Anda di halaman 1dari 2

Soalan Kertas Bahasa Melayu 2, Percubaan Negeri Kucing Sarawak Tahun

2016
(c) Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan
penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu.
Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada tiga kesalahan ejaan dan tiga
kesalahan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
(i) Pekerja-pekerja itu sedang memperlebarkan lebuhraya menghala ke Kuala
Lumpur dengan tekun.
(ii) Umat Islam di seluruh dunia akan berpuasa pada bulan Ramadan untuk
dikerjakan salah satu Rukun Islam.
(iii) Tindakan merbahaya pelumba-pelumba haram itu menyebabkan keselamatan
pengguna-pengguna jalan raya yang lain diancam.
[6 markah]
Kesalahan ejaan Pembetulannya
i
ii
iii

Kesalahan imbuhan Pembetulannya


i
ii
iii

(d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau
istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-
kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih satu kesalahan
penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan bahasa. Anda tidak perlu
menyalin ayat itu semula.
(i) Kami akan mengadakan temu janji secara berkala dengan lain-lain syarikat
demi memastikan kekayaan syarikat itu.
(ii) Aktiviti berkayak yang memaksa para peserta melangkah arus itu sangat
mencabar kesabaran dalam acara akhir sambutan kemerdekaan yang disertai
oleh kami.
(iii) Enggang adalah sejenis burung yang menarik yang dapat ditemukan di hutan
tropika sahaja.
[6 markah]
Kesalahan istilah Pembetulannya
i
ii
iii

Kesalahan tatabahasa Pembetulannya


i
ii
iii

(e) Isi tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai.

“Kalau kamu berkahwin nanti, kamu haruslah sepakat dengan suami kamu dalam

apa-apa jua keadaan umpama .......................................”, kata emak kepada

Suriani. Emak juga berpesan supaya Suriani sentiasa berusaha jika mahukan

sesuatu, jangan hanya bergantung kepada nasib sahaja kerana

...................................... Selain itu, emak menasihati Suriani sekiranya berada di

rumah mertua nanti agar dapat menyesuaikan diri dengan tempat baharu seperti

kata pepatah ....................................................

[6 markah]

Anda mungkin juga menyukai