mengetahui tempoh masa anda amat penting kerana ini dapat membantu anda
dalam perancangan pelaburan, umpamanya memilih produk pelaburan yang sesuai,
memantau prestasi pelaburan tersebut dan lebih penting lagi, mengurus risiko
pelaburan. Anda juga mampu melabur dengan lebih agresif jika anda mempunyai
tempoh masa pelaburan yang panjang. Misalannya, seseorang yang berusia 25
tahun dan baru memulakan kerjaya boleh melabur dalam produk pelaburan yang
lebih mudah turun naik atau berisiko memandangkan dia mempunyai jangka masa
yang lebih panjang untuk membuat pengubahsuaian yang perlu jika pelaburan itu
mengalami kerugian. Tetapi, seseorang yang hampir bersara secara umumnya patut
lebih konservatif dan mengambil jalan yang kurang berisiko memandangkan dia
tidak mempunyai banyak masa untuk membuat pengubahsuaian sekiranya
pelaburannya tidak berjalan sebagaimana yang diharapkan.

Bagaimanapun, umur tidak harus menjadi satu-satunya faktor dalam menentukan


tempoh masa pelaburan anda. Faktor lain seperti toleransi terhadap risiko, objektif
pelaburan, jangkaan pulangan dan juga bila anda memerlukan pelaburan atau wang
itu, harus juga diambil kira. Misalannya, seorang yang berusia 30 tahun menyimpan
wang untuk bayaran pendahuluan membeli rumah dan dia merancang untuk
membeli rumah dalam masa setahun. Disebabkan jangka masa yang pendek, dia
perlu berhati-hati dan melabur secara lebih konservatif kerana dia hanya ada sedikit
masa untuk membetulkan pelaburannya sekiranya mengalami kerugian. Oleh kerana
mempunyai matlamat jangka pendek, dia tidak boleh melabur dalam produk berisiko
walau pun masih lama lagi masanya sebelum tiba tempoh bersara.

Sebagai pelabur bijak, penting bagi anda menimbangkan dan menentukan batas
masa pelaburan anda sebelum melabur. Tetapi janganlah sampai ia tidak boleh
diubah kerana batas masa yang dibuat perlu fleksibel supaya dapat disesuaikan
dengan keadaan sekiranya pelaburan anda tidak bergerak sebagaimana yang
dijangkakan. Dalam situasi ini, anda mesti sentiasa bersedia menukar batas masa
pelaburan dan menentukannya mengikut kepentingan anda.

Melaburlah Dalam Syarikat Yang Anda Arif

Berapa ramai antara kita akan menganalisis sesuatu syarikat itu dengan teliti sebelum
membeli sahamnya? Malah, ada pelabur yang mungkin hanya tahu nama syarikat yang
mereka membuat pelaburan dan tidak lebih daripada itu. Untuk menjadi pelabur yang
serius, amat penting bagi anda mengetahui sebanyak mungkin mengenai syarikat yang
anda berhajat untuk membuat pelaburan.

Apa yang perlu diperhatikan?

Berikut adalah beberapa soalan yang perlu terjawab sebelum anda melabur dalam mana-
mana syarikat:
 Apa yang dilakukan oleh syarikat tersebut?
Panduan: Apakah perniagaan syarikat itu? Umpamanya, syarikat itu mungkin
terbabit dalam perladangan, pembinaan atau produk pengguna. Adakah anda
memahami perniagaan itu, dan adakah ia berdaya maju dan berdaya kekal? Lebih
mendalam pemahaman anda tentang perniagaan syarikat itu, lebih baik lagi
pemantauan anda terhadap pelaburan anda.

 Daripada mana datangnya keuntungan syarikat?


Panduan: Kebanyakan syarikat membuat keuntungan daripada perniagaannya.
Tetapi, ada syarikat yang membuta keuntungan dengan cara lain. Sebagai contoh,
sebuah syarikat mengumumkan keuntungan kerana ia telah melupuskan/menjual
asetnya. Dalam hal ini, keuntungan itu mungkin tidak berdaya kekal jika tidak
diperoleh daripada perniagaan teras syarikat tersebut. Baca dengan teliti penyata
perakaunan syarikat bagi menentukan sumber keuntungannya dan pada masa
yang sama, sentiasa periksa tahap hutang syarikat.

 Apakah pelan masa depan syarikat?


Panduan: Kaji pelan perniagaan syarikat dan periksa sama ada ia merancang
untuk mempelbagaikan perniagaannya bagi meningkatkan nilai pemegang saham.
Misalannya, sebuah syarikat perladangan merancang untuk meningkat
keuntungannya dengan memperoleh lebih banyak tanah ladang. Jika syarikat itu
memutuskan untuk melaksanakan sebarang langkah korporat, anda perlu menilai
sama ada langkah itu akan meningkatkan keuntungan dan memperbaiki daya
saing syarikat.

 Adakah syarikat menunaikan janjinya?


Panduan: Sesebuah syarikat awam tersenarai perlu menyatakan pelan perniagaan
dan unjuran pertumbuhannya, termasuk unjuran keuntungannya. Anda perlu
memastikan sama ada syarikat itu memenuhi unjuran sebagaimana yang
dijanjikan. Sekiranya syarikat tidak melaksanakan janjinya, anda boleh
memastikan punca prestasi lemah syarikat itu dengan memeriksa prospektus dan
laporan tahunannya.

 Adakah syarikat itu diuruskan oleh mereka yang layak?


Panduan: Sesebuah syarikat yang diurus oleh pengurus-pengurus yang
mempunyai kelayakan yang betul, rekod prestasi yang baik dan berpengalaman,
boleh memberikan hasil yang positif.

 Apakah jenis risiko yang akan dihadapi oleh syarikat?


Panduan: Tiada perniagaan tanpa risiko, dan risiko datang dalam banyak bentuk.
Syarikat penerbangan menghadapi risiko kenaikan harga minyak penerbangan.
Lebihan dalam pasaran harta boleh menimbulkan risiko yang serius kepada
perniagaan syarikat pembinaan. Oleh itu, penting mengetahui risiko yang
dihadapi oleh sesuatu syarikat, dan perancangan untuk menguruskannya.
 Adakah saham syarikat itu terlebih atau terkurang nilai?
Panduan: Saham terlebih nilai adalah apabila anda membayar lebih daripada
nilai sebenar saham tersebut manakala saham terkurang nilai pula adalah
sebaliknya. Biasanya, pelabur bijak akan membeli saham terkurang nilai yang
berpotensi memberikan pulangan yang baik dan berdaya kekal.

 Adakah saham-saham itu didagangkan secara aktif? Adakah terdapat


pergerakan harga yang terlalu kerap dan luar biasa?
Panduan: Adakah syarikat memberikan penjelasan mengenai pergerakan
seumpama itu? Saham yang didagangkan secara aktif tidak semestinya
menunjukkan bahawa asas syarikat itu baik. Pelabur mungkin terdorong untuk
membuat spekulasi ke atas saham syarikat itu berdasarkan pergerakan naik harga
secara tiba-tiba. Bagaimanapun, membeli saham semata-mata kerana percaya
bahawa harganya akan naik merupakan satu tindakan yang sememangnya sangat
berisiko.

Selain soalan-soalan yang disenaraikan di atas, masih banyak lagi soalan yang boleh
dikemukakan. Pelabur yang bersedia untuk mengemukakan banyak soalan pastinya boleh
membuat keputusan pelaburan yang bijak.

Melaburlah Dalam Syarikat Yang Anda Arif


Di mana hendak mencari maklumat?

Biasanya, anda boleh mendapat jawapan kepada soalan-soalan di atas daripada sumber-
sumber yang berikut:

 Laporan tahunan
 Prospektus
 Halaman niaga akhbar
 Majalah niaga
 Tapak web Bursa Malaysia
 Tapak web syarikat yang anda berminat untuk membuat pelaburan.

Setelah memperoleh maklumat yang berkaitan, buatlah analisis dan kemudian putuskan
sama ada hendak melabur dalam syarikat itu atau pun tidak. TETAPI, sentiasalah ingat
bahawa melabur dalam saham melibatkan risiko pada tahap tertentu dan tidak dapat
dihapuskan sepenuhnya. Bagaimanapun, melakukan penyelidikan yang perlu sudah tentu
membolehkan anda menguruskan dan meminimumkan risiko di samping memastikan
anda mendapat pulangan sebaik mungkin atau yang optimum daripada pelaburan anda.

Bila hendak dibeli?

Bila-bila sahaja merupakan waktu terbaik untuk membeli saham sesuatu syarikat asalkan
anda telah menimbangkan semua fakta yang berkaitan dengan syarikat itu. Anda boleh
mendapatkan bantuan profesional, seperti penasihat pelaburan atau remisier, apabila
membuat keputusan pelaburan. Tetapi, walaupun anda memilih untuk mendapatkan
bantuan profesional, keputusan untuk melabur terletak sepenuhnya di tangan anda. Oleh
kerana itu, amat penting bagi anda mengenali syarikat yang anda hendak membuat
pelaburan.

Harga Wajar IPO: Yang Perlu Diperhatikan

Adakah anda pernah terfikir apakah jawapan pakar optik kepada soalan itu? Kualiti
produk, kredibiliti pembuatnya atau penggunaan teknologi baru mungkin merupakan
sebahagian daripada penjelasan biasa yang diberikan oleh pakar optik.

Hal ini tiada bezanya dengan membuat pelaburan saham melalui tawaran awam awal
(IPO) kerana sesetengah saham mungkin mempunyai harga yang lebih mahal daripada
yang lain. Biasanya, syarikat yang mempunyai rekod prestasi yang baik dari segi
kewangan dan operasi – umpamanya mempunyai asas pelanggan yang kukuh, kumpulan
pengurusan yang kukuh, aset berkualiti, serta terbabit dalam perniagaan yang betul –
berupaya meletakkan harga yang lebih tinggi bagi saham IPOnya. Bagaimanapun,
mereka mestilah boleh menjustifikasikan harga saham premium IPO tersebut.

Bagaimana Harga IPO ditentukan?

Diagram berikut menunjukkan aliran proses untuk menentukan harga IPO:

Bank saudagar menasihati syarikat yang akan


disenaraikan mengenai penetapan harga IPO.

Setelah cadangan harga IPO ditetapkan, bank


saudagar berkenaan menyerahkan cadangan
IPO itu kepada SC untuk kelulusan.

SC akan mengkaji cadangan IPO itu sebelum


memberi kelulusan bagi memastikan
prosedur yang betul telah dipatuhi, tetapi SC
tidak akan mencampuri atau terlibat dalam
proses menentukan harga IPO.

Harga Wajar IPO: Yang Perlu Diperhatikan


Bagaimana memastikan sama ada harga sesuatu IPO itu wajar?

Sebagai pelabur yang bijak dan berhati-hati, anda perlu menanyakan soalan ini bagi
memastikan bahawa harga yang anda bayar itu paling wajar.

Salah satu caranya ialah membandingkan prestasi kewangan syarikat dengan


menganalisis penyata kewangannya dalam prospektus atau laporan tahunan. Pada
dasarnya, analisis itu memerlukan pelabur membandingkan hubungan antara butiran
dalam penyata kewangan tersebut. Contohnya, pelabur perlu mengetahui sama ada
syarikat itu mempunyai lebih banyak aset daripada liabiliti atau sama ada ia mempunyai
pendapatan yang mencukupi untuk memenuhi tanggungjawab dalam urusan
perniagaannya. Untuk membolehkan ini dilakukan, pelabur mesti meluangkan masa bagi
mempelajari asas analisis kewangan.

Selain itu, pelabur juga perlu membuat perbandingan dengan syarikat lain yang
menjalankan perniagaan yang sama. Misalannya, jika syarikat yang pelabur berminat
untuk membuat pelaburan itu berada dalam sektor perladangan, pelabur per;u
membandingkannya dengan sebuah syarikat perladangan yang lain. Perbandingan itu
perlu merangkumi harga IPO, prestasi kewangan dan latar belakang operasi.

Pelabur juga perlu meneliti maklumat yang tiada berkaitan kewangan atau maklumat
kualitatif syarikat tersebut, umpamanya kumpulan pengurusannya, ahli lembaga pengarah
dan pengiktirafan jenamanya. Selain itu, analisis dan laporan akhbar boleh juga
membantu pelabur menentukan kewajaran harga IPO syarikat tersebut.

Pada asasnya, pelabur perlu mengambil kira bukan sahaja maklumat kewangan
(kuantitatif) , tetapi juga maklumat bukan kewangan (kualitatif) bagi menentukan
kewajaran harga sesuatu IPO dan mengelak daripada membeli saham terbitan IPO yang
terlebih harga. Lebih penting lagi, pelabur patut mengelak daripada membuat keputusan
berdasarkan sumber-sumber yang tiada kredibiliti seperti khabar angin.

Panduan untuk Pelabur


 Baca prospektus

Perkara yang perlu diperhatikan dalam prospektus ialah–

 latar belakang syarikat


 bentuk perniagaan syarikat
 cadangan penggunaan prosid yang diperoleh daripada IPO dan pelan
perniagaan masa depan syarikat
 peluang perniagaan dan ancaman, serta potensi risiko dan pulangan
syarikat.

 Bandingkan harga

Sentiasa bandingkan harga saham IPO syarikat itu dengan syarikat lain dalam industri
yang sama bagi memastikan saham IPO itu tidak terlebih nilai atau terlebih harga.

 Dapatkan nasihat

Sentiasa dapatkan nasihat daripada penasihat pelaburan jika anda menghadapi kesukaran
untuk menentukan kewajaran harga atau apabila anda memerlukan bantuan bagi
membuat keputusan pelaburan.

PRODUK PELABURAN Ekuiti


Apabila tajuk pelaburan dibincangkan, kebanyakan orang cenderung berfikir tentang
saham. Ini tidak menghairankan kerana ekuiti merupakan instrumen pelaburan yang
paling popular dalam pasaran modal Malaysia. Walaupun ia popular, tetapi pergerakan
harga sahamnya sering turun naik. Namun tidak salah untuk mengetahui lebih lanjut yang
berikut:
Saham
Terbitan Bonus
Terbitan Hak
Soalan Yang Perlu Ditanya Oleh Pelabur
Perkara Bijak yang Perlu Diketahui
Mengenai Ekuiti

Unit amanah
Unit amanah dibentuk menjadi pelaburan paling diminati. Mengapa? Biasanya jawapan
pelabur adalah untuk mencapai kepelbagaian, justeru dapat mengurangkan risiko, dengan
jumlah dana yang kecil. Ia juga mengenai perlunya mendapat perkhidmatan daripada
golongan profesional yang berkemahiran untuk mengurus wang anda. Ketahui lebih
lanjut tentang unit amanah dalam:
Apakah Unit Amanah
Jenis-jenis Unit Amanah
Kelebihan dan Kekurangan Unit Amanah
Perkara Bijak yang Perlu Diketahui Mengenai
Unit Amanah

Niaga Hadapan & Opsyen


Pelaburan dalam niaga hadapan dan opsyen menjanjikan tindakan cepat, minimum yang
rendah dan keuntungan besar, lebih banyak ganjaran berbanding dengan pelaburan jenis
lain. Tetapi ia juga berisiko tinggi. Ya, anda boleh mendapat banyak untung tetapi anda
juga boleh mengalami kerugian yang banyak. Niaga hadapan dan opsyen bukan
pelaburan untuk mereka yang kurang mahir. Amat penting anda memahami sepenuhnya
mengenai aset kewangan ini sebelum mula mempertimbangkan untuk melabur.

Waran atau TSR


Waran diniagakan dengan aktif oleh pelabur biasa kerana harganya yang agak murah.
Tetapi adakah semua pelabur tahu nilai sebenar sesuatu waran, dan sekiranya anda tidak
melaksanakan hak anda, waran menjadi tidak bernilai selepas tempoh yang ditentukan
tamat? Sekiranya anda tidak tahu, inilah masa untuk anda mengetahui apakah erti
pelaburan waran.

Bon
Pelabur biasa tidak begitu tahu mengenai bon sebagai pilihan pelaburan kerana bon
diniagakan secara besar-besaran oleh pelabur institusi. Bagaimanapun, dengan wujudnya
dana bon, pelabur individu boleh melabur dalam bon. Pelabur perlu belajar tentang bon
kerana ia merupakan alternatif lebih selamat berbanding dengan pelaburan saham. Kami
kemukakan di sini soalan yang sering ditanya tentang bon.

Pelaburan Kacukan
Seperti telur dadar yang semakin menyelerakan jika dicampur keju dan cendawan ketika
memasaknya, produk pelaburan turut menjadi lebih menarik jika ia digabungkan dengan
beberapa ciri menarik sekuriti lain. Sertai sekuriti kacukan - pelaburan yang merupakan
sebahagian hutang dan sebahagian ekuiti untuk menawarkan kombinasi bermanfaat
kepada pelabur.

Apa itu Waran Berstruktur?


Ciri-ciri, manfaat dan risiko waran berstruktur dijelaskan.

Apabila Membeli Saham


Apakah makna pembelian saham?
Saham merupakan pelaburan yang menunjukkan pemilikan terhadap
sesebuah syarikat. Apabila anda membeli saham, anda sebenarnya
membeli sebahagian daripada pemilikan syarikat; kadar pemilikan (atau
ekuiti) bergantung kepada jumlah saham yang dibeli. Anda boleh membeli
sedikit atau banyak lot (saham biasanya dijual dalam lot iaitu satu lot
1,000 saham). Misalnya, jika anda membeli satu lot atau 1,000 saham
sebuah syarikat yang menerbitkan satu juta saham. Ini bermakna anda
memiliki 1,000 saham syarikat tersebut.

Apabila sesebuah syarikat menerbitkan saham untuk tawaran umum,


maknanya ia telah menyerahkan sebahagian pemilikannya. Sebagai
tukaran, syarikat itu menerima dana daripada jualan sahamnya yang
diperlukan untuk menjalankan dan mengembangkan perniagaannya.
Syarikat mendapati cara ini lebih murah berbanding membuat pinjaman
daripada bank dan terpaksa membayar faedah yang tinggi. Lazimnya
saham yang diterbitkan ialah saham biasa.
Pelabur membeli saham syarikat kerana mereka ingin memperoleh
pulangan daripada pelaburan melalui:
menerima dividen yang dibayar hasil daripada keuntungan syarikat,
dan
   
menikmati keuntungan modal, iaitu keuntungan yang diperoleh
daripada peningkatan dalam nilai saham/peningkatan harga saham
apabila mereka membeli dengan harga rendah dan menjual pada
harga tinggi.

Saham biasa tidak mempunyai tarikh matang (tidak seperti bon) atau
kontrak atas dividen, dan oleh itu mempunyai potensi bayaran dividen
yang tidak terhad. Ia juga memberi hak kepada pemegang saham untuk
mengundi dalam hal-hal penting pada mesyuarat agung syarikat, seperti
pemilihan dan pemecatan pengarah syarikat.

Risiko berkaitan saham


Anda perlu mengetahui bahawa terdapat risiko yang dikaitkan dengan
pembelian saham. Pelaburan ekuiti lebih berisiko berbanding melabur
dalam sekuriti pendapatan tetap seperti bon. Apabila prestasi syarikat
kurang baik, anda mungkin tidak menerima sebarang dividen. Sahamnya
mungkin mengalami kejatuhan nilai dan anda mengalami kerugian modal
yang dilaburkan. (Tetapi jika sebaliknya berlaku, anda mungkin menerima
dividen yang tinggi dan memperoleh keuntungan modal dalam saham.)
Terdapat faktor lain yang boleh mempengaruhi harga saham anda seperti
prestasi pasaran saham keseluruhannya dan keadaan ekonomi negara.
Anda juga boleh mengalami kerugian keseluruhan pelaburan jika syarikat
itu menutup perniagaannya. Terdapat juga saham yang sukar untuk dijual
jika permintaan terhadapnya semakin berkurangan. Oleh itu, sangat
penting memilih syarikat yang sesuai untuk melabur.

Membeli berdasarkan fundamental


Penasihat kewangan secara umumnya mencadangkan supaya saham
menjadi sebahagian daripada portfolio pelaburan. Matlamat urus niaga
dalam saham adalah untuk membeli pada harga yang rendah dan menjual
pada harga tinggi. Bagi pelabur jangka panjang, sangat penting memilih
saham berdasarkan fundamental, bermakna pelabur perlu
berpengetahuan tentang syarikat yang dirancang untuk melaburkan wang
simpanan mereka. Oleh itu, sangat penting anda membaca dan
memahami prospektus, laporan kewangan dan pengumuman korporat,
yang wajib diedarkan oleh syarikat tersenarai kepada pemegang saham
dan pelabur awam.

Ketika memilih saham, anda perlu meneliti faktor seperti latar belakang
syarikat dan pengurusannya, kekuatan kewangan syarikat, nisbah harga
perolehan dan kadar hasil dividen, prospek pertumbuhan perolehan dan
kebolehan syarikat untuk bersaing. Pelabur bijak akan memeriksa faktor
yang boleh menjejaskan nilai saham sebelum melaburkan wangnya.

Terdapat dua jenis saham terbitan yang akan ditemui oleh pelabur dalam
urus niaga saham, iaitu terbitan bonus dan terbitan hak.

Apakah Terbitan Bonus?

Terbitan bonus ialah terbitan baru saham biasa dan pemegang saham
yang sedia ada tidak perlu membuat bayaran untuk mendapatkannya
dan pemberiannya dikadarkan mengikut bilangan saham yang dimiliki.
Misalnya, jika sesebuah syarikat mengumumkan bahawa 2:1 bonus, ini
bermakna bagi setiap saham yang dimiliki, anda akan menerima dua
saham baru tanpa perlu membayar apa-apa. Terbitan bonus diambil
daripada simpanan syarikat dan digunakan untuk memperbesar asas
modal syarikat. Ia juga digunakan sebagai satu cara untuk memberi
ganjaran kepada pemegang saham yang sedia ada.

Saham bonus dibayar kepada pemegang saham dengan cara yang sama
seperti pembayaran dividen dan terbitan hak. Untuk layak menerima
bonus/dividen/hak, anda perlulah tersenarai sebagai pemegang saham
syarikat dalam buku rekod syarikat pada tarikh tutup. Tarikh lepas
bonus/dividen/hak menunjukkan tarikh tamat untuk membeli saham
syarikat supaya layak tersenarai sebagai pemegang saham dan dengan
itu layak menerima bonus, dividen atau hak. Jika anda membeli saham
pada atau selepas tarikh itu, anda tidak berhak menerima bonus, dividen
atau hak.

Tempoh daripada hari pertama pengumuman hak bonus atau terbitan


hak atau dividen sehingga hari sebelum lepas tarikh, lazimnya dirujuk
sebagai serta-tempoh. Biasanya, serta ialah awalan yang bermaksud
'bersama'. Saham yang serta-dividen bermakna pembeli berhak
menerima dividen yang telah ditetapkan pada masa itu. Ini sama juga
untuk serta-bonus dan serta-hak.

Apakah Terbitan Hak?

Terbitan hak ialah terbitan baru saham biasa kepada pemegang saham yang sedia
ada yang perlu membayar pada harga terbitan lebih rendah daripada harga pasaran
biasa dan pada nisbah yang sama dengan saham mereka yang sedia ada. Misalnya,
jika nisbah terbitan hak ialah 1:2, dan jika anda pemegang saham yang sedia ada,
anda berhak membeli satu saham bagi setiap dua saham yang anda ada. Jika anda
menerima tawaran itu dan membeli saham baru tersebut, bermakna anda telah
melaksanakan hak anda. Syarikat menerbitkan terbitan hak apabila ingin
mendapatkan dana tambahan untuk membiayai keperluan modal mereka.

Terbitan hak diterbitkan kepada pemegang saham sama seperti cara dividen
dibayar. Untuk mendapat hak, anda perlu dicatat sebagai pemegang saham syarikat
pada tarikh tutup buku rekodnya. Ketika menawarkan terbitan hak, syarikat akan
mengedarkan surat penguntukan sementara (provisional allotment letter - PAL)
kepada semua pemegang saham sedia ada untuk memberitahu mereka mengenai
hak terhadap terbitan hak. Pemegang saham dikehendaki mematuhi semua arahan
yang terdapat dalam PAL untuk melanggan saham baru. Jika anda memilih untuk
tidak melaksanakan hak anda, ingatlah bahawa PAL boleh dijual di pasaran terbuka
(jika disebut harga) atau hak boleh diserahkan kepada orang lain.

Lazimnya, anda dapat melihat saham kategori 'A' disenaraikan dalam akhbar dan
majalah pelaburan. Penyenaraian saham 'A' merujuk kepada terbitan saham yang
tidak layak menerima hak seperti dividen, bonus dan terbitan hak. Saham ini
kemudiannya akan bergabung dengan saham yang sedia ada selepas tarikh hak.

