Anda di halaman 1dari 24

BAB 3 SIFAT-SIFAT PERIBADI PEMIMPIN

PENGENALAN
pemimpin haruslah memiliki keupayaan,

kemampuan dan skil yang baik dalam menggalas cabaran tersebut.


wujud persoalan are leaders born or made? Kajian Stogdill yang dilakukan hampir 50 tahun

mendapati bahawa pemimpin seharusnya memiliki kepelbagaian ilmu, kemahiran dan sifat dalam menjadikannya seorang pemimpin yang unggul.

SIFAT DAN SKIL


ramai sarjana yang berpendapat bahawa

seseorang pemimpin yang baik biasanya memiliki personaliti positif, kematangan emosi, keyakinan diri yang tinggi serta memiliki tahap tenaga dan pemikiran yang tinggi

Nilai
Nilai dikaitkan dengan pembentukan sifat

seseorang individu atau pemimpin. Nilai merupakan tingkah laku dalaman yang menggariskan perbezaan antara baik dan buruk, betul atau salah, etika serta moral sesuatu tindakan. Nilai ini sangat penting kepada seseorang pemimpin kerana sebarang keputusan, pandangan serta hala tuju organisasi banyak bergantung kepada nilai yang dipegang oleh pemimpin terbabit.

Skil
kemampuan melaksanakan sesuatu dgn lebih

efektif. Skil juga terbentuk melalui proses pembelajaran dan ada juga yang berlaku secara turun-temurun. Skil boleh dikategorikan dalam bentuk umum (seperti pintar, bijak, kemahiran interpersonal), dalam bentuk yang lebih memfokus seperti kemampuan untuk mempengaruhi dan meyakinkan pihak lain. Menurut Yukl (1994) skil dapat dibahagikan kepada tiga komponen utama iaitu teknikal, interpersonal dan juga konseptual.

tiga komponen utama skil


1. Technical skills
pengetahuan mengenai metode, proses, prosedur dan teknik khasnya dalam menyelesaikan masalah khusus 2. Interpersonal skills kemampuan untuk memahami perasaan dan tabiat orang lain, kemampuan untuk meyakinkan orang lain melalui komunikasi yang berlaku serta kemampuan untuk bekerjasama dan mempunyai hubungan yang baik dengan semua pihak.

3. Conceptual skills
kemampuan untuk berfikir secara cepat, logik, kreatif dan sentiasa mempunyai kreativiti dalam melahirkan idea dan pemikiran baru

KAJIAN AWAL MENGENAI SIFAT DAN SKIL PEMIMPIN


Kemampuan dari sudut kepintaran, kepekaan

terhadap keperluan pihak lain, pemahaman tugas, inisiatif dan kreativiti ketika berhadapan dengan masalah, memiliki keyakinan diri yang tinggi serta kemampuan untuk menerima sebarang kritikan dan komen daripada pihak lain.

Kajian dilanjutkan lagi kerana Stogdill percaya bahawa dalam menjadi seorang pemimpin yang terbaik, seseorang itu haruslah mempunyai teknik atau kemahiran yang pelbagai bergantung kepada situasi yang dialaminya. Ini dapat ditunjukkan melalui jadual di bawah: Jadual 3.1: Tingkah Laku dan Skil Pemimpin Tingkah Laku Peka dengan persekitaran kerja , Bercita-cita tinggi Mempunyai hubungan yang baik Dominan Energetic Self-confident Tidak mudah tertekan Mampu untuk bertanggungjawab terhadap keputusan yang diambil Tegas Skil Pintar , Mahir dalam bidang yang diceburi Kreatif Diplomatik ,Petah berkata-kata, Berpengetahuan dengan kerja yang dilakukan Kemahiran mengurus

HUBUNGAN ANTARA SIFAT DAN KECEKAPAN PENGURUSAN Menurut Urwick (1962), terdapat beberapa ciri

atau sifat yang mampu melahirkan kecekapan dalam pengurusan. Antara ciri-ciri tersebut ialah seperti berikut: 1) Kekuatan Fizikal dan Tahap Kematangan Terhadap Tekanan 2) Keyakinan Diri 3) Kematangan dan Kestabilan Emosi 4) Integriti 5) Berorientasikan Pencapaian

Menurut Dr. Mohammad Shatar Sabran ketika membentangkan kertas

GAYA KEPIMPINAN YANG BERKESAN

kerjanya di Persidangan Kebangsaan Pengurusan Awam pada 12-13 Disember 2006, beliau telah menggariskan tentang tujuh gaya kepimpinan yang biasa diamalkan oleh seorang pengurus.

Sebagai tambahan, Sadler (2003) telah menyenaraikan satu lagi gaya kepimpinan yang biasanya menjadi amalan pengurus yang dikenali sebagai autoritarian leader.

Antara gaya kepimpinan tersebut ialah:

(i) Charismatic leader


(ii) Situational leader (iii) Transactional leader (iv) Participative leader (v) Transformation leader (vi) The quiet leader (vii) Servant leader

(viii) Autoritarion leader

Charismatic Leader
Malah karisma juga boleh disamakan dengan kuasa yang dimiliki oleh seseorang pengurus tetapi tidak mampu untuk dihuraikan melalui

logik. Ini boleh diertikan sebagai aura seseorang.

Visionary leadership
Pemimpin jenis ini akan sentiasa berkongsi misi dan visi untuk pembangunan organisasi
Sebagai contoh ialah Microsoft Corp. Sebagai

CEO, Bill Gates telah mengambil peluang atas peningkatan pasaran komputer dan software dengan mengembangkan perniagaannya ke serata dunia.

Crisis-based leadership
Sifat kepimpinan seseorang akan terserlah apabila berlakunya krisis dalam sesebuah organisasi

Situational Leader
Menurut Jinkins (1998) kepimpinan ini biasanya akan mendedahkan pemimpin kepada dua pilihan

stail kepimpinan iaitu directive behavior dan supportive behavior

Dalam directive behavior, para pengurus bergantung

kepada sejauh mana rapatnya hubungan dengan subordinat serta kawalan terhadap mutu pekerja.

Manakala dalam supportive behavior, pemimpin

lebih cenderung kepada rasa hormat, komunikasi dua hala dan membantu dalam memudahkan kerja pekerja di bawah seliaannya

Blanchard percaya bahawa kombinasi kepada kedua-dua stail kepimpinan tersebut akan menjurus kepada stail kepimpinan yang lebih

memfokus iaitu directing style, coaching style, supporting style dan delegating style

Transactional Leader
Pendekatan punishment dan reward akan

digunakan dalam gaya kepimpinan ini. Pemimpin akan memberikan semua maklumat lengkap mengenai tugas dan kerja yang sepatutnya dilakukan. Sebagai tambahan, terdapat juga pemimpin yang suka turut serta dalam melaksanakan tugasan yang diberikan kepada pihak bawahan. Ini dilakukan bagi memastikan subordinat menjalankan kerja yang betul dan efisien.

Participative Leader
Gaya pemimpin ini lebih kepada pendekatan

hendak mendidik dan mengajar pihak pekerjanya. Pemimpin akan sentiasa memberi peluang dan ruang kepada subordinat untuk memberikan pendapat dan idea dalam pembangunan kerjaya mereka.

Transformation Leader
Berwawasan dan berpandangan jauh menjadi teras kepada gaya kepimpinan jenis ini. Ini bermakna pemimpin yang mengamalkan gaya ini haruslah sentiasa memandang ke hadapan kerana jatuh bangun syarikat bergantung kepada idea dan keputusannya. Kebolehan dalam merangka tindakan jangka panjang akan menyebabkan pemimpin mudah untuk meramalkan apa yang berlaku dan seterusnya mengambil tindakan yang sepatutnya.

The Quiet Leader


Gaya kepimpinan ini mementingkan ketegasan dalam melaksanakan
tugas. Ini bermakna pemimpin lebih

menekankan kepada pelaksanaan berbanding arahan

Servant Leader
Gaya kepimpinan jenis ini menekankan kepada penglibatan semua pihak dalam pembangunan organisasi. Ini termasuklah penglibatan dari segi tenaga dan pemikiran dalam merangka tindakan dan keputusan buat organisasi. Ini bermakna kepentingan peribadi setiap anggota organisasi haruslah diketepikan dan meletakkan matlamat organisasi sebagai keutamaan.

Autoritarian Leader
Gaya kepimpinan jenis ini banyak diamalkan oleh pemimpin-pemimpin
terdahulu khasnya dalam bidang

ketenteraan. Pemimpin mempunyai kuasa mutlak dan pihak bawahan tidak boleh mempertikaikan sebarang keputusan yang telah diambil.

TRAIT KEPIMPINAN
Kepimpinan Sebagai Aktiviti

Kepimpinan dan Kualiti

Kepimpinan dan Perubahan

Abdul Aziz (2000: 74) mengatakan bahawa terdapat empat keadaan yang perlu ditekankan jika organisasi ingin bergerak lebih maju selaras dengan perubahan yang berlaku. Antara keadaan tersebut ialah:

(i) Jangka masa kerja yang lebih panjang. (ii) Berhadapan dengan ketegangan, konflik dan ketidakpuasan hati. (iii) Memberi keyakinan kepada pihak lain. (iv) Berubah dari zon keselesaan (status quo).

seorang pemimpin yang efektif, sifat tertentu yang ada pada

RUMUSAN

pemimpin mestilah sepadan dengan kehendak situasi.

Perkara yang paling penting ialah kebolehan pengurus itu sendiri dalam mengenal pasti kebolehan dan kelebihan subordinatnya sebelum mengagihkan satu-satu tanggungjawab. Oleh yang demikian, seseorang pemimpin yang efektif dan mempunyai ilmu pengetahuan dilihat sebagai satu kelebihan dalam menerajui satu-satu organisasi. kita ketahui bahawa ciri-ciri utama pemimpin berkarisma ialah seperti yakin pada diri sendiri, mempunyai visi, keupayaan untuk menyampaikan visi tersebut, penegasan terhadap visi tersebut, gelagat yang luar biasa, dianggap sebagai ejen perubahan dan sensitif terhadap persekitaran.

Kesimpulan daripada teori kepimpinan karismatik ini, dapatlah

Anda mungkin juga menyukai