Anda di halaman 1dari 21

TIRANI

Beb Sabariah
TEMA
Tema
Kegigihan seorang wanita dalam menempuh berbagai-bagai cabaran dan dugaan dalam
kehidupannya.

Peristiwa/bukti:

1) Kegigihan Waheeda dalam mengembangkan sayap perniagaannya terserlah apabila dia berani
membuat pinjaman baharu untuk membeli Chalet Iwana-Iwani yang terletak di Cameron
Highlands dan menukar namanya kepada Chalet Aya-Sajinah.

2) Kegigihan Waheeda dalam membina hubungan persahabatan turut digambarkan dalam novel
ini. Waheeda gigih dan bijak berdepan dengan sikap prejudis sahabat baiknya, Bazilah yang
mencemburui hubungan baiknya dengan tunangnya sendiri, Dr. Zahari.

3) Waheeda cekal mengharungi liku-liku pahit dan manis dalam alam rumah tangganya bersama-
sama dengan Zahid sehingga memperoleh seorang cahaya mata perempuan. Dia turut
mengalami masalah kemurungan akibat keretakan dalam rumah tangganya.
BINAAN
PLOT
Binaan Plot

Permulaan:

Waheeda ialah seorang yang gigih berusaha dan tabah untuk mencapai cita-cita dan sasarannya. Dia tinggal dengan
keluarganya di Tajau Emas, Sarawak. Keluarganya mengasaskan industri perkhidmatan pelancongan. Waheeda selalu
memandang rendah terhadap diri sendiri kerana wajahnya tidak cantik. Waheeda memiliki mata yang sepet dan hidung
yang pesek. Pada zaman sekolah rendah, Waheeda sering menjadi usikan budak-budak nakal yang memanggilnya dengan
gelaran muka keropok. Setelah menjelang zaman remaja, Waheeda menaruh keinginan untuk menjadi cantik walaupun
ibunya, Puan Raidah sentiasa menasihati Waheeda agar dia menghargai wajahnya kerana itulah ciptaan atau hadiah yang
diberikan oleh Tuhan. Secara kebetulan, wajahnya mengalami kecederaan setelah diserang oleh seekor monyet belanda
ketika sedang berada di dalam pejabatnya bersama dengan sepupunya, Fatimah. Waheeda telah dikejarkan ke Hospital
Besar Kuching bagi mendapatkan rawatan kecemasan. Namun, Dr. Zakaria menyarankan Waheeda mendapatkan rawatan
pembedahan kosmetik sekiranya ingin menghilangkan parut tersebut. Oleh hal yang demikian, dia mengambil keputusan
untuk menjalani pembedahan plastik di Singapura bagi mengelakkan sentimen pandangan masyarakat.
Binaan Plot
Perkembangan:

Waheeda telah meninggalkan Sarawak dan bertolak ke Singapura untuk menjalani pembedahan plastik. Di sana, dia tinggal di rumah
kawan lamanya, Bazilah di Yinshun Street dan telah mengenali kawan baharu seperti Dr. Zahari iaitu tunangan kepada sahabat baiknya.
Waheeda juga mengenali Dr. Alma Chan, Dr. Sirrim Gazizadeh dan Dr. Rushdi (Averose) semasa menjalani pembedahan plastik atau
rekonstruksi pada hidungnya di Silicon Medical Centre. Selepas beberapa bulan, dia mendapat pekerjaan baharu di Flamingo Resort
semasa dia bercuti di Pulau Sentosa. Dia bekerja sebagai seorang pegawai perhubungan awam. Pada masa itu, dia mengenali banyak
kawan baharu termasuklah Lais dan Halloway. Waheeda juga berkenalan rapat dengan Zahid yang menginap di situ setelah pulang dari
Amerika Syarikat. Secara kebetulan, Zahid merupakan anak kepada Dato Yasser yang memiliki Hotel Sri Gading di Sarawak. Syarikat
pelancongan Waheeda sering kali melakukan kerjasama dengan syarikat Dato Yasser. Perhubungan Waheeda menjadi semakin serius
dan mereka telah dilamun percintaan. Waheeda kemudiannya terpilih untuk mewakili Flaminggo Resort dalam pertandingan Ratu
Pelancongan Antarabangsa. Setelah dia memenangi pertandingan tersebut, Waheeda menjadi Ratu Pelancongan Antarabangsa dan
semakin sibuk dengan kerjayanya. Akibat kesibukkannya, Waheeda juga telah jatuh sakit dan terkena selesema sehingga tulang rawan
hidungnya runtuh. Selepas masalah hidungnya yang runtuh selesai, Waheeda pulang ke Sarawak untuk melangsungkan majlis
perkahwinan dengan Zahid.

