Anda di halaman 1dari 4

Teknik Plot : Novel Tirani

Pemerian
Pengarang memerihalkan upacara menyarungkan cincin perkahwinan pengantin lelaki di jari
pengantin perempuan. Contohnya, Waheeda tersenyum mengalu-alukan Mak Cik Hazimah,
ibu saudara Zahid, lalu menghulurkan tangan kanannya. Haziamah menyarungkan cincin
pemberian Zahid di jari manis untuk memantapkan ikatan perkahwinan mereka. Waheeeda
berengsot dan mencium tangan suaminya. Zahid merapatkan wajahnya ke hadapan lalu
mencium dahi isterinya. Mesra dan kejap.
Pengarang memerihalkan keadaan wajah Waheeda selepas dia menjalani pembedahan plastik.
Contohnya, mata Waheeda berbalut dan hidungnya pula berbebat selama dua hari berada di
wad selepas pembedahan. Seterusnya, wajah Waheeda dipuji oleh kawannya, Bazilah kerana
wajahnya sememang manis ditambah pula kelopak mata cantik berlapis. Hidungnya mancung
macam heroin Hindustan, sampai Bazilah hilang kata-kata untuk memujinya.

Kejutan
Antara contoh teknik kejutan yang terdapat dalam novel ini ialah perisitiwa serangan monyet
Belanda di Chalet Tajau Emas. Monyet Belanda yang menceroboh chalet tersebut
menyebabkan suasana menjadi kelam kabut. Penghuni dan pekerja-pekerja lari bertempiaran
untuk menyelamatkan diri daripada digigit monyet Belanda. Peristiwa ini menimbulkan
kejutan kepada pembaca kerana pembaca tidak menyangka bahawa monyet Belanda
bertindak agresif sehingga mencederakan Waheeda. Muka Waheeda telah dicalar oleh
monyet dan segera dikejarkan ke hospital untuk rawatan.
Selain itu, contoh teknik kejutan yang terdapat dalam novel ini termasuklah peristiwa
Waheeda diceraikan oleh Zahid. Suami Waheeda Zahid merupakan seseorang yang panas
baran dan kuat cemburu. Oleh itu, Zahid telah menuduh Waheeda bahawa dia telah berlaku
curang dengan lelaki yang lain. Ini menyebabkan Zahid mengesyaki bahawa Izzati bukan
anak kandungnya dan menceraikan Waheeda. Peristiwa ini tidak disangka oleh pembaca
kerana Zahid sangat cinta akan Waheeda sebelumnya.

Saspens
Salah satu peristiwa yang mengandungi teknik saspens termasuklah peristiwa Waheeda
digigit oleh monyet Belanda. Pembaca berasa tertanya-tanya dan ingin mengetahui keadaan
Waheeda apabila berlaku kejadian tersebut. Contohnya, adakah wajah Waheeda menjadi
cacat selepas mukanya digigit?
Selain itu, teknik saspens juga digunakan oleh penulis apabila Zahid berasa insaf akan
kesalahannya serta meminta maaf daripada Waheeda. Pada masa ini, pembaca akan
mewujudkan perasaan ingin tahu bahawa Zahid akan diampunkan oleh Waheeda atau tidak.
Secara langsung, pembaca akan membaca cerita seterusnya untuk mencari jawapan.

Imbas Kembali
Zahid mengimbas kembali tindakannya yang menceraikan Waheeda dua puluh tahun yang
lalu. Dia menceraikan Waheeda kerana menganggap bahawa Waheeda tidak setia akannya.
Dia juga tidak mengakui Izzati sebagai anak kandungnya walaupun Waheeda telah menjalani
ujian DNA yang membuktikan bahawa Izzati ialah anak daging mereka. Zahid menyesal
akan perbuatannya kerana dia telah mengabaikan keluarganya.
Waheeda mengingati dia diejek oleh kawan-kawannya kerana dia bermata sepet dan
berhidung pesek. Pada zaman persekolahannya, dia menghidapi penyakit alergi yang sukar
untuk dirawati. Hal ini menyebabkan Waheeda menerima gelaran ‘ Eda Keropok’. Oleh itu,
Waheeda tetap hendak pergi menjalani pembedahan plastik pada mukanya walaupun sudah
mengetahui risiko pembedahan plastik.

Monolog Dalaman
Raidah berfikir bahawa ada sesuatu yang kurang dalam perbincangan Waheeda dengan Datin
Hazirah. Raidah beranggapan bahawa seorang yang penting tidak disebut dalam
perbincangan mereka. Raidah juga dapat memerhatikan bahawa sesuatu yang sangat
mencengkam rasa dalam sanubari masing-masing telah berlaku. Walau bagaimanapun,
Raidah hanya senyum angguk pada ketika itu. Waheeda berfikir bahawa tiada ada sesiapa
ingin dilahirkan tidak sempurna. Mat Gusi tidak ingin menghidap penyakit jantung
berlubang, waheeda juga tidak ingin menghidap penyakit alergi yang sukar dirawat. Hal ini
telah menyebabkan Mat Gusi telah meninggal dunia manakala Waheeda mempunyai gelaran
'Eda Keropok' . Dengan ini, keinginan menjalani pembedahan plastik dalam hati Waheeda
telah wujud

Monolog Luaran
1. Bapa Waheeda, Fadihil berbisik pada dirinya dengan berharap agar majlis tidak
melepasi waktu zuhur.
- Fadhil berasa gembira kerana banyak tetamu yang menghadiri majilis akad nikah antara
Waheeda dengan Zahid yang diadakan pada hari Sabtu dan majilis persandingan antara
Waheeda dengan Zahid yang diadakan pada hari Ahad.
- Fadhil risau bahawa majilis persidangan yang diadakan ini akan melewati waktu zuhur.
- Namun begitu, Datuk Yasser memujuk Fadhil bahawa majlis ini biasanya akan tamat
dalam masa satu jam.

