Anda di halaman 1dari 25

Pendahuluan

Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga mendefinisikan pemimpin adalah orang


memimpin manakala kepemimpinan pula bermaksud keupayaan (kebolehan,
pencapaian), sebagai pemimpin, daya (tindak-tanduk, kecekapan), seorang
pemimpin.

Kepimpinan pula didefinisikan sebagai seni atau proses mempengaruhi


kegiatan manusia yang berkaitan dengan tugas supaya mereka rela bergiat dan
berusaha ke arah pencapaian matlamat organisasi. Menurut Kamus Dewan Edisi
Ketiga, kepimpinan bermaksud keupayaan memimpin.

Kepimpinan juga ditakrifkan sebagai tingkah laku yang mempunyai


keupayaan mengubah haluan sesuatu organisasi dan perlu memilih kriteria-kriteria
tertentu dalam usaha mencapai objektif organisasi. Menurut Robbins (2003),
menyatakan kepemimpinan sebagai kebolehan untuk mempengaruhi ahli-ahli
kumpulan untuk mencapai sesuatu matlamat. Manakala Leithwood dan Janti (1999)
menyatakan bahawa kepemimpinan merupakan keupayaan untuk mempengaruhi
sistem kepercayaan, tindakan dan pegangan nilai ahli-ahli dalam kumpulan.

Konsep Asas Kepemimpinan

Menurut pendapat Konntz dan O’Donnel (1984), kepimpinan secara amnya


adalah semata-mata bermakna pengaruh; satu seni atau proses mempengaruhi
orang supaya mereka dapat berusaha secara sukarela ke arah pencapaian
matlamat bersama.

Seterusnya Fulmer (1988), menyatakan kepemimpinan melibatkan kedua-dua


keupayaan atau kekuatan untuk meyakinkan orang lain bekerja keras ke arah
sesuatu matlamat, dan kemahiran atau kebolehan untuk membantu mereka
mencapainya.

Kim dan Maubourgne (1992), mentakrifkan kepemimpinan sebagai kebolehan


seseorang untuk menginspirasikan keyakinan dan sokongan dalam kalangan
sekumpulan manusia yang diperlukan untuk mencapai matlamat organisasi.

1
Menurut Hollander dalam bukunya bertajuk Leadership Dynamic, (1978),
‘kepimpinan adalah satu proses pengaruh-mempengaruhi antara pemimpin dengan
pengikut. Walaupun pemimpin mempunyai kuasa tetapi kekuatan pengaruh lebih
bergantung kepada pujukan berbanding secara paksaan. Proses ini selalunya
melibatkan pertalian pengaruh yang bersifat dua arah dan tujuan utama ialah untuk
mencapai matlamat bersama. Jadi kepimpinan bukan hanya tanggungjawab
pemimpin, tetapi memerlukan usaha bekerjasama daripada pengikut-pengikutnya.”

Gordon (1955), memberi definisi iaitu, “kepimpinan dapat dilihat sebagai


interaksi antara individu dengan kumpulan atau secara khususnya antara individu
dengan seluruh ahli yang menganggotai kumpulan. Setiap yang terlibat dalam
proses interaksi ini boleh dianggap mmegang watak-watak tertentu yang berbeza
antara satu sama lain. Asas yang membezakan itu ialah pengaruh, iaitu pemimpin
mempengaruhi dan pengikut mematuhi atau akur.”

“Leaders mobilize others to get extraordinary things done in organisations. Its


about the practices leaders use to transform values into actions, visions into
realities, obstacles into innovations, seperateness into solidarity, and risks into
rewards”, (Kouzes & Posner, 2002).

“You manage things, you lead people”, (Grace Murray Hopper – Ret. Admiral
US Navy).

James Gribben (1972), menyatakan “Kepimpinan dapat dijelaskan sebagai


satu proses mempengaruhi ke atas kumpulan dalam situasi dan masa yang khusus
yang dapat merangsang mereka untuk berusaha secara rela hati bagi mencapai
matlamat bersama.”

Harry S. Truman; “A man who has the ability to get people to do what they
don’t want to do.” Warren G. Bennis; “Leadership is the capacity to translate vision
into reality.”

Kepemimpinan akan saling berkaitan dengan pemimpin. Pemimpin adalah


individu yang memberi pengaruh kepada individu lain di dalam suatu pertubuhan.
Menurut Amir Hasan Dawi (2006: 217), kepimpinan pula merupakan satu aktiviti
yang kompleks, didefinisikan pelbagai cara, bentuk interaksi antara pemimpin dan
orang yang dipimpin.

2
Imam al-Ghazali ada menyebut iaitu “Sifat pemimpin yang baik ialah beradab
dan mulia hati”.

Teori-Teori Kepemimpinan

Kebanyakan teori-teori kepemimpinan yang dikemukakan adalah berasal dari


pemikir dan cerdik pandai dari barat. Kajian dan perbincangan berkaitan dengan
pengurusan, pentadbiran dan kepemimpinan dari sudut saintifik telah melahirkan
aliran-aliran pemikiran dan pelbagai falsafah. Kajian-kajian ini kemudiannya telah
membuahkan teori-teori khusus kepemimpinan dan seterusnya dikembangkan
melalui para pemikir barat ke seluruh dunia.

Umum sedia maklum, melalui dasar emperialisme dan kolonialisme, para


pemikir barat yang menguasai hampir dua pertiga dunia melaksanakan teori-teori
tersebut bagi tujuan khusus yang praktikal dan sistematik melalui dasar ‘White
People Burden’. Hasil daripada penjajahan pihak barat termasuklah Malaysia yang
dikenali sebagai Tanah Melayu pada masa tersebut, sehingga hari ini hampir
kesemua sistem yang sedang berfungsi bagi menguruskan kehidupan seharian
bermula daripada pengurusan seorang rakyat kepada pengurusan tertinggi di
peringkat kerajaan, kesemuanya menggunakan teori-teori yang dijana daripada
barat.

Teori Sifat (Trait Theory)

Teori Sifat ini telah dikemukakan oleh seorang pemikir yang bernama Gordon
Willard Allport (11 Nov 1897 – 9 Okt 1967), yang menyatakan bahawa seorang
pemimpin itu memiliki peribadi dan watak yang berbeza dengan orang lain.

Berdasarkan teori ini, beliau menyatakan seseorang pemimpin itu mempunyai


kelebihan dapat menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling secepat mungkin,
kepekaan sosial, seorang yang bercita-cita tinggi dan besar, berpandangan jauh,
kreatif dan inovatif, mempunyai keinginan mendominasi, bertenaga, cergas dan
lincah, yakin dengan diri sendiri, boleh bertahan dengan tekanan dan sedia memikul
tanggungjawab.

3
Teori Sifat ini diasaskan dari teori asal ‘Great Man Theory’ yang dikemukakan
oleh Thomas Carlyle (1795 – 1881) yang menganggap pembangunan di dunia
adalah hasil pencapaian orang-orang masyhur di dunia.

Teori ini kemudiannya dikembangkan dan diklasifikasikan pula oleh Stogdill


(1974) yang menggariskan bahawa seseorang pemimpin perlu ada:

1. Keupayaan - kecerdikan atau kepintaran (intelligence),

kewaspadaan (alertness), berbicara secara lisan


(verbal), kemudahan (facility), keaslian (originality),
pertimbangan (judgement)

2. Pencapaian - kesarjanaan (scholarship), ilmu pengetahuan

(knowledge), pencapaian keolahragawanan


(athletic achievement)

3. Tanggungjawab - boleh dipercayai (dependability), inisiatif atau daya

usaha (initiative), ketabahan atau ketekunan


(persistence), garang (aggressiveness), yakin
pada diri sendiri (self-confidence), keinginan untuk
mengatasi (desire to excel)

4. Penglibatan - aktiviti (activity), suka bergaul (sociability),

kerjasama (cooperation), kebolehsuaian


(adaptability), kelakar atau kelucuan (humour)

5. Status - kedudukan sosio ekonomi (socioeconomic

position), terkenal atau disukai (popularity).

Teori Tingkahlaku / Perlakuan

Teori Perlakuan ini menyatakan bahawa perilaku atau perlakuan yang


tertentu membezakan antara seorang pemimpin dengan bukan pemimpin. Kajian
kelakuan kepimpinan ingin membuktikan tentang penentu perilaku pemimpin yang

4
berkesan. Jika perkara ini mempunyai bukti-bukti yang boleh dipercayai, bermakna
seorang pemimpin boleh dilatih atau dibentuk.

Seterusnya, teori perlakuan ini menjelaskan bahawa perhubungan


kemanusiaan boleh mempengaruhi kelakuan dan perlakuan antara kedua-duanya.
Perlakuan pemimpin terutamanya, boleh memberi kesan terhadap kepuasan hati
pengikut dalam melaksanakan tugas. Kajian-kajian oleh pelopor-pelopor teori
perlakuan ini bertujuan untuk mengenalpasti perlakuan-perlakuan ini telah
mendapati ada dua corak perlakuan pemimpin yang sangat mempengaruhi orang-
orang bawahan iaitu perhatian dan penekanan terhadap tugas untuk mencapai
matlamat organisasi (task-orientation) dan perhatian dan penekanan terhadap
perhubungan baik antara pemimpin dengan orang-orang bawahan (human relations
orientation).

Kajian-kajian ke atas dua perlakuan ini membawa kepada kesimpulan


bahawa pemimpin yang memberi perhatian berat kepada tugas dan orang-orang
bawahannya boleh membawa kejayaan kepada organisasinya. Pemimpin yang
berjaya ialah pemimpin yang mengambil berat tentang tugas dan yang menjaga
perhubungan baik dengan pengikutnya.

Fungsi dan peranan pemimpin dilihat melalui dua kategori iaitu untuk
menyelesaikan masalah dan mengendalikan kumpulan pengikut. Pemimpin yang
berkesan lazimnya bijaksana dalam mengendalikan kedua-dua perkara tersebut
dalam memenuhi tuntutan individu, kumpulan dan organisasi. Pemimpin juga dinilai
dari segi keupayaannya dalam melaksanakan tangungjawab berorientasikan pekerja
atau tugas.

Pemimpin yang mementingkan organisasi tugas lebih mengutamakan


standard pencapaian dan daya pengeluaran tetapi hubungan kemanusiaan dan
kebajikan pekerja kurang dititik beratkan. Pemimpin yang berorientasikan pekerja,
akan mendapat pujian dan menjadi popular tetapi mungkin menurun dari segi
produktiviti dan kualiti. Kesan perlakuan pemimpin berdasarkan tangungjawab
berorientasikan tugas dan orentasi pekerja telah memberi impak terhadap
keberkesanan peranan kepimpinan mereka.

5
Teori Kepimpinan Mengikut Situasi

Seawal tahun 1940-an lagi penyelidik-penyelidik telah mencari faktor-faktor


situasi yang boleh mempengaruhi peranan, kemahiran, dan tingkah laku pemimpin
ke atas prestasi dan kepuasan bekerja. Fred Fiedlier telah mencadangkan satu
model Kotegensi Kepimpinan yang efektif di mana model ini mengandungi hubungan
antara gaya kepimpinan dengan suasana situasi yang menyenangkan. Kesesuaian
situasi ini bergantung kepada 3 dimensi berikut:

1. Hubungan antara pemimpin dan pekerja berdasarkan kepada percaya dan


hormat menghormati.
2. Darjah struktur tugas, iaitu sejauhmana tugas itu didefinisikan dengan jelas
atau kabur.
3. Kedudukan dan kuasa pemimpin yang didapati melalui autoriti formal, sama
ada pemimpin/ individu boleh mempertimbangkan untuk memberi ganjaran,
dendaan, menilai atau menaikkan pangkat kakitangan.

Situasi yang menyenangkan akan diperolehi sekiranya ketiga-tiga dimensi


tersebut positif. Dengan kata lain, sekiranya ketua itu secara amnya diterima
kakitangan, struktur tugas jelas dan ketua mempunyai autoriti dan kuasa formal.
Situasi ini menyenangkan dan digabungkan dengan gaya kepimpinan dapat
menghasilkan keberkesanan.

Dalam Teori Kepimpinan Mengikut Situasi, teori ini bermula dengan


anggapan bahawa keadaan yang berbeza memerlukan cara memimpin yang
berbeza, jika keberkesanan ingin diwujudkan. Rasionalnya ialah kepimpinan yang
berkesan akan bukan sesuatu yang nyata yang boleh wujud tersendiri dengan
bentuk yang sama, tetapi ianya bergantung kepada beberapa faktor lain berupa
manusia dan persekitaran yang saling berinteraksi dan saling mempengaruhi. Intipati
kepada teori-teori ini ialah :

1. Cara memimpin yang berbeza boleh berkesan, bergantung kepada


kematangan orang-orang bawahan; mereka yang matang kurang
memerlukan penyeliaan, manakala mereka yang kurang matang memerlukan
arahan dari ketua.

6
2. Cara memimpin yang berbeza sesuai dalam keadaan yang berbeza; cara
paling baik hendaklah mengambil kira faktor-faktor penting sebelum sesuatu
keputusan dibuat.
3. Tidak ada hanya satu saja cara memimpin yang paling baik; keberkesanan
seseorang pemimpin bergantung kepada persekitaran yang berupa manusia
dan keadaan.

Pemimpin yang berkesan adalah mereka yang mendorong dan menunjuk


jalan kepada orang bawahan untuk menghasilkan sesuatu yang paling baik.

Gaya Kepimpinan

Gaya kepimpinan adalah merupakan cara seseorang pemimpin


menggunakan kuasa yang ada pada mereka atau yang dimiliki sebagai alat untuk
mempengaruhi orang atau pekerja di bawah tanggungjawabnya untuk bekerja bagi
mencapai objektif organisasinya.

Terdapat beberapa jenis gaya kepimpinan yang dikenalpasti dan setiap


satunya berbeza mengikut kepentingan apa yang hendak dicapai oleh seseorang
pemimpin dalam menguruskan organisasinya. Berikut adalah jenis-jenis gaya
kepimpinan tersebut.

1. Gaya Kepimpinan Autokratik

Seorang pemimpin yang mengaplikasikan gaya ini merupakan seorang yang


mementingkan pelaksanaan tugas. Pemimpin ini menggunakan sumber kuasa yang
rasmi dan berperaturan. Pemimpin gaya ini akan membuat keputusan yang
berkaitan dengan tugas, mengeluarkan arahan dan memastikan arahan itu dipatuhi.

Pemimpin gaya autokratik ini dapat memastikan tugas-tugas yang diberi akan
dilaksanakan dengan sempurna oleh orang yang dipimpinnya. Gaya kepimpinan ini
akan memungkinkan orang bawahan hanya mengikut arahan dan tidak boleh
bersuara atau membantah yang menjadikan semangat kerjasama berada pada
tahap yang lemah dan mereka tidak kreatif serta tidak mempunyai inisiatif.

Keith dan Girling (1991), berpendapat pemimpin autokrat lazimnya berfungsi


secara autonomi memberi tunjuk ajar tentang apa dan bagaimana tugas-tugas harus

7
dilakukan, membuat keputusan sendiri dan suka memberi arahan. Jenk (1990), pula
menyatakan kepimpinan autokratik dicirikan oleh penekanan yang kuat terhadap
pengeluaran dan kurang terhad dengan elemen manusia. Orang bawahan
diharapkan mengikut dan membuat apa yang telah diarahkan. Konflik atau masalah
diselesaikan dengan pantas dan komunikasi lebih bersifat dari atas ke bawah.

Keith dan Girling (1991), seterusnya menyatakan gaya ini menggunakan


ganjaran dan hukuman, memuji dan memberi penghargaan dan selalunya
menggunakan kritikan yang tidak membina. Power dan Power (1983) berpendapat,
sekiranya pemimpin ini berketerampilan, tingkahlakunya yang autokratik itu akan
dianggap sebagai beban yang terpaksa diterima. Jika tidak berketerampilan,
perasaan marah dan kerisauan akan timbul dan ini akan melumpuhkan seluruh
operasi organisasi.

Gaya kepimpinan autokratik dianggap berkesan dalam situasi yang terdesak


kerana ia membenarkan proses membuat keputusan yang tepat. Gaya ini sesuai
bagi organisasi yang menghadapi krisis, mempunyai pekerja baharu dan pekerja
yang tidak bermotivasi. Pengurus memberi arahan kepada pekerja bawahannya
dengan andaian pekarja bawahan akan mematuhi arahan tanpa banyak soal dan
proses membuat keputusan hanya dibuat oleh pengurus. Pengurus membuat
keputusan dan memberitahu pekerja bawahannya apa yang harus pekarja lakukan.

Contoh gaya kepimpinan autokratik di dalam kelas adalah seperti seorang


guru hanya memberi arahan dan menentukan segala aktiviti pengajaran dan
pembelajaran. Guru sebegini mempunyai kuasa sepenuhnya di dalam kelas yang
akan menjadikan keadaan kelas menjadi pasif, kurang menarik dan dipenuhi dengan
perasaan cemas dan takut. Kepimpinan ini lebih sesuai untuk murid yang malas
membuat kerja dan memerlukan lebih perhatian atau paksaan daripada guru.

2. Gaya Kepimpinan Berperikemanusiaan

Kepimpinan berperikemanusiaan ini merupakan satu gaya di mana seseorang


pemimpin itu menunjukkan minat yang lebih terhadap kakitangannya. Beliau
mementingkan suasana kerja yang baik, dipupuk melalui jalinan mesra di kalangan
semua kakitangannya. Sebarang pelaksanaan tugas dan keputusan dilakukan
secara permuafakatan antara pemimpin dan pekerja-pekerja di bawahnya.

8
3. Gaya Kepimpinan Demokrasi

Gaya ini memperlihatkan pemimpin menggalakkan dan memberi peluang


semua kakitangan dalam organisasinya melibatkan diri. Setiap ahli dalam
organisasinya diberi peluang untuk memberi pendapat dan pandangan sebelum
sesuatu keputusan diambil.

Gaya kepimpinan ini dilihat lebih terbuka di mana seperti pemimpin dan
pengikutnya berkongsi kuasa dalam membuat keputusan. Gaya kepimpinan ini
mementingkan kepentingan bersama mengatasi kepentingan individu. Amalan ini
boleh mningkatkan iklim organisasi yang kondusif dan boleh membangkitkan rasa
puas hati di kalangan orang yang dipimpin.

Mengikut Vroom dan Vetton, terdapat lima bentuk perbezaan di dalam corak
kepimpinan demokrasi. Antara ciri-cirinya adalah seperti berikut:

i. pemimpin sendiri yang membuat keputusan dengan menggunakan maklumat


yang ada pada waktu tersebut.

ii. pemimpin mendapatkan maklumat yang diperlukan dan kakitangan di bawah


arahannya, kemudian membuat keputusan sendiri. Peranan kakitangan
hanya setakat memberi maklumat yang diperlukan sahaja dan mereka tidak
terlibat di dalam persoalan menyelesaikan masalah.

iii. pemimpin menyampaikan masalah kepada mana-mana kakitangan


bawahannya yang relevan, secara individu, untuk mencapai sesuatu
keputusan.

iv. sesuatu masalah disampaikan oleh pemimpin kepada kakitangan


bawahannya untuk mendapatkan idea-idea dan cadangan-cadangan.
Keputusan kemudiannya diambil yang tidak semestinya hasil daripada
pengaruh kakitangan.

v. pemimpin membincangkan sesuatu masalah bersama kakitangan


bawahannya untuk mencapai persetujuan tentang penyelesaian masalah
tersebut. Pemimpin tidak cuba untuk mempengaruhi sebarang keputusan
yang perlu diambil, malah sebaliknya sanggup menerima dan melaksanakan
keputusan yang mendapat sokongan sekelian ahli kumpulan.

9
Pemimpin demokrasi percaya kepada penglibatan semua orang dalam
membuat keputusan atau tindakan yang dalam bentuk musyawarah. Beliau sering
menurunkan kuasanya kepada orang bawahannya dan memberi kebebasan kepada
mereka dalam membuat sesuatu keputusan berlandaskan kebijaksanaan dan
kebolehan masing-masing.

Pemimpin yang mengamalkan gaya ini menyedari bahawa mereka tidak


berupaya bekerja seorang diri, sebaliknya memerlukan sokongan orang yang
dipimpin. Kekuatan kumpulan mengikut gaya ini bergantung kepada penglibatan
semua pihak. Pengagihan kuasa menyebabkan semua orang berasa yakin dan
dapat melaksanakan tugasan masing-masing dalam suasana yang menyenangkan
kerana masing-masing dapat memainkan peranan tanpa ada tekanan dan bebanan
yang berat. Tanggungjawab terhadap kejayaan atau kegagalan organisasi dipikul
bersama dengan kejayaan akan dinikmati bersama manakala kegagalan akan
ditanggung oleh semua orang.

Kepimpinan gaya demokrasi ini sesuai dalam situasi kerja seharian.


Pemimpin melibatkan orang yang dipimpin dalam proses membuat keputusan tetapi
keputusan muktamad adalah terletak di tangan pemimpin. Amalan gaya ini biasanya
dipraktikkan di kebanyakan sekolah di mana pihak pengurusan atau pentadbir akan
berbincang dengan guru untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang dihadapi dan
melalui cara ini dimana menurut Ibrahim Mamat (2001), pemimpin demokrasi
berfungsi sebagai pemangkin yang mempercepatkan perjalanan proses menuju
matlamat dengan cara yang paling sesuai. Di sini pemimpin lebih bersifat sebagai
membantu, memberi tunjuk ajar dan panduan, memberi motivasi atau galakan
memperbetulkan cara pelaksanaan yang kurang berkesan dan apabila sesuatu hasil
diperolehi, ianya dianggap sebagai hasil dari komitmen bersama, bukan hasil dari
usaha guru itu secara bersendirian dan semua usaha itu dihargai. Gaya kepimpinan
ini akan menjadikan seseorang guru itu akan menjadi lebih bermotivasi,
berkomitmen tinggi dan lebih bertanggungjawab terhadap keputusan yang dibuat
bersama.

Antara contoh ciri-ciri kepimpinan demokrasi di dalam kelas adalah seperti


berikut:

10
i. guru berkongsi kuasa dengan murid dalam pengurusan aktiviti di
dalam kelas akan menimbulkan interaksi dua hala di antara guru
dengan murid,

ii. murid digalakkan mengeluarkan pendapat atau pandangan dan


mengemukakan soalan semasa proses pengajaran dan pembelajaran
berjalan,

iii. murid cergas bertindak balas terhadap aktiviti pengajaran guru dan
melibatkan diri secara aktif dan bekerjasama dalam pelaksanaan
aktiviti,

iv. suasana sosio emosi dapat dipertingkatkan di bawah kepimpinan guru


yang bersifat demokratik di mana guru bertindak sebagai pemantau di
dalam kelas.

4. Gaya Kepimpinan Laissez-Faire (Kebebasan)

Pemimpin yang mengamalkan gaya kepimpinan Laissez-Faire ini


kebiasannya memberi sepenuh kebebasan yang kakitangannya untuk
melaksanakan dan membuat keputusan sesuatu tindakan. Beliau tidak
menggunakan kuasa memimpin yang ada padanya. Beliau seperti tidak
mempedulikan sebarang pelaksanaan tugas dan hasil kerja kakitangannya. Beliau
membiarkan atau menyerahkan semua keputusan dibuat oleh kakitangannya. Beliau
hanya berminat dengan matlamat yang telah dipersetujui untuk dicapai.

Gaya kepimpinan ini seolah-olah memperlihatkan sesebuah organisasi itu


seperti tidak mempunyai pemimpin. Terpulang kepada cara bekerja kakitangan
organisasi tersebut yang mana sekiranya mereka mempunyai komitmen atau
kemahuan untuk berjaya maka kejayaan akan tercapai, tetapi jika ada di kalangan
mereka tidak bersungguh-sungguh atau kurang matang maka hasil yang diperolehi
kurang memuaskan dan menjurus ke arah kegagalan seumpama bahtera tanpa
nakhoda.

Menurut Keith dan Girling (1991), gaya kepimpinan ini berlandaskan kepada
falsafah membiarkan setiap individu dalam organisasi membuat kerjanya sendiri.

11
Kerja yang hendak dilaksanakan tidak mempunyai perancangan, matlamat dan
objektifnya pula kurang jelas atau kabur dan tidak spesifik.

Sebagai contohnya di sekolah, seorang Guru Besar memberi kebebasan


sepenuhnya kepada guru-guru dan kakitangan menentukan objektif tugas masing-
masing tanpa memberi petunjuk atau pandangan beliau. Kepimpinan seperti ini akan
menyebabkan guru-guru dan kakitangannya seperti hilang pedoman, mengajar
sambil lewa tanpa pemantauan pihak pentadbiran, budaya kerja yang tidak
sistematik, apabila melaksanakan pengajaran dan pembelajaran secara tidak
bersungguh-sungguh, tindakan tidak diambil terhadap guru-guru yang tidak masuk
ke kelas, tiada kesungguhan untuk memastikan murid-murid berjaya dan akan
melibatkan kemerosotan disiplin seluruh warga sekolah. Keadaan ini akan
menimbulkan konflik dalaman dan sistem pengurusan sekolah akan menjadi porak-
peranda.

5. Gaya Kepimpinan Kontigensi

Kegagalan kajian teori sifat dan teori perlakuan untuk mendapatkan hasil
yang konsisten telah mewujudkan kajian yang menumpukan berkaitan pengaruh
persekitaran. Perkaitan antara gaya kepimpinan dengan keberkesanan, didapati
berkait dengan keadaan persekitaran. Umpamanya, struktur tugas yang dijalankan,
kualiti perhubungan antara pemimpin dengan ahli atau pengikutnya, kedudukan
kuasa pemimpin, kejelasan peranan ahli, norma-norma kumpulan, kedapatan
maklumat, sambutan kepimpinan oleh ahli atau pengikut, dan kedewasaan ahli.

Antara model kontigensi yang telah dikemukakan ialah Model Fiedler. Model
ini menyatakan bahawa kumpulan berkesan bergantung pada kesepadanan gaya
pemimpin dengan pengikutnya (subordinat), dan setakat mana keadaan itu memberi
kawalan dan pengaruh kepada pemimpin. Fiedler (1967), percaya bahawa faktor
terpenting kejayaan pemimpin itu ialah berkaitan dengan gaya kepimpinannya. Gaya
kepimpinan seseorang boleh diketahui melalui soalselidik Least Ppreferred
Coworker (LPC). Melalui soalselidik tersebut, Fiedler mendapati pencapaian
kumpulan adalah tinggi apabila terdapat gabungan faktor-faktor seperti perhubungan
pemimpin-ahli baik, struktur tugas tinggi, dan terdapat kuasa jawatan dan
kepimpinan berorientasikan tugas.

12
Satu lagi model teori yang berkaitan ialah Teori Hersey dan Blanchard
(1984), yang juga dikenali sebagai teori kepimpinan bersituasi. Teori ini
menumpukan kepada pengikut atau ahli. Menurut teori ini, kepimpinan yang berjaya
dikatakan hasil pemilihan gaya kepimpinan yang tepat berasaskan kematangan
pengikut. Kematangan pengikut merujuk kepada kebolehan dan kesediaan pengikut
menerima tanggungjawab. Menerusi teori ini Hersey dan Blanchard telah
mencadangkan empat gaya kepimpinan iaitu arahkan, yakinkan, melibatkan dan
menugaskan.

Walau bagaimanapun, semuanya mempunyai kekuatan dan kelemahan


tersendiri. Tidak ada satupun yang sempurna. Namun teori-teori ini sangat berguna
untuk diteliti oleh orang-orang yang ingin menjadi pemimpin kerana mereka dapat
mengetahui hal-hal yang boleh memberi kesan ke atas kepimpinan.

Ulasan dan kaitan kepimpinan Guru Besar dengan Teori-Teori Kepemimpinan

Berdasarkan kepada sesi temubual yang telah dijalankan dengan ketua


pemimpin sekolah iaitu guru besar sekolah En. Nordin bin Sulaiman, maka gaya dan
cara kepemimpinan beliau berkait dengan beberapa teori kepemimpinan yang sedia
ada. Berikut adalah ulasan tersebut.

Melalui temubual tersebut telah memberi gambaran kepada saya bahawa


guru besar saya ini adalah seorang yang mempunyai ilmu pengetahuan yang
mencukupi untuk mentadbir dan mengurus sekolah ini ke arah matlamat yang
dihajati. Sebarang pelaksanaan tugas atau tindakan yang hendak dilaksanakan
adalah mengikut teori-teori kepemimpinan tertentu mengikut keadaan dan situasi
masalah yang timbul.

Contohnya, berkaitan dengan isu etika guru yang pertama iaitu masalah
pengurusan masa di kalangan guru-guru. Tindakan dan cara penyelesaiannya
terarah kepada teori kontigensi, di mana beliau memaklumkan dulu kehendak dan
harapan beliau berhubung dengan pengurusan masa yang sepatutnya diamalkan
oleh guru-guru.

13
Melalui gaya kepimpinan demokrasi, beliau sendiri memantau pemasalahan
yang dikenalpasti. Seterusnya beliau mengadakan perjumpaan dengan pemimpin-
pemimpin bawahannya untuk mendapatkan pandangan dan mengambil tindakan
secara bersama untuk menyelesaikan masalah yang timbul. Kepercayaan yang
diberi kepada guru-guru penolong kanan untuk mengambil tindakan,
menggambarkan beliau sebagai seorang sukan berkongsi kuasa dan bukannya
sebagai seorang pemimpin yang autokratik.

Selain itu kepelbagaian tindakan yang dipraktikkan beliau untuk


menyelesaikan masalah merupakan kesungguhan beliau untuk memperbaiki
sesuatu keadaan secara bersungguh-sungguh. Ini menggambarkan bahawa tugas
menyelesaikan masalah bukan diserahkan bulat-bulat kepada guru penolong kanan
semata-mata, tetapi sebaliknya selepas sesuatu tindakan dilaksanakan, beliau akan
memantau keberkesanan tindakan tersebut. Sekiranya tindakan yang dijalankan
kurang berkesan, beliau tidak meletakkan sepenuhnya kesalahan tersebut kepada
guru-guru penolong kanannya, sebaliknya beliau menyediakan pelan kontigensi atau
tindakan lain sehingga masalah yang timbul dapat diselesaikan.

Semua tindakan-tindakan ini adalah berlandaskan dengan peruntukan kuasa-


kuasa yang terdapat dalam buku Perintah Am. Maksudnya di sini, semua tindakan
itu bukan dilakukan secara sewenang-wenangnya. Pendekatan melalui penerangan,
nasihat dan teguran serta diikuti dengan tindakan disiplin adalah merupakan
tindakan untuk menambahbaikan dan bukan tindakan untuk menghukum.

Begitu juga isu berkaitan dengan keterampilan guru, guru besar


mengamalkan gaya kepimpinan berperikemanusiaan dan gaya kepimpinan
demokratik. Penglibatan semua orang dalam membuat keputusan atau tindakan
yang dalam bentuk musyawarah seperti dalam gaya kepimpinan demokrasi, telah
memungkinkan semua kakitangan di bawahnya akur dan menurut peraturan yang
seperti dikehendaki. Perbincangan melalui mesyuarat-mesyuarat dan ingatan serta
teguran serta-merta dengan memanggil guru-guru yang berkenaan untuk
mengetahui masalah mereka, memberi peluang guru-guru berkenaan memberi
penjelasan di atas kelewatan atau ketidakhadiran ke sekolah, menggambarkan guru
besar adalah seorang memahami jika masalah itu relevan dan gaya ini lebih kepada

14
gaya kepimpinan berperikemanusian. Beliau bukanlah seorang yang tidak
mempedulikan kesusahan atau masalah yang ditimbulkan oleh sebilangan guru,
tetapi beliau lebih merupakan seorang pemimpin yang cuba membimbing dan
memperbaiki keadaan. Beliau tidak menghukum sewenang-wenangnya sebaliknya
lebih kepada mendidik guru-guru tentang kepentingan mematuhi kod etika guru yang
sepatutnya dipatuhi dan diikuti.

Beliau juga mengamalkan Teori Kepimpinan Mengikut Situasi berkaitan


masalah ketidaktepatan masa guru masuk ke kelas. Hubungan antara beliau dengan
guru-guru berdasarkan rasa saling percaya mempercayai dan hormat menghormati
memungkinkan guru menyenangi cara teguran dibuat yang bertujuan untuk
memperbaiki bukan terus mengenakan hukuman. Bukan beliau sahaja yang selalu
menyebut masalah ini setiap kali dalam mesyuarat, tetapi beliau juga meminta guru-
guru penolong kanan sentiasa mengingatkan guru-guru tentang kepentingan guru-
guru masuk ke kelas mengikut jadual. Beliau turut memaklumkan implikasi-implikasi
yang akan timbul sekiranya guru-guru lambat masuk ke kelas. Di sini faktor
keselamatan murid diletakkan di aras yang tertinggi kerana sekiranya berlaku kes-
kes kemalangan di kalangan murid-murid atas sebab kecuaian guru-guru, isunya
akan berpanjangan dan tidak selesai hanya setakat itu sahaja. Faktor-faktor
perundangan selalu diwar-warkan supaya guru sentiasa siap siaga dan perlu
dielakkan sebaik mungkin.

Berkaitan dengan isu berniaga di sekolah, beliau mengamalkan gaya


kepimpinan autokratik, di mana peraturan larangan berniaga adalah peraturan
mandatori dan tidak boleh diamalkan sama sekali. Berdarkan gaya ini, beliau
menunjukkan ketegasan dalam mengeluarkan arahan dan arahan itu hendaklah
dipatuhi tanpa ada pengecualian. Ini ditunjukkan dengan ketegasan beliau menegah
peniaga-peniaga luar yang cuba meminta kebenaran menjual buku di sekolah.
Ketegasan beliau berasaskan kepada aduan dari pihak penjaga yang kurang senang
dengan anak-anak yang selalu meminta wang untuk membeli buku yang kadang-
kadang kurang berkualiti.

Langkah-Langkah untuk Penambahbaikan Kepemimpinan

15
Kejayaan atau kegagalan sesebuah organisasi dikaitkan dengan pemimpin
yang memimpin para pengikutnya yang merupakan penyumbang ke arah
berkenaan.

Edmond (1978), berpendapat ‘principals can make the difference’, yang


bermaksud bahawa sesebuah organisasi boleh dimajukan dan kemajuannya
berpunca daripada kepimpinan pihak pengurusan. Keupayaan memupuk kerjasama
antara pihak pengurusan dan kumpulan pekerja di dalam pelbagai aktiviti organisasi
merupakan prasyarat penting kepada kepimpinan berkesan.

Langkah-langkah untuk penambahbaikan kepemimpinan bergantung kepada


ciri-ciri kepemimpinan berkesan yang perlu ada pada seorang pemimpin. Pakar-
pakar pengurusan dalam penyelidikan menggariskan ciri-ciri lazim yang ada pada
kepimpinan berkesan ialah seperti berikut iaitu:

1. Semangat - mereka mempunyai cita-cita, ketabahan, ketekunan,


tekad, daya usaha, tenaga dan hasrat untuk mencapai kejayaan.

2. Kejujuran dan integriti - mereka mempunyai sikap keterbukaan,


boleh dipercayai, jujur dan boleh diharap.

3. Dorongan kepimpinan - mereka mempunyai hasrat yang tinggi


dalam mempengaruhi individu lain supaya menyokong usaha yang dilakukan
bagi mencapai tujuan dan matlamat yang telah ditetapkan oleh pemimpin.

4. Keyakinan diri - mereka sangat percaya pada keupayaan diri


sendiri dan boleh meyakinkan individu lain untuk berjaya dan mencapai
sasaran atau objektif yang ditetapkan.

5. Kepintaran - mereka berupaya menggabungkan dan mentafsirkan


maklumat-maklumat yang banyak. Kajian mendapati otak yang sangat pintar
belum tentu boleh membuatkan seseorang itu menjadi pemimpin yang
berjaya malah adakalanya menimbulkan kesan negatif pula.

6. Pengetahuan dalam bidang - mereka mempunyai ilmu dan


kepakaran yang cukup dalam bidang yang dipimpin.

16
7. Kreativiti - mereka berupaya mencipta idea-idea baru yang berguna
untuk tujuan memajukan organisasi.

8. Fleksibiliti - mereka berupaya menyesuaikan diri kepada keperluan


individu yang mereka pimpin dengan keperluan situasi dan masa.

Kejayaan sesebuah organisasi bergantung ke atas prestasi kumpulan


pentadbirannya, iaitu orang yang mengarah kerja dan memimpin kakitangan
keseluruhannya. Seperti contoh dalam organisasi di sekolah, ketua pemimpinnya
adalah Guru Besar dan diikuti dengan Guru Penolong Kanan Kurikulum, Hal Ehwal
Murid dan Kokurikulum. Kesemua mereka ini merupakan pemimpin yang
menguruskan dan mentadbir sekolah mengikut bidang masing-masing dengan Guru
Besar sebagai ketua pemimpin yang tertinggi. Ketua pemimpin mesti mendapatkan
kerjasama secara sukarela daripada guru-guru penolong kanannya kerana proses
kepimpinan memang melibatkan individu-individu ini. Setiap seorang daripadanya
cuba membimbing dan mendorong yang lain dalam usaha mencapai matlamat
organisasi atau sistem. Walaupun masing-masing guru penolong kanan mempunyai
bidang tugas dan tanggungjawab yang berlainan, menjadi tanggungjawab Guru
Besar menetapkan visi dan misi sekolah merangkumi ketiga-tiga bidang iaitu bidang
kurikulum, bidang hal ehwal murid dan bidang kokurikulum tercapai sebagai satu
matlamat tunggal.

Dalam proses perhubungan Guru Besar (Ketua Jabatan) dengan kakitangan


bawahan (guru dan kakitangan bukan guru), terdapat banyak aspek yang perlu
diberi perhatian. Misalnya, bagaimanakah seorang Ketua Jabatan mempengaruhi
tingkah laku kakitangan supaya dapat menghasilkan output yang sempurna.
Sebagai contoh, pengetua atau guru besar bersama guru-guru berusaha melahirkan
pelajar yang sempurna dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sahsiah.
Seorang pengetua atau guru besar mesti mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang
berkesan, agar mendapat kerjasama dan diterima oleh semua kakitangan di
sekolah.

Apabila seseorang itu berjaya memimpin, ini bermakna dia berjaya


mempengaruhi anggota-anggota yang lain di dalam organisasi itu. Kebolehan
mempengaruhi bergantung kepada unsur yang penting iaitu kuasa yang ada pada

17
seseorang itu. Dr Robiah Sidin (1988), dalam bukunya ‘Asas Pentadbiran
Pendidikan’, menegaskan bahawa secara umumnya ada dua jenis kuasa yang boleh
dipegang oleh seseorang pemimpin itu. Pertama, kuasa yang datang dengan
jawatannya di dalam organisasi itu dan kedua, kuasa yang berpunca daripada
keadaan dirinya sendiri atau kuasa individu. Kuasa yang bersangkut paut dengan
jawatan adalah kuasa yang diamanahkan mengikut perlembagaan dan batasan-
batasan yang sedia termaktub dalam buku Perintah Am yang memperuntukan
kuasa-kuasa tertentu yang perlu dipatuhi oleh semua pemimpin kakitangan awam
termasuklah seorang Ketua Jabatan. Walau bagaimanapun untuk seseorang itu
kekal menjadi pemimpin yang berkesan, dia perlu juga mempunyai kuasa yang
berunsurkan kebolehan tersendirinya.

Ciri-ciri tersebut adalah seperti berikut:

1. Mentaliti
- Kebijaksanaan atau kebolehan membuat perhitungan yang jauh
sebelum bertindak dengan menilai antara yang baik dan buruk
berdasarkan pertimbangan ilmu dan pengalaman.
- Keberanian atau kesungguhan serta kesanggupan menghadapi
cabaran dan masalah serta risiko, baik yang berpunca dari luar diri
atau dalam diri sendiri.
- Mempunyai inisiatif atau tindakan yang dimulakan sendiri tanpa
menunggu orang lain datang kepadanya minta bertindak.
- Mempunyai kreativiti sendiri, terutamanya dalam menyelesaikan
masalah-masalah yang wujud dalam organisasi.

2. Kemasyarakatan
- Kesediaan memberi dan menerima serta mendengar pendapat orang
lain.
- Sentiasa bersikap positif dan mengamalkan prinsip keterbukaan.
- Daya penggerak dan memiliki semangat juang yang kuat dan utuh.
- Kebolehan berkomunikasi secara berkesan dan sesuai dengan situasi
masyarakat yang dihadapi.

18
3. Moraliti
- Mempunyai disiplin diri yang teguh dan unggul.
- Kebersihan jiwa terutamanya dari segi keadilan, amanah, ketenangan,
kesabaran, keteguhan pendirian dan ketahanan diri yang jitu.
- Memiliki iman dan pedoman yang teguh, terutama bagi pemimpin yang
beragama Islam.

Antara ketiga-tiga ciri yang dinyatakan, moraliti adalah yang terpenting untuk
menilai seseorang pemimpin sama ada baik atau buruk, berkesan atau tidak, boleh
bertahan lama atau tidak.

Pemimpin memerlukan juga sikap tertentu untuk mempengaruhi orang lain.


Perkara yang paling penting ialah pemimpin harus mempunyai pengertian dan
tanggapan yang tajam terhadap individu-individu yang saling berurusan dengannya.
Selain daripada itu seorang pemimpin juga harus mempunyai:

i. Empati; iaitu kebolehan untuk memahami perasaan orang lain dan bersimpati.
ii. Kesedaran; akan kelemahan dan kekuatan dirinya sendiri. Sedar tentang
bagaimanakah anggapan orang lain terhadap dirinya. Hanya apabila ini
berlaku maka barulah kepercayaan kebolehan dirinya akan timbul.
iii. Kebolehan: untuk melihat secara objektif akan masalah-masalah dan tingkah
laku anggota-anggota lain. Pemimpin harus bersikap adil, boleh memberi
analisa yang adil dan tidak emosional.

Selain itu, sekiranya seseorang itu ingin menjadi pemimpin yang baik, dia
hendaklah mengamalkan perkara-perkara yang diketahui, dilihat dan diterima
sebagai baik, seperti berikut:

 Seseorang pemimpin harus bersedia untuk belajar dari sesiapa terutama


dengan individu yang lebih berpengalaman dari beliau, kerana ilmu kepimpinan
itu sesuatu yang boleh terus menerus dipelajari melalui latihan dan pengalaman.
 Seseorang pemimpin mesti berani memberi jawapan yang tegas kepada
sesuatu yang difikirkan baik atau tidak baik kepada organisasinya.

19
 Seseorang pemimpin yang baik berupaya memudahkan semua kerja, dengan
menjadikannya kerja-kerja biasa yang boleh dilakukan oleh kebanyakan orang
bawahannya dan tidak memerlukan pakar khusus.
 Seorang pemimpin yang baik mempunyai perhubungan baik dengan orang-
orang bawahannya. Dia mengenali mereka sebagai individu-individu yang
mempunyai keistimewaan tersendiri. Pemimpin yang baik juga tidak berkasar
sebaliknya menunjukkan kemesraan dengan orang-orang bawahannya.
 Seseorang pemimpin yang baik pandai membahagikan masa. Dia tahu bila
masa bertugas dan bila masa di luar tugas dan bertindak bersesuaian dengan
keadaan. Pemimpin yang tidak cekap selalu merasa runsing dan bimbang
dengan hal-hal tugas di mana juga dia berada.
 Kebiasaannya dalam sesebuah organisasi memang terdapat pelbagai jenis
ragam manusia: ada yang malas, ada yang rajin, ada yang boleh diharap serta
ada yang pandai bermuka-muka. Seorang pemimpin yang bijak tidak lemah
semangat dengan keadaan ini. Dia sepatutnya menerima hakikat sedemikian
dan menggunakan sebaik-baiknya keadaan yang ada untuk mengimbangi antara
satu sama lain.
 Seorang pemimpin yang baik, tahu dan mahu berbincang dengan orang-
orang bawahannya mengenai sesuatu hal yang dia sendiri tidak pasti. Dia tidak
hanya pandai mengeluarkan arahan saja.
 Seorang pemimpin yang baik mempunyai banyak pengetahuan dan
pengalaman mengenai tugas dan manusia.
 Seorang pemimpin yang baik pandai memperkembangkan kebolehan bekerja
orang bawahannya. Dia tahu mengagihkan tugas kepada mereka.
 Seorang pemimpin yang bijak tidak sekali-kali lemah semangat dan cepat
mengaku kalah apabila berdepan dengan sesuatu masalah. Kalau masalah tidak
dapat diselesaikan dengan satu cara, dia menggunakan cara lain. Dia sentiasa
bersikap positif.

Melalui ciri-ciri pemimpin berkesan di atas, beberapa kesimpulan boleh


dibuat. Di antaranya ialah kepimpinan ialah perlakuan seseorang yang boleh
menggerakkan orang lain untuk berfikir, merasa, bertindak dengan cara-cara
tertentu. Dalam hal ini seorang pemimpin harus mengetahui keperluan dan motif
orang-orang yang berkerja dengannya dan harus menitikberatkan pencapaian

20
matlamat kumpulan. Dia juga harus berjaya mengekalkan kekuatan yang ada pada
kumpulannya untuk menyelesaikan masalah dan mencapai matlamat masa depan.

Seseorang pemimpin boleh menonjolkan kepimpinannya hanya melalui


penglibatannya dalam kumpulan. Dalam kumpulan pula kekerapan interaksi
bersama kakitangan membolehkan keberkesanan kepimpinannya. Kalau seorang
pemimpin sentiasa “bersembunyi” dalam biliknya dan tidak mempunyai masa untuk
berinteraksi dengan kakitangannya, maka kepimpinannya kurang berkesan.

Kepimpinan bukan bergantung sepenuhnya kepada jawatan. Status jawatan


yang disandang hanya satu daripada punca potensi kepimpinan. Kejayaan
kepimpinan adalah fungsi kedua-dua kuasa; secara formal melalui jawatan dan
secara tidak formal yang bukan kerana jawatan, iaitu penerimaan orang-orang
bawahan.

Penutup

Gaya kepimpinan yang pelbagai menunjukkan bahawa konsep kepimpinan itu


adalah amat rumit. Seseorang pemimpin atau pentadbir yang memegang sesuatu
jawatan itu tidak semestinya terus dianggap menjadi seorang pemimpin. Pentadbir
harus pertama sekali berupaya menggerakkan anggota-anggota lain di dalam
sesuatu organisasi itu, membimbing dan mengarahkan pengikut atau kakitangan di
bawahnya menuju ke suatu matlamat tertentu yang telah ditetapkan dan dipersetujui
bersama.

Dalam pada itu, pentadbir harus memastikan bahawa beliau mematuhi


norma-norma yang telah ada sebagai seseorang pemimpin. Segala langkah
tindakannya juga harus memberi kepuasan kepada anggota-anggota bawahannya
secara individu. Untuk membolehkan pentadbir membuat penyesuaian terhadap
keperluan-keperluan yang bermacam-macam lagi kompleks, seseorang pemimpin
harus berupaya mengubahsuai gaya kepimpinannya mengikut keadaan yang wujud.

Keseluruhannya, walaupun teori-teori kepemimpinan yang dikemukakan di


atas berbeza dari segi pendekatan, isi dan kesimpulan, kesemuanya mirip
menyatakan ada satu saja cara yang terbaik untuk memimpin orang bawahan.

21
Masing-masing mempunyai kekuatan dan kelemahan yang tersendiri. Ada yang
mengatakan kejayaan bergantung kepada karisma seseorang, ada yang
mengatakan bahawa kejayaan pemimpin bergantung kepada kelakuan dan
perlakuan tertentu, dan ada pula yang mengatakan kejayaan bergantung kepada
anggapan pemimpin terhadap orang-orang bawahannya (Ibrahim Mamat, 2001).

Akhir sekali, calon terbaik yang boleh dijadikan role model dalam bab
kepimpinan ini adalah nabi junjungan kita iaitu Nabi Muhammad SAW seperti firman
Allah Taala yang bermaksud:

“Sesungguhnya, adalah bagimu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang
baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan keredhaan Allah dan
balasan baik hari akhirat, serta ia pula menyebut dan banyak mengingati
Allah.”
(Surah al-Ahzab, ayat 21)

Telah terbukti Nabi Muhammad adalah merupakan manusia yang terbaik dari
segenap sudut khususnya dalam soal berkaitan kepimpinan sebagaimana yang
diperakui oleh seorang penulis yan bernama Michael H. Hart dalam bukunya ‘100
Most Influential Person In The World’. Beliau meletakkan Nabi Muhammad di tempat
yang pertama mengatasi 99 individu lain dengan tambahnya, tidak ada manusia
yang dikenang dan diperincikan segenap perkara mengenai hidupnya dan beliau
mampu membina tamadun yang gemilang dengan hanya mengambil masa 23
tahun, malah mampu menjadi contoh dari sudut emosi, spiritual dan keduniaan
dengan begitu berjaya sekali.

22
Rujukan

1. Abd. Rahim Abd. Rashid (2005) : Profesionalisme Keguruan: Prospek dan


Cabaran, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.

2. Abd. Razak Wahid (Februari 2001) : Pengetua Sebagai Pemimpin


Perubahan, Jurnal Institut Pengetua, Kuala Lumpur.

3. Ayob Jantan (2004) : Pengetua Sekolah Yang Efektif, Pahang, PTS


Publactions & Distributors Sdn. Bhd.

4. Chek Mat ( 2003): Kemahiran Memimpin, Kuala Lumpur, Maziza Sdn. Bhd.

5. Fiedler, F.E (1971): Leadership. Morristown : General Learning Press.

6. Fiedler, F.E (1967): A Theory Of Leadership Effectiveness, New York:


McGraw Hill.

7. Hanafi Kamal (1990): Implikasi Beberapa Teori Kepada Kepimpinan Di


Sekolah, Suara Pendidik, 13-14 (3 & 4), 28-32.

8. Hussein Haji Ahmad (1993): Pendidikan Dan Masyarakat, Kuala Lumpur,


Dewan Bahasa Dan Pustaka.

9. Hussein Mahmood (1993): Kepimpinan Sekolah. Kuala Lumpur, Kumpulan


Budiman Sdn. Bhd.

10.Ibrahim Mamat (1993): Kepimpinan Sekolah. Kuala Lumpur, Kuala Lumpur.

23
11.Kamaruddin Hj. Kachar(1990): Kepimpinan Profesional Dalam Pendidikan,
Kuala Lumpur, Teks Publishing Sdn. Bhd.

12.Omardin Ashaari (1996): Pengurusan Sekolah : Satu Panduan Lengkap,


Kuala Lumpur, Utusan Publications & Distributors.

13.Peter Drucker (1973): Management, New York, Herper & Row.

14.Robiah Sidin (1998): Pemikiran Dalam Pendidikan, Shah Alam, Fajar Bakti.

15.Robbins, S.P (1968) : Management : Concepts And Practices, New Jersey,


Prentice-Hall, Inc.

16.Shahril @Charil Marzuki (2003): Ciri-Ciri Kepimpinan Pengetua/Guru Besar


Yang Berkesan Yang Dapat Menghadapi Cabaran Dan Harapan Pada Abad Ke
21, Jurnal Institut Pengetua, Kuala Lumpur.

17.Syed Ismail bin Syed Mustapa dan Ahmad Subki bin Miskon (2010) : Asas
Kepimpinan & Perkembangan Profesional, Selangor Darul Ehsan, Penerbitan
Multimedia Sdn. Bhd.

18.Stogdill, RM (1970) : Leadership, Membership And Organization,


Psychological Bulletin, 47.

19.Thomas J Sergiovanni (1980) : The New School Executive : A Theory Of


Administration, New York, Harper And Row Publishers Inc.

http://kalamkhalifah.com/2011/07/bincangkan-teori-teori-utama-kepemimpinan-
dalam-pengurusan-konvensional/

http://kulanzsalleh.com/pengenalan-tentang-kepimpinan/

http://kulanzsalleh.com/ciri-ciri-pemimpin-yang-baik/

http://www.amaljaya.com/guru/wp-content/uploads/2011/09/tajuk-6_kepemimpinan-
guru.pdf

24
LAMPIRAN

25

Anda mungkin juga menyukai