Anda di halaman 1dari 13

10 Perkara Penting Tentang Cukai Pendapatan Di

Malaysia
Jom Urus Duit > Penyucian > 10 Perkara Penting Tentang Cukai Pendapatan Di Malaysia

Di Malaysia, sistem taksiran sendiri digunakan untuk


mengira cukai pendapatan yang perlu dibayar.

Dalam sistem taksiran sendiri ini, setiap orang yang


memenuhi syarat perlu menyerahkan borang taksiran
secara atas talian melalui sistem e-filing kepada
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)

Apa yang perlu diisytiharkan dalam borang taksiran


tersebut adalah semua pendapatan bercukai, potongan
cukai, pelepasan cukai dan rebat cukai yang diperoleh
pada tahun sebelumnya.

Selepas semuanya diisytiharkan, pengiraan untuk cukai pendapatan akan dijana secara automatik.

Tempoh serahan borang dan pembayaran cukai bermula pada 1 Mac dan berakhir pada 30 April atau
30 Jun bergantung kepada jenis pendapatan yang diperoleh, dan taksiran dilakukan untuk tahun
sebelumnya (taksiran tahun 2015 dilakukan pada tahun 2016, taksiran tahun 2016 dilakukan pada
tahun 2017)

Bagi yang baru mula bekerja atau baru memenuhi syarat dikenakan cukai pendapatan, perlu
membuka fail dengan LHDN terlebih dahulu dengan mendaftar di e-daftar.

Selepas memuat naik salinan kad pengenalan dan disahkan LHDN, pemohon akan diberikan nombor
PIN untuk akses ke sistem e-filing.

Untuk langkah-langkah cara isi e-filing, boleh klik di sini: Panduan Lengkap Cara Isi e-Filing

Untuk lebih memahami berkenaan cukai pendapatan, 10 perkara yang berikut perlu diketahui:

1. Pendapatan Bercukai

Pendapatan bercukai adalah jumlah pendapatan tahunan individu yang layak dikenakan cukai.

Jumlah cukai yang perlu dibayar akan dikira ke atas pendapatan bercukai sahaja.

Buat masa sekarang, had pendapatan bercukai minimum (atau gaji minimum dikenakan cukai
pendapatan) adalah RM 34,000/tahun atau RM 2,834/bulan (selepas pemotongan KWSP), jadi
mereka yang mencapai jumlah pendapatan tahunan tersebut perlu membuka fail dan menyerahkan
borang taksiran kepada LHDN.

Pendapatan bercukai dikira dengan menjumlahkan semua pendapatan yang diperoleh (gaji, dividen,
hasil sewaan, royalti, ganjaran, hadiah) tolak pengecualian cukai, pelepasan cukai yang dibenarkan
dan potongan cukai.

pendapatan bercukai = jumlah pendapatan pengecualian cukai pelepasan cukai potongan


cukai

2. Pengecualian Cukai

Bertuahnya di Malaysia, bukan semua jenis pendapatan adalah pendapatan bercukai ataupun
dikenakan cukai.

Terdapat beberapa jenis pendapatan yang dikecualikan cukai, antaranya termasuklah kemudahan
perjalanan, manfaat kesihatan dan perubatan, bayaran gratuiti, pampasan, pencen, biasiswa,
bayaran persembahan kebudayaan, faedah, dividen, royalti, bayaran kepakaran, pendapatan hasil
kajian saintifik dan elaun perjalanan.

Namun, jumlah atau kadar pengecualian adalah berdasarkan syarat-syarat yang ditetapkan.

3. Potongan Cukai

Derma dan hadiah yang diberikan kepada badan-badan yang diiktiraf kerajaan dan memenuhi
syarat-syarat yang ditetapkan adalah dibenarkan potongan daripada pendapatan bercukai.

Buat masa sekarang, kadar potongan adalah 7% daripada jumlah pendapatan bercukai.

Contohnya, pendapatan bercukai tahunan adalah RM 55,000 dan jumlah derma/hadiah yang
disahkan adalah RM 2,500.

