Anda di halaman 1dari 33

GMGF 2033

DASAR & ANALISIS


FISKAL
BAB 6
JENIS-JENIS CUKAI
Objektif Modul

Mengenalpasti beberapa jenis cukai yang


dikenakan oleh kerajaan.
Melihat kesan cukai-cukai berkenaan ke atas
pembayar cukai.
Mengetahui teknik pengiraan cukai
pendapatan individu dan syarikat.
Pengenalan
Kerajaan mengenakan cukai untuk rakyat dan
bukan rakyat.
Cukai-cukai yang dikenakan membantu
kerajaan untuk merangsang pertumbuhan
ekonomi negara di samping memberikan
faedah kepada rakyat.
Antara cukai yang dikenakan seperti cukai
pendapatan, cukai penggunaan, cukai harta,
dan juga dikenakan ke atas pembelian barang
seperti cukai jualan, cukai eksais, cukai
perkhidmatan dan cukai import.
Cukai Pendapatan
Individu
Cukai pendapatan merujuk kepada cukai
yang dikenakan kerajaan ke atas semua jenis
pendapatan yang melebihi suatu jumlah
tertentu.
Boleh dikenakan ke atas individu dan syarikat
perniagaan.
Cukai pendapatan ditaksir dengan
mengambilkira jumlah pendapatan yang
diterima individu dan ciri-ciri individu itu
sendiri.
Cukai Pendapatan
Individu (Samb)
Ciri-ciri individu akan menentukan bentuk-
bentuk pelepasan yang diperolehi.
Seksyen 3 Akta Cukai Pendapatan 1967,
suatu cukai yang dikenali sebagai cukai
pendapatan dikenakan bagi setiap tahun
taksiran ke atas semua jenis pendapatan
terakru dalam Malaysia atau diterima dari
luar Malaysia.
Jenis Pendapatan Dicukai
Seksyen 4 Akta Cukai Pendapatan 1967
merujuk pendapatan termasuklah perolehan
atau keuntungan dari sesuatu perniagaan,
perolehan atau keuntungan dari sesuatu
pekerjaan, dividen, faedah atau diskaun,
sewaan, royalti atau premium, pencen, anuiti
atau bayaran berkala lain dan lain-lain
perolehan atau keuntungan yang tidak
dinyatakan di atas.
Pendapatan Penggajian
Upah
Gaji
Komisen
Bonus
Elaun
Ganjaran
Manfaat bukan tunai
Pendapatan Penggajian
(Samb)
Tempoh asas bagi pengiraan cukai adalah
setahun berakhir 31 Disember.
Pembayar cukai perlu isi borang retan cukai
dan serahkan dokumen tersebut sebagai
bukti.
Pendapatan penggajian boleh ditaksir secara
bersama atau secara berasingan.
Pasangan suami isteri yang memilih taksiran
bersama, si suami layak dapat potongan isteri
sebanyak RM3000.
Sistem Taksiran
Berasingan ke atas Suami
Isteri
Pelepasan Individu RM8000 untuk isteri