Perumitan:

Selepas berkahwin, hubungan antara Waheeda dengan Zahid semakin erat. Waheeda ingin memajukan syarikat sektor perlancongannya
sendiri. Oleh itu, Waheeda menolak tawaran penggabungan syarikatnya dengan syarikat Dato Yasser. Hal ini menyebabkan Zahid
merasakan Waheeda agak bongkak. Kesibukan bekerja juga menyebabkan hubungan mereka tidak rapat lagi. Mereka terpaksa
berjumpa dengan pelbagai tetamu sehingga sentiasa lupa akan janji temu untuk makan tengah hari bersama-sama. Zahid yang sentiasa
dilupakan oleh Waheeda berasa sangat marah dan mula mengesyaki keikhlasan hati Waheeda terhadapnya. Zahid telah menuduh
Waheeda curang dan menganggap anak dalam kandungan Waheeda bukan anaknya. Hal ini telah mengakibatkan Zahid sentiasa tidak
pulang ke rumah walaupun Waheeda hamil. Semasa Waheeda hendak melahirkan anak, Zahid menghilangkan diri. Raidah berasa tidak
berpuas hati terhadap perbuatan Zahid yang membiarkan anak yang baru dilahirkan dan isterinya di hospital.
Binaan Plot
Klimaks:

Hubungan Waheeda dan Zahid semakin meruncing. Hal ini disebabkan sikap pemarah dan sikap cemburu Zahid terhadap Waheeda.
Zahid bertambah marah apabila melihat wajah bayi mereka tidak mewarisi kecantikan dirinya apatah lagi Waheeda. Waheeda cuba
membuktikan tuduhan Zahid tidak benar dengan menunjukkan keputusan DNA anaknya yang dapat membuktikan bahawa Izzati ialah
anak Zahid ketika Zahid melawatnya di hospital. Hal yang menyedihkan ialah Zahid langsung tidak mahu melihat keputusan DNA itu. Dia
menuduh Waheeda mengkhianatinya kerana mempunyai seorang anak dengan lelaki lain. Hal ini menyebabkan Zahid menceraikan
Waheeda dengan talak 1. Akibat penceraian tersebut, Waheeda mengalami migrain meroyan dan kemurungan kerana terlalu mencintai
Zahid serta tekanan emosi. Namun, keluarga Waheeda segera merawat Waheeda dengan membawanya ke Hospital PUSRAWI dan
mendapatkan rawatan melalui Dr. Kamariah. Di sana, Waheeda terserempak dengan Lais lalu mencetus idea pembelian Chalet Iwana
Iwani di Tanah Tinggi Cameron melalui Pak Cik Aziz yang merupakan bapa saudara Lais. Waheeda kemudiannya memulakan kehidupan
barunya di sana bersama Izzati.

Peleraian:

Waheeda telah berumur 45 tahun tetapi kelihatan wajahnya lebih cantik dan muda berbanding dengan Izzati yang telah berumur 20 tahun
sehingga menjadi tanda tanya kepada Izzati. Waheeda menjelaskan kepada Izzati bahawa kecantikan itu adalah tirani yang berumur
pendek dan tidak kekal. Walaupun hanya berumur 20 tahun, Izzati telah menamatkan pelajarannya dan mempunyai ijazah. Izzati
membantu ibu menguruskan hal ehwal syarikat ibunya di Syarikat Aya-Sajinah. Zahid yang baru pulang dari Los Angeles sedang bercuti
di Aya-Sajinah ternampak Izzati dan dia berasa terdapat satu ikatan antara mereka iaitu ikatan antara seorang ayah dengan anak. Zahid
bercuti bersama rakan baiknya, Aiman telah meluahkan segala kekesalan dalam hidupnya kepada Aiman termasuklah peristiwa Zahid
menceraikan Waheeda kerana bersikap cemburu serta peristiwa dia menolak untuk melihat keputusan ujian DNA anaknya. Zahid juga
menceritakan bahawa dia mengalami kemalangan lalu menjadikan dirinya tempang serta tidak mampu mempunyai anak lagi. Akhirnya,
Zahid dan Waheeda bertemu. Zahid menyesali segala perbuatannya terhadap Waheeda dan Izzati dan meminta pengampunan daripada
Waheeda. Izzati merayu kepada ibunya supaya mengampunkan kesalahan bapanya, Zahid.
PERSOALAN
Persoalan

1) Kegigihan dalam menempuh pelbagai dugaan.


- Kegigihan Waheeda dalam mengembangkan sayap perniagaannya terserlah apabila dia berani
membuat pinjaman baharu untuk membeli Chalet Iwana-Iwani yang terletak di Cameron
Highlands dan menukar namanya kepada Chalet Aya-Sajinah.

2) Ketabahan berdepan dengan pelbagai masalah.


- Sebagai seorang ibu tunggal, Waheeda tabah mendidik dan membesarkan anaknya Izzati sejak
lahir di samping menguruskan perniagaan pelancongannya setelah diceraikan oleh suaminya
Zahid.

3) Kesabaran menghadapi dugaan dalam kehidupan.


- Waheeda sabar menghadapi karenah suaminya Zahid yang kuat cemburu dan panas baran
walaupun dia difitnah mengadakan hubungan sulit.
WATAK DAN
PERWATAKAN
Watak dan Perwatakan
Waheeda

1) Seorang yang gigih dalam menempuh pelbagai dugaan.


- Kegigihan Waheeda dalam mengembangkan sayap perniagaannya terserlah apabila dia berani
membuat pinjaman baharu untuk membeli Chalet Iwana-Iwani yang terletak di Cameron
Highlands dan menukar namanya kepada Chalet Aya-Sajinah.

2) Seorang yang tabah berdepan dengan pelbagai masalah.


- Sebagai seorang ibu tunggal, Waheeda tabah mendidik dan membesarkan anaknya Izzati sejak
lahir di samping menguruskan perniagaan pelancongannya setelah diceraikan oleh suaminya
Zahid.

3) Seorang yang sabar menghadapi dugaan dalam kehidupan.


- Waheeda sabar menghadapi karenah suaminya Zahid yang kuat cemburu dan panas baran
walaupun dia difitnah mengadakan hubungan sulit.
LATAR
MASYARAKAT
Latar Masyarakat

1) Masyarakat yang gigih dalam menempuh pelbagai dugaan.


- Kegigihan Waheeda dalam mengembangkan sayap perniagaannya terserlah apabila dia berani
membuat pinjaman baharu untuk membeli Chalet Iwana-Iwani yang terletak di Cameron
Highlands dan menukar namanya kepada Chalet Aya-Sajinah.

2) Masyarakat yang tabah berdepan dengan pelbagai masalah.


- Sebagai seorang ibu tunggal, Waheeda tabah mendidik dan membesarkan anaknya Izzati sejak
lahir di samping menguruskan perniagaan pelancongannya setelah diceraikan oleh suaminya
Zahid.

3) Masyarakat yang sabar menghadapi tuduhan tanpa usul periksa.


- Waheeda sabar menghadapi karenah suaminya Zahid yang kuat cemburu dan panas baran
walaupun dia difitnah mengadakan hubungan sulit.
NILAI
Nilai
1) Nilai kegigihan.
- Kegigihan Waheeda dalam mengembangkan sayap perniagaannya terserlah apabila dia berani
membuat pinjaman baharu untuk membeli Chalet Iwana-Iwani yang terletak di Cameron
Highlands dan menukar namanya kepada Chalet Aya-Sajinah.

2) Nilai ketabahan.
- Sebagai seorang ibu tunggal, Waheeda tabah mendidik dan membesarkan anaknya Izzati sejak
lahir di samping menguruskan perniagaan pelancongannya setelah diceraikan oleh suaminya
Zahid.

3) Nilai kesabaran.
- Waheeda sabar menghadapi karenah suaminya Zahid yang kuat cemburu dan panas baran
walaupun dia difitnah mengadakan hubungan sulit.
PENGAJARAN
Pengajaran

1) Kita mestilah gigih dalam menempuh pelbagai dugaan.


- Kegigihan Waheeda dalam mengembangkan sayap perniagaannya terserlah apabila dia berani
membuat pinjaman baharu untuk membeli Chalet Iwana-Iwani yang terletak di Cameron
Highlands dan menukar namanya kepada Chalet Aya-Sajinah.

2) Kita hendaklah tabah berdepan dengan pelbagai masalah.


- Sebagai seorang ibu tunggal, Waheeda tabah mendidik dan membesarkan anaknya Izzati sejak
lahir di samping menguruskan perniagaan pelancongannya setelah diceraikan oleh suaminya
Zahid.

3) Kita perlulah sabar menghadapi dugaan dalam kehidupan.


- Waheeda sabar menghadapi karenah suaminya Zahid yang kuat cemburu dan panas baran
walaupun dia difitnah mengadakan hubungan sulit.
PERISTIWA
MENARIK
Peristiwa Menarik

1) Semasa Waheeda gigih dalam menempuh pelbagai dugaan.


- Kegigihan Waheeda dalam mengembangkan sayap perniagaannya terserlah apabila dia berani
membuat pinjaman baharu untuk membeli Chalet Iwana-Iwani yang terletak di Cameron
Highlands dan menukar namanya kepada Chalet Aya-Sajinah.

2) Sewaktu Waheeda tabah berdepan dengan pelbagai masalah.


- Sebagai seorang ibu tunggal, Waheeda tabah mendidik dan membesarkan anaknya Izzati sejak
lahir di samping menguruskan perniagaan pelancongannya setelah diceraikan oleh suaminya
Zahid.

3) Semasa Waheeda sabar menghadapi dugaan.


- Waheeda sabar menghadapi karenah suaminya Zahid yang kuat cemburu dan panas baran
walaupun dia difitnah mengadakan hubungan sulit.
KONFLIK / CABARAN &
PENYELESAIAN
Konflik / Cabaran & Penyelesaian
- Konflik antara Waheeda dengan ibu bapanya yang Bagi mengatasi konflik ini, Waheeda menerima baik nasihat
menentang hasratnya untuk menjalani pembedahan plastik ibu bapanya, Namun begitu, selepas peristiwa mukanya
pada wajahnya. dicakar monyet dan mengakibatkan parut yang dalam,
Waheeda telah menjalani pembedahan kosmetik di
Bukti peristiwa: Singapura dan menjadi sangat cantik. Ibu bapanya juga
Konflik ini tercetus apabila Waheeda mahu menjadi cantik dan terpaksa membenarkan Waheeda menjalani pembedahan
berhidung mancung kerana hidungnya yang pesek itu sering tersebut.
menjadi ejekan rakan-rakannya. Waheeda memasang niat
untuk membuat pembedahan plastik di bahagian hidung dan
mata. Namun, ibu bapanya tidak bersetuju kerana bercanggah
dengan hukum agama. Mereka memujuk Waheeda supaya
tidak melakukan perkara yang dihajatinya itu.

- Konflik Waheeda dengan suaminya, Zahid berkaitan pelbagai Bagi menyelesaikan konflik ini, Waheeda telah
tuduhan dan rasa cemburu dalam rumah tangga mereka. menerangkan bahawa dia benar-benar mencintai Zahid dan
tidak pernah bersikap curang. Waheeda juga telah
Bukti peristiwa: melakukan ujian DNA ke atas anaknya dan menyerahkan
Konflik ini tercetus apabila Zahid telah menemui Waheeda di laporan ujian tersebut kepada Zahid sebagai bukti kesetiaan
sebuah bilik penginapan penghuni di Chalet Tajau Emas. Zahid dan status anak perempuan mereka. Namun, Zahid
berasa cemburu dan salah sangka atas kesetiaan Waheeda. menolak untuk melihat laporan tersebut lalu menceraikan
Zahid juga berasa cemburu kerana Waheeda bersahabat baik Waheeda dengan talak 1.
dengan lelaki lain semasa dia di Singapura. Rentetan daripada
peristiwa itu, Zahid telah mempertikaikan status anak yang
dilahirkan oleh Waheeda kerana anak perempuannya itu tidak
mewarisi kecantikan mereka berdua.

Anda mungkin juga menyukai