Maka, potongan cukai adalah sebanyak RM 3,850 (RM 55,000 x 7%), menjadikan jumlah
pendapatan bercukai sebanyak RM 51,150 (RM 55,000 RM 3,850)

Baca juga: 6 Persediaan Sebelum Mulakan Pelaburan

4. Pelepasan Cukai

Pelepasan cukai merujuk kepada perbelanjaan-perbelanjaan atau perkara-perkara yang dibenarkan


untuk ditolak daripada jumlah pendapatan tahunan supaya dapat mengurangkan pendapatan
bercukai.

Jenis perbelanjaan/perkara dan jumlah pelepasan adalah bergantung kepada dasar dan polisi yang
ditetapkan LHDN; ada yang kekal dan ada yang berubah setiap tahun.

Pelepasan cukai diberikan kebiasaannya untuk menggalakkan perbelanjaan-perbelanjaan tertentu


(seperti membeli buku dan peralatan sukan) dan mengurangkan beban-beban kewangan yang
ditanggung (seperti alimoni kepada pasangan, perbelanjaan perubatan ibubapa, yuran pendidikan)

Pelepasan cukai boleh mengurangkan pendapatan bercukai dan seterusnya mengurangkan kadar
cukai yang dikenakan.
Contohnya, bagi yang berpendapatan bercukai RM 84,300, kadar cukai adalah 10% jika langsung
tiada pelepasan cukai.

Tetapi, jika dikira pelepasan cukai individu (RM 9,000), caruman KWSP (RM 6,000) dan caruman
takaful perubatan (RM 2,000), jumlah pendapatan bercukai sekarang adalah RM 67,300 yang mana
kadar cukainya adalah 7% sahaja.

*Untuk senarai pelepasan cukai untuk digunakan semasa mengisi e-Filing bermula 01 Mac 2017, klik
di sini: Senarai Pelepasan Cukai Pendapatan 2016 Untuk e-Filing 2017

Contoh pengiraan pendapatan bercukai

Setelah mengisytiharkan semua pendapatan tahunan,


pengecualian, potongan dan pelepasan cukai, maka
pengiraan jumlah pendapatan bercukai boleh dilakukan.

Sebagai contoh, jumlah semua pendapatan tahunan Ali


adalah RM 84,300 (gaji = RM 60,000; dividen ASB =
RM 1,700; dividen Tabung Haji = RM 1,000; kerja lebih
masa = RM 12,000 & hasil sewaan = RM 9,600)
*dividen ASB dan TH adalah pendapatan dikecualikan
cukai

Ali juga mempunyai pelepasan individu (RM 9,000), caruman KWSP (RM 6,000) dan takaful
perubatan (RM 2,000) sebagai pelepasan cukai.

Jadi, pendapatan bercukai Ali adalah:

pendapatan bercukai = pendapatan tahunan pengecualian cukai pelepasan cukai = RM 84,300


RM 1,700 (ASB) RM 1,000 (TH) RM 9,000 (individu) RM 6,000 (KWSP) RM 2,000 (takaful)
= RM 64,600

Ali juga ada membuat derma kepada badan-badan diiktiraf sebanyak RM 5,000, maka beliau layak
menerima potongan cukai.

Maka, potongan cukai adalah sebanyak RM 4,522 (RM 64,600 x 7%), menjadikan jumlah pendapatan
bercukai Ali adalah sebanyak RM 60,078 (RM 64,600 RM 4,522)

5. Kadar Cukai

Kadar cukai adalah ditetapkan oleh kerajaan, dan sebarang perubahan kebiasaannya diumumkan
semasa pembentangan bajet negara pada Oktober setiap tahun.

Untuk tahun taksiran 2016, kadar cukai adalah seperti pada gambarajah (klik pada gambar untuk
lebih jelas):
Dapat dilihat bahawa kadar cukai adalah berkadar langsung dengan jumlah pendapatan bercukai;
semakin tinggi jumlah pendapatan bercukai, semakin tinggi kadar cukai dan seterusnya semakin
tinggi jumlah cukai perlu bayar.