Pelepasan premium insurans nyawa dan


caruman KWSP atau Kumpulan Wang Pencen
sebanyak RM5000.
Suami tidak layak pelepasan isteri sebanyak
RM3000.
Isteri layak tuntut pelepasan perbelanjaan
rawatan ibu bapa sehingga RM5000
Sistem Taksiran
Berasingan ke atas Suami
Isterilayak
Isteri
(Samb)
dapat pelepasan sehingga
RM5000 untuk pembelian alat sokongan asas
hilang upaya untuk diri sendiri, anak atau ibu
bapa.
Isteri layak terima potongan rebat sebanyak
RM350, jika pendapatan bercukai tidak
melebihi RM35000.
Pelepasan anak-anak boleh dikongsi bersama
antara suami isteri.
Pendapatan Dikecualikan
Cukai
Diperuntukkan dalam Jadual 6 di bawah
Seksyen 127 ACP 1967 memperuntukkan 34
jenis pendapatan yang dikecualikan cukai.
Untuk cukai pendapatan individu, pendapatan
berikut adalah dikecualikan cukai:-
i. Pendapatan penggajian pelawat jangka
pendek
ii. Pencen
iii. Ganjaran Persaraan
iv. Pampasan kerana hilang pekerjaan
V. Faedah
Pelepasan Cukai
Pendapatan Individu
Tahun Taksiran 2001
Sila Rujuk Muka Surat 109 Modul Dasar
Fiskal.
Contoh Pengiraan Cukai
Pendapatan
Contoh 1: Encik Ali telah menerima
pendapatan bagi tahun berakhir 31 Disember
2000 seperti berikut:-
Gaji dan Bonus RM 24000
Sewa Bersih RM 5000
Dividen RM 1300
(Cukai sebanyak RM670 telah dibayar)
KWSP RM 2000
Derma badan diluluskan RM 500
Zakat/Fitrah RM 100
Contoh Pengiraan Cukai
Pendapatan
Isteri Encik Ali tidak bekerja dan tiada
pendapatan. Mereka mempunyai 7 orang
anak. Anak pertama berumur 21 tahun
sedang menuntut di UUM. Anak kedua
menuntut di University Washington mulai
Januari 2000. anak ketiga berumur 17 tahun
tetapi telah berkahwin dan lain-lain berumur
di bawah 16 tahun dan masih menuntut di
sekolah menengah dan rendah. Kirakan cukai
pendapatan Encik Ali menggunakan kadar
cukai dalam jadual berikut:-
Kadar Cukai Pendapatan
Individu Tahun Taksiran 2000
Pendapatan Boleh Cukai (RM) Kadar Cukai (%)
1-2,500 0
2,501 5,000 1
5,001 10,000 3
10,001 20,000 5
20,001 35,000 9
35,001 50,000 15
50,001 70,000 20
70,001 100,000 25
100,001 150,000 28
> 150,000 29
Penyelesaian
Jumlah Pendapatan = Gaji dan Bonus
(RM24,000) + Sewa Bersih (RM5,000) +
Dividen (RM1,300)
Jumlah Pendapatan = RM 30,300
Pendapatan Terkumpul = RM30,300 Derma
(RM500)
Pendapatan Terkumpul = RM 29,800
Pelepasan Cukai = Diri (RM8,000) + Isteri
(RM3,000) + Anak Kedua (RM800) + Anak
Keempat hingga Ketujuh (RM3,200) + KWSP
(RM2,000)
Penyelesaian
Pelepasan Cukai = RM 20,200
Pendapatan Boleh Cukai = RM 29,800 RM
20,200
Pendapatan Boleh Cukai = RM 9,600
Cukai ke atas pendapatan boleh cukai =
RM165
Tolak Rebet (RM350) Zakat (RM100)
Dividen (RM670)
Jumlah Cukai perlu dibayar = RM 0
Cukai Pendapatan
Syarikat
Perniagaan komersial terbahagi kepada
perseorangan, usahasama dan syarikat.
milik

Syarikat mempunyai beberapa keistimewaan:-


i. Berpeluang kumpul modal yang banyak
ii. Pemilik dapat hadkan liabiliti berdasarkan modal
yang dilaburkan
iii. Jangka hayat syarikat
iv. Pindah milik saham atau penjualan dibuat dengan
mudah
v. Pemilik mempunyai darjah kecairan modal yang
tinggi.
Mengukur Pendapatan
Syarikat
Boleh dibuat dengan mengambilkira kos dan
perbelanjaan dan ditolak dari pendapatan syarikat.
Pengiraan inventori atau stok penting dalam
menentukan liabiliti cukai sesebuah syarikat.
Pendapatan syarikat dikira setelah menolak kos
barang dijual dengan jumlah jualan.
Pengiraan inventori syarikat dibuat dengan
menggunakan kaedah FIFO dan LIFO.
Kaedah FIFO merupakan satu kaedah di mana
pengiraan inventori akhir berdasarkan harga barang
yang dibeli pada akhir tempoh.
Mengukur Pendapatan
Syarikat
Kaedah LIFO menggunakan harga belian di
awal tempoh untuk menentukan harga
inventori akhir.
Contoh:
Tarikh Penerangan Unit Kos Unit Jumlah
1/1 Inventori Awal 100 RM 10 RM1000
15/5 Belian 200 RM 11 RM 2200
30/11 Belian 200 RM 12 RM 2400

Jumlah 500 RM 5600


Kaedah FIFO
Pengiraan Inventori Akhir
30/11 200 X RM 12 = RM 2400
15/5 50 X RM 11 = 550
Jumlah Inventori Akhir = RM 2950

Kos Barang Untuk Dijual = RM 5600


- Inventori Akhir = (RM 2950)
Kos Barangan Dijual = RM 2650
@
1 /1 100 X RM 10 = RM 1000
15/5 150 X RM 11 = RM 1650
Kos Barangan Dijual = RM 2650
Kaedah LIFO
Pengiraan Inventori Akhir
1/1 100 X RM 10 = RM 1000
15/5 150 X RM 11 = 1650
Jumlah Inventori Akhir = RM 2650

Kos Barang Untuk Dijual = RM 5600


- Inventori Akhir = (RM 2650)
Kos Barangan Dijual = RM 2950
@
30 1/1 200 X RM 12 = RM 2400
15/5 50 X RM 11 = RM 550
Kos Barangan Dijual = RM 2950
Mengukur Pendapatan
Syarikat
Kaedah LIFO menyebabkan kos barang

dijual lebih mahal berbanding FIFO.


Kesannya, pendapatan boleh cukai syarikat
menjadi lebih rendah.
Semasa inflasi, syarikat akan dapat
kelebihan cukai jika guna kaedah LIFO
kerana liabiliti cukai rendah.
Di kala berlaku kejatuhan harga, kaedah
FIFO lebih menguntungkan dari segi
pembayaran cukai lebih rendah.
Mengukur Pendapatan
Syarikat
Adakalanya syarikat guna kaedah FIFO di
waktu inflasi walaupun liabiliti cukainya lebih
tinggi. Ini kerana penggunaan FIFO
menyebabkan pendapatan syarikat lebih
tinggi dan ia menyebabkan keyakinan
pelabur mengenai kedudukan syarikat
tersebut meningkat.
Pengiraan susutnilai juga penting dalam
menentukan liabiliti cukai syarikat. Kos
pelaburan syarikat perlu diambilkira dalam
menentukan pendapatan bersih syarikat.
Mengukur Pendapatan
Syarikat
Terdapat beberapa kaedah dalam mengira
sustnilai syarikat iaitu kaedah garis lurus (straight
line method), garis lurus berganda, baki
berkurangan dan sum of the years digits.
Kaedah sum of the years digit membenarkan
potongan susutnilai yang lebih tinggi diberi di
awal usia guna pelaburan berkenaan dan jumlah
potongan akan semakin berkurangan sepanjang
tempoh tersebut.
Oleh demikian, liabiliti cukai perlu ditanggung
oleh syarikat lebih rendah di awal tempoh
pelaburan dan semakin tinggi di tahun berikutnya
Kaedah Garis Lurus
Tahun Susutnilai Untung Bayaran Untung Aliran
Sebelum Cukai Selepas Tunai
Cukai Cukai

1 RM 90000 210000 58800 151200 241200


2 90000 210000 58800 51200 241200
3 90000 210000 58800 51200 241200
4 90000 210000 58800 151200 241200
5 90000 210000 58800 151200 241200
Kaedah Sum Of The Years
DigitSusutnilai Sebelum
Tahun Untung Bayaran Untung
Cukai Selepas
Aliran
Tunai
Cukai Cukai

1 RM 150000 150000 42000 108000 258000


2 120000 180000 50400 29600 249600
3 90000 210000 58800 151200 241200
4 60000 240000 67200 172800 232800
5 30000 270000 75600 194400 224400
Cukai Jualan
Merujuk kepada cukai penggunaan dan
mendatangkan hasil kepada kerajaan.
Kritikan terhadap sesetengah golongan
terhadap kategori cukai ini disebabkan cukai
ini meningkatkan harga dan beban amat
dirasai melalui penggunaan barang yang
dibeli.
Tanggungan beban cukai ini mungkin lebih
tinggi kepada golongan miskin berbanding
golongan kaya.
Cukai Jualan
Beban cukai jualan meningkat dengan
peningkatan saiz isi rumah.
Peningkatan dalam penggunaan
menyebabkan bayaran bagi tujuan cukai
jualan meningkat.
Bagi mengurangkan kesan regresif, kerajaan
lazimnya akan mengecualikan beberapa
barangan keperluan daripada cukai ini.
Duti Eksport
Cukai jenis ini jarang dikenakan ke atas
barang siap sebaliknya dikenakan ke atas
barang mentah atau separuh siap.
Bertujuan mengurangkan eksport barangan
jenis ini dan menggalakkan supaya ianya
diproses dalam negara sehingga menjadi
barangan siap yang mempunyai nilai tambah
yang tinggi.
Pendapatan dari eksport barangan siap lebih
lumayan berbanding eksport barang mentah
atau separuh siap.
Duti Import
Dikenali juga sebagai duti kastam atau cukai
import.
Merujuk kepada cukai eksais kerana
dikenakan secara terpilih ke atas barangan
yang diimport oleh sebuah negara.
Kerajaan mengharapkan apabila harga
barangan import lebih mahal kesan cukai ini
akan membuat pengguna tempatan beralih
kepada barang tempatan yang sama jenis.
Cukai Harta
Merupakan cukai yang dikenakan ke atas
harta seperti tanah, bangunan, kenderaan,
jentera atau bon.
Merupakan hasil penting kepada kerajaan
negeri dan kerajaan tempatan.
Bagi kerajaan tempatan, hasil cukai taksiran
atau cukai pintu merupakan hasil terpenting.
Kerajaan negeri dan kerajaan tempatan telah
menyediakan perkhidmatan seperti jalan,
lampu jalan, sistem pembentungan dan
sebagainya.

Anda mungkin juga menyukai