2. Waheeda berbisik kepada dirinya tentang keinginan untuk mencuba pembedahan plastik
pada masa itu.
- Waheeda melayari laman sesawang “ALL YAHOO! HEALTH” dan dia terpikat oleh
laman sesawang yang berkaitan dengan kecantikan.
- Perkataan-perkataan magis yang terdapat dalam laman sesawang tersebut telah
menimbulkan keinginan Waheeda untuk mencuba pembedahan plastik.
- Walaupun Waheeda dinasihati oleh Raidah bahawa kecantikan asli perlu dipilihara
kerana merupakan ciptaan Tuhan, tetapi Waheeda tetap dengan pandangan sendiri, iaitu
kecantikan ialah ruang dan peluang membina keterampilan diri.

3. Waheeda berdoa sebelum menjalani pembedahan plastik di Silicon Medical Centre


(SMC).
- Waheeda cuba menenangkan diri dengan memberitahu diri bahawa jiwa yang tenang
boleh menguasai keadaan sekarang.
- Waheeda juga mengumat-ngamitkan membaca doa untuk menaikkan semangat diri
sebelum menjalani penbedahan.
- Waheeda memeluk ibunya sebelum masuk ke bilik persediaan pembedahan.

Imbas Muka
Peristiwa teknik imbas muka ialah Waheeda membayangkan tempat pembedahan.
Contohnya, Bazilah berasa gerun tatkala membayangkan keadaan meja bedah dan alat
perkakas yang lazim digunakan semasa sesi pembedahan dijalankan sewaktu mendengar
penerangan tentang prosedur pembedahan daripada Dr. Zahari.
Selain itu, peristiwa teknik imbas muka ialah Waheeda membayangkan keadaan diri
menjalani proses pembedahan. Contohnya, ketika menantikan kedatangan doktor yang akan
menjalankan pembedahan ke atas dirinya, Waheeda membayangkan keadaan dirinya yang
seumpama disembelih hidup-hidup semasa proses pembedahan itu nanti.

Teknik Dialog
Antara teknik dialog yan terdapat dalam novel tersebut ialah perbualan antara Dr Zahari
dengan Waheeda. Contohnya, Dr Zahari menjelaskan gambaran tentang pembedahan plastik
yang akan dilalui oleh Waheeda. Dr Zahari juga menjelaskan risiko yang dihadapi olehnya
dalam pembedahan tersebut.
Selain itu, teknik dialog yang terdapat dalam novel tersebut ialah perbualan antara Waheeda
dengan ibunya, Raidah. Contohnya,Waheeda telah menyatakan hasratnya untuk menjalani
pembedahan plastik kepada ibunya. Namun, bapa Waheeda tidak bersetuju dengan hasrat
Waheeda kerana beliau mengangap perbuatan itu bercanggah dengan hukum agama.

Konflik
Novel yang saya kaji ialah novel “Tirani”, karya Beb Sabariah. Watak utama dalam novel
“Tirani” ialah Waheeda dan pelbagai konflik dihadapi oleh Waheeda.

Salah satu konflik yang dihadapi oleh watak utama ialah konflik memikirkan hasratnya
dihalang. Contohnya, keinginan Waheeda menjalani pembedahan plastik tetapi dilarang oleh
ibu bapanya, Fadhil dan Raidah. Mereka melarang Waheeda menjalani pembedahan plastik
kerana perbuatan tersebut melanggar ajaran agama Islam. Namun, Waheeda berasa wajahnya
hodoh kerana hidung dia pesek dan dia selalu diejek oleh rakannya. Akhirnya Waheeda tetap
menjalani pembedahan plastik hidung dan mata dengan alasan utnuki mengubati
kecederaannya akibat digigit oleh monyet belanda. Ibu bapa Waheeda tidak membantah
hasrat Waheeda itu lagi. Setelah pembedahan, wajah Waheeda menjadi cantik dan sering
dipuji oleh kawan-kawannya.

Selain itu, watak utama menghadapi konflik memikirkan kerenah suami. Contohnya,
konflik berlaku kerana sikap Zahid yang kuat cemburu dan cepat naik baran. Zahid sering
cemburu akan Waheeda yang bergaul mesra dengan lelaki lain seperti Doktor Rushdi. Zahid
juga tidak mempercayai bahawa Izzati ialah anak dia dengan Waheeda dan enggan melihat
laporan DNA Izzati. Sikap Zahid itu menyebabkan Waheeda mengalami masalah
kemurungan. Akhirnya, Waheeda menerima penceraian yang dibuat oleh Zahid terhadap
dirinya. Waheeda terus berusaha memajukan perniagaaan pelancongan dan membesarkan
anaknya, Izzati selama 20 tahun tanpa suami di sisinya.

Seterusnya, watak utama menghadapi konflik memikirkan hubungan dengan kawan karib.
Contohnya, Waheeda telah menumpang di rumah Bazilah semasa menunggu untuk menjalani
pembedahan plastik di Singapura. Namun, semasa berada di rumah Bazilah, Waheeda telah
bergaul mesra dengan tunang Bazilah, iaitu Doktor Zahari. Hal ini telah menyebabkan
Bazilah berasa cemburu akan Waheeda dan hubungan antaranya dengan Doktor Zahari tidak
begitu rapat. Untuk mengelakkan hubungan Bazilah dan Doktor Zahari menjadi renggang,
Waheeda telah berpindah keluar dari rumah Bazilah dan menginap di Flamingo Resort.
Tindakan Waheeda ini juga berjaya mengelakkan terjejasnya hubungan Waheeda dengan
Bazilah.

Anda mungkin juga menyukai