Jadi, untuk mengurangkan jumlah cukai kena bayar, strateginya adalah dengan menggunakan
semaksimumnya pelepasan dan potongan cukai.

Krabi Resort

from RM178 RM417

ibis Styles Krabi Ao


Nang
from RM145 RM312

Aonang Villa Resort

from RM314 RM457

trivago Malaysia

Contoh pengiraan cukai pendapatan:

Untuk contoh kes Ali di atas, dengan pendapatan bercukai RM 60,078 (RM 50,000 + RM 10,078)

jumlah cukai = RM 2,000 (untuk RM 50,000 pertama) + RM 1,612.48 (16% x RM 10,078) = RM


3,612.48
6. Rebat Cukai

Rebat cukai adalah keistimewaan yang diberikan untuk mengurangkan jumlah cukai perlu bayar, dan
jumlahnya ditolak terus dari jumlah cukai perlu bayar, bukannya daripada jumlah pendapatan
bercukai.

Hanya dua sahaja rebat cukai yang diberikan; yang pertama adalah rebat suami/isteri (RM 400) bagi
individu yang mempunyai pendapatan bercukai kurang RM 35,000 dan yang kedua adalah bayaran
fitrah/zakat (mengikut jumlah yang dikeluarkan)

Dengan adanya rebat untuk fitrah/zakat, maka rakyat Malaysia yang beragama Islam tidak perlu
mengeluarkan dua kali bayaran berasingan untuk penyucian harta.

Dalam contoh Ali di atas, sekiranya beliau membayar zakat pendapatan sebanyak RM 1,200/tahun,
maka beliau layak mendapat rebat cukai sebanyak RM 1,200

Maka jumlah cukai yang perlu dibayar adalah RM 2,412.46 (RM 3,612.46 RM 1,200)

7. Potongan Cukai Berjadual (PCB)

Potongan Cukai Berjadual (PCB) adalah keadaan di mana majikan memotong sebahagian pendapatan
pekerja yang mana potongan ini adalah untuk cukai pendapatan tahun semasa.

Jumlah potongan adalah berdasarkan kepada data peribadi pekerja dan jadual pemotongan yang
dikeluarkan oleh LHDN.

Walaupun telah ada PCB, pekerja masih tetap perlu menyerahkan borang taksiran kepada LHDN
melalui e-filing kerana perlu mengisytiharkan pendapatan lain, potongan, pelepasan dan rebat cukai
yang ada.

PCB membantu untuk mengurangkan beban membayar cukai yang dikenakan secara sekaligus.

Sebagai contoh kes Ali di atas, sekiranya majikan beliau membuat PCB sebanyak RM 50/bulan, maka
jumlah PCB setahun Ali adalah RM 600.

Maka, jumlah cukai yang perlu dibayar adalah RM 1,812.46 (RM 2,412.46 RM 600)

Baca juga: Tips Kawal Belanja Untuk Elak Duit Bocor

8. Cara Bayar Cukai Pendapatan

Berikut merupakan beberapa cara untuk membayar cukai pendapatan:

i. Perkhidmatan FPX (Financial Process Exchange) melalui ByrHasil (https://byrhasil.hasil.gov.my/)

ii. Kad kredit/debit melalui ByrHasil (https://byrhasil.hasil.gov.my/)

iii. Kaunter agen-agen LHDN seperti Maybank, CIMB, Pos Malaysia


iv. Perbankan internet seperti Maybank2u, CIMB Clicks, MyBSN

v. Mesin-mesin ATM Public Bank, Maybank dan CIMB yang terpilih

vi. Tele-banking melalui telefon ke Maybank Berhad Kawanku Phone Banking (1-300-88-6688)

vii. Mesin Deposit Cek di Public Bank terpilih

Bagi mereka yang berada di luar negara, boleh menggunakan kemudahan Telegraphic Transfer
(TT)/Transfer Interbank Giro (IBG)/Electronic Fund Transfer (EFT) dan juga bank draft.

Bagi mereka yang tidak mampu membayar secara sekaligus, boleh memohon untuk membayar
secara ansuran.

