Anda di halaman 1dari 13

GMGF 2O33

DASAR DAN ANALISIS


FISKAL
BAB 3
PERKEMBANGAN SAIZ
SEKTOR AWAM
Objektif Bab 3
Menilai saiz sektor awam.
Mengkaji perkembangan sektor
awam di Malaysia.
Memahami beberapa hipotesis
mengenai perkembangan sektor
awam di dunia.
Pengenalan
Peranan sektor awam dalam
memperkukuhkan kedudukan ekonomi dan
sosial sesebuah negara tidak dapat
dinafikan.
Sektor awam sediakan banyak barang dan
perkhidmatan di samping mempengaruhi
tingkahlaku dan pembuatan keputusan kita
sebagai individu atau organisasi.
Persoalannya, sejauh mana sektor awam
telah berkembang atau berubah dalam suatu
jangka masa tertentu. Adakah sektor awam
kini terlalu besar atau kecil? Bagaimanakah
kita dapat mengukur saiz sektor awam?
Pengaruh sektor awam boleh dilihat melalui
program-program perbelanjaan dan
pinjaman, undang-undang pencukaian,
peraturan-peraturan ke atas pengguna dan
firma perniagaan serta program kredit dan
insurans kerajaan.
Pengenalan
Mengukur saiz sektor awam bukan
sesuatu yang mudah dilakukan kerana
pengaruh sektor awam yang sentiasa
berubah-ubah dan kehidupan kita yang
sering bertambah.
Antara ukuran yang biasa digunakan
adalah seperti berikut:-
1. Polisi-polisi perbelanjaan
2. Pembahagian Perbelanjaan Awam
3.Pembiayaan Aktiviti Sektor Awam
4.Guna Tenaga Sektor Awam
5. Program-program Kredit dan Insurans
6. Sektor Awam di Negara Maju
Hipotesis Pertumbuhan
Sektor Awam
Beberapa hipotesis mengenai
pertumbuhan sektor awam telah dibuat
oleh pengkaji ekonomi sektor awam.
Walaubagaimanapun, pendapat ini masih
diperdebatkan. Antaranya adalah:-
Hukum Wagner
Hukum Engel
Model Pertumbuhan Tidak Seimbang
Baumol
Hipotesis Peacock-Wiseman
Pertambahan Penduduk dan Kesesakan
Teori Pilihan Awam
Hukum Wagner
Adolf Wagner berpendapat peranan sektor
awam adalah mewujudkan kesejahteraan
kepada masyarakat secara keseluruhan.
Beliau tidak setuju dengan sistem ekonomi
laissez-faire yang dilihatnya sebagai
mengutamakan pemodal semata-mata.
Beliau percaya walaupun peranan sektor awam
tidak perlu melibatkan semua aspek kehidupan
masyarakat, ada beberapa perkara yang tidak
dapat dielakkan ditunaikan oleh kerajaan.
Wagner mengutarakan hukum peningkatan
sektor awam. Hukum ini menyatakan apabila
ekonomi berkembang pesat, maka terdapat
tekanan dari masyarakat meningkatkan
kemajuan sosial. Oleh itu, sektor awam perlu
tingkatkan aktiviti bagi memenuhi keperluan
dan kehendak semasa masyarakat.
Hukum Engel
Ernst Engel telah mendapati bahawa
terdapat hubungan antara corak
perbelanjaan dengan pendapatan isi rumah.
Semakin tinggi pendapatan maka semakin
kecil peratusan perbelanjaan bagi barangan
keperluan sara hidup. Di peringkat
pendapatan sara hidup, seseorang lebih
memerlukan makanan, pakaian dan tempat
tinggal.
Apabila tingkat pendapatan sara hidup telah
dilepasi, maka permintaan untuk keperluan
seperti kemudahan kesihatan, pendidikan,
jalanraya dan perkhidmatan lain yang
disediakan sektor awam akan bertambah.
Permintaan untuk barang swasta juga akan
turut meningkat selepas pendapatan sara
hidup.
Hukum Engel
Bagi kebanyakan barangan, peningkatan
pendapatan akan meningkatkan
