Anda di halaman 1dari 13

KEPEMIMPINAN BERKARISMA

Kepemimpinan berkarisma juga sesuai diamalkan di


sekolah. Konsep kepemimpinan ini mula-mula diutarakan oleh Max Weber (1947), di mana anggota-anggota

kumpulannya mempersepsikan ketua mereka sebagai


orang yang mempunyai kualiti istimewa atau luar biasa.

Pemimpin berkarisma mempamerkan kemampuannya


untuk menyelesaikan masalah atau mengharungi krisis dengan berbeza. Apabila ini berlaku pengikut-pengikut akan mempunyai kesetiaan yang tidak berbelah bagi terhadap pemimpin karisma ini.

Menurut House dan Howell (1992), asas kepimpinan &


perkembangan profesional pemimpin berkarisma mempunyai tret-tret personiliti seperti berikut:

Berorientasikan pencapaian. Berorientasikan kraetiviti dan inovasi. Amat bertenaga dan penglibatan diri yang tinggi.

Keyakinan yang tinggi


Keperluan untuk menggunakan pengaruhnya terhadap orang lain.

Sanggup menanggung rasiko


Membina, bertimbang rasa dan sensitif.

Pada suatu ketika dahulu , pemimpin berkarisma


diterima ramai kerana terdapatnya pemimpin-

pemimpin utama seperti Mahatma Ghandi, Adolf

Hitler, Napoleon Bonaparte dan Mother Theresa.


Pemimpin berkarisma biasanya mempunyai visi dan misi yang jelas bersama pelan tindakan yang terancang meskipun ia merupakan suatu

tanggungjawab yang amat berat untuk dilaksanakan.

Oleh itu, Guru Besar yang berkarisma akan lebih


disenangi dan dihormati.

Sembilan ciri pemimpin berkarisma ialah :-

i.

Tajam pemikiran.

Pemimpin

yang

berkarisma

dapat

membaca

masa

hadapan berdasarkan pemahamannya terhadap suasana

semasa. Dia mampu memahami isu-isu semasa dengan


baik dan membuat persiapan terhadap sebarang kemungkinan. Pujangga Islam ada menyebut, Orang

yang tajam pemikirannya memahami perkara sebelum ia


berlaku dan orang awam memahami perkara setelah ia berlaku.

ii.

Pandangan helang.

Pemimpin yang berkarisma mempunyai kuasa maklumat di hujung jari-jemarinya kerana dia tahu menggunakan komputer dan kemudahan internet. Dia juga adalah seorang pendengar yang baik dan mampu mengenalpasti punca masalah dengan cepat. Biasanya dia boleh menganalisis persekitaran dan menyesuaikan tindakannya dengan persekitaran tersebut umpama seekor helang yang melihat ke bawah dari langit yang tinggi.

iii.

Kreatif dan inovatif

Kreatif bermaksud mencetus sesuatu idea yang baru,

manakala inovatif bermaksud melaksanakan pembaharuan


kepada sesuatu yang sedia ada. Pemimpin yang kreatif adalah pemimpin yang memimpin dan bukan dipimpin. Dia mendahului dan mempunyai wawasan serta berpandangan ke hadapan. Pemimpin sebegini biasanya diikuti kerana dia berjaya mengukir imej dan persepsi yang jelas dalam minda pengikutnya tentang matlamat yang hendak diperjuangkan.

Kreativiti seorang guru besar akan dicontohi dan dijadikan


sebagai pedoman dan panduan dalam melaksanakan tugasan harian dalam kalangan guru.

iv.

Berani mengambil risiko.

Peluang sentiasa muncul di depan mata. Tetapi tidak semua yang berupaya membezakan antara peluang dan ancaman. Pemimpin yang biasa hanya melihat ancaman dalam sesuatu krisis. Namun pemimpin

yang hebat dapat melihat peluang dalam sesuatu


krisis. Sifat bijak mengeksploitasi peluang untuk mendapatkan hasil yang maksimum dan berani berhadapan risikonya adalah ciri-ciri seorang

pemimpin berkarisma.

v.

Tahu keutamaan.

Berfikir secara sistematik amat penting apabila seseorang berhadapan dengan pilihan sedangkan ia perlu dilakukan dengan pantas dan tepat. Pemimpin

yang berkarisma tidak mudah melatah. Dia tahu


mendahulukan apa yang utama. Di samping itu dia tidak mengenepikan hal yang remeh.

vi. Keperibadian yang tinggi.

Keperibadian atau akhlak yang tinggi adalah tunjang kepercayaan orang lain kepada kita. Antara sifat-sifat keperibadian yang tinggi adalah sabar, tegas, berani

dan bertimbang rasa. Pemimpin yang memiliki


keperibadian yang tinggi dilihat sebagai pemimpin yang berkarisma dan mempunyai akhlak yang terpuji.

Kata Imam Al-Ghazali, tongkat yang bengkok tidak


mungkin menghasilkan bayang-bayang yang lurus.

vii. Kemahiran berinteraksi

Kebanyakan pemimpin yang hebat adalah orang yang bijak berkomunikasi dan berinteraksi dengam masyarakat setempat. Kehadiran mereka sentiasa

menjadi tumpuan ramai. Pemimpin yang hebat bukan


sahaja bijak berinteraksi secara lisan, malah dapat menggunakan bahasa badan yang menonjolkan

karisma
pemimpin.

pada

diri

mereka

sebagai

seorang

viii. Keimanan yang teguh

Karisma juga dapat dilihat pada wajah orang yang dekat dengan Allah. Mereka dikatakan mempunyai nur atau cahaya pada wajahnya. Keimanan yang

teguh di dalam hati mereka terpancar pada rupa


fizikal mereka. Kebiasaannya mereka kelihatan tenang dan meyakinkan.

ix.

Melebarkan kepimpinan

Sifat

ini

termasuk

dalam

kebijaksanaan

seorang

pemimpin, iaitu mengatur pengganti-penggantinya. Jika


dia seorang yang berpengetahuan, dia akan berkongsi dengan pengikutnya. Jika dia mempunyai kemahiran, dia

akan menurunkan kepada anak buahnya. Dalam kata lain,


dia akan menyediakan barisan pelapis yang sama hebat atau lebih hebat daripadanya. Oleh yang demikian,

sesebuah organisasi tidak hanya bergantung pada


seseorang dan akan bertambah cemerlang selangkah dengan peredaran masa.

Anda mungkin juga menyukai