Syaratnya, perlu menghantar surat permohonan kepada LHDN sebelum 30 April.

Jika tidak berjaya membayar cukai pendapatan yang dikenakan sebelum tarikh yang ditetapkan,
maka penalti lewat bayar akan dikenakan.

Penaltinya adalah 10% daripada baki jumlah yang tidak dibayar dan jika bayaran masih belum
diterima sehingga 60 hari, tambahan 5% akan dikenakan.

Contohnya, lewat bayar cukai sebanyak RM 700.

Penalti pertama adalah RM 70 (10% x RM 700), menjadikan jumlah perlu bayar adalah RM 770.

Jika masih belum bayar sehingga 60 hari, maka tambahan penalti adalah RM 38.50 (5% x RM 770),
menjadikan jumlah perlu bayar adalah RM 808.50

Walaubagaimanapun, rayuan masih boleh dilakukan untuk mengurangkan penalti yang dikenakan
dengan menghantar surat rayuan dalam masa 30 hari notis penalti dikeluarkan.

9. Bayaran Balik Cukai Pendapatan

Berlaku juga situasi yang mana LHDN perlu membuat


bayaran balik cukai pendapatan kerana jumlah cukai
yang dikutip melalui PCB melebihi jumlah cukai perlu
bayar.

Contohnya dalam situasi Ali di atas, katakanlah PCB


yang dibuat adalah RM 250/bulan, maka jumlah PCB
adalah RM 3,000 sedangkan jumlah cukai perlu bayar
hanyalah RM 2,412.46.

Maka terdapat lebihan sebanyak RM 587.54

Lebihan ini akan dipulangkan oleh LHDN ke akaun yang diberikan oleh Ali semasa mengisi borang
taksiran, atau melalui baucer khas yang boleh ditunaikan di CIMB atau CIMB Islamic sahaja.
10. Tanggungjawab Individu

Selain menyerahkan borang taksiran dan membayar cukai yang dikenakan, setiap individu juga
bertanggungjawab untuk:

i. Mengisytiharkan semua pendapatan, potongan, pelepasan dan rebat cukai dengan jujur dan betul

ii. Menyimpan semua dokumen (salinan borang taksiran, resit-resit perbelanjaan untuk potongan,
pelepasan dan rebat cukai, sijil perkahwinan, sijil perakuan doktor dan lain-lain) untuk tempoh 7
tahun daripada tahun taksiran

iii. Bersedia untuk diaudit oleh LHDN; LHDN berhak meminta anda untuk menghantar bukti-bukti
resit dan sijil yang diisytiharkan dalam borang taksiran

Itulah sahaja 10 perkara penting berkenaan cukai pendapatan yang perlu diketahui.

Membayar cukai adalah cara untuk kita menyumbang kepada pendapatan negara, seterusnya kepada
kemakmuran dan kesejahteraan kita semua.

Jadi, sebaik-baiknya janganlah mengelak atau lari daripada membayar cukai.

Untuk makluman lanjut berkenaan cukai pendapatan, boleh rujuk di laman web LHDN di
http://www.hasil.gov.my/

Baca juga: Ebook Pengurusan Kewangan Peribadi Percuma

Artikel-artikel lain:

Liberalisasi Insurans 8 Teknik Senarai Pelepasan Panduan Affiliate Simple


Takaful Kenderaan: Apa Pembiayaan/Pinjaman Cukai Pendapatan 2016 Tapi Power: Rahsia
Yang Berlaku? ASB (Loan ASB) Untuk e-Filing 2017 Buat Duit Dengan
Supaya Untung Affiliate
Berganda II

Panduan Affiliate Simple


5 Cara Menyimpan Duit 7 Sebab Utama Wajib 3 Teknik
Pasti Jadi Ada Insurans/Takaful Pembiayaan/Pinjaman
Sebagai Perlindungan ASB (Loan ASB) Yang
Paling Popular

Tips Urus Wang 5 Perkara Berkaitan Skim KWSP vs Skim 10 Peluang Pelaburan
Graduan Muda Supaya Teknik Loan ASB Yang Pencen: Yang Mana di Malaysia
Cerah Masa Depan Perlu Diberi Perhatian Lebih Baik?