Bertanya soalan, satu aspek penting dalam pelaburan, lazimnya tidak dipedulikan
oleh pelabur. Soalan yang betul boleh membantu anda mempunyai pemahaman
yang lebih baik mengenai pelaburan anda, memilih produk yang betul, dan lebih
penting lagi ialah membuat keputusan yang didasarkan kepada maklumat. Broker
saham atau remisier yang baik akan sentiasa melayan soalan-soalan anda supaya
mereka dapat memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada anda.
Memandangkan anda
Soalan Yang Perlu hendak melaburkan wang
hasil titik peluh anda
Ditanya Oleh sendiri, apa salahnya kalau
anda bertanyakan

Pelabur beberapa soalan.


Kadangkala, soalan yang
anda anggap terlalu mudah
atau “bodoh” mungkin
sebenarnya merupakan soalan yang boleh memberikan anda maklumat penting.

Setelah anda memutuskan bahawa melaburkan wang dalam saham merupakan


sebahagian daripada strategi pelaburan anda, anda kini telah bersedia untuk
mengambil langkah pertama dalam pasaran saham. Semua keperluan asas untuk
anda berurus niaga telah tersedia. Anda telah membuka akaun Sistem Depositori
Pusat (CDS) dan dagangan, dan telah pun memilih remisier. Pada masa yang sesuai,
anda bercadang untuk menghubungi remisier anda untuk membuat pesanan
pembelian saham. Tetapi, sebelum anda membuat pesanan pertama, tanyakan
kepada remisier anda soalan-soalan yang berikut (yang disenaraikan di sini masih
kurang lengkap dan anda perlu memikirkan lagi soalan-soalan lain untuk
ditanyakan):

1. Adakah anda diberikan lesen oleh Suruhanjaya Sekuriti?

Panduan: Remisier berlesen boleh menunjukkan lesennya kepada anda. Selain itu,
anda juga boleh menghubungi Suruhanjaya Sekuriti di nombor 603–6204 8000
(Jabatan Pelesenan) untuk mengesahkan ketulenan lesen tersebut.

2. Bagaimana pasaran saham dijalankan?

Panduan: Penting untuk anda mengetahui bagaimana pasaran saham dijalankan.


Walaupun anda tidak perlu mempunyai pengetahuan sama banyak dengan broker
saham anda (tetapi memang ideal jika anda mempunyai pengetahuan yang sama),
amat baik jika anda mempunyai pemahaman yang jelas mengenai bagaimana
pasaran itu dijalankan. Peraturan pasaran saham, peranan broker saham anda dan
apa yang dilakukan oleh Bursa Malaysia merupakan sebahagian daripada
pengetahuan asas yang anda perlu ada.

Pautan yang boleh membantu: Institusi Pasaran Modal

3. Apakah bayaran dan caj bagi pelaburan tersebut?

Panduan: Setiap pelaburan mempunyai kos. Jika anda membeli saham, anda perlu
bertanya kepada remisier anda, berapa banyak bayaran atau komisen yang perlu
dibayar untuk membeli saham tersebut.

Soalan Yang Perlu Ditanya Oleh Pelabur...     (samb...)

4. Tolong jelaskan bagaimana hendak berurus niaga dalam saham?

Panduan: Pelajari, antara lain, bagaimana untuk membeli dan menjual saham,
bagaimana T+3 dilaksanakan, apakah borang yang perlu diisi dan bilakah tarikh
anda mesti membuat bayaran atas pembelian saham tersebut. Ini boleh
mengelakkan anda daripada menjadi keliru dan terpaksa membuat bayaran yang
tidak perlu atau menanggung kerugian.

Pautan yang bersesuaian: Bilakah hendak membuat bayaran bagi saham anda

5. Apakah risiko melabur dalam pasaran saham? Apakah jumlah maksimum


kerugian yang mungkin saya tanggung?
Panduan: Pelabur perlu menyedari bahawa harga saham di pasaran saham boleh
turun naik . (harga saham boleh turun naik tanpa banyak petanda). Inilah risiko
melabur dalam pasaran saham. Soalan ini memastikan anda faham tentang risiko
dan tahu apa yang perlu dilakukan jika menghadapinya.

6. Adakah saya akan menerima penyata atau laporan berkaitan dengan


status pelaburan saya? Jika ya, berapa kerap?

Panduan: Penyata pelaburan penting kerana ia memudahkan proses pemantauan


terhadap pelaburan anda. Contoh penyata pelaburan: penyata akaun CDS, penyata
akaun urus niaga, nota kontrak dan sebarang penyata lain yang berkaitan. Sentiasa
baca penyata pelaburan yang dihantar kepada anda dan jika anda dapati terdapat
sebarang kenyataan tidak tepat, jangan tunggu, hubungi broker saham anda untuk
membuat pembetulan serta-merta. Jangan buang penyata itu selepas membacanya.
Failkan.

7. Adakan saham itu mempunyai tarikh luput?

Panduan: Sekuriti seperti waran, stok pinjaman dan waran panggilan, mempunyai
tarikh luput. Sebelum melabur dalam saham seperti ini, tanyakan mengenai tarikh
luputnya kepada remisier anda, atau anda boleh menyemaknya di ruangan jadual
saham dalam akhbar harian tempatan.

8. Bagaimana saya hendak menyemak pegangan saham terkini saya?

Panduan: Anda boleh menyemak pegangan saham terkini anda dengan remisier atau
hubungi Bursa Malaysia Central Depository Sdn Bhd di nombor 603–2026 2099.
Amat penting anda menyemak baki sekuriti anda secara kerap. Anda tentu tidak
mahu menjual saham yang bukan milik anda secara tidak sengaja kerana ini
merupakan kesalahan di bawah Akta Perindustrian Sekuriti 1983.

Soalan Yang Perlu Ditanya Oleh Pelabur...     (samb...)

9. Adakah cara untuk saya mengemukakan aduan?

Panduan: Sentiasa cari cara yang membolehkan anda menyuarakan rungutan atau
mengemukakan aduan. Hak anda sebagai pelabur dilindungi di bawah undang-
undang dan anda mesti melaksanakannya. Tanyakan remisier anda mengenainya.

Pautan yang bersesuaian: Pentingnya menjadi pengadu

10. Apakan pembiayaan margin? Apakah risiko melabur menggunakan wang


pinjaman?

Panduan: Pembiayaan margin bermakna anda membeli saham menggunakan wang


pinjaman. Melabur dalam pasaran saham menggunakan pembiayaan margin tidak
sesuai untuk semua orang kerana cara ini amat tinggi risikonya. Sebelum
menggunakan pembiayaan margin untuk membuat pelaburan, minta remisier anda
menerangkan tentang kos pembiayaan dan risiko terbabit, serta berapa banyak
kerugian yang anda terpaksa tanggung sekiranya pasaran jatuh. Pembiayaan margin
merupakan sumber hasil utama bagi syarikat broker saham dan lazimnya akan
ditawarkan kepada anda. Pastikan anda benar-benar sedar mengenai risikonya
sebelum menerima tawaran tersebut.

Pautan yang bersesuaian: Pembiayaan margin


 
Remisier anda bertanggungjawab memastikan supaya dia mencadangkan produk
pelaburan yang bersesuaian dengan anda. Di bawah peraturan yang dikenali
sebagai “kenali pelanggan anda”, mereka dikehendaki membuat penilaian dan
menentukan apakah pelaburan yang terbaik untuk anda. Dengan bertanyakan
soalan, anda juga memberikan peluang kepada mereka untuk lebih mengenali
anda dan membolehkan mereka mencadangkan produk yang bersesuaian
dengan anda.

Pada masa yang sama, soalan-soalan ini membolehkan anda menilai tahap
pengetahuan remisier anda dan melihat sama ada dia boleh memberikan
perkhidmatan tambah nilai melebihi hanya setakat menerima arahan.

Perkara Bijak yang Perlu Diketahui Mengenai Ekuiti

Bersabar

Ji  
ka
a
n
d
a
sa
b
ar
d
a
n
te
n
a
n
g
m
e
n
g
h
a
d
a
pi
tu
ru
n
n
ai
k
p
as
ar
a
n,
p
el
a
b
ur
a
n
ek
ui
ti
(p
e
m
ili
ka
n
sa
h
a
m
)
m
e
m
b
er
i
p
ul
a
n
g
a
n
ya
n
g
b
ai
k.
D
at
a
ek
o
n
o
m
i
ya
n
g
b
er
a
b
a
d-
a
b
a
d
la
m
a
n
ya
d
a
n
se
ja
ra
h
b
ur
sa
ki
ta
te
la
h
m
e
m
b
u
kt
ik
a
n
ke
b
e
n
ar
a
n
ini

T
a
m
p
a
n
k
e
p
er
lu
a
n
a
n
d
a


al
a
u
b
a
g
ai
m
a
n
a
p
u
n,
sa
h
a
m
m
er
u
p
ak
a
n
ke
la
s
as
et
ya
n
g
h
ar
g
a
n
ya
se
nt
ia
sa
tu
ru
n
n
ai
k,
ju
st
er
u
ia
p
el
a
b
ur
a
n
ya
n
g
sa
n
g
at
b
er
isi
ko
.
Ol
e
h
it
u,
ja
n
g
a
n
m
el
a
b
ur
se
ca
ra
la
n
gs
u
n
g
d
al
a
m
p
as
ar
a
n
sa
h
a
m
ke
cu
ali
a
n
d
a
b
ol
e
h
b
er
sa
b
ar
d
e
n
g
a
n
ke
ja
tu
h
a
n
h
ar
g
a
ta
n
p
a
m
e
nj
ej
as
ka
n
ta
ra
f
ke
hi
d
u
p
a
n
h
ar
ia
n
a
n
d
a.
In
g
at
la
h
h
ak
ik
at
d
al
a
m
p
el
a
b
ur
a
n:
se
m
ak
in
ti
n
g
gi
p
ul
a
n
g
a
n,
se
m
ak
in
ti
n
g
gi
ri
si
ko
n
ya

B
er
fi
ki
r
s
e
c
ar
a
ra
si
o
n
al

M  
at
la
m
at
m
el
a
b
ur
d
al
a
m
sa
h
a
m
ial
a
h
m
e
m
b
eli
p
a
d
a
h
ar
g
a
re
n
d
a
h
d
a
n
m
e
nj
u
al
a
p
a
bil
a
h
ar
g
a
ti
n
g
gi
,
te
ta
pi
m
as
al
a
h
n
ya
,
ki
ta
ti
d
ak
d
a
p
at
m
er
a
m
al
bil
a
m
as
a
ya
n
g
te
p
at
.
R
a
m
ai
p
el
a
b
ur
cu
b
a
m
er
a
m
al
p
as
ar
a
n:
a
p
a
bil
a
p
as
ar
a
n
di
ja
n
g
ka
n
ai
k,
m
er
ek
a
m
e
m
b
eli
sa
h
a
m
se
b
el
u
m
h
ar
g
a
b
e
n
ar
-
b
e
n
ar
n
ai
k
d
a
n
ke
m
u
di
a
n
m
er
a
m
al
ka
n
p
ul
a
bil
a
h
ar
g
a
ak
a
n
ja
tu
h,
d
a
n
m
e
nj
u
al
se
m
u
a
sa
h
a
m
n
ya
se
b
el
u
m
ke
ja
tu
h
a
n
h
ar
g
a
b
e
n
ar
-
b
e
n
ar
b
er
la
k
u.
M
al
a
n
g
n
ya
,
ke
te
p
at
a
n
ra
m
al
a
n
se
d
e
m
iki
a
n
su
ka
r
di
p
er
ol
e
h,
ja
di
a
n
d
a
h
a
n
ya
b
ol
e
h
m
e
n
d
a
p
at
se
di
ki
t
ke
u
nt
u
n
g
a
n
b
a
gi
se
ti
a
p
p
er
g
er
ak
a
n
h
ar
g
a
p
as
ar
a
n.
A
n
d
a
m
e
m
b
eli
a
p
a
bil
a
h
ar
g
a
m
ul
a
n
ai
k,
d
a
n
m
e
nj
u
al
ke
ti
ka
h
ar
g
a
m
ul
a
tu
ru
n.
T
et
a
pi
su
p
ay
a
ti
n
d
ak
a
n
ini
b
er
h
as
il,
a
n
d
a
p
er
lu
m
a
m
p
u
m
e
n
g
a
w
al
si
ka
p
ta
m
ak
ke
ra
n
a
a
n
d
a
ti
d
ak
ta
h
u
bil
a
se
b
e
n
ar
n
ya
h
ar
g
a
sa
h
a
m
m
e
nc
a
p
ai
ke
m
u
nc
ak
d
a
n
bil
a
p
ul
a
ia
m
e
nc
ec
a
h
p
ar
as
te
re
n
d
a
h. 
K
a
w
al
p
er
a
s
a
a
n
a
n
d
a

Pe  
rg
er
ak
a
n
p
as
ar
a
n
sa
h
a
m
di
d
or
o
n
g
ol
e
h
d
u
a
e
m
os
i
iai
tu
ta
m
ak
d
a
n
bi
m
b
a
n
g.
R
a
m
ai
or
a
n
g
m
u
d
a
h
di
ja
n
g
ki
ti
"d
e
m
a
m
"
ke
n
ai
ka
n
h
ar
g
a
p
as
ar
a
n
se
ca
ra
m
e
n
d
a
d
ak
d
a
n
sa
n
g
g
u
p
m
e
m
b
ay
ar
h
ar
g
a
ti
d
ak
m
u
n
as
a
b
a
h
b
a
gi
sa
h
a
m
ti
d
ak
b
er
nil
ai
-
si
ka
p
ta
m
ak
b
e
gi
ni
m
e
n
d
or
o
n
g
p
as
ar
a
n
b
ul
.
D
al
a
m
p
as
ar
a
n
b
ea
r,
ra
m
ai
or
a
n
g
b
er
si
ka
p
p
es
i
m
is
d
a
n
m
u
d
a
h
m
e
m
p
er
ca
ya
i
k
h
a
b
ar
b
ur
u
k
-
ra
sa
ta
k
ut
ini
la
h
ya
n
g
m
e
n
g
u
as
ai
p
as
ar
a
n
b
ea
r.
A
n
d
a
m
es
ti
m
e
nj
a
u
h
ka
n
di
ri
d
ar
ip
a
d
a
te
ri
k
ut
-
ik
ut
si
ka
p
or
a
n
g
ra
m
ai
d
a
n
m
e
m
bi
ar
ka
n
ia
m
e
m
p
e
n
g
ar
u
hi
p
e
m
iki
ra
n
d
a
n
ti
n
d
ak
a
n
ra
si
o
n
al
a
n
d
a. 
Pi
li
h
re
m
is
ie
r
a
n
d
a

Pil
ih
re
m
isi
er
ya
n
g
se
su
ai
.
Pa
sti
ka
n
di
a
m
e
m
ili
ki
le
se
n
sa
h
u
nt
u
k
b
er
ur
us
ni
a
g
a
d
a
n
b
ek
er
ja
d
e
n
g
a
n
sy
ar
ik
at
br
ok
er
sa
h
a
m
ya
n
g
m
e
m
p
u
n
ya
i
re
ko
d
b
ai
k
d
al
a
m
ke
st
a
bil
a
n
ke
w
a
n
g
a
n,
ke
b
ol
e
h
p
er
ca
ya
a
n
d
a
n
pr
es
ta
si.
T
et
a
p
ka
n
b
e
b
er
a
p
a
p
er
at
ur
a
n
as
as
.
Ji
ka
a
n
d
a
m
a
h
u
re
m
isi
er
ya
n
g
sa
m
a
se
p
er
ti
se
or
a
n
g
ra
ka
n
ni
a
g
a,
pil
ih
ya
n
g
b
u
ka
n
h
a
n
ya
m
e
n
er
i
m
a
ar
a
h
a
n
te
ta
pi
tu
ru
t
m
e
m
p
u
n
ya
i
fa
ls
af
a
h
p
el
a
b
ur
a
n
ya
n
g
sa
m
a
d
e
n
g
a
n
a
n
d
a,
b
er
si
ka
p
o
bj
ek
tif
d
al
a
m
su
as
a
n
a
te
rt
ek
a
n
d
a
n
b
er
ti
n
d
ak
d
e
m
i
ke
p
e
nt
in
g
a
n
a
n
d
a.
B
er
i
ar
a
h
a
n
ya
n
g
je
la
s
b
a
gi
m
e
n
g
el
ak
ka
n
ke
ke
lir
u
a
n,
p
er
ik
sa
p
e
n
ya
ta
ya
n
g
di
te
ri
m
a
d
a
n
si
m
p
a
n
re
ko
d
tr
a
ns
ak
si
a
n
d
a.
Dunia Luas Unit Amanah

Apakah unit amanah?


Unit amanah semakin popular beberapa tahun kebelakangan ini. Ini kerana unit
amanah merupakan jalan bagi pelabur kecil untuk meluaskan kepelbagaian
pelaburan tanpa perlu had jumlah wang yang dilaburkan. Manfaatnya pula bukan
setakat itu sahaja.

Tetapi, apakah unit amanah? Unit amanah merupakan skim pelaburan yang
mengumpulkan wang daripada ramai pelabur yang berkongsi matlamat kewangan
yang sama. Sebagai pertukaran kepada wang itu, dana menerbitkan unit kepada
pelabur yang dikenali sebagai pemegang unit. Pemegang unit boleh menjual semula
(iaitu menebus) unit mereka kepada dana, atau membeli (dan menjual) unit
seterusnya.

Pengurusan dana
Dana diurus oleh sekumpulan pengurus profesional (dikenali sebagai syarikat unit
amanah) yang akan melabur wang yang terkumpul dalam portfolio sekuriti seperti
saham, bon dan instrumen pasaran wang atau lain-lain sekuriti yang dibenarkan
untuk mencapai objektif dana. Disebabkan jumlah besar wang terkumpul, pengurus
dana boleh mempelbagaikan pelaburan dan ini boleh meminimumkan risiko
pelaburan.

Pendapatan
Jumlah aset dana menentukan nilai dana dan harga dibayar oleh pemegang unit atau
jumlah yang diterima apabila mereka menebus unit. Dana unit amanah memperoleh
pendapatan daripada pelbagai pelaburan dalam bentuk dividen, pendapatan faedah
dan perolehan modal. Pendapatan ini kemudian diagihkan kepada pemegang saham
mengikut nisbah pegangan unit mereka, dalam bentuk dividen atau unit bonus.

Perlindungan untuk pemegang unit


Sebagai pemegang unit, perlindungan anda dalam unit amanah dipastikan melalui
cara unit amanah itu dibentuk. Unit amanah sebenarnya satu amanah. Perlindungan
terkandung dalam surat ikatan yang menyatakan kewajipan, tanggungjawab dan
jangkaan tiga pihak dalam unit amanah iaitu:
Pemegang unit amanah yang memperuntukkan dana untuk pelaburan;
   
Syarikat unit amanah yang menyediakan pelaburan, perkhidmatan
pentadbiran dan pemasaran; dan
   
Syarikat pemegang amanah yang memegang aset amanah bagi pihak
pemegang unit.

Ada tiga sumber maklumat yang perlu anda kaji apabila memilih dana. Sumber
tersebut ialah prospektus dana, surat ikatan amanah dan penyata kewangan yang
mengandungi laporan tahunan dan interim yang boleh didapati secara percuma
untuk semakan di premis pengurus dana.
Baca prospectus
Prospektus merupakan dokumen yang amat penting kerana ia membentangkan
matlamat dana, strategi perlaburan dan polisi serta kedudukan ganjaran dan risiko
yang diambil. Ia mungkin bahan bacaan yang penuh dengan istilah perundangan,
tetapi anda perlu membaca dengan teliti untuk memastikan bahawa matlamat anda
sama dengan dana tersebut. Akaun kewangan akan menunjukkan jika dana masih
mengikut perancangan dan bagaimana pencapaiannya dalam perancangan tersebut.
Bagaimanapun sebagai pelabur, anda perlu mempertimbangkan faktor berikut ketika
memilih dana:
Objektif pelaburan - ia perlu dinyatakan dengan jelas, jika tidak
pengurus dana berpeluang untuk tidak melaksanakan apa yang anda
kehendaki ketika memilih dana tersebut.
   
Polisi pelaburan - jenis pelaburan dan strategi yang dibenarkan
perlulah sama dengan yang anda yakini.
   
Saiz dana dan aliran pertumbuhan.
   
Sebarang sekatan pelaburan, seperti pelaburan minimum dikehendaki.
   
Tahap risiko pelaburannya - unit amanah tidak terlepas daripada risiko
sepenuhnya.
   
Jenis dan jumlah yuran - fahami supaya anda tidak terkejut.
   
Prestasi lepas jumlah pulangan tahunan, NAV (nilai aset bersih, iaitu
nilai bagi setiap unit), nisbah belanja, dan terutama pembahagian
pendapatan kepada pelabur, dan pertumbuhan aset - supaya anda
boleh mengukur prestasi dana selama ini.
   
Portfolio pelaburan terkini - supaya anda tahu peratusan pegangan
bagi setiap jenis aset.
   
Maklumat berkenaan Lembaga Pengarah dan kumpulan pengurusan
utama (terutamanya pengurus dana, juruaudit dan pemegang
amanah).

Jenis Unit Amanah

Unit amanah dianggap sebagai instrumen yang baik untuk perancangan kewangan
jangka sederhana hingga jangka panjang. Walau bagaimanapun, amat penting anda
memilih dana yang sesuai, berdasarkan profil risiko dan objektif pelaburan anda.
Berikut ialah senarai jenis unit amanah yang terdapat di pasaran:

Dana pendapatan: Melabur dalam sekuriti pendapatan tetap dan saham yang
menghasilkan dividen yang besar dengan harapan akan membayar sebahagian besar
daripada pulangan. Sesuai untuk pelabur yang mencari pendapatan dan sedikit
pertumbuhan dengan risiko yang rendah.
Dana pertumbuhan modal: Melabur terutama sekali dalam saham dengan
harapan akan memaksimumkan pertumbuhan modal dalam jangka masa panjang
(iaitu melalui harga unit yang lebih tinggi). Paling diminati oleh pelabur yang suka
kepada risiko tinggi dan berminat terhadap pengumpulan modal.

Dana pertumbuhan agresif: Sama dengan dana pertumbuhan modal tetapi


pelaburan dibuat dalam saham agresif yang menjanjikan pulangan tinggi dengan
risiko yang lebih tinggi. Sesuai untuk pelabur berisiko tinggi.

Dana terimbang: Mempunyai tiga objektif: pendapatan, kenaikan nilai sederhana


dan pemeliharaan modal. Pelaburan dibuat dalam pelbagai kategori aset yang
merangkumi saham, sekuriti pendapatan tetap dan wang tunai. Kepelbagaian yang
baik dan sesuai bagi pelabur yang mencari pelaburan selamat di mana risikonya
lebih rendah dan menghasilkan pulangan yang sederhana.

Dana indeks: Melabur dalam sejumlah besar saham yang menjejaki indeks pasaran
saham terpilih.

Dana bon: Melabur hanya dalam sekuriti pendapatan tetap seperti bon dan
instrumen pasaran wang jangka pendek. Semua dana bon tertakluk kepada risiko
kadar faedah dan kebanyakannya tertakluk kepada risiko kredit atau risiko mungkir
penerbit sekuriti.

Dana pasaran wang: Melabur hanya dalam instrumen pasaran wang jangka
pendek seperti bil perbendaharaan, sijil deposit boleh niaga dan penerimaan
jurubank, dengan tempoh kematangan kurang dari 90 hari. Oleh kerana dana
dilaburkan dalam instrumen pasaran wang, pulangan yang diterima, walaupun kecil,
pada amnya lebih menarik jika dibandingkan dengan deposit simpanan. Sesuai untuk
pelabur yang mahu kecairan dalam pelaburan dan menjadi tempat sementara untuk
menyimpan dana sebelum melabur dalam dana lain.

Dana Islam: Diuruskan berlandaskan prinsip Syariah; pelaburan dibuat dalam


saham dan sekuriti pendapatan tetap dan tidak merangkumi saham tidak halal dan
instrumen pasaran wang berfaedah.

Dana negeri: Diuruskan oleh perbadanan pembangunan negeri untuk pelabur dari
negeri masing-masing.

Kelebihan dan Kekurangan

Kelebihan melabur dalam unit amanah:

Mengikut kemampuan
Ini merupakan kelebihan yang nyata sekali - tidak banyak kos diperlukan untuk
melabur dalam dana amanah. Bagi pelaburan permulaan serendah RM500, pelabur
boleh membeli dana dan mendapat:

Kepelbagaian segera
Pelabur dalam unit amanah berpeluang menyertai lebih banyak sekuriti berbanding
dengan pelaburan yang dibuat secara persendirian. Dengan modal yang sedikit,
pelabur persendirian hanya mampu membeli sejumlah kecil saham dan terhad dalam
beberapa syarikat sahaja. Tetapi apabila wang tersebut dilabur dalam dana unit
amanah, dia akan memperoleh kepelbagaian segera - wangnya akan terkumpul
bersama-sama wang pelabur lain dan menghasilkan modal yang banyak dan boleh
digunakan untuk membeli saham lebih banyak syarikat disebabkan kuasa beli lebih
besar.

Dengan kepelbagaian, risiko boleh dikurangkan. Kerugian di beberapa kaunter boleh


diimbangi oleh keuntungan diperoleh di kaunter lain. Pelabur boleh terus
mengurangkan risikonya dengan melabur dalam beberapa dana dan tidak terhad
kepada satu dana sahaja.

Mudah tunai
Pembelian dan penjualan unit amanah lebih mudah berbanding melabur terus dalam
saham sesebuah syarikat di mana harga dan peluang untuk membuat urus niaga
bergantung kepada penawaran dan permintaan saham pada masa itu.

Pengurusan profesional yang berterusan


Unit amanah diuruskan oleh kumpulan profesional berpengalaman yang
menguruskan dana secara teratur dan berdasarkan fakta berbanding pelabur
individu yang mungkin membuat pelaburan secara rambang. Keputusan pelaburan
yang diambil oleh pengurus dana dibuat berdasarkan penyelidikan meluas dan
kemahiran melabur mereka sendiri, dan mereka akan terus mengawasi portfolio
berdasarkan maklumat yang telah diselidiki.

Mengurangkan tekanan
Pelabur tidak perlu risau kerana tidak perlu mengawasi sendiri pelbagai pelaburan
yang dibuat olehnya - mengawasi prestasi dan membuat keputusan bila hendak
membeli atau menjual. Sebaliknya pelabur mempunyai kumpulan profesional yang
berkemahiran menguruskan untuknya. Pemegang unit menerima laporan interim
setiap enam bulan mengenai perkembangan dana mereka, perubahan pelaburan
yang dibuat dan bayaran dividen, juga pendapat pengurus dana berhubung pasaran
pelaburan dan ekonomi. Mereka juga menerima laporan tahunan.

Peluang memiliki aset kewangan lebih meluas


Pengurus dana unit amanah boleh menjual beli produk pelaburan yang biasanya
tidak berpeluang didekati oleh pelabur individu, seperti bon kerajaan dan bon
korporat, yang mungkin dihadkan kepada pelabur institusi sahaja. Sebahagian
daripada produk ini diniagakan dalam jumlah besar, dan ini mengehadkan
kemampuan pelabur individu walaupun mereka diberikan peluang tersebut.

Kekurangan melabur dalam unit amanah

Tertakluk kepada risiko pasaran


Memandangkan unit amanah melabur dalam sekuriti boleh pasar, sudah tentu ia
terdedah kepada pergerakan pasaran. Pempelbagaian dalam pelaburan boleh
membantu mengurangkan risiko tetapi tidak dapat menghapuskan terus risiko.
Harga unit amanah turun naik, dividen mungkin dibayar ataupun tidak, dan anda
mungkin mendapat untung atau rugi apabila menjual unit itu.

Tidak sesuai bagi pelaburan jangka pendek


Unit amanah merupakan jentera pelaburan yang sesuai bagi pelaburan jangka
sederhana hingga panjang. Ini kerana keuntungan daripada pelaburan dalam unit
amanah tidak diperoleh segera. Seseorang boleh menjual unit yang dipegang apabila
harga unit itu naik. Walau bagaimanapun, kenaikan harga, yang bergantung kepada
pergerakan harga pasaran, biasanya lebih perlahan daripada pergerakan pasaran.

Kesan pempelbagaian berlaku secara dua hala iaitu risiko tertebar apabila pasaran
mengalami kejatuhan, begitu juga ganjaran apabila pasaran meningkat. Dividen bagi
unit amanah diberi secara berkala dan kesan pengkompaunan hanya dirasai dalam
masa apabila keadaan ekonomi yang menguntungkan.

Tiada perkhidmatan ikut arahan


Pelabur unit amanah membeli instrumen pelaburan besar-besaran, oleh itu mereka
tidak mempunyai kawalan terhadap keputusan pelaburan yang dibuat oleh pengurus
dana. Mereka tidak boleh memberitahu pengurus apakah saham yang hendak dibeli
atau yang mana jangan dibeli, dan bila hendak dijual. Pengurus dana bertindak
mengikut penasihatnya sendiri, bukannya pelabur. Pelabur hanya boleh memastikan
bahawa objektif dan polisi pelaburan dana selaras dengan objektif mereka. Oleh itu,
penting para pelabur membaca prospektus pelaburan secara teliti dan memilih
pelaburan secara bijak.

Kos yang Dikaitkan dengan Unit Amanah

Ada beberapa kos dikenakan kepada pelabur unit amanah. Amat penting anda
memahami pelbagai yuran yang dikenakan kepada anda oleh pengurus dana kerana
ia akan mempengaruhi jumlah pulangan diterima.

Syarikat unit amanah dibenarkan mengenakan tiga jenis yuran:

Bayaran perkhidmatan awal - biasanya bayaran ini dimasukkan dalam


harga jualan unit dana;
   
Yuran pembelian semula - bayaran ini boleh dimasukkan dalam harga
pembelian unit dana; dan
   
Yuran pengurusan - ini ialah yuran syarikat kerana mentadbirkan dana
dan bayaran dikenakan terus kepada dana.

Selain daripada itu, terdapat beberapa perbelanjaan lain seperti yuran pemegang
amanah dan perbelanjaan brokeraj yang ditanggung oleh dana.

Anda patut meneliti yuran yang dikenakan bagi pelbagai dana pilihan anda. Yang
paling penting ialah pengurus dana perlu cekap dalam menjalankan urusan. Tidak
guna memilih dana murah jika diuruskan oleh pengurus dana kurang baik, tetapi
pengurus dana yang baik mungkin mengenakan yuran yang tinggi.

Perkara Bijak yang Perlu Diketahui mengenai Unit Amanah


Pilih dana yang sesuai
Terdapat pelbagai jenis dana yang ditawarkan oleh syarikat unit
amanah. Tiga kategori utama ialah dana ekuiti yang boleh
memaksimumkan pertumbuhan modal; dana bon yang bermatlamat
memberikan pendapatan tetap; dan dana terimbang yang merupakan
gabungan dua kategori dana di atas, memperuntukkan pertumbuhan
modal dan pendapatan. Memandangkan jenis, bilangan dan
pengkhususan dana unit amanah semakin berkembang, ia mencukupi
untuk memenuhi kehendak pelabur yang berbeza. Anda perlu memilih
dana yang mempunyai objektif dan cara pelaburan yang
menggambarkan matlamat dan program pelaburan anda. Jika anda
inginkan pertumbuhan modal jangka panjang, melaburlah dalam dana
yang menawarkan pertumbuhan modal dan bukan pendapatan.
  
Yuran dan komisen
Berhati-hati dengan yuran dan komisen yang dikenakan kepada anda
oleh pengurus dana kerana ia akan mempengaruhi kos, dan juga
pulangan yang anda terima. Apakah bayarannya sama dengan dana
lain?
  
Pengurus dana
Pilih pengurus dana anda. Teliti prestasinya dari segi saiz dana yang
diuruskan dan pulangan yang diperoleh. Pilihlah pengurus yang telah
terbukti cekap dan berwibawa, dan apabila telah membuat pilihan,
biarlah pengurus itu - yang anda pilih berdasarkan bakat dan
mempunyai lebih banyak sumber maklumat jika dibandingkan dengan
anda - menjalankan tugasnya.
  
Awasi prestasi dana
Tetapi itu tidak bermakna anda boleh lepas tangan sepenuhnya. Anda
perlu mengawasi untuk memastikan dana tidak menyimpang daripada
matlamat yang dinyatakan dalam prospektus. Buat ukuran rujuk
prestasi dana anda berbanding dengan satu indeks yang bersesuaian.
Misalnya anda mungkin mahu dana menyamai atau lebih baik daripada
prestasi Indeks Komposit BSKL atau dana bon, untuk menyamai atau
menandingi kadar pulangan purata akaun simpanan tetap. Pergerakan
turun naik pasaran dalam jangka pendek mungkin boleh diterima tetapi
prestasi yang kurang memberangsangkan bagi tempoh jangka panjang
wajar dijadikan sebab yang munasabah untuk menimbangkan semula
pelaburan anda.
  
Prestasi penilaian
Bayaran agihan (dividen) lumayan yang diberikan oleh dana tidak
bermakna prestasinya baik. Malah, apabila dividen diberikan kepada
pemegang unit, ia akan mengurangkan nilai aset bersih (NAV) dana
yang juga mengurangkan harga unit. Anda harus menggunakan kaedah
'jumlah pulangan' (yang mengambil kira agihan, sekiranya ada, dan
keuntungan atau kerugian modal seperti dipaparkan dalam harga
saham) apabila menilai prestasi anda.
  
Berurusan hanya dengan ejen berdaftar
Sekiranya dihubungi oleh seorang ejen, pastikan ejen tersebut
berdaftar dengan Persekutuan Pengurus Amanah Saham Malaysia
(FMUTM). Jangan percaya kepada pengakuan lisan seorang ejen yang
mengeluarkan sendiri bahan promosi yang bukan diterbitkan oleh
syarikat pengurusan unit manah. Semak penyata atau sijil yang
diterima daripada dana dan simpan rekod pelaburan anda.

Pengenalan kepada Dana Modal Terjamin


Sebagai pelabur, anda mungkin pernah mendengar mengenai Dana Modal Terjamin.
Adakah anda tahu apakah dana tersebut, bagaimana dana itu dilaksanakan dan
apakah risiko serta manfaatnya?

Secara umum, Dana Modal Terjamin (CGF) ialah satu dana unit amanah yang
mempunyai jangka hayat yang terhad, biasanya antara tiga hingga lima tahun, yang
dibentuk bagi menjamin pelabur mendapat kembali modal pelaburan mereka pada
masa dana itu mencapai tempoh matang. Elemen utama CGF ialah ciri pemeliharaan
modalnya. CGF lazimnya dijamin oleh penjamin dan biasanya penjamin ialah institusi
kewangan berlesen seperti bank atau bank saudagar dengan penarafan kredit yang
baik. Bank-bank ini menerima bayaran penjamin sebagai imbuhan kepada jaminan
mereka. Bayaran ini dibayar oleh para pelabur CGF.

Bagaimana CGF dilaksanakan?

Biasanya CGF mengandungi tiga fasa:

Fasa penawaran Jangka masa beberapa minggu atau bulan ketika pelabur
boleh membeli unit dalam dana.

Fasa jaminan Jangka masa hayat dana ketika dana itu dilaburkan atau
dilaburkan semula oleh pengurus CGF. Penjamin akan
menjamin modal pelabur dalam tempoh ini.

Fasa pascajaminan Satu tempoh selepas tempoh matang apabila dana akan
dicairkan dan pelabur menebus unit mereka. Penjamin
akan membayar sebarang kerugian dalam modal pelabur.

Faktor jaminan
Andaikan anda membeli unit dalam CGF pada Harga Jualan Permulaan sebanyak
RM0.50 seunit. Tempoh matang dana itu pula ialah tiga tahun. Anda melaburkan
RM5,000 bagi membeli 10,000 unit CGF. Apabila tiba tempoh matang, nilai bersih
aset dana tersebut hanyalah RM0.40 seunit. Oleh kerana pelaburan itu berada di
bawah CGF, anda akan menerima RM0.50 seunit apabila anda menebus dana anda,
dan bukannya RM0.40 seunit. Umumnya, penjamin dana ini akan membayar
perbezaan sebanyak RM0.10 itu. Dalam keadaan ini, anda akan menerima RM5,000
selepas menebus 10,000 unit CGF itu. Tanpa jaminan, anda akan kerugian sebanyak
RM1,000 dan akan hanya menerima RM4,000 (tidak termasuk bayaran dan caj).

Walau bagaimanapun, sekiranya pada tempoh matang nilai bersih aset bagi setiap
unit ialah RM0.60, jaminan itu tidak diguna pakai dan nilai tebusan bagi setiap unit
akan didasarkan pada nilai bersih sebenar aset bagi setiap unit dana tersebut. Dalam
hal ini, anda menerima RM0.60 seunit dan bukannya RM0.50. Oleh itu, anda
menerima RM6,000 bagi 10,000 unit CGF yang ditebus (tidak termasuk bayaran dan
caj). Keuntungan anda ialah RM1,000.

Namun, jaminan ini hanya terpakai bagi unit yang dipegang sehingga tempoh
matang (bagi contoh di atas, tempoh matangnya ialah tiga tahun). Jika unit itu dijual
sebelum tempoh matang, jaminan itu akan luput dan modal pelabur tidak lagi
dijamin serta terdedah kepada kemungkinan mengalami kerugian. Bagi sesetengah
CGF, penalti dikenakan bagi penebusan awal. Anda mesti mengambil kira semua
faktor ini bagi memastikan bahawa melabur dalam CGF adalah selaras dengan
perancangan pelaburan anda.

Pengenalan kepada Dana Modal Terjamin

Risiko dan Manfaat

Manfaat Risiko
 Modal anda terpelihara kerana  Anda menghadapi risiko kehilangan
ada jaminan walaupun dalam sebahagian daripada modal jika anda
suasana pasaran yang negatif menebus unit yang dibeli sebelum
atau bearis. tempoh matang. Sesetengah dana
mengenakan caj penalti bagi
 Anda berkemungkinan penebusan awal.
menerima pulangan yang baik
daripada pelaburan dalam  Faktor jaminan hanyalah atas harga
pasaran yang positif atau bulis. jualan, tidak termasuk bayaran dan
caj. Lebih tinggi bayaran, lebih
 Pulangan anda boleh jadi lebih banyak akan ditolak daripada modal
tinggi daripada faedah atau anda. Bayaran ini termasuklah fi yang
dividen yang diperolehi daripada dikenakan oleh penjamin. Dana ini
akaun simpanan. hanya boleh melabur dalam produk
berisiko rendah atau stabil tetapi
menghasilkan pulangan yang
konservatif, contohnya sekuriti
pendapatan.

 Walaupun SC’s Guidelines on Unit


Trusts menghendaki penjamin
mempunyai penarafan kredit yang
baik samaada daripada agensi
penarafan domestik atau global,
risiko kemungkiran penjamin tetap
ada.

Pemeliharaan modal adalah ciri utama CGF tetapi ia tidak semestinya menjadi asas
tunggal dalam membuat keputusan untuk melabur dalam produk tersebut. Sama
seperti produk pelaburan yang lain, CGF juga mempunyai risiko pelaburan. Oleh itu,
sebelum membuat pelaburan, anda harus lebih dahulu mengkaji matlamat kewangan
anda dan kemudian menilai secara terperinci tawaran CGF itu, bagi memastikan
kedua-duanya selari. Anda juga harus meneliti struktur bayaran CGF tersebut yang
dikenakan oleh pengurus dana, kerana bayaran ini mempunyai kesan ke atas
pulangan pelaburan dan akan ditolak daripada modal anda.

 Membongkar Rahsia REIT Membongkar rahsia REIT

Bagi kebanyakan orang, pelaburan harta tanah hanya terhad kepada pemilikan
kediaman tanpa memikirkan sangat mengenai pemilikan kompleks membeli belah,
gudang industri atau bangunan pejabat dan sebagainya. Pelabur harta tanah kini
boleh mengembangkan ruang lingkup pelaburan mereka dengan REIT (disebut
“reet”).

Apa itu REIT?

Amanah pelaburan harta tanah atau REIT merupakan alat pelaburan kolektif
(biasanya dalam bentuk dana amanah) yang mengumpulkan wang daripada pelabur
dan menggunakan modal terkumpul itu untuk membeli, mengurus dan menjual aset
harta tanah, seperti bangunan kediaman dan komersial, lot kedai atau industri, atau
aset berkaitan dengan harta tanah (misalannya, saham dalam syarikat harta awam
tersenarai, sekuriti hutang tersenarai atau tidak tersenarai dan sebagainya).
Objektifnya adalah untuk mendapat pulangan pelaburan yang munasabah. Pulangan
diperoleh daripada bayaran sewa dan sebarang kenaikan modal yang diperoleh
daripada pemegangan aset harta tanah tersebut bagi sesuatu tempoh. Pemegang
unit akan menerima pulangan mereka sama ada dalam bentuk dividen atau
pengagihan atau untung modal bagi tempoh pemegangan.

Bagaimana REIT dilaksanakan?

Pada dasarnya, REIT dilaksanakan sama seperti mana-mana dana unit amanah yang
membabitkan pihak yang berikut:
Hubungan tiga hala antara pemegang unit/pelabur, syarikat pengurusan dan
pemegang amanah diikat oleh undang-undang dengan ikatan amanah. Ikatan
amanah pada asasnya ialah satu dokumen formal yang menggariskan objektif dan
dasar REIT, serta kewajipan dan tanggungjawab syarikat pengurusan dan pemegang
amanah.

Membongkar Rahsia REIT

Bagaimana hendak melabur dalam REIT?

Terdapat REIT yang tersenarai dan tidak tersenarai. REIT yang tersenarai boleh
dibeli dan dijual seperti saham tersenarai. Pada masa ini, ada REIT yang tersenarai
di Bursa Malaysia Securities Berhad dan pelabur yang ingin melabur dalam saham ini
perlu menggunakan khidmat broker saham. Sama seperti mana-mana produk
tersenarai di bursa, pelabur perlu mengetahui bahawa REIT boleh diurusniagakan
pada premium atau diskaun terhadap nilai aset bersih masing-masing.

REIT yang tidak tersenarai, sama seperti mana-mana produk unit amanah, boleh
dibeli daripada atau dijual kepada syarikat pengurusan atau melalui ejen bertauliah
yang lain.

REIT berbanding syarikat/saham harta

REIT Syarikat/saham harta


REIT ialah “dana” atau “amanah” yang Saham harta merupakan saham syarikat
melabur dalam harta tanah dan (syarikat harta) yang berurusan dengan
perniagaan berkaitan harta, termasuk harta tanah atau perniagaan yang
saham harta. berkaitan harta.

Pengurus dana berlesen menguruskan Syarikat harta diuruskan sama seperti


REIT. Pemegang amanah yang dilantik syarikat lain.
menyelia operasi REIT dan melindungi
aset pemegang unit.

REIT mempunyai dasar pelaburan yang Syarikat harta memiliki harta tanah dan
jelas dan melabur terutamanya dalam tidak terbatas kepada menjalankan
portfolio harta tanah yang menjana perniagaan pelaburan harta dan
pendapatan. pembangunan pelaburan.

Pemegang amanah memegang harta Lembaga pengarah, bagi pihak pemegang


tanah atau harta dalam portfolio REIT saham, akan memantau syarikat harta
sebagai amanah kepada pelabur REIT. bagi memastikan asetnya dilindungi dan
syarikat itu diuruskan dengan betul.

Pelabur REIT tertakluk kepada bayaran Pelabur saham harta tidak tertakluk
pengurusan dan pemegang amanah. kepada bayaran pengurusan dan
pemegang amanah.

Membongkar Rahsia REIT

Kelebihan dan kekurangan

Kelebihan

Pempelbagaian
REIT melabur dalam pelbagai jenis harta tanah pada kedudukan geografi yang
  berbeza. Strategi pempelbagaian ini mengurangkan kesan negatif yang dikaitkan
dengan pemegangan aset pada satu lokasi.
   
Pengurusan profesional
Pengurus profesional menguruskan REIT dan mereka mempunyai kepakaran yang
  melangkaui pengetahuan pelabur individu.
   
Kecairan
  Berbeza dengan pemilikan harta tanah persendirian secara tradisional, REIT
merupakan aset cair yang boleh dijual dengan agak cepat untuk mendapat wang
tunai atau mengambil kesempatan atas peluang pelaburan yang lain. Satu
daripada sebab kecairan REIT ialah unitnya disenaraikan secara primer dan
diurusniagakan di bursa saham.
   
Mampu
Berbeza dengan pelaburan harta secara langsung yang memerlukan pelabur
mempunyai modal besar untuk melabur, REIT membolehkan pelabur biasa
  melabur dan mempelbagaikan pelaburan harta tanah mereka tanpa modal yang
besar.
   
Mudah
Perjanjian jual beli, bayaran peguam dan duti setem adalah antara banyak
  perkara yang pelabur harta tanah terpaksa hadapi. Melalui REIT, pelabur tidak
dibebankan dengan semua itu.
   
Dilindungi oleh peraturan
REIT mesti mematuhi ketetapan dalam Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993 dan
  Guidelines on Real Estate Investment Trusts, yang objektif utamanya ialah
perlindungan pelabur.

Membongkar Rahsia REIT

Kelebihan dan kekurangan

Kekurangan
Pulangan tidak dijamin
Bayaran dividen daripada pelaburan dalam REIT tidak dijamin dan pulangan
  keseluruhan REIT tertakluk kepada prestasi pasaran harta. Oleh itu, harga unit
REIT boleh turun jika nilai harta pendasarannya jatuh.
   
Hilang kawalan terhadap pelaburan
Pelabur tidak mempunyai kawalan langsung terhadap keputusan pelaburan
  syarikat pengurusan, umpamanya bila hendak membeli dan menjual harta tanah
tertentu, atau bagaimana harta itu diuruskan.
   
Faktor risiko
Seperti produk pelaburan lain, REIT tertakluk kepada ragam permintaan dan
  penawaran pasaran. Oleh itu, turun naik pasaran, keyakinan dalam ekonomi dan
perubahan dalam kadar faedah boleh mempengaruhi harga REIT.

Panduan bijak bagi pelabur REIT

Sebelum melabur dalam REIT, teliti yang berikut:

 Baca dan fahami prospektus sepenuhnya;


 Teliti senarai harta tanah yang disertakan dalam portfolio pelaburan REIT,
seperti lokasi harta tanah, jenis-jenis penyewa, jangka masa sewaan,
bayaran sewa yang masih tertunggak dan maklumat pelaburan lain yang
berkaitan (misalannya, polisi dividen dan bayaran serta caj);
 Analisis dan fahami laporan tahunan dana.

Jadi, jika anda berfikir untuk melabur dalam REIT, dapatkan sebanyak mana
maklumat yang boleh mengenai produk itu daripada syarikat pengurusan bagi
membantu anda membuat keputusan yang baik berdasarkan maklumat. Jika ragu-
ragu mengenai tindakan yang patut diambil, hubungi broker saham anda atau mana-
mana penasihat profesional berlesen.

 Tempoh Bertenang

Ke hadapan Orang Ringgit,

Baru-baru ini, ibu saya yang sudah lanjut usia, melabur dalam produk unit amanah
melalui seorang ejen unit amanah sebuah bank tempatan. Ejen itu memberitahu ibu
saya bahawa dengan melabur dalam dana itu, ibu saya akan dapat lebih banyak duit
kerana pulangannya lebih tinggi daripada simpanan tetap. Untuk lebih meyakinkan
lagi ibu saya, ejen itu memberi jaminan bahawa bank itu mempunyai pengurus wang
profesional yang akan mengawal wang ibu saya dan ibu saya tidak akan kerugian
walau sesen pun daripada pelaburan tersebut. Ibu saya tidak diberitahu mengenai
risiko pergerakan pasaran dan kesannya ke atas harga unit, serta pulangan
pelaburan tidak dijamin. Ibu saya yang tidak arif mengenai pelaburan, percaya
kepada ejen itu dan melabur dalam unit amanah tersebut.

Saya tahu ibu saya sepatutnya membaca prospektus, tetapi dia tidak begitu pandai
membaca dan sukar memahami bahasa yang digunakan dalam prospektus. Oleh itu,
kata-kata ejen itu merupakan satu-satunya sumber maklumat bagi ibu saya.

Bolehkah ibu saya mendapat wangnya semula dan di mana dia boleh membuat
aduan terhadap ejen yang tidak bertanggungjawab itu?

Anak yang Tak Puas Hati


Kluang, Johor

 Saya Hendak Melabur Dalam Dana Yang Mana?

Panduan asas memilih dana unit amanah yang betul

“Dana yang mana patut saya pilih?” merupakan soalan lazim di kalangan pelabur
unit amanah. Memilih dana yang betul bukanlah mudah. Bagaimanapun, panduan
asas yang disediakan di sini boleh membantu menentukan dana paling bersesuaian
dengan anda.

Adakah anda tahu mengapa anda melabur?

  Setiap pelabur mempunyai keperluan dan objektif pelaburan yang berbeza-


beza. Sesetengah pelabur melabur sebagai sebahagian daripada
perancangan kewangan, manakala sebahagian yang lain melabur sebagai
tabungan pendidikan anak-anak. Sebagai pelabur, anda mesti jelas mengenai
objektif pelaburan anda. Ini membantu anda menentukan dana yang tepat
untuk anda. Misalannya, jika anda mencari satu sumber pendapatan tetap,
anda mungkin TIDAK MAHU melabur dalam unit amanah yang sasarannya
adalah untuk memperoleh untung modal.
   

Ketahui profil risiko anda

Setelah menetapkan objektif, buat penilaian terhadap profil risiko anda.


Dalam pelaburan, risiko bermakna kemungkinan mengalami kerugian. Setiap
pelabur mempunyai profil risiko yang berbeza. Sesetengah pelabur bersedia
mengambil risiko yang tinggi manakala sebahagian lagi tidak. Sebagai
pelabur, anda mesti sentiasa menilai profil risiko anda dan benar-benar
memahami berapa banyak risiko yang anda boleh ambil, atau lebih jelas lagi,
berapa banyak kerugian yang anda bersedia tanggung. Dana yang berlainan
  mempunyai tahap risiko yang berbeza dan sentiasa ingat bahawa pulangan
yang tinggi bermakna risikonya pun tinggi. Kebolehan untuk benar-benar
mengetahui dan memahami profil risiko anda adalah amat penting.
Kebolehan itu memberikan anda penumpuan dan boleh menghalang anda
daripada terpengaruh dengan pelbagai brosur berwarna-warni dan janji-janji
ejen anda yang boleh mendorong anda memilih dana yang tidak sesuai
dengan anda.
   

Buat kajian

  Setelah anda pasti mengenai objektif pelaburan dan profil risiko anda, tibalah
masanya untuk anda mendapatkan semua maklumat yang berkenaan.
Sumber maklumat anda boleh diperoleh daripada yang berikut:
 Prospektus
Ini ialah dokumen penting untuk pelabur unit amanah. Malangnya,
kebanyakan pelabur tidak ambil berat untuk membaca kandungan
prospektus dan lebih suka bergantung kepada ejen untuk memberi
penjelasan kepada mereka mengenai sesuatu dana. Jika anda mahu
menjadi pelabur yang serius, dinasihatkan supaya anda membaca
prospektus kerana sebahagian besar maklumat asas, contohnya
objektif dana, kelayakan dan pengalaman pengurus dana, yuran dan
caj, serta maklumat lain yang berkaitan, ada dalam prospektus. Anda
boleh mendapatkan prospektus daripada syarikat pengurusan unit
amanah. Selain itu, perpustakaan SIDC yang terbuka kepada orang
awam, mempunyai set lengkap semua prospektus dana unit amanah.
Silalah ke perpustakaan tersebut.

 Akhbar
Akhbar merupakan sumber maklumat paling mudah diperoleh oleh
pelabur unit amanah. Biasanya, akbar memaparkan berita dan data
mengenai dana unit amanah.

 Perancang kewangan
Konsep ini masih baru di Malaysia. Perancang kewangan sepatutnya
boleh membantu anda menentukan dana yang paling bersesuaian
untuk membuat pelaburan. Tetapi jika anda bercadang menggunakan
khidmat mereka, tanya dulu sama ada mereka itu perancangan
kewangan bebas atau sebaliknya. Perancang kewangan bebas
mungkin menerima komisen bagi produk yang mereka cadangkan.
Sebagai pelanggan, anda patut diberitahu mengenainya dan anda
tidak sepatutnya dipaksa melabur dalam produk tersebut.
 Saya Hendak Melabur Dalam Dana Yang Mana?
Semak latar belakang dan pengalaman pengurus dana

Sebelum melaburkan wang hasil titik peluh anda itu, amat mustahak anda
mengetahui latar belakang dan pengalaman pengurus dana. Selain itu,
  periksa sama ada pengurus dana itu dilesenkan oleh pihak berkuasa, dengan
melayari tapak web Suruhanjaya Sekuriti.
   

Jangan bergantung semata-mata kepada prestasi lalu dana

Anda tidak boleh melihat kepada prestasi lalu semata-mata sebagai asas
untuk mengukur prestasi akan datang sesuatu dana. Ingatlah bahawa
  prestasi lalu tidak menggambarkan pulangan akan datang. Selain itu, tidak
semua dana di bawah syarikat pengurusan yang sama mencapai prestasi
yang sama.
   

Pilih dana yang sejajar dengan objektif pelaburan anda

Dana yang sesuai ialah dana yang memberikan anda pulangan yang baik dan
juga memenuhi objektif pelaburan dan profil risiko anda. Sebagai contoh, jika
anda seorang pesara, anda mungkin tidak mahu melabur dalam dana yang
mempunyai pertumbuhan pesat, walaupun dana itu menjanjikan pulangan
 
tinggi. Sebaliknya, anda mungkin mahu menimbangkan untuk melabur dalam
dana yang menghasilkan pendapatan yang tetap dan stabil walaupun
pulangannya rendah. Dengan menentukan sendiri objektif dan memahami
profil risiko serta mengumpulkan maklumat berkaitan, anda sepatutnya boleh
menentukan dana yang sesuai untuk melaburkan wang anda

Ini hanyalah panduan asas dan umum untuk memilih dana unit amanah yang sesuai
untuk anda dan tidak terhad setakat yang dipaparkan sahaja. Sebagai pelabur bijak,
anda mesti mengambil semua usaha dan inisiatif yang perlu untuk menjadikan
keputusan pelaburan anda sebagai satu keputusan berasakan maklumat. Ingatlah
bahawa keputusan pelaburan anda ialah hak milik mutlak anda. Jadi, buatlah pilihan
bijak.

Menolak Mitos Unit Amanah

Terdapat beberapa salah anggap yang patut diketahui oleh pelabur unit amanah.
Bacalah seterusnya untuk mengetahui cerita sebenar di sebalik tujuh mitos biasa
dalam pelaburan unit amanah.
1. Masa paling baik untuk melabur ialah ketika pengagihan dividen dan
bonus hampir hendak diumumkan.

Tidak benar. Jika ejen unit amanah menasihatkan anda supaya melabur dalam
unit amanah kerana bayaran dividen dan bonus akan dibayar tidak berapa lama lagi
dan anda akan mendapat keuntungan segera, fikir baik-baik. Anda perlu
mengetahui perkara yang terbabit dalam pengagihan bonus dan dividen unit
amanah. Bonus akan meningkatkan jumlah unit dalam dana tersebut. Misalannya,
pelaburan anda dalam suatu dana berharga RM1 satu unit dan anda melabur
RM1,000 bagi 1,000 unit. Dana itu kemudiannya memberikan bonus sebanyak satu
unit bagi setiap satu unit yang anda miliki (bonus satu-untuk-satu). Selepas itu,
anda memiliki 2,000 unit. Tetapi unit tambahan itu tidak menaikkan nilai pelaburan
anda kepada RM2,000. Nilainya kekal RM1,000 kerana unit tambahan itu
sebenarnya mengurangkan nilai unit anda daripada RM1 kepada RM0.50 (RM1,000
dibahagi dengan 2,000 unit). Begitu juga, jika dana anda mengumumkan dividen
sebanyak 5% atau RM0.05, nilai unit anda akan berkurangan daripada RM1 kepada
RM0.95 selepas dividen diagihkan. Dividen itu tidak akan menaikkan nilai unit anda
kepada RM1.05. Jadi, melabur sebelum bayaran dividen atau bonus diumumkan
bukanlah cara untuk mendapat keuntungan segera. Sentiasa berfikir jangka
panjang ketika melabur dalam unit amanah.
 
2. Sentiasa pilih dana yang dahulunya memberikan anda pulangan tinggi.

Tidak benar. Prestasi lalu tidak menggambarkan prestasi masa akan datang.
Pelabur tidak harus melihat kepada rekod prestasi lalu untuk meramalkan prospek
akan datang. Kaji strategi pelaburan dan pengagihan aset dana tersebut untuk
memantapkan keputusan pelaburan anda. Pada umumnya, pengagihan aset
mempunyai sumbangan penting kepada pulangan keseluruhan dana.
 
3. Semua dana unit amanah sama.

Tidak benar. Terdapat pelbagai dana dengan objektif pelaburan yang berbeza-
beza. Setiap satu mempunyai ciri-ciri dan elemen risiko yang berbeza. Pelabur
MESTI membaca prospektus dana untuk mempelajari dana tersebut dan harus
menimbangkan untuk memilih dana yang sejajar dengan keperluan pelaburan dan
profil risiko mereka. Anda mungkin melabur dalam dana yang salah jika anda fikir
semua dana unit amanah
Menolak Mitos Unit Amanah
4. Pulangannya hanyalah dividen.

Tidak benar. Pelabur boleh mengukur prestasi pelaburan mereka dalam unit
amanah melalui pelbagai cara. Ini lazimnya meliputi pengiraan untung modal
(jumlah selepas harga jualan ditolak harga belian) atau jumlah pengagihan yang
diterima daripada dana. Bagaimanapun, kaedah paling berkesan dalam mengukur
prestasi ialah dengan memasukkan kedua-duanya sekali. Pengukuran prestasi ini
dipanggil pulangan keseluruhan kerana membabitkan semua sumber pendapatan
iaitu dividen dan untung modal (atau rugi).
 
5. Unit amanah ialah akaun simpanan dan bebas daripada risiko.
Tidak benar. Pelaburan dalam unit amanah tidak sama dengan menyimpan wang
anda dalam akaun simpanan. Jika anda melaburkan RM1,000, anda mestilah
bersedia menerima hakikat bahawa ada kemungkinan akhirnya wang anda itu
berkurangan daripada jumlah yang anda laburkan. Ini kerana pelaburan anda
terdedah kepada risiko dan anda mungkin menanggung kerugian disebabkan oleh
risiko tersebut. Semua bentuk pelaburan mempunyai tahap risikonya sendiri dan
pelabur mestilah bersedia untuk menerima risiko tersebut.
 
6. Percaya kepada hanya satu syarikat pengurusan sahaja.

Tidak benar. Bukan semua dana daripada syarikat pengurusan yang sama
memberikan prestasi atau pulangan yang sama kerana dana tersebut mungkin
mempunyai objektif pelaburan yang berbeza-beza dan kerana itu, mempunyai
elemen risiko dan pendedahan yang berlainan. Bergantung kepada keadaan
pasaran, setiap dana mempunyai prestasi berlainan walaupun syarikat pengurusan
yang sama menguruskannya.
 
7. Kata-kata ejen anda semuanya benar.

Tidak benar. Sentiasa semak apa sahaja yang dikatakan oleh ejen anda. Jika anda
tidak jelas atau merasakan bahawa apa yang dikatakannya itu terlalu sukar untuk
dipercayai, kemukakan seberapa banyak soalan yang anda mahu. Soalan yang anda
fikir “bodoh” mungkin sebenarnya soalan penting untuk mengumpulkan lebih
banyak maklumat. Pada masa yang sama, buat kajian dan dapatkan sebanyak
mana maklumat yang boleh untuk membantu anda membuat keputusan yang
bermaklumat. Jangan melabur sehingga anda puas hati dengan maklumat yang
diberikan kepada anda. Ingatlah bahawa anda yang sebenarnya bertanggungjawab
ke atas keputusan pelaburan yang anda lakukan dan bukannya ejen anda.

Sejauh Mana Pengetahuan Anda Mengenai Unit Amanah?

Berfikir untuk melabur dalam unit amanah? Adakah anda mempunyai pengetahuan
asas? Cubalah kuiz ini dan ketahui sejauh mana pengetahuan anda.

Soalan 1
Mana satu antara dokumen yang berikut mempunyai maklumat mengenai dana unit
amanah yang penting bagi pelabur?

(A) Laporan tahunan

(B) Prospektus

(C) Surat ikatan amanah

(D) Laporan kewangan

Pautan berguna: Dunia Luas Unit Amanah


 

 
Soalan 2
Mana satu antara badan berkuasa yang berikut mengawal selia industri unit amanah
di Malaysia?

(A) Suruhanjaya Sekuriti

(B) Bank Negara Malaysia

(C) Kementerian Kewangan

(D) Suruhanjaya Syarikat Malaysia

Pautan berguna: www.sc.com.my

 
Soalan 3
Siapakah yang perlu anda hubungi sekiranya anda ingin membuat aduan terhadap
ejen unit amanah?

(A) Bank Negara Malaysia

(B) Kumpulan Wang Simpanan Pekerja

(C) Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna

(D) Persekutuan Pengurus-pengurus Amanah Saham Malaysia

Pautan berguna: Hak Untuk Mengemukakan Aduan

 
Soalan 4
Apakah yang dimaksudkan dengan hak bagi “tempoh bertenang”?

(A) Hak yang diberikan kepada pelabur untuk menimbangkan semula sama
ada hendak terus melabur dalam dana unit amanah atau tidak.
(B) Hak untuk membeli unit amanah tambahan pada harga tara/harga par.

(C) Hak untuk menjual unit saham amanah anda kepada pihak pengurusan
pada harga yang lebih tinggi daripada harga belian.
(D Hak untuk mendapat unit bonus tambahan daripada syarikat pengurusan.
)

Pautan berguna: Tempoh Bertenang


Soalan 5
Mana antara bayaran dan caj yang berikut boleh dikaitkan dengan skim unit
amanah?

(i) Fi pengurusan
(ii) Fi pemegang amanah
(iii) Fi penjelasan (clearing fees)
(iv
Fi/caj jualan
)

(A) i dan ii sahaja

(B) ii dan iv sahaja

(C) i, ii dan iii sahaja

(D) i, ii dan iv sahaja

Pautan berguna: Caj dan bayaran untuk unit amanah: Fakta tersembunyi

Sejauh Mana Pengetahuan Anda Mengenai Unit Amanah?  


Soalan 6
Apakah jenis pulangan yang pelabur boleh jangkakan daripada pelaburan dalam
dana unit amanah?

(i) Untung modal


(ii) Dividen
(iii) Bayaran kupon
(iv
Bayaran faedah
)

(A) i dan ii sahaja

(B) ii dan iii sahaja

(C) ii dan iv sahaja

(D) i dan iv sahaja


 
Soalan 7
Manakah antara kenyataan yang berikut ini benar:
(A) Semua produk unit amanah mempunyai tahap risiko yang sama

(B) Sesuai untuk pelabur yang mempunyai matlamat pelaburan sederhana


hingga jangka panjang
(C) Cara cepat untuk mendapat untung

(D Pulangan daripada dana unit amanah adalah terjamin


)

Pautan membantu: Jenis Unit Amanah

   

 
Soalan 8
Produk unit amanah berasaskan prinsip-prinsip Syariah hanyalah untuk orang Islam
sahaja.

(A) Betul

(B) Salah

Pautan berguna: Jenis Unit Amanah

 
Soalan 9
Jika anda membuat pinjaman untuk melabur dalam unit amanah, anda terdedah
kepada–

(A) Risiko pasaran

(B) Turun naik kadar faedah

(C) Rugi modal

(D) Semua di atas

Pautan berguna: Menjawab 10 Soalan Utama Pelabur

 
Soalan 10
Manakah antara yang berikut diberi kuasa untuk bertindak sebagai penjaga dana dan
menjaga kepentingan pelabur unit amanah?
(A) Syarikat pengurusan unit amanah

(B) Pemegang amanah

(C) Ejen unit amanah

(D) Persekutuan Pengurus-pengurus Amanah Saham

Pautan berguna: Dunia Luas Unit Amanah

Panduan Pelabur Mengenai Dana Dagangan Bursa Apa dia ETF?

Umumnya, dana dagangan bursa (ETF) ialah dana penjejak indeks yang tersenarai
dam didagangkan di bursa saham seperti saham.

Apakah ciri-ciri utama ETF?

Secara umum, ETF mempunyai ciri-ciri yang berikut:

 Penjejak indeks

ETF yang direka untuk menjejak prestasi sesuatu indeks (contohnya, IKKL, indeks
bon, dan lain-lain).
 Dagangan bursa

ETF distrukturkan sebagai satu unit amanah tetapi boleh juga didagangkan di bursa
saham, contohnya, saham seperti Bursa Malaysia, ketika dagangan biasa. Pelabur
boleh membeli dan menjual ETF melalui broker saham berlesen mereka pada bila-
bila masa sahaja pada waktu dagangan.
 Bayaran dan caj

Ada dua jenis bayaran dan caj iaitu bayaran pengurusan dana (bayaran pengurusan
dan kos pentadbiran lain) dan kos dagangan. Bayaran pengurusan dana biasanya
ditolak daripada aset ETF, dan nilai bersih aset (NAV) turut mendapat kesannya.
Berdagang ETF di Bursa Malaysia turut melibatkan kos transaksi, seperti bayaran
brokeraj, duti setem dan lain-lain.
 Nilai aset bersih dan harga dagangan

Setiap ETF mempunyai NAV yang dikira dengan merujuk kepada nilai pasaran
sekuriti yang dipegang. Bagaimanapun, dagangan ETF di Bursa Malaysia, misalannya
saham, ditentukan oleh permintaan dan penawaran pasaran. Pelabur juga perlu
ingat bahawa harga dagangan ETF mungkin tidak sama dengan NAVnya.
 Hak dividen

ETF mungkin atau mungkin tidak mengagihkan dividen, bergantung pada dasar
dividennya.
 Dana terkawal

Seperti dana lain yang dibenarkan, ETF perlu mematuhi keperluan pengawalseliaan
yang relevan seperti yang ditetapkan oleh SC. Pelabur perlu mengambil perhatian
bahawa kebenaran SC bukan menandakan pengesahannya terhadap sesuatu produk.
Panduan Pelabur Mengenai Dana Dagangan Bursa Bagaimana
sesuatu unit ETF diwujudkan?

Risiko berbanding manfaat

Jadual di bawah menyenaraikan sebahagian daripada manfaat dan risiko apabila


melabur di ETF.

Manfaat Risiko
•  Mudah untuk didagangkan •  Risiko pasaran

ETF boleh didagangkan melalui broker berlesen bila-bila masa ETF terdedah
pada waktu dagangan dan diselesaikan cara yang sama seperti kepada risiko
stok/saham. ekonomi, politik,
mata wang,
perundangan dan
risiko lain yang
terdapat dalam
sesuatu sektor atau
pasaran, yang
mempengaruhi
prestasi indeks yang
dijejaki oleh ETF.
•  Kos yang rendah •  Mengesan
kesilapan
ETF didagangkan dalam lot niaga yang biasanya dikekalkan
pada tahap boleh mampu. Ia juga menawarkan sekumpulan Merujuk kepada
sekuriti yang luas bagi pelaburan minimum. perbezaan antara
prestasi ETF (yang
diukur melalui
NAVnya) dan
prestasi indeks
pendasar.
Bergantung kepada
strategi ETF
tertentu, ia mungkin
tidak memegang
semua sekuriti
seinduk bagi
sesuatu indeks
pendasar dalam
perwajaran yang
sama bagi indeks
tersebut. Oleh itu,
prestasi sekuriti
yang menjadi
pendasar ETF
mungkin mengatasi
prestasi atau lebih
rendah daripada
prestasi indeks
tersebut dan ini
diperlihatkan dalam
NAVnya.

 
•  Pempelbagaian  

Dengan melabur dalam ETF, anda boleh membuat untung dan


rugi yang sama dalam himpunan sekuriti yang dijejaki oleh ETF
tanpa perlu menanggung perbelanjaan membeli sendiri semua
sekuriti pendasar itu.
•  Pencairan  

ETF didagangkan berterusan di bursa pada waktu dagangan.


•  Ketelusan  

Indeks pendasar dan sekuriti seinduk ETF adalah telus, dan


sebut harga disebarkan dalam masa dagangan. Selain itu,
maklumat dagangan ETF mudah diperoleh pada masa yang
sebenar.

Buat rujukan sebelum melabur

Sebelum melabur dalam ETF, baca prospektus dan perhatikan perkara yang berikut:

 Maklumat mengenai indeks yang dijejaki oleh ETF (contohnya: IKKL, indeks
bon, dan dsb.)
 Objektif dan strategi pelaburan ETF
 Bayaran, caj dan kos dagangan yang ditanggung oleh pelabur
 Polisi dividen ETF
 Maklumat mengenai syarikat pengurusan
 Saluran yang melaluinya maklumat dagangan ETF disediakan atau
dizahirkan.

Selepas membaca prospektus dan bahan-bahan penting lain dan menimbangkan


objektif pelaburan, tahap tanggung risiko, dan jumlah dana yang tersedia, anda
boleh memutuskan sama ada ETF itu bersesuaian dengan keperluan pelaburan
anda.
Ke Dunia Antarabangsa dengan Dana Global

Semenjak liberalisasi ke atas peraturan pentadbiran bursa asing oleh Bank Negara
pada 1 April 2005, Malaysia telah menyaksikan pelancaran beberapa dana global
oleh sebilangan syarikat pengurusan unit amanah. Pelabur Malaysia kini berpeluang
melabur dalam sekuriti yang didagangkan di pasaran asing melalui alat pelaburan
dalam bentuk dana global.

klik imej untuk dibesarkan

Soalan Lazim Mengenai Dana Global


S
Bagaimana memulakan pelaburan dalam dana global?
:
Pelabur boleh pergi ke mana-mana syarikat pengurusan unit amanah yang
J:
bertauliah yang menawarkan dana yang dilaburkan dalam pasaran asing.
   
S
Di mana saya boleh mendapat maklumat mengenai dana ini?
:
Pada umumnya, maklumat seperti objektif dana, risiko dan potensi pulangan
J: boleh diperoleh daripada prospektus dana. Pelabur boleh juga mendapat
panduan daripada penasihat pelaburan berlesen.
   
S Bagaimana dengan bayaran dan caj? Adakah sama dengan dana
: tempatan?
J: Tiada bayaran tambahan bagi pelaburan dalam dana global. Caj yang dikenakan
adalah sama dengan dana unit amanah tempatan.
   
S
Bagaimana hendak memantau dana tersebut?
:
Pelabur boleh menyemak harga unit dalam semua akhbar utama tempatan.
Bagaimanapun, dalam sesetengah keadaan, disebabkan perbezaan zon masa
J:
bagi pasaran asing (di mana dana itu dilaburkan), maklumat harga mungkin
bukan terkini.
   
S
Adakah tempoh bertenang sama seperti dana tempatan?
:
J: Tempoh bertenang adalah sama dengan dana unit amanah tempatan.

  Global Tempatan
Bertujuan untuk mencapai
Objektif Bertujuan untuk mencapai tambah nilai modal jangka
pelaburan tambah nilai/pertumbuhan panjang melalui pelaburan
modal melalui pelaburan dalam dalam sekuriti yang
sekuriti yang didagangkan di didagangkan di pasaran
pasaran asing. tempatan.

Risiko Umumnya, dana ini dipengaruhi Risiko hanya tertumpu kepada


oleh risiko negara, risiko mata sebuah negara, misalannya
wang dan risiko pasaran asing. Malaysia (ekonomi, politik dan
pasaran). Tiada risiko mata
wang bagi dana tempatan.
Manfaat
Pempelbagaian portfolio Pempelbagaian portfolio
pelaburan yang meluas pelaburan merentasi
merentasi banyak negara, dan instrumen kewangan yang
ini meminimumkan risiko didagangkan di pasaran
melabur dalam satu negara. tempatan.

Nota: Senarai di atas bukan senarai lengkap dan ia bertujuan sebagai perbandingan ciri-ciri utama bagi dana
global dan tempatan. Pelabur mesti membaca prospektus dan mendapatkan nasihat profesional pelaburan
berlesen bagi memperoleh lebih banyak maklumat, terutamanya tentang risiko dan manfaat bagi kedua-dua
dana.

Bon
Pelajari Asasnya
Bon merupakan produk pelaburan yang kurang dikenali
kerana dibayangi oleh stok dan saham yang lebih
terkenal, serta unit amanah yang sedang meningkat naik.
Walau bagaimanapun, bon memainkan peranan penting
dalam membiayai pembangunan negara. Ia memberi satu
ruang alternatif kepada syarikat untuk menjana modal.
Pasaran bon yang matang memainkan peranan penting
dalam menstabilkan sistem kewangan sesebuah negara

secara keseluruhannya. Dalam kebanyakan negara membangun, pasaran pemodalan


bagi pasaran bon adalah lebih besar daripada pasaran saham.

Bon sesuai untuk meningkatkan modal bagi pembiayaan projek pembangunan


jangka panjang, dan digunakan untuk membantu memulihkan Malaysia daripada
krisis kewangan Asia. Sejak kebelakangan ini, banyak usaha telah dipelopori oleh
Suruhanjaya Sekuriti (SC) untuk mempercepatkan pembangunan pasaran bon dan
menggalakkan penggunaan bon sebagai pilihan aset kepada pelabur, juga sebagai
pilihan pembiayaan bagi peminjam modal.

Undang-undang sekuriti telah dipinda untuk memudahkan pembangunan pasaran


bon yang semakin berkembang secara berperingkat-peringkat. Sepanjang 10 tahun,
pasaran bon telah berkembang luas dari segi aktiviti dagangan dalam pasaran
sekunder dan kecairan pasaran.

Tetapi, apakah sebenarnya bon? Kami memperkenalkan bon dengan mengemukakan


beberapa soalan yang sering ditanya.

Anda mungkin juga menyukai