Anda di halaman 1dari 2

PENDAHULUAN

Jika benihnya benih baik,


Jika tanahnya tanah cantik,
Jika bajanya baja baik,
Tentu pokok cepat naik.

Gurindam warisan yang telah diwarisi sejak zaman-berzaman hasil garapan nenek
moyang ini jelas menunjukkan penerapan akhlak yang baik serta keperibadian mulia sejak
kecil lagi amatlah dituntut bagi membentuk generasi masa hadapan yang bermutu tinggi.
Dalam mendepani abad era modenisasi pada abad ke-21 ini, dunia menyaksikan iktisad
negara yang pesat membangun seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Bahkan,
walaupun dilanda kemelut akibat penyebaran pandemik COVID-19, pembangunan negara
tetap memberangsangkan sehingga berupaya untuk duduk sama rendah, berdiri sama tinggi
dengan negara maju yang lain. Namun begitu, dasawarsa ini sering meniti dari bibir ke bibir
di segenap empat pelosok sarwajagat mengenai (isu/topik yang diketengahkan dalam
esei). Isu ini telah tersebar dan menjadi polemik dalam kalangan masyarakat. Isu ini
dianggap serius kerana generasi masa kini merupakan peneraju pucuk pimpinan negara
pada masa hadapan dan menjadi aset model bertepatan dengan peribahasa pemuda
harapan bangsa, pemudi tiang negara. Oleh itu, pelbagai (peranan / usaha / langkah
penyelesaian / mana-mana yang bersesuaian dengan kehendak soalan) yang wajar
dilaksanakan oleh setiap pihak.
PENUTUP

Sebagai intiha, sudah terang lagi bersuluh bahawa (isu/topik yang diketengahkan).
Oleh itu, semua pihak perlu berpadu tenaga, bersatu hati bagi (isu/topik yang
diketengahkan). Tindakan mengharapkan sesetengah pihak sahaja untuk memainkan
peranan untuk menyelesaikan (masalah/gejala/isu, disesuaikan dengan topik) ini
semata-mata tidak akan berkesan kerana bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi.
Oleh kerana itulah, masyarakat perlu sentiasa berganding bahu dengan pelbagai pihak bagi
(membasmi/mengatasi/menangani) (isu/topik yang diketengahkan) kerana serumpun
bagai serai, seliang bagai tebu. Janganlah kita berputus asa untuk
(mengatasi/menangani/membasmi) (isu/topik yang diketengahkan) daripada terus
membelenggu masyarakat kerana ‘patah sayap bertongkat paruh, patah paruh bertongkat
siku, patah siku bertongkat dagu, patah dagu bertongkat kuku’.

Anda mungkin juga menyukai