Kisah Harta Wakaf 10 Sebab Digalakkan 19 Tips Langgan Ebook Pengurusan


Saidina Uthman ibn Simpan Duit Dalam Perlindungan Insurans Kewangan Peribadi
Affan Tabung Haji Takaful Percuma

Ads by Shareaholic

Kongsikan artikel ini:

Share 77 Tweet Email WhatsApp Telegram Print


Previous post Next post

21 Comments

azhar July 6, 2017 at 5:58 pm

tuan saya ingin bertanya.. kalau macam saya, saya adalah seorang peniaga kecil2an. pendapatan lebih kurang rm 900
sebulan dan tak tetap setiap bulan,hasil jualan pun kadang tidak melebihi rm 1500 sebulan.

1)kalau diikutkan saya tak dikenakan cukai sbb pendapatan tahunan tak melebihi rm34k kan?

2) jadi adakah saya perlu mengisi juga borang cukai atau biarkan saja tanpa isi efilling?

izzuddinjaaffar (Post author) July 7, 2017 at 12:41 am

Terima kasih kerana sudi singgah di sini

Untuk soalan #1, ya, oleh kerana pendapatan Tuan tidak melebihi pendapatan minimum, jadi tak dikenakan
cukai pendapatan.

Untuk soalan #2, ikutkan pengalaman saya semasa awal-awal bekerja dulu, semasa saya ke LHDN,
pegawai di situ bertanya berapa pendapatan saya. Oleh kerana pada masa tersebut gaji saya masih belum
mencapai pendapatan minimum, maka pegawai memaklumkan yang saya tak perlu isi borang atau efiling
pun.

Untuk situasi Tuan, samalah seperti saya dulu. Oleh kerana tak capai pendapatan minimum, maka tak
perlulah isi borang atau efiling.

Tetapi, oleh kerana Tuan menjalankan perniagaan, walaupun tidak layak dikenakan cukai, amat digalakkan
untuk mengistiharkan pendapatan dengan LHDN. Pastikan perniagaan Tuan adalah perniagaan yang
berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

Dengan membuat pengisytiharan pendapatan perniagaan kepada LHDN, akan membantu untuk
kembangkan lagi perniagaan Tuan pada masa akan datang, seperti nak memohon pembiayaan/pinjaman
bank.

Harap jawapan yang diberikan dapat membantu Tuan

Azhar July 7, 2017 at 6:14 am

terima kasih sudi menjawab pertanyaan saya tuan.. amat jelas sekali dgn jawapan yg diberikan utk
soalan 1 & 2 diatas..

cuma ada sikit lagi soalan tambahan.. kalau tak keberatan, harap dpt jawapan dari tuan..

1) perniagaan saya sudah didaftar dgn SSM pada April 2017 yg lalu. Disebabkan pemahaman saya,
cukai hasil dibuat pada thun ini adalah berdasarkan tahun lepas 2016. Jadi saya tak mendaftar
lagilah dengan lhdn. Oleh disebabkan bisnes saya baru beroperasi 4 bulan, maka pada pendapat
saya, cukai untuk tahun ini akan dikira pada tahun hadapan 2018. jadi saya bercadang untuk daftar
lhdn pada tahun hadapan sahaja. adakah betul cara saya ni tuan? atau blh saja daftar lhdn pada
bila2 masa?

2) bagaimana cara betul mengira pendapatan dari perniagaan utk lhdn? adakah dari jumlah hasil
jualan terkumpul setahun atau jumlah gaji yang saya sendiri tetapkan yang dipotong daripada hasil
jualan sebulan?

izzuddinjaaffar (Post author) July 7, 2017 at 1:20 pm

Terima kasih atas maklumbalas.