permintaan bagi barang berkenaan.
Kajian Thomas mendapati keanjalan
pendapatan barangan awam adalah lebih
rendah berbanding barangan swasta.
Begitu juga beliau telah mendapati
keanjalan harga bagi barangan awam
adalah kurang anjal.
Ini menunjukkan ketidakanjalan barangan
awam menyumbang kepada pendapat
Engel dan Wagner bahawa peningkatan
perbelanjaan sektor awam akan
berterusan.
Model Pertumbuhan
Baumol
Model yang dibangunkan oleh William Baumol
merupakan satu model pertumbuhan tidak
seimbang menjelaskan kepada kita sebab-
sebab perbelanjaan sektor awam cenderung
untuk meningkat.
Menggunakan andaian aktiviti ekonomi yang
menggunakan teknologi bagi meningkatkan
produktiviti dan aktiviti yang tidak dapat
menggunakan teknologi secara progresif.
Berpendapat produktiviti sektor awam rendah
berbanding sektor swasta disebabkan
perkhidmatan kerajaan bersifat intensif
buruh.
Dalam sektor swasta, apabila produktiviti
meningkat, upah dapat ditingkatkan tanpa
memerlukan harga barangan meningkat.
Kerajaan perlu bayar upah yang tidak terlalu
jauh berbeza dengan apa yang dibayar sektor
swasta.
Model Pertumbuhan
Baumol
Ini menyebabkan kos barangan
dikeluarkan oleh sektor awam meningkat
berbanding dengan kos barangan sektor
swasta.
Ini menyebabkan perbelanjaan sektor
awam meningkat.
Perbezaan produktiviti dan kenajalan
harga yang rendah bagi barangan awam
dapat menjelaskan kenapa Wagner yakin
saiz sektor awam cenderung untuk
meningkat.
Hipotesis Peacock-
Wiseman
Alan Peacock dan Jack Wiseman telah
membuat kajian mengenai peningkatan
perbelanjaan awam di England.
Mereka telah mendapati peningkatan
aktiviti sektor awam bukan berlaku secara
linear dan berterusan.
Ia mengalami keadaan menaik secara
bertingkat-tingkat. Kenaikan akan berlaku
bagi tempoh peperangan atau persediaan
menghadapi peperangan dan kemudian
mendatar sehingga berlaku peperangan
atau ancaman peperangan lain.
Dengan lain perkataan, kekacauan atau
gangguan sosial merupakan alasan kepada
pertumbuhan perbelanjaan sektor awam di
England.
Pertambahan Penduduk dan
Kesesakan
Saiz penduduk dalam sesebuah negara
mempengaruhi permintaan terhadap
barangan dan perkhidmatan yang
disediakan oleh sektor awam.
Pertambahan jumlah penduduk di
sesebuah negara akan menyebabkan
tumpuan penduduk berlaku.
Pertambahan penduduk dan penumpuan
penduduk akan menyebabkan
peningkatak dalam tindakan dan aktiviti
kerajaan.
Teori Pilihan Awam
Memandangkan ciri tiada pengasingan yang
wujud dalam barangan awam, maka penyediaan
barangan ini melalui mekanisme pasarawan
swasta tidak dilakukan dengan cekap.
Apabila harga tidak dapat ditentukan oleh
mekanisme pasaran swasta, pembayaran
barangan awam perlu dilakukan secara
berasingan dari penerima faedah.
Maka penyediaan perlu dilakukan melalui proses
keputusan awam. Ini menyebabkan hubungan di
antara harga barangan awam dan faedah
dinikmati tidak dapat ditunjukkan secara
langsung.
Keputusan perbelanjaan awam selalunya bebas
dari keputusan mencukai.
Walaubagaimanapun, peningkatan perbelanjaan
awam akan membawa kepada peningkatan cukai
dibayar.

Anda mungkin juga menyukai