Anda di halaman 1dari 7

BAHAGIAN A

[30 Markah]

Fahami petikan dan bahan grafik di bawah. Kemudian, huraikan pendapat anda tentang faedah-
faedah menabung. Panjangnya huraian hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan.
KARANGAN BAHAGIAN A

Pada era pasca kemerdekaan ini, seluruh dunia telah dilanda kemelut // penyebaran akibat
pandemik COVID-19. Namun begitu, pandemik ini sedikit sebanyak telah menjejaskan rakyat
Malaysia dalam pelbagai aspek terutamanya aspek kewangan. Kebanyakan warganegara
Malaysia telah dipotong gaji dan juga diberhentikan kerja akibat pandemik ini. Situasi ini telah
mendorong mereka untuk memula semula // untuk menabung bagi penampung diri dan juga
keluarga. Persoalannya, apakah antara faedah yang terdapat jika // menabung?

Antaranya ialah menabung dapat menolong individu jika berlakunya kecemasan. Hal ini kerana,
terdapat kemalangan yang mungkin akan berlaku pada diri // sendiri yang boleh mengakibatkan
kos yang tinggi . Sebagai contoh, pandemik COVID-19 memainkan peranan pada masa sekarang
yang boleh memberikan kesusahan kepada individu jika terkena penyakit tersebut kerana malang
tidak berbau. Oleh itu, setiap individu perlulah mementingkan bertabung agar tidak memberi
kecundangan.

Selain itu, bertabung dapat membantu pembiayaan // kos pembelajaran seseorang. Ini kerana,
pada zaman ini, kos // untuk ke universiti // sangat tinggi dan mahal mengakibatkan ramai orang
tidak mampu untuk membayarnya. Contohnya, pelajar yang sudah menamatkan
pembelajarannya di // kolej boleh menggunakan duit tabungan untuk meneruskan ijazah di
universiti dengan lebih mudah. Dengan itu kita haruslah sentiasa menyediakan payung sebelum
hujan supaya masa depan terjamin.

Akhir sekali,
11/30
BAHAGIAN B
[70 markah]

Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 350
hingga 500 patah perkataan.

Petikan di atas melaporkan bahawa kegiatan penerokaan tanah dan hutan menjadi salah satu
sebab berlakunya pencemaran alam di sesetengah kawasan khususnya dan di negara ini secara
umumnya.

Huraikan peranan-peranan pelbagai pihak bagi mengatasi masalah penerokaan tanah dan hutan
secara haram di negara ini.

Petikan di atas menggambarkan pelbagai masalah sosial timbul apabila aspek akhlak terpuji
diabaikan. Sehubungan dengan itu, usaha perlu diambil untuk membentuk akhlak terpuji dalam
diri seseorang.

Jelaskan usaha-usaha yang dapat dilakukan untuk membentuk akhlak yang terpuji dalam diri
seseorang.
Petikan di atas menyarankan para graduan mencipta pekerjaan sendiri selepas bergraduasi,
bukannya mencari pekerjaan sama ada di sektor kerajaan ataupun di sektor swasta. Mereka
hendaklah melakukan persediaan sebelum mereka menamatkan pengajian di institusi pengajian
tinggi.

Jelaskan persediaan-persediaan yang anda lakukan sebelum anda menceburkan diri dalam
bidang kerjaya yang anda pilih.

Petikan di atas menyatakan maklumat berkaitan cabaran bidang sastera pada zaman ini.

Bincangkan peranan pelbagai pihak dalam memartabatkan bidang sastera dalam kalangan
masyarakat.
KARANGAN BAHAGIAN B

soalan 1

Dalam mendepani abad era modenisasi pada abad ke-21 {UNSUR LEWAH} ini, dunia
menyaksikan kelumpuhan // di setiap negara akibat dilanda kemelut penyebaran pandemik
COVID-19 yang kian membarah. Amalan penjarakan sosial yang diamalkan bagi mengekang
penularan virus ini telah membataskan aktiviti interaksi sosial dalam kalangan masyarakat secara
bersemuka, namun tetap dirancakkan menerusi komunikasi di alam maya. Dasawarsa ini hangat
diperkatakan dalam pelbagai platform media sosial mengenai masalah penerokaan tanah dan
hutan secara haram di negara ini. Isu ini tersebar dan menjadi polemik dalam kalangan
masyarakat. Isu ini dianggap serius kerana generasi masa kini merupakan peneraju pucuk
pimpinan negara pada masa hadapan dan menjadi aset model bertepatan dengan peribahasa
pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara.[TR] Oleh itu, terdapat peranan-peranan pelbagai
pihak bagi mengatasi masalah penerokaan tanah dan hutan secara haram di negara ini.

Antaranya ialah individu atau [KHUSUSNYA] remaja yang bertanggungjawab haruslah


mengongsikan isu tersebut di media sosial. Hal ini kerana, kebanyakan remaja pada zaman yang
canggih ini menggunakan media sosial untuk mendapatkan sebarang berita yang hangat dan
viral. Bukan itu sahaja, malah, perkongsian melalui media sosial boleh memberikan kesan yang
munasabah dan lebih laju berbanding di televisyen dengan adanya aplikasi untuk ‘like’ gambar .
Sebagai contoh, aplikasi-aplikasi seperti Instagram, Twitter , Facebook dan yang lain-lain dapat
menolong remaja untuk meletakkan gambar atau video di media sosial mengenai masalah
penerokaan tanah dan hutan yang telah berlaku. Bertepatan dengan peribahasa sediakan
payung sebelum hujan jelas membuktikan bahawa remaja yang menggunakan media sosial
dapat membantu // hutan yang kian telah dimusnahkan oleh orang yang sombong. Oleh itu,
seluruh individu dan juga remaja perlulah memainkan peranan yang penting terhadap isu ini agar
tanah dan hutan dapat dijaga.

Selain itu, ibu dan bapa perlulah mendidik anak-anak tentang kepentingannya tanah dan
hutan. Ini kerana, anak-anak di era ini lebih mementingkan permainan video dan tidak lagi keluar
untuk bermain mengakibatkan mereka tidak sedar tentang isu yang berat tersebut. anak-anak
juga mempunyai kurang pengetahuan dan // [TIDAK MENYEDARI] kepentingannya hutan kepada
dunia ini kerana mereka terlalu sibuk dengan hal yang tidak berfaedah. Contohnya, Ibu bapa
haruslah mengajak anak-anak keluar ke halaman rumah bagi melakukan aktiviti seperti menanam
pokok-pokok supaya dapat menarik minat anak-anak terhadap hutan dan alam sekitar. Ibu bapa
juga boleh melakukan aktiviti mendaki gunung dan mengembara hutan bersama anak-anak untuk
meninggikan lagi [PERASAAN] kecintaan mereka terhadap hutan kerana hendak seribu daya tak
hendak seribu dalih[TAK KENAL MAKA TAK CINTA]. Dengan itu, pendidikan ibu bapa kepada
anak-anak dapat meningkatkan kadar keselamatan [TAHAP KESEDARAN] kepada hutan
daripada berlakunya sebarang aktiviti pembalakan secara haram [SEKALI GUS MENGATASI
MASALAH ...].

Seterusnya, guru-guru di sekolah perlulah mengadakan kempen sayangi hutan dan alam
sekitar kepada pelajar-pelajar di sekolah [BAGI MENYOKONG.....]. Kempen ini dapat memupuk
dan menyedarkan murid bahawa alam sekitar merupakan sumber yang penting kepada manusia
dan semua benda hidup yang terdapat di muka bumi ini. Kempen ini juga dapat mengajar semua
pelajar untuk bersyukur [DAN MENGHARGAI] dengan anugerah yang telah diberikan oleh Tuhan.
Sebagai contoh, kempen ini boleh diadakan dalam pelbagai cara dengan menyediakan
pertandingan kuiz tentang alam sekitar atau pertandingan melukis hutan kepada setiap pelajar
[NAMA / CONTOH KEMPEN]. Bukan itu sahaja, malah, guru-guru dapat meningkatkan ilmu
murid-murid dengan adanya kempen ini kerana sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Tuntasnya, murid-
murid di sekolah hendaklah mengikuti sebarang kempen yang telah ditubuhkan oleh sekolah
supaya tanah dan hutan dapat dipelihara dengan lebih baik.

Di samping itu, pihak kerajaan haruslah [MENGGUBAL DAN] menguatkuasakan undang-


undang hutan dengan lebih ketat. Penguatkuasaan undang-undang dengan lebih ketat dapat
menakutkan individu yang sering melakukan aktiviti secara haram. Undang-undang yang lebih
ketat juga boleh menolong hutan daripada berlakunya penbangan pokok secara berleluasa.
Contohnya, pihak kerajaan perlulah menyaman sekurang-kurangnya RM10 000 kepada setiap
individu [ATAU KUMPULAN] yang melakukan aktiviti secara haram supaya mereka tidak berani
untuk melakukan sebarang aktiviti haram lagi. Pihak kerajaan perlulah bertanggungjawab untuk
meletakkan papan tanda yang bertulis ‘DILARANG MENEBANG POKOK’ di setiap hutan
[KURANG RELEVAN] bagi mengurangkan risiko pembalakan haram berlaku. Natijahnya, pihak
kerajaan perlulah mengutamakn hutan dahulu agar perkara yang sama tidak ulang kerana sesal
dahulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna.

Sebagai intiha, sudah terang lagi bersuluh bahawa terdapat peranan-peranan pelbagai
pihak bagi mengatasi masalah penerokaan tanah dan hutan secara haram di negara ini. Oleh itu,
semua pihak perlu mengambil langkah sederap, berpadu tenaga serta bersatu hati bagi
mengatasi masalah penerokaan tanah dan hutan secara haram di negara ini. Tindakan
mengharapkan sesetengah pihak sahaja untuk memainkan peranan untuk menyelesaikan
masalah penerokaan tanah dan hutan secara haram di negara ini semata-mata tidak akan
berkesan kerana bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi. Oleh kerana itulah, [AHLI]
masyarakat perlu sentiasa berganding bahu dengan pelbagai pihak bagi membasmi masalah
penerokaan tanah dan hutan di negara ini kerana serumpun bagai serai, seliang bagai tebu.
Janganlah kita berputus asa untuk menangani masalah penerokaan tanah dan hutan secara
haram di negara ini daripada terus membelenggu masyarakat kerana ‘patah sayap bertongkat
paruh, patah paruh bertongkat siku, patah siku bertongkat dagu, patah dagu bertongkat kuku’.

K-48
E-3
J-45/70

Anda mungkin juga menyukai