1. Ya, boleh daftar pada tahun depan. Tetapi, kalau nak pergi ke LHDN sekarang
pun tiada masalah. Boleh dapatkan khidmat nasihat daripada pegawai LHDN
terlebih dahulu untuk persediaan awal.
2. Untuk perniagaan, lebih baik buat pengiraan cukai berdasarkan pendapatan-
perbelanjaan daripada perniagaan tertansebut. Maksudnya, Tuan kena buat
penyata akaun untuk bisnes Tuan; rekodkan segala pendapatan (duit masuk) dan
perbelanjaan (duit keluar). Simpan semua penyata, resit atau invois berkaitan.
Nanti, perbelanjaan-perbelanjaan tersebut boleh dikira sebagai kos perniagaan dan
ditolak daripada pengiraan cukai. Boleh jimatkan cukai. Kalau buat ikut kiraan gaji
individu, cara kiranya seperti orang lain yang makan gajilah. Apa-apa pun, saya
sarankan Tuan dapatkan maklumat daripada LHDN sendiri.

wan fasihah wan shafie July 22, 2017 at 9:58 am

Salam sy ingin bertanya knp cukai bulanan sy berubah sedangkan gaji sy tiada kenaikan pun

izzuddinjaaffar (Post author) July 22, 2017 at 1:16 pm

Terima kasih kerana sudi singgah di sini


Untuk makluman, jumlah Potongan Cukai Bulanan (PCB) bukan sahaja dipengaruhi oleh jumlah gaji, tetapi
juga faktor-faktor lain seperti kadar cukai, status perkahwinan dan jumlah anak.

Untuk tahu kenapa PCB Cik Puan berubah, perlu tanya kepada jabatan/bahagian/kakitangan yang
menguruskan hal gaji Cik Puan.

Terima kasih.

syahira ghazali August 7, 2017 at 3:48 am

saya baru tau pasal cukai ni n x berapa faham n x amek tau, skang bila gaji da lebih baru nk amek tau.i think my first
action is to go to lhdn n amek no pin kan tp saya baca kena b4 july is it consider yg sy da lewat n hv to pay 700+ to lhdn?
anyway good info about cukai. tq.

izzuddinjaaffar (Post author) August 7, 2017 at 12:19 pm

Terima kasih kerana sudi singgah di blog ini.

Dalam pengurusan kewangan peribadi, cukai juga adalah elemen penting yang perlu diberi perhatian.

Untuk makluman saudari, bayaran cukai tahun ini adalah untuk pendapatan tahun lepas, 2016. Jadi, jika
pendapatan saudari pada tahun lepas adalah melebihi had minimum cukai pendapatan, maka diglakkan
pergi ke LHDN segera untuk selesaikan cukai yang dikenakan ke atas pendapatan tahun lepas.

Tetapi, jika pendapatan saudari baru sahaja melepasi had minimum pada tahun ini, jadi boleh sahaja
tunggu sehingga Mac tahun 2018 untuk isytiharkan pendapatan dan isi e-filing.

Alim August 16, 2017 at 1:22 am

Sekiranya gaji rendah dari kelayakan minimu yg kene cukai perlu isi borang lagi kan.

izzuddinjaaffar (Post author) August 17, 2017 at 7:35 am

Terima kasih kerana sudi singgah di sini.

Tak perlu pun sebenarnya. Kalau ke LHDN pun, biasanya mereka akan tanya berapa gaji tahunan dan
kalau gaji tahunan kurang daripada kelayakan minimum, tak perlu isi borang pun tidak mengapa.

Tetapi, kalau tetap nak isi juga, tiada masalah. Cuma tiada cukai yang dikenakan.

King August 20, 2017 at 4:15 am

Nk tanya..contoh la kalu gaji rm2000 tp dlm bank ada rm200.000..mksd sya duit rm200.000 tu dtgnya dari kena loteri..no
ekor katakn..kena cukai ka?
izzuddinjaaffar (Post author) August 23, 2017 at 1:09 pm

Terima kasih kerana sudi singgah di sini.

Setahu saya, hadiah loteri (yang sah, bukan judi yang tak sah di sisi undang-undang) juga dikira sebagai
pendapatan. Jadi, perlu diisytiharkan dan dibayar cukai.

Apa-apa pun, boleh tanya pada LHDN.

Miko Chang August 29, 2017 at 2:16 am

Sekiranya kalau bank ada melebihi 200k, i akan kena cukai kah?

ASLIZA August 23, 2017 at 4:24 am

sy hendak bertanya, mengikut pendapatan bulanan, saya memang layak dikenakan potongan cukai, tetapi sehingga kini
tiada rekod potongan cukai dikenakan dalam slip gaji saya, berbeza dengan kawan yang sama2 masuk kerja dan menerima
gaji yang sama telah dikenakan pemotongan cukai bulanan. kenapa ye? adakah disebabkan saya telah membuat potongan
gaji untuk zakat?. jika dilihat potongan zakat saya adalah lebih tinggi dari potongan cukai yang dikenakan oleh kawan saya
dan saya setiap tahun tidak lupa untuk mengemaskini e-filling.

izzuddinjaaffar (Post author) August 23, 2017 at 1:24 pm

Terima kasih kerana sudi singgah di sini.

Saudari perlu bertanya kepada unit/jabatan yang menguruskan gaji di tempat kerja saudari. Mungkin
mereka telah menyesuaikan gaji saudari dengan zakat yang dibayar, jadi tidak perlulah PCB.

Ini saya ambil kenyataan daripada laman web LHDN:


Sekiranya terdapat pekerja yang membuat bayaran zakat melalui potongan gaji kepada pihak berkuasa
agama Islam, majikan boleh membuat penyesuaian kepada PCB yang harus dipotong setelah melihat bukti
tentang bayaran zakat tersebut.

Boleh baca di sini.

Jangan risau tiada PCB dalam slip gaji. Yang penting, setiap tahun, e-filing diisi dan dihantar sebelum tarikh
tutup

wong chew yen August 23, 2017 at 7:36 am

selamat petang, sy ada 1 soalan.


Adakah rakyat malaysia yang bekerja di luar negeri perlu bayar cukai pendapatan di Malaysia?

(Post author)
izzuddinjaaffar August 23, 2017 at 12:54 pm

Selamat petang. Terima kasih kerana sudi singgah di sini.

Setahu saya, tidak perlu.

Untuk lebih maklumat, boleh baca di sini.

Miko Chang August 29, 2017 at 2:47 am

sekiranya gajiku rm 2400 tetapi dlm bank ada 1M, kena cukai ka?

izzuddinjaaffar (Post author) August 29, 2017 at 12:19 pm

Terima kasih kerana sudi singgah di sini.

Tetapi maaf, saya tak dapat beri jawapan kerana tidak tahu dengan jelas sumber pendapatan dan duit 1M
dalam bank tersebut.

Digalakkan untuk berkunjung ke mana-mana cawangan LHDN dengan membawa semua dokumen
berkaitan dan bertanya kepada pegawai di sana.

Terima kasih.

adam September 1, 2017 at 1:07 am

salam
saya menjalakan perniagaan enterprise.
keuntungan bersih sy pada tahun ini ialah 500k.. dan semua keuntungan tersebut sy simpan di ASB..

soalan saya adakah Akuan ASB saya akan dikena cukai

izzuddinjaaffar (Post author) September 3, 2017 at 2:09 am

Waalaikummussalam. Terima kasih kerana sudi singgah di sini.

Akaun ASB Tuan tidak dikenakan cukai. Tetapi, hasil pendapatan daripada perniagaan Tuan yang perlu
dikenakan cukai, walaupun disimpan dalam ASB. Jika Tuan tidak membayar cukai atas hasil perniagaan
Tuan, nasihat saya, sila berkunjung ke LHDN terdekat untuk isytiharkan pendapatan tersebut.

Setahu saya juga, jika pendapatan perniagaan melebihi RM 500k setahun, perniagaan Tuan juga perlu
kenakan GST. Jika Tuan masih belum lakukannya, boleh dapatkan nasihat daripada Jabatan Kastam